sistem otot.doc

Upload: candy-chieng

Post on 03-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    1/17

    3.0 SISTEM OTOT

    Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlakuhasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan olehpenguncupan dan pemanjangan otot.

    3.1 Komponen Sistem Rangka

    i. Fiber otot Merupakan sel-sel otot Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues. Berjalur dan bersaiz besar. Diameter diantara 10-100 m Panjang sehingga 40cm.

    Rajah 1: Fiber Otot

    ii. Tisu penghubung

    Endomisium

    Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenalisebagai endomisium

    Perimisium

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    2/17

    Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber ototbagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

    Epimisium

    Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisupenghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

    Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung

    iii. Tendon Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

    iv. Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan

    yang boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada

    kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    3/17

    v. Kartilej Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti

    hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran

    antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

    Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej

    3.2 Fungsi Otot

    i. Menghasilkan pergerakanPenguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan danmenulis.

    ii. Mengekalkan postur

    Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan danmengekalkan postur.

    iii. Menstabilkan sendi

    Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot jugamembantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

    iv. Menghasilkan haba

    Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    4/17

    penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkankebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiridaripada otot rangka.

    3.3 Jenis-Jenis OtotTerdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapatdibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

    Rajah 4: Jenis-jenis Otot

    i. Otot Rangka

    Rajah 5: Sel otot rangka

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    5/17

    Rajah 6: Sel otot Rangka

    Ciri-ciri Huraian

    Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

    Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur

    Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf

    Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat

    Rentak Kontraksi Tiadaii. Otot Kardiak

    Rajah 7: Sel otot kardiak

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    6/17

    Rajah 8: Otot Kardiak

    Ciri-ciri Huraian

    Lokasi Dinding jantung

    Bentuk Sel Berangkai dan berjalur

    Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.

    Kelajuan Kontraksi Perlahan

    Rentak Kontraksi Ada

    iii. Otot Licin

    Rajah 9: Sel otot Licin

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    7/17

    Rajah 10 Rajah 11

    Ciri-ciri HuraianLokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan

    saluran jantung

    Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur

    Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,bahan kimis dan regangan.

    Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan

    Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

    3.4 Ciri-ciri Otot

    i. Kebolehujaan kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap

    rangsangan yang diterima.

    i. Kebolehkucupan keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima

    rangsangan.

    ii. Kebolehpanjangan keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

    iii. Kebolehanjalan keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas

    meregang atau menguncup.

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    8/17

    3.5 Jenis-jenis otot rangkaOtot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:i. Otot aksial

    Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka sepertitulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.

    Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

    ii. Otot apendikular Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti

    radius, ulna, femur, humerus, patella. Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

    Otot-otot rangka yang utama

    Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan

    Bahagian Kepala

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    9/17

    Rajah 13: Otot muka

    Rajah 14: Otot leher

    Bahagian Badan

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    10/17

    Rajah 15: Otot tengah badan

    Rajah 16: Otot belakang badan

    Bahagian Lengan

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    11/17

    Rajah 17: Otot lengan

    Bahagian Kaki

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    12/17

    Rajah 18: Otot kaki

    \3.6 Lekatan ototSetiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atautisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan

    distal.i. Proksimal

    Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuhbadan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. Dikenali sebagai origin.

    ii. Distal Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Dikenali sebagai insertion.

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    13/17

    Rajah 19 Rajah 20

    Nama Otot Proksimal Distal

    Sternocleidomastoid Sternum, klavikel Mastoid

    Latissimus dorsi Bahagian bawahvertebra, iliak

    Hujung proksimal

    Deltoid Klavikel, skapula Bahagian tengah humerus

    Bisep brakii Skapula Proksimal radius

    Pektoralis major Klavikel, sternum,tulang rusuk

    Proksimal humerus

    Gluteal maksimus Sakrum, ilium Proksimal femur

    Kuadriseps Bahagian atas pelvik Patella

    Gastroknemius Distal femur dan fibula Kalkanus

    Jadual 1 : Contoh Perlekatan Otot

    3.7 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangkaSaling tindakan otot-otot

    Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak ataubekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akanbertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:

    i. Agonis

    Otot-otot penggerak utama (prime movers) Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan

    khusus

    Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakankhusus

    Contoh: biseps brakii dan brakialis

    ii. Antagonis Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot

    penggerak utama. Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau

    relaks. Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang

    dilakukan oleh agonis. Contoh: triseps brakii

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    14/17

    iii. Sinergis Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama. Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis

    bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

    Rajah 21: Perlekatan otot

    3.8 Penguncupan otot rangkai. Jenis-jenis penguncupan otot

    Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apayang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasildaripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalamfiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

    Penguncupan isometrik (penguncupan statik)

    Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkandaya.

    Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot. Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak

    bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    15/17

    Rajah 22: Menolak dinding

    Penguncupan Isotonik

    Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagimenghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik.

    Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell.Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

    Rajah 23: Biceps curl

    Penguncupan Isokinetik

    Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetapsepanjang pergerakan.

    Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yangdapat mengawal halaju pergerakan tersebut.

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    16/17

    Contoh: Pengunaan mesin multi-gym.

    Rajah 24: Bench press

    ii. Halaju Penguncupan

    Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halajupenguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapatdua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fibersentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat danlambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang

    individu.

    3

  • 7/28/2019 Sistem otot.doc

    17/17

    Fiber sentak cepat

    Dikenali sebagai fiber jenis II. Saiz lebih besar dan berwarna putih.

    Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untukaktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.

    Contoh: lari pecut. Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

    Fiber sentak lambat

    Dikenali sebagai fiber jenis I.

    Saiz lebih kecil dan berwarna merah. Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti

    jarak jauh. Contoh: jogathon. Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan

    dalam jangka masa yang panjang.

    3.9 Rujukan

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.

    Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. RetrievedOktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/imagepages/ 19678.htm

    Web-Shops (2007). Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15,2007 from http://www.anatomy-resources.com/

    3