title teras kebudayaan singapura: (percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi...

21
Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan pembentukannya) Author Muhammad Ariff Ahmad Source Dinamika Budaya (pp. 13-32) Published by Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura Copyright © 1991 Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. Citation: Muhammad Ariff Ahmad. (1991). Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan pembentukannya). In Dinamika Budaya (pp. 13-32). Singapore: Majlis Pusat Pertubuhan- pertubuhan Budaya Melayu Singapura. This document was archived with permission from the copyright owner.

Upload: vodung

Post on 11-Mar-2019

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan pembentukannya) Author Muhammad Ariff Ahmad Source Dinamika Budaya (pp. 13-32) Published by Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura

Copyright © 1991 Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. Citation: Muhammad Ariff Ahmad. (1991). Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan pembentukannya). In Dinamika Budaya (pp. 13-32). Singapore: Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura. This document was archived with permission from the copyright owner.

Page 2: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

Teras Kebudayaan Singapura* (percubaan dan pembentukannya)

Muhammad Arif! Ahmad

• Yang Dimaksudkan Dengan Kebudayaan

01. AL Kroeber dan C Kluckhohn menerusi bukunya 'Culture , A Critical Review of Consepts and Defination' telah menganalisa

sebanyak 160 tafsiran tentang Kebudayaan (Culture); tetapi Kluckhohn sendiri telah mengonsepkan kebudayaan itu sebagai satu sistem eksplisit dan implisit yang berterusan yang dicipta oleh manusia untuk kehidupan su~ya dinikmati oleh sekalian atau sebilangan tertentu anggota-anggota masyarakat manusia.

02. E B Taylor mengungkapkan bahawa kebudayaan itu ialah kompleks keseluruhan yang terkandung di dalamnya: penge­

tahuan , kepercayaan , kesenian , moral , adat , undang-undang dan lain-lain kepandaian dan kebiasaan yang diperoleh dan diamalkan manusia sebagai anggota masyarakat.

03. Dr Muhammad Hatta , menerusi kumpulan keempat karangan-karangannya , membuat pembatasan bahawa kultur (kebudaya­

an) itu dianggap sivilisasi apabila tujuan jasmaninya lebih besar dan bertitik berat pada materilisma ; tetapi kebudayaan itu menjadi peradaban apabila faktor-faktor adab dan moral lebih besar pe­ngaruhnya. Yang demikian , sivilisasi [yang juga disebut kebudayaan jasmani] ialah kebudayaan yang menghasilkan kepuasan material : termasuklah ilmu pengetahuan , pelajaran , politik , ekonomi , undang­undang dan teknik; manakala peradaban [yang juga disebut kebudayaan rohani] adalah kebudayaan yang menghasilkan ke­budayaan mental: termasuklah falsafah , pendidikan, kesusasteraan, kesenian , adat-istiadat dan kepercayaan [bukan agama].

04. Prof Dr Koentjaraningrat, menerusi bukunya 'Pengantar

* telah disampaikan kepada SEMINAR PENYERTAAN MASYARAKAT MELA YU DALAM 25 TAHUN PEMBANGUNAN NASIONAL SINGA­PURA pada Ahad 30 September 1984; jam 11.00 pagi .

13

Page 3: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

Antropologi', menyebutkan bahawa ada tujuh unsur kell!esta­an kebudayaan ( cultural universal) iaitu:

pertama: peralatan dan perlengkapan hidup manusia = termasuk pakaian, perumahan, alat-alat rumah­tangga, senjata, alat-alat pengeluaran/penghasilan, kenderaan , pengangkutan dan sebagainya;

kedua mata pencarian dan sistem ekonomi = termasuk pertanian, perternaK'an , perindustrian, perburuhan dan sebagainya;

ketiga sistem kemasyarakatan = termasuk sistem kekerabatan , sistem persemen­daan, sistem hukum dan adat, organisasi politik dan sebagainya;

keempat: kesenian • = termasuk seni rupa , seni suara, seni lakon, seni tari, seni silat, hobi dan hiburan, kraf dan sebagai­nya;

kelima : bahasa dan kesusasteraan; keenam : sistem pendidikan dan pengaj~ran; dan ketujuh : kepercayaan [bukan agama] 1•

05. Meneliti huraian-huraian di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kebudayaan itu ialah ciptaan manusia

[penjelmaan dari cipta, rasa dan karsa; apa yang diungkap oleh Ors Soeharto Rijoatmodjo dengan kata: pemikiran, perasaan dan kemahuan manusia] untuk disuguhkan kepada manusia sesudah mereka supaya kehidupan manusia sesudah mereka itu menjadi

· lebih baik, lebih sempurna; dan dapat mencapai sama ada kepuasan jasmani atau kepuasan rohani ataupun kedua-duanya sekali. Maka oleh yang demikian, sebelum kita lakukan sesuatu kebiasaan tradisi itu haruslah kita fikirkan masak-masak, kita rasakan puas-puas dan kita pastikan benar-benar sama ada kebiasaan tradisi itu benar­benar manfaat dilakukan atau tidak.

• Kebudayaan dan Masyarakat

06. Tidak ada kebudayaan tanpa masyarakat walaupun ada masyarakat tanpa kebudayaan [kalau kita akui 'animal society'

I. agama tidak dianggap termasuk 'kepercayaan' kebudayaan kerana agama bukan ciptaan manusi a. Banyak kebudayaan yang terbentuk oleh pengaruh agama, tetapi agama itu sendiri bukan kebudayaan.

14

Haji Sidek Saniff, bekas Yang j

KGMS, sekarang Menter, (Pelajaran), Pengerusi /awa1

Bahasa Melayu Singapura, bel

Page 4: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

kemesta-

a at rumah­nghasilan,

dustrian ,

ersemen­olitik dan

kon , seni sebagai-

membuat l manusia

kap oleh saan dan sesudah menjadi

kepuasan ali. Maka an tradisi -puas dan

;tu benar-

~pun ada rat society'

ama bukan ruh agama,

Pendita Za'ba (Allahyarham Zainal Abidin Ahmad) pengasas nahu Me/ayu pertama se/epas orientalis lnggeris.

Haji Buyong Adil (Al/ahyarham) sejarahwan dan aktivis persuratan, bekas anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura, guru dan penyiar Radio Singapura.

'""

Cikgu Mahmud Ahmad (Allahyarham) aktivis persuratan Melayu dan budaya awam.

Page 5: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

itu sebagai masyarakat binatang]. Bagaimanapun, dalam kertas ini, biarlah saya anggap 'masyarakat binatang' itu sebagai kawanan binatang sahaja [istilah kawanan binatang itu saya pinjam daripada Prof Dr Koentjaraningrat]. Dengan itu, apakala berbicara tentang kebudayaan, mahu atau tidak mahu, kita harus membicarakan masyarakat juga, kerana tanpa masyarakat, kebudayaan tidak akan bererti apa-apa.

07. Menurut tiori: manusia adalah semacam haiwan, tetapi golongan manusia terpisah daripada golongan binatang kerana

manusia mempunyai kebudayaan sedangkan binatang tidak punya. Manusia menggunakan kebudayaan untuk membentuk kehidupan­nya sebagaimana yang dikehendakinya; sedangkan binatang hanya meneruskan pengalaman hidup kawanan jenisnya secara naluriah sahaja.

/08. Izinkanlah saya merujuk kepada kesimpulan yang telah dibuat oleh Drs Soeharto Rijoatmodjo tentang kebudayaan, berdasar­

kan pendapat C Kluckhohn yang mengatakan bahawa

(a) k~budayaan itu hanya dimiliki oleh masyarakat manusia; (b) kebudayaan itu tidak terturun dari generasi ke generasi

secara biologis, tetapi diperoleh dengan b~lajar dan di­turunkan dengan jalan mengajarkan pula;

(c) kebudayaan itu dapat dianut dan diteruskan oleh manusia sebagai anggota masyarakat; dan

(d) kebudayaan adalah pernyataan atau penjelmaan daripada pemikiran, perasaan dan kemahuan (kehendak) manusia.

ltulah sebabnya kita lihat kehidupan manusia ini sentiasa bergolak dan berubah-ubah: semenjak kehidupan primitif di zaman purba hingga ke kehidupan moden di zaman sekarang. Perubahan­perubahan berlaku dalam lapangan semua ketujuh-tujuh unsur kebudayaan yang saya sebutkan tadi.

09. Oleh kerana perubahan dalam kebudayaan itu adalah wajar, saya berasa keberatan untuk menerima pendapat orang yang

mengatak.tn bahawa tidak ada tolak ansur dalam amalan ke­budayaan. Juga saya tidak sependapat dengan kaul yang mengata­kan bahawa kita harus melakukan suatu amalan atau kebiasaan kebudayaan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita pada zaman-zaman yang lampau, tanpa memikir dan merasakan lebih dahulu: apakah perlakuan itu sesuai, munasabah, memberi manfaat

16

atau sebaliknya zaman kita sendi

10. Kita dan ne yang tidak s

kan bahawa alan pengaruhi kewu. [kerana perbezaa corak dan warna

11. Seperti yani bahawa keb1

masyarakat. Bag penimbal yang tl.l nya. Kebudayaa11 hidupnya selaras dina indallahil Isl: dunia dan menyej

12. Sekarang, n rakat SingaJ

ngalaman dan k (warganegara) kit yang masing-masi1 an tradisi itu tida) akibat penyesuaia memperkatakan itulah yang henda

• Teras Kebuday

o Seminar~

13. Dal am temp Kebudayaan

13.1 Semina1 sekutua satuan-1 diadaka Disemb mengen berkena

Page 6: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

as ini, anan

ripada ntang rakan akan

tetapi erana unya.

usia; nerasi an di-

anusia

ipada nusia. rgolak purba

bahan­unsur

wajar, yang

n ke­ngata­iasaan

pada lebih nfaat

atau sebaliknya kepada masyarakat yang hidup dalam alam dan zaman kita sendiri !

10. Kita dan nenek moyang kita itu hidup dalam alam dan zaman yang tidak sama. Dan, Ki Had jar Dewantara pernah menjelas­

kan bahawa alam dan zaman adalah unsur-unsur yang amat mem­pengaruhi kewujudan sesuatu kebudayaan. Justeru kerana itu [kerana perbezaan alam dan zaman itulah] maka kita dapati pelbagai corak dan warna kebudayaan yang dialami manusia ini.

11. Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi [lihat para 05), bahawa kebudayaan itu menyempurnakan kehidupan sesuatu

masyarakat. Bagi manusia yang beragama, agamanya adalah penimbal yang tunggal untuk mengukuhkan amalan kebudayaan­nya. Kebudayaan itu membimbing manusia mencapai kepuasan hidupnya selaras dengan ajaran agama [terutama Islam = inna al­dina indallahil Islam!) yang membahagiakan kehidupan manusia di dunia dan menyejahterakan rohnya di akhirat.

12., Sekarang, marilah kita lihat masyarakat kita sendiri [masya-rakat Singapura] tempat kita menggantungkan segala pe­

ngalaman dan kehidupan kebudayaan kita. Masyarakat besar (warganegara) kita terdiri daripada masyarakat berbilang kelompok yang masing-masing membawa tradisi nenek moyangnya [kebanyak­an tradisi itu tidak seasli tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang akibat penyesuaiannya dengan alam dan zaman). Dan, apabila kita memperkatakan Kebudayaan Kebangsaan, kebudayaan-kebudayaan itulah yang hendak kita nasionalisasikan.

• Teras Kebudayaan Singapura

o Seminar Kebudayaan

13. Dalam tempoh 25 tahun Singapura membangun, dua Seminar Kebudayaan Melayu telah diadakan di Singapura, iaitu:

13.1 Seminar Kebudayaan Melayu anjuran bersama Per­sekutuan Bahasa Melayu Universiti Singapura dan Per­satuan-persatuan Budaya Melayu se-Singapura telah diadakan di Universiti mulai dari 25 November hingga 02 Disember 1962. Sebanyak 20 buah kertas kerja [4 mengenai Kebudayaan, 4 mengenai drama dan tarian, 3 berkenaan dengan filem dan musik, 4 mengenai lukisan,

17

Page 7: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

dan 5 mengenai sastera dan bahasa kebangsaan] tel ah dibincangkan selama 8 hari.

13.2 Seminar Kebudayaan Melayu Singapura anjuran bersama Majli Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura telah diadakan pula di Dewan Persidangan Singapura mulai dari 23 hingga 25 Disember 1978. Sebanyak 4 buah kertas kerja [Kebudayaan Melayu Hari Ini (Yatiman Yusof) , Islam dan Kebudayaan Kita (Maarof H Salleh) , Peranan Kesenian dalarn Pembangunan Ne:gara (Ybh Sidek Sannif) dan Mengenal Kebudayaan melalui Sastera (Muhd Ariff Ahmad) telah dibincangkan dalam seminar itu selama 3 hari.

o Rumusan Seminar

14. Daripada 20 kertas kerja yang dibincangkan , Seminar 1962 itu tfwlah merumuskan sebanyak 75 rumusan [termasuk 10 rumusan

tentang kebudayaan , 16 rumusan mengenai drama, 5 rumusan mengenai seni tari , 7 rumusan tentang filem dan musik , 18 rumusan mengenai lukisan , dan 19 rumusan mengenai kesusasteraan] .

15. 3 daripada 10 rumusan yang mengenai kebudayaan ialah:

15 .1 Kebudayaan orang-orang Eropah yang berdasarkan falsa­fahnya terhadap penghidupan tidak sesuai , bahkan banyak yang bertentangan dengan falsafah hidup orang­orang Timur umumnya dan orang-orang Malaya khusus­nya . Banyak unsur-unsur kebudayaan Eropah yang tak sesuai dijadikan dasar (teras) kebudayaan bangsa Malaya.

15.2 Kebudayaan Kebangsaan Malaya hendaklah berteraskan ilmu pengetahuan yang bersendikan kebudayaan Melayu [satu perubahsuaian daripada rumusan Kongres Ke­budayaan Melayu yang diadak.an di Melaka , 30-12-57 -01-01-58]2.

15.3 Kebudayaan Melayu hendaklah ditinggikan tarafnya dalam bidang ilmu pengetahuan dan ekonomi supaya sesuai menjadi teras Kebudayaan Kebangsaan Malaya.

2. Rumusan Kongres Kebudayaan Melayu di Melaka (yang asal) ialah : [Ke­budayaan Malaya yang akan dibentuk hendaklah berteraskan kebudayaan Melayul .

18

16. Daripada 1

itu telah rumusan itu [y,

16.1 Dala 24 I Sing: kem buda lill p

16.2 Dala dan 1

yang 16.3 Unt~

tiap­seba1 nilai deng mern

16.4 Sem larru kert:

16.5 Semi kuas bad2 banE

16.6 Ad kan mel.l

16.7 Semi sup ke S dial~ men tele

16.8 Sem kep~ hidu

16.9 Bagi peru

Page 8: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

I telah

rsama ~elayu ,apura gapura ~ buah

orang­khusus­ng tak bangsa

raskan elayu

s Ke-2-57 -

16. Daripada 4 buah kertas kerja yang dibincangkan, Seminar 1978 itu telah pula merumuskan sebanyak 25 rumusan. Antara

rumusan itu [yang berkenaan dengan kebudayaan] ialah:

16.1 Dalam konteks masyarakat Singapura hari ini [ sehingga 24 Disember 1978] belum ada Kebudayaan Nasional Singapura; oleh itu masing-masing kebudayaan ber­kembang sendiri-sendiri; sehingga wujud kelak Ke­budayaan Nasional itu , proses integrasi seperti sekarang ini patutlah digalakkan.

16.2 Dalam proses integrasi itu hanya unsur-unsur yang sesuai , dan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sahaja yang boleh diterima.

16.3 Untuk mewujudkan Kebudayaan Nasional Singapura, tiap-tiap masyarakat haruslah digalakkan menyertai sebarang kegiatan kebudayaan yang tidak merosakkan

, nilai sesuatu kebudayaan dan yang tidak bertentangan dengan masing-masing masyarakat [ maksudnya: tidak menyentuh kepekaan masyarakat sekongsi].

16.4 Seminar menerima pembentukan Jawatankuasa Penye­laras Kebudayaan yang disarankan di muka surat 17 kertas kerja Ybh Encik Sidek Saniff [Iihat lampiran 3].

16.5 Seminar menerima saranan agar derma untuk Jawatan­kuasa Penyelaras Kebudayaan itu dilancarkan. Badan­badan seni budaya Melayu disarankan supaya menyum­bangkan derma mereka.

16.6 Adalah disarankan supaya setiap balai rakyat menubuh­kan seksi budaya Melayu untuk membolehkannya melaksanakan kegiatan kebudayaan Melayu.

16.7 Seminar menggesa pihak penganjur [MP dan KGMSl svpaya mengundang RTS (Radio & Television Singapura) ke seminar yang akan datang; dan meminta RTS ber­dialog dengan badan-badan budaya Melayu untuk membaiki persembahan budaya Melayu di radio dan di televisyen.

16.8 Seminar menyaran supaya anugerah budayawan itu diberi kepada mereka yang layak menerimanya, pada masa hidupnya.

16.9 Bagi setiap persembahan budaya peringkat nasional , peruntukan masa untuk menunjukkan budaya Melayu

19

Page 9: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

hendaklah sama banyak dengan yang diperuntukkan untuk lain-lain kumpulan budaya.

o Kebudayaan Kebangsaan

17. Meneliti rumusan kedua-dua seminar yang dinyatakan di atas tadi kita dapat membuat kesimpulan bahawa sehingga akhir

tahun 1978, sama ada Malaya [pada masa itu sudah jadi Malaysia] mahupun Singapura [pada masa itu sudah keluar dari Malaysiaj , masing-masing belum lagi mempunyai Kebudayaan Kebangsaan! walaupun rumusan seminar tahun 1962 telah menganjurkan bahawa jika Malaya [termasuk Singapura] hendak membentuk satu ke­budayaan kebangsaan , maka ilmu pengetahuan, ekonomi dan kekuasaan [mungkin yang dimaksudkan dengan "kekuasaan" itu ialah politik] hendaklah dijadikan asas (teras) bagi kebudayaan itu .

18. iaranan untuk menjadikan ilmu pengetahuan, ekonomi dan kekuasaan itu sebagai teras kebudayaan kebangsaan mungkin

sesuai untuk mewujudkan satu kebudayaan jasmani (kebudayaan material) iaitu untuk mencapai· kepuasan-kepuasan lahiriah [lihat para 4: pertama, kedua, dan "orgasnisasi politik" dalam ketiga] .

18.1 Hal-hal yang berkenaan dengan peralatan dan per­lengkapan hidup manusia seperti pakaian, perumahan , alat rumahtangga , alat penghasilan, kenderaan , peng­angkutan dan yang sebagainya memanglah memerlukan ilmu pengetahuan dan ekonomi yang tinggi serta ke­kuasaan yang kukuh.

18.2 Hal-hal yang berkenaan dengan mata pencarian dan sistem ekonomi ; demikian pula tentang "organisasi politik" amatlah sukar dibentuk tanpa ketiga-tiga aspek yang disarankan untuk menjadi teras kebudayaan tadi.

19. Bagaimanapun, untuk mencapai kepuasan rohani menerusi lain-lain unsur kebudayaan [lihat para 04: ketiga - kecuali

"organisasi politik", keempat, kelima dan ketujuh], ketiga-tiga aspek teras tadi agak sukar untuk diterapkan sepenuhnya . Penilaian terhadap kesenian , bahasa dan kesusasteraan , biasanya, adalah subjektif - nilai rasa berbaur dengan nilai ilmu pengetahuan; malah tidak jarang pula perasaan itu mempengaruhi pemikiran - sehingga sukar hendak membezakan mana yang wajar dan mana pula yang terkenan di hati. Unsur-unsur psikologi seperti ego dan peka

20

menambahi lagi rohani yang pe makenikal sepert'

o Penasionalisaa [lihat lampira11

20. Singapura 1

orang yang bawaan yang tq moyang masing-1 negara Singapun b:ihasa , berbilan saya rasa , denga paling menonjol

21. Dalam pad tegahnya t

aspek-aspek lain pakaian , perum pertama], misalii Cina atau India l lihat di majlis-r berkenaan deng1 pakaian praktik, agama Islam te1 fungsinya: menu1

22. Amalan kat muda kita

secara bersahaja. kebudayaan cam yang berkahwin agamanya - men kegiatan-kegiata1 Islam [ seperti ru

23. Hal-ha! yan tentang or~

pendidikan secai adalah hal yang perlu diperhatik,

Page 10: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

ntukkan

n di atas gga akhir Malaysia] r1.alaysiaj, angsaan'.

n bahaw:; satu ke-

tomi dan aan" itu

ayaan itu.

nomi dan mungkin

budayaan iah [lihat

tiga].

dan per-umahan,

Jn, peng-1111erlukan serta ke-

rian dan organisasi µga aspek •an tadi.

menerusi - kecuali tiga aspek Penilaian , adalah n; malah

~ sehingga JPUla yang dan peka

'

menambahi lagi kesukaran proses mempernasional kebudayaan rohani yang penuh dengan sentimental itu, dengan kaedah makenikal seperti yang diterapkan kepada kebudayaan jasmani tadi.

o Penasionalisaan Kebudayaan Singapura [lihat lampiran 4]

20. Singapura adalah negara yang diwarganegarai oleh orang-orang yang berbilang bangsa (asal keturunan) dengan pem­

bawaan yang turun-temurun daripada datuk nenek dan nenek moyang masing-masing. Dalam kehidupan sehari-harinya, warga­negara Singapura mengamalkan sistem berbilang bangsa, berbilang b;:ihasa, berbilang kebudayaan dan berbilang agama. Dengan itu, saya rasa, dengan sendirinya "keberbilangan" itu adalah ciri yang paling menonjol untuk kita mengenali peri hidup di Singapura.

21. Dalam pada itu, kecuali agama [yang segala perintah dan tegahnya telah ditentukan Tuhan], kebanyakan daripada

aspek-aspek lain, telah pun mengalami proses perbauran. Tentang pakaian, perumahan, dan yang seumpamanya [Iihat para 04: pertama], misalnya, pakaian Melayu bagi orang Melayu, pakaian Cina atau India bagi orang-orang Cina dan India, hanya dapat kita lihat di majlis-majlis formal ataupun dalam majlis-majlis yang berkenaan dengan seni budaya sahaja. Adapun pada masa ber­pakaian praktikal semuanya sama [kecuali orang-orang yang ber­agama Islam terpaksa menyesuaikan fesyen pakaian itu dengan fungsinya: menutup aurat]- Iihat para 16.2 [rumusan seminar 1978] .

22. Amalan kahwin campur di kalangan setengah-setengah generasi muda kita telah menyebabkan berlakunya asimilasi budaya

secara bersahaja, Masyarakat berkongsi ini telah melahirkan amalan kebudayaan campuran - ikut bapa dan ikut ibu. Hanya orang-orang yang berkahwin dengan orang Islam, biasanya: mereka menukar agamanya - menjadi Islam lebih dahulu - kemudian mengamalkan kegiatan-kegiatan kebudayaan yang tidak bertentang dengan ajaran Islam [seperti rumusan 16.2].

23. Hal-hal yang mengenai pencarian dan sistem ekonomi dan juga tentang organisasi politik dan yang mengenai pelajaran dan

pendidikan secara automatis telah ternasionalisa kerana hal-hal itu adalah ha! yang sudah menjadi hak nasional. Dalam hal ini, yang perlu diperhatikan dengan serius dan diambil tindakan dengan jitu,

21

Page 11: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

bukanlah soal nasionalisasinya tetapi ialah tentang keturutsertaan dan saham masyarakat Melayu dalam pelaksanaan kegiatan kebudayaan yang bersifat nasional itu. Setakat ini , penyertaan orang Melayu dalam bidang ini adalah kurang - pada bilangan dan kurang pada mutu; maka untuk mengatasi kekurangan itu , para "pemikir" dan "perancang" kita [lihat lampiran 3] , haruslah memikir dan merancangkan sesuatu yang hams dilakukan oleh masyarakat Melayu. Sementara itu , dengan bimbingan MENDAKI, DANAMIS [yang hampir menjadi kenyataan] dan KEMAS [masih dalam kandungan], disertai dengan hidayah dan taufik Allah s.w.t. , mudah-mudahan masyarakat Melayu di Abad ke-21 akan dapat peluang yang sama dengan rakan-rakan sekebangsaannya bertindak dan bertandak di dalam gelanggang kebudayaan nasional [lihat lampiran 4 kolum teras/pusat].

24. ffentang kesenian [para 4 keempat], tentang bahasa dan ke-susasteraan [para 4 kelima] dan tentang kepercayaan [para 4

ketujuh] ; biarlah diusahakan dan dipergiat oleh masyarakat kelompok masing-masing; seperti yang disarankan menerusi lampiran 4 kolum kelompok; kolum berkongsi atau kolum bersama. Cara­cara yang demikian itu adalah sejalan dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh Singapura.

22

24.1 Kementerian Kebudayaan, misalnya, telah mengadakan peraduan menulis sajak dan cerpen. Tawaran itu telah dibukakan kepada semua kelompok masyarakat sebagai satu kebangsaan , tetapi karya itu telah dinilai menurut ukurtara yang disenangi oleh kelompok masing-masing.

24.2 Majlis Pengembangan Buku-buku Kebangsaan Singapura, telah mengadakan hadiah menulis buku-buku kebangsaan dengan kaedah . yang sama. Bezanya, Kementerian Kebudayaan memperadukan karya baru sedang MPBKS (NBDCS) menilai karya yang sudah diedarkan [disebar­kan kepada pembacaan umum].

24.3 Demikian pula pendedahan kesenian [drama, tarian , nyanyian] sama ada yang dianjurkan oleh SBC (Per­badanan Penyiaran Singapura) atau ejen-ejen kesenian yang lain adalah dilaksanakan sekaedah dengan 24.1 dan 24.2.

25. Sehingga se~ seperti yang

mahu menafikan t perbauran kebudaj hakikat perubaha unsur "manusia", (entah bila) , apa] perubahan untuk pun alasan tidak al

26. Bagi masya1 perubahan i

untuk kepentinga menerima peruba Kebudayaan Mela

27. Sebagai pel lampiran be

• lampiran (almarhu -2 Disem

• lampiran : (almarhm - 2 Dise111

• lampiran : Sidek Sa1 Disember

• lampiran muka sur

Page 12: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

tsertaan kegiatan an orang n kurang pemikir" ikir dan syarakat NAMIS

dalam s.w.t.,

n dapat rtindak

al [lihat

dan ke­[para 4

syarakat lampiran a. Cara­

sedang

tarian, C (Per-

25. Sehingga sekarang, saya rasa , penasionalisaan kebudayaan seperti yang ada itu masih sesuai. Dalam pada itu , saya tidak

mahu menafikan bahawa ada kemungkinan pada suatu masa kelak perbauran kebudayaan itu akan berlaku kerana saya percaya kepada hakikat perubahan. Kebudayaan sangatlah terpengaruh oleh unsur­unsur "manusia" , "tempat/daerah" dan "zaman". Pada suatu zaman (entah bila) , apabila keadaan manusia dan daerah memerlukan perubahan untuk kepentingan manusia dan tempat itu, maka apa pun alasan tidak akan dapat menghalang perubahan kebudayaan itu .

26. Bagi masyarakat Melayu , apa pun juga perubahan, selagi perubahan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam; jika

untuk kepentingan umum, mereka tidak akan berasa keberatan menerima perubahan itu. Sikap ini sesuai dengan rumusan Seminar Kebudayaan Melayu Singapura tahun 1978.

' 27. Sebagai pelengkap kepada kertas ini sila baca lampiran­lampiran berikut:

• lampiran 1: sedutan dari kertas kerja Encik Buyung Adil (almarhum) ke Seminar Kebudayaan Melayu 25 November - 2 Disember 1962 di muka surat 24-25.

• lampiran 2: sedutan dari kerta kerja Encik Mahmud Ahmad (almarhum) ke Seminar Kebudayaan Melayu 25 November - 2 Disember 1962 di muka surat 26-27.

• lampiran 3: sedutan dari kertas kerja Yang Berhormat Encik Sidek Saniff ke Seminar Kebudayaan Melayu 23 - 25 Disember 1978 di muka surat 28 - 30.

• lampiran 4: teori Penasionalisaan Kebudayaan Singapura di muka surat 31.

23

Page 13: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

[sedutan dari kertas kerja Encik Buyong Adil (aim) ke Seminar Kebudayaan Melayu 25 Nov - 2 Dis 1962]

01 - 06 . ... . .

Lampiran 1

07 Apabila sesebuah negeri menjadi sebuah 'negara', warganegaranya pun diiktiraf sebagai suatu 'bangsa' (nation); dan sudah sepatutnyalah warganegara itu mempunyai Kebudayaan Kebangsaannya atau Kebudayaan Nasionalnya . Kebudayaan Kebangsaan itu ialah Kebudayaan yang mesti diusahakan atau dihidupkan oleh segenap warganegara yang mendukungnya.

08 Setagai telah diketahui bahawa Kebudayaan Kebangsaan itu ialah menjadi ukuran tinggi rendahnya kehidupan sesuatu bangsa. Kemunduran Kebudayaan bererti kerendahan gaya hidup bangsa itu ; dan Kebudayaan Kebangsaan yang hendak dimajukan dan hendak dihidupkan serta tinggi tarafnya , hendaklah disesuaikan dengan kehendak-kehendak Kebangsaannya dengan zamannya -zaman sekarang - maka mestilah tiap-tiap bahagian atau tiap-tiap segi kebudayaan itu diusahakan dan dimajukan oleh tiap-tiap warganegara serta anak-anak yang bakal menjadi warganegara Malaya.

09 Ilmu pengetahuan ialah dasar atau tempatberdirinya sesuatu kebudayaan. Oleh sebab itu, warganegara Malaya atau yang bakal akan jadi warganegara hendak­lah menegapkan dasar-dasar atau tempat berdirinya kebudayaan itu ; iaitu ilmu pengetahuan, dan ilmu pengetahuan itu sendiri termasuk dalam kebudayaan .

10 Tiap-tiap warganegara dan anak-anak mereka mestilah memajukan ilmu penge­tahuan yang boleh didapati terutama di sekolah-sekolah rendah , sekolah­sekolah menengah , sekolah-sekolah tinggi , buku-buku atau kitab-kitab yang ditulis dan dikarangkan oleh orang-orang yang berilmu pengetahuan, sehingga ilmu pengetahuan itu dapat dipergunakan untuk menempuh hidup dalam masyarakat sebagai suatu bangsa (nation) bagi sebuah negar.a yang sesuai dengan kemajuan zaman.

11 Segenap bahagian kebudayaan: di antaranya seperti ilmu teknik, ilmu ke­doktoran , ilmu jurutera, ilmu undang-undang, ilmu agama, ilmu jiwa, ilmu alam, ilmu bumi, ilmu falaq , ilmu hayat, ilmu ramuan, ilmu laut , ilmu keturunan bangsa-bangsa manusia , hendaklah dipelajari oleh sesuatu bangsa yang hendak maju dalam kebudayaan bangsanya sendiri supaya jadi bertamaddun; dan hasil­hasil daripada penyelidikan ilmu pengetahuan yang sebenarnya itu, hendaklah digunakan sebagai asas 'Kebudayaan Kebangsaan'.

12 Bahasa Kebangsaan Malaya (bahasa Melayu) ialah alat yang sangat mustahak untuk memelihara dan menggerakkan Kebudayaan Kebangsaan Malaya. Oleh

24

sebab itu Bahasa diperkaya , diberi k, pengetahuan kepa1 mustahak supaya I sanggup, hendaklal bahasa perantaraai sampai ke sekolah­berbagai-bagai jur pejabat-pejabat; o pengumuman dan dalam masyarakat sungguh, jujur, tia< segala jurusan itu , masa yang tiada la Kebangsaan Malay

13 Bahasa Kebangsaa mempunyai warga tidaklah akan dig bahasa puak ban~ segenap warganeg1 perhatian dan usah diri masing-masing Bahasa Kebangs Kebangsaan Malayi

14 - 21 ..... hingga sel

• Kekata 'Malaya' yang d daerah Semenanjung Ta

Page 14: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

~nl

~iiktiraf Jara itu ~alnya .

n atau

yang daklah

11. Oleh ~endak-

ttu ilmu yaan.

penge­kolah­

b yang hingga dalam sesuai

inu ke­;i, ilmu lurunan hendak µi hasil­pdaklah

tahak . Oleh

sebab itu Bahasa Kebangsaan kita di Malaya ini hendaklah disuburkan , diperkaya , diberi kesanggupan dapat dipergunakan untuk menyarnpaikan ilrnu pengetahuan kepada bangsa Malaya (Malayan) sendiri; dan syarat yang mustahak supaya Bahasa Kebangsaan Malaya ini rnenjadi subur, kaya dan sanggup, hendaklah dipergunakan oleh segenap warganegara Malaya sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah, iaitu dari sekoJah-sekolah rendah , sampai ke sekolah-sekolah rnenengah , hingga ke sekolah-sekolah tinggi dalarn berbagai-bagai jurusan ; hendaklah digunakan dalarn bahasa perjawatan di pejabat-pejabat; bahasa perhubungan dalarn rnajlis-rnajlis rarnai ; bahasa pengumuman dan perintah daripada kerajaan negara , dan bahasa hari-hari dalam rnasyarakat Qangsa Malaya . Perbuatan yang benar-benar , bersungguh­sungguh , jujur, tiada rendah-rnerendahkan , dan berkepercayaan pen uh dalarn segala jurusan itu , rnenggunakan Bahasa Kebangsaan , rnaka dalarn suatu jangka masa yang tiada lama, kelak subur, kaya , sanggup dan berdaulatlah Bahasa Kebangsaan Malaya di negaranya sendiri .

13 Bahasa Kebangsaan Malaya , yakni bahasa Melayu , dalarn negara Malaya yang me'tlpunyai warganegara yang berbilang puak bangsa dan berbilang bahasa , tidaklah akan digunakan untuk rnernadamkan atau rnenghapuskan lain-lain bahasa puak bangsa yang menjadi warganegara Malaya ini . Dalarn pada itu segenap warganegara , walau puak bangsa apa pun , hendaklah rnenurnpukan perhatian dan usaha rnereka bagi rnernajukan Bahasa Kebangsaan Malaya, bagi diri masing-rnasing dan bagi rnasyarakat seurnurnnya, kerana dengan beralatkan Bahasa Kebangsaan Malaya itu barulah dapat dirnajukan Kebudayaan Kebangsaan Malaya.

14 - 21 .. ... hingga selesai .

• Kekata 'Malaya' yang dig1,makan dalam kertas kerja Encik Buyong Adil itu ialah meliputi daerah Semenanjung Tanah Melayu + Singapura + Brunei + Sabah + Sarawak.

25

Page 15: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

[sedutan dari kertas kerja Encik Mahmud Ahmad (aim) ke Seminar Kebudayaan Melayu 25 Nov - 2 Dis 1962]

[muka 2 para 13 hingga akhir]

Lampiran 2

Pengertian 'kebudayaan' yang selama ini dititikberatkan kepada tarian, nyanyian, sandiwara dan lukisan sahaja mesti diinsafi bahawa bukan itu yang menjadi pokok kebudayaan! Adapun yang ~enjadi pokok kebudayaan 1alah kemlfjuan hidup. Tingkatan hidup kita mestilah melalui kebudayaan. Dari semenjak adanya manusia , maka mereka berusaha menakluki dan menguasai alam dengan tenaga dan ilmu pengetahuannya, sehingga sekarang ini manusia mulai menguasai angkasa lepas! Apabila tinggi tingkat kemajuannya menakluki dan menguasai alam, maka tinggi pula kemajuan dan perkembangan kebudayaan; demikian pula sebaliknya.

Apakah kekuasaan dan pengetahuan yang ada pada kita? Kekuasaan kita hanya gusi dengan lidah; dengan lain perkataan, kita hanya boleh berkata-kata sekadar yang sesuai dengan tatasusila . Pengetahuan kita setakat sekolah Melayu atau sekolah Kebangsaan yang setiap tahun bertambah mundur hingga terbit "Penyata Aminuddin". Walaupun sekolah-sekolah Melayu Singapura tak termasuk dalam bidang penyata itu , tetapi demikianlah hakikatnya sekolah-sekolah Melayu Singapura dan pandangan orang ramai kepadanya, termasuk orang Melayu sendiri.

Kekuasaan dan Pengetahuan adalah bergantung kepada 'ekonomi'; sedang ekonomi orang kit a tercicir sekali ! Kerana ekonomi orang kit a sangat tercicir, maka dalam gambar-gambar kalender Singapura tahun 1962 yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan , "hidung" orang Melayu pun tak nampak! Manakah kegiatan-kegiatan tarian Melayu , sandiwara Melayu, temasya lumba kolek Melayu atau sesuatu kebudayaan yang berunsur Melayu? Sesungguhnya sangat menyedih­kan! Dalam kalender itu juga tak ada sepatahpun bahasa Kebangsaan, kecuali perkataan "Majulah Singapura" yang tertera pada lam bang kerajaan Singapura itu.

Semenjak tamatnya Kongres Kebudayaan Melayu (I) di Melaka yang ber­langsung selama empat hari [mulai dari 30.12.57 hingga 02.01.58], maka cita-cita hendak menjadikan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan Nasional telah diperkatakan oleh pendukung-pendukung kongres itu, tetapi akhirnya hal itu senyap sahaja . Adakah diam itu diam ubi atau diam besi? Jawab yang tepat kepada gagasan itu ialah kalender Singapura tahun 1962 itu.

Oleh sebab kebudayaan Nasional itu tidak lagi kepunyaan orang Melayu sahaja; maka gagasan itu payahlah tercapai . Jika gagasan itu hendak diperjuangkan juga, maka sebaik-baiknya hal itu dibentangkan dalam suatu kongres kebudayaan kebangsaan Malaysia . Di situlah baharu dapat keputusan yang muktamad.

26

Kesimpulannya:

l Kebudayaan Mi lah diperjuangk kan ~upaya ia k

2 Kebudayaan M politik negara budayaan kita j1

3 Titik beratkan sebenar, jangan lain hal seni sen

4 Pokok ketinggia duanya bergant1 diutamakan usa imbuhan sahaja.

5 Sebarang soal J bersama oleh se8

Page 16: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

~piran 2

f!da tarian, •n itu yang haan ialah

aan. Dari uasai alam usia mulai akluki dan

asaan kita rkata-kata

lah Melayu · ngga terbit k termasuk

plah Melayu ayu sendiri.

mi '; sedang ercicir, maka rbitkan oleh lk! Manakah olek Melayu

111 menyedih­aan , kecuali

lingapura itu .

fa yang ber­aaka cita-cita asional telah nya ha\ itu

tepat kepada

rang Melayu ·perjuangkan

kebudayaan 11mad.

Kesimpulannya:

Kebudayaan Melayu lama biarkanlah sebagaimana adanya. Sebaliknya hendak­lah diperjuangkan kebudayaan Melayu moden dicipta, diatur dan diselenggara­kan ~upaya ia kelak menjadi pusaka kepada keturunan yang akan datang.

2 Kebudayaan Melayu mahu tidak mahu sejalan dengan kehendak-kehendak politik negara kita sekarang, tetapi mesti waspada supaya usaha-usaha ke­budayaan kita jangan jadi perkakas semata-mata.

3 Titik beratkan usaha-usaha kebudayaan pada pengertian kebudayaan yang sebenar, jangan tenggelam dalam nyanyian , tarian, sandiwara, lukisan dan lain­lain hal seni semata-mata.

4 Pokok ketinggian kebudayaan ialah pengetahuan dan kekuasaan. Dan kedua­duanya bergantung kepada unsur-unsur ekonomi. Jadi, ke arah inilah mesti diutamakan usaha-usaha kebudayaan , dan bahagian-bahagian lain sekadar imbuhan sahaja.

5 Sebarang soal yang mengenai · kebudayaan Nasional hendaklah diputuskan bersama oleh sega la kaum putera bumi Malaysia.

27

Page 17: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

[sedutan dari kertas kerja Ybh Encik Sidek Saniff ke Seminar Kebudayaan Melayu 23 hingga 25 Disember 1978]

[muka 16 para 3 hingga muka 20 para 1]

Lampiran 3

Oleh kerana begitu kompleksnya masalah seni budaya ini saya kira dengan peristiharan Pemangku Menteri Kebudayaan tentang pembentukan Yayasan Kebudayaan agar dengan itu dapat membiayai kegiatan-kegiatan kebudayaan yang bererti dengan mengeluarkan biasiswa dan bantuan kewangan demi mengejar cita­cita kesenian di dalam dan di luar negeri. Peristiharan ini saya kira adalah satu perkara yang amat menggembirakan semua pihak. Ini juga menyebabkan kerja menyelaras kegiatan budaya menjadi semakin penting.

Selaras dengan itu saya kira kita memerlukan penyusunan semula di dalam mengatur, mengtalak, memupuk seni budaya di Singapura ini. Kerja yang pernah dikendalikan oleh Seksi Aktiviti Kementerian Kebudayaan (Cultural Activities Section) perlu diperluas dengan sebuah Jawatankuasa Penyelaras Kebudayaan

(JKP). Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Menteri atau Pemangku

Menteri Kebudayaan sendiri dengan anggota-anggota jawatankuasanya yang

berikut:

wakil dari Kementerian Kebudayaan wakil dari Kementerian Pelajaran wakil dari firma-firma wakil dari Persatuan Rakyat wakil dari National Theatre Trust wakil dari Lembaga Penggalak Pelancong wakil dari Museum Negara wakil dari badan budaya tiap-tiap kaum orang perseorangan yang berminat

Mereka ini diharapkan akan dapat memberikan semacam nafas baru dengan pergerakan budaya 'bergerak ke arah mengembangkan asas kebudayaan dan mempercepat lagi perkembangan budaya yang hasilnya ialah memperkayakan setiap orang dengan seni budaya' itu akan bergerak lebih licin.

Dari daftar anggota jawatankuasa ini kita mengharapkan mereka dapat mencakup kehendak-kehendak selaku daya penggerak yang aktif dan efektif. Tiap­tiap mereka paling tidak mempunyai salah satu tenaga-tenaga yang berikut (kalaupun tidak kesemuanya sekali). Tentulah dialu-alukan sangat jika tiap anggota memiliki tenaga penting, iaitu:

28

tenaga fikir (thinker) tenaga perancang (planner) tenaga pelaksana (executioner)

JAWATA~

Jawatankuasa Penyelara

8.1 menetapkan priorit tarian, nyanyian, m rakyat umum.

8.2 memelihara hasil pi penghargaan khusu dipelihara terns den melalui radio atau1 Merah, Siti Payun keterangan yang say Begitu juga halnya bagi kedua-dua mas

8.3 menentukan agar ti advertisment sebaik percuma di sampin~ samping 'bangsaw Kebudayaan baru-t peranan positif TV paling popular den sampai dan diterim1

8.4 menentukan agar p tidak nampak (invii (sekiranya perlu dil dibiayai oleh rakyc1 Keadaan ini perlu

8.5 menentukan agar c1

dua tahun sekali, menang dan yang r

8.6 Penghargaan perlu dipancarkan melah penerbit, pelakun, baiknya jika dapat sebagai salah satu 1

8. 7 Adalah terlalu pern dan memberikan I seni budaya setam yang bakal dibuat

Perkara yang terte1 tindakan secepat mung menghad ataupun meh

Page 18: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

Lampiran 3

a kira dengan kan Yayasan udayaan yang mengejar cita­a adalah satu babkan kerja

ula di dalam p yang pernah ural Activities

Kebudayaan

ps barn dengan ~budayaan dan rkayakan setiap

mereka dapat •n efektif. Tiap­k yang berikut "ka tiap anggota

JAWATANKUASA PENYELARAS KEBUDAYAAN

Jawatankuasa Penyelaras ini mempunyai tugas besar:

8.1 menetapkan prioriti perkembangan jenis seni budaya umpamanya drama, tarian, nyanyian, musik, lukisan , fotografi yang bakal dihidangkan kepada rakyat umum.

8.2 memelihara hasil pusaka lama atau purba yang dapat memberikan semacam penghargaan khusus ; umpamanya jika di dalam lagu-lagu Melayu wajib dipelihara terus dengan mewajibkannya pula di dalam peraduan, pementasan melalui radio ataupun TV: Dondang Sayang, Seri Mersing , Damak , Mas Merah, Siti Payung dan Makan Sirih. Kesemua lagu-lagu ini mengikut keterangan yang saya dapati tidak diketahui penggubah dan penyanyi asalnya. Begitu juga halnya perlu diperhatikan dengan lagu-lagu Tionghoa dan India, bagi kedua-dua masyarakat itu , di samping yang diimport dari Barat.

8.3 menentukan agar tiap aktiviti seni budaya yang bernilai diberikan coverage/ advertisment sebaik-baiknya melalui alat-alat sebaran 'am termasuk TV secara perqima di samping Catatan Harian Kebudayaan. Sebagai contoh saya kira di samping 'bangsawan' telah lama tidak muncul, dengan usaha Kementerian Kebudayaan baru-baru ini , sambutan yang diberi amat baik adalah kerana peranan positif TV Singapura yang kini merupakan alat sebaran 'am yang paling popular dengan itu paling ramai penontonnya . Mesej lebih mudah sampai dan diterima melalui TV.

8.4 menentukan agar pertunjukan seni budaya sebagai penanaman modal yang tidak nampak (invisible investment) kepada seluruh rakyat; oleh itu bayaran

(sekiranya perlu dikenakan) hendaklah paling minimum ataupun yang dapat dibiayai oleh rakyat terbanyak; seperti sekarang dikenakan bayaran $1.00. Keadaan ini perlu dikekalkan.

8.5 menentukaf? agar cultural festival dapat diadakan tiap tahun atau paling-paling dua tahun sekali, dengan oskar peraduan dan penghargaan kepada yang menang dan yang mengambil bahagian.

8.6 Penghargaan perlu diberi kepada sesuatu yang berbentuk seni dan budaya yang dipancarkan melalui sebaran 'am seperti akhbar dan RTS umpamanya untuk penerbit , pelakun , penggubah pada tiap tahun ataupun dua tahun sekali . Ada baiknya jika dapat diserentakkan dengan Pesta Budaya atau Cultural Festival sebagai salah satu acara kemuncak.

8.7 Adalah terlalu penting JKP ini mengamati peri pentingnya mencari , mengukur dan memberikan penghargaan serta penghormatan kepada jasawan-jasawan seni budaya setanahair. Perincian tentang siapa , bagaimana dan apa ukuran yang bakal dibuat bolehlah dibincang secara terperinci pula oleh JPK.

Perkara yang tertera di atas adalah di antara yang terpenting yang memerlukan tindakan secepat mungkin. Kemungkinan masa dan keadaan akan dapat sama ada menghad ataupun meluaskan lagi fungsinya, memang tidak dapat dinafikan.

29

Page 19: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

Sama ada Jawatankuasa Penyelaras Kebudayaan diterima ataupun tidak merupakan sebuah badan khas yang begitu rupa adalah amat penting untuk perkembangan seni budaya negara ini . Sementara perkara ini difikirkan saya kira mereka yang terlibat seperti Seksi Aktiviti Kementerian Kebudayaan (Cultural Activities Section , Ministry of Culture) dapat meneliti dan mengkaji fungsi dan beberapa perkara lain ekoran dari perisytiharan penting yang dibuat oleh Pemangku Menteri Kebudayaan itu .

,

teori Penasionalisaan Kebuda)

dari masyarakat kelc ke masyarakat be, ke masyarakat be, ke masyarakat be,

masyarakal "b" (kelurunan Cina)

Page 20: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

taupun tidak nting untuk

kan saya kira aan (Cultural ji fungsi dan dibuat oleh

teori Penasionalisaan Kebudayaan Singapura

dari masyarakat ke/ompok . .. . ke masyarakat berkongsi ... . ke masyarakat bersama ke masyarakat berpadu (nasional)

masyarakat "'b" (keturuna11 Cina)

kongsi (a+b)

masyarakat

''a"

(keturu11a11 Melayu)

masyarakat "d"

(kelurunan lain-lain)

kongsi (a+ c)

Lampiran 4

masyarakat "c" (keturunan India)

31

Page 21: Title Teras kebudayaan Singapura: (Percubaan dan … · as ini, anan ripada ntang rakan akan tetapi erana unya. usia; nerasi an di-anusia ipada nusia. rgolak purba bahan unsur wajar,

Bacaan:

1. Prof Dr Koentjaraningrat , Pengantar Antropoligi , Pen Univarsitas Djakarta , 1966.

2. Buyong Adil , Kebudayaan Kebangsaan Malaya , kerta kerja kepada Seminar Kebudayaan Melayu anjuran PBMUS, 25 November - 2 Disember 1962.

3. Mahmud Ahmad, Kebudayaan Melayu , kertas kerja kepada Seminar Ke­budayaan Melayu anjuran PBMUS, 25 November - 2 Disember 1962.

4. Rumusan Seminar Kebudayaan Melayu anjuran PBMUS, 2 November - 2 Disember 1962.

5. Sidek Saniff, Peranan Kesenian dalam Pembangunan Negara , kerja kepada Seminar Kebudayaan Melayu Singapura anjuran Majlis Pusat dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, 23-25 Disember 1978.

6. Muhammad Ariff Ahmad, Mengenal Kebudayaan melalui Sastera, kertas kerja kepad\ Seminar Kebudayaan Melayu anjuran Majlis Pusat dan Kesatuan Guru­guru Melayu Singapura. 23-25 Disember 1978.

32

Tidak hanya 1

menyeluruh mengi yang diadatkan c timbangan nilai hi, kan mereka adala satu daripada unsu yang baik bagi b demikian sebalikr baiklah bagi mere·

Peribahasa hi< disokong oleh peri menunjukkan bah hubungannya den dengan kata: adat

Orang yang temurun, yakni rn moyangnya tanpa sering mengangg2 merupakan antara negatif, tidak sesu

Tetapi, mere ketentuan alam [s cair.. yang berm basah ... ] menilai wujud untuk me mereka tahu bah manusia dan haiw

Menurut tero dasarkan kebenar1 alam, seperti yan!