unit 1 tender 1.2

8
Lampiran DPP B2(b)-1 Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR SESSION : SEMESTER : 3A & 3B CODE/COURSE : KCS 3052 - BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS2 LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W3 TOPIC : UNIT 1 : TENDER SUB-TOPIC : 1.2 Tender Document 1.2.1 Types of tender document. 1.2.2 Function and content of each document. LEARNING OUTCOME : After completing the unit, students should be able to : a) Define tender document. b) List each type of tender document. c) Describe the function and content of each document. 2.2 DOKUMEN TENDER (TENDER DOCUMENT) Dokumen tender ialah dokumen yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh kontraktor bagi mentaksirkan harga projek yang ditawarkan. Dokumen tender juga dikenali sebagai dokumen tawaran. Tujuan dokumen tender dikeluarkan adalah untuk : a. menghuraikan segala kehendak-kehendak klien/majikan, b. membolehkan pihak kontraktor mengemukakan tawaran dengan kos yang berpatutan, c. mengikat perjanjian antara klien dengan kontraktor untuk Page 1 of 8

Upload: mara

Post on 25-Jan-2017

69 views

Category:

Engineering


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

Institut Kemahiran MARASungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR

SESSION : SEMESTER : 3A & 3B

CODE/COURSE : KCS 3052 - BASIC PROJECT MANAGEMENT SHEET NO : IS2

LECTURER : NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : W3

TOPIC : UNIT 1 : TENDER

SUB-TOPIC :1.2 Tender Document

1.2.1 Types of tender document.

1.2.2 Function and content of each document.

LEARNING OUTCOME :

After completing the unit, students should be able to :

a) Define tender document.

b) List each type of tender document.

c) Describe the function and content of each document.

2.2 DOKUMEN TENDER (TENDER DOCUMENT)

Dokumen tender ialah dokumen yang mengandungi semua maklumat

yang diperlukan oleh kontraktor bagi mentaksirkan harga projek yang

ditawarkan. Dokumen tender juga dikenali sebagai dokumen tawaran.

Tujuan dokumen tender dikeluarkan adalah untuk :

a. menghuraikan segala kehendak-kehendak klien/majikan,

b. membolehkan pihak kontraktor mengemukakan tawaran dengan kos

yang berpatutan,

c. mengikat perjanjian antara klien dengan kontraktor untuk dijadikan

sebagai dokumen kontrak,

d. dijadikan sebagai rujukan dan rekod semasa pelaksanaan projek.

2.2.1 JENIS-JENIS DOKUMEN TENDER (TYPES OF TENDER DOCUMENT)

Page 1 of 8

Page 2: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

Jenis dokumen tender yang biasa dipratikkan kepada dua, iaitu :

a. Dokumen Tender Berdasarkan Lukisan dan SpesifikasiPerkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :

Surat pelawaan tawaran (notis tender)

Borang tender

Arahan kepada penender

Syarat-syarat menender

Kehendak/kerja awalan

Spesifikasi kerja

Ringkasan tender

Senarai kadar harga

Lukisan kerja

Lampiran

b. Dokumen Tender Berdasarkan Senarai Kuantiti/BahanPerkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :

Surat pelawaan tawaran (notis tender)

Borang tender

Arahan kepada penender

Syarat-syarat menender

Kehendak/kerja awalan

Spesifikasi kerja

Senarai kuantiti/bahan

Lukisan kerja

Lampiran

2.2.2 FUNGSI DAN KANDUNGAN SETIAP DOKUMEN (FUNCTION OF CONTENT OF EACH DOCUMENT)

a. Borang Tender (Tender Form)Keterangan : Borang perlu diisi oleh kontraktor dengan menyatakan

harga tawaran dan tempoh siap kerja.

Fungsi : Sebagai tanda menyertai tawaran untuk penilaian dan pemilihan

kontraktor.

Page 2 of 8

Page 3: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

b. Borang Penerimaan Tender (Tender Acceptance Form)Keterangan : Borang perlu diisi oleh klien/majikan untuk dikembalikan

kepada kontraktor sebagai rekod simpanan.

Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tender yang diserahkan

kepada klien telah diterima.

c. Spesifikasi Piawaian Kerja (Job Standard Specification)Keterangan : Keterangan tentang kerja yang akan dijalankan, kualiti

bahan yang dikehendaki oleh klien, kaedah menjalankan kerja dan tahap

kualiti kerja yang diharapkan dapat dipenuhi oleh kontraktor.

Fungsi : Maklumat yang menjelaskan kepada kontraktor tentang butir-

butir yang berkaitan dengan kontrak yang ditawarkan.

d. Senarai Kuantiti (Bills of Quantity)Keterangan : Mengandungi senarai kuantiti bahan dan kerja yang

diperlukan untuk menyiapkan projek.

Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan

anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah

kerja yang akan dilakukan.

e. Lukisan Kerja (Working Drawing)Keterangan : Mengandungi gambaran kerja yang ditawarkan kepada

kontraktor.

Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan

anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah

kerja yang akan dilakukan.

f. Jadual Kadar Kerja (Schedule of Working Rate)Keterangan : Mengandungi senarai harga bagi setiap kerja yang akan

dilakukan oleh kontraktor.

Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan

anggaran kos.

Page 3 of 8

Page 4: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

g. Notis Tender (Notice of Tender)Keterangan : Iklan mempelawa kontraktor untuk memasuki tender yang

disiarkan dalam akhbar harian utama oleh pihak klien.

Fungsi : Memaklumkan kepada kontraktor yang berkelayakan dan

berpengalaman untuk memasuki tender yang ditawarkan.

h. Arahan Kepada Penender (Instructions For Tenderer)Keterangan : Arahan yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor

supaya mengisi segala maklumat yang benar mengenai latar belakang

kewangan dan prestasi petender.

Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tendernya akan ditolak dan

tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati maklumat

palsu atau tidak tepat diberikan.

i. Syarat-Syarat Menender (Conditions of Tendering)Keterangan : Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh petender/kontraktor

yang melibatkan tugas, hasil kerja, insuran dsbnya

Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa kontraknya akan ditamatkan

dan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati

melanggar syarat-syarat yang diberikan.

j. Surat Setujuterima Tender (Letter of Tender Acceptance)Keterangan : Surat yang perlu diisi dan ditandatangani oleh kontraktor

untuk diserahkan kepada klien/majikan.

Fungsi : Sebagai tanda kontrak telah diterima dan dipersetujui oleh

kontraktor.

k. Kehendak Awalan (Preliminaries)Keterangan : Kehendak yang menyatakan perkara-perkara yang tidak

diukur dan dinyatakan di dalam ringkasan tender.

Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor dalam melaksanakan

projek terutama yang melibatkan kos.

Page 4 of 8

Page 5: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

Page 5 of 8

Page 6: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

Page 6 of 8

Page 7: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

Page 7 of 8

Page 8: Unit 1 tender 1.2

Lampiran DPP B2(b)-1

EXERCISE 3.0

1. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen tender?

2. Nyatakan tujuan dokumen tender dikeluarkan?

3. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender

berdasarkan lukisan dan spesifikasi?

4. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender

berdasarkan senarai kuantiti?

5. Nyatakan fungsi dokumen berikut :

a. Borang tender

b. Borang penerimaan tender

c. Spesifikasi piawaian kerja

d. Senarai kuantiti

e. Lukisan kerja

6. Nyatakan kandungan dokumen berikut :

a. Jadual kadar kerja

b. Notis tender

c. Arahan kepada menender

d. Syarat-syarat menender

e. Surat setujuterima tender

REFERENCE :

1. Teacher’s handout

2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 – Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof,

Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)

3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 – Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)

4. Aturcara Kontrak & Taksiran – Uzairi Hj. Saidin (IBS)

5. Nota JKR (IKRAM)

Page 8 of 8