ush13020 b4 (2).doc

Upload: firdaus-ali

Post on 07-Jul-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 USH13020 B4 (2).doc

    1/5

    BAHAGIAN 4

    METODOLOGI KAJIAN

    4.1 Takrif Kaedah Kajian

    Kaedah kajian atau nama lain bagi metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik 

    mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti

    yang boleh menyokong sesuatu kajian sehingga kepada rumusan kajian dapat dibuat.

    Kaedah kajian menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu

    kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuannya ialah untuk membantu memahami

    dengan lebih meluas dan terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan

    membuat huraian tentang proses kajian.

    4.2 Pendekatan dan Jeni Kajian

    Dua pendekatan kajian adalah kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Terdapat tiga

     jenis utama iaitu tinjauan (exploratory), diskriptif (descriptive) dan penjelasan

    (explanatory).

    iri!ciri bagi kajian kuantitatif"

    ! Data berbentuk angka yang boleh diukur.

    ! #enyelidik menggunakan instrumen seperti soal selidik dalam pengumpulan

    data.

    ! $ntrument berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi perantara diantara

     penyelidik dan responder.

    ! %eka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.

    ! ontoh kajian deskriptif dan kajian eksperimental.

  • 8/18/2019 USH13020 B4 (2).doc

    2/5

    iri!ciri bagi kajian kualitatif.

    ! Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual yang

    direkod dan video.

    ! #enyelidik sendiri turun padang sebagai instrument utama memungut data.

    ! #enyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati

    sendiri fenomena yang ingin dikaji.

    ! ontoh kajian tindakan, kajian kes,kajian lapangan dan lain!lain lagi.

    4.! "#$%er Data

    #enyelidik perlu mengenal pasti sumber!sumber maklumat untuk kajiannya kerana

     penyelidik memerlukan data untuk menyokong hujah!hujah dalam kajian yang dibuat.

    Data boleh diperolehi daripada sumber primer dan juga sumber sekunder.

    &alah satu pertimbangan di dalam memilih masalah penyelidik adalah adanya sumber 

    data. #enyelidikan kuantitatif adalah penjelasan lebih (menjelaskan) kerana ia adalah

     pembelajaran tentang manusia (objek a'am), manakala penyelidikan kualitatif adalah

    lebih memahami (kefahaman) terhadap fenomena atau fenomena sosial, kerana adalah

    untuk pembelajaran tentang manusia (masyarakat sebagai subjek).

    Data adalah salah satu aspekyang paling penting dalam mana!mana kajian

     penyelidikan. #emyelidik menjalankan pelbagai bidang pengajian yang berbea di

    dalam metodologi tetapi setiap penyelidikan adalah berdasarkan kepada data yang

    dianalisis dan ditaksirkan untuk mendapatkan maklumat. Terdapat dua teknik 

     pengumpulan data. Kebanyakan kajian yang dijalankan telah mengguna pakai kedua!

    dua sumber data dalam kajian yang dijalankan iaitu data primer dan data sekunder.

    4.!.1 Data Pri$er

    Data primer merujuk kepada data yang belum ada dan perlu dikumpulkan oleh

     penyelidik. Data primer adalah merupakan data asli yang bukan diambil dari mana!

  • 8/18/2019 USH13020 B4 (2).doc

    3/5

    mana sumber sedia ada tetapi dikumpul sendiri oleh penyelidik melalui kaedah!

    kaedah seperti kaji selidik atau pemerhatian sampel responden yang me'akili jumlah

     populasi yang sebenar. #enyelidikan bukan sahaja melibatkan pengumpulan data,

    tetapi juga merekod, menganalisis, mengupas dan membentangkan fakta dalam

     bentuk laporan.

    Data yang dikumpulkan itu dipanggil data mentah, dan kebanyakan masanya tidak 

    dapat digunakan dalam sebarang analisis kecuali data itu diproses, iaitu disusun

    menggunakan sistem penilaian yang boleh diterima pakai. Data yang sudah diproses

    ini dijadikan sandaran untuk penyelidik membuat analisis dan mencapai rumusan.

    ontoh data primer adalah seperti maklumat daripada borang kaji selidik, temubual,

    catatan pemerhatian dan seumpamanya.

    4.!.2 Data "ek#nder

    erlainan pula dengan pemahaman tentang data sekunder yang merujuk kepada data

    yang sedia ada, yang telah 'ujud sebagai panduan penyelidik untuk lebih memahami

    kajian yang dijalankan.data sekunder luaran boleh diperolehi melalui arkib, capaian

    internet. *anakala contoh bagi data sekunder dalaman seperti rekod!rekod yang boleh

    diperolehi daripada pihak majikan.

    Data sekunder merupakan data mudah diperolehi selain dari kos yang agak murah.

    Tetapi data sekunder biasanya tidak meliputi secara menyeluruh kajian kes penyelidik.

    +esteru itu, data serta laporan yang dikeluarkan mungkin tidak begitu menepati

     pia'aian penyelidik. #enyelidik perlu berhati!hati dalam memilih sumber data

    sekunder untuk memastikan objektif penyelidikan tidak tersasar.

    4.4 Kaedah &an' di'#nakan da(a$ Kaedah Kajian

    #endekatan kajian ini adalah berasaskan kajian kuantitatif. #engkaji memilih

     pendekatan kajian kuantitatif ini kerana ia bersesuaian untuk menja'ab persoalan

    kajian yang dibina agar matlamat kajian dapat dicapai. abbie (--) menyatakan

     baha'a kajian kuantitatif akan memudahkan analisis data dilaksanakan, menyemak 

  • 8/18/2019 USH13020 B4 (2).doc

    4/5

    validiti data yang dikutip serta menguatkan lagi pemahaman tentang sesuatu

    fenomena yang dikaji. *enurut &abitha *erican (--/), kajian berbentuk kuantitatif 

    akan digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu di dalam

     bentuk numerik.

    Kajian ini adalah merupakan satu kajian tinjauan (exploratory) yang bertujuan untuk 

    mendapatkan dan mengumpul maklumat dengan mengemukakan satu set soalan

    kepada sampel individu yang dipilih daripada satu populasi yang hendak dikaji. hua

    (--0) berpandangan baha'a kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah

     penyelidikan yang paling popular digunakan di dalam bidang sains sosial di mana ia

    dapat mengumpul ja'apan yang terus daripada subjek kajian serta menghuraikan

    fenomena yang diminati oleh pengkaji. erpandukan proses kajian tinjauan oleh hua

    (--0), maka pengkaji mengutip data berangka dengan menggunakan instrument soal

    selidik, dan kemudiannya data dianalisis secara ujian!ujian statistik untuk 

    menggambarkan pola mengenai respon terhadap item soal selidik dan hipotesis.

    Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah dengan menggunakan data primer 

    dan data sekunder untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Di dalam

    menjayakan data kertas kajian ini, data sekunder diperolehi daripada bahagian latihan

    alai omba 1ndalas Klang.

    Di dalam kajian ini, borang soal selidik diserahkan kepada anggota!anggota alai

    omba 1ndalas untuk dija'ab. &eramai 2 orang responden diperlukan untuk 

    menja'ab borang soal selidik tersebut. Kumpulan sasaran pengkaji adalah kepada

    setiap anggota yang bertugas di alai omba 1ndalas disemua bahagian tidak 

    mengira jantina, umur, bangsa dan agama.

    4.) Kekan'an Kajian

    Terdapat maklumat yang tidak dapat didedahkan disebabkan untuk melindungi hak!

    hak jabatan. &elain itu juga, perkara! perkara lain disebabkan oleh termaktud dalam

    aku janji terhadap jabatan. Tambahan pula kesibukan anggota dalam tugasan harian

    dan terlibat dengan aktiviti!aktiviti jabatan serta menghadiri pelbagai kursus yang

    dianjurkan oleh jabatan telah menyebabkan kesukaran dalam menjayakan kajian ini

  • 8/18/2019 USH13020 B4 (2).doc

    5/5

    dengan jayanya. Kekangan lain adalah jangkamasa yang diberikan kepada pengkaji

    untuk menjalankan kajian ini yang terhad menjadi penghalang kepada pengkaji untuk 

    membuat kajian lebih meluas. agaimanapun, data yang diperolehi oleh pengkaji

    adalah benar dan boleh digunapakai ditempat kerja dan organisasi yang diperkatakan.