afaf

6
1 | Page SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH NAMA: SITI NOR AFAF BT MAHASAN NO. MATRIK: D20081032219 PROGRAM: PENDIDIKAN MATEMATIK (AT 14)

Upload: afaf-cynofa

Post on 20-Jul-2015

1.127 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Afaf

1 | P a g e

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL

SCIENCES

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

NAMA: SITI NOR AFAF BT MAHASAN

NO. MATRIK: D20081032219

PROGRAM: PENDIDIKAN MATEMATIK (AT 14)

Page 2: Afaf

2 | P a g e

PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Insentif pengajaran (What is the problem?)

Guru merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah, selain daripada

pelajar dan kurikulum, iaitu termasuk sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku-

buku teks dan lain-lain. Bagaimanapun suatu persoalan yang timbul adalah tentang

apakah peranan guru matematik dalam penerapan nilai kepada pelajar. Nik Azis (1996)

dalam kajian Mohd Uzi Bin Dollah (2007), menegaskan tentang peranan guru di bilik

darjah yang boleh mempengaruhi pelajar.

Untuk memenuhi tuntutan di atas, guru perlu meneliti apakah masalah yang

berlaku dalam pendekatan pengajaran yang berkesan. Antara masalah yang berlaku ialah

penggunaan insentif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana

penggunaan intensif yang berkesan dapat mendorong pelajar untuk lebih

bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Insentif bermaksud keupayaan

guru untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-

kerja yang di beri oleh guru. Penggunaan intensif yang berkesan dapat mendorong

pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Contoh

kajian menunjukkan pencapaian pelajar lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah

yang diberi berbanding dengan pelajar yang kerja rumahnya tidak disemak

(Cooper,1989).

Punca-punca (Why is there a problem?)

Mengenali ciri-ciri pelajar yang lemah matematik akan membantu guru memahami

masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran

tersebut. Pengalaman menunjukkan ciri-ciri pelajar yang saya maksudkan sebagai lemah

matematik bertepatan dengan hasil kajian Mercer (1997). Oleh itu, adalah amat penting

bagi guru mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar lemah dalam mata

Page 3: Afaf

3 | P a g e

pelajaran matematik pada masa yang sama dapat melaksanakan pengajaran yang

berkesan.

Antara punca-punca yang menyebabkan sesuatu kaedah pengajaran itu kurang

berkesan ialah melalui sikap guru itu sendiri. Guru tersebut tidak mempunyai kemahiran-

kemahiran untuk membina keyakinan diri. Kebanyakan guru pada masa kini tidak

mempunyai peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang

diperlukan yang wujud dalam diri mereka.

Terdapat juga segelintir daripada golongan guru yang mempunyai kekurangan

yang ada pada diri sendiri untuk menanangi dan menghadapi seseuatu masalah atau

cabaran sebagai seorang pendidik. Terdapat juga kajian oleh Uzi Bin Dollah (2007) yang

menunjukkan bahawa amalan dan tingkah laku guru boleh mempengaruhi pelajar dalam

pembelajaran matematik (Rohaty & T. Subahan, 1993), Kajian Rohaty dan T. Subahan

(1993) ke atas guru pelatih (pelajar) mendapati bahawa sahsiah dan tingkah laku pendidik

mempengaruhi pembelajaran pelajar. Marzita Puteh (2002) pula melaporkan dapatan

kajian bahawa, apabila guru tidak mempersembahkan keyakinan terhadap pengajaran

matematik, boleh menjadikan pelajar tidak berminat terhadap subjek dan kurang

berkeyakinan terhadap kemampuan diri.

Antara punca lain yang sering berlaku dalam pengajaran oleh seseorang guru

ialah kegunaan bahan dan alat bantu mengajar sehingga memperlihatkan

ketidakcekapan pendidik dan kemerosotan pencapaian dan penerimaan pelajar dalam

kelas matematik. Kaedah pengajaran juga tidak dipelbagaikan dengan hanya

menggunakan kaedah lama iaitu pengajaran berasaskan guru iaitu ‘chalk and talk’.

Melalui kaedah ini pelajar akan mudah bosan dan pembelajaran yang tidak

menyeronokkan. Pembelajaran seperti ini juga menyebabkan pelajar kurang aktif di

dalam kelas.

Page 4: Afaf

4 | P a g e

MASALAH

Bagaimanakah guru mampu mengatasi masalah

yang berlaku dalam pendekatan pengajaran yang

berkesan yang berkaitan dengan insentif.

KEMAHIRAN

PENYELESAIAN MASALAH

KESAN

Kelebihan

Akan melahirkan seorang guru

yang berdedikasi dan

melaksanakan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran sungguh-

sungguh.

Kelemahan

Sikap pelajar itu sendiri yang

tidak ingin memotivasikan diri

mereka sendiri.

LANGKAH PENYELESAIAN 1

Guru perlu mempunyai semangat dan

kesungguhan dalam dunia pendidikan. Abrami

Leventhal (1982)

Page 5: Afaf

5 | P a g e

KESAN

LANGKAH PENYELESAIAN 2

Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh

menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat bantu

mengajar.

Kelemahan

Sekolah di kawasan

pedalaman mempunyai

masalah dalam

menyediakan bahan bantu

mengajar yang sesuai.

Kelebihan

Penggunaan insentif bahan

bantu mengajar dapat

menarik minat pelajar untuk

belajar bersungguh-sungguh.

LANGKAH PENYELESAIAN 3

Guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara

memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat

menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada

pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.

KESAN

Kelebihan

Pelajar akan merasakan

mereka dihargai apabila

diberi pujian dan ganjaran .

Dapat meningkatkan

keyakinan dan semangat

pelajar untuk belajar.

Kelemahan

Guru kemungkinan menghadapi

masalah apabila memberi

dendaan kepada pelajar yang

tidak dapat menguasai sesuatu

kemahiran terutamanya kepada

pelajar yang mempunyai masalah

dalam displin

Page 6: Afaf

6 | P a g e

Penyelesaian terbaik

Semua jalan penyelesaian adalah yang terbaik, tidak kira dari segi insentif

penggunaan bahan bantu mengajar, motivasi dan dorongan kepada guru dan

pelajar, memberi ganjaran atau sebagainya. Persoalannya, adakah guru itu

sendiri mampu melaksanakan hasil pengajaran yang berkesan dalam

pengajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru merupakan pendokong

utama dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilmu di dada

sahaja tidak cukup untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sekiranya

guru itu sendiri tidak mempunyai minat dan kesungguhan dalam pengajaran.

Guru perlulah mempunyai semangat kecintaan dalam dunia pendidikan lantas

mampu untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam dunia

pendidikan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak bangsa.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3