rph-alam-sekithrtar-tahun-3
Post on 01-Nov-2015
230 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
1. Butiran AM Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun: 3 Cerdik Bilangan Murid : 28 orang (12 Lelaki 16 Perempuan) Tarikh: 27 Februari 2014 Masa: 07.30 08.30 pagi ( 60 minit ) Tema: Alam Ceria Hidup Sejahtera Tajuk: Jagalah Alam Kita
2. Hasil Pembelajaran
Fokus UtamaStandard Kandungan2.4Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
Standard Pembelajaran2.4.2Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk membuat penilaian dengan betul.
3. Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Membaca secara lancar petikan Alam Sekitar dengan sebutan dan intonasi yang betul.ii. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang terdapat dalam petikan Alam Sekitariii. Menceritakan gambar yang diberi menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
4. Sistem Bahasa Tatabahasa - Sintaksis : Ayat Tunggal (Ayat penyata) Kosa kata - pencemaran alam, oksigen, kronik, kawasan industri Sebutan dan intonasi
5. Pengisian Kurikulum i. Ilmu : Pendidikan Alam Sekitar, Sains, Pendidikan Muzikii. Nilai : Kerjasama, Semangat bermasyarakat, Yakin diri, Menghargaiiii. Pendidikan Alam Sekitar : Menyayangi dan menghargai alam sekitar 6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Kemahiran Berfikir : Menghubung kait, menyelesaikan masalah Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, naturalis, visual dan muzik Kontekstual : Mengaitkan pelajaran dengan pengalaman sedia ada Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Penggunaan perisian Power Point
7. Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman mengenai pencemaran alam sekitar Murid pernah berdialog dan membina ayat tunggal dengan menggunakan ayat mudah.
8. Bahan Bantu Belajar
JenisBilangan
1Komputer Riba1
2LCD1
3Petikan Pencemaran Alam Sekitar28
4Tapak Pembelajaran1
5Klip Video 2
6Pembesar suara 1
9. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Murid dapat membaca dan memahami ayat penyata daripada petikan paparan power point.
Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan
Induksi Set( 5 minit )
Tayangan video Atuk Oh Atuk.
Soalan : a. Perlukah kita menjaga alam sekitar ?
b. Apakah jenis pencemaran yang kamu ketahui ?
1) Guru menayangkan video Atuk Oh Atuk 2) Murid menyanyikan lagu Atuk Oh Atuk
3) Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk dan isi pelajaran. BBB : - Video - LCD - Komputer riba- Pembesar suara
KB: - Menghubung kait
Kontekstual :- Menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan
Langkah 1( 10 minit )
Kemahiran membaca :- Bacaan mekanis - Petikan Pencemaran Alam Sekitar
Soalan Pemahaman :- Nyatakan isi penting yang terdapat dalam petikan.1) Guru meminta murid menekan butang arahan untuk paparan petikan Pencemaran alam sekitar
2) Guru membimbing bacaan murid supaya lebih lancar dan sebutan yang jelas.
3) Murid diminta untuk menyatakan isi penting dalam petikan.BBB : - Komputer riba- LCD - Lampiran 1
KP :- Verbal-linguistik
Nilai Murni :- Kerjasama - Yakin diri
Langkah 2( 10 minit ) a) Kotak kata : i. pencemaran ii. oksigen iii. kronik iv. industri
b) Bina ayat- Bina ayat daripada perkataan pencemaran , oksigen, kronik, dan industri.
1) Murid diminta membaca Perkataan dalam kotak kata dengan sebutan yang jelas dan betul.
2) Murid diminta menyatakan maksud perkataan tersebut
3) Guru membimbing murid dengan memberikan maksud sebenar perkataan tersebut.
4) Murid diminta membina ayat tunggal daripada perkataan tersebut.BBB : - Komputer riba- LCD
KB :- Menghubung kait- Menyelesaikan masalah
KP :- Verbal-linguistik
Nilai Murni : - Kerjasama
Langkah 3( 10 minit )
a) Kenali Situasi : - Guru memaparkan gambar situasi pencemaran melalui Power Point.
1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2) Murid berbincang tentang Situasi gambar yang dipaparkan. 3) Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk menceritakan situasi gambar.
4) Guru menghuraikan dengan lebih jelas situasi gambar berkenaan. BBB : - Komputer riba- LCD - Gambar pencemaran alam
KB :- Menghubung kait
KP :- Visual
Nilai Murni : - Kerjasama- Yakin diri
Langkah 4( 20 minit )a) Tatabahasa :
i) Ayat Tunggal - Ayat penyata
b) Aktiviti pengukuhan. - Bina karangan pendek berdasarkan gambar di ruangan ulasan Instagram.
c) kuiz
1) Guru menerangkan maksud ayat tunggal kepada murid.
2) Murid diminta membaca contoh ayat tunggal..
3) Murid diminta untuk menyambung ayat berdasarkan gambar.
4)) Murid diminta menjawab kuiz yang telah disediakan. BBB : - Komputer Riba- LCD
KP :- Verbal-linguistik
Nilai Murni : - Kerjasama
TMK :- Penggunaan perisian Power Point
Penutup( 5 minit )Rumusan : a. isi pelajaran b. nilai murni
1) Guru berbincang dengan murid tentang pelajaran yang telah mereka pelajari hari ini.
2) Guru meminta murid Menghayati paparan video Sayangi Bumi Hijau. BBB : - Komputer riba- Pembesar suara- Video- LCD
KP :- Muzik- Naturalis
Nilai Murni :- Menghargai alam Sekitar- Semangat bermasyarakat
top related