assignment sains 1
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
1/23
~ 1 ~
1.0 Pengenalan
Kehamilan adalah masa di mana seseorang wanita itu membawa embrio iaitu
persenyawaan antara sperma dan ovum di dalam tubuhnya. Kehamilan manusia terjadi
selama 40 minggu antara waktu menstruasi terakhir dan kelahiran. Proses kehamilan
terjadi ketika sperma bertemu dengan ovum dan hal ini hanya tejadi apabila terjadinya
hubungan kelamin ketika waktu subur seorang perempuan itu. Waktu subur adalah
ketika berlaku ovulasi. Sementara itu, sperma yang masuk ke dalam vagina mampu
bertahan sehingga 24 jam. Tanda tanda kehamilan boleh dikesan daripada pusingan
haid yang lambat pada waktu yang tertentu. Kehamilan mempunyai peringkat
peringkatnya yang tersendiri. Sepanjang proses itu seorang bakal ibu akan mengalami
banyak perubahan dari segi emosi mahupun fizikal. Pasti wanita yang bakal menimang
cahaya mata akan merasa sangat gembira. Akan tetapi ada sesetengah wanita yang
tidak menginginkan anak. Mereka mempunyai banyak alas an mengapa tidak mahu
menimang cahaya mata. Antaranya adalah masih tidak bersedia, ingin merancang
keluarga dan tidak lari juga bagi pasangan yang belum berkahwin sudah semestinya
tidak ingin memiliki anak kerana tidak mahu menggalas tanggungjawab yang besar dan
hanya memikirkan keseronakan semata mata.
Terdapat pelbagai cara bagi mengelakkan daripada kehamilan terjadi. Dengan
arus kemodenan sekarang , bidang kesihatan mempunyai pelbagai cara bagi
mengelakkan kehamilan daripada terjadi. Tidak kurang juga dengan cara tradisional.
Cara tradisional ada yang berkesan dan ada pula yang kurang berkesan. Hasilnya
bergantung kepada individu terbabit. Mencegah kehamilan mempunyai kebaikan dan
keburukannya tersendiri. Kebaikannya adalah institusi keluarga akan menjadi lebih
terancang dan juga dapat mengurangkan kes kes pembuangan bayi. Keburukannya
adalah jika cara mencegah kehamilan itu tidak sesuai kadang kadang akan membawa
kesan yang buruk kepada wanita terbabit.Ramai tokoh sains yang telah banyak menyumbang kepada dunia sains
sehingga hari ini. Sebagai contoh antara tokoh yang telah menyumbang kepada teori
berkaitan dengan asid dan bes iaitu Johannes Nicolaus Bronsted dan Thomas Martin
Lowry dengan teori mereka iaitu teori asid dan bes Lowry-Bronsted. Teori ini masih
digunapakai sehingga ke hari ini. Seperti yang kita semua telah ketahui arus elektrik
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
2/23
~ 2 ~
menghasilkan medan magnet. Namun timbul persoalan, bolehkah medan magnet
menghasilkan arus? Pada tahun 1832 Michael Faraday (England) dan Joseph henry
(Amerika Syarikat) telah menemukan kesan penghasilan arus elaktrik dalam dawai oleh
medan magnet secara berasingan. Kesan ini dikenali sebagai aruhan elektromagnet.
Michael Faraday ialah ahli sains yang telah menyumbang banyak penemuan aruhan
elektromagnet dalam tahun 1830-an. Beliau telah menerangkan bahawa aruhan
elektromagnet berlaku disebabkan dua perkara, iaitu dengan perubahan fluks magnet
melalui satu gegelung atau dengan pemotongan fluks magnet oleh satu dawai. Di
samping itu, beliau juga menunjukkan bahawa kedua-dua cara ini adalah setara dan
mengusulkan satu kaedah untuk menentukan nilai aruhan elektromagnet yang dikenali
sebagai Hukum Faraday.
Sebaliknya pada tahun 1834, Heinrich Friedrich Lenz seorang ahli fizik Jerman
yang bekerja di Rusia, telah menunjukkan cara untuk menentukan arah aruhan
elektromagnet dalam satu konduktor. Kaedah yang diusulkan oleh Lenz dikenali
sebagai Hukum Lenz dan ianya merupakkan satu pernyataan keabadian tenaga.
2.0 Cara Cara Mencegah Kehamilan
2.1 Cara Tradisional
Dari segi tradisional, cara untuk mencegah kehamilan adalah dengan
menggunakan herba atau pun tumbuhan yang perlu diproses dan diminum atau pun
dimakan. Terdapat banyak cara untuk mencegah kehamilan dengan menggunakan
cara turun temurun dari nenek moyang kita tetapi keberkesanannya tidak terjamin.
Keberkesanannya bergantung kepada penerimaan badan seseorang itu. Antaranya
ialah:
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
3/23
~ 3 ~
i) Cara pertama
ii) Cara kedua
Bahan
Beberapa helai daun sirih
5 gram kencur
5 gram kunyit
5 gram daun kunci
1 sendok makan air kapur sirih
Caranya
Daun sirih, kunci, dan kunyit ditumbuk halus jadi satu. Diberi air panas lalu diperas hingga
diperoleh cecair 1 gelas lalu masukkan air kapur sirih.
Pemakaian
Diminum pagi hari sebelum makan dan sebelum melakukan hubungan intim. Lakukan 2 -3
kali dalam seminggu. Jika sudah ingin punya anak, langsung saja hentikan minum ramuan
Bahan :
1. Ambil ragi 1/4 bulatan.
2. Sesendok kecil merica
3. Air panas 1/2 gelas
4. 3 tetes air cuka
Cara membuatnya:
tumbuk merica sampai halus (lembut) kemudian semua bahan diadun menjadi satu hingga
rata. Ramuan ini diminum jika terlambat haid sehari. Lakukan berturut-turut sampai empat
hari.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
4/23
~ 4 ~
iii) Cara ketiga
2.2 Cara moden
i) Penggunaan kondom
Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan
seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk
membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom pertama diperbuat
daripada urat perut haiwan (babi). Pada masa sekarang, kondom hampir
keseluruhannya diperbuat daripada lateks.
Kondom yang diperbuat daripada bahan semulajadi (seperti yang dilabel "kulit
kambing", diperbuat dari usus kecil biri-biri tidak sebegitu berkesan bagi menghalang
penyebaran penyakit. Beberapa syarikat hari ini turut menghasilkan kondom yang
diperbuat daripada polietilena dan poliuretana, yang dijangka serasi dengan pelincir
berasas minyak. Kondom-kondom ini juga boleh diguna oleh mereka yang
menghidapi alergi lateks. Rujuk gambar di bawah:
Bahan
Daun sirih 20 gram
tape hitam 20 gram
nenas muda 1 buah
jeruk nipis 1 buah
jenitri 5 gram
kayu rapat 5 gram
Cara membuat
Daun sirih,jenitri, dan kayu rapat di tumbuk halus.
nanas dan jeruk nipis di peras airnya di campur dengan bahan yang telah di tumbuk.Di
makan bersama tape hitam pada siang hari. Lakukan 3 kali selama seminggu.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
5/23
~ 5 ~
Gambar 1: Kondom
Sebagai satu kaedah pencegah kehamilan, kondom mempunyai kelebihan
sebagai mempunyai hampir tiada kesan sampingan, dan menawarkan perlindungan
terhadap penyakit bawaan seksual. Terdapat paradoks bagi penggunaan kondom
sebagai pencegah kehamilan: keberkesanan kondom secara teori amat tinggi, tetapi
keberkesanan sebenarnya agak rendah. Ini adalah kerana ramai orang gagal mengikuti
dengan teliti tatacara sebenar penggunaan kondom. Tambahan lagi, soalselidik
menunjukkan ramai pengguna tidak tahu cara memakai yang betul, menyebabkan
koyak atau terlucut.
Pada kendirinya, kondom hanyalah serdahana bolah diharapkan, tetapi apabila
digabungkan dengan spermisid, keberkesanannya setanding dengan kaedah pencegah
kehamilan yang lain.
Antara kelemahan kondom yang disenaraikan adalah memakainya mengganggu
hubungan intim. Sesetengah orang mendapati ia menghadkan kenikmatan kerana ia
menghilangkan sentuhan kulit dan mengurangkan perangsangan deria; bagaimanapun,
seseorang wanita boleh menyelesaikan masalah ini dengan melatih otot faraj,
khususnya "pubococcygeus".
Kebanyakan kegagalan kondom disebabkan salah guna. Ini mendorong
sesetengah penyelidik meminta pendidikan seks yang lebih awal dan lebih jelas, tetapi
usaha sedemikian ditentang oleh kumpulan keagamaan yang berasa bahawa
penjelasan mengenai penggunaan kondom dan cara pencegah kehamilan yang lain
kepada remaja akan menggalakkan tabiat sedemikian.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
6/23
~ 6 ~
ii) Diafragma
Difragma turut dikenali sebagai kondom wanita. Bentuknya seperti topi yang
menutupi mulut rahim. Ianya agak tebal. Alat cegah kehamilan ini dimasukkan ke dalamvagina yang boleh menyekat daripada sperma memasuki ke dalam rahim. Diafragma
digunakan semasa melakukan hubungan kelamin. Alat ini tidak mungkin bocor seperti
kondom kerana ianya lebih tebal berbanding kondom.
Gambar 2: Diafragma
iii) Spermisda
Kontrasepsi ini merupakan sejenis bahan kimia yang dapat membunuh sperma
sebelum ianya sempat memasuki vagina. Sebelum melakukan hubungan sulit, bahan
ini dimasukkan ke dalam vagina. Kira kira selepas 3 hingga 5 minit hubungan kelamin
dapat dilakukan. Tetatapi keberkesanannya tidak sepenuhnya berhasil dan kurang
efektif berbanding diafragma dan kondom. Wanita kebanyakannya tidak selesa
menggunakannya kerana kebanyakkan mereka mengalami alergi.
3.0 Johannes Nicloaus Bronsted
3.1 LatarBelakang
Johannes Nicolaus Brnsted telah dilahirkan di Varde (February 22, 1879 - 17
Disember, 1947) dan merupakan seorang ahli kimia fizikal Denmark. Beliau menerima
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
7/23
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
8/23
~ 8 ~
Gambar di atas menunjukkan Johannes telah mula menunjukkan sikap berdikari.
Johannes berdiri jauh daripada kumpulan yang lain. Ellen kakaknya yang dua tahun
lebih tua daripada Johannes, jauh di sebelah kiri dalam gambar berkongsi nasib yang
sama kematian awal ibu bapanya. Beliau juga meninggal dunia seperti ibunya iaitu
ketika melahirkan anak pada tahun 1919 semasa berusia 42 tahun.
Gambar 5: Ladang Hesselvig Enggard, 1890, oleh Sungai Skjern berdekatan Herning,
Jutland
Bapa Johannes, Sophus Theodor Bronsted adalah seorang jurutera awam yang
bekerja untuk Hedeselskabet, sebuah syarikat yang diasaskan untuk menguruskan
tanah tegalan dengan menyediakan penyaliran, pengairan, dan juga penanaman. Di
ladang ini (yang kini merupakan ladang ikan) keluarga Johannes menetap betul-betul di
tengah-tengah bahagian Jutland yang seratus tahun yang lalu adalah kawasan
terpencil, yang ditutup dengan heather. Namun, bagi Johannes tempat tersebut adalah
Gambar 4: Taman Hesselvig Enggard, sekitar tahun 1890
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
9/23
~ 9 ~
Syurga. Minat Johannes terhadap alam semula jadi tidak pernah pudar dan tempat
tersebut juga berdekatan dengan sungai.
3.2.2 Kehidupan selepas ibubapa Johannes meninggal dunia
3.2.2.1 Pengajian Johannes
Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa Bronsted dan kakaknya berpindah ke
Copenhagen dengan ibu tiri mereka. Bronsted menyambung pengajian di
Metropolitanskolen selama tiga tahun. Beliau lulus peperiksaan kemasukan Universiti
pada musim panas 1897. Gambar menunjukkan Bronsted dan rakan-rakan kelasnya.
Yang paling terkenal ini mungkin Niels Bjerrum yang berada di tengah-tengah gambar.
Kemudian Bjerrum dan Bronsteds menjadi rakan sekerja dan pesaing dalam kimia
fizikal. Mereka kekal menjadi rakan sepanjang hayat.
Gambar 6: Siswazah baru Universiti Metropolitanskolen tahun 1897. Bronsted nombor
dua daripada baris tengah
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
10/23
~ 10 ~
Gambar 6 diatas menunjukkan perhimpunan keluarga di kampung Espergarde,
North Zealand, Denmark, musim panas 1897. Johannes Nicolaus Bronsted bersama
Ellen Bronsted, kakaknya (ketiga dari kiri) bersama-sama dengan Pauline Bulow, kakak
ayah mereka (paling kiri) dan ahli keluarga Blow yang lain.
Pada musim luruh 1897 Bronsted menyambung pengajian di Institut Polytecnic
(lama), jalan Solvgade di Copenhagen. Beliau menamatkan pengajian ijazah pertama
dalam bidang kejuruteraan pada tahun 1899, dan mula pengajian dalam bidang sains
tulen di Universiti Copenhagen. Beliau mengambil 'diploma' ijazah dalam mata
pelajaran Kimia pada tahun 1902.
Gambar 7: Johannes Nicolaus Bronsted (1900) oleh Ellen
Lukisan menunjukkan Bronsted pada tahun-tahun (kira-kira 1900). Ia telah dilukis
oleh Ellen, kakaknya yang telah lulus sebagai pembuat arca dan pelukis dari Maktab
Seni untuk Wanita di bawah Academy of Fine Arts.
Gambar-gambar di bawah merupakan gambar semasa pengajian Bronsted di
Institut Politechnic, makmal kimia Bronsted berada di dalam kedua-dua gambar.
Pengajar yang berada dalam makmal berkot putih adalah berkemungkinan Profesor
Emil Petersen.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
11/23
~ 11 ~
Gambar 8
Gambar 9
3.2.2.2 Perkahwinan dan minat Johannes
Di Institut Polytecnic Bronsted bertemu Charlotte Louise Warberg, salah seorang
jurutera wanita yang pertama di Denmark pada tahun 1902. Mereka berkahwin pada
tahun 1903 dan berpindah ke flat di Forchhammersvej di Copenhagen. Berbeza dengan
Bronsted, Charlotte Louise adalah dari keluarga yang besar dari Erikshab di Fyn, Minat
Bronsteds pada anjing dan cerut adalah jelas dari dua gambar di bawah yang diambil
dalam lawatan ke Erikshab.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
12/23
~ 12 ~
Gambar 10: Bronsted dan isterinya pada tahun 1903 bersama anjing mereka,
Sam.
Gambar 11: Bronsted bersama seekor anjing di Erikshab, 1903
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
13/23
~ 13 ~
3.2.2.3 Pekerjaan dan kajian Johannes
Gambar 12: Profesor Kimia muda baru (Johannes Nicolaus Bronsted) yang
dilantik, 1910
Tidak ada kedudukan akademik segera yang tersedia untuk Bronsted pada
tahun 1902 dan ia mengambil masa tiga tahun sebelum dia boleh kembali ke Makmal
Kimia Universiti untuk mengambil kedudukan sebagai pembantu. Walau
bagaimanapun, adalah menarik apabila dalam masa yang sama Bronsted memulakan
kajian kuantiti termodinamik 'affinity'. Oleh itu, beliau dianggap sebagai pelopor kajian
termodinamik interconversion pengubahsuaian sulfur telah diterbitkan pada tahun
1904, dan ia kelihatan seolah-olah bekas guru Profesor Emil Petersen telah memainkan
peranan utama di sini. Dalam semua penerbitan Bronsteds dari masa itu Emil Petersen
diakui memberi sokongan, bermurah hati, dan untuk membiarkan Bronsted melakukan
kerja-kerja uji kaji di makmal beliau. Malangnya kerjasama yang tidak kekal lama.
Petersen meninggal dunia pada usia 51 pada tahun 1907. Pada tahun 1905 Bronsted
mula bekerja dengan melakukan penyelidikannya 'affinity' itu pada campuran binari
(asid sulfurik dan air). Beliau membentangkan tesis kedoktoran mengenai subjek
tersebut pada tahun 1908 dan bernasib baik kerana kerusi baru kimia telah dimulakan
di Universiti pada tahun yang sama. Satu ke persaingan akademik antara dua calon
berlaku: J.N. Bronsted dan Niels Bjerrum. Bjerrum telah mempertahankan ijazah
kedoktoran beberapa bulan selepas Bronsted telah mempertahankan ijazah kedoktoran
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
14/23
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
15/23
~ 15 ~
3.3 Sumbangan
3.3.1 Teori Asid Bes Lowry-Bronsted
Pada tahun 1923, dalam masa beberapa bulan Johannes Nicolaus Bronsted
(Denmark) dan Thomas Martin Lowry (England) telah menerbitkan asasnya teori yang
sama tentang bagaimana asid dan bes berkelakuan. Oleh kerana teori yang mereka
berikan adalah serentak dan tidak berkait rapat antara satu sama lain, kedua-dua nama
mereka telah digunakan untuk nama teori.
Pada tahun 1923, Johannes Nicolaus Bronsted memperkenalkan satu
pandangan yang baru asid dan bes. Mengikut definisi, asid Lowry-Bronsted ialah
sebatian atau ion yang boleh menderma satu proton (ion ) kepada molekul atau ion
yang lain. Bes Lowry-Bronsted ialah sebatian atau ion yang boleh menerima satu
proton. Peranan sesuatu sebatian organic sebagai asid atau bes Lowry-Bronsted
ditentukan oleh kumpulan berfunsinya.
2.3.1.1 Dua istilah penting dalam teori asid dan bes Lowry-Bronsted
Konjugat bes - zarah yang kekal selepas asid memberikan proton.
Asid konjugat - zarah terbentuk apabila bes menerima proton.
Rajah 1
2.3.1.2 Tindak balas asid-bes
Tindak balas asid-bes melibatkan pemindahan satu proton daripada asid kepada
bes. Hydronium ion dibentuk oleh ion hidrogen dan satu molekul air H3O +. Sejak
ion hidrogen adalah tidak lebih dari proton (cas positif yang terdedah), apabila dibentuk,
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
16/23
~ 16 ~
proton ini dengan serta-merta tertarik kepada molekul air yang berkutub lalu
membentuk ion hydronium. Atas sebab ini, ion hidrogen tidak pernah benar-benar
wujud dalam larutan air. Autoionization air termasuk pemindahan ion hidrogen dari
salah satu molekul air kepada yang lain:
Rajah 2
4.0 Hukum Faraday dan Hukum Lenz
4.1 Hukum faraday
Menurut Michael Faraday, aruhan elektromagnet berlaku apabila rangkaian fluks
atau dikenali sebagai medan magnet yang melalui satu gegelung berubah atau apabila
satu dawai memotong garis-garis medan magnet. Selain itu, magnitud arus aruhan juga
bergantung pada perubahan kelajuan fluks magnet atau pemotongan fluks magnet oleh
dawai. Namun, aruhan yang terjadi hanya berlaku semasa perubahan rangkaian fluks
magnet atau pemotongan medan magnet oleh dawai berlaku. Ini bermakna, aruhan
tidak berlaku jika tiada gerakan relatif antara medan dan gegelung atau konduktor
dawai.
Arus aruhan mengalir kerana satu dge terhasil apabila elektromagnet berlaku.
Iaitu aruhan elektromagnet menghasilkan satu dge dan dge ini akan mengalirkan satuarus dalam dawai konduktor. Sekiranya dawai yang digunakan sebgai gegelung itu
mempunyai rintangan yang tinggi, arus yang terhasil adalah sedikit atau kurang. Jika
kita mengira dge dengan Hukum Ohm, iaitu V = IR, didapati dge teraruh adalah sama
tidak kira apa saja nilai rintangan dawai.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
17/23
~ 17 ~
Faraday menyatakan dalam hukumnya, Hukum Faraday bahawa apabila
rangkaian fluks dalam satu gegelung berubah, dge teraruh di dalam gegelung tersebut
dan magnitud dge berkadar terus dengan kadar perubahan rangkaian fluks magnet.
Rangkaian fluks magnet ialah , maka
Dge aruhan,
Oleh sebab, , maka
Dge aruhan,
Untuk dawai memotong medan magnet, dge aruhan merentasi dawai dikira sebagai
ialah panjang dawai dan ialah komponen halaju gerakan dawai dalam arah
serenjang dengan medan magnet. Apabila dawai bergerak sejauh dalam masa, luas yang diliputi oleh dawai ini ialah Maka perubahan fluks magnet ialah
Dengan itu kadar perubahan fluks magnet ialah;
Oleh itu,
Selain daripada menolak bar magnet ke dalam gegelung dawai, perubahan
rangkaian fluks magnet atau pemotongan fluks magnet oleh dawai juga boleh dilakukan
dengan cara lain.
3.2 Hukum Lenz
Hukum Lenz menyatakan satu arus teraruh mempunyai arah sedemikian supaya
medan magnet yang dihasilkan oleh arus teraruh ini menentang perubahan medan/fluks
magnet yang mengaruh arus tersebut. Dalam kata lain hukum Lenz ini membawa
maksud bahawa arah d.g.e aruhan adalah bergantung kepada arah perubahan fluks
magnet.
Hukum Lenz menunjukkan satu cara untuk menentukan arah aruhan dge ini.
Rajah di bawah dapat menerangkan fenomena yang dinyatakan.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
18/23
~ 18 ~
Rajah 3 Rajah 4
Rajah 3 menunjukkan satu magnet memasuki gegelung dan arus diaruh dalam
gegelung. Arus ini mengalir dalam arah sedemikian satu medan magnet dihasilkan
olehnya. Ini menjadikan gegelung itu sebagai satu magnet dengan kutub yang
menentang magnet bar yang memasuki gegelung. Kesan ini boleh juga ditinjau dari
segi perubahan fluks magnet dalam gegelung itu (lihat rajah 4)
Apabila magnet bar memasuki gegelung, fluks magnet dalam gelung bertambah. Arus
aruhan mengalir dalam arah sedemikian menghasilkan medan magnet dalam arah
bertentangan supaya paduan perubahan magnet dalam gegelung dikurangkan. Dalam
erti kata lain , arus aruhan mengalir sedemikian unutk menentang magnet yang
bergerak itu ataupun untuk mengurangkan perubahan fluks yang berlaku.
3.2.1 Petua Tangan Kanan Fleming
(a) (b)
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
19/23
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
20/23
~ 20 ~
Kesimpulan
Terdapat banyak cara untuk mencegah kehamilan. Antaranya adalah dengan
cara tradisional dan juga cara moden. Cara tradisional, secara keseluruhannya adalah
dengan menggunakan herba dan juga tumbuhan yang dimakan oleh wanita.
Walaubagaimanapun keberkesanannya tidak dapat dinyatakan sepenuhnya. Selain itu,
kesan sampingan kepada pengamalnya juga tidak dapat dikenal pasti kerana ianya
bergantung kepada bagaiman badan pengamalnya itu menerimanya. Tiada bukti
saintifik yang dapat mengesahkan keberkesannanya.
Cara moden pula, adalah kebanyakannya digunakan semasa hubungan kelamin
itu tejadi. Dengan menggunakan cara moden lelaki dan wanita dapat mengamalkannya.
Antaranya ialah penggunaan kondom, diafragma dan juga spermisda. Cara moden
telah disahkan keberkesanannya dan jarang mendatangkan kesan sampingan yang
teruk. Ia juga selamat digunakan mengikut pilihan kehendak pasangan suami isteri.
Mencegah kehamilan kadang kala membawa banyak kebaikanya kerana dengan
menggunakan alat mencegah kehamilan dapat menghindarkan pasangan yang
melakukan hubungan seks daripada mendapat cahaya mata. Hal ini adalah sangat
berguna dalam merancang keluarga.
Johannes Nicolaus bronsted merupakan seorang tokoh yang tabah dalam
menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya dari kecil sehinggalah beliau dewasa.
Beliau merupakan seorang yang kuat berusaha untuk mencapai cita-citanya. Selain
daripada kimia fizikal, beliau juga melibatkan diri beliau dalam kegiatan seni seoerti
melukis dan bermain piano. Teori beliau bersama-sama Lowry telah memberi kita
pemahaman yang baik tentang kelakuan asid serta bes.
Hukum Faraday dan Lenz telah memungkinkan kita menghasilkan arus elektrik
dengan menggunakan medan magnet. Kita dapati dalam hukum Faraday apabila
rangkaian fluks magnet dalam satu gegelung berubah, d.g.e teraruh dalam gegelung itu
dan magnitude d.g.e berkadar terus dengan kadar perubahan rangkaian fluks magnet.
Hukum lenz pula menerangkan bahawa arus d.g.e adalah sedemikian ianya
berkecenderungan untuk menghasilkan satu arus yang akan mewujudkan satu fluks
magnet yang menentang perubahan fluks magnet melalui gegelung.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
21/23
~ 21 ~
Bibliografi
Ho Hon Yoon. Siri teks STPM & Matrikulasi :Kimia Organik. 2001. Pearson Education
Malaysia SDN. BHD. Petaling Jaya, Selangor.
Poh Liong Yong, S. Nagappan, Lim Swee Cheng. Fizik STPM jilid 2. 2002. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
Yuwielueninet . ( 24 Mac 2008). Mengenal lebih dalam aneka alat kontrasepsi. Diakses
pada 2 September 2011.
http://yuwielueninet.wordpress.com/2008/03/24/mengenal-lebih-dalam-aneka-
alat-kontrasepsi/
Senin . ( 12 Januari 2009). Cara mencegah kehamilan bagi yang belum menginginkan.
Diakses pada 2 September 2011 daripada
http://asyiknyakawinkontrakceille.blogspot.com/2009/01/cara-mencegah-
kehamilan-bagi-yang-belum.html
Cara mencegah kehamilan. Diakses pada 2 september 2011.
http://fathur-net.blogspot.com/2010/03/cara-mencegah-kehamilan.html
( 11 Februari 2011). Ramuan tradisional untuk menghentikan kehamilan. Diakses pada
2 September 2011 daripada http://www.seksualitas.net/ramuan-tradisional-untuk-
menghentikan-kehamilan.htm
(12 Februari 2008). Kaedah kaedah mencegah hamil. Diakses pada 2 September
2011. http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/mencegah-hamil/181-kaedah-kaedah-mencegah-hamil.html
Kondom. Diakses pada 2 September 2011. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kondom
Johannes Nicolaus Bronsted. Diakses pada 2 September 2011.
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
22/23
~ 22 ~
http://en.wikipedia.org/wiki/Johannes_Nicolaus_Brnsted
Biography of Johannes Nicolaus Bronsted. Diakses pada 2 September 2011.
http://www.topfamousbiography.com/biography/3926/johannes_nicolaus_bronste
d_biography.html
-
8/3/2019 Assignment Sains 1
23/23
~ 23 ~