awal matematik [part 4]

7
3.3 Esei Reflektif tentang Kekuatan dan Kelemahan Rancangan Pengajaran Harian Saya telah melaksanakan pengajaran slot yang telah dirancang pada 12 Mac 2009 di kelas Pra 1 SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Komponen pengajaran adalah komponen perkembangan kognitif dan subtema yang dipilih adalah haiwan peliharaan di bawah tema haiwan. Sebelum pengajaran dilakukan, saya telah mendapatkan maklumat berkenaan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid daripada guru kelas tersebut. Murid-murid telah didedahkan dengan konsep nombor serta simbol-simbol nombor. Mereka juga sudah boleh mengira dari nombor 1 hingga nombor 15. Dalam rancangan pengajaran slot ini, saya telah memilih aktiviti berpusatkan murid di mana aktiviti pembelajaran yang dijalankan digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemerhati. Dengan jumlah murid-murid seramai 25 orang, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti kumpulan iaitu satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan mereka kepada 5 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Saya juga menggunakan kaedah aktiviti kelas dalam aktiviti akhir dalam perancangan slot yang dirangka. Setiap kumpulan diberikan beberapa kad gambar, kertas mahjong dan gam cecair. Guru memberikan arahan iaitu setiap kumpulan perlu memadankan kad gambar ibu haiwan peliharaan dengan anaknya. 23

Upload: syazayasminismail

Post on 10-Jun-2015

3.174 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Esei Reflektif RP Slot-kekuatan slot yg dirancang-kelemahan slot yg dirancang

TRANSCRIPT

Page 1: Awal Matematik [part 4]

3.3 Esei Reflektif tentang Kekuatan dan Kelemahan Rancangan Pengajaran

Harian

Saya telah melaksanakan pengajaran slot yang telah dirancang pada 12 Mac 2009 di

kelas Pra 1 SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Komponen pengajaran adalah

komponen perkembangan kognitif dan subtema yang dipilih adalah haiwan peliharaan

di bawah tema haiwan.

Sebelum pengajaran dilakukan, saya telah mendapatkan maklumat berkenaan

dengan pengetahuan sedia ada murid-murid daripada guru kelas tersebut. Murid-murid

telah didedahkan dengan konsep nombor serta simbol-simbol nombor. Mereka juga

sudah boleh mengira dari nombor 1 hingga nombor 15.

Dalam rancangan pengajaran slot ini, saya telah memilih aktiviti berpusatkan

murid di mana aktiviti pembelajaran yang dijalankan digerakkan atas minat dan

dorongan murid. Guru hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemerhati.

Dengan jumlah murid-murid seramai 25 orang, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti

kumpulan iaitu satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan mereka

kepada 5 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Saya juga

menggunakan kaedah aktiviti kelas dalam aktiviti akhir dalam perancangan slot yang

dirangka.

Setiap kumpulan diberikan beberapa kad gambar, kertas mahjong dan gam

cecair. Guru memberikan arahan iaitu setiap kumpulan perlu memadankan kad gambar

ibu haiwan peliharaan dengan anaknya.

23

Page 2: Awal Matematik [part 4]

Gambar 1: Kumpulan 1 dengan hasil kerja mereka.

Gambar 2: Kumpulan 5 dengan hasil kerja mereka

24

Page 3: Awal Matematik [part 4]

Setelah selesai aktiviti pertama ini, murid-murid diminta berkumpul semula di

ruangan perbualan pagi (ruangan circle time). Murid-murid ditunjukkan haiwan

peliharaan dan murid menyebut nama haiwan tersebut. Kemudian, guru mengedarkan

kad gambar haiwan peliharaan tersebut kepada setiap murid-murid dan guru juga

menunjukkan graf kosong yang ditampal di atas papan esel. Murid-murid diminta

menampal gambar-gambar haiwan ternakan mengikut kumpulannya iaitu gambar ayam

perlu ditampal di ruangan gambar ayam dan seterusnya.

Gambar 3: Murid-murid menampal gambar haiwan peliharaan mengikut giliran.

25

Page 4: Awal Matematik [part 4]

Apabila selesai aktiviti pengelasan, murid diminta membanding dan

membezakan haiwan peliharaan yang paling banyak dan paling sedikit dan murid

diminta mengira jumlah setiap haiwan peliharaan tersebut. Murid diminta menulis

simbol nombor dalam petak graf.

Gambar 4: Graf haiwan peliharaan.

Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya mendapati

murid-murid di kelas Pra 1 tidak didedahkan dengan asas kepada konsep padanan satu

dengan satu di mana mereka tidak tahu untuk memadankan gambar ibu haiwan

peliharaan dengan anaknya. Murid-murid mengalami masalah apabila mereka tidak

dapat membuat aktiviti seperti yang diarahkan. Akhirnya mereka dibantu oleh guru

pelatih dan juga pembantu prasekolah untuk menyelesaikan aktiviti ini. Aktiviti untuk

padanan satu dengan satu memakan masa yang panjang menyebabkan slot

pengajaran melebihi masa yang dirancang.

26

Page 5: Awal Matematik [part 4]

Gambar 5: Aktiviti dibantu oleh pembantu prasekolah.

Bagi aktiviti pengelasan pula, murid-murid dapat menampal kad gambar haiwan

peliharaan mengikut kumpulannya dengan baik. Murid-murid berasa sangat gembira

apabila setiap daripada mereka diberi peluang untuk ke hadapan dan menampal kad

gambar yang dipegang di graf haiwan peliharaan.

Seterusnya adalah aktiviti konsep nombor di mana murid-murid perlu membilang

kad gambar yang ditampal mengikut kumpulan dan menulis simbol nombor bagi setiap

kumpulan yang menunjukkan bilangan haiwan tersebut. Di awal permulaan aktiviti,

murid-murid seperti keliru untuk melakukan aktiviti ini. Namun apabila guru mula

memberi sedikit penerangan, murid-murid dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik.

Kekuatan yang dapat dilihat dalam rancangan pengajaran slot yang telah

dilaksanakan ini adalah kaedah yang digunakan berkesan di mana aktiviti yang

dilakukan adalah secara berkumpulan. Semangat kerjasama dalam setiap kumpulan

dapat dilihat dan mereka sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan yang

diberikan bersama-sama.

27

Page 6: Awal Matematik [part 4]

Rancangan pengajaran ini juga sesuai dengan masa yang telah dirancang iaitu

selama 30 minit. Walaupun terdapat aktiviti yang memakan masa yang lebih lama

daripada yang dirancang tetapi perkara tersebut dapat diatasi dan masa yang

digunakan untuk melaksanakan slot ini tetap tidak melangkaui masa lebih daripada 30

minit.

Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga dapat menarik minat

murid-murid. Walaupun bahan yang digunakan hanya berwarna hitam dan putih, murid-

murid kelihatan sangat gembira dan masing-masing ingin menunjukkan diri mereka juga

mempunyai haiwan peliharaan di rumah.

Kelemahan rancangan pengajaran slot yang didapati selepas pelaksanaan

pengajaran ini adalah murid-murid tidak didedahkan dengan konsep padanan satu

dengan satu di mana konsep ini merupakan konsep yang sangat penting dalam

komponen perkembangan kognitif dan awal matematik. Sepatutnya murid-murid perlu

didedahkan dengan konsep padanan satu dengan satu terlebih dahulu sebelum

diperkenalkan dengan konsep nombor seperti membilang nombor 1 hingga 5 dan

seterusnya.

Oleh itu, kaedah yang digunakan dalam rancangan pengajaran ini iaitu aktiviti

berpusatkan murid kurang berkesan kerana murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti

yang diberikan dengan baik dan mereka masing-masing perlu dipandu oleh guru dan

pembantu prasekolah.

Antara langkah yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah ini adalah mungkin

saya perlu membuat aktiviti padanan satu dengan satu yang lebih mudah terlebih

dahulu sebelum membuat aktiviti yang dirancang. Contoh aktiviti tersebut adalah

memadankan beberapa pasangan objek seperti sudu dengan garpu atau mangkuk

dengan penyepit.

Selain itu, murid-murid juga tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk

memadankan bilangan objek dengan simbol nombor 1 hingga 10. Mereka perlu

dibimbing terlebih dahulu sebelum dapat melakukannya dengan baik. Guru perlu

memberi latihan kepada murid-murid untuk mengukuhkan lagi kemahiran ini.

28

Page 7: Awal Matematik [part 4]

Kelemahan yang paling mudah dapat dilihat adalah set induksi yang kurang

menarik. Sepatutnya, set induksi perlu dirancang dengan lebih baik agar dapat menarik

minat murid-murid serta dapat memberi gambaran kepada mereka tentang pengajaran

yang akan diajar. Set induksi yang lebih baik mungkin saya boleh meletakkan beberapa

keping kad gambar haiwan peliharaan di sekeliling kelas prasekolah tersebut sebelum

pengajaran slot dimulakan. Apabila pengajaran slot bermula, setiap murid dikehendaki

mencari sekeping kad gambar haiwan peliharaan.

Kesimpulannya, rancangan pengajaran adalah sangat penting kerana ia adalah

penentu kepada keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Persiapan awal dan perancangan rapi dapat membantu guru mengenal pasti keperluan

pembelajaran murid-muridnya. Guru juga dapat menambah baik kandungan, hasil

pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid dengan menggunakan

bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid.

29