bab 4 aerobridge
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
1/15
BAB 4 : AEROBRIDGE
4.1 Pengenalan
Jenis Aerobridge yang digunakan di lapangan terbang Sibu ialah MSB-5.
Aerobridge MSB-5 menyediakan kemudahan untuk menaiki dan meninggalkan
pesawat, ia juga melindungi penumpang daripada hujan, angin kencang, salji, tiupan
angin kencang dari enjin atau pesawat terbang dan debu. Komponen Aerobridge
MSB-5 terdiri daripada Rotunda, Tunnel, Mini-mover, dan Bridgehead.
Aerobridge ini dikawal oleh Operator Aerobridge yang berada di Bridgehead
dan ia boleh digerakkan dari posisi tempat disimpan ke posisi pesawat.
Sebelum melakukan operasi, operator Aerobridge haruslah memahami
kendalian dan cara penyelengaraan Aerobridge sepenuhnya. Kecuaian operasi dan
pengendalian yang kurang atau lemah boleh menyebabkan masalah yang tidak
diduga.
53
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
2/15
Rajah 4.1 : Bahagian-bahagian Aerobridge.
4.2 Perkara Yang Harus Diamalkan Untuk Mewujudkan Operasi Yang
Selamat Ketika Beroperasi:
1. Sebelum, semasa dan selepas operasi, operator Aerobridge haruslah
memastikan tiada orang berada di jambatan dan tiada orang serta kereta
berada di apron sekeliling jambatan tersebut.
2. Operator perlu sentiasa berada dalam posisi yang betul untuk
memasukkan kunci dan menghidupkannya selepas memastikan tiada
orang dan kerendaan berada di apron dan kawasan sekeliling jambatan.
3. Operator mesti memastikan Hood (Canopy) berada dalam keadaan
posisi yang sempurna atau dalam keadaan asal.
4. Operator haruslah mengawal tuas dengan kadar kelajuan yang beransur-
ansur dan secara perlahan-lahan.
54
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
3/15
5. Operator mesti sentiasa dalam posisi kawalan kelajuan tuas semasa
kawalan hidraulik sedang beroperasi. Jika operator melepaskan tuas, tuas
tersebut akan serta merta kembali kepada keadaan asal iaitu berhenti dan
akan menyebabkan pergerakan terhenti serta merta.
6. Pergerakan jambatan perlu berhenti pada jarak 50cm dari Fuselage
kapal terbang dan kepala jambatan ataupun Bridgehead diputarkan
dengan betul supaya kepala jambatan itu akan selari dengan Fuselage
kapal terbang. Lantai jambatan perlulah dilaraskan pada posisi yang
rendah iaitu 10cm hiingga 15cm bertentangan dengan aras lantai kapal
terbang dan gerakan jambatan dengan perlahan-lahan sehingga rapat
dengan Fuselage kapal terbang dengan sempurna.
7. Setelah Fuselage dan lantai Bridgehead telah bersambung dengan
sempurna, operator dilarang untuk memutarkan kepala jambatan untuk
mengelak kerosakan dari Fuselage dan jambatan. Senser Wheel of
Auto Leveller akan berpindah ke posisi automatik apabila kunci suis
utama dimasukan dan setelah Fuselage dan Bridgehead bersambung.
8. Mengawal menaik atau menurun, kehadapan atau kebelakang tidak boleh
dan tidak sepatutnya dioperasi dengan manual apabila posisi automatik
dipilih.
9. Tayar dari peralatan memandu haruslah disimpan dalam keadaan selari
dengan tengah-tengah logitud dan tayar hendaklah dikunci denganStopper. Silinder lift haruslah dalam keadaan menarik kembali
sepenuhnya dan jambatan berada dalam keadaan asal bila disimpan.
10. Apabila Parking brek longgar kerana manual operasi, tayar aerobridge
haruslah dikunci dengan Stopper untuk mengelak sebarang pergerakan.
55
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
4/15
11. Apabila jambatan ditarik oleh kereta tarik, sudut lubang gandar haruslah
tidak melebihi 90 arah lawan jam dan 15 arah jam bertentangan Tunnel
Centerline.
12. Jika halaju angin melebihi 90 mph, untuk menarik kembali jambatan fan
bergerak ke posisi Parking, Aerobridge tersebut haruslah disokong
oleh Jacks ke dalam kedua-dua Lifting Columns.
4.3 Perlaksanaan Utama
4.3.1 Muatan
Aerobridge MSB-5 berkebolehan menahan:
Lantai(Floor) 45 lb/sq.ft
Atap(Roof) 12 lb/sq.ft
Kelajuan Angin 70mph
4.3.2 Kelajuan Dan Lain-lain
Jadual 4.1 : Jadual kebolehan operasi Aerobridge MSB-5
56
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
5/15
No. Jenis Operasi Kebolehan
1 Pergerakan kawalan utama Sekitar 0 hingga 1.8 ft./s
2 Paras kelajuan automatik Kurang daripada 1 inch/s
3 Kepala jambatan Bridgehead Sekitar 5/s
4 Kemudian gandar roda Sekitar 8/s5 Ketinggian kepala jambatan 2.0m hingga 5.5m
6 Sudut kemudian batang roda gandar -90 lawan arah jam
-15 arah jam
7 Pusingan sudut jambatan -60 lawan arah jam
-15 arah jam
8 Panjang jambatan (dari Rotunda Center
hingga Point of Head)
Jenis A- Maksimum 27600mm
Minimum 18870mm
Jenis B- Maksimum 25230mm
Minimum 18145mm
4.4 Sistem Hidraulik
Sistem hidraulik menyediakan dua pam hidraulik, dua lifting cylinder, satu
Steering Cylinder, satu motor hidraulik, injap solenoid dan sebagainya. Ia
berkebolehan dalam pergerakan Lifting, Running dan Steering. Semua pergerakan
ini dikawal oleh kuasa elektrik. Suis untuk menghidupkan bekalan kuasa elektrik ini
berada di stesen kawalan.
4.4.1 Lokasi Alatan Hidraulik Yang Digunakan Pada Aerobridge
Lokasi alatan hidraulik pada Aerobridge adalah:
i. Unit Kawalan Kuasa (Power Unit)
57
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
6/15
- Unit Kawalan Kuasa mengandungi Manifold Block, injap
solenoid, injap ganti dan injap kawalan aliran, berkedudukan
diatas rangka tangki
ii. Pam Hidraulik dan Motor Elektrik
- Pam Hidraulik dan Motor Elektrik disambung oleh perangkai
rantai yang berada di tepi rangka tangki.
iii. Tangki Minyak
- Rangka bawah mampu menampung 210 liter minyak dan
digunakan untuk menyalur minyak ke Tangki Minyak dan Frame
Member.
iv. Unit Kawalan Kelajuan.
- Unit kawalan kelajuan mengandungi kawalan pam, kawalan
silinder, injap kawalan aliran dan injap solenoid.
- Kawalan kelajuan tuas bersambung dengan kawalan pam didalam
stesen kawalan melalui link
- Kawalan silinder dan injap kawalan aliran berkedudukan diatas
tangki.
v. Lifting Cylinder
- Dua Lifting Cylinder disediakan untuk memeriksa injap-injap
yang berada ditepi pengerak rangka.
vi. Kemudian Silinder(Steering Cylinder)
- Lifting Cylinder terletak dibawah rangka tangki.
vii. Motor HIdraulik
- Motor hidraulik bergabung dengan unit-unit gear yang berbeza.
58
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
7/15
Rajah 4.2 : Lokasi hidraulik pada Aerobridge.
4.5 Penyenggaraan
4.5.1 Pengenalan
59
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
8/15
Untuk mendapat jangka hayat yang panjang dan perlaksanaan yang terbaik
pada aerobridge, penyenggaraan termasuk:
1. Penyemakan (Inspection)
2. Pelinciran (Lubrication)
3. Penyesuaian (Adjustment)
4. Pembersihan (Cleaning)
5. Mengecat (Painting)
Perkara diatas haruslah selalu dilakukan bertepatan dan selaras dengan arahan
yang diberikan. Pemeriksaan harian, bulanan, setiap 3 bulan dan tahunan perlulah
dilakukan oleh pengendali Aerobridge yang telah ditugaskan dalam hal ini. Segala
masalah peyengaraan perlulah mendapat tindakan daripada orang yang terlatih dan
berpengalaman sahaja.
4.5.2 Langkah-langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil Kira
i. Hanya orang ataupun pengendali yang berkelayakan (di iktiraf) sahaja
yang boleh mengendali Aerobridge tersebut.
60
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
9/15
ii. Orang yang mengendali Aerobridge tidak dibenarkan menambah
kelajuan Aerobridge secara mengejut ataupun mendadak.
iii. Pastikan Bridgehead Front Shutter selalu ditutup apabila jambatan
sedang disimpan ataupun tidak digunakan.
iv. Rendahkan jambatan kepada kerendahan yang maksimum apabila
jambatan disimpan ataupun tidak digunakan.
v. Sentiasa tarik kembali jambatan sehingga kepanjangan yang minimum
apabila jambatan disimpan ataupun tidak digunakan.
vi. Penyenggaraan, penyemakan, pembaikian, pembaikpulih, dan segala
penukaran haruslah dilakukan oleh orang yang berkemahiran sahaja.
vii. Minyak atau gris yang digunakan tidak boleh bercampur dengan benda
asing seperti air, debu dan lain-lain yang berkaitan.
viii. Bersihkan sebarang debu, kotoran dan sebarang mendapan.
ix. Gunakan peralatan yang mengikut dan yang telah ditetapkan oleh piawai.
4.5.3 Penyemakan
Pemeriksaan ke atas unit dan komponen yang tersendiri harus cekap
dilakukan mengikut rutinnya. Pencegah penyenggaran, penyemakan dan
pemeriksaan haruslah dilakukan mengikut rutin nya iaitu harian, bulanan, setiap 3
61
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
10/15
bulan dan setiap 1 tahun untuk mendapat keadaan operasi Aerobridge tersebut
dalam keadaan yang maksima dan terbaik.
Contoh jadual penyemakan dan pemeriksaaan penyenggaraan dilampiran di
lampiran B pada muka surat 113 (sampel sebenar tidak dapat dikeluarkan dari luar
Malaysian Airport Berhad kerana hal ini adalah sulit).
4.5.4 Pelinciran
Untuk mendapat jangka hayat dan perlaksanaan yang terbaik pada
Aerobridge, pelinciran haruslah dilakukan dengan serius selaras dengan jadual
pelinciran.
4.5.4.1 Langkah-langkah Pencegahan Yang Diambil Kira:
i. Pelinciran haruslah dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan sahaja.
ii. Juruteknik tidak dibenarkan melakukan pelinciran secara melampau.
Pelinciran yang melampau akan mengalakkan debu atau pasir melekat
62
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
11/15
pada bahagian yang dilincir dengan berlebihan dan akan menyebabkan
scording.
iii. Semasa penukaran minyak haruslah berjaga-jaga untuk mengelakkan
benda asing masuk semasa penukaran minyak.
4.6 Proses Kerja Yang Dilakukan (Kerja Penyelenggaraan Cable Canopy
Aerobridge).
4.6.1 Pengenalan
Membaiki Cable Canopy Aerobridge merupakan salah satu kerja
penyenggaraan Aerobridge. Cable Canopy merupakan salah satu komponen yang
terdapat dalam Aerobridge yang mempunyai fungsi untuk menaikan dan
menurunkanHood(Canopy).
Semasa latihan industri ini, saya berpeluang mengambil pengalaman untuk
membaiki Cable Canopy Aerobridge
di Aerobridge BAY No 2. Semasamelakukan kerja ini, saya dibimbing oleh juruteknik dari Shift B. Mereka
memberi tunjuk ajar mengenai cara menukar Cable Canopy yang terputus. Cable
Canopy dapat dibaiki dan digunakan seperti biasa dan tidak ada aduan mengenai
Cable Canopy.
4.6.2 Langkah-langkah Kerja
63
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
12/15
i. Notifikasi dikeluarkan oleh DO(Duty Officer)mengenai aduan
terhadap Cable Canopy Aerobridge. Notifikasi diberikan kepadajuruteknik yang bertugas.
ii. Peralatan yang diperlukan disediakan.
Rajah 4.3 : Rajah menunjukan pekerja sedang membuka syiling Aerobridge.
iii. Setelah sampai ke tempat tersebut, buka syilling Aerobridge yang
berada di Bridge Headdan bawa tangga ke hadapan Bridge Head.
64
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
13/15
Rajah 4.4 : Anak panah menunjukan kabel yang rosak dan perlu di tarik keluar.
iv. Kabel Canopy yang putus ditarik dari dalam sehingga habis.
Rajah 4.5 : Kerja pemasangan kabel yang baru.
v. Kabel yang baru dimasuk kan dari luar Canopy, kabel yang di ikat
dari luar akan disambungkan ke Roller.
65
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
14/15
Rajah 4.6 : Kabel yang telah di pasang.
vi. Setelah kedua-dua hujung disambung, butang Canopy masuk
ditekan untuk menaikkan Canopy ke keadaan asal supaya wayar
kabel dapat digulungkan.
vii. Keadaan Canopy Aerobridge diperiksa samada ia berfungsi dengan
baik atau sebaliknya.
viii. House Keeping dilakukan dan kesemua peralatan disimpan ke
tempat yang asal setelah segalanya selesai dan kerja pembaikan telah
berjaya.
ix. Kerja membaiki kabel Canopy Aerobridge selesai. Notis Nofikasi
ditutup dan diserahkan kepada pihak pengurusan Lapangan TerbangSibu untuk tindakan selanjutnya.
66
-
8/14/2019 Bab 4 Aerobridge
15/15
4.7 Komen Dan Cadangan
Pada pandangan saya, kerja membaik pulih Aerobridge haruslah dilakukan
dalam masa yang sesuai seperti masa pengunaan Aerobridge tidak digunakan. Hal
ini adalah kerana ia tidak menganggu proses pengunaan Aerobridge. Selain
daripada itu pihak yang bertugas untuk memantau kerosakan haruslah ditugaskan
untuk memantau kemungkinan kerosakan supaya kerosakan dapat dibendung lebih
awal dan akan menjimatkan kos untuk membaik pulih.
4.8 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, penyelengaraan haruslah dilakukan mengikut jadual
yang ditetapkan supaya menjamin jangka hayat dan kesalamatan pengguna.
Kerosakan haruslah diambil tindakan secepat yang mungkin supaya tidak
menganggu operasi pengunaan Aerobridge. Ini juga akan mengelakkan sebarang
aduan dari pihak pengguna.
Setelah mempelajari dan mengikut penyelia membaiki kerosakan dalam
Aerobridge ini saya secara tidak langsung mengetahui serba sedikit caramenyelengara dan membaiki Aerobridge serta setiap komponen dalam aerobridge.
Melalui proses kerja mengantikan kabel Canopy ini, saya telah dapat menimba
pengalaman baru dan dapat saya aplikasikan pengunaan dan juga manfaat yang saya
perolehi pada masa akan datang mahupun ketika berada di politeknik.
67