b~bmpllukaldajuduabuahsekolah diseremban nor ghani … · jadual 1: kadartabungan kasar ( %...

13
KF..5AN KEMPENMENABUNG DI KALANGANPELAJARSEKOLAH: DISEREMBAN Nor Ghani Md. Nor Wook Endut Md. Zhahir Kechot Mohd Kamal Muhammad ABSTRACT Past studies on savings behaviour had tended to exclusively focus on adult household members to the extent that the savings behaviour among the younger generation had largely been ignored. Notwithstanding. the importance of encouraging savings among the younger segment of the population is recognised by the policy makers when Bank Negara Malaysia in association with the Ministry of Education and several financial institutions launched a savings campaign among students in schools. The campaign is aimed at inculcating positive savings attitude and to increase the rate of savings among them. This paper outlines two activities conducted in the campaign. namely Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) and Buku Wang Saku (BWS) and subsequently tests the hypothesis that the campaign has had some impact on the rate of savings among students. Results obtained through descriptive statistics and econometric methods indicate that the campaign did not significantly affect the rate of savings even though initial comparison between savings rates at schools with and without savings campaign appear to show that the campaign did make a difference. It was subsequently discovered that other factors such as the amount of pocket money and cultural habits associated with ethnic background were the real determinants of variations in savings rates. PENGENALAN Kajian lepas berkaitan gelagat tabungan hanya tertumpu kepada tabungan di kalangan isirumah dewasa sehinggakan gelagat tabungan di kalangan generasi muda yang masih di alam persekolahan tidak mendapat perhatian. Namun. kepentingan menggalakkan tabungan diperingkat usia muda terbukti mendapat perhatian penggubal dasar apabila Bank Negara Malaysia dengan kerjasama institusi-institusi kewangan dan Kementerian Pendidikan telah melancarkan kempen menabung di kalangan pelajar sekolah dengan tujuan untuk menanam tabiat menabung dan mempengaruhi kadar tabungan di kalangan pelajar. 183

Upload: others

Post on 08-Aug-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

KF..5AN KEMPENMENABUNG DI KALANGANPELAJARSEKOLAH: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH

DISEREMBAN

Nor Ghani Md. Nor Wook Endut

Md. Zhahir Kechot Mohd Kamal Muhammad

ABSTRACT

Past studies on savings behaviour had tended to exclusively focus on adult household members to the extent that the savings behaviour among the younger generation had largely been ignored. Notwithstanding. the importance of encouraging savings among the younger segment of the population is recognised by the policy makers when Bank Negara Malaysia in association with the Ministry of Education and several financial institutions launched a savings campaign among students in schools. The campaign is aimed at inculcating positive savings attitude and to increase the rate of savings among them. This paper outlines two activities conducted in the campaign. namely Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) and Buku Wang Saku (BWS) and subsequently tests the hypothesis that the campaign has had some impact on the rate of savings among students. Results obtained through descriptive statistics and econometric methods indicate that the campaign did not significantly affect the rate of savings even though initial comparison between savings rates at schools with and without savings campaign appear to show that the campaign did make a difference. It was subsequently discovered that other factors such as the amount of pocket money and cultural habits associated with ethnic background were the real determinants of variations in savings rates.

PENGENALAN

Kajian lepas berkaitan gelagat tabungan hanya tertumpu kepada tabungan di kalangan isirumah dewasa sehinggakan gelagat tabungan di kalangan generasi muda yang masih di alam persekolahan tidak mendapat perhatian. Namun. kepentingan menggalakkan tabungan diperingkat usia muda terbukti mendapat perhatian penggubal dasar apabila Bank Negara Malaysia dengan kerjasama institusi-institusi kewangan dan Kementerian Pendidikan telah melancarkan kempen menabung di kalangan pelajar sekolah dengan tujuan untuk menanam tabiat menabung dan mempengaruhi kadar tabungan di kalangan pelajar.

183

Page 2: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Nor Ghani Md. Nor, Wook Endut, Md. Zahlr Kechot, Mohd Kama' Muhammad

Tabungan perlu untuk memenuhi keperluan pembiayaan pelaburan dalam negara tanpa menanggung beban hutang yang diperoleh dari luar negera. Sememangnya, dalam salU dekad yang lalu kadar tabungan negara adalah di antara yang teninggi di dunia (Lin. 1993) yang mana dalam tempoh 1990 hingga 1999. kadar purata tabungan negara ialah 35.9% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) sepeni yang ditunjukkan dalam Iadual 1.

Pelbagai usaha telah dijalankan agar kadar tabungan yang tinggi ini dapal dikekalkan termasuk menjalankan kempen galakan menabung di peringkal nasional pada tahun 1996. Anlara kumpulan sasar kempen ini adalah golongan mud a dan kanak-kanak alas andaian bahawa sikap menabung mereka pada harl ini akan mempengaruhi kadar tabungan negara pada masa hadapan. Persoalan penting yang perlu dijawab adalah adakah kempen ini telah berjaya mencapai objektifnya kerana. sehingga kini. masih belum ada kajian yang cuba melihat keberkesanan kempen yang telah dijalankan. Iusteru. kertas ini merupakan satu cubaan untuk mengisi kekurangan tersebut dengan melihat kesan kempen menabung di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Dari perspektif kaj ian ekonomi. kertas ini berpotensi untuk menambah pengetahuan kita mengenai keberkesanan program pendidikan pengguna keatas gelagal dan sikap mereka.

JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK)

TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996 38.5 1997 39.4 1998 42.0 1999 41.1 Purata 35.9

Sumber: Bank Negara Malaysia (2000).

Kertas ini disusun seperti berikut. Bahagian seterusnya akan menerangkan secara ringkas kempen tabungan yang telah dijalankan di kalangan pelajar sekolah sejak tahaun 1997. Ini diikuti dengan bahagian yang memperinci metodologi kajian. Bahagian seterusnya menampilkan penerangan mengenai penganggaran ekonometrik dan ulasan kajian. Bahagian akhir kertas ini merupakan ringkasan dan saran an kepada pihak yang lerlibat dengan program alau kempen manabung di kalangan pelajar.

184

Page 3: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Kes.n Kempen Ifen.bung 01 K.'.ng.n Pe/a,ar Seko/ah

Kempen Galakan Menabung Di Peringkat Sekolah

Kempen galakan menabung peringkat sekolah merupakan kerjasama antara Kemenlerian Pendidikan. Bank Negara Malaysia dan instilusi-inslitusi kewangan. Ia bennula dengan inisialifProgmm Sekolah Angkat pada bulan April 1997. Antara aktiviti lerpenling kempen ini adalah penubuhan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) dan pengenalan program Buku Wang Saku (BWS ) di kebanyakan sekolah di seluruh negara.

KKPS dilubuhkan sebagai sokongan kepada bank angkat sekolah. Keahlian kelab ini terbuka kepada pelajar-pelajar kelas peralihan sehingga ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menegah. Manakala di sekolah rendah. keahlian kelab dibuka kepada pelajar-pelajar tahun empat hingga enam. Kesemua pelajar yang hendak menjai ahli kelab wajib membuka akaun tabungan dengan institusi kewangan yang terlibal dalam Program Sekolah Angkat. Selain dari menggalakkan penyuburan sikap menabung. KKPS bennatlamat untuk mendidik pelajar supaya berkelakuan tertib. beretika dan bennoral tinggi. bersifat jujur dan amanah dalam segala urusan kewangan. Oi samping itu. pelajar juga dapat mengetahui selok­belok urusan inslitusi kewangan dan mengamalkan tabial suka menabung dengan eara yang lebih sistematik serta berbelanja dengan bijak lanpa boros. Kelab ini biasanya dibimbing oleh seorang guru pembimbing yang berpengetahuan dan berkemahiran tentang konsep. falsafah kewangan dan tabungan. sistem kewangan dan perbankan serta pengurusan sesebuah organisasi. Contoh aktiviti yang sering diadakan oleh kelab ini ialah sudut tabungan. pertandingan menabung. bengkel penggunan BWS dan lawatan ke institusi kewangan.

Program BWS pula memperkenalkan buku catatan wang saku (pendapatan) dan perbelanjaan harian pelajar. Pelajar-pelajar diminta mencatat wang saku yang diterima dan perbelanjaan yang dilakukan oleh mereka setiap hari. Wang saku merangkumi semua "pendapalan" pelajar yang diperoleh dari ibubapa. penjaga. atau saudara-mara. Program ini mempunyai andaian lersiral di mana amalan mencalat wang yang dilerima dan yang dibelanjakan diharap akan memberi kesedaran kepada pelajar supaya bijak berbelanja dan menabung. Oi masa yang sarna ia dapat membantu pelajar mengurus sumber kewangan secara sistematik agar slrategi penjimalan dapat dilaksanakan dan seterusnya wang yang tidak dibelanja dapat ditabung. Oengan kata lain. BWS ini dijadikan sebagai alat merancang perbelanjaan dan tabungan.

185

Page 4: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Nor Ghani Md. Nor, Wook Endut, Md. Zahlr Kechot, Mohd Kamal Muhammad

METOOOLOGI KAJIAN

Bagi menentukan samada kempen berbentuk pendidikan menabung telah berjaya mempengaruhi golongan pengguna remaja. kajian ini menggunakan pendekatan perbandingan langsung secara statistik prihalan dan pendekatan ekonometrik. Dalam pendekatan perbandingan langsung. purata tabungan antara dua sekolah yang tclah dan belum menjalankan kempcn menabung dibandingkan secara terus. Hipotesis kajian seterusnya diuji dengan melihat samada wujud perbezaan signifikan antara kadar tabungan antara sckolah yang telah dan belum melancarkan kempen galakan menabung. Malangnya. pendekatan ini walaupun mudah dilaksanakan mempunyai kelemahan metedologi saintifik kerana ia tidak berupaya untuk mengawal kesan faktor-faktor lain yang boleh mencrangkan perbezaan tabungan yang wujud. Contohnya. ada kemungkinan. perbezaan kadar tabungan antara dua sekolah adalah disebabkan oleh kelainan purata wang saku dan komposisi kaum pelajar di antara sekolah tersebut dan bukannya disebabkan oleh kempen menabung. Untuk mengatasi masalah ini. pendekatan regresi berbilang kuasa dua terkecil (Ordinary Least Squares Regression) telah digunakan bagi menganggar modellengkap seterusnya mengawal kesan faktor lain ke alaS tabungan.

Bermula dari Keynes (1936) sehinggalah kini. ahli ekonomi berpandangan pendapatan adalah merupakan faktor penentu tabungan yang terpenting. Terdapat bukti empirikal yang menunjukkan bahawa sebahagian besar jumlah tabungan berpunca dari keluarga berpendapatan tinggi (Avery dan Kennickell. 1991). Dapatan ini seterusnya diperkukuhkan oleh Bosworth. Burtless, dan Sabelhaus (1991) yang mendapati tabungan biasanya negatif pad a kelompok 25 peratus pertama tabu ran pendapatan dan tinggi bagi kelompok selebihnya. Dalam kajian ini, wang saku yang diterima pelajar digunapakai sebagai proksi kepada pendapatan. Hipotesis yang diuji adalah semakin tinggi wang saku, maka semakin tinggi tabungan pelajar.

Faktor umur juga telah mendapat perhatian meluas oleh ramai pengkaji. Ini tennasuk kajian oleh Summers dan Carroll (1987), Auerback dan Kotlikoft (1990) dan Bernheim (1991), Alessie. Attanasio (1994). Borsch-Supan (1994) dan Lusardi dan Kapteyn (1997). Di samping itu terdapat satu kajian tempatan oleh Kumpulan Penyelidik UiTM (2001) yang menunjukkan bahawa tingkat umur mempunyai pengaruh keatas tabungan. Asas teori kepada pemerhatian ini adalah teori tabungan kitaran hayat Modigliani yang menyatakan bahawa oleh kerana pola pendapatan tidak seiring dengan trend penggunaan, kadar tabungan seharusnya berbeza mengikut umur individu dimana ia dijangkakan rendah di umur pertengahan dan rendah di awal dan akhir hayat. Dalam kajian ini faktor umur juga diuji walaupun teori tabungan kitaran hayat mungkin tidak sesuai kerana profil umur responden hanya tertumpu kepada golongan remaja (12-17 tahun).

186

Page 5: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Kesan Kempen Menabung 01 Kalangan Pela/af Sekolah

Kajian lepas juga mendapali faktor demografi lain juga berpotensi untuk menerangkan gelagat tabungan diperingkat mikro (Browning dan Lusardi. 1996). Umpamanya. pola tingkat tabungan merentasi ciri-ciri isi rumah menunjukkan kadar tabungan adalah tinggi di kalangan pasangan berkahwin tanpa anak dan rendah bagi isi rumah yang mempunyai anak manakala isi rumah yang diketuai ibubapa tunggal didapati mempunyai tabungan yang terendah. Tentu sekali faktor perkahwinan tidak relevan bagi responden dalam sampel kajian ini. Oleh itu dalam kajian ini. dua pembolehubah demografi yang difikirkan lcbih sesuai untuk diuji kesannya keatas tabungan ialah jantina dan rumpun bangsa. Faktor jantina diuji kerana kemungkinan terdapat perbezaan tabungan antarajantina walaupun belum lagi terdapat bukti empirikal mengenai isu ini. Faktor bangsa pula akan diuji memandangkan pengaruh sosio-budaya mungkin mempengaruhi sikap menabung pelajar. Hujah ini selari dengan hasil kajian Tai Hung Chao (1989) yang menyatakan pada umumnya. penduduk di kawasan Asia Timur mempunyai kadar tabungan yang lebih tinggi berbanding rakan mereka di negara Barat atas sebab faktor sosio-budaya.

Faktor tabungan terakhir yang akan diuji adalah prestasi akademik pelajar. Adakah sikap menabung berbeza di antara pelajar yang memperoleh pencapaian yang tinggi berbanding dengan yang rendah? Tersirat dalam ujian ini adalah hipotesis bahawa pencapaian akademik merupakan proksi kepada kecenderungan peribadi pelajar kepada tabungan.

Untuk menonjolkan kepentingan mengawal faktor lain dalam menguji kesan kempen keatas tabungan pelajar. dua spesifikasi model regresi telah dibentuk. Spesifikasi Modell hanya mengambilkira pembolehubah jumlah wang saku dan pengaruh kempen bagi menerangkan kadar tabungan manakala Model 2 menokok faktor penerang dcngan memasukkan pembolehubah demografi yang yang dinyatakan di atas.

Spesifikasi Modell:

Kf = dimana Kr

f30

+ f3 1 WS + ti2 dKpn = Kadar Tabungan

WS = Wang Saku d Kpn = Dumi Kempen I-jika sekolah telah menjalankan kempen menabung O-jika sekolah belum menjalankan kempen menabung

187

Page 6: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Nor Ghani Md. Nor, Wook Endur, Md. Z,hlr Kechor, lIohd K,m,' lIuh,mm,d

Spesifikasi Model 2 :

KI' = p. + P,WS + P1 d Kpn + PJJ + P.U + PsdBM + P. d BC + P1 d PA di mana KT = Kadar Tabungan

WS = Wang Saku dKpn = Dumi Kempen I-jika sekolah menjalankan kempen menabung O-jika sekolah belum menjalankan kempen menabung Jantina = Dumijantina Umur = Umur responden dBM = Dumi Bangsa Melayu I-jika responden berbangsa Melayu O-jika responden lain-lain bangsa dBC = Dumi berbangsa Cina

I-jika responden berbangsa Cina O-jika responden lain-lain bangsa dPA = Dumi Prestasi Akademik I-Jika responden mencapai sekurang-kurangnya lA dalam mana-mana matapelajaran UPSR atau PMR O-pencapaian selain 1 di atas.

Jumlah tabungan mingguan (pembolehubah bersandar) diukur menggunakan pendekatan Antanasio (1993,1994 dan 1998) dan Bank (1998) yang menjadikan nisbah tabungan kepada pendapatan sebagai pembolehubah bersandar dalam analisis regresi. Untuk mengurangkan masalah heterokedastisiti yang biasanya wujud dalam penganggaran menggunakan data keratan rentas, spesifikasi double log telah digunakan.

Dua buah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai kes kajian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendeta Za'aba dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau. Dua sekolah ini dipilih kerana SMK Pendeta Za'aba merupakan sebuah sekolah yang telah menjalankan kempen menabung manakala SMK Mambau adalah sekolah yang belum menjalankan kempen tersebut. Jumlah responden ialah seramai 221 orang pelajar yang terdiri daripada 51.1 % pelajar lelaki dan 48.9 % pelajar perempuan yang berumur di antara 12 hingga 17 tahun.

188

Page 7: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

-----------

Kenn Kempen Irfen,bung DI K,/,ng,n Pela/a, Seko/ah

Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data wang saku (pendapatan), perbelanjaan dan tabungan seminggu kebelakang serta maklumat-maklumat demografi pel ajar. Oleh kerana responden cuma perlu mengingal kembali maklumal untukjangka waktu satu minggu yang lepas, masalah ralat ingatan (recall error) yang sering diperbahaskan dalam literalur empirikal tabungan dapal diminimakan. Teknik memperoleh maklumat tabungan dan pendapatan dengan meminta responden merekodkan tabungan dan pendapatan bagi minggu akan dalang pula tidak digunakan kerana ia boleh mempengaruhi gelagal perbelanjaan dan labungan yang akan dilakukan. Temubual telah dilakukan sepanjang satu minggu persekolahan anlara 4 hingga 8 Iun 2001.

Penganggaran Dan Hasil Kajian

Dan segi lalar belakang demografi, 64.7% dan pelajar dalam sampel berbangsa Melayu. 17.2% Cina, 17.6 % India dan 0.5 % lain-lain bangsa. Peralusan responden yang berumur 12,13,14, IS, 16 dan 17 tahun adalah masing-masing 10.9 %, 33.9 %,27.6 %, 5.0 %, 17.2 % dan 5.4 %. Dan segi pendapatan pula, sebahagian besar ibubapa pelajar berpendapatan sederhana dengan 38.5 % memperolehi pendapalan bulanan di antara RM 1,000.00 hingga RM 2,000.00, manakala 19.0 % berada dalam julal RM 2,0001.00 hingga RM 4,000.00. Di samping itu 32.1 % ibubapa lergolong dalam kumpulan berpendapalan rendah dengan pendapatan kurang daripada RM 1,000.00 sebulan. Dari segi prestasi akademik pula, seramai 82.8%: bolch dianggap mencapai prestasi akademik yang agak baik iaitu sekurang­kurangnya memperoleh salu A dalam mana-mana mala pelajaran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) alau Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Hasil anal isis awal menggunakan pendekatan perbandingan langsung antara kadar tabungan pelajar bagi sekolah yang telah dan belum melakukan kempen ditunjukkan dalum Iadual2 di bawah. Ielas didapati bahawa purata kadar tabungan di SMK Pendeta Za'aba lebih tinggi iaitu RM 3.63 seminggu berbanding di SMK Mambau yang hanya mencatat sebanyak RM 2.73 seminggu. Perbezaan purata tabungan ini juga adalah signifikan apabila diuji secara slatistik. Berdasarkan pemerhatian ini. terdapat bukti bahawa kempen yang dijalankan memberi kesan kepada kadar tabungan kerana pelajar-pelajar di SMK Pendeta Za'aba mencatat kadar tabungan yang lebih tinggi berbanding pelajar di SMK Mambau. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini. perbandingan lang sung sebegini adalah satu metedologi yang lemah kerana kesimpulan keatas kesan kempen keatas tabungan dibuat tanpa mengambilkira faktor-faktor lain yang berpotensi mempengaruhi tabungan. Dengan kata lain, perbandingan yang dibuat gagal mengawal heterogeneiti tidak tercerap antara pelajar-pelajar dua buah sekolah yang telah dipil!h. Kekhuatiran ini disokong oleh pemerhatian bahawa purata wang saku pelaJar SMK Pendeta Za'aba yang mempunyai lebih ramai pelajar Melayu adalah lebih tinggi berbanding dengan SMK Mambau.

189

Page 8: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

NOI Ghani "'d. NOI, Wook Endur, "'d. Zahll K.chor, "'ohd Kam.1 Muhammad

JADUAL 2: Purata Kadar Tabungan, Wang Saku Dan Perbelanjaan (Seminggu)

Sekolah

SMK Pendeta Za'aba SMKMambau

PuratKadar Tabungan (RM)

.63 11.23

Purata Wang Saku (RM)

2.37 1l.07

Hasil regresi bagi Modell dan Model 2 ditunjukkan dalam ladual 3. Daripada jadual tersebut didapati kuasa penerangan (R2) bagi pembolehubah bebas ke atas pembolehubah bersandar kadar tabungan untuk kedua-dua model didapati berada dalam julat 6% dan 8.5%. Nilai R2 yang rendah ini tidak perlu dibimbangkan kerana kajian ini menggunakan data primer keratan rentas. Kajian­kajian lain pun biasa mencatatkan nilai R2 yang rendah (Seller, 1985; dan Faber, 1988). Ini disokong oleh ujian F yang didapati signifikan pada aras keertian 1% sekaligus menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah bebas berupaya secara signifikan menerangkan variasi dalam pembolehubah bersandar.

Nilai t yang diberi dalam kurungan diperoleh dengan menggunakan method pengubahsuaian White bagi mengawal masalah heterokedastisiti. Koefisien pembolehubah bebas dalam Model 1 menunjukkan bahawa wang saku adalah bertanda positif dan signifikan pada aras keertian 5%. Ini bermakna peningkatan wang saku sebanyak 1% akan menyebabkan peningkatan dalam kadar tabungan sebanyak 0.00095%. Koefisien bagi pembolehubah kempen, walaupun positif, adalah didapati tidak signifikan. Dapatan ini menyanggah hipotesis bahawa kempen menabung telah berjaya dalam mempengaruhi kadar tabungan pelajar. Hasil penganggaran Model2juga menunjukkan bahawa koefisien pembolehubah wang saku adalah positif dan signifikan. Perhatikan juga bahawa saiz bagi koefisien ini adalah sangat hampir dengan yang diperoleh dalam hasil penganggaran Model 1. Sekali lagi pembolehubah kempen, walaupun positif adalah tidak signifikan.

190

Page 9: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

K ... n K.mpen II,n.bung 01 K.I.ng.n P,l.jar S,ko/ah

J ADUAL 3 Penganggaran Dengan Menggunakan Kaedah OLS

Pembolehubah Bebas Modal! Modal 2

Konstan 0.912 0.1432 (3.5649)* (1.542)

Wang Saku 0.0095 0.00)8 (2.1466)* (2.0975)**

DumiKempen 0.0313 ~.0103

0.8<Xl9 ('{).2248)

Jantina 0.0449 (1.2704)

Umur ~.0074 ('{).6858)

Dumi Bangsa Melayu 0.0722 (1.3769)

Dumi Bangsa Cina O.rml (0.4894)

Dumi Prestasi Akademik '{).0384 ('{).8584)

R2 o.(tm 0.0851 UjianF 6.942 2.8181

Nota: ( )Statistik 1

.. Signifikan pada aras keertian 5% * Signifikan pad a aras keertian 1 %

Pembolehubah

Pembolehubah demografi lain pula tidak menampakkan sebarang keupayaan untuk menerangkan variasi kadar tabungan. Cuma dumi bangsa Melayu didapati positif dan signifikan pada aras keertian 10%. Dapatan ini dan perbandingan dengan saiz dan tanda koefisien dumi bangsa lain menunjukkan pel aj ar Melayu cenderung untuk menabung pada kadar yang lebih tinggi. Dapatan ini bersesuaian dengan pemerhatian bahawa SMK Pendeta Za'aba yang mempunyai lebih ramai pe\ajar Melayu merekodkan kadar purata tabungan yang lebih tinggi berbanding dengan SMKMambau.

191

Page 10: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Nor Ghani lid. Nor, Wool! Endut, lid. Zshlr K.chot, lIohd Ksmallluhamm.d

KESIl\lPULAN DAN SARANAN

Kertas ini telah memaparkan metodologi dan hasil kajian keatas ujian yang dilakukan untuk menguji hipotesis bahawa kernpen menabung yang telah dijalankan olch Bank Negara Malaysia dan Kernenterian Pendidikan Malaysia berjaya rnengubah kadar tabungan dikalangan pelajar. Responden telah dipilih dari dua buah sekolah di Serernban. Negeri Sembi Ian. HasiI penganggaran model ekonornetrik mendapalai bahawa kernpen ini kurang berkesan walaupun perbandingan awal menggunakan slalislik perihalan rnenunjukkan kadar tabungan pelajar dari sekolah yang belurn dan lelah rnengadakan kempen rnenabung adalah berbeza. Kesirnpulan ini dibual mernandangkan durni kernpen tidak signifikan secara slalislik apabila pernbolehubah wang saku dan pernbolehubah dernografi dimasukkan secara serenlak dalam penganggaran ekonornetrik. Walaubagaimanapun kepulusan ini perlu ditafsir dengan berhati-hali. Perlu diingat bahawa dapatan bahawa kernpen ini kurang berkesan ke alas kadar tabungan hanya benar untuk kesan jangkarnasa pendek. Tidak dikelahui sam ada kempen tersebut telah berjaya menyemai sikap untuk rneningkatkan tabungan kepada pelajar apabila mereka dewasa kelak.

Hasil kajian yang diperolehi di atas rnenarnpakkan keperluan untuk rnenilai semula keberkesanan kern pen yang telah dijalankan. Sehubungan dengan itu. kertas ini seterusnya akan rnengernukakan beberapa cadangan untuk rnernantapkan lagi kernpen rnenabung yang dijalankan agar ia rnenjadi lebih berkesan.

Pertarnanya. perlaksanaan kernpen rnenabung melalui KKPS perlu disusun semula dengan garis panduan yang lcbih tersusun dan lengkap untuk menggerakkan kelab ini. Kelab ini memerlukan kurikulum tersendiri untuk dijadikan panduan kepada guru pembimbing menjalankan aktiviti mereka secara tersusun dan efektif. Penyenaan ahli kelab ini juga perlu lebih menyeluruh agar kempen ini dapat memberi impak kepada Jebih nunai pelajar. Di samping itu Kementerian Pendidikan bolch menimbang kemungkinan memasukkan komponen didikan tabungan dalam mat a pelajaran yang sedia ada seperti Pendidikan Moral dan Ekonomi.

Keduanya. program Sekolah Angkat yang telah diperkenalkan sejak 1997 perlu lebih kerap dipantau perlaksanaanya. Penemuan kajian di SMK Mambau. menunjukkan bahawa kekerapan lawatan oleh institusi kewangan ke sekolah angkat adalah sangat kurang memuaskan. Adalah disarankan supaya lebih banyak aktiviti bersama diadakan diantara bank angbt dan pelajar sekolah. Ini penting bagi memastikan program Sekolah Angkat dapat mencapai objektif penubuhannya .. Selain itu. pihak institusi kewangan perlu memperkenalkan instrumen kewangan yang lebih menarik dan f1eksibel selaras dengan kehendak penabung muda di peringkat sekolah. Sebagai contoh. tumpuan kepada pakej tabungan berkaitan dengan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran

191

Page 11: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

K, .. n Kempen ",n,bung 01 K,',ng,n P,'a/" S,kol,h

ke kolej alau universili boleh menarik minal pelajar menabung bagi tujuan yang relevan dengan persekilaran dan cila-cita mereka. Inslilusi kewangan yang lerlibal bolehjuga mengikuljejak langkah salah sebuah bank di Amerika Syarikal yang menyumbangkan sejumlah wang kepada seliap pelajar dalam akaun labungan untuk menggalakkan minat menabung di kalangan pelajar sekolah (Cohoes Saving Bank. 1995).

Akhir sekali. persepsi inslilusi kewangan lerhadap penabung muda seperti pelajar sekolah perlu diubah. Sikap seselengah pegawai bank yang kurang berminal dan lidak yakin dengan penabung muda bermakna kumpulan ini akan lersisih dari usaha penggalakkan labungan yang dilakukan oleh pihak bank (Mehfar. 2(01). Kurang keyakinan ini mungkin berpunca daripadajumlah tabungan yang didepositkan oleh individu dari kumpulan ini adalah kecil. Malangnya isu ini akan mengakibatkan kurangnya perhalian kepada Program Sekolah Angkat walaupun kumpulan sasar ini berpolensi untuk menjadi penabung penting di masa akan datangjika sikap menabung yang baik dapat disemai sewaktu mereka diperingkat persekolahan.

RUJUKAN

Alessie R.. Kapteyn A .• Lusardi A. (1997). Saving after retirement: Evidence based on three different measures. Progress Report. Center for t;conomic Research.

Antanasio. (1994). Personal Saving in the United States. Dalam James M. Poterba.lntemational Comparisons of Household Saving. Chicago: The Universili of Chicago.

Auerbach. A. J. dan Kotlikoff. L. J. (1990). Demographics. fiscal policy, and U.S. saving in the 1980's and beyond. Dim Lawrence Summers(pnyt) Tax policy and the economy. Vol. 4 . Cambridge, MA: MIT Press.

Avery, R, dan A.Kennikel (1991). Household saving in the U.S. Review of Income and Wealth 37(4).

Bank Negara Malaysia. (1993). Annual Report 1992. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. (1996). Annual Report 1995. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. (2000). Annual Report 1999. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

193

Page 12: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Nor Ghani Md. Nor, Wook Endut, Md. Zahlr K.chot, Mohd Kamal Muhammad

Borsch-Supan. (1994). Saving in Germany - Part 2: Behavior. Dalam Poterba, lM. International Comparisons of household saving. Chicago:The University of Chicago.

Bosworth. B., Burtless. G & Sabelhaus. J. (1991). ''TIle decline in saving: Evidence from household surveys." Brookings Papers on Economic Activity 1991(1): 183-241.

Buku Panduan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KPPS). (200 I). Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kerjasama Urus Setia Penerangan Kewangan dan Tabungan. Bank Negara Malaysia.

Cohoe Saving Bank. (1995). Cohoes encourages children to save. Bank Marketing. Washigton. Feb 1995.

Horioka. C. Y. & Watanabe. W. (1997). Why do People Save? A Micro-Analysis of Mati ves for Household Saving in Japan. JOUI7UlI of Economic: 537-552.

Faber. S. (1988). The Value of Coastal Wetlands for Recreation: An Application of Travel Cost and Contingent Valuation Methodologies. Department of Economic. Lousiana State-Universiti. Baton Rouge. L.A. Journal of Environmental Management. 26: 299-312.

Fry. MJ. (1978). Money and Capital or Financial Deepening in Economic Development. Journal of Money, Credit and Banking 10(4): 465-475

Keynes. lM. (1936). The General Theory of Employment, Interest and Money. London: Macmillan Publishing Company.

Lin. S.Y. (1993). National Savings and the Investment Gap: A Further Review in Terms of Desegration of the Domestic and Foreign Investments. Kertas Kerja Persidangan Tabungan Kebangsaan Malaysia Kali Pertama. Kuala Lumpur. 8-10 Julai.

Mehfar Abdul Hamid. (2001). EON Bank Cawangan Seremban. Komunikasi peribadi. 25 Julai.

Modigliani. F. (1986). Life cycle. iniviualthrift and the wealth of nations. American Economic Review. 76(3): 297-313.

Seller. C. Stoll. J.R. & Chavas. J.P. ( 1985). Validation of Empirical Measures of Welfare Change: A Comparison of Non-Market Techniques. Land Economic Journal, 61.156-175.

194

Page 13: B~BMPllUKALDAJUDUABUAHSEKOLAH DISEREMBAN Nor Ghani … · JADUAL 1: KadarTabungan Kasar ( % daripada KNK) TallUn %KNK 19'Xl 30.7 1991 29.4 1992 32.6 1993 35.4 1994 34.4 1995 353 1996

Kessn Kempen Idenabung DI Kslangan Pelajar Sekolah

Tai Hung Chao. (1989). An oriental alternative. Dim Confucianism and Economic Development: An oriental alternative. Washington Institute Press.

Urus Setia Galakan Bank Negara Malaysi",. (2000). Program Sekolah Angkat dan Buku Wang Saku. Kertas kerja Seminar Program Sekolah Angkat Peringkat Negeri Kedah. Pulau Pi nang dan Perlis. 4 Mei 2000.

NOTA:

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada beberapa peserta yang memberikan komen kepada kertas ini semasa pembentangan di 6111 National Seminar of the Malaysian Association of Consumer and Family Economics. September 29-30. 200 1.

195