dokumen.tips kolaj 55c8045944d00
TRANSCRIPT
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
1/18
PENGENALAN
Tajuk kolaj dalam Topik 4 dimulai dengan pengenalan tentang kolaj, diikutipenerangan definisi kolaj dan melihat berbagai jenis peralatan, media sertateknik-teknik yang boleh dihasilkan dalam kolaj. Dalam sub tajuk berikutnyaditerangkan tentang bagaimana cara mengaplikasikan alatan, media dan teknikdalam kolaj. Penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan dalammenghasilkan kolaj juga disentuh dalam sub topik ini. Berbagai contohpersembahan hasil karya dinyatakan untuk mendapat gambaran dengan lebih
jelas lagi. Akhir sekali rumusan tentang keseluruhan tajuk kolaj, perkataan
penting yang digunakan dan bahan rujukan dinyatakan. Sebelum anda mulamembaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah kolaj?
TTooppiik k 44
KegiatanMembuat
Kolaj
HASIL PEMBELA ARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan kolaj;
2. Mereka cipta kolaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik;
3. Menilai dan membuat penentuan tema, pemilihan warna danpenyusunan bahan; dan
4. Penghargaan seni terhadap kolaj yang dihasilkan.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
2/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ56
PENGENALAN AKTIVITI KOLAJ
(a) Definisi Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan keatas suatu permukaan.
Dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat denganmenampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di ataspermukaan 2D.
Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej sepertigambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.
Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
Berbagai jenis bahan dilekat disatu
permukaan khas disebut kolaj. Satu komposisi daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagaimedia.
Kolaj bermakna menghasilkan satukomposisi artistik daripada imej ataugambar yang berlainan, latarbelakangyang berlainan dan daripada berbagaiwarna dan corak.
Satu teknik menggambar di manafoto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat dan disatukan di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar ataucorak berjalinan dihasilkan secaraÂsuperimposeÊ di antara satu samalain.
Satu hasil kepingan seni dibuatdengan menggam berbagai elemen.
Satu susunan objek dan bahan di atasdilekat di atas suatu permukaansupaya menjadi satu gambar bagisesuatu tajuk atau tema tertentu.
4.1
Rajah 4.1: Contoh kolaj dari kertas warna
Sumber: Raja Baharudin Raja Husain,
Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar SyedIsa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks
Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
3/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 57
(b) Alat dan MediaPencipta kolaj selalunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka
berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka.
Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik sepertidawai, kepingan besi, kaca, plastik, kulit pokok, batu, dedaun kering,lalang kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongan gambar darimajalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod, berbagai jeniskertas yang berjalinan, kotak telur, kapas, tisu dan sebagainya. Kolaj juga
boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, beras dan kekacangseperti lentil dan pea yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik.Pengkarya mengguunakan sekeping kadbod yang kuat sebagai dasar.Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal padakolaj tersebut. Mereka juga menjadikan stor sebagai tempat penyimpananperalatan dan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj.
Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dantempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannyaialah untuk mendapatkan ÂmoodÊ bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Warnaminyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahansusah melekat pada permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalammenghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding
baik dengan berbagai jenis gam. Elakkan dari menggunakan warnaÂgouacheÊ kerana ia mudah retak dan terkopek
Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkankolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerjakolaj. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakanpelekat tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahanke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yangdicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj:
Jadual 4.1: Contoh Jenis Gam atau Pelekat
Media Jenis Ketelusan Kegunaan
1. Gam kilat Cair Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, bahanringan. Boleh digunakan sebagai
varnis pada akhir proses kolaj.
2. Gam
tidak kilat
Cair Lut sinar pada
lapisan pertama.
Lapisan seterusnya
lut cahaya
Pelekat untuk kertas, kain, bahan
ringan. Boleh digunakan sebagai
varnish pada akhir proses kolaj.
Terlalu banyak lapisan akan
mengaburkan gambar di bawahnya.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
4/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ58
3. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, kulit kayu
pokok, logam. Media yang terdedah
akan kelihatan kusam.
4. Gam
model
Pekat Legap Pelekat untuk batu. Boleh digunakan
untuk 3D, dipotong, kikis, warna
apabila kering. Kawasan yang tebal
memerlukan berjam-jam untuk
kering.
5. Gesso Krim Legap Serupa dengan cat akrilik putih.
Digunakan untuk menutup bahan
berasid sebelum mengecat atau
menghasilkan kolaj.
Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalammenghasilkan kolaj:
Jadual 4.2: Peralatan Digunakan untuk Menghasilkan Kolaj
Alat Kegunaan
1. Pisau kraf Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung
mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan
kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata
yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin.2. Gunting Memotong bentuk bulat, kain.
3. Plastik tiga segi Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut
empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang
diperlukan.
4. Pembaris Membuat potongan yang panjang.
5. Âfrench curveÊ Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok.
6. Palet Untuk kegunaan warna air atau akrilik.
7. Berus Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj.
8. Bekas air Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam.
9. Penggelek Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya.
10. Plastik
pembungkus
makanan
Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. Melindungi kolaj
dari tangan yang kotor dan lebihan gam.
11. Span Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
5/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 59
12. Kertas tekap Membuat lakaran.
13. Pensel atau pen Membuat lakaran.
14. Kompas Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabilapisau ÂbladeÊ digunakan bersamanya.
Terdapat juga bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untukmenghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas, Âwater colour
boardÊ, Âillustration boardÊ, Âmat boardÊ, Âfoam boardÊ, Âwood and hard boardÊ. Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj,kertas warna air, kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik,kertas binaan, surat khabar, kertas majalah.
(c)
TeknikDalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea dankreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan
bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajukcatan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialahcontoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu bolehmenghasilkan sebuah kolaj:
(i) Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnyasampai.
(ii) Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau
fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut.
(iii) Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan,harmoni, kontra pada kolaj anda.
(iv) Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerjamenampal.
(v) Sapukan gam pada permukaan kertas.
(vi) Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untukmendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik.
(vii) Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertamauntuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.
Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatanmenggambar terutama di peringkat sekolah rendah. Murid-murid padatahap tersebut perlu didedahkan dengan berbagai jenis dan teknikmenghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj.Perlu diingat juga tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan padamurid tersebut. Guru harus menyesuaikan jenis dan teknik kolaj yanghendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid iaitu dari darjah satu
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
6/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ60
hingga ke darjah enam. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknikkolaj yang boleh diaplikasikan kepada murid:
Teknik potong kertas dan fabrik
Teknik koyak kertas dan fabrik
Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
Teknik media campuran
Teknik kertas tisu
Teknik tisu dan kertas buangan
Teknik catan dalam kolaj
Teknik percikan dalam kolaj
Teknik span dalam kolaj
Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj
Teknik stensil dalam kolaj
Teknik jalinan dalam kolaj
APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK
Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj, merekaselalu memotong objek atau imej dari majalah berwarna lalu menampalnya diatas kertas. Ini adalah kolaj yang paling mudah walaupun susunannya tidakdiambilkira. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan
idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerjakolaj itu. Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau muridseperti tema:
Cerita, sajak, pantun dan nyanyian
Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam, jiran
Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong, calet
Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau, kuda
Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-sayuran, buah-buahan.
4.2
1. Apakah perbezaan di antara teknik-teknik kolaj yangdikemukakan?
2.
Hasilkan beberapa kolaj mudah dari pelbagai jenis teknik yangtelah dinyatakan.
AKTIVITI 4.1
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
7/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 61
Alam benda seperti meja, kerusi, basikal, cawan, piring, garpu, sudu
Fenomena alam dan sains, metafizik dan agama
Rajah 4.2: Contoh kolaj bertemakan haiwan menggunakan kertas majalah berwarna
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford
Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada murid-murid adalahsupaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang adapada bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitusecara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. Projek secara
berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankandaripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yangkasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik
adalah berbeza. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah di kedai-kedaimenjahit pakaian. Ia tidak memerlukan budget yang besar. Permukaannyalembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain perca
boleh digunting, dipotong, digulung, ditindih atau dilipat semasa prosesmenampal keatas permukaan. Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesanpermukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan menghasilkan satu kelainan.
Rajah 4.3: Contoh kolaj dari fabrik
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
8/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ62
Tali juga adalah antara bahan yang popular digunakan dalam menghasilkankolaj. Bahan ini digunakan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang
jalinan dan bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan menggambar.
Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perludisesuaikan dengan jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalammenghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat sahaja.
Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan boleh dipelbagaikan seperti berkumpulan, dipiuhkan, disimpulkan, berantai, bergulung atau bebas supayamendapat permukaan jalinan yang berlainan. Permukaan yang paling sesuaiadalah dari jenis ÂstrawboardÊ dan kadbod ini boleh didapati secara percuma darikotak-kotak, papan kalender dan papan iklan. Pelekat jenis cepat kering sesuaidigunakan pada tali. Pelekat diratakan di atas permukaan ÂstrawboardÊ tersebutdan diratakan dengan spatula. Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkandi atas permukaan bergam. Kadangkala tali yang berbagai jenis ketebalannyadan berbagai jenis warna boleh digunakan.
Rajah 4.4: Contoh kolaj menggunakan tali dari murid umur 79 tahun
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford
Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik. Mereka mulameneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Mereka boleh menjadipencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagaialat, bahan dan media. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan
benda-benda yang mereka lihat sekarang. Sebagai contoh murid bolehmenghasilkan sebuah kolaj diatas Âillustration boardÊ atau Âmounting boardÊ.
Mulakan dengan tajuk autobiografi termasuk memori semasa kecil, persepsi dirisekarang, dan harapan untuk masa depan. Masukkan benda-benda yang anda
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
9/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 63
suka dan tidak suka. Lekatkan gambar-gambar dari majalah, lukis, cat, ataugunakan objek sebenar jika tidak terlalu besar. Gunakan krayon, warna pensel,warna air, dakwat dan apa sahaja yang disukai. Tidak ada betul atau salah cara
meletakkan atau melekatkan objek tersebut. Gunakan kolaj tersebut sebagairujukan untuk imaginasi yang kreatif. Berikut ialah contoh kolaj bertemakanautibiografi termasuk tempat-tempat yang saya kunjungi, barang-barang yangsaya sukai, dan aktiviti yang saya gemari.
Rajah 4.5: Contoh kolaj media campuran
Sumber: Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book
Berikut ialah contoh dengan lebih jelas lagi bagaimana sesuatu kolaj itudihasilkan dengan menggunakan alat, bahan dan media seperti kertas binaanyang berbagai warna, gunting, gam, pensel dan kertas lukisan tebal:
Rajah 4.6: Contoh kolaj peringkat permulaan
Langkah 1 Membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Dalam kolajini pelukis telah menggunakan rupa-rupa yang telah diubahsuai atau dipiuhkanmengikut teknik yang diguna pakai oleh seorang pelukis barat terdahulu iaitu
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
10/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ64
Henry Matisse. Lihat perbezaan ketara di antara permulaan kolaj dengan akhirkolaj.
Rajah 4.7: Contoh kolaj peringkat pertengahan
Langkah 2 Meletakkan latarbelakang dan rupa bentuk. Warna latar adalahsangat penting kerana setiap warna yang digunakan untuk objek kemudianperlu berhubung kait atau bersesuaian dengannya. Gunakan pisau kraf danpembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk sebenar. Ini adalahsatu cara bagaimana menjalankan aktiviti menggambar secara lebih seronok dangembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran kertas tetapi cebisankertas tersebut boleh juga digunakan untuk menghasilkan kolaj di masa akandatang.
Rajah 4.8: Contoh kolaj peringkat pertengahan
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
11/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 65
Langkah 3 Eksperimentasi dan mencipta ruang. Pelukis memotong kesemua bentuk tersebut secara bebas tanpa memikirkan ukuran dan bentuk sebenar.Memperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan membuatkan kerusi lebih
kecil daripada objek di hadapan. Satu cara memperkenalkan perasaankedalaman atau menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan pertindihanobjek. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan jug air secara automatikmemberitahu pemerhati bahawa jug air lebih jauh ke belakang daripada epaltersebut.
Rajah 4.9: Contoh kolaj peringkat akhir
Rajah 4 Lengkap. Kolaj ini masih memperlihatkan kejadian sebenar. Sentuhanterakhir dalam kolaj ini ialah bunga dan batang. Teknik yang digunakan ialahkoyak dan tampal. Hasilnya adalah satu cara yang menarik selain gunting dantampal.
Rajah 4.6, 4.7. 4.8, 4.9, Aplikasi alat, media dan teknik secara langkah demilangkah.
Sumber: Brown, M. D. & Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. GlennMarcam & Joyce Dolan.
Analisa hasil kerja kolaj pelukis barat dari aspek tema, alat, mediadan teknik yang mereka gunakan.
AKTIVITI 4.2
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
12/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ66
PERSEMBAHAN HASIL KARYA
Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan.Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan keranaia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individuyang menghasilkannya. Apabila seorang guru mengajar matapelajaranPendidikan Seni Visual di kelas, dia seharusnya perlu mengetahui danmengenalpasti tahap perkembangan pembelajaran murid-murid di kelastersebut. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyakdipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Guru jugaseharusnya perlu pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajardengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas.
Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitutahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialahtahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaranmereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka. Hasilkerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkankeseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata dan perkaitan denganpersekitaran mereka sangat penting.
Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan suka membuat eksperimenkerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Imej atau objek yang dilukis
bersifat tidak tepat. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting ditahap ini. Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-imej disusun mengikut perasaansendiri tanpa memikirkan logik.
Di peringkat sekolah rendah murid-murid sudah boleh dikategorikan berada ditahap realistik. Murid-murid menjadi semakin matang dan boleh meluahkanperasaan secara Âfactually orientedÊ. Peka terhadap keadaan dunia yang begitukompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang mereka ada.Pada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat,
bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani.
Murid menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru danakhirnya menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalampembelajaran mereka.
Sebelum murid dan guru menjalani sesi apresiasi seni dari hasil kolaj yangdibuat, guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti kolaj yang menarik.Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi,
berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati,membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan
4.3
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
13/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 67
hasil kerja tersebut. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti kolaj yang bolehdicadangkan:
CONTOH 1
TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah
OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertastisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian
ALATAN DAN BAHAN: Kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod,gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar darimajalah
ARAHAN:
1. Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolongmenolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian.
2. Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untukmendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik.
3. Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras.
4. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolajtersebut.
5.
Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan.Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untukmenghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan padapakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambarsebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonianSemasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna,tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertastersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalamkeadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam
garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj.
6. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisan-garisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster,gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dankeharmonian dalam hasil kerja tersebut.
7. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempatyang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan(apresiasi seni) secara mudah.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
14/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ68
CARA-CARA MENILAI:
1. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsepkesatuan dan keharmonian?
2.
Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkanlakaran?
3. Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa?
4. Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda gunakan dalam kolajtersebut?
5. Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertaswarna dari majalah, kertas-kertas tisu dan imej-imej yang digunakan?
6. Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj
tersebut?7. Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj
anda?
8. Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda?
9. Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut?
10. Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda?
CONTOH 2
TAJUK: Kolaj media campuran
OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan menggabungkansimbol-simbol visual, bahan-bahan terbuang/jumpa dan sebahagian dari lagu/sajak
ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran, pensel, kertas lukisan tebal, barangan jumpa atau bahan terbuang, majalah, gunting, gam, warna-warna kering, warna-warna basah dan kadbod poster
ARAHAN:
1. Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu. Perhatikan bagaimana mereka menghasilkannya.
2. Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna, fikirkan bahagian atau baris- baris penting pada lirik lagu atau sajak. Tulis lirik yang dipilih dan fikirtentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj.
3. Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian dengan lirik/barissajak yang dipilih.
4. Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
15/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 69
5. Fikirkan tentang jalinan, rupa, bentuk, saiz dan warna bahan yangdikumpul.
6. Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea keseluruhan kolaj.
Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke dalam kata-kata yang dipilih sebagai salah satu elemen penting dalam kolaj.
7. Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang dipilih untukmendapatkan gambaran keseluruhan kolaj dan jangan digam.
8. Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga anda berasa puashati tentang cara susunan bahan-bahan tersebut barulah dilekat.
9. Tambah warna, jalinan, garisan, huruf ke atas kolaj anda supaya nampaklebih menarik.
10. Buat persembahan dan kemasan dan gantung ditempat yang sesuai.
11. Jalani sessi ekspresi diri, luahan perasaan, penghargaan, pujian dankritikan seni bersama rakan dan guru.
CARA-CARA MENILAI:
1. Apakah jenis lagu atau sajak yang anda pilih untuk digunakan dalam kolajanda dan kenapa?
2. Apakah simbol visual yang anda fikirkankan dan mempunyai kaitandengan lagu atau sajak yang dipilih?
3. Terangkan bahan apakah yang anda gunakan untuk menghasilkan kolaj?
4. Adakah anda membuat lakaran sebelum menghasilkan kolaj dan memilihidea yang terbaik?
5. Kenapa anda memilih idea itu untuk dijadikan kolaj?
6. Terangkan bagaimana anda laksanakan visual, simbol dan kata-kata untukdijadikan latar?
7. Bagaimana kamu menyusun sehingga kamu berpuashati tentang susunantersebut?
8. Apakah imej atau gambar-gambar yang anda gunakan sebagai tambahan
dalam kolaj anda?9. Bagaimana kamu membuat kemasan kolaj anda?
10. Apakah asas seni reka yang anda aplikasikan dalam kolaj anda?
11. Apakah perasaan anda apabila melihat kolaj tersebut?
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
16/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ70
CONTOH 3
Lihat hasil kerja kolaj yang buat oleh pelukis berbangsa Cuba iaitu Juan Gris
(Jose Victoriano Gonzalez). Kolaj ini bertajuk Breakfast yang dihasilkan padatahun 1914.
Sumber: Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Art
fundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill
Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda denganmemberi penekanan terhadap teknik-teknik yang anda gunakandan asas seni reka.
AKTIVITI 4.3
Dalam kolaj tersebut Gris telahmenggunakan teknik potong dan tampaldengan menggunakan kertas, krayon danwarna minyak di atas kanvas. Buat satuanalisa dan kajian dari aspek garisan, warna,rupa, bentuk, jalinan dan ruang yangdigunakan dalam hasil karya tersebut.
Apakah imej atau objek yang digunakandalam kolaj ini. Bahan apakah yang banyakdigunakan dalam kolaj ini. Adakah anda
berpuashati dengan hasil karya ini?Sila kemukakan komen-komen lain selaindari apa apa yang telah dinyatakan.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
17/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 71
Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting,menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan- bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolajmempunyai kegunaannya yang tersendiri.
Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainanpada setiap kolaj yang dihasilkan.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tematerlebih dahulu.
Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaranuntuk mendapatkan idea atau tema.
Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang
berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialahmemperlihatkan kejadian sebenar.
Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan danperasaan individu.
Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-muriddengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.
Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahapmanipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.
Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari buktidan mendapatkan keseronokan.
Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimenmudah dan suka terhadap sesuatu benda.
Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
-
8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00
18/18
TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ72
Brown, M. D., & Philmetzger. (1998). Realistic collage step by step.Glenn Marcam & Joyce Dolan.
Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes.(2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia
Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.
Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book.
Brown, M. D.& Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. Glenn Marcam& Joyce Dolan.
Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Artfundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill.
Wankelman, W.F& Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark.
Rosalind Ragans, (1995). Art talk. (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.
Âfactually orientedÊ
ÂsuperimposeÊ
Autobiografi
Dadaisme
Gam gel
Gam kilat
Gam model
GessoKolaj
Komposisi
Koordinasi
Manipulatif
Realistik
Surealisme
Simbolik
Teknik ÂskrapingÊ
Teknik catan
Teknik jalinan
Teknik kertas buangan
Teknik kertas tisu
Teknik koyak
Teknik media campuranTeknik percikan
Teknik potong
Teknik span
Teknik stensil