-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
LAPORAN DAN REKOMENDASI
MASALAH KULAT DI UNIT BIOMEDIKAL
KHUSUSNYA SUB UNIT MAKMAL SITOLOGI
BAHAGIAN REPRODUKSI MANUSIA
LPPKN
IBU PEJABAT
DISEDIAKAN OLEH :
KUMPULAN JITU (KIK)
BAHAGIAN REPRODUKSI MANUSIA
LPPKN
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
ISI KANDUNGAN
1.0. PENGENALAN
2.0. LATAR BELAKANG PROJEK
3.0. OBJEKTIF PROJEK
4.0. PASUKAN KUMPULAN KIK BAHAGIAN REPRODUKSI MANUSIA
5.0. METODOLOGI
6.0. PENEMUAN
7.0. HASIL PEMERIKSAAN DAN UJIAN MAKMAL
7.1. Faktor Persekitaran
7.2. Faktor Peralatan
7.3. Faktor Material
8.0. ULASAN KESELURUHAN
9.0. KESIMPULAN
10.0. RUJUKAN
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
1.0. PENGENALAN
Unit Biomedikal Bahagian Reproduksi Manusia di tingkat 10
telah mengalami masalah kulat di beberapa bahagian dalam makmal
seperti di bahagian dinding, siling serta permukaan dinding kaca
makmal. Pertumbuhan kulat ini adalah secara perlahan-lahan dan
hanya disedari pada pertengahan tahun 2008 apabila kelihatan
tompokan berwarna coklat pucat di permukaan dinding selain
mengeluarkan bau hapak.
2.0. LATAR BELAKANG PROJEK
Unit Biomedikal merupakan unit sokongan kepada Unit Klinikal
dalam Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN. Ia berfungsi sebagai
unit yang menjalankan ujian diagnostik bagi klien yang akan
mendapatkan rawatan kesuburan, kesihatan wanita dan lelaki,
remaja serta warga emas.
Dalam projek KIK tahun 2012, Bahagian Reproduksi Manusia
telah mengambil inisiatif yang proaktif dengan memilih masalah
kulat yang dihadapi oleh Unit Biomedikal sebagai tajuk projek.
Dengan kekuatan ahli seramai 6 orang bersama seorang
fasilitator, kumpulan KIK Bahagian Reproduksi Manusia mencabar
keupayaan sendiri dengan menggembling segala sumber yang ada
bagi merealisasikan projek ini.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
3.0. OBJEKTIF PROJEK
3.1. Untuk mendapatkan satu kaedah pembersihan kulat yang
sesuai
3.2. Untuk meminimumkan pertumbuhan kulat dalam Unit
Biomedikal
3.3. Untuk memberikan rekomendasi kepada pihak pengurusan
mengenai kaedah pembersihan kulat berdasarkan hasil projek
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
4.0. PASUKAN KIK BAHAGIAN REPRODUKSI MANUSIA
a) Nily Waheeda Nekmat Pegawai Sains C 41
Unit Biomedikal
b) Norizah Mohammad@Mohd Isa Juruteknologi Makmal
Perubatan U29
Unit Biomedikal
c) Norlaila Ismail Jururawat U29Klinik Kepakaran
d) Hairani Ibrahim Juruteknologi MakmalPerubatan U29Unit Biomedikal
e) Salumah Baharin Jururawat U29Klinik Kepakaran
f) Norazura Mat Saad Pembantu Tadbir
(Perkeranian Operasi)
N17
g) Hazli Abdullah Pembantu Makmal
C17
Unit Biomedikal
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
5.0. METODOLOGI
a) Pemeriksaan secara visual dan bau
b) Mengukur suhu dan kelembapan ruang
c) Mengambil sampel calitan dan persampelan udara di ruang
yang ditumbuhi kulat
d) Membersihkan kulat di sebahagian kecil dinding
e) Membuat Penyalutan (Encapsulation) dinding
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
6.0. PENEMUAN
a) Pemeriksaan secara visual dan bau
i. Bahagian yang ditumbuhi kulatDinding gipsum Makmal Sitologi
Gambar 1
Dinding batu di Makmal Sitologi
Gambar 2
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Siling di Makmal Sitologi
Gambar 3
Dinding di laluan antara bilik loker 1 dan Makmal
Sitologi
Gambar 4
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Bilik loker 1
Gambar 5
Siling di Makmal Biokimia/Haematologi berhampiran
unit penghawa dinding
Gambar 6
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Dinding di laluan antara bilik loker 2 dan Makmal
Genetik
Gambar 7
Bilik loker 2
Gambar 8
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Bahagian bawah sinki di Makmal Genetik
Gambar 9
Peralatan di Makmal Genetik Molekular
Gambar 10
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Mikroskop di Makmal Sitologi
Gambar 11
Dinding kaca di Makmal Genetik Molekular
Gambar 12
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
b) Mengukur suhu dan kelembapan ruang Makmal Sitologi
dan Laluan koridor Makmal sebagai perbandingan
Jadual di bawah menunjukkan bacaan suhu dan kelembapan
Makmal Sitologi yang telah diambil selama 7 hari.
MAKMAL SITOLOGI
HARI
SUHUAWALPAGI(C)
HUMIDITIAWALPAGI(%)
SUHUSEMASA
(C)
HUMIDITISEMASA
(%)
Day 1 28C 70 24C 65Day 2 27C 70 24C 65Day 3 28C 70 24C 65Day 4 27C 76 24C 65Day 5 27C 70 24C 65Day 6 27C 72 24C 65Day 7 26C 72 24C 65Purata 27.1C 71.4 24C 65
LALUAN KORIDOR MAKMAL
HARI
SUHUAWALPAGI(C)
HUMIDITIAWALPAGI(%)
SUHUSEMASA
(C)
HUMIDITISEMASA
(%)
Day 1 25C 69 25C 65
Day 2 26C 69 25C 66
Day 3 25C 65 26C 62
Day 4 25C 68 25C 66Day 5 26C 68 24C 65
Day 6 24C 67 23C 65
Day 7 26C 69 24C 65Purata 25.3C 67.9 24.5C 64.8
Jadual 1
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
c) Mengambil sampel calitan dan persampelan udara di
ruang yang ditumbuhi kulat
Sampel Calitan
Gambar 13. Aktiviti mengambil sampel calitan
Gambar 14. Koloni kulat yang tumbuh
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Persampelan udara
Gambar 15. Aktiviti persampelan udara sedang dilakukan
Gambar 16. Jenis-jenis koloni kulat yang tumbuh
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Hasil persampelan udara dan sampel calitan mendapati pertumbuhan kulat
didominasi oleh kulat dari jenis :
1. Penicillium spp
2. Nonsporulating filamentous fungus
3. Yeast - like fungus
4. Symbiotic fungus - bacteria
Gambar 17. Penicillium spp dan imej di bawah mikroskop
Gambar 18. Nonsporulating filamentous fungus dan imej di
bawah mikroskop
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 19. Yeast - like fungus dan imej di bawah mikroskop
Gambar 20. Symbiotic fungusbacteria dan imej di bawah mikroskop
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
d) Membersihkan kulat di sebahagian kecil dinding
Prosedur pembersihan adalah merujuk kepada Garis Panduan
yang telah ditetapkan oleh New York Department of Health
(NYCDOH) US Environmental Protection Agency, CanadianMortage and Housing Corporation (CMHC) dan beberapa garis
panduan lain yang berkaitan.
Operasi pembersihan mengambilkira prinsip-prinsip berikut :
1. Mengelakkan pencemaran kepada ruang bersih
- Bertujuan meminimumkan pencemaran kulat secara
aerosol semasa proses pembersihan dilakukan
- Unit penghawa dingin, saluran udara masuk dan
peralatan kerja ditutup dengan plastik sebelum kerja
pembersihan dilakukan.
Gambar 21. Unit penghawa dingin ditutup dengan
plastik hitam yang tebal
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 22. Saluran udara masuk dan mikroskop ditutupdengan plastik
Gambar 23. Kawasan pembersihan telah ditutup dengan
plastik
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
2. Melindungi anggota kerja
- Kerja-kerja pembersihan dijalankan pada hari sabtu di
mana tiada anggota kerja yang lain
- Kawasan makmal dilap dengan cecair disinfektan selepas
proses pembersihan
- Kesemua PPE pakai buang dibuang ke dalam plastik
biohazad
Gambar 24. Lantai makmal dimop selepas kerja
pembersihan dilakukan
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
3. Melindungi ahli yang yang menjalankan operasi
- Satu taklimat diberikan sebelum kerja pembersihan
dilakukan bagi memastikan langkah-langkah keselamatan
diambil.
- Mengenakan Personal Protective Equipment (PPE) yang
lengkap.
- Memastikan semua anggota dalam keadaan sihat atau
tidak mengidap asma.
Gambar 25. Personal Protective Equipment (PPE)
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Aktiviti pembersihan yang dilakukan adalah seperti berikut :
Gambar 26. Dinding disembur menggunakan cecair
peluntur
Gambar 27. Tompokan kulat yang melekat pada kain
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 28. Kesan kulat pada dinding dikikis
menggunakan spatula
e) Membuat Penyalutan (Encapsulation) dinding
- Proses penyalutan (Encapsulation) bertujuan
memerangkap spora kulat yang tersembunyi dan
menghalang pembentukan koloni kulat yang baru.
- Ia dilakukan melalui 2 cara iaitu :
i) Menyapu cecair disinfektan di atas permukaan
dinding
ii) Menyapu cat anti fungus dan kalis air
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 29. Dinding dilap menggunakan cecair disinfektan
Gambar 30. Dinding dicat menggunakan cat anti fungus
dan kalis air
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
7.0. HASIL PEMERIKSAAN DAN UJIAN MAKMAL
7.1. Faktor Persekitaran
7.1.1. Suhu Makmal Sitologi agak tinggi
Penemuan :
MAKMALSITOLOGI
LALUANKORIDORMAKMAL
SUHU AWAL PAGI(C) 27 25
HUMIDITI AWAL PAGI(%) 71
68
SUHU SEMASA(C)
24 25
HUMIDITI SEMASA(%)
65 65
Jadual 2
Suhu di Makmal Sitologi pada awal pagi (selepas penghawa
dingin ditutup) adalah purata pada 27C manakala suhu
pada waktu siang iaitu pada purata 24 C. Suasana dalam
makmal agak berbahang.
Suhu di laluan koridor makmal juga dicatatkan sebagai
perbandingan. Purata bacaan adalah seperti di dalam jadual
di atas.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Ulasan :
Suhu bilik yang ideal adalah pada skala 20C - 28C.
Suhu di dalam bangunan turut dipengaruhi oleh faktor
cuaca. sinaran matahari dari luar, cuaca hujan Aktiviti
manusia di dalam bangunan juga boleh meningkatkan suhu
di dalam ruang.
Perbezaan suhu dalam julat yang agak besar di antara
waktu siang dan malam di dalam ruang yang tertutup akan
meningkatkan paras kelembapan dan menggalakkan
pertumbuhan kulat.Memandangkan suhu optimum pertumbuhan kulat adalah
sekitar 27C.- 32 C, secara umumnya suhu bilik sederhana
panas adalah medium yang sesuai untuk pertumbuhannya.
Cadangan :
Pintu Makmal Sitologi dibiarkan terbuka bagi
menggalakkan pengaliran udara dan merendahkan
kelembapan yang terkumpul.
7.1.2. Faktor kelembapan
Penemuan :
Jadual 2 menunjukkan bacaan kelembapan di Makmal
Sitologi pada awal pagi dicatatkan pada 71% dan nilai
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
tersebut turun sedikit pada bacaan kelembapan siang hari
iaitu 65%.
Kelembapan di koridor makmal disukat bagi membuat
perbandingan seperti di dalam jadual 2.
Ulasan :
Kelembapan bandingan (RH) pada 40% - 60% adalah
dianggap sihat dan selesa dalam persekitaran yang terkawal
(ASHRAE Standard55). Pertumbuhan kulat yang aktif tetapi
perlahan pada mata kasar melibatkan proses pembentukan
wap air yang agak ketara. Ini turut menyumbang kepada
kelembapan dalam ruang Makmal Sitologi yang tertutup.
Gambar 31. Koloni kulat membentuk wap air
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 32. Wap air yang terhasil di bahagianhujung hyphae kulat dilihat di bawah
mikroskop (kuasa 40x).
Bacaan suhu dan kelembapan di laluan koridor makmal
tidak mencatatkan perbezaan yang ketara di antara waktu
awal pagi dan semasa. Ruang yang terbuka membenarkan
pengaliran udara lebih aktif serta merendahkan paras
kelembapan.
Cadangan :
Pihak pengurusan bangunan perlu mempunyai
sekurang-kurangnya seunit alat penyukat
kelembapan seperti hygrometer dan bacaan
kelembapan bagi ruang berisiko hendaklah
dipantau secara secara berkala.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
7.1.3. Tempias hujan
Penemuan :
Tempias air hujan yang lebat didapati telah masuk melalui
cermin tingkap di bahagian hujung Makmal Sitologi. Air yang
bertakung membentuk lumut berwarna kehitaman di atas
dinding batu dan di antara panel tingkap berhampiran
dinding.
Gambar 33. Tempias air hujan membentuk lumut
Ulasan :
Kemasukan air dan pembentukan lumut meningkatkan
kelembapan dalam ruang makmal.
Kulat yang tumbuh adalah dari jenis lembab dan
memerlukan air
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Cadangan :
Tingkap dibaiki bagi mengelakkan air meresap masuk ke
bahagian dalam makmal.
7.2. Faktor Peralatan
7.2.1. Ventilator rosak
Penemuan :
1 unit ventilator yang terdapat di ruang lobi makmal didapatirosak.
Gambar 34. Unit ventilator yang ditandakan rosak
Ulasan :
Ventilator adalah penting bagi memastikan aktiviti
pertukaran udara dalam ruang bilik adalah mencukupi. Ini
untuk mengelakkan kelembapan berkumpul dalam ruang
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
bilik dan menjadi medium yang sesuai bagi pertumbuhan
kulat.
Cadangan :
Ventilator tersebut dibaiki dan penggunaannya
dioptimumkan apabila aktiviti dalam makmal
melibatkan penggunaan bahan kimia dan
menghasilkan haba.
7.2.2. Air-Purifier rosak
Penemuan :
Lampu sinar uv yang terdapat pada satu unit air-purifier di
dalam Makmal Sitologi didapati telah terbakar dan tidak
dapat berfungsi. Ia telah menyebabkan alat tersebut
ditumbuhi kulat.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 35. Air-purifier tidak menyala walaupun suis telah
dihidupkan
Gambar 36. Kulat tumbuh pada lampu uv yang terbakar
Ulasan :
Air-purifier di Makmal Sitologi menggunakan sinar ultraviolet
bertindak sebagai penulen udara yang tercemar oleh bahan
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
allergen seperti habuk, spora, asap dan lain-lain. Ia amat
membantu terutamanya kepada individu yang mengalami
alahan dan penghidap asma yang sensitif.
Cadangan :
Air-purifier dibaiki dan ia perlu dipasang sentiasa.
7.2.3. Penggunaan Automatic drain device
Penemuan :
Unit penghawa dingin yang terdapat di dalam Bilik Diskusi
tidak mempunyai outlet untuk mengalirkan air ke dalam
sinki, sebaliknya menggunakan sejenis alat yang dinamakan
automatic drain device. Alat tersebut dilekatkan di dinding
Makmal Sitologi berfungsi menyerap air yang dikeluarkan
oleh penghawa dingin melalui span yang terdapat padanya.
Span tersebut berada dalam keadaan terbuka dan terdedah
kepada udara.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 37. Automatic drain device yang dilekatkan pada
dinding Makmal Sitologi
Gambar 38. Span menyerap outlet air dalam posisi
terbuka
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Ulasan :
Penggunaan Automatic drain device menyumbang kepada
peningkatan tahap kelembapan terutamanya di atas
permukaan dinding di sekitar alat tersebut. Kelembapan
meningkat melalui aktiviti penyejatan apabila suhu dalam
ruang pada waktu malam meningkat.
Cadangan :
Kadar penggunaan penghawa dingin di Bilik Diskusi
dikurangkan dan dipasang pada suhu tidak terlalurendah.
7.3. Faktor Material
7.3.1. Cat kurang sesuai
Penemuan :
Koloni kulat didapati tumbuh di atas permukaan cat dan
memenuhi sebahagian besar dinding Makmal Sitologi.
Warna cat luntur apabila dinding dilap menggunakan cecair
disinfektan.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 39. Koloni kulat yang memenuhi dinding
Gambar 40. Cebisan dinding gipsum yang dikulturmenunjukkan tiada pertumbuhan kulat terhasil
Gypsum material on Sab agar
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Ulasan :
Kandungan bahan organik yang terdapat di dalam cat
menjadi sumber substrat kepada pembiakan kulat.
Keupayaan kulat membentuk koloni di atas permukaan
dinding menunjukkan kemungkinan cat tersebut
kurang sesuai digunakan.
Hasil ujian makmal mendapati, kulat hanya tumbuh di
atas permukaan cat dan tidak menembusi lapisan
dinding gipsum.
Cadangan :
Pemilihan cat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
i) Polyurethane (P.U) Paint
ii) Acrylic/latex based
ii) Anti-fungus
ii) Kalis air
iv) Permukaan boleh dicuci
Aktiviti mengecat semula boleh dimulakan dengan
undercoat terlebih dahulu. Pemilihan undercoat
perlu mengambil kira ciri-ciri berikut :
i) Alkali & moisture res is tant undercoat
ii) Sebaik-baiknya menggunakan oil-based
undercoat kerana daya kelekatan pada
permukaan adalah lebih baik
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
ii) Elakkan menggunakan water-based emulsion
kerana cat boleh tertanggal dari permukaan
dinding sekiranya terdapat kelembapan tinggi.
7.3.2. Struktur siling yang tidak kemas
Penemuan :
Gambar 41. Terdapat beberapa bukaan/lubang pada
siling di laluan dalam makmal yang tidak
diketahui fungsinya. Hasil pemeriksaan
mendapati dinding di bawah bukaan
tersebut telah ditumbuhi kulat.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 42. Beberapa liang/lubang tebukan didapati
di bahagian siling yang tidak ditutup
semula selepas kerja dilakukan.
Gambar 43. Struktur siling tidak dipasang kemas
telah ditumbuhi kulat
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar 44. Saluran ekzos ventilator yang berfungsi
untuk menyedut udara dari dalam
ruang makmal telah ditutup oleh
struktur dinding.
Gambar 45. Wujud kesan lembapan / kebasahan
pada bahagian siling Makmal Sitologi
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Ulasan :
Liang terbuka di bahagian siling akan menyebabkan
udara masuk dari ruang atas siling ke ruang dalam
makmal. Udara tersebut mungkin membawa udara
tercemar kerana ruang di atas mengandungi pelbagai
saluran seperti saluran paip, penghawa dingin dan
sebagainya. Udara tercemar mengandungi spora kulat
berkemungkinan menyumbang ke arah pertumbuhan
kulat di bahagian dinding berhampiran.
Saluran ekzos yang tertutup mengganggu prosessedutan udara secara optimum.
Tanda kebasahan mungkin terdapat kebocoran. Ia
boleh menggalakkan pembentukan kulat.
Cadangan :
Struktur yang tidak kemas dibaiki
Membuat pemeriksaan di bahagian atas ruang
siling sekiranya terdapat lubang udara yang
membenarkan udara keluar masuk
Pemeriksaan terperinci dilakukan bagi mengesan
sekiranya terdapat kebocoran di semua bahagian
Elakkan membuka tingkap yang membolehkan
udara luar masuk ke dalam ruang makmal
Pemantauan secara berkala oleh pengguna dan
pegawai bertanggungjawab ke atas operasi ekzos
ventilator
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
8.0. ULASAN KESELURUHAN
Secara keseluruhan, hasil kajian literatur, ujian makmal dan
aktiviti kerja Kumpulan Inovatif Kreatif Bahagian Reproduktif
Manusia (Jitu) mendapati :
a) Dinding gipsum yang ditumbuhi kulat di Makmal Sitologi tidak
perlu diganti sebaliknya boleh dirawat melalui beberapa
langkah seperti berikut :
i) Kulat dibersihkan menggunakan tuala/kain kecil yang
dicelup dengan cecair peluntur (pencairan pada nisbah1:1). Perlu diingat, JANGAN mencampurkan cecair
peluntur dengan sebarang bahan pencuci lain kerana
dikhuatiri akan menghasilkan gas klorin. Proses mengelap
perlu menggunakan satu permukaan sekali sahaja. Proses
seterusnya perlu menggunakan permukaan tuala yang
baru
ii) Kesan kulat yang masih ada perlu dikikis menggunakan
kertas pasir
iii) Keseluruhan permukaan dinding yang telah dibersihkan
perlu dilap menggunakan cecair disinfektan Surfanios dan
dibiarkan kering sempurna
iv) Dinding yang kering boleh disapu undercoat (secara
pilihan) dan ia sebaik-baiknya mempunyai ciri-ciri seperti
yang dinyatakan dalam perkara 7.3.1.
v) Dinding dicat menggunakan cat seperti yang dicadangkan
dalam perkara 7.3.1.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
A B
Gambar A : Tiada pertumbuhan kulat didapati daripada
sampel calitan dinding yang disapu dengan disinfektan
surfanios
Gambar B: Koloni kulat tumbuh daripada sampel calitan
dinding yang tidak disapu disinfektan
C D
Gambar C : Tiada pertumbuhan kulat didapati di atas
sampel dinding yang telah dirawat dengan disinfektan
dan dicat menggunakan cat antifungus
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Gambar D: Kulat didapati tumbuh di atas sampel dinding
yang disapu cat antifungus tetapi tidak dirawat
menggunakan disinfektan
b) Siling yang ditumbuhi kulat sehingga bertukar warna menjadi
coklat dan menjejaskan strukturnya sehingga menjadi lembut
dan rapuh perlu ditukar.
c) Pemeriksaan secara berkala bagi mengesan kebocoran yang
tidak kelihatan terutamanya di kawasan yang tidak dapat dilihatdengan mata kasar. Ini kerana faktor kelembapan adalah
penyumbang kepada pertumbuhan kulat secara pantas.
d) Pemeriksaan kualiti udara dilakukan sekurang-kurangnya sekali
setahun bagi memastikan kualiti udara dalam bangunan berada
dalam julat toleran yang sesuai dan sihat.
Jenis kulat yang tumbuh adalah dipengaruhi oleh faktor seperti air,
sumber makanan, udara dan cahaya. Penelitian terhadap ciri-ciri
ini boleh membantu kerja pengesanan sumber air yang tidak
kelihatan.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
9.0. KESIMPULAN
Kulat merupakan sejenis organisma mikro yang pertumbuhannya
adalah perlahan. Ciri ini menjelaskan mengapa lazimnya
kehadiran kulat kurang disedari. Pembiakan kulat adalah melalui
spora yang tersebar dalam partikel udara atau melalui vektor
pembawa seperti manusia, material binaan dan aktiviti manusia
sendiri. Walaupun ia dikategorikan sebagai mikroorganisma, tetapi
impak kulat terhadap kualiti udara persekitaran amat besar.
Jabatan Kesihatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian SumberManusia dalam Garis Panduan Hazard, Penaksiran Risiko dan
Kawalan Risiko (HIRARC-2008) menyatakan hazad
biologi/mikrobiologi terdiri daripada kulat, bakteria, parasit atau
produk tisu/ bendalir manusia / haiwan. Oleh yang demikian, kulat
ternyata boleh menjejaskan kesihatan manusia dan persekitaran.
Walaupun tahap toleran individu terhadap alahan yang
disebabkan oleh kulat adalah berbeza-beza, namun begitu. ia
berpotensi mencetuskan simptom yang signifikan terutamanya
kepada, individu yang mengidap asma dan alahan saluran atas
respiratori.
Pemeliharaan dan pengurusan kualiti udara dalam bangunan
adalah menjadi tanggungjawab bersama meliputi pereka bentuk,
kontraktor, pengeluar, pengurusan fasiliti dan anggota kerja.
Perancangan yang baik dapat menjamin kualiti udara yang sihat
dan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif justeru
produktiviti dapat dipertingkatkan.
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
Disediakan oleh : ___________________
Nily Waheeda Nekmat
Pegawai Sains C41
Fasilitator KIK BRM
Disemak oleh : ___________________
Dr Azizuddin Mohd Yussof
Ketua Subunit Saringan Kesihatan Reproduktif
Unit Biomedikal
Disahkan oleh : ___________________
Dr Rosliah Harun
Pemangku PengarahBahagian Reproduksi Manusia
-
5/28/2018 Copy of Laporan Masalah Kulat Unit Biomedikal 2012
10.0. RUJUKAN
Chrystal Palaty. Mould Remediation in Indoor Environments
Review of Guidelines & Evidence. Metaphase Health
Research Consulting, Inc 2010.
Menetrez MY et al. Mold Growth on Gypsum Wallboard A
Summary of Three Technique. J Environ Health. 2009. Jul-
Aug; 72 (1): 24-8.
Dr Abdul Majid Ismail. Isu-Isu Seni Bina Tropika :
Pengabaian Aspek Rekabentuk Berteraskan Iklim PuncaKepada Masalah Peningkatan Suhu dalam Bangunan yang
Keterlaluan. Universiti Malaysia
Jawatankuasa Standard dan Kos. Garis Panduan dan
Peraturan bagi Perancangan Bangunan. Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Edisi 2008.
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Garis Panduan bagi
Mencegah Pembentukan Kulat di dalam Bangunan. Ibu
Pejabat JKR Malaysia
Rusnani omar. Kualiti Udara Dalaman dan Hubungkait
dengan Kesihatan. Unit Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis. Sep 2010.