experiment 3 sains 1 pismp
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
1/7
Praktikal 3 : Pemerhatian sel haiwan : sel pipi dan sel tumbuhan :sel epidermal
Objektif : untuk menyediakan slid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan
teknik yang betul.
Teori :
Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam system yang besar dansetiap
unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada system kehidupan
Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel. Dalam hierarki organisasi biologi,
sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan organisme
kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel; badan merekamempunyai
sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun mereka
disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap organisme
yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel.
Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah
sangatkecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah
penciptaan mikroskop pada tahun 1590.Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan
mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannyaadalahdengan menggunkan mikroskop elektron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua
organisme.Sel terdiri daripada komponenyang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan
nuklues) yang diselaputi membrane plasma.Kandungan sel yang terdapat di dalam
nuklues disebut sebagai nukleo plasma manakala yang terdapat di luar nukleus disebut
sebagai sitoplasma. Membran plasma alah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma.
Sel terbahagi kepada dua iaitu seltumbuhan dan sel haiwan.Sel tumbuhan
diselaputi lapisan selulosa yang kuat,iaitudinding sel di bahagian luar membrane
plasma. Di dalam sitoplasma sel, terdapatbeberapa jenis organel. Organel ialah struktur
halus sel yang melakukan suatu fungsiyang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues,
mitokondrian, kloroplas,vakuol,ribosom,jasad Golgi dan jalinan endoplasma.
Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila
dilihat menerusi mikroskop elektron.Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel.
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
2/7
Mereka mempunyai sifatstruktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di
antara sel haiwan dansel tumbuhan. Apabila dilihat di bawah mikroskop cahaya, sel
haiwan yang tipikalmempunyai protoplasma yang diliputi oleh membrane plasma.
Protoplasma terdiri daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma. Sel haiwan
tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan.Nuklues berfungsi sebagai
pusat kawalan aktiviti kepada sel. Di dalam sel haiwan terdapat lysosome, centrosome
dengan centriol yang tidak ada pada sel tumbuhan dikelilingi oleh sel dinding di luar
membrane plasma. Sel dinding tumbuhan dibuat daripada fibre selulosa yang tidak
larut. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel dinding.
Sel yang terdapat dalam sel tumbuhan yang tidak terdapat dalam sel haiwan
ialah kloroplas, vakuol ,sel dinding danplasmodemata.Setiap organel di dalam sel perlu
menjalankan fungsi masing-masing dengansempurna supaya sel dapat berfungsi pada
tahap optimum
Masalah : Apakah struktur sel haiwan dan sel tumbuhan yang kelihatan di bawah
mikroskopcahaya?
Hipotesis sel haiwan :
Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membrane
plasma, sitoplasma dan nuklues.
Hipotesis sel tumbuhan :
Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding
sel, membrane plasma, nuklues, sitoplasma dan vakuol
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
3/7
Bahan dan radas :
Mikroskop
Slid mikroskop
Coverslip
Penitis
Forcep
Gunting tang
Pencungkil gigi
Methylene biru
Larutan iodine
Bawang
Pemboleh ubah :
Manipulasi : jenis sel yang digunakan
Bergerak balas : struktur sel
Malar : jenis reagen yang digunakan untuk sel
Prosedur :
Pemerhatian sel pipi.
1. Mulut dikumur terlebih dahulu dengan air.
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
4/7
2. Lapisan tipis sel-sel bahagian dalam pipi dikikis dengan menggunakan
pencungkil gigi.
3. Kikisan sel tadi dititiskan dengan satu titisan larutan methylene biru di atas slid.
4. Coverslip diturunkan perlahan-lahan menutupi slid tersebut.
5. Specimen diperhatikan dibawah lensa objektif kekuatan tinggi dan kemudian
diikuti dengan lensa objektif kekuatan tinggi.
6. Sel pipi dan setiap bahagian sel dilukis dan dilabel : nukleus, bahan kromatin, sel
membrane dan sitoplasma.
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan sel pipi anda sendiri, anda boleh
menggunakan sel kulit mati. Lekatkan satu bahagian kecil pita pelekat di atas tangan
anda, kemudian cabut tampalan tersebut dan lekatkan pada slid. Hal ini akan
menunjukkan saiz dan bentuk sel tersebut tetapi anda tidak akan dapat melihat
komponen dalamannya.
Pemerhatian sel epidermal.
1. Lapisan luar bawang dikupas menggunakan forcep.
2. Lapisan tersebut dipotong menjadi bahagian kecil dan kemudian dititiskan
dengan setitis larutan iodine diatas satu slid.
3. Coverslip diturunkan perlahan-lahan menutupi slid tersebut.
4. Specimen diperhatikan dibawah lensa objektif kekuatan tinggi dan kemudian
diikuti dengan lensa objektif kekuatan tinggi.
5. Sel epidermal bawang dan setiap bahagian sel dilukis dan dilabelkan : nukleus,
bahan kromatin, sel membrane, sel dinding, sitoplasma dan vakuol.
6. Untuk melihat sel tumbuhan bersama kloroplas, anda harus melihat pada moss
daun-daun dengan cara yang sama. Mereka hanyalah satu sel tebal.
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
5/7
Keputusan :
Lukisan dan pelabelan :
Perbincangan :
Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian
sebelahpipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi
yangtumpul.Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke
atassel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang
berlainan.Padapembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia
dapat dilihat tetapitidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada
pembesaran 100 yanglebih jelas kelihatan.Pada pemerhatian kami, sel pipi manusia
tidak mempunyai bentukyang tetap.Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia
mewarnakan sitoplasmadan nuklues pipi menjadi biru.Di bawah mikroskop cahaya,
struktur sel pipi yangkelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues
Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis
bawangtelah digunakan.Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel
epidermisbawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis
bawang yangdilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan.Sel tumbuhan
mempunyaibentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
6/7
perang.Selbawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak
menjadi biruhitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang.Struktur yang
boleh dilihat dibawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues
dan sitoplasma.Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah
gelembungudara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan
mengganggusel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk
mengelakkandaripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup
adalah dengan mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel
yangtajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan.Larutan iodine adalah pewarna
umumyang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna
umumyang digunakan oleh sel manusia dan haiwan.
Kesimpulan :
Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada
membranplasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel ,membranplasma ,nuklues dan sitoplasma
Soalan :
1. Namakan jenis sel yang meliputi sel dalaman pipi.
sel epithelial.
2. Mengapakah sel epidermal bawang tidak mempunyai kloroplas?
Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas kerana bawang
tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang berfungsi sebagai penyimpan
makanan dengan itu kloroplas tidak diperukan oleh bawang .
-
8/7/2019 experiment 3 sains 1 pismp
7/7
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel animal dan tumbuhan.
Persamaan = mempunyai nucleus, sitoplasma, membrane plasma, jasad Golgi,
mitokondria, jalinan endoplasma.
Perbezaan =
sel haiwan perbezaan sel tumbuhan
bentuk sel tidak tetap bentuk bentuk sel tetap
tidak ada dinding sel ada
tiada kloroplas ada
tiada, jika ada, saiznya kecil vakuol ada, bersaiz besar
dalam bentuk glikogen granul simpanan dalam bentuk kanji
ada sentriol tiada
4. Mengapakah nukleus dipanggilpusat kontrol sel?
Nukleus dipanggil sebagai pusat kawalan kepada sel kerana di dalam nucleus
terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi.
Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di
dalam DNA terdapat genetic kod .
5. Apakah tisu? Apakah perkataan yang membawa makna sekumpulan tisu
melakukan satu kerja sahaja?
Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan
dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk
melaksanakan satu fungsi khusuh. Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu
kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu yang boleh menjalankan fungsi yang
khusus dengan lebih cekap berbanding dengan satu sel sahaja .
6. Bilakah sel dijumpai dan siapakah yang menjumpai sel?
Sel dijumpai pada tahun 1665 oleh Robert Hooke. Beliau telah menemui dinding
sel ketika melihat sel mati pada dahan pokok oak menerusi mikroskop.