fenomena tabarruj masa kini dalam … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk...

15
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace 30 November 01 December 2016 Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/ 1 FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM KALANGAN WANITA MUSLIMAH Sarimah binti Nordin [email protected] DR. Sulaiman Shakib bin Mohd Noor (Penyelia Utama) [email protected] DR. Mohd Al'Ikhsan bin Ghazali (Penyelia Bersama) [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau fenomena Tabarruj dalam kalangan wanita Muslimah di daerah Sabak Bernam. Selain itu, penulis ingin mengutarakan kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita dalam berpakaian. Seterusnya dapat mengetengahkan etika berpakaian bagi seorang muslimah dan cara tabarruj yang dibenarkan dalam Islam. Ini kerana manusia menggunakan pakaian untuk mengelakkan diri daripada kesejukan, kepanasan dan untuk menutup aurat, tetapi pada zaman sekarang apa yang kita pakai sebenarnya dipengaruhi keinginan untuk kita berhias diri dan berdandan. Fesyen dalam Islam menetapkan keharusan melalui dalil al-Quran yang tidak mengharamkan perkara baru di dalam hal muamalah tetapi menjadi haram apabila berlebih-lebihan pada penampilan sehingga menampakkan susuk badan apatah lagi dipertonton dalam khalayak lelaki yang bukan mahram. Semoga kajian ini memberi panduan para wanita muslimah bagi tujuan meningkatkan keimanan dan memberi panduan menjadi muslimah sejati. Penutupan aurat secara sempurna amat penting demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pengenalan Menurut Kamus al-Miftah (2008, hlm 405) tabarruj bermaksud menghias diri. Tabarruj ialah perkataan Bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Dalam Islam, konsep tabarruj memberi makna memperagakan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanita yang mana peragaan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat. Ataupun bermaksud seseorang wanita yang mendedahkan perhiasan dirinya (mendedahkan kecantikan).

Upload: lyngoc

Post on 22-May-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

1

FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM KALANGAN WANITA MUSLIMAH

Sarimah binti Nordin

[email protected]

DR. Sulaiman Shakib bin Mohd Noor (Penyelia Utama)

[email protected]

DR. Mohd Al'Ikhsan bin Ghazali (Penyelia Bersama)

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau fenomena Tabarruj dalam kalangan wanita Muslimah di

daerah Sabak Bernam. Selain itu, penulis ingin mengutarakan kesilapan yang sering dilakukan

oleh wanita dalam berpakaian. Seterusnya dapat mengetengahkan etika berpakaian bagi

seorang muslimah dan cara tabarruj yang dibenarkan dalam Islam. Ini kerana manusia

menggunakan pakaian untuk mengelakkan diri daripada kesejukan, kepanasan dan untuk

menutup aurat, tetapi pada zaman sekarang apa yang kita pakai sebenarnya dipengaruhi

keinginan untuk kita berhias diri dan berdandan. Fesyen dalam Islam menetapkan keharusan

melalui dalil al-Quran yang tidak mengharamkan perkara baru di dalam hal muamalah tetapi

menjadi haram apabila berlebih-lebihan pada penampilan sehingga menampakkan susuk badan

apatah lagi dipertonton dalam khalayak lelaki yang bukan mahram. Semoga kajian ini memberi

panduan para wanita muslimah bagi tujuan meningkatkan keimanan dan memberi panduan

menjadi muslimah sejati. Penutupan aurat secara sempurna amat penting demi kebahagiaan di

dunia dan akhirat.

Pengenalan

Menurut Kamus al-Miftah (2008, hlm 405) tabarruj bermaksud menghias diri. Tabarruj ialah

perkataan Bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Dalam Islam, konsep tabarruj

memberi makna memperagakan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanita yang mana

peragaan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat. Ataupun bermaksud

seseorang wanita yang mendedahkan perhiasan dirinya (mendedahkan kecantikan).

Page 2: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

2

Sebagaimana ayat ke 33 Surah al-Ahzab yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias dan

bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah dahulu..”

Menurut Ibnu Kathir mengulas ayat ini dengan pendapat bahawa tabarruj wanita

bermakna wanita yang meletakkan penutup (kain selendang) di atas kepalanya dan tidak

mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai di

lehernya. Manakala Abu Ubaidah berpendapat, tabarruj bermaksud seorang wanita

menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah melihatnya (Ibid).

Sementara Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi menerangkan sebahagian perempuan Jahiliyah apabila

keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan

rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina.

(Fatimah Omar, 2013).

Walau bagaimanapun, menurut Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi (2013) dalam bukunya

Wanita Dambaan Syurga, wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Hakikat naluri dan diri

wanita itu sendiri adalah merupakan perhiasan. Lantaran itu, keinginan fitrah ini sama sekali

tidak pernah dihalang dalam Islam. Namun, perhiasan dan fesyen perlu menepati kehendak

syarak dan syariat Islam.

Kesimpulan daripada definisi-definisi di atas, Tabarruj bermaksud perbuatan seseorang

wanita yang mendedahkan dan mempamerkan sebahagian tubuh, kecantikan dan perhiasan

mereka secara berlebih-lebihan kepada tontonan umum. Perbuatan ini amat dilarang dalam

Islam. Sesungguhnya wanita perlu menjaga kehormatan dirinya sepertimana sebuah hadis yang

diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi yang

bermaksud:“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang

solehah”(Sohih Muslim: 1417H:1467)

Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa wanita memang tidak dapat dipisahkan

daripada perhiasan, tetapi sebaik-baik wanita solehah ialah wanita yang menjaga kehormatan

dirinya.

Fenomena tabarruj dalam kalangan wanita muslimah masa kini

Menurut Kamus Dewan (2005), fenomena membawa maksud sesuatu kenyataan atau kejadian

yang dapat diperhatikan. Fenomena tabarruj juga sering dikaitkan dengan perkembangan

fesyen. Fesyen bermaksud gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain (terutamanya

yang terbaru) yang menjadi kegemaran ramai.

Page 3: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

3

Menurut Al-Dzahabi (2011), fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut

peredaran zaman. Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu

tempat. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa fesyen menurut keadaan sosial masa kini

ialah dengan cara kita berpakaian ketika berada dalam golongan masyarakat.

Justeru, fesyen tabarruj masa kini terdiri daripada pelbagai jenis dan kategori. Ianya

bukan hanya fesyen dari segi pakaian tetapi juga dari segi dandanan rambut, kasut, beg,

aksesori dan sebagainya. Pada dasarnya manusia memilih pakaian untuk mengelakkan diri

daripada kesejukan dan kepanasan, menutup aurat, tetapi pada zaman sekarang apa yang kita

pakai sebenarnya dipengaruhi keinginan untuk kita berhias diri dan berdandan. Dahulu fesyen

hanya sebagai keperluan tetapi pada masa kini ia merupakan kehendak keperluan manusia.

Seseorang yang mempunyai citarasa yang tinggi dalam pemilihan fesyen adalah mereka yang

mempunyai kehendak yang tinggi dan mewah.

Menurut Suraya Daud (2013) di dalam tulisannya Fesyen Tepat Syariah lebih jimat?

dalam Majalah Anis bilangan 194, menyimpulkan bahawa pakaian yang betul-betul tepat

syariat itu sebenarnya sangat menjimatkan belanja. Sebagai contoh, jika dibandingkan dengan

baju dan tudung yang nipis-nipis, ekstra lembut, corak fancy colourful berbunga-bunga, sarat

hiasan manik eksklusif, fabrik yang melekat pada tubuh dengan potongan fesyen terkini dalam

pasaran itu semuanya tidak murah. Harganya adalah berlipat kali ganda tinggi daripada jenis

pakaian yang tepat syariat. Walau bagaimana pun, kebanyakan wanita tetap membelinya tanpa

rasa bersalah dengan alasan pakaian tersebut cantik, nampak moden dan selesa digayakan.

Walau pun mahal, ia dianggap berbaloi untuk dibeli. Lebih-lebih lagi wanita berkerjaya

sekarang ini mampu membeli pakaian mahal dan berjenama.

Tambahan pula, terkini dalam industri fesyen telah mendedahkan satu bentuk fesyen

berpakaian yang dilabelkan sebagai fesyen Muslimah, iaitu fesyen berpakaian yang sesuai

dengan wanita Islam. Namun begitu, lambakan rekaan fesyen seperti ini dikatakan telah

menimbulkan kekeliruan bagi sebahagian besar golongan wanita Islam mengenai tuntutan

berpakaian mengikut syariat Islam. (Ibid)

Namun persoalannya, adakah bentuk fesyen Muslimah yang mengikut tuntutan syariat?

Sejauh manakah fesyen Muslimah sedia ada dalam industri ini memenuhi piawaian syariat

Islam? Adakah sikap sebegini seiringan dengan usaha untuk menjadi seseorang yang tinggi

takwa di sisi Allah swt?. Ini kerana ada banyak panduan agama yang tujuannya untuk

memastikan kaum wanita tidak terjebak dalam dosa sewaktu ingin tampil cantik dan bergaya.

Antaranya adalah larangan agar tidak membazir, tidak tabarruj, tidak membuka aurat, serta

tidak bergaya semata-mata ingin mendapat pujian orang ramai( pakaian syuhrah). (Ibid)

Setiap wanita Islam wajib menutup auratnya iaitu seluruh bahagian badannya yang boleh

membawa fitnah termasuklah perhiasannya. Menurut Dr Yusof Qardhawi (2011) yang

dimaksudkan perhiasan perempuan iaitu apa sahaja yang dipakai berhias untuk

Page 4: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

4

mempercantikkan tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh,

atau pun buatan seperti pakaian, perhiasan, solekan dan sebagainya. Menurutnya lagi, solekan

dan ‘cat-cat’ yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang seperti gincu,

bedak merah di pipi dan pewarna kuku dikategorikan sebagai berlebih-lebihan yang sangat

tidak baik. Yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Ini kerana perempuan-perempuan

sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian lelaki. Jadi jelas

hukumnya adalah haram.

Namun begitu, pada masa kini pelbagai gaya tudung dipakai. Senario seperti tudung yang

kadangkala tidak lengkap dipakai, memakai tudung tapi masih nampak batang leher,

menampakkan dada, memakai tudung tetapi pada masa yang sama memakai kain belah di

bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai warna dan pelbagai gaya

tudung dipakai kerana pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita

Islam kini. Selain itu, terdapat juga golongan wanita yang bergaya dengan sanggul yang

sengaja ditinggikan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian. Bahkan sanggul tiruan kini,

turut mendapat permintaan yang tinggi di luar sana. (Ibid).

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya.

Sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang digunakan

untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi

hakikatnya telanjang. Mereka berjalan melenggang-lenggok, kepala mereka

seperti tengkuk unta yang gila. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak boleh

mencium baunya…” (Sohih Muslim. 1417H:2004)

Dr Yusof Qardawi mengulas hadis di atas dalam “al-Halal wa al-haram fi al-Islam”,

bonggol unta adalah tulang tinggi di tengkuknya. Diserupakan wanita dengan bonggol unta itu,

kerana ditinggikan rambutnya ke atas kepala. (Majalah al-Ustaz, 2013 isu no 15, hlm 107)

Menurut Suraya Daud (2013) lagi, antara ciri pakaian yang tidak tepat syariat ialah

pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang nipis, licin, jarang dan sarat hiasan, ropol, lapisan

bertingkat-tingkat dan berwarna-warni. Sulaman mewah dan hiasan aksesori besar lebih

menjadikan tudung pusat perhatian mata memandang. Tudung kebanyakannya singkat dan

bersaiz kecil. Terdapat juga fesyen tudung turban yang menampakkan bahagian leher dan

pangkal dada. Pakaian dan perhiasan yang tidak tepat syariat ini juga kebanyakannya lebih

mahal (Majalah Anis isu no 194).

Menurutnya lagi, berbeza dengan pakaian yang tepat syariat lebih murah, fabrik yang

digunakan sederhana tebal, tidak terlalu licin dan kurang hiasan ketara padanya. Pilihan warna

tidak terlalu menonjol apabila dipakai dan nampak lebih sopan dipandang orang lain. Hiasan

aksesori minimum yang hampir tidak kelihatan. Tudung labuh selesa menutup bahagian depan

Page 5: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

5

dan belakang badan. Pakaian yang menepati syariat tidak melekap pada badan, longgar dan

menutup aurat dengan sempurna. Sangat praktikal digunakan sebagai pakaian harian dan siap

sedia digunakan untuk solat tanpa perlu bertelekung. (Ibid)

Seharusnya, pakaian yang dipakai oleh wanita disyaratkan tidak melebihi objektif

perhiasan, tetapi lebih mengutamakan objektif syariat iaitu menjaga aurat. Hal ini disebabkan

pakaian pada prinsipnya adalah untuk menutup anggota badan supaya pandangan orang tidak

tertumpu kepadanya. Justeru, apabila pakaian perhiasan adalah secara keterlaluan dengan

pelbagai aksesori perhiasan sehingga menarik perhatian orang, maka hilanglah fungsi sebenar

pakaian. Apabila objektif pakaian itu ialah berhias, maka hukum memakainya ketika keluar

rumah adalah ditegah. (Ibid)

Sementara Norliza Ahmad (2008) dalam tulisannya menyebutkan terdapat sebahagian

wanita memakai pakaian menutup aurat kerana dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Misalnya

memakai pakaian yang sopan disebabkan sesuatu peraturan atau tradisi di tempat kerja tetapi

bukan kerana tuntutan Syara’. Menutup aurat untuk kelihatan cantik dan juga mengikut

perkembangan fesyen terkini. Selain daripada persekitaran, pengaruh media elektronik dan

media cetak juga memberi pengaruh kepada generasi muda masa kini terutamanya untuk

mencuba fesyen-fesyen yang up to date.

Justeru itu, Yusof al-Qardawi (2011), menyenaraikan beberapa peringatan dalam etika

berhias bagi wanita, antaranya ialah dibolehkan membuka wajah (menampakkan rupa paras),

tidak dimaksudkan agar wanita menghiasnya dengan bermacam-macam bedak dan solekan

yang berwarna-warni. Begitu juga dengan tangan yang dibenar diperlihatkan, tidak

dimaksudkan agar mereka memanjangkan kukunya dan mengecatnya. Tetapi hendaklah wanita

itu keluar dengan sopan, tidak bersolek dan bermake-up berwarna warni, dan tidak tabarruj

yakni menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang

dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu

Abbas dan yang lainnya iaitu celak di mata dan cincin di jari.

Berkaitan dengan isu wanita yang gemar berhias dengan mencukur bulu kening, kaum

wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah mereka,

kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan

wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Kening turut

menambahkan lagi pesona keindahan dan kecantikannya dan keindahannya. (Fatimah Hj

Omar, 2013)

Para ulama secara umum bersepakat bahawa mencukur kening untuk mencantikkan

wajah itu hukumnya haram. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah yang membahaskan hal

tersebut:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud, baginda bersabda:

Page 6: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

6

والمتفلجات للحسن المغيرات خلق هللالعن هللا الواشمات والمستوشمات والمتنمصات

“Allah melaknat orang yang bertatu serta orang yang meminta untuk ditatu,

serta orang yang mencukur kening dan orang yang meruncingkan gigi untuk

mencantikkan dirinya, yang semua itu mengubah ciptaan Allah” (Bukhari no

5948, Muslim no 2125, Abu Daud no 4169 dan Al-Tirmidzi no 2782)

Ulama Fiqh berbeza pendapat tentang maksud mencukur kening yang diharamkan.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa mencukur kening yang diharamkan adalah yang biasa

dilakukan oleh wanita untuk berhias dan mencantikkan diri di hadapan ajnabi (selain

mahramnya), dan yang dilakukan bukan kerana suatu keperluan atau keadaan darurat. Adapun

wanita yang melakukannya kerana bertujuan mencantikkan diri di hadapan suaminya, maka

tidak diharamkan. Sehingga apabila ada bulu di wajahnya yang membuat suaminya tidak suka,

dia boleh bahkan dianjurkan untuk menghilangkannya. (Fatimah Hj Omar, 2013)

Mazhab Maliki berpendapat bahawa mencukur kening yang diharamkan ialah mencabut

bulu kening, sebab ada unsur mengubah ciptaan Allah SWT. Oleh itu, wanita tidak boleh

mencabut bulu di mukanya dengan alat pencabut.

Mazhab Syafi’i berpendapat bahawa mencukur kening yang diharamkan adalah mencukur dua

kening untuk menipiskannya, hingga nampak melengkung seperti pelangi atau bulan sabit

dengan tujuan memperindahkan dan mencantikkan diri yang dilakukan tanpa keizinan suami.

Berdasarkan pendapat itu, seorang isteri yang melakukannya atas izin suami adalah dibolehkan.

Adapun memperindahkan bulu kening dengan mencukur sebahagiannya kerana panjang,

menurut Mazhab Syafi’i tidak mengapa. Namun Imam an-Nawawi mengatakan makruh dan

beliau menegaskan bahawa perbuatan ini patut dibenci kerana ada unsur mengubah ciptaan

Allah dan tidak ada satu dalil pun yang membolehkannya. (Ibid)

Maka, apabila seorang wanita berlebih-lebihan dalam mencukur dua kening untuk

mencantikkan diri, hal ini adalah merupakan perbuatan yang dilarang.

Kesalahan wanita dalam fenomena tabarruj masa kini

Pada masa kini kita dapati ramai wanita muslimah berhijab tetapi masih terdapat sebilangan

mereka gagal memenuhi tuntutan dalam berhijab. Seringkali kita lihat fenomena ini berlaku di

mana-mana, tidak kira di bandar atau pun di desa. Antara situasi yang biasa kita lihat adalah:

i. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Sebahagian wanita menganggap bahawa menutup aurat itu adalah menutup rambut sahaja.

Ini adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya dalam firman Allah dalam surah an-Nur ayat

31 yang menetapkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada. Setiap perempuan Islam

wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuklah lehernya,

Page 7: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

7

sehinggalah semua tempat yang boleh membawa fitnah apabila dilihat oleh orang yang

jahat hatinya.

ii. Bertudung tetapi berbaju T-Shirt lengan pendek.

Lengan adalah aurat yang juga wajib ditutup oleh wanita Islam. T-shirt lengan pendek

bukan merupakan pakaian yang boleh menutup aurat.

iii. Bertudung tetapi baju kebarung atau kebayanya terbelah kainnya

Islam mengharamkan wanita memakai pakaian yang boleh menampakkan bahagian-

bahagian tubuh seperti kebaya yang menampakkan bentuk dada, pinggang, peha dan

punggung yang merupakan tempat-tempat yang membawa fitnah.

iv. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-

kawasan mudah menggoda

Wanita bertudung tetapi memakai pakaian yang sendat, sempit dan nipis pada tubuhnya,

tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat. Kerana itu mereka

dikatakan telanjang kerana pakaiannya yang nipis sehingga dapat memperlihatkan kulit

tubuh dan bentuk tubuh mereka.

v. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul (sanggul) dan hujung

rambutnya.

Fesyen masa kini yang digemari oleh sebahagian wanita yang memakai tudung atau

selendang yang digunakan hanya sebagai menutup kepala tetapi bukannya menutup aurat.

vi. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya

dan sebagainya. Juga tidak memakai tudung di hadapan kaum keluarga yang bukan

mahram yang sepatutnya perlu dijaga auratnya

vii. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari

ditutupi kain tudung. Juga menampakkan perhiasan di leher atau dada mereka seperti rantai

leher

viii. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher,

tengkuk dan dadanya

Penutupan aurat yang sempurna perlu diambil cakna seluruh kaum wanita bagi

melahirkan muslimah sejati yang bahagia di dunia dan akhirat.

Adab dan Etika berpakaian yang menutup aurat dan tabarruj yang dibenarkan

Page 8: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

8

Islam tidak pernah menetapkan pakaian tertentu bagi wanita. Asalkan pakaian tersebut

menutup aurat dan tidak menimbulkan fitnah dan keghairahan, maka ia telah memadai. (Mohd

Zuhdi Ahmad Khasasi, 2013)

Antara garis panduan serta ciri-ciri yang ditetapkan oleh syarak adalah seperti berikut:

i. Pakaian yang menutup aurat

Pakaian yang dibenarkan dalam Islam ialah pakaian yang dapat menutupi ke seluruh tubuh

wanita. Anggota yang diberi kelonggaran untuk mendedahkannya hanya pada bahagian muka

dan tapak tangan hingga pergelangan tangan sahaja. (Ibid. hlmn 129). Sebagaimana

diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Asma’ Abu Bakar masuk menemui Nabi s.a.w dengan

memakai pakaian yang nipis, Baginda berpaling daripadanya dan berkata:

إنَّ المرأةَ إذا بلغِت المحيَض لم يصلْح أن يُرى منها إال هذا, وأشار إلى وجهه وكفيه

“Sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh

diperlihatkan kecuali ini dan ini”, Baginda mengisyaratkan ke mukanya dan

kedua-dua tapak tangannya (Riwayat Abu Daud, no 4104)

Berdasarkan hadis ini, menurut Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi (2013), jelas

menggambarkan kepada kita bahawa kaki wanita juga merupakan aurat yang wajib ditutup.

Namun kerana pengaruh dan kesan tarbiah Jahiliyyah menyebabkan kecelaruan berlaku

sehinggakan pada zaman sekarang lelaki lebih ditonjolkan protokolnya melalui pemakaian

sarung kaki dan berkasut lengkap manakala wanita sebaliknya.

ii. Pakaian yang longgar

Pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan sudah menjadi biasa dan

menjadi trend semasa dalam kalangan wanita muslimah. Dari atas hingga ke bawah bertutup,

namun tidak ubah seperti perempuan yang bertelanjang. Pakaian jenis ini dilarang oleh baginda

s.a.w di dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya di antara ahli neraka itu ialah perempuan-perempuan yang

berpakaian tetapi telanjang. Mereka cenderung kepada maksiat dan menarik

orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka sama sekali tidak akan masuk

syurga dan tidak akan mencium harumannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

no 2044)

Di Malaysia walaupun baju kebaya adalah pakaian tradisi Melayu, tetapi jelas ia tidak menepati

dan memenuhi keperluan syarak kerana bentuknya yang terlalu ketat hingga menampakkan

susuk tubuh. Kain yang digunakan juga terlalu jarang hingga menampakkan aurat pemakai.

iii. Pakaian yang labuh

Page 9: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

9

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

“Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan

isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke

seluruh tubuh mereka". (Surah al-Ahzab, 33:59).

Jilbab ialah sejenis baju yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada iaitu

baju labuh dan longgar. Justeru itu, jika kain mahupun seluar yang dipakai agak ketat sehingga

menampakkan bentuk pinggul dan peha, maka baju yang dipakai itu wajib dilabuhkan.

Ketika Rasulullah s.a.w menyebut tentang larangan melabuhkan kain bagi lelaki, Ummu

Salamah isteri nabi s.a.w bertanya kepada baginda s.a.w:“Bagaimana pula dengan wanita,

wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Labuhkanlah sejengkal”. Ummu Salamah bertanya

lagi, “Jadi akan terlihatlah kaki kami?”. Baginda menjelaskan lagi, “Labuhkanlah sehasta

dan tidak boleh lebih daripada itu” (Riwayat Abu Daud)

Hadis ini secara umumnya menuntut kaum Hawa untuk melabuhkan pakaian mereka agar

tidak kelihatan aurat serta bentuk tubuh. Namun, pada bahagian kaki, wanita di zaman nabi

melabuhkan kain mereka hingga menutup kedua-dua kakinya. Lantas, baginda mengarahkan

supaya wanita melabuhkan kain mereka hanya kadar sehasta dan tidak boleh lebih kerana

dikhuatiri terkena najis dan timbul perasan riak. (Ibid. hlmn 130)

iv. Pakaian yang tidak jarang

Pakaian wanita perlu diperbuat daripada kain yang tidak terlalu nipis atau jarang sehingga

menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh. Pakaian yang jarang hingga menampakkan

kulit pemakainya, tidak memenuhi kehendak berpakaian dalam syarak. Pakaian seperti ini juga

merendahkan martabat wanita yang memakainya hingga dilihat sebagai objek seks oleh lelaki.

Kain tersebut juga bukan daripada jenis kain yang terlalu licin dan lembut sehingga boleh

melekat pada tubuh dan menampakkan susuk badan. Sebagai contoh pakaian daripada jenis

ciffon dan lycra yang terdapat di pasaran masa kini yang menjadi pilihan wanita muslimah.

Seharusnya pakaian tersebut juga mestilah pakaian yang tidak membangkitkan syahwat lelaki.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah menerima hadiah sejenis

kain qithri (kain kapas dari Yaman) yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahyah

al-Albi. Kemudian, baginda menghadiahkannya pula kepada Usamah bin Zaid untuk dibuat

pakaian, tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Rasulullah s.a.w memerintahkan

Usamah sambil berkata:

“Suruh isterimu menebalkan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya,

kerana aku bimbang sekiranya tidak berbuat demikian, akan kelihatan bentuk

tubuh badan isterimu”. (Riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Page 10: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

10

v. Tidak bercorak dan berwarna keterlaluan

Pakaian populariti adalah haram. Dalam Islam pakaian tersebut dipanggil pakaian “syuhrah”.

Pakaian tersebut ialah pakaian hiasan yang boleh menarik perhatian orang ramai seperti corak

warna yang keterlaluan, jahitan sulam dan manik yang berlebihan sehingga boleh

membangkitkan rasa riak dan takabbur. (Ibid. hlmn 131).

Seharusnya pakaian dalam Islam pada asalnya adalah untuk menutup aurat, mengelakkan fitnah

serta menjaga kecacatan serta keaiban dalaman daripada diperlihatkan kepada awam. Oleh itu,

kita perlu memastikan warna dan corak pakaian yang dipakai juga tidak keterlaluan sehingga

dapat menarik perhatian awam dan akhirnya akan menimbulkan fitnah.

vi. Pakaian tidak menyerupai lelaki

Wanita dan lelaki mempunyai banyak perbezaan termasuk dari segi pemakaian. Sesuai dengan

wanita ialah pakaian yang mencerminkan kelembutan. Hukum memakai pakaian menyerupai

lelaki adalah haram. Daripada Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah

melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai

pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud no 4098).

لعن رسول هللا )ص( الرجل يلبس لبسة الرأة, والمرأة تلبس لبسة الرجل

Sebagaimana berbezanya fizikal lelaki dan perempuan, pakaian yang mereka gunakan

juga sudah tentu berbeza. Ini kerana wanita yang memakai pakaian seperti lelaki, tidak

mungkin dapat menutup auratnya dengan sempurna.

vii. Tidak menyerupai pakaian agama lain

Sebagai umat Islam, kita wajib berbangga dengan identiti Islam. Cara berpakaian dan cara

hidup kita mestilah mengikut lunas al-Quran dan as-Sunnah. Contoh terhebat dari segenap

aspek cara pemakaian wanita ialah Ummul Mukminin iaitu Saidatina Aisyah r.a. (Ibid. hlmn

132).

Amat menyedihkan, kebanyakan remaja kini sudah lagi tidak berbangga dengan Islam.

Mereka lebih gemar menjadikan artis-artis sebagai idola. Pemakaian tudung juga hanya lebih

kepada fesyen ala artis. Pengaruh besar filem Hindustan dan Hollywood contohnya dalam

masyarakat Islam Malaysia, menyebabkan mereka terikut-ikut dengan fesyen dn gaya pelakon-

pelakon ini. Islam melarang umatnya mengikut fesyen penganut agama lain. Sebaliknya,

mereka sewajarnya berbangga dengan budaya dan imej Islam.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia

termasuk dalam kaum tersebut”(Riwayat Abu Daud no 4031). Sabdanya lagi:”Bukan daripada

golongan kami yangmenyerupai/meniru selain kami”(Riwayat at-Tirmizi, no 2695)

Page 11: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

11

Mendedahkan kecantikan adalah antara punca utama kepada zina. Sebagaimana telah

dimaklumi tentang pengharaman zina dan besarnya akibat buruk dosa zina ini. Mendedahkan

kecantikan adalah satu jalan ke arahnya. Sama ada kerana dia mempelawa orang ramai supaya

memandang ke arahnya yang mengajak orang kepadanya, ataupun kerana perbuatan seperti ini

boleh menjerumuskan pelakunya kepada perbuatan zina, maka ia menjadi jalan kepadanya.

Seorang wanita yang ingin selamat daripada zina dan mahu menjaga kehormatan diri, maka

hendaklah menjauhi amalan pendedahan ini.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua wanita Muslimah

supaya berhati-hati dalam berpakaian dan berhias untuk mengelakkan diri terdedah kepada

maksiat dan kehinaan. Seiring dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan

memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti” (Riwayat Abu Daud no 4029,

an-Nasai dan Ibnu Majah no 3606).

Selain itu, perlulah kita ketahui bahawa pakaian itu ada hubungannya dengan ibadat.

Sepertimana ibadat di dalam solat, diwajibkan menutup aurat. Maka pada pakaian itu juga ada

nilai pahala dan dosa. Oleh itu, orang Islam yang menutup auratnya dengan sempurna telah

mematuhi dan mentaati tuntutan dan suruhan Islam sama ada di dalam solat atau di luar waktu

solat. Kerana sesungguhnya pakaian juga adalah gambaran zahir keperibadian seseorang.

Sekiranya elok pada zahirnya InsyaAllah elok lah peribadinya kerana kebanyakan manusi akan

menilai seseorang terlebih dahulu pada zahirnya.

Tuntutan menutup aurat dan larangan bertabarruj juga sebenarnya dapat membezakan

antara wanita Islam dan bukan Islam. Moral dan tingkah laku wanita Islam adalah berlainan

daripada tingkah laku wanita yang bukan Islam dan kaum wanita pada zaman Jahiliyah.

Wanita Islam adalah suci dan bermaruah, penuh hormat dan rendah diri. Sementara wanita

yang jahil mungkin merasa sombong, bermegah-megah dan suka menarik perhatian lelaki

termasuklah mendedahkan anggota mereka, menunjukkan perhiasan dan memakai pakaian

yang menonjol, menampakkan bentuk badannya dan lain-lain. (Afzalur Rahman, 1994: 325).

1.4 Kesimpulan

Sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang

beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah

mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. (Surah An-

Nur,24:31)

Page 12: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

12

Sebagai hamba Allah kita perlu peka dan sedar tentang hukum hakam pemakaian dan peragaan

fesyen dalam Islam. Sebaik-baik pakaian dan fesyen ialah yang sederhana dan bertepatan

dengan kehendak Syarak bagi mengelakkan diri daripada bertabarruj seperti zaman Jahiliyah.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al Karim

Page 13: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

13

Abu Malik Kamal bin As-Sayid Salim. (2009). Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah.

Puchong: Jasmin Publications.

Abu Syari Muhammad Abdul Hadi. 2013. Wahai Wanita.. Berhiaslah. Adab dan petunjuk cara

berpakaian dan berhias menurut al-Quran dan Sunnah. Puchong: Jasmin Publications.

Al-Imam Muslim. 2007. Terjemahan Hadis Sohih Muslim Jilid i-iv. Klang Book Centre.

Afzalur Rahman. 1994. Ensiklopedia Sirah. Peranan. Wanita Islam Jilid V. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational behavior and human decision

processes, 50(2), 179-211.

Faizah bt Md Salleh. 2010. Persepsi Isteri Bekerjaya Terhadap Kepimpinan Suami dalam

Pengurusan Keluarga. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Pengajian Islam).

Fatimah Ali. 1995. Pandangan Islam Terhadap Wanita Bekerja. Dlm Jurnal Usuluddin Bil 3.

Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Fatimah Hj Omar. 2013. Tabarruj Penghalang Bau Syurga. Rawang: Pustaka Ilmuan

Hidayati Karim. 2004. Personaliti Muslimah : Kajian terhadap ayat 32 dan 33 Surah al-Ahzab.

Universiti Malaya Kuala Lumpur : Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Kamus al-Miftah. 2008. Shah Alam: Al Azhar Media Enterprise.

Kamus Dewan Edisi ke4. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mayasari, I. (2012). The Perspectives to Understand Social Marketing as an Approach in

Influencing Consumer Behavior for Good. Gadjah Mada International Journal of

Business, 14(2).

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi. 2013. Wanita Dambaan Syurga: Bimbingan Lengkap Fikah

Wanita berdasarkan Realiti Zaman dan Tempat. Kuala Selangor : Inspirasi-I Media.

Muhammad Said, S., & Hanapiah, O. (2007). Amalan Bertabarruj di Kalangan Mahasiswi

Islam, Utm; Satu kajian Terhadap Pelajar Di Kolej Datin Seri Endon (Doctoral

dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Nor Syamiraazni Mohd Nayan. (2011). Aurat Wanita Menurut Al-Quran dan Hadis. Universiti

Teknologi Mara Shah Alam : Kertas Kerja Ijazah Sarjana Muda

Page 14: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

14

Norliza Ahmad. 2008. Kesedaran Menutup Aurat Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4. Satu

Kajian di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor : Tesis Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).

Norsafar Md Kamaruzaman. 2010. Persepsi Pelajar Lelaki SPI terhadap tabarruj dalam

kalangan siswi UTM. Johor . Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda .

Nurwahidah Ab Ghani. 2013. Profil Personaliti Psiko-Spiritual dalam Kalangan Remaja

Muslim di Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana

Falsafah.

Paizah Ismail. (2004). Aurat Wanita: Konsep dan Hukum Mengenainya. Jurnal Syariah, 12,

21–42. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/7652/

Radzi, M., Azura, N. B., & Mohamad, A. M. (2008). Persepsi Pelajar Wanita Islam Utm

Terhadap Fesyen Terkini dan Tuntutan Menutup Aurat (Doctoral dissertation, Universiti

Teknologi Malaysia).

Rakhmad, W. N., Suprihartini, T., & Lestari, S. B. (2015). Pemaknaan Jilbab Kreatif bagi

Perempuan Muslim sebagai Identitas Diri. Interaksi Online, 1(4).

Ruhiyati Idayu Mohd Baharan. Artikel Tabarruj : Pendidikan Islam Tahun 2 (adobe Reader

PDF).

Rysst, M. (2010). ‘I Am Only Ten Years Old’Femininities, clothing-fashion codes and the

intergenerational gap of interpretation of young girls’ clothes. Childhood, 17(1), 76-93.

Syahdan, T. A. (2011). Pemahaman dan pengalaman mahasiswa fakultas Ushuluddin dan

filsafat UIN Syarif Hidayatullah Jakarta Tahun 2011.

Sayyid Sabiq. 1990. Fiqh al-Sunnah Jilid 7. Kuala Lumpur : Victory Agencie terjemahan Drs

Moh Thalib.

Suraya Daud . 2013. Fesyen Tepat Syariah lebih jimat?. Dlm Majalah Anis bilangan 194.

Petaling Jaya: Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Tanti, T. (2013). Tabarruj Dalam Al-quran Dan Sunnah. Istishlah Jurnal Hukum Islam, 6(2),

119-133.

Umar Muhammad Noor. 2012. Fiqah Fesyen Perempuan. Dlm Majalah al-Ustaz isu no 15. hlm

21-23. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Page 15: FENOMENA TABARRUJ MASA KINI DALAM … menampakkan aurat, berpakaian mini, tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang dibolehkan adalah perhiasan yang ringan-ringan, sebagaimana yang

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu 2016/index.php/proceedings/

15

Umar Muhammad Noor. 2012. Halal dan Haram Dalam Berfesyen. Dlm Majalah al-Ustaz isu

no 15, hlm 18-19. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

RUJUKAN INTERNET

Arbain Muhayat. 2008. Adab berpakaian menurut Islam dimuat turun pada 15 Jun 2014 dari

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/207/-Adab-berpakaian-menurut-

Islam

Berita Harian Online

Hadis Shahih dimuatnaik pada 13/11/2014: dari www.dorar.net

Hadis Shahih dimuatnaik pada 13/11/2014: dari http://hadith.al-islam.com/

Mohd Ilham @Amir (2010). 4700 kes zina setiap hari di kalangan umat Islam,

Malaysia. Dimuat turun 28 April 2014: dari http://denaihati.com/4700-kes-zina-

setiap-hari-di-kalangan-umat-islam-malaysia

Norazilawati Md Dahlal. Tt. Fesyen Muslimah: Adakah Rekaannya sudah hilang sentuhan Roh

Syariat Islam?. Universiti Sains Malaysia dimuat turun pada 2 Jan 2014 dari

http://noradahlal.blogspot.com/