mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1...

36
1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure …" By: Robert Hillyer

Upload: doandan

Post on 05-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

1

Mutiara Kata:

"If you are doing your best, You will not have time

To worry about failure …"

By: Robert Hillyer

Page 2: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan 2

Pengenalan Perpustakaan 3

Unit-unit di Perpustakaan 4

Keahlian dan Pendaftaran 5

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan 6

Koleksi Perpustakaan 7

Perkhidmatan / Kelayakan Pinjaman 8

Denda 9

Buku Hilang 10

Tempahan Buku 11

Aduan Buku/Bahan Tidak Dapat Dikesan Di Rak 12

Pameran Semasa 13

Portal Perpustakaan Sultan Badlishah 14

Katalog Perpustakaan Sultan Badlishah 15

Peraturan-peraturan Menggunakan Perkhidmatan Unit Sistem dan Teknologi

Maklumat 16

Web OPAC 17

Tatacara Menggunakan EQUIP 18-19

Melihat Jumlah Pinjaman 20

Menukar Password 21-22

Pencarian Buku/bahan Melalui Web OPAC 23-25

Panduan Menggunakan Web Infoline 26-28

Panduan Membuat Tempahan Buku Rak Terbuka 29-30

Sisyem Pengkelasan Bahan Perpustakaan 31-32

Tatatertib Perpustakaan 33-34

Direktori 35

Catatan 36

Page 3: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

3

PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

PENGENALAN

Perpustakaan Sultan Badlishah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada peringkat awalnya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan ini berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 dan pada tahun 2002 perpustakaan telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Intergrated Library Management Utilities). Seramai 750 orang pengguna dapat dimuatkan di perpustakaan ini pada satu-satu masa. Pada penghujung tahun 2002 perpustakaan ini telah dinamakan Perpustakaan Sultan Badlishah sempena nama ayahanda Baginda Sultan Kedah.

VISI Menjadikan perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.

MISI Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

1. Menjadikan Perpustakaan Sultan Badlishah sebagai sebuah pusat maklumat yang

cemerlang dari segi aspek kepelbagaian koleksi yang mantap dan terkini bagi menyokong misi, visi dan hala tuju universiti.

2. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan. 3. Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan releven bagi menyokong

keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. 4. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap, tepat dan mesra kepada

pelanggan dalaman dan luar. 5. Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, berkemahiran, beretika tinggi dan proaktif. 6. Menyediakan prasarana dan suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti.

Page 4: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

4

UNIT - UNIT DI PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

1. Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi. 2. Unit Perkhidmatan Maklumat. 3. Unit Sistem dan Teknologi Maklumat. 4. Unit Jurnal dan Pangkalan Data. 5. Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal. 6. Unit Pembangunan Sumber Ilmu. 7. Unit Pentadbiran. 8. Unit Jilid.

KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN Keahlian Perpustakaan Sultan Badlishah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UiTM. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan sementara dan sambilan, bayaran cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang Kad E dan menyerahkan borang tersebut ke Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi beserta dengan sekeping gambar berukuran ‘pasport’. Keahlian kakitangan akan dilucutkan sekiranya seseorang itu telah tamat atau ditamatkan tempoh perkhidmatannya dengan UiTM dan bagi pelajar pula sekiranya mereka telah tamat pengajian atau berhenti dari UiTM, keahlian mereka akan ditamatkan.

KEAHLIAN AHLI DALAMAN

KATEGORI JAWATAN

DESKRIPSI JAWATAN

BAYARAN CAGARAN

Kakitangan Akademik

Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

Pemeriksa Luar

TIADA TIADA

RM 100.00 RM 50.00

TIADA

Page 5: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

5

Kakitangan Bukan Akademik

Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

TIADA TIADA

RM 100.00 RM 50.00

Jurulatih/ Tutor Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

TIADA TIADA

RM 100.00 RM 100.00

Pelajar Sepenuh masa E-PJJ/ FLP/ KLK/

Matrikulasi/ Sarjana/ Phd

TIADA

KEAHLIAN AHLI LUAR

KATEGORI

BAYARAN KEAHLIAN (TAHUNAN)

CAGARAN BUKU

(BOLEH DITUNTUT)

Ahli korporat

RM 2,000.00 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah

Alumni

RM 50.00 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah

Pesara Kerajaan dan Pesara UiTM

Percuma 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah

Kursus Pendek/ Program Francais

RM 20.00 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah

Pegawai Kedutaan Percuma 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah (Kedutaan bertanggungjawab ke atas pinjaman)

Pelajar/ Kakitangan IPTA (PERPUN)

Kad Matrik

(surat kebenaran dari institusi/

jabatan masing-masing bagi UM

dan USM)

Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu

Page 6: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

6

Pelajar/ Kakitangan kolej universiti, politeknik dan jabatan kerajaan

Surat kebenaran dari institusi/

jabatan masing-masing

Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu

Pelajar/ kakitangan IPTS dan Swasta

Surat kebenaran dari Ketua

Pustakawan/ TKP UPPPK, PSB

Rujukan sahaja

Pensyarah Kehormat/ Sambilan/ Sementara Fakulti Perubatan, UiTM

Percuma 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 2 naskhah

Pelanggan Perseorangan (Harian)

RM 20.00 sehari Ketua Pustakawan/ Ketua Perpustakaan cawangan diberi kuasa mempertimbangkan dan membenarkan kes-kes khas sahaja untuk membuat rujukan di perpustakaan UiTM

Pelanggan Perseorangan (Tahunan)

RM 250.00 (Tahunan)

1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

SEMASA SEMESTER

SEMASA CUTI SEMESTER

HARI AHAD – RABU: 8.30 PAGI – 6.45 PETANG

8.30 PAGI – 10.30 MALAM

(TERTAKLUK KEPADA JADUAL PERKHIDMATAN)

8.30 PAGI – 4.45 PETANG

HARI KHAMIS:

8.30 PAGI – 3.15 PETANG

8.30 PAGI – 3.15 PETANG

Page 7: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

7

HARI JUMAAT & SABTU:

(Mengikut jadual kuliah

EMBA dan E- PJJ)

8.30 PAGI – 4.45 PETANG

TUTUP

Sebarang perubahan waktu perkhidmatan adalah tertakluk kepada jadual Hal Ehwal

Akademik (HEA). Kaunter pinjaman dan pemulangan bahan akan ditutup 30 minit lebih awal sebelum

tamat waktu perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk urusan pengemaskinian rekod dan data.

Sebulan sebelum peperiksaan, waktu perkhidmatan perpustakaan akan dilanjutkan sehingga ke pukul 10.30 malam.

Cuti Umum tutup.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

1. Koleksi Rak Terbuka:-

Meliputi buku-buku daripada pelbagai bidang perkara yang boleh diakses secara terbuka dan dipinjam oleh ahli perpustakaan mengikut hak pinjaman masing-masing (mengikut kategori pelanggan) yang ditetapkan. Lokasi di aras 2 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna jingga.

2. Koleksi Rujukan:- Meliputi sumber-sumber rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, bibliografi, indek, abstrak, direktori, laporan, dan lain-lain. Bahan-bahan rujukan ini diletakan tanda ‘ruj’. Bahan dalam koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna hijau.

3. Koleksi Perkhidmatan Maklumat:-

Menawarkan perkhidmatan rujukan, pinjaman buku rujukan terpilih, cakera padat, kaset, pita video, laporan tahunan, peta, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, prospektus, seminar, akhbar dan lain-lain dan juga penempatan Koleksi Kedah. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna merah.

4. Koleksi Jurnal dan Majalah:-

Menempatkan jurnal akademik, risalah, buletin dan majalah semasa serta berjilid. Koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja, lokasinya di aras 3.

Page 8: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

8

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Perpustakaan Sultan Badlishah sedaya upaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi:-

A. PERKHIDMATAN PINJAMAN

Semua pelajar/kakitangan UiTM Kedah yang telah berdaftar sebagai ahli perpustakaan adalah layak meminjam bahan perpustakaan.

CARA MEMINJAM BAHAN:-

a) Koleksi Umum (Open Shelf). Peminjam perlu menyerahkan buku dan kad pelajar di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

b) Koleksi Terhad (KBR). Semua ahli perpustakaan dibenarkan meminjam bahan dari koleksi terhad selama 2 jam sahaja untuk sesebuah bahan. Peminjam perlu menyerahkan kad pelajar atau mengisi borang pinjaman bahan dan kepilkan kad pelajar pada borang tersebut.

c) Bahan Terbitan Bersiri/ Jurnal.

Merupakan koleksi terhad dan hanya untuk pinjaman dan rujukan dalaman. Hanya kakitangan UiTM sahaja dibenarkan meminjam keluar bahan ini. Tempoh pinjaman adalah 3 hari sahaja.

Page 9: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

9

KELAYAKAN PINJAMAN BUKU

KATEGORI KEAHLIAN

DESKRIPSI

JUMLAH

PINJAMAN BIASA

TEMPOH

PINJAMAN

Kakitangan Akademik

Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

Pemeriksa Luar

30 12 4 4 4

29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari

Kakitangan Bukan Akademik

Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

20 4 2 2

29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari

Jurulatih/ Tutor Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

10 6 2 2

29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari

Pelajar Sijil / Pra Sepenuh masa

E-PJJ/ FLP/ KLK Sarjana

PHD

10 20 20 40 60

14 Hari 14 Hari 14 Hari 29 Hari 29 Hari

Ahli Luar Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/

pegawai kedutaan

4

29 Hari

DENDA

Setiap buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari tidak termasuk Cuti Umum.

KATEGORI KEAHLIAN

DESKRIPSI

TINDAKAN

Kakitangan Akademik

Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

Pemeriksa Luar

Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan

Page 10: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

10

Kakitangan Bukan Akademik

Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan

Jurulatih/ Tutor Sepenuh masa Kontrak

Sambilan Sementara

Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan

Pelajar Sepenuh masa EPJJ/FLP

KLK/ Sijil/Matrikulasi Sarjana/ Phd

20 sen sehari (Tidak termasuk cuti umum)

Ahli Luar Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/

pegawai kedutaan

20 sen sehari

(Tidak termasuk cuti umum)

Pelanggan perlu membayar denda di kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan

Pengurusan Koleksi tertakluk pada waktu perkhidmatan kaunter sahaja.

BUKU HILANG Pengguna yang menghilangkan buku/bahan bacaan perpustakaan boleh memilih untuk membayar gantirugi atau mengganti semula bahan yang dihilangkan. Bayaran gantirugi adalah mengikut harga pembelian bahan tersebut oleh pihak perpustakaan. Laporkan dengan kadar segera jika kehilangan bahan yang dipinjamkan di kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

Tatacara bayaran buku hilang adalah seperti berikut:-

HARGA BUKU : RM __________

+ HARGA PROSES : RM 20.00 (Tetap) +

DENDA LEWAT : RM __________ (Sekiranya ada)

JUMLAH : RM __________

*Sekiranya harga buku tiada di dalam rekod ILMU, harga buku (standard) yang digunapakai adalah seperti berikut:-

Page 11: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

11

KATEGORI

HARGA BUKU (RM)

Dalam Malaysia

RM 80.00 + RM 20.00 (proses)

Luar negeri

RM 150.00 + RM 20.00 (proses)

B. PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHAN

Perkidmatan pemulangan buku boleh di lakukan di Kaunter UPPPK atau menggunakan mesin “Book Drop”.

C. PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMAN a) Melalui Telefon:-

Pelanggan yang ingin melanjutkan tempoh pinjaman bahan boleh menelefon ditalian 04 – 456 2238 (Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi) sekiranya peminjam masih dalam tempoh bercuti atau tidak dapat datang ke perpustakaan. Pelanggan perlu menyatakan nombor kad matrik dan nombor aksessen serta judul buku yang hendak diperbaharui. Semua urusan dikendalikan pada waktu pejabat sahaja.

b) Melalui Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi:- Perkhidmatan ini dibuka kepada semua pengguna perpustakaan sepanjang waktu perkhidmatan perpustakaan dibuka. Pelanggan perlu membawa buku yang hendak dilanjutkan tempoh pinjaman ke kaunter sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan.

c) Melalui Portal Perpustakaan Sultan Badlishah:-

Pelanggan perlu membuat pembaharuan sendiri dengan membuka Portal PSB di alamat http://library.uitm.edu.my/kedah dan masukkan id penguna serta katalaluan kemudian klik pada ‘borrowing & renewal’.

Peringatan:- Pembaharuan buku hanya dibenarkan sekali sahaja. Sekiranya buku tersebut telah ditempah sistem tidak akan

membenarkan pembaharuan pinjaman dibuat. Buku yang telah lewat tarikh pemulangannya tidak dibenarkan

membuat pembaharuan.

Page 12: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

12

D. PERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKU Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan tempahan bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan buku ini boleh dilakukan melalui Web OPAC. Sila layari laman web perpustakaan di alamat http://library.uitm.edu.my/kedah . Buku yang telah ditempah boleh diambil di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi setelah bahan tersebut dipulangkan oleh pengguna sebelumnya. Sila kemukakan judul dan nombor panggilan bahan yang telah ditempah. Bahan-bahan yang telah ditempah ini akan disimpan di atas rak tempahan selama 7 hari sahaja.

E. PERKHIDMATAN PERINGATAN PEMULANGAN BAHAN

Pihak perpustakaan akan menghantar surat peringatan kepada pengguna jika bahan tersebut masih belum dihantar selepas tarikh akhir sesuatu pinjaman. Surat peringatan ini dialamatkan ke kolej kediaman bagi surat peringatan pertama dan kedua. Bagi surat peringatan yang ketiga ia akan dihantar kepada waris pelajar.

F. PERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN (PAP)/ SISTEM

PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP) Buku/bahan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan boleh diperolehi melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) ini bukan sahaja melalui perpustakaan-perpustakaan yang terdapat di Malaysia tetapi juga dari perpustakaan luar negara.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki mengisi borang Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) yang boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi. Pengguna akan dikenakan bayaran berdasarkan pada harga yang telah ditetapkan dari institusi yang membekalkan bahan. Bagi permohonan melalui Ketua Jabatan, pembayaran diuruskan melalui kod jabatan.

G. PERKHIDMATAN ADUAN BUKU/BAHAN TIDAK DAPAT DIKESAN DI RAK Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pencarian bahan yang tidak dapat dikesan dirak oleh pengguna. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna perlu mengisi Borang Aduan Buku/Bahan Tidak Dapat Dikesan Dirak. Sila dapatkan maklumbalas daripada perpustakaan selepas 2 hari bekerja dari tarikh membuat aduan.

H. PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN BIMBINGAN

Perkhidmatan yang penting bagi pengguna mendapat faedah yang maksimum dari koleksi perpustakaan ialah Perkhidmatan rujukan dan bimbingan yang disediakan oleh Unit Perkhidmatan Maklumat di aras 1. Ianya merangkumi perkhidmatan berikut:-

Page 13: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

13

a) Perkhidmatan Rujukan:- Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pustakawan Rujukan dan dibantu oleh Pembantu Perpustakaan. Pengguna yang memerlukan bantuan khidmat rujukan dan nasihat boleh datang terus ke kaunter Rujukan dan berbincang dengan pegawai bertugas. Pengguna akan dibantu oleh Pustakawan dan kakitangan bertugas melalui khidmat nasihat dalam mencari dan mengenalpasti maklumat yang di kehendaki.

b) Kelas Kemahiran Maklumat (KKM):-

1. Kelas Kemahiran Maklumat adalah program bimbingan khusus

mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada pengguna tentang kemahiran menggunakan perpustakaan dan mencari maklumat mengikut kaedah yang cepat dan tepat.

2. Terdapat tujuh (7) modul yang diajar iaitu:-

a) Penerangan yang mendalam mengenai perkhidmatan dan kemudahan

yang disediakan serta prosedur penggunaanya. b) Kemahiran penggunaan WebOPAC/ WebINFOLINE. c) Kemahiran Maklumat Portal PSB. d) Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Atas Talian. e) Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalaman : Koleksi Digital, CD-

Tesis dan lain-lain. f) Kaedah dan strategi pencarian maklumat. g) Kaedah menganalisa kebolehpercayaan maklumat yang diperolehi.

3. Penyertaan, tarikh dan jangkamasa:- Pendaftaran dibuka sepanjang tempoh pengajian dengan mengisi

Borang Pendaftaran yang disediakan di Kaunter Unit Perkhidmatan Maklumat Perpustakaan Sultan Badlishah. Manakala tarikh-tarikh kelas ditetapkan oleh pengguna mengikut kelapangan mereka dan kelas berlangsung selama 1 jam.

4. Kaedah Pengendalian Kelas:-

Kelas ini akan dikendalikan dalam jumlah yang kecil iaitu maksimum 10 orang pelajar dan minimum 5 orang pelajar, permohonan datangnya dari para pelajar sendiri dan lokasinya adalah di Unit IT, Aras 2, Walaubagaimanapun sekiranya permohonan datangnya dari pensyarah bagi mengadakan kelas ini untuk pelajar-pelajarnya jumlah yang besar akan dilakukan di aras 3.

Page 14: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

14

c) Pameran Semasa:-

Sekurang-kurangnnya setiap 3 bulan sekali satu tajuk pameran akan diadakan. Ini adalah bagi memberi maklumat terkini mengenai sesuatu isu.

d) Penyediaan Koleksi Rujukan:- Unit Pengurusan Maklumat juga menyediakan bahan-bahan seperti:- Rancangan Perniagaan Pelajar (ETR).

Bahan ini merupakan hasil penyelidikan rancangan perniagaan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.

Laporan Penyelidikan Pelajar-Pelajar (DIDE). Bahan ini merupakan hasil penyelidikan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.

Soalan Peperiksaan. Kertas-kertas soalan peperiksaan semester yang lepas untuk kursus-kursus yang ditawarkan boleh didapati secara digital di dalam Portal Perpustakaan Sultan Badlishah melalui Bank Soalan.

Koleksi Akhbar.

Koleksi akhbar-akhbar terpilih di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat seperti berikut:- Akhbar:

Berita Harian Utusan Malaysia New Straits Times The Star Metro

Bahan-bahan Rujukan Terpilih.

Bahan-bahan rujukan ini terdiri daripada Buku Panduan, Laporan Tahunan, Akta, Undang-Undang dan Pekeliling, Koleksi Sejarah Kedah, Prospektus, Buku-buku KBR terpilih, pita video, kaset dan Cakera Padat.

Page 15: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

15

I. PERKHIDMATAN PORTAL PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH Portal Perpustakaan Sultan Badlishah boleh diakses melalui http://library.uitm.edu.my/kedah. Di dalam portal ini, pelanggan boleh mengakses pelbagai maklumat terkini mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan Sultan Badlishah.

J. PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkhidmatan yang terdapat di sini ialah melayari internet, mencetak, menaip tugasan dan mengimbas. Ianya disediakan kepada pengguna yang berdaftar dan menjadi ahli perpustakaan sahaja. Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini selama 1 jam sahaja setiap seorang. Perkhidmatan ini hanya untuk tujuan ilmiah sahaja. Sebarang penyalahgunaan tidak dibenarkan (sila lihat peraturan perpustakaan).

Setiap penggunaan dan tempoh had masa menggunakan komputer akan dikawal selia oleh sistem CMAPs.

Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.

K. PERKHIDMATAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN Pengguna perpustakaan juga boleh mendapatkan maklumat melalui pangkalan data yang dilanggan melalui portal perpustakaan yang mengandungi teks penuh dan juga abstrak seperti berikut :-

Pangkalan Data:

Ebsco Host Emerald H.W. Wilson Science Direct Lexis Nexis ACM Portal Pro Quest E- books - Springer Web Feat CLJ Law West Law A to Z Scopus BLIS (Bernama Infoline)

Sila rujuk risalah panduan menggunakan pangkalan data.

Page 16: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

16

L. PERKHIDMATAN KATALOG PERPUSTAKAAN Perpustakaan Sultan Badlishah menggunakan sistem ILMU Universion (Integrated Library Management Utility) sebagai sistem pengkomputerannya. Sistem ini membolehkan pelanggan mengakses maklumat lengkap bahan perpustakaan melalui ‘Online Public Access Catalogue’(OPAC). OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1, 2 dan 3. Perpustakaan Sultan Badlishah. Pelanggan juga boleh mengaksesnya melalui ‘Web OPAC’ di portal Perpustakaan Sultan Badlishah.

M. PERKHIDMATAN PERCETAKAN BAHAN Perkhidmatan mencetak bahan disediakan dengan kadar bayaran bagi setiap 1 muka surat adalah seperti di dalam jadual berikut:-

PPengguna bertanggungjawab di atas setiap kos cetakan sekiranya kesilapan cetakan yang dilakukan bukannya disebabkan oleh masalah peralatan tetapi disebabkan oleh pengguna itu sendiri.

Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.

Semua urusan cetakan akan dikawal selia oleh sistem CMAPs, sistem ini akan membuat pengiraan berpandukan pada caj dan jumlah mukasurat yang dicetak.

N. PERKHIDMATAN PENGIMBASAN (SCANNING)

Perkhidmatan ‘scanning’ disediakan secara percuma kepada pengguna di mana pengguna perlu melakukannya secara layan diri.

O. PERKHIDMATAN FOTOKOPI Kemudahan fotokopi boleh didapati di aras 2 Perpustakaan Sultan Badlishah dan ianya dikendalikan oleh syarikat swasta.

P. BILIK PERBINCANGAN Terdapat 2 Bilik Perbincangan yang disediakan untuk pengguna bagi kerja-kerja berkumpulan iaitu di aras 1 dan 2. Pengguna perlu membuat tempahan bilik di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi sebelum menggunakannya.

JENIS KERTAS

DESKRIPSI WARNA

HARGA (RM)

A4 Hitam putih RM 0.30 sen

A3 Hitam putih RM 0.60 sen

A4 Berwarna RM 1.00

A3 Berwarna RM 2.00

A4 Foto print/ berwarna RM 3.00

A3 Foto print/ berwarna RM 6.00

Page 17: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

17

Q. PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI Pengguna perlu menambah nilai untuk membuat sesuatu urusan cetakan. Kaunter tambah nilai hanya disediakan di Unit Perkhidmatan Maklumat dan Unit Sistem dan Teknologi Maklumat sahaja.

R. PERKHIDMATAN WIRELESS Kemudahan internet tanpa wayar ini boleh diakses di semua aras di dalam perpustakaan tetapi pengguna perlu mengisi Borang Permohonan Perkhidmatan Wireless di Pejabat Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah.

PERATURAN - PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. Pengguna perlu mengisi borang kad E untuk menjadi ahli perpustakaan. 2. Tempoh penggunaan komputer adalah selama 1 jam sahaja bagi setiap individu. 3. Pembaharuan penggunaan komputer hanya dibenarkan sekali sahaja dengan syarat

tiada pengguna yang lain. 4. Kakitangan bertugas berhak untuk meminda @ membatalkan penggunaan komputer

jika pengguna tidak mengikut peraturan yang disediakan. 5. Penggunaan IRC (Internet Relay Chatting) dan email yang bukan bertujuan untuk

pembelajaran atau bukan akademik adalah dilarang. Sila rujuk kakitangan bertugas sekiranya terdapat masalah pada komputer

yang sedang anda gunakan

WEB OPAC

(ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG) Perpustakaan Sultan Badlishah telah menggunakan sistem perpustakaan

berkomputer yang dikenali sebagai sistem ILMU pada bulan Mei tahun 2002. Sistem ini merupakan satu pakej perisian yang dibentuk khas untuk kegunaan di perpustakaan. Pakej ini mengandungi maklumat mengenai koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Pengguna-pengguna perpustakaan boleh membuat pencarian buku/bahan melalui web OPAC(Online Public Access Catalog) atau Katalog Umum Atas Talian. Web OPAC menyediakan beberapa kemudahan pencarian bahan melalui 3 jenis pencarian samada ‘leftstring’, ‘pattern’, atau ‘keywords’ menerusi pelbagai kaedah pengaksesan samada tajuk bahan, nama pengarang, perkara, penerbit, nombor siri, nombor panggilan, nombor ISBN/ISSN ataupun ‘any’. Semua pengguna digalakkan menggunakan web OPAC untuk pencarian bahan bagi memastikan apakah kategori dan jenis bahan, di manakah lokasinya, nombor panggilan dan status bahan tersebut. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan pencarian sesuatu bahan.

EQUIP – (Electronic Query Using Internet Protocol)

EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol) menawarkan paparan skrin yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pilihan sub-menu untuk pelbagai fungsi.

Page 18: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

18

Sila klik pada mana-mana fungsi yang berkaitan seperti berikut setelah anda memasukkan id pengguna dan katalaluan. Ianya boleh dilakukan samada melalui Portal Perpustakaan Sultan Badlishah atau klik pada Web OPAC.

FUNGSI EQUIP – (Electronic Query Using Internet Protocol)

PERKARA

KEGUNAAN

Events Calendar Untuk melihat kalendar perkhidmatan perpustakaan.

Subject Browser Untuk menyemak bahan perpustakaan melalui tajuk perkara.

Web OPAC Untuk mencari bahan/buku di dalam koleksi perpustakaan.

Personal/Patron Detail(Account)

Untuk menyemak butiran keahlian perpustakaan dan menukar ‘password’.

Reservation Status Untuk melihat status tempahan buku.

Fine(Receipting Transaction)

Untuk melihat urusan pembayaran.

Suggestion Box Untuk mengisi borang cadangan.

New Arrivals Untuk melihat senarai tajuk buku baru yang siap diproses dan boleh dibuat pinjaman.

Article Browsing Untuk menyemak tajuk artikel jurnal dan projek pelajar berdasarkan tajuk perkara.

Find an Article(Web Infoline)

Untuk mencari bahan perpustakaan selain dari buku seperti Laporan Tahunan, Projek Pelajar, Prospektus, Disket, Seminar, Rancangan Perniagaan (ETR), Penyelidikan Pensyarah, Penerbitan UiTM dan Penerbitan Kerajaan.

Message & Reminder(ILMU Mail)

Untuk menyemak e-mail yang dihantar oleh pihak perpustakaan.

On-Loan Item Untuk melihat senarai buku yang telah dibuat pinjaman.

Item Request Untuk melihat senarai bahan yang telah dibuat permohonan.

Outgoing ILL Request(Beta)

Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan(dalam)

Incoming ILL Request(Beta)

Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan(luar)

Page 19: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

19

TATACARA MENGGUNAKAN EQUIP

A. UNTUK MENYEMAK JUMLAH BUKU YANG DIPINJAM

1. Skrin komputer akan memaparkan menu utama pada Web OPAC. Sila klik pada ‘Web Opac’.

Page 20: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

20

2. Pada paparan skrin yang berikut masukkan butiran yang diperlukan pada id pengguna dan katalaluan kemudian klik hantar.

Masukkan ID Pengguna:-

Kakitangan : Nombor Pekerja Pelajar : Nombor Matrik

Masukkan Katalaluan:- Kakitangan : Nombor Pekerja Pelajar :Lapan Angka hadapan nombor matrik

Page 21: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

21

3. Skrin akan dipaparkan seperti berikut, klik ‘Borrowing & Renewal’ untuk menyemak jumlah buku yang dipinjam.

*Jumlah pinjaman akan dipaparkan seperti skrin berikut, setelah selesai semua urusan sila klik ‘Logout’ untuk menamatkan semua urusan.

Page 22: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

22

B. PENUKARAN PASSWORD 1. Masukkan ID Pengguna dan katalaluan anda. 2. Kemudian klik hantar.

Jika anda telahpun berada di dalam akaun keahlian anda, langkah ini boleh diabaikan.

Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:

3. Klik ‘Personal/patron detail’.

Skrin berikut akan dipaparkan:-

Page 23: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

23

4. Klik pada ‘Change password’. 5. Masukkan ‘Old Password’ (no. pelajar - lapan angka hadapan no. ID). 6. Masukkan ‘New Password’. 7. Taipkan ‘Confirm Password’ baru anda. 8. Klik ‘Change’ bagi menjayakan penukaran ‘Password’ baru anda.

Setelah selesai skrin berikut akan dipaparkan:

* Setelah selesai semua urusan, sila klik ‘Logout’ untuk menamatkan semua urusan bagi mengelakkan maklumat anda di salah guna oleh pengguna lain.

Page 24: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

24

C. PENCARIAN BAHAN MELALUI WEB OPAC OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1, 2 dan 3. Pelanggan juga boleh mengakses Web OPAC melalui portal Perpustakaan Sultan Badlishah di alamat http://lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary .

1. Menu utama akan dipaparkan seperti di skrin bawah, kemudian klik pada web opac.

*Skrin akan dipaparkan seperti berikut:-

Page 25: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

25

2. Buat pilihan pada ‘Search Type’ (samada leftstring, pattern atau keywords). 3. Buat pilihan pada ‘Access Point’ (samada Title, Subject, Series, ISBN/ISSN,

Name/author, Publication, Call Number atau Any). 4. Masukkan maklumat pada ruangan ‘Search Text’ seperti tajuk buku, contohnya:-

Management. 5. Klik ‘Search’.

*Skrin akan dipaparkan seperti berikut:-

6. Untuk mencari buku tersebut di atas rak, sila klik pada ‘Title’ buku tersebut. Nombor

kelas serta lokasi bahan akan di paparkan.

Page 26: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

26

Contohnya:- Nombor panggilan HD31.R63 1999

7. Kategori buku:- Open Shelf : Buku pinjaman (Rak Terbuka) Reference : Buku rujukan KBR : Kumpulan Buku Rezab Majalah : Majalah 8. Status buku:-

Final Processing : Buku masih dalam proses Available : Buku ada di rak dan boleh dipinjam Circulated : Buku telah dipinjam

Bindery : Proses menjilid (buku rosak)

HD31 .R63 1999

Nombor panggilan pada kulit buku

Pada skrin komputer web OPAC

HD31.R63 1999

Page 27: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

27

D. PANDUAN PENGGUNAAN WEB INFOLINE Web Infoline menawarkan perkhidmatan untuk mencari bahan perpustakaan selain dari buku seperti laporan tahunan, projek pelajar, prospektus, disket, seminar, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, penerbitan UiTM, penerbitan Kerajaan dan buku cenderamata. Semua bahan ini ditempatkan di Unit Perkhidmatan Maklumat.

1. Menu utama akan dipaparkan seperti di skrin berikut, kemudian sila klik pada ’Find an Article’.

2. Skrin berikut akan muncul pada komputer web OPAC.

Page 28: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

28

3. Taipkan tajuk bahan di ruangan ‘Search Text’ dan klik ‘Search’.

Kaedah pencarian bahan di ‘Web Infoline’ adalah hampir sama dengan kaedah pencarian buku di web opac.

E. PANDUAN MEMBUAT TEMPAHAN BUKU RAK TERBUKA 1. Menu utama akan dipaparkan seperti skrin di bawah, kemudian klik pada web opac.

Page 29: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

29

2. Sila buat pilihan pada ‘Search Type’ (samada leftstring, pattern atau keywords). 3. Buat pilihan pada ‘Access Point’ (samada Title, Subject, Series, ISBN/ISSN,

Name/author, Publication, Call Number atau Any). 4. Masukkan maklumat pada ruangan ‘Search Text’ seperti tajuk buku, contohnya:-

Mutiara kisah-kisah dan nasihat berhikmah. 5. Klik ‘Search’.

*Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-

6. Klik pada judul buku tersebut, nombor kelas serta lokasi bahan akan dipaparkan.

Kemudian klik pada ‘Accession number’.

Page 30: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

30

*Skrin akan dipaparkan seperti berikut:-

7. Klik ‘Place Reservation’, kemudian masukkan id pengguna serta katalaluan dan klik hantar.

Masukkan ID Pengguna : Nombor Matrik Pelajar / Pekerja Masukkan Katalaluan : Pelajar- Lapan angka hadapan

nombor matrik : Kakitangan – Nombor pekerja

Page 31: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

31

8. Satu arahan akan muncul seperti berikut:- Are you sure you want to reserve this title?, sila klik ‘Yes’ (untuk membuat tempahan), atau klik ‘No’ (untuk membatalkan arahan tempahan).

9. Jika berjaya arahan berikut akan dipaparkan:-

Hanya buku yang telah dipinjam atau dalam kategori ‘Circulated’ sahaja Sila lihat atau ambil notis tempahan anda di papan kenyataan

perpustakaan (sudut informasi) sebelum mengambil buku tempahan di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

Page 32: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

32

SISTEM PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Bahan di dalam perpustakaan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Tajuk Perkara (Library Of Congress Classification Scheme). *Nota:

LCCS : DEFINASI A - BUKU AM B - FALSAFAH DAN AGAMA C,D,E,F - SEJARAH G - GEOGRAFI/ ANTROPOLOGI H - SAINS KEMASYARAKATAN HA - STATISTIK HB-HJ - EKONOMI & PERNIAGAAN HM-HX - SOSIOLOGI J - POLITIK

K - UNDANG-UNDANG L - PENDIDIKAN M - MUZIK N - KESENIAN P - BAHASA DAN KESUSASTERAAN Q - SAINS

QA - MATEMATIK QB - ASTRONOMI QC - FIZIK QD - KIMIA QE - GEOLOGI QH - SEJARAH SEMULAJADI QK - BOTANI QL - ZOOLOGI, ANATOMI MANUSIA QP - FISIOLOGI QR - MIKROBIOLOGI R - PERUBATAN S - PERTANIAN T - TEKNOLOGI U,V - SAINS KETENTERAAN DARAT DAN LAUT

Z - BIBLIOGRAFI & SAINS

Page 33: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

33

Susunan bahan mengikut Sistem Pengkelasan Tajuk Perkara(LCCS)

Web OPAC

Di atas rak

Nombor panggilan pada

kulit buku

LA 100 B36

Pada skrin komputer web OPAC

LA100 B36

L sebelum LA 210 sebelum 212 .55 sebelum .554

.B sebelum .C .34 sebelum .55 .554 sebelum .63 1987 sebelum 1991

Page 34: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

34

TATATERTIB PERPUSTAKAAN

Pelanggan Perpustakaan Sultan Badlishah perlu mematuhi peraturan tatatertib perpustakaan semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk mewujudkan keselesaan kepada semua pelanggan.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

BIL.

KESALAHAN

HUKUMAN

1. Memasuki perpustakaan tanpa kebenaran.

I. Amaran.

2. Menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan tanpa kebenaran.

I. Amaran. II. Dilarang menggunakan mana-mana atau

kesemua kemudahan perpustakaan selama satu bulan.

3. Tidak mempamerkan kad matrik UiTM atau kad pelawat.

I. Pelanggan akan disenarai hitamkan sekurang-kurangnya 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

4. Menyalahgunakan kad matrik UiTM.

I. Pelanggan(pemilik & pengguna kad)akan disenarai hitamkan 1 bulan dari membuat pinjaman bahan.

II. Dilarang memasuki perpustakaan selama 1 bulan.

III. Tindakan tatatertib Hal Ehwal Pelajar(HEP).

5. Tidak mematuhi etika dan sahsiah rupa diri yang ditetapkan.

I. Dilarang memasuki perpustakaan.

6. Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan (kecuali beg tangan dan fail), payung, topi/topi keledar, pisau, gunting, makanan dan minuman.

I. Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

7. Makan, minum, merokok atau tidur di dalam perpustakaan.

I. Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

8. Membuat bising atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana pembelajaran.

I. Diberi amaran atau diminta keluar dari perpustakaan.

II. Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

9. Mengalih atau menyalahguna bahan, koleksi, perabot, peralatan atau perkakasan perpustakaan.

I. Diberi amaran dan diminta menyusun atur kembali.

10. Menempah kerusi meja. I. Diberi amaran.

Page 35: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

35

11. Memindahkan bahan perpustakaan dari satu aras atau lokasi tanpa pinjaman.

I. Diberi amaran dan diminta mengembalikan bahan ke tempat asal.

12. Menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan.

I. Pelanggan akan disenarai hitam 1 semester dari membuat pinjaman bahan.

II. Surat Laporan Salah Laku akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP)untuk tindakan tatatertib.

13. Menyorok buku/bahan perpustakaan.

I. Amaran.

14. Menyepahkan atau meninggalkan bahan perpustakaan di atas meja atau rak.

I. Amaran.

15. Bercakap terlampau kuat menggunakan telefon bimbit.

I. Diminta keluar dari perpustakaan.

16. Membuang sampah merata-rata tempat.

I. Diberi amaran dan diminta mengutip sampah yang telah dibuat.

17. Berkelakuan sumbang atau berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

I. Dilarang daripada menggunakan mana-mana atau kesemua kemudahan perpustakaan PSB selama 1 bulan.

II. Amaran bertulis kepada Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP).

18. Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa kebenaran.

I. Pelanggan akan disenarai hitam selama 1 semester dari membuat pinjaman bahan.

II. Surat Lapor Salah Laku akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP)untuk tindakan tatatertib.

19. Menghilangkan bahan perpustakaan.

I. Pelanggan akan disenarai hitamkan dari membuat pinjaman bahan sehingga menyelesaikan bayaran.

20. Kemusnahan bahan perpustakaan akibat banjir, kebakaran dan sebagainya.

I. Pengesahan daripada Ketua Kampung, Polis dan Pegawai Daerah.

21. Kelewatan memulangkan buku/bahan perpustakaan.

I. Pelajar akan disenarai hitamkan selama 1 semester daripada membuat pinjaman sekiranya denda melebihi RM10.00.

II. Kakitangan UiTM akan disenarai hitamkan daripada membuat pinjaman.

22. Menyalahgunakan kemudahan(Bilik Perbincangan).

I. Amaran lisan.

*Semua pelanggan mesti mematuhi sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan.

Pelanggan yang ingkar tidak akan dibenarkan memasuki perpustakaan.

Page 36: Mutiara kata - kedah.uitm.edu.mykedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/buku panduan... · 1 Mutiara Kata: "If you are doing your best, You will not have time To worry about failure

36

DIREKTORI:

Ketua Perpustakaan Sultan Badlishah Tel: 04-456 2226

Helpdesk PSB Tel:04-4562236

Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi

Tel:04-4562238

Unit Sistem & Teknologi Maklumat Tel:04-4562229

Unit Perkhidmatan Maklumat

Tel:04-4562229

Unit Jurnal dan Pangkalan Data Tel:04-4562235

Unit Pembangunan Sumber Ilmu

Tel:04-4562228

Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal Tel:04-4562231

Alamat:

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah,

Peti Surat 187, 08400 Merbok,

Kedah Darul Aman

No. Tel(Pejabat) : 04-4562228, No. Faks: 04-4562225

URL:http://library.uitm.edu.my/kedah