nota kuliah 3 (perlembagaan)

5
PERLEMBAGAAN POLITIK & KERAJAAN HNP 3023

Upload: peningla

Post on 24-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

perlembagaan POLITIK & KERAJAAN

HNP 3023APA ITU PERLEMBAGAAN?Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah khususnya eksekutif, legislatif dan kehakiman.

K. C Wheare (1956:2) : A selection of the legal rules which govern the government of that country and which have been embodied in a document.

Strong (1966:11) : It is a collection of principles according to which the powers of the government, the rights of the governed and the relations between the two are adjusted.

Ramanathan (1989) : Prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahu pun Majlis Piagam Perjanjian.KAEDAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAANTerdapat empat kaedah di mana sesebuah negara itu membentuk perlembagaan :

Titah Perintah Raja Sewaktu era monarki dahulu, kebanyakan daripada raja mempercayai bahawa kuasa kerajaan perlu ditakrifkan dalam bentuk yang lebih formal. Justeru, raja mengisytiharkan sebuah dokumen yang mengandungi peraturan dan undang-undang negara yang perlu mereka patuhi. Contoh : Napoleon of France & Nicholas Czar of Russia.

Evolusi Perlembagaan juga wujud hasil daripada evolusi peraturan dan undang-undang bertulis yang telah sedia ada di dalam sebuah negara. Contoh : Perlembagaan British adalah hasil evolusi Magna Carta dan Bill of Rights.

Revolusi - Kebanyakan perlembagaan lahir selepas revolusi besar-besaran. Setiap kali revolusi mencapai kejayaan, revolusioner akan merangkan perlembagaan baru dan mendapatkan persetujuan rakyat.Contoh : Perlembagaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet pada 1917, Perlembagaan Iran pada 1979 dan Perlembagaan Mesir pada 1954.

Badan Perlembagan - Perlembagaan moden dihasilkan selepas penubuhan negara baru. Kebiasaannya, selepas kemerdekaan, setiap negara akan membentuk sebuah badan perlembagaan yang ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat dan bertanggungjawab merangka perlembagaan. Contoh : Perlembagaan Malaysia, India, Kanada dan Amerika Syarikat.

JENIS-JENIS PERLEMBAGAANPERLEMBAGAAN BERTULISDidokumenkan / dibukukanPrinsip-prinsip asas organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa ditulis dalam perlembagaan.Kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada perlembagaan-Undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.Perlembagaan boleh dipinda oleh Parlimen melalui 2/3 daripada persetujuan ahli Parlimen atau melalui referendum daripada rakyat.Contoh : Malaysia

PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULISPeraturan dan undang-undang mengenai struktur kerajaan, hak asasi rakyat dan kebebasan tidak didokumenkan.Parlimen merupakan kuasa yang paling tinggi dalam negara- boleh membuat, meminda dan menggubal apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan.Tradisi, amalan, sikap dan pengalaman merupakan aspek yang mengekalkan perlembagaan.Contoh : British

Perlembagaan Rigid (Tegar)Perlembagaan yang sukar untuk dipinda atau diubah kerana memerlukan prosedur yang rumit.Contoh : Perlembagaan Amerika tidak boleh dipinda oleh kongres sahaja, ia memerlukan persetujuan (referendum) daripada rakyat.Perlembagaan merupakan kuasa tertinggi.

Perlembagaan FleksibelPerlembagaan yang mudah dipinda oleh badan perundangan kerana tiada prosedur yang rumit.Contoh : Perlembagaan Bangladesh boleh dipinda melalui majoriti 2/3 di Parlimen.Parlimen mempunyai kuasa yang terhad berbanding perlembagaan.