promotions / kenaikan pangkat new team members / tenaga kerja

24

Upload: vocong

Post on 23-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja
Page 2: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

Salam Sejahtera!

Every Trienekens employee is constantly reminded that “Safety is Everybody’s Business”. More than just a catchphrase, the saying is a call for action that echoes in the technology of our business, in the service we provide and at our respective work areas. Over the last few years, we have concentrated on strengthening safety alignment across the company. This was achieved by promoting safety ownership at all levels, improving policies and enhancing safety as well as service standards with practical, measurable targets.

And how our efforts have paid off! Shortly after receiving a 2014 Chief Minister’s Environmental Gold Award, we were more recently honoured with several awards from both Shell Malaysia Berhad and Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Winning these awards has truly validated the focus we have placed on HSE, and encourages us to strive to deliver even higher standards of waste management services for our customers.

In this issue of Madah Kita, you will also see how many of our initiatives have highlighted training and development; community building and green education. These efforts represent our strong commitment to safeguard the wellbeing of our workforce, the local community and the environment.

Our company is proud of our accomplishments – none of which would have been achievable without the wonderful Trienekens men and women who have made quality, health, safety and the environment a true priority. I look forward to the future as we continue on our joint mission of exceptional achievements in all aspects of our operations.

Thank you.

Salam Sejahtera!

Setiap warga kerja Trienekens sentiasa diingatkan bahawa “Keselamatan adalah Urusan Setiap Individu”. Melebihi sebuah ungkapan, kata-kata itu bergema di dalam teknologi perniagaan kita, di dalam perkhidmatan yang kita hulurkan dan di tempat-tempat kita bekerja. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tumpuan telah dibuat agar keselarian keselamatan merangkumi seluruh syarikat. Ini berjaya dicapai melalui promosi pemilikkan di semua tahap, memperbaiki polisi-polisi dan meneguhkan standard keselamatan serta perkhidmatan dengan menetapkan sasaran-sasaran yang praktikal dan boleh diukur.

Usaha gigih kita telah membuahkan kejayaan! Sebaik sahaja menerima Anugerah Emas Alam Sekitar Ketua Menteri 2014, kita juga telah menerima beberapa anugerah daripada Shell Malaysia Berhad dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Penganugerahan ini telah mengiktiraf segala usaha yang telah kita curahkan untuk HSE, dan ini menaikkan semangat kita untuk terus menghulurkan perkhidmatan-perkhidmatan pengurusan sisa yang lebih berkualiti kepada para pelanggan.

Dalam isu terbaru Madah Kita ini, anda akan membaca dengan lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif yang menekankan latihan dan pembangunan; pembangunan komuniti dan pendidikan alam sekitar. Segala usaha-usaha ini menggambarkan komitmen kita terhadap memelihara kebajikan tenaga kerja, masyarakat setempat dan juga alam sekitar kita.

Syarikat amat berbangga dengan pencapaian-pencapaian tersebut – kesemuanya tidak mungkin tercapai tanpa usaha-usaha warga lelaki dan wanita Trienekens yang gigih mengutamakan kualiti, kesihatan, keselamatan dan alam sekitar. Saya teruja dengan masa depan kita sambil kita meneruskan usaha mencapai kecemerlangan di dalam semua aspek operasi kita.

Terima kasih.

Executive Chairman’s MessageWarkah Pengerusi Eksekutif

Mr. Jurgen Pickenhagen

Page 3: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 1

KIWMP• AddressingQuantityAndQualityWithTopClassWastewaterTreatmentTechnology 02 Menjaga Kuantiti Dan Kualiti Dengan Teknologi Rawatan Air Sisa Berkelas Tinggi

Business Development / Pembangunan Perniagaan• InTheSpotlight 04 Jadi Tumpuan

HSE & Human Resources / HSE & Sumber Manusia• QualityAssuranceWithAudits 06 Jaminan Kualiti Melalui Audit• DevelopingEnvironmentalGuardians 08 Membangun Penjaga Alam Sekitar• ANightToRemember 12 Malam Kenangan

Special Features / Rencana Khas• Thinking,Growing,LivingGreen 13 Berfikir, Membesar Dan Hidup Dengan Kehijauan

Our People / Rakan Sekerja Kita

• Promotions/Kenaikan Pangkat 19• NewTeamMembers/Tenaga Kerja Baru 20

Spot the Difference / Carikan Perbezaan 21

Madah Kita

Editorial Team

Advisor / Penasihat:

Elvin Wee

Concept & Editorial /

Konsep & Karangan:

Julan Yu Abit

Janet J. Balong

Contributors / Penyumbang:

AliceLee

Clare Kho

DayangSherrynazra

LeeYuWee

Sebastian Gagih Ipoi

CONTENTS /KANDUNGAN

Page 4: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

2 madah kita Issue 1 2015

KIWMP

The treatment of leachate wastewater is a multi-stage process to safely refurbish wastewater before it is reutilised, applied to land or re-enters water resources. In general, the characteristics of generated leachate wastewater depends mainly on local climatic conditions, besides also being affected by the waste’s initial moisture contents, solid waste composition, biochemical and physical transformations as well as changes in humidity levels.

In a pre-emptive move to mitigate possible negative impacts brought about by the increasing amount of waste and corresponding escalation in generated leachate wastewater, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd recently extended its leachate wastewater treatment plant at the Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP), so as to accommodate higher process capacities at better efficiency levels. With the expanded facility, an additional 400m3 volume of wastewater is now treated per day – an increase of approximately 65% of the former treatmentplant’s capacity that brings the overall combined treatment capacity to 1000m3 daily.

The project design utilises the latest technology and equipment to further remove nutrient contaminants present in leachate wastewater; as emphasised in the

Addressing Quantity And Quality With Top Class Wastewater Treatment TechnologyMenjaga Kuantiti Dan Kualiti Dengan Teknologi Rawatan Air Sisa Berkelas Tinggi

Environmental Quality (Control of Pollution from SolidWasteTransferStationandLandfill)Regulations2009.

Similar to the former facility, the extended plant consist of biological, chemical and physical treatment systems. The new wing however, also includes a biological tank with six sub-tanks to improve the efficiency of eradicating organic matter and nutrients in the leachate, while its Oxic tank is equipped with a submersible ejector. Inorganic and non-biodegradable matter are further removed in a chemical treatment stage and finally polished by sand and carbon filters to produce effluent that fulfils the requirements stated in the Second Schedule of the Regulation.

Besides quarterly surface water and groundwater monitoring by a third party professional body, discharged effluent from KIWMP is also sampled and tested daily to ensure that it meets regulatory requirements.

In support of environmental protection and awareness, Trienekens conserves and manages its water resources to ensure adequate and safe water. The company’s initiatives in achieving the key objectives towards a better water future is through managing water resources efficiently and effectively addressing aspects of both quantity and quality with top class wastewater treatment technology.

The leachate wastewater treatment plant’s expansion project design utilises the latest technology.Rekaan projek pengembangan loji rawatan air sisa leachate menggunakan teknologi terkini.

Page 5: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 3

KIWMP

INTERNATIONALINTEREST…Trienekens’ProjectsGeneralManager,AliceLee(3rdright)recentlyheadedatechnicaltourofthenewlycompletedplantexpansionbyavisitinggroupfromtheMunicipalitiesofOdenseandVCSDenmark.

PERHATIAN ANTARABANGSA…Pengurus Besar Projek Trienekens, Alice Lee (ke-3 kanan) telah mengetuai sekumpulan pelawat dari majlis tempatan Municipalities of Odense dan VCS Denmark untuk meninjau bahagian loji yang baru siap.

Rawatan air sisa leachate merupakan satu proses pelbagai peringkat bertujuan untuk membersih air sisa sebelum ia diguna semula di darat atau disalirkan kembali ke sumber-sumber air. Secara umumnya, sifat-sifat air sisa leachate yang terhasil banyak bergantung kepada keadaan cuaca tempatan, kandungan lembapan awal sisa, komposisi sisa pepejal, perubahan biokimia dan fizikal serta tahap kelembapan yang berubah-ubah.

Sebagai satu langkah awal untuk mengelak kesan-kesan negatif akibat peningkatan jumlah sisa dan penghasilan air sisa yang banyak, Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperluaskan loji rawatan air sisa leachatenya yang terletak di Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP) bagi menampung kapasiti memproses yang lebih tinggi pada kadar yang lebih efisien. Dengan fasiliti yang lebih luas, kini loji tersebut boleh merawat air sisa tambahan sebanyak 400m3 sehari –pertambahan sebanyak 65% berbanding dengan kapasiti loji rawatan terdahulu dan kini jumlah keseluruhan kapasiti merawat adalah sebanyak 1000m3 sehari.

Rekaan projek tersebut mengaplikasikan teknologi dan peralatan terkini bagi memastikan pencemar nutrien yang wujud di dalam air sisa leachate disingkirkan seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Mengawal Pencemaran dari Stesyen Pemindah dan Tapak Pelupusan) 2009.

Serupa dengan kemudahan terdahulu, sistem rawatan loji terbaru ini terbahagi kepada proses biologikal, kimia dan fizikal. Walau bagaimanapun, sayap baru dilengkapi dengan tangki biologikal bersama enam sub tangki untuk menyingkirkan bahan-bahan organik dan nutrien di dalam leachate. Tangki oksiknya pula dilengkapkan dengan penolak boleh tenggelam. Bahan-bahan bukan organik dan tidak terurai seterusnya dikeluarkan dalam peringkat rawatan kimia dan akhirnya digilap dengan pasir serta penuras karbon untuk menghasilkan efluen yang menepati keperluan yang disenarai dalam Jadual Kedua Peraturan tersebut.

Selain memantau kualiti air permukaan dan bawah tanah dengan kepakaran profesional pihak ketiga, sampel efluen yang dibuang dari KIWMP juga diambil dan dikaji setiap hari agar ia mematuhi peraturan.

Sebagai usaha menyokong pelindungan dan kesedaran alam sekitar, Trienekens memulihara dan mengurus sumber-sumber airnya supaya bekalan sedia ada cukup dan selamat. Syarikat mengambil langkah mengurus sumber-sumber airnya dengan efisien dan efektif melalui teknologi rawatan air sisa berkelas tinggi agar kuantiti dan kualitinya sentiasa terjamin di masa-masa hadapan.

Page 6: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

4 madah kita Issue 1 2015

BUSINESSDEVELOPMENT/PEMBANGUNANPERNIAGAAN

In The SpotlightJadi Tumpuan

Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, the operating company of Sarawak’s Integrated Solid Waste Management System, was recently the proud recipient of several awards presented by Shell Malaysia Berhad and Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) at the companies’ separate events.

On receiving the accolades, Trienekens’ Executive Chairman, Jurgen Pickenhagen said: “We are deeply honoured to receive these awards, especially as it signifies a joint achievement for all our staff. This has surely boosted the morale of our team members and we will strive to deliver even higher standards of waste management services for our customers.”

Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd., syarikat pengendali Sistem Pengurusan Sisa Bersepadu Sarawak, baru-baru ini telah menerima beberapa anugerah dari Shell Malaysia Berhad dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam majlis yang berasingan.

Pengerusi Eksekutif Trienekens (Sarawak) Jurgen Pickenhagen menyampaikan rasa penghargaannya di atas penerimaan anugerah tersebut berkata: “Kami amat berbesar hati dengan penganugerahan ini kerana ia melambangkan kejayaan yang dikongsi bersama dengan semua staf kami. Ia akan menaikkan lagi semangat anggota-anggota pasukan kami dan kami teruja untuk terus memberikan perkhidmatan mengurus sisa yang lebih berkualiti.”

Shell Malaysia Berhad highlighted how safety is fundamental to its corporate DNA when it feted its topcontractors and partners for exemplary leadership and performance in Health, Safety, Security and Environment standards at its second annual Shell Malaysia Safety Awards earlier this year.

The 2015 Shell Malaysia Safety Award winners and specially recognised partners collectively recorded over 19millionworkhourswithoutLostTimeInjury(LTI).Theawards were divided into three categories – Upstream, Downstream and Corporate – with Trienekens receivinga Silver Award under the Upstream category. General Manager of Business Development, Elvin Wee, receivedthe award on behalf of Trienekens.

Awal tahun ini Shell Malaysia Berhad telah menekankan betapa pentingnya keselamatan di dalam DNA korporatnya dengan mengiktiraf kontraktor-kontraktor dan rakan-rakannya yang telah menunjukkan standard kepimpinan dan prestasi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar yang cemerlang di majlis Anugerah Keselamatan Shell Malaysia.

Pemenang-pemenang dan rakan-rakan yang diiktiraf di Anugerah Shell Malaysia 2015 telah mencatat rekod keseluruhan masa bekerja tanpa Kecederaan Masa Hilang (LTI) sebanyak 19 juta jam. Anugerah-anugerah terbahagi kepada tiga kategori – Huluan, Hiliran dan Korporat. Trienekens telah menerima Anugerah Perak di bawah kategori Huluan. Anugerah tersebut telah diterima oleh Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin Wee sebagai wakil syarikat.

Trienekens’GeneralManagerofBusinessDevelopment,ElvinWee(3rdleft)andother2015ShellMalaysiaSafetyAwardwinnerswithChairmanofShellMalaysia,IainLo(6thleft)andTanSriLeeLamThye(7thright),ChairmanofboththeHumanResourcesMinistry’sNational Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) as well as the Ministry of Transportation’s Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin Wee (ke-3 kiri) dan pemenang-pemenang Anugerah Keselamatan Shell Malaysia bersama Pengerusi Shell Malaysia, Iain Lo (ke-6 kiri) dan Pengerusi Institut Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Kebangsaan (NIOSH) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye (ke-7 kanan).

Shell Malaysia Safety Award / Anugerah Keselamatan Shell Malaysia

Page 7: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 5

BUSINESSDEVELOPMENT/PEMBANGUNANPERNIAGAAN

Trienekens Bags Two PETRONAS Outstanding Vendor Awards (OVA)Trienekens Terima Dua Anugerah Pembekal Cemerlang PETRONAS

EXEMPLARYPERFORMANCE…SarawakChiefMinisterDatukPatinggiTanSriAdenanSatem(2ndright)presentedTrienekens’GeneralManagerforBusinessDevelopment,ElvinWeewiththeSarawakOVA2015ataspecialceremonyinKuching.LookingonarePETRONASChairman,TanSriSidekHassan(extremeleft)andMalaysiaLNGSeniorGeneralManager,EncikDzafriShamAhmad.

PRESTASI CEMERLANG… Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (ke-2 kanan) menyampaikan anugerah OVA Sarawak 2015 kepada Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin Wee di Kuching sambil diperhatikan oleh Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Sidek Hassan (hujung kiri) dan Pengurus Besar Kanan Malaysia LNG, Encik Dzafri Sham Ahmad.

OUTSTANDINGACHIEVEMENT…Trienekens’GeneralManagerofBusinessDevelopment,ElvinWee(extremeleft)receivedtheUpstreamOVA2015fromDatukMohdAnuarTaibatthePETRONASCarigaliOVAinKualaLumpur.

PENCAPAIAN CEMERLANG…Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin Wee (hujung kiri) menerima OVA Huluan 2015 daripada Datuk Mohd Anuar Taib di OVA PETRONAS Carigali di Kuala Lumpur.

The company recently won two Outstanding Vendor Awards (OVA) from PETRONAS subsidiaries, PETRONAS Carigali Sdn Bhd and Malaysia LNG Sdn Bhd, for itsexceptional performance and delivery in 2014.

Trienekens was among the 23 local and internationaloil and gas service companies who received the OVA (non-plant services) from PETRONAS Carigali President, who is also PETRONAS Senior Vice President (Upstream Malaysia),DatukMohdAnuarTaibinaceremonyheldatDewanFilharmonikPETRONASonApril21.Thecompanyalso received a Sarawak OVA (non-plant services) from Malaysia LNG during a special PETRONAS OVApresentation ceremony officiated by Sarawak Chief MinisterDatukPatinggiTanSriAdenanSateminKuchingon April 24.

The Outstanding Vendor Awards is a recognition accorded by PETRONAS to its contractors for their exemplary performance in Health, Safety and Environment (HSE), reliability, responsiveness and respectability.

Syarikat baru-baru ini telah memenangi dua Anugerah Pembekal Cemerlang dari subsidiari PETRONAS; PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. dan Malaysia LNG Sdn. Bhd. di atas prestasi dan penyerahan yang luar biasa pada tahun 2014.

Trienekens merupakan salah satu daripada 23 syarikat perkhidmatan minyak dan gas tempatan dan antarabangsa menerima OVA (perkhidmatan bukan loji) daripada Presiden PETRONAS Carigali, yang juga Naib Presiden Kanan PETRONAS (Huluan Malaysia), Datuk Anuar Taib di satu majlis yang diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 21 April. Syarikat juga menerima OVA Sarawak (perkhidmatan bukan loji) dari Malaysia LNG di satu majlis penyampaian OVA PETRONAS istimewa dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Kuching pada 24 April.

Anugerah-anugerah Pembekal Cemerlang tersebut merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh PETRONAS kepada kontraktor-kontraktornya yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam aspek Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), kebolehpercayaan, tindak balas dan kehormatan.

Page 8: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

6 madah kita Issue 1 2015

Quality Assurance With AuditsJaminan Kualiti Melalui Audit

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

Recognising how having an effective audit system is vital for a business’ credibility, the core of Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd’s management structure is supported by a stringent quality audit system. In addition, the company also observes audits by regulatory bodies and customers according to their varying procedures.

Menyedari betapa pentingnya sistem audit yang efektif dalam menentukan kebolehpercayaan sesebuah perniagaan, struktur pengurusan Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. adalah berteraskan satu sistem audit kualiti yang ketat. Ini ditambah pula dengan komitmen syarikat untuk mematuhi audit-audit badan perundangan dan pelanggan sedia ada mengikut prosedur-prosedur masing-masing.

Earlier this year, Shell conducted their annual audit and site verification visit at Trienekens’ facilities. A key element of the audit was the examination of each stage of the company’s HSE Plan; measuring compliance with the organisation’s developed controls to ultimately evaluate the Plan’s effectiveness and viability. Pictured here are Shell representatives Noor Jahan Majed (front row, 2nd left),SimBengTee(backrow,2ndleft)andFairozSamsudin (back row, extreme right) with Trienekens’ GeneralManagerofBusinessDevelopment,ElvinWee(back row, 2nd right) and other Trienekens staff.

Awal tahun ini, Shell telah menjalankan audit tahunan dan lawatan pengesahan tapaknya di kemudahan-kemudahan Trienekens. Elemen utama audit terdiri daripada pemeriksaan ke atas setiap peringkat Pelan HSE syarikat; mengukur pematuhan kepada kawalan-kawalan yang dibangunkan oleh organisasi dan juga menilai keberkesanan dan daya maju Pelan tersebut. Gambar menunjukkan wakil-wakil Shell, Noor Jahan Majed (baris depan, ke-2 kiri), Sim Beng Tee (baris belakang, ke-2 kiri) dan Fairoz Samsudin (baris belakang, hujung kanan) bersama dengan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin Wee (baris belakang, ke-2 kanan) dan kakitangan-kakitangan Trienekens.

A waste management process audit byShellMiddleDistillateSynthesis’HSSEQsectionwasrecentlycarriedoutinKIWMP.LeadingthesessionwasTrienekens’BintuluBranchDivisionManager, Patricia Susie Nyisong (front row, extreme left).

Bahagian HSSEQ Shell Middle Distillate Synthesis baru-baru ini telah menjalankan satu audit ke atas proses pengurusan sisa di KIWMP. Sesi tersebut diketuai oleh Pengurus Bahagian, Cawangan Trienekens Bintulu, Patricia Susie Nyisong (baris depan, kiri hujung).

Page 9: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 7

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

TrienekensrecentlywelcomedapanelfromAseanBintuluFertilizer(ABF)toKIWMPforaHSEprocedurereview.Thesessioninvolvedprocess and documentation assessments, as well as a technical inspection of the waste disposal facilities.

Trienekens telah menerima kunjungan beberapa pegawai dari Asean Bintulu Fertilizer (ABF) yang tiba di KIWMP untuk melakukan penilaian prosedur HSE. Sesi meliputi ulasan ke atas proses dan dokumentasi termasuk pemeriksaan teknikal ke atas kemudahan-kemudahan pelupusan sisa.

In ensuring the company’s HSE practices are in-line with the regulations of both the Occupational Safety andHealthAct1994andtheFactoriesandMachineryAct1967,theDepartmentofOccupationalSafetyandHealth(DOSH)administeredanindustrialhygieneaudit at KIWMP. In attendance were Trienekens’ HWI DepartmentManager,GeojiJusua(extremeleft)andHSS Executive, Sebastian Gagih Ipoi (extreme right).

Dalam memastikan amalan-amalan HSE syarikat selari dengan peraturan Akta Keselamatan Pekerja dan Kesihatan 1994 dan Akta Kilang-kilang dan Jentera 1967, Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (DOSH) telah menjalankan audit kesihatan industri di KIWMP. Hadir mewakili Trienekens semasa audit tersebut adalah Pengurus Jabatan HWI, Geoji Jusua (hujung kiri) dan Eksekutif HSS, Sebastian Gagih Ipoi (hujung kanan).

FollowingthecompletionofthefirsttwophasesoftheSanitaryLandfillRecultivationproject,agroupof officers from the Ministry of Resource Planning and Environment (MRPE) together with the Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak, conducted a verification visit at the project site. Trienekens’ProjectsGeneralManager,AliceLee(2ndright) led the inspection.

Susulan daripada penyiapan dua fasa pertama projek Pemuliharaan Tapak Pelupusan, beberapa orang pegawai dari Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, telah membuat lawatan pengesahan ke tapak projek. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Projek, Alice Lee (ke-2 kanan).

Page 10: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

8 madah kita Issue 1 2015

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

Developing Environmental Guardians Membangun Penjaga Alam Sekitar

AstrongadvocateofTrainingandDevelopment,Trienekens(Sarawak)SdnBhdembracesa“continuouslearning”culture,which is strengthened by effective training programmes as a method to support employee growth. In addressing the differentneedsofthecompany’semployees,theHumanResourcesDepartmentrecentlyrolledoutaseriesoftrainingprogrammes that focussed on both technical and behavioural skills development.

Sebagai penyokong tegar aspek Latihan dan Pembangunan, budaya “pembelajaran berterusan” adalah satu keutamaan di dalam Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. Ia diperkuatkan dengan adanya program-program latihan yang efektif dan digunakan sebagai satu cara untuk membantu membina perkembangan pekerja. Dalam memenuhi keperluan pekerja yang berbeza-beza, Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan beberapa siri latihan untuk meningkatkan kepakaran teknikal dan tingkah laku masing-masing.

Training by Shell / Latihan oleh Shell

Earlierthisyear,ShellheldatrainingsessionforTrienekens’KuchingLogisticsDivisionandKuchingIntegratedWasteManagementParkstaff.Theprogrammeincludedseveralimportantdriving-relatedtopicsincluding“FatigueManagementAwareness” and “Journey Management”; besides also covering a session on “Conducting Toolbox Talks”.

Shell telah mengadakan satu sesi latihan untuk pekerja Trienekens dari Bahagian Logistik Kuching dan Kuching Integrated Waste Management Park. Program tersebut menyentuh beberapa topik penting berkaitan cara memandu seperti “Kesedaran Menangani Keletihan”, “Pengurusan Perjalanan” dan “Cara-cara Mengadakan Taklimat Kotak Alat”.

Page 11: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 9

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

2015 Management Training / Kursus Pengurusan 2015

Satu pasukan pengurusan yang bersemangat, kreatif, bersatu dan beretika tinggi adalah pengerak utama dalam mencapai perkembangan dan hasil yang bermakna untuk mana-mana perniagaan. Pasukan pengurusan yang cekap berupaya membawa syarikat maju ke hadapan.

Seramai 45 orang kakitangan pengurusan telah menyertai Kursus Pengurusan Tahunan syarikat sebagai satu usaha mengukuh kembali prinsip-prinsip kepimpinan dan mempertingkatkan kemahiran pengurusan.

Program dibahagikan kepada dua sesi di mana kakitangan penyelia dan eksekutif Trienekens menghadiri kursus “Kemahiran Kepimpinan Efektif untuk Penyelia & Eksekutif” sementara Pengurus-pengurus syarikat menghadiri bengkel bertajuk “Pemikiran Kreatif & Kritikal untuk Pengurus-pengurus”. Para peserta dilatih untuk memahami, membangun dan mengamal pemikiran yang pantas dan inovatif dalam skop kerja masing-masing.

A driven, creative, united management team with strong ethics is a powerful tool in achieving significant development and results for any business. Having a strong management team is even more crucial if a business wishes to grow progressively.

In revisiting the principles of leadership and enhancing managerial skills, 45 of Trienekens’ management staff recently attended the company’s Annual Management Training.

Held over two separate sessions, the programme saw Trienekens’ supervisory and executive staff attend the “EffectiveLeadershipSkillsforSupervisors&Executives”course, while the company’s Managers attended a workshop entitled “Creative & Critical Thinking for Managers”, which ultimately challenged delegates to understand, develop and practice swift, innovative thinking within their individual work scopes.

Page 12: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

10 madah kita Issue 1 2015

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

Lubricants Handling Training by Petron / Kursus Latihan Penggunaan Pelincir oleh Petron

Trienekens’LogisticsandKIWMPMaintenanceteammembersrecentlyattendedahalf-dayrefresherprogrammeontheproperapplicationandmanagementoflubricants,engineoilsandgreases.ThetrainingwasconductedbyYimYokeLun(pictured3rdleft),achiefengineerspecialisinginmachinerylubricationwithmorethan25yearsofexperience.

Beberapa anggota pasukan Penyelenggaraan Logistik dan KIWMP telah menyertai satu program tentang penggunaan dan pengurusan pelincir, minyak enjin dan gris. Latihan separuh hari tersebut dikendalikan oleh Yim Yoke Lun (ke-3 kiri), seorang ketua jurutera yang pakar di dalam bidang pelinciran jentera dengan pengalaman lebih 25 tahun.

Defensive Driving Training by JPJ / Latihan Pemanduan Berhemah oleh JPJ

TheRoadTransportDepartment (JPJ) recently conductedadefensivedriving training session for Trienekens’BintuluBranchscheduledwasteoperationsteam.Besidesunderliningtheregulations inMalaysia’sRoadTransportAct1987specific to commercial transportation and heavy vehicles, the training also focussed on handling emergency situations and proper driving ethics.

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) baru-baru ini telah mengadakan satu sesi latihan pemanduan berhemah untuk pasukan operasi sisa jadual berbahaya Trienekens Cawangan Bintulu. Selain menekankan peraturan-peraturan khusus berkaitan pengangkutan komersial dan kenderaan berat di dalam Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987, latihan tersebut juga telah merangkumi cara-cara menangani keadaan kecemasan dan etika-etika memandu yang betul.

Page 13: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 11

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

PPE Training and Respirator Fit Test/Check by SainstradeKursus Latihan PPE dan Ujian/Pemeriksaan Kesesuaian Respirator oleh Sainstrade

Certified 3M trainers recently conducted a series ofrefresher trainings on Personal Protective Equipment (PPE) for all Trienekens’ scheduled waste handlers across Kuching and Bintulu. The exercise provided participants with further information on the selection, usage and maintenance of PPE, depending on their areas of operation and possible work hazards. The training also includeda Respirator Fit Test/Check session to ensure staffrespirators are suitable for use.

Beberapa orang pelatih 3M bertauliah telah mengadakan satu latihan ulang kaji tentang Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk semua pengendali sisa terjadual Trienekens dari Kuching dan Bintulu. Latihan tersebut mendedahkan para peserta tentang cara memilih, mengguna dan menyelenggara PPE mengikut kesesuaian tempat mereka beroperasi dan risiko bahaya di tempat kerja. Kursus turut memuatkan sesi Ujian/Pemeriksaan Kesesuaian Respirator bagi memastikan semua peralatan sesuai dan selamat untuk digunakan.

A trainer performs a respirator fit test on one of the participants. Seorang pelatih sedang menguji kesesuaian respirator dengan salah seorang peserta.

Page 14: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

12 madah kita Issue 1 2015

HSE&HUMANRESOURCES/HSE&SUMBERMANUSIA

A Night To RememberMalam Kenangan

Close to 400 employees of Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd rocked down memory lane at the company’s “Rock Kapak” themed 2014 annual staff dinner.

Attractiveluckydraws,gamesandaliverockbandperformanceaddedpizazzto the lively programme before culminating in the announcement of Trienekens’ Best Employees, accorded annually to team members in recognition for outstanding services and dedication.

Categorywinnersfor2014wereLiewYiewLinfromLogistics;CeciliaLawfromHeadquarters;ToniLadiRiketfromKuchingIntegratedWasteManagementPark(KIWMP) and Mexswell Unting from Bintulu Branch. Meanwhile, the coveted Best Employee (Overall) award went to Geoji Jusua from KIWMP. Each award recipientbroughthomeaCertificateofExcellenceandacashprize.

Hampir 400 warga kerja Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. telah mengegarkan suasana majlis makan malam staf syarikat 2014 dengan tema “Rock Kapak”.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, permainan dan persembahan kugiran rock. Program majlis juga dilengkapkan dengan acara penyampaian anugerah Pekerja-pekerja Terbaik Trienekens 2014 di mana beberapa anggota pasukan dianugerahkan di atas perkhidmatan dan dedikasi cemerlang mereka.

Para penerima anugerah terdiri daripada Liew Yiew Lin dari Logistik; Cecilia Law dari Ibu Pejabat; Toni Ladi Riket dari Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP) dan Mexswell Unting dari Cawangan Bintulu. Sementara itu, anugerah rebutan Pekerja Terbaik (Keseluruhan) disampaikan kepada Geoji Jusua dari KIWMP. Penerima-penerima anugerah membawa pulang Sijil Kecemerlangan dan hadiah wang tunai.

Chief Executive Officer, Ting Ching Zung (left) presented the 2014 Best Employee (Overall) award to Geoji Jusua.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ting Ching Zung (kiri) menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik (Keseluruhan) 2014 kepada Geoji Jusua.

BestEmployee(Logistics),LiewYiewLin(right) received his award from Senior ManagerofLogistics&Services,SariusLee.

Pekerja Terbaik (Logistik) Liew Yiew Lin (kanan) menerima anugerah beliau dari Pengurus Kanan, Logistik & Servis, Sarius Lee.

SeniorManagerofFinance&HumanResources, Tan Show Boon (left) poses with Best Employee (Headquarters), CeciliaLaw.

Pengurus Kanan Kewangan & Sumber Manusia, Tan Show Boon (kiri) bergambar bersama Pekerja Terbaik (Ibu Pejabat), Cecilia Law.

GeneralManagerofBusinessDevelopment,ElvinWee(left)presentedMexswell Unting with the Best Employee (Bintulu Branch) award.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Elvin Wee menyampaikan anugerah Pekerja Terbaik (Cawangan Bintulu) kepada Mexswell Unting.

BestEmployee(KIWMP),ToniLadiRiket (right) with General Manager of Treatment&Disposal,SimonChow.

Pekerja Terbaik (KIWMP), Toni Ladi Riket (kanan) bersama Pengurus Besar Rawatan & Pelupusan, Simon Chow.

Page 15: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 13

SPECIALFEATURES/RENCANAKHAS

Thinking, Growing, Living GreenBerfikir, Membesar Dan Hidup Dengan Kehijauan

A successful Corporate Social Responsibility (CSR) plan is guided by solid principles and integrated in a company’s business process with the unified commitment of all its organisational units. With the aims of building a healthy, safe and environmentally sustainable community, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd’s CSR plan includes a wide scope of programmes aligned to its corporate vision, mission and policies. As part of its annual calendar of events, the company’s Corporate CommunicationsDepartmentrecentlyrolledoutaseriesofCSRactivitiesinvolvingphilanthropy,communitydevelopmentand education.

Kejayaan sesuatu pelan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ditentukan oleh keteguhan prinsip-prinsip dan komitmen semua unit operasi untuk menyerapnya ke dalam proses-proses perniagaan. Bermatlamat untuk membina masyarakat yang sihat, selamat dan lestari, pelan CSR Trienekens menggariskan skop program yang luas dan selari dengan visi, misi dan polisi korporat. Selari dengan kalendar aktiviti tahunannya, Jabatan Komunikasi Korporat telah menganjurkan beberapa siri aktiviti amal, pembangunan komuniti dan pendidikan.

GIVINGHOPE…MVLogosHopeisashipoperatedbytheGermanbasednon-profitorganisationGoodBooksforAll(GBA).Knownas“theworld’slargestfloatingbookstore”,LogosHopecarriesamulticulturalcrewandstaffofaround400volunteers.TheshipportedinKuching in April, staying for a month before leaving for the Philippines. While in Kuching, Trienekens was a Silver sponsor of the ship, providing complimentary waste management services for their duration of stay. Pictured here is Trienekens’ Executive Chairman, Jurgen Pickenhagen,flankedbyLogosHope’sProjectManager,NathanLeRoux(left)andPastorJeffreyWeioftheGoodNewsChurchafterTrienekens’ sponsorship agreement signing.

MENGHULUR HARAPAN…MV Logos Hope merupakan sebuah kapal yang dikendalikan oleh sebuah organisasi bukan untung Good Books for All (GBA) yang berpusat di Jerman. Dikenali sebagai “kedai buku terapung terbesar di dunia”, Logos Hopo membawa seramai 400 orang kru, staf dan sukarelawan dari pelbagai budaya. Kapal tersebut berlabuh selama sebulan di Kuching sejak bulan April sebelum bertolak ke Filipina. Semasa di Kuching, Trienekens merupakan penaja kapal berkategori Perak di mana ia telah menyumbangkan perkhidmatan mengurus sisa secara percuma sepanjang tempoh kapal berlabuh. Gambar menunjukkan Pengerusi Eksekutif Trienekens, Jurgen Pickenhagen diapit oleh Pengurus Projek Logos Hope, Nathan Le Roux (kiri) dan Pastor Jeffrey Wei dari Gereja Good News selepas Trienekens menandatangani perjanjian penajaan.

Charitable Contributions / Sumbangan Amal

An important part of Trienekens’ CSR plan involves philanthropic initiatives in support of worthy causes. The company’s corporate philanthropy range from direct contributions to gift programmes, technical expertise or provision of services.

Sebagai tanda sokongan ke atas usaha-usaha masyarakat murni, kandungan pelan CSR Trienekens melibatkan beberapa kerja-kerja amal seperti penyerahan sumbangan, hadiah-hadiah, kepakaran teknikal atau penyerahan perkhidmatan.

Page 16: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

14 madah kita Issue 1 2015

SPECIALFEATURES/RENCANAKHAS

FORTHEPEOPLE…Trienekens’SeniorManagerofLogisticsandServices,SariusLee(top)handedoverthecompany’sdonationof200 plastic chairs to Kampung Sungai Tapang for use in the village hallwhileHWIDepartmentManager,GeojiJusua(left)didthesamefor the congregation of St Mark’s Chapel, Peramas.

UNTUK MASYARAKAT…Pengurus Kanan Logistik & Perkhidmatan Trienekens, Sarius Lee (atas) menyerahkan sumbangan 200 buah kerusi plastik kepada Kampung Sungai Tapang untuk kegunaan di dewan serbagunanya sementara Pengurus Jabatan HWI, Geoji Jusua (kiri) juga menyerahkan kemudahan yang serupa kepada anggota jemaah Gereja St. Mark, Peramas.

COMMUNITYSUPPORT…TabikaKEMASSungaiTapang’srepresentativereceivedprizesforitsgraduationceremonyfromTrienekens’ProjectsGeneralManager,AliceLee(left);whileSKStAugustineMambong’sPTArepresentativereceivedhampersfromDepartmentManager of Corporate Communications, Julan Yu Abit (right) for the school’s annual fundraising gala.

MENYOKONG KOMUNITI… Seorang wakil Tabika KEMAS Sungai Tapang menerima hadiah untuk majlis penyampaian sijilnya daripada Pengurus Besar Projek Trienekens Alice Lee (kiri); sementara wakil PIBG SK St Augustine Mambong menerima hadiah hamper untuk majlis kutipan amal tahunan sekolah dari Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Julan Yu Abit (kanan).

Page 17: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 15

SPECIALFEATURES/RENCANAKHAS

Working With Kampung Seratau / Berganding Bahu dengan Kampung Seratau

Trienekens continued its CSR initiatives by joining the Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP)’s closest neighbouring village, Kampung Seratau in several “gotong – royong” (work party) activities, with the objectives of promoting a culture of cleanliness while simultaneously improving public facilities.

InthankingTrienekens’stafffortheirinvolvementintherecentevents,GeneralManagerofBusinessDevelopment,ElvinWee also expressed his hope that the participants would continue to actively involve themselves in similar community service efforts. He added, “The spirit of ‘gotong – royong’ is part of Sarawak’s unique tradition and identity. Through frequent volunteerism works, participants will ultimately be able to share and help out one another on the basis of trust, forging bonds that last long after an event is over.”

Usaha-usaha CSR Trienekens diteruskan dengan beberapa aktiviti gotong-royong bersama jiran terdekat Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP) iaitu Kampung Seratau. Ia bertujuan untuk mewujudkan budaya masyarakat dan alam sekitar bersih serta pada masa sama, memperbaiki kemudahan-kemudahan awam.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin mengucap terima kasih kepada para kakitangan syarikat di atas kerjasama yang diberikan dan beliau juga berharap agar para peserta akan terus melibatkan diri secara aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Tambah beliau, “Semangat bergotong-royong merupakan tradisi dan identiti Sarawak yang unik. Melalui kerja-kerja sukarelawan, para peserta dapat berkongsi tenaga dan saling membantu berdasarkan kepercayaan serta menjalin hubungan berkekalan sehingga selepas aktiviti berakhir.”

NEIGHBOURS…Trienekens’staffwithKampungSeratauresidentsgottogethertoinMaytoconductcleaningandrepairworksatthevillage hall.

JIRAN TETANGGA…Kakitangan Trienekens dan para penduduk Kampung Seratau bergabung tenaga membersih dan membaiki dewan serbaguna kampung pada bulan Mei lepas.

SKILLEDHELPERS…Besidesexteriorandinteriorcleaning,volunteersalsoreplacedthehall’sfencing.PEMBANTU MAHIR… Selain membersih bahagian luar dan dalam dewan, para sukarelawan juga telah menggantikan pagar dewan.

Page 18: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

16 madah kita Issue 1 2015

SPECIALFEATURES/RENCANAKHAS

IMPROVED…TrienekensalsoassistedKampung Seratau to upgrade the village’s concrete bin centre. Seen here at the newly improved bin centre are General Manager ofBusinessDevelopment,ElvinWee,(3rdright)andvillageheadLambertAnthony(3rdleft). Present on site as well were Penghulu John Jentor (4th left), MPP Councillor Vincent Richard Rindas (2nd left), Trienekens’ General ManagerofTreatmentandDisposal,SimonChow (2nd right) and KIWMP Maintenance Manager Christo Michael (extreme right).

PEMBAIKAN… Trienekens juga telah menghulur bantuan kepada Kampung Seratau untuk menaiktaraf pusat bin berkonkritnya. Kelihatan dalam gambar ialah Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Trienekens, Elvin Wee (ke-3 kanan) dan Ketua Kampung Lambert Anthony (ke-3 kiri). Turut hadir di tapak ialah Penghulu John Jentor, (ke-4 kiri), Ahli Majlis MPP Vincent Richard Rindas (ke-2 kiri), Pengurus Besar Rawatan & Pelupusan Trienekens, Simon Chow (ke-2 kanan) dan Pengurus Penyelenggaraan KIWMP Christo Michael (hujung kanan).

Badminton Bonding / Ikatan Badminton

90 shuttlers from the Padawan Municipal Council (MPP), Council of the City of Kuching South (MBKS), Commission of theCityofKuchingNorth (DBKU),NaturalResourcesandEnvironmentBoard (NREB)SarawakandtheDepartmentofEnvironment (DOE)Sarawak recently tookpart inTrienekens’ second friendly Inter-AgenciesBadmintonTournament.Held at the Sentosa Sports Centre, the event aimed to promote healthy living through sports while fostering closer relationships with the invited agencies.

90 pemain dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak baru-baru ini telah mengambil bahagian di dalam satu pertandingan persahabatan Kejohanan Badminton Antara Agensi dianjurkan kedua kalinya oleh Trienekens. Diadakan di Pusat Sukan Sentosa, acara sukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan dan pada masa sama, mengerat hubungan sesama agensi.

GREATMATCH…Trienekens’managementteamwithTeamDBKUwhowon1stRunner-Up.PERLAWANAN HEBAT… Pihak pengurusan Trienekens bergambar bersama naib juara perlawanan, Pasukan DBKU.

Page 19: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 17

SPECIALFEATURES/RENCANAKHAS

Little Green Steps / Langkah-langkah Hijau Si Cilik

With the long term objective of improving behavioural trends and aptitude towards waste and environmental management, Trienekens views green education as an essential element of its CSR structure. The company aspires to inspire children to be “wiser to waste” – to grow up to value the significance of their own roles and responsibilities in ensuring ecological protection. Over the past six months, Trienekens has carried out several green education programmes, among them its Recycling Programme for Schools. Currently running simultaneous in five schools across the city, the long-term project was initiated with the objective of firmly setting a foundation of habitual waste segregation through engaging, fun, interactive curriculums.

Trienekens menganggap pendidikan alam sekitar merupakan salah satu elemen penting di dalam struktur CSRnya kerana ia adalah salah satu cara jangkamasa panjang untuk memperbaiki trend kelakuan dan sikap terhadap pengurusan sisa dan alam sekitar. Syarikat berusaha untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘bijak mengurus sisa’ – membesar dan menghargai kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka dalam melindungi ekologi. Sepanjang enam bulan lepas, Trienekens telah mengadakan beberapa program pendidikan alam sekitar, salah satunya adalah Program Kitar Semula untuk Sekolah-sekolah. Program jangka panjang ini sedang berjalan di lima buah sekolah sekitar bandaraya dan ia bertujuan untuk memupuk tabiat asas mengasing sisa melalui cara yang menarik, menyeronokkan dan interaktif.

Trienekens’ own education programme, “Wise Up To Waste” tailors syllabuses to suit children from kindergarten to university levels. The companyrecentlyrantheprogrammeattheEcoLodgeCareCentre(above)thatincludedasurprisetruckdemonstrationforthechildren!

Program pendidikan Trienekens ‘Bijak Mengurus Sisa’ menawarkan sukatan pelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak tahap tadika sehingga universiti. Syarikat telah menjalankan program tersebut di Pusat Jagaan Eco Lodge (atas) dan membuat kejutan istimewa dengan mengadakan demonstrasi trak kepada para pelajar di pusat tersebut.

ThecompanyrecentlycollaboratedwiththeDepartmentofEnvironment(DOE)Sarawaktoorganiseanenvironmentalawareness day for Tabika KEMAS Kampung Mambong. Trienekens’DepartmentManagerofCSR,JanetBalong(standing extreme left) ran a children’s workshop as part of day’s programme.

Trienekens telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak menganjurkan hari kesedaran alam sekitar untuk Tabika KEMAS Kampung Mambong. Pengurus Jabatan CSR, Janet Balong (berdiri hujung kiri) mengendalikan bengkel untuk murid-murid sempena program tersebut.

Page 20: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

18 madah kita Issue 1 2015

SPECIALFEATURES/RENCANAKHAS

Talks, games, workshops and contests are all part of Trienekens’ Recycling Programme for Schools. Once a school has been enlisted in the programme, a yearly continuance plan is mapped out and executed to ensure the programme’s effectiveness and sustainability.

Ceramah, permainan, bengkel dan pertandingan merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti Program Kitar Semula Trienekens untuk Sekolah-sekolah. Dengan menyertai program tersebut, satu pelan tindakan tahunan akan disediakan dan dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan kemampanan program.

Page 21: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

madah kita Issue 1 2015 19

OURPEOPLE/RAKANSEKERJAKITA

Promotions / Kenaikan Pangkat

Katherine Kong Siaw ChinDivisionManager,CEO’sOffice(MG2)Pengurus Bahagian, Pejabat CEO (MG2)

Patricia Susie NyisongDivisionManager,BintuluBranch(MG2)Pengurus Bahagian, Cawangan Bintulu (MG2)

Doreen LangSenior Executive Administrator (E3)Pentadbir Eksekutif Kanan (E3)

Charles GiyowGeneralOperationsAssistant,LF(NET4)Pembantu Operasi Am, LF (NET4)

Lawinia KlawriaTeamLeader,HWI(NET6)Ketua Pasukan, HWI (NET6)

Gordion SajodGeneralOperationsAssistant,LF(NET4)Pembantu Operasi Am, LF (NET4)

Willy Da’auTeamLeader,HWI(NET6)Ketua Pasukan, HWI (NET6)

Lee Yu WeeSeniorEngineer,LWTP(ET3)Jurutera Kanan, LWTP (ET3)

Marcellus RinyomGeneralOperationsAssistant,LF(NET4)Pembantu Operasi Am, LF (NET4)

Page 22: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

20 madah kita Issue 1 2015

OURPEOPLE/RAKANSEKERJAKITA

Promotions / Kenaikan Pangkat

New Team Members / Tenaga Kerja Baru

Kuching Head Office & Depot / Ibu Pejabat Kuching & Depot

Ahmad Arbie MohamadJuniorSupervisor,HWI(NET7)Penyelia Muda, HWI (NET7)

Marilyn MartinAdministrator,HSE(NE8)Pentadbir, HSE (NE8)

Bernadine BarnabasTechnician1,Lab(NET5)Juruteknik 1, Makmal (NET5)

Bintulu Branch / Cawangan Bintulu

Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP), Mambong

Alistair MingguJunior Supervisor, Maintenance(NET7)Penyelia Muda, Penyelenggaraan (NET7)

Affendi AzmanDriver(NET4)Pemandu (NET4)

Tadius SagotDriver(NET4)Pemandu (NET4)

Gabriel GamutDriver(NET4)Pemandu (NET4)

Zawawi SediDriver(NET4)Pemandu (NET4)

Page 23: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

SPOTTHEDIFFERENCE/CARIKANPERBEZAAN

Spot the Difference / Carikan PerbezaanSpotandcircleall12differencesinthephotosbelowandwinaSONYWalkmanDigitalMediaPlayer.Cari dan bulatkan kesemua 12 perbezaan di dalam gambar-gambar berikut dan menangi satu Pemain Media Digital Walkman Sony.

Name/Nama

ICNo./No. KP

AreyouaTrienekensStaff ?/Adakah anda pekerja Trienekens? Yes/Ya No/Tidak

(Ifyes/Jika ya)Trienekens’EmployeeNo./No. Pekerja Trienekens: Address/Alamat

Tel.No./No. Tel

PersonalDetails/Butiran Peribadi

Please send in your entry to the following address before 15 October 2015.Lateentries will not be entertained. Sila kembalikan penyertaan anda ke alamat berikut sebelum 15 Oktober 2015. Penyertaan lewat tidak akan dilayan.

Corporate Communications Department, Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. 216JalanSungaiTapang,Lot2040Block15MTLD,93250Kuching,Sarawak.

Congratulations to Marilyn Martin, winner oflastissue’sSpotTheDifferencecontest.MarilynreceivesherprizefromGeneralManagerofBusinessDevelopment,ElvinWee.

Tahniah kepada Marilyn Martin, pemenang peraduan Carikan Perbezaan yang lepas. Marilyn menerima hadiah beliau dari Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Elvin Wee.

Page 24: Promotions / Kenaikan Pangkat New Team Members / Tenaga Kerja

Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. (485296-V)“Your Powerful Partner In Environmental Management”

Headquarters (Kuching)216JalanSungaiTapang,Lot2040Block15MTLD,93250Kuching,Sarawak, Malaysia.Tel :+6082610700Hotline :+6082612300Fax :+6082620120Email : [email protected]

Bintulu Branch & DepotLot4034Block26,KemenaLandDistrict,Kidurong Industrial Estate,Jalan Tanjung Kidurong97000Bintulu,Sarawak, Malaysia.Tel :+6086253959Fax :+6086253115Email : [email protected]

www.trienekens.com.my