tekstil melayu: sejarah fungsi, simbol dan …...tekstil melayu: sejarah fungsi, simbol dan...

17
Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional Malay culture. lis origin can be traced back to the 15th. century A. D. Its development underwent several stages as the result of internal and external influences. The first stage in its development was the discovery of the techniques of making thread and this was followed by the invention of the weaving techniques. The earliest technique was ikat tunggal and then followed by the ikat gantla. weaving sulam, weaving pakon. In order to provide designs and motifs on the textile, various techniques were developed such as batik, telepuk, and ikat. The sources for the tradilionalliterature texts, and private collections. Beside studying techniques and tpes one can also study function, symbolism and aesthetic values aI/ached 10 them. PENGENALAN Tulisan ini cuba memperkatakan tentang tekstil Melayu sebagai bahan budaya benda (material culture) tradisional yang telah dikenalpasti sebagai hasil kraftangan masyarakat Melayu sejak abad ke-15 lagi. Pembicaraan dari fakta sejarah dan perkembangan tekstil tidak terbatas kepada wilayah Melayu Semenanjung tetapijuga saling berkaitan dengan beberapa wilayah Melayu lainnya yang disorot dari pemahaman pengajian budaya Melayu serantau. Tekstil Melayu juga dapat diertikan sebagai kraftangan yang dihasil atau dipakai oleh kelompok masyarakat Melayu sebagai bahan keIengkapan pakaian harian atau dalam acara adat. Misalnya istilah kain tenun Bugis. Walaupun pada asalnya dirujukkan kepada kain tenunan yang dihasilkan oleh tukang Bugis, tetapi dalam konteks budaya Melayu Serantau ia juga turu! dipakai atau dihasilkan di Trengganu, Kelantan, Pahang, Minangkabau dan Aceh. Songket Brunei atau kainjong sarat tidak saja terkenal di Brunei tetapi turut ditenun oleh orang Melayu Sarawak .. Istilah Melayu sering kali diperdebatkan dengan berbagai tanggapan dan isu. Di sini, sehubungan dengan pembicaraan tentang tekstil akan ditumpukan kepada makna wilayah budaya tekstil itu sendiri. Beberapa jenis tekstil amat jelas membuktikan tentang wujudnya perhubungan budaya antara beberapa wilayah yang menghasilkan tekstil berkenaan. Ini bermakna dalam memperkatakan ten tang songket, kita tidak dapat memisahkannya dengan keindahan tenunan pua kumbu. Kerana di sinilah bertolaknya kewujudan dan perkembangan makna tenunan. Penghasilan dan penggunaan tekstil sebagai bahan pakaian bukan sahaja dilihat dari sudut fungsional tetapi dinilai dari segi simbol dan keindahan. Melalui pendekatan antropologi-budaya terutama dari kajian etnografi tekstil termasuk Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

52 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan*

Oleh: SITI ZAINON ISMAIL

SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional Malay culture. lis origin can be

traced back to the 15th. century A. D. Its development underwent several stages as the result of internal and external influences. The first stage in its development was the discovery of the techniques of making thread and this was followed by the invention of the weaving techniques. The earliest technique was ikat tunggal and then followed by the ikat gantla. weaving sulam, weaving pakon. In order to provide designs and motifs on the textile, various techniques were developed such as batik, telepuk, and ikat. The sources for the tradilionalliterature texts, and private collections. Beside studying techniques and tpes one can also study function, symbolism and aesthetic values aI/ached 10 them.

PENGENALAN Tulisan ini cuba memperkatakan tentang tekstil Melayu sebagai bahan budaya

benda (material culture) tradisional yang telah dikenalpasti sebagai hasil kraftangan masyarakat Melayu sejak abad ke-15 lagi. Pembicaraan dari fakta sejarah dan perkembangan tekstil tidak terbatas kepada wilayah Melayu Semenanjung tetapijuga saling berkaitan dengan beberapa wilayah Melayu lainnya yang disorot dari pemahaman pengajian budaya Melayu serantau.

Tekstil Melayu juga dapat diertikan sebagai kraftangan yang dihasil atau dipakai oleh kelompok masyarakat Melayu sebagai bahan keIengkapan pakaian harian atau dalam acara adat. Misalnya istilah kain tenun Bugis. Walaupun pada asalnya dirujukkan kepada kain tenunan yang dihasilkan oleh tukang Bugis, tetapi dalam konteks budaya Melayu Serantau ia juga turu! dipakai atau dihasilkan di Trengganu, Kelantan, Pahang, Minangkabau dan Aceh. Songket Brunei atau kainjong sarat tidak saja terkenal di Brunei tetapi turut ditenun oleh orang Melayu Sarawak ..

Istilah Melayu sering kali diperdebatkan dengan berbagai tanggapan dan isu. Di sini, sehubungan dengan pembicaraan tentang tekstil akan ditumpukan kepada makna wilayah budaya tekstil itu sendiri. Beberapa jenis tekstil amat jelas membuktikan tentang wujudnya perhubungan budaya antara beberapa wilayah yang menghasilkan tekstil berkenaan. Ini bermakna dalam memperkatakan ten tang songket, kita tidak dapat memisahkannya dengan keindahan tenunan pua kumbu. Kerana di sinilah bertolaknya kewujudan dan perkembangan makna tenunan.

Penghasilan dan penggunaan tekstil sebagai bahan pakaian bukan sahaja dilihat dari sudut fungsional tetapi dinilai dari segi simbol dan keindahan. Melalui pendekatan antropologi-budaya terutama dari kajian etnografi tekstil termasuk

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

dalam contoh budaya benda yang penting dalam kehidupan manusia. Ia dihasilkan oleh kerana keperluan asas (basic utilitarian Junction), diikuti pula dengan beberapa keperluan lain yang menghubungkan makna simbol dan keindahan (symbolic and aesthetic symbol).

Manusia bertindak dan berurusan langsung dengan alam persekitaran. Pakaian diperlukan untuk melindung diri dari cuaca dan iklim. Kemunculan tekstil sebagai bahan pakaian berkembang setelah benang dan proses tenunan 1 mula dikenali manusia. Tetapi makna tekstil tidall berhenti di situ saja. Ia berkembang dengan peranan manusia dalam mengolah dan mencipta, khususnya melalui sistem memproses dan membentuk. Naluri manusia berkembang, ia turut mencipta dengan sepenuh rasa. Dengan ini masalah tradisi pula bukan saja dilihat dari sudut pengulangan tektik, kegunaan atau bentuk dan gaya motif hiasan tetapi juga menekankan keunikan kesedaran tukang/senaman.

Lebih jelas lagi, pembicaraan tentang tekstil Melayu tidak akan lengkap hanya dengan memperkatakan kewujudan dan perkembangan berdasarkan faktor sejarah tetapi harus diimbangi dengan makna (simbol) dan nitai seni. Dari aspek ini, keJja­keJja kajian bukan sahaja dibuat berdasarkan sumber etnografi (pengumpulan data/kajian lapangan/pemuziuman) malah akan dibantu dari sumber teks sastera Melayu lama terutama bagi memperjelaskan makna simbol dan keindahan budaya teksti\.

Kajian Tekstil Melayu Sejak akhir abad ke-19 khususnya, tekstil Melayu turut menjadi kajian etnografi

yang 'menarik di kalangan pengkaji Barat. KeJja-keJja pengumpulan serta pemerian ethonographic specimen ini telah berlangsung lebih dari 100 tahun yang lalu, dan kini terkumpul sebagai koleksi penting di beberapa muzium dan institusi pengajian, sarna ada da)am atau luar negeri. Tulisan dan kajian awal ten tang tekstil Melayu dapat dirujuk dari beberapa teks. John Cameron misalnya turut menulis Malay Costume (Our Tropical Possessions in Malayan India, 1865) Wray Leonard pula niemberi tumpuan kepada proses tenunan dan telepuk dalam "Native Art and HandicraJts, 1908)2; John CrawJurd memperkatakan ten tang kain sarung dalam History oj the Indian Archipelago, 1920, J. F. A Me Nair pula merakamkan tentang fungsi kain/tekstil dalam pakaian Melayu-Bugis yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1878 dalam Perak and the Malays, 1972. Bahan tenunan pula disebut oleh Swettenhem' (1929) dan Winstedt, The Malays - a Cultural History, 1981. Mubin Sheppard melengkapkan tulisannya tentang tokoh tekstil songket iaitu Hajah Ngah Taib di'Terengganu dan Lucas Chin memperkatakan pua kumbu dan pakaiim masyarakat Iban dalam Cultural Heritage oj Sarawak, 1981.

Rakaman ten tang pakaian dan tekstil Melayu juga dapat dirujuk dari bahan pengembaraan Margaret Brooke dalam My Life in Sarawak, 1986; Ambrose B.Rathborne, 1984, dan John NieuhofT dalam Voyages & Travels to the East Ind;,s 1653-1670, 1876. Laporan dari pengembaraan China merupakan catatan awal yang mencatatkan tentang gambaran pakaian orang Melaka. Misalnya dalam dinasti Ming, mela1ui buku Tong Si Yang Goa jilid 4 disebut, 'mereka ... "berkain Melayu" yang nipis/raja berbaju ·hijau/wanita berbaju pendek/sapu tangan berwarna warni'

'Kertas kCJja yans dibentangkan dalam PersidanpD Antarabangsa Tamaddun Mciayu kc-II anjuran Kementerian kcbudayaan dan Pelancunpn. pada 15-20 ogos 1989.

I Tentang proses dan asalusul. perkembaDgan tckstil Mclayu,libal, Siti Zainon, rekabentuk Kraftanpn Mclayu Tradisi, 1986. 169-179.

2 Lihat Twmtwth Cmtwy /mprwion 0/ British Malaya, 1908. 3 Frank Swcttenhcm. British MalDyan ACCOUIfl a/1M Origilt tJ1Ul Progress of British Iltjlwtlu in Malaya (London: John

Lane the Bodley Ltd).

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

(Abaidollah, 1986:7). Tradisi pemeliharaan ulat sutera yang begitu bermakna dalam penghasilan bahan tekstil tenunan telah bermula di Nusantara. Ini disebut oleh Chou K'u-fue dalam kitabnya Ling-wai-tai-ta (1178) yang menulis tentang kerajaan Kediri (1042-1222) seperti yang dikutip oleh Soekmono ..... rumahnya sangat rapi dan bersih, lantainya dari ubin berwarna hijau dan kuning ... " pun ada pemeliharaan ulat sutera ... Raja berpakaian sutera (Soekmono, 1973:59).

Rakaman dari sudut sastera sejarah juga turut memperkatakan ten tang penggunaan tekstil dengan berbagai .istilah bahan, misalnya . kain serasah/aninulbanat/bersulam suji/cindai atau pelangi. Gambaran ini bukan sahaja menjelaskan dari aspek penulisan sastera, malah dapat semula dirujuk sebagai sumber etnografi yang telah lama wujud dalam budaya Melayu tradisional.

Tradisi inilah yang berkembang dan dapat dilihat sebagai budaya benda dan telah dikatalog dan diberi pemerian. Sebagai contoh, koleksi Skeats' di (Archeology and Anthropology Museum, Cambridge University; koleksi Rames dis (Museum of Mankind. London), koleksi Wray Leonard6 di Pitt River Museum, Oxford University dan koleksi Indian Department di7 Victoria' & Albert Museum, London. Beberapa koleksi di muzium tanahair juga turut mengumpul aneka jenis tekstil ada antaranya telah berusia lebih dari 200 tahun. Antaranya termasuklah kain cindai, tenunan, songket, tekad, telepuk dan batik'. Kerja-kerja pemerian tekstil juga turut diberi perhatian di labatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya dalam kursus "Kaedah Pengumpulan dan Pemerian Budaya Benda".

Beberapa judul kajian ilmiah dan tesis' turut memberi perhatian kepada tekstil Melayu. Misalnya, "Tekstil: Satu Pemerian Koleksi Muzium Koleksi Negeri Kedah" (Latihan I1miah oleh Shahrul Bariah Darus, 1988/89). Beberapa kerja penumpuan kajian ialah mengenal pasti kolektor tekstil termasuk kerja menyenaraikan koleksi melalui sistem katolog dan labelling. Beberapa orang tokoh semasa yang berperanan dan berminat di bidang ini juga turut disenaraikan, misalnya Puan Azah Aziz dan Ismail Bakti. Beberapa institusi (selain dari Muzium Negara/Negeri) yang turut memberi perhatian dalam pengumpulan tekstil ialah Infrokraf-PKKM, Muzium Kraftangan Antarabangsa, Institut Teknologi Mara dan lain- lain.

Tekstil Melayu - Jenis dan Klasifikasi Pengertian tekstil memang tidak dapat dipisahkan dengan proses tenunan (Latin:

texere yang bererti to weave) atau rajut terutama setelah dipertemukan kemudahan bahan fibers seperti benang dari tumbuhan: kapas, linen; sutera dan bulu binatang (woof). Bertolak dari teknologi sederhana, proses tekstil turut berkembang hingga melahirkan aneka bentuk' kraftangan yang penuh warna warni. Tekstil tidak saja ditenun, tetapi dengan penghasilan berbagai kain atau fabrik, ia mula dilukis atau dicelup, disulam dengan benang atau kepingan emas.

Dalam menentukan jenis dan kategori, definasi tekstil Melayu juga tidak dapat dipisahkan dari asas penggunaan bahan khususnya benang, warna dan teknik. Tekstil yang paling awal dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisinya hingga kini ialah tenunan

4 Selain mengumpulkan bahan sastera tradisi, W. W. Skealsjuga menumpukan perhatian kepada pengumpulan budaya benda antaranya tekstil alau kain/baju. Misalnya tenunan dari 41 P 1. sehela,i ka~n saf1:lng ben,ang emas/"sfW~;m~ns an~ pattern", 41 81 . 33924.36 helai kain sarungdari Trengganu/33941. 12 belal kalD dan Patam. 33941, 4 helal kalD dan KOOah.

5 Songket Melayu (Kelantan/Terengganu) - Sumatera (Minangkabau). 1891. AS 10.. . 6 Koleksi tekstil jenis telepuk. tenunan bcrgerus. songket penuh dalam bcntuk sarong dan Ikat kepala/dester (dan

Sumatera). serta pakaian orang asli (Sakai: group C-1875)/lih. W. Leonard. ibid: 237-239). 7 Koleksi utama beropa songket Kelanlan: sarong sutera. I. M. 274/276 - 1924/Sumatera: lkat Palembang. I.S. 49-

1957/Aceh: selendang sutera perak. 1922/Selangor: Kain telepuk hadiah dari Sultan Selangor.~. M. 138-1925 . . 8 Kerja-kerja pemerian dan katalog tekstil dilakukan oleh Puan Zubaidah Shawal. Pembantu M UZlum Kanan. MuzlUm

Negara. '.' 9 lihat Rekobentuk Kroftongan Meloyu Trodisonal. Serian Songkel. Perbadanan KemaJuan Kraftangan Malaysia (tanpa

tahun).

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

benang kapas melalui teknik ika.t.!unggal iaitu pua kumbu (Iban)/ulos (Batak)/ Hinggi (Sumba). Kepakaran teknik ikat tunggal dengan proses pencelupan benang-benang sebelum ditenun (dengan alat tenun duduk) sebagai karya 'masyacakat purba' atau seni prasejarah, lanjutan dari pengaruh Dongson dan Chou Akhir yang masuk ke wilayah budaya Melayu sekitar 3000-100 SM (Warming dan Gaworski, 1981:13). Walaupun terdapat anggapan bahawa teknik ini dari Kemboja tetapi perekacorak tempatan telah menyatukan motif-motif Dongsong dengan rekacorak alamiah persekitaran sehingga yang wujud kemudiannya adalah ciri-ciri asimilasi sehingga memperlihatkan identiti tempatan. Motif 'pohon hayat, perahu kematian' dianggap mewakili nilai-nilai ritual yang khas dalam pua kumbu, begitu juga muncul dalam reka corak kepala songket alau kain sulam Lampung. Bahan pencelup wama diolah dari biji kemiri, akar merudu, kulit sepang, biji tarum semakin menjelaskan fungsi dan simbol wama dalam tekstil.

Kesan dari zaman Sriwijaya, 700-1400 Masihi turut memperagakan lagi kreativiti dalam tekstil Melayu. Kain-kain jenis patola dari Gujerat, Is:ain-kain baldu sulaman emas atau kain broket dari Arab-parsi, India dan China telah dibawa oleh pedagang­pedagang ke wilayah budaya Melayu. Bahan-bahan dari luar bukan saja dibeli dan di pakai secara langsung oleh pembesar-pembesar istana Kerajaan Melayu pesisir tetapi turut dijadikan contoh penting sehingga tampil tekstil Melayu yang tersendiri. Kain palOla kemudiannya dikenali sebagai cindai, dipakai sebagai ikat pinggang/bengkung (pahlawan), penutup dada (cara kemban), selendang. Kelantan, Terengganu, Palembang, Jawa dan Bali turut menghasilkan teknik ikat ganda cindai·dengan nama­nama khususnya seperti cindhe (Jawa), kain grinsing (Bali) atau kain limar Kelantan (KelantanJTerengganu).

Tenunan sutera asli terkenal di wilayah Melayu khususnya di Sulawesi sejak abad ke-16. Istilah kain (tenun) Bugis merupakan jenis utama yang dikenali hampir di seluruh wilayah budaya Melayu, walaupun di tempat asallebih sering dikenali sebagai kain tenun Singgang atau Mandar (tempat asal ia ditenun) tetapi di Kelantan, Terengganu dan Pahang tetap mengekalkan jenis (dari sutera) ini berdasarkan corak ragi/berpetak halus dengan wama yang gelap dan pekat. Hal yang samajuga berlaku di Minangkabau dengan istilah kain 'Bugis Lama' . Tenunan songket jenis tekstil yang paling lengkap dari segi teknik (tenunan) melalui proses menyungkit benang emas sebagai motif hiasnya. Sehingga kerap kali songket juga disebut sebagai kain beranlai/kain benang emas/songket penuh (Melayu Semenanjung), jong sarat (Brunei), balapak basirek (Minangkabau) atau sawek (Palembang).

Oleh kerana keindahan seni hias dipenuhi dengan berbagai motif songket, maka ia menjadi 'pakaian orang-orang bergelar' atau hanya boleh dipakai oleh mereka yang menerima anugerah Raja ... berkain ungu bertepi emas dipahat bersirat benang emas kembayat ditatah mutu manikam, ikat pinggang bersuji air emas diragam, berbaju antakesuma dan berdestar bertepi bersirat emas dipahat awan berarak (Hikayat Hang Tuah, 1966: 81-82). .

Dari bahan luar, misalnya kain baldu, tukang-tukang tempatan turut menghiaskannya lebih lengkap melalui sulaman tekat benang emas atau labuci. Bahan-bahan pewama dan teknik mencelup makin mengembangkan lagi reka corak batik, turut menjadi tekstil utama di kalangan istana (Jawa/Jambi) atau bahan harian di Kelantan dan Terengganu. Batik pelangi pula merupakan paduan teknik ikat kain kapas dicelup dan menjadi bahan utama untuk ikat kepala dan selendang.

Dari keterangan di alas dapat digambarkan jenis dan kategori tekstil Melayu seperti rajah di bawah ini:

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Rajah 1 Jenis & Kategori Tekstil Benlasarkan Bahan dan Teknik

Jenis (Nama) Bahan: benang Teknik

a. Tenunan a.1. Biasa kapas tenun a.2. Bercorak kapas/sutera tenun a.3 Ikat tunggal:

pua kumbu kapas tenun ikat tunggal a.4 Ikat ganda:

Cindai/limar kapas/sutera tenun ikat ganda a.5. Songket Sulam:

tubau kapas tenun sulam a.6. Songket sutera/einas tenun pakan

b. Batik b.1. Jawa/Jambi kapas/mori tulis b.2. Kelantan kapas/sutera cap/lukis b.3. Pelangi/Perai kapas ikat celup

c. Telepuk (di atas kain) c.1. Kain Gerns perada/kain gerus cap perada c.2. Batik kain batik c.3. Cindai cindai c.4. Pelangi pelangi "

d. Tekad (di atas baldu) d.1. Suji/Sulam benang emas suji mempulur d.2. Kelengkan kelengkan jahit kelengkan

Berdasarkan jenis kategori tekstil dari rajah di atas, pemerian tekstil khususnya dapat di buat kalau dirujuk kepada dua sumber utama, iaitu teks sastera tradisional dan kemudiannya melakukan perbandingan sumber etnografi khususnya bagi memastikan perkembangan atau kelanjutan proses dan penghasilan tekstil Melayu .

• Rajah di atas disusun berdasarkan pcmbahagian jeRis tekstil tcnunan disarin, dari sumber koleksi Muzium Negara. Cacalan Muzium Negara di dasarkan kepada jumlah keseluruhan tekstil meranlkumi semua jenis tanpa membatasi kate,ori khusus seperti teutil temlnan (Limar, Cindai. PP. Te. 8M. Songket) te!cpuk. balik. Jenis ini dikatcgorikan sebagai 'kain' ini termasuklah leut serta pakaian: baju seluar/tenskotok/selendang. Urutan kiraan koleksi ialah: 1%,1-209 (kain/tekatan/pakaian), 1970 - 46 Itain), 1971=1975 (tekatan/baju). 1972=63 (ltain), 1973=26 (ltain. 1974 =- 173 (bin), 1975'" 164 (kain), 1976'" 169 (kain/tekalan). 1917/18/19 - O. 1980- 57 (ltHin). 1981 ... 47 (bin). 1982 - 37 (kllin), 1983 ... 6 (bin), 1984= 13 (baju), 1985 - 18 (bin). lumlah koleksi scmua - I, 103 helai (Sumber dari Zubaidllh Shawal. Muzium Negara, IS Jutai 1989).

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Pemerian Tekstil Melayu

Somber Sastera Tradisional Pernerian tentang jenis, bentuk, bahan dan seni hias teks~i1 turut rnendapat

ternpat yang penting dalarn sastera Melayu tradisional. Garnbaran' pernerian itu dapat dikutip sarna ada rnelalui gaya prosa rnahupun puisi terutamanya pantun, gurindam dan seloka. Walaupun gaya penyampaiannya lebih rnengarah ke bentuk sastera irnaginatif berbaur antara rnitos dan legenda, tetapi pemerian tekstil bagai tidak terpisah dengan nilai-nilai etnografi. Terutamajika dilihat dari sudut ketepatan jenis, bahan dan seni bias (rnotiffomarnen) yang digarnbarkan. pernerian tentang 'Pakaian Raja Melayu'10 di bawah ini jelas rnernperkatakan tentang tekstil yang digunakan sebagai bahan rnernbuat pakaian sepersa1inan: kain, baju, seluar, ikat pinggang dan tengkolok. Pernerian dilengkapkan pula dengan · rnakna dan sirnbol tekstil terutarna dari segi bahan yang digunakan atau seni biasnya.

i. Kain

kainnya kain Bugis Kembayat - (a.2) Bukan kembayal zaman ini

ii. 8aju

Baju baldu ainul-banat - (d.l: Arab-Parsi) Dicabik sikit dijerumal Harganya lima keli juga

iii. Seluar

Seluar panjut panjang kaki (potongan seluar) Meratus cermin di kaki, (hiasan) Meribu laral di pinggang (hiasan) Pesak kecil bercermin kecil (potonganfgayafhiasan) Pesak besar bercermin besar

IV. Ikat Pinggang

Terkena ikat pinggangnya Anak cindai anak serasah - (0.5)

Dikembang selebar alam Dilipal sebesar kuku Kalau diampai berlambah basah kalau direndam, bertambah kering

10 Lihat Mohd. Yusor Md. NOT dan Abet. Rahman Kaeh. Puis; M,loyu Tradisi, 1985: 190.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

v. Tengkolok:

Tengkolok kampuh pelangi - (b.3) Bukan pelangi zaman ini

. Pelangi zaman dulu Tiap sudut ada hikmat Telepuk lengkok ada hikmat - (c)

Begitu juga dalam pantun berikut teksti1 turut menjadi motifutama dalam tradisi puisi rakyat Melayu misalnya,

Timun betik mari kupetik Petik mari canggal kuku Hilang songket berganti batik - (a.6fb) Batik bernama cindai beldu

atau,

Kain pelekat kain shaul - (a.2) Sama-sama kila .ampaikan Adik berniat abang berkaul Sama-sama kila sampaikan

Begitu juga beberapa pemerian ten tang bahan yang digunakan untuk menghasil tekstil kerap disebut antaranya kain sutera/kain muri/benang mastuli/ataupun tentang seni hias dan corak tekstil misalnya 'kain dua seragi/ ... corak kuning panjang sepuluh/bulan pelangi dan beberapa istilah seperti di atas masih dipakai oleh tukang­tukang dan perekabentuk tradisi semasa yang dapat dirujuk sebagai sumber etnografi.

Sumber EtDOgrafi Usaha pengumpulan dan pemerian tekstil telah dilakukan oleh Muzium Negara

sejak tahun 1963. Beberapa muzium negeri turut menampilkan koleksi teksti\. Pembicaraan ten tang tekstil sebagai bahan etnografi adalah didasarkan kepada Rajah I: 'Jenis dan Kategori Tekstil berdasarkan Bahan dan Teknik'. Terdapat empatjenis utama tekstil Melayu yang berkembang pula berdasarkan penciptaan atau kecenderungan perekabentuk, dalam mengolah dan mencipta seni hias. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kepercayaan atau ritual dari wilayah budaya tekstil itu sendiri.

Berdasarkan gambaran dari Rajah I, penumpuan pembicaraan akan berpusat kepada jenis tenunan. Hal ini kerana kain telepuk juga bermakna kain tenanan Walaupun terdapat tigajenis tekstil yang lain seperti batik, telepuk dan tekat, namun ketiga-tiga jenis ini masih merangkumi proses tenunan. (gerus/limar) yang diberi hiasan perada, sementara batik yang membawa makna menghias,juga menggunakan bahan tenunan (kapas) sebagai bahan dasamya. Penumpuan terhadap jenis tenunan cuba meninjau lebih jauh ten tang jenis-jenis kain yang dikategorikan berdasarkan bahan serta seni hiasnya. Ini juga membawa makna tentang peranan tukang tenun serta kegunan (fungsi gunaan) tekstil dalam upacara adat istiadat. Pengenalan tentang tenunan sebagai contoh penting dalam tekstil Melayu adalah dirujuk langsung kepada koleksi Muzium Negara (koleksi 1963-1985), seperti dalam Rajah 11 berikut:

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Rajah 11 Tekstil Tenuuan Melayu Koleklli Muzium Negara (1963-1985)·

T_ T A BI ... fIIerconk Ika, Soacket J ..... b H U ICon' Sat TC 8M pp Umor/lle<- koIal N Pa'1K soacJ<et CiadaI Aceb -..

Rosak Em ..

1963 3 16 1970 1 11 1 6 20 1971 1/ 4 2 2 11 3 7 1972 10/9 9 7 3 2 1973 2 1 1 3 1974 2/3 7 22 33 6 21 1975 11/1 15 24 41 1 9 4 1976 4/6 32 2 29 6 9 12 1980 3 22 7 2 1982 3 13 14 1 2 1983 2 1 1 1984 1/ 1985 6+ 2/

1m1 29/21 13 57 2 117 145 7 2 34/ 75

Karat Pat/K - Kuping, Sut - Sutera, TC - Tapak Catur. 8M - Berdiri-Melintana. PP - Punca POlong. + Kain Benyat (E 42-46. 1985)

20

30 40 8

95 106 100 35 33 4 1

10

502

Melalui Rajah II, dengan jelas kita dapat menentukan kategori tekstil tenunan berdasarkan' klasifikasi teknik dan seni hias yang terkumpul sejak tahun 1963-1985. Senarai di bawah ini memperlihatkan klasifikasi jenis tenunan serta susunan tekstil utama yang telah dikenal pasti sebagai koleksi utama tenunan Melayu berdasarkan jumlah bilangannya.

KLASIFIKASI TENUNAN

I. Kain Limar 2. Kain Punca Potong 3. Kain Songket/Benang Emas 4. Kain Tapak Catur 5 .. Kain AcehiAceh Rosak 6. Kaiil Karat Pat 7. Kain Karat Kuping 8. Kain Limar Bersongket 9. Kain Cindai

10. Kain Corak Berdiri/Melintang

: JUMLAH

145 helai 117 helai 75 helai 57 helai 34 helai 29 helai 21 helai 7 helai 2 helai 2 helai

Dalam kategori dan klasifikasi di atas, Muzium Negara tidak memasukkan senarai tekstil tenunan pua kumbu sebaliknya mengkhusus langsung kepada jenis tenun biasajbercorak (Karat Pat/ Kuping, kain sutera, kain tapak catur, kain corak berdiri/melintang, dan punca potong: a.I-2), t~nun limar (biasajbersongket: a.4), Aceh rosak dan tenun songketjbenang emas (a.6). Berdasarkan ini juga kita dengan mudah memahami jenis-jenis tekstil yang dikategorikan sebagai hasil tenunan Melayu yang telah berkembang lebih dari 200 tahun lalu.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Tenunan

Berpandukan kepada rajah di atas, teknik tenunan merupakan hasil kraftangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Tenunan awal dihasilkan melalui alat tenun duduk (back-strap loom) seperti yang dilakukan oleh penunan [ban. Masyarakat Bajau Darat atau [ranun juga mewarisi alat tenunan duduk tetapi berkembang kemudianya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayah budaya Melayu pesisir lainnya (kei: Malay handloom).

Tenunan Biasa, Tenunan Bercorak (a, 1-2)

Secara dasar, tenunan biasa (a. I) merupakan jenis awal di wilayah budaya Melayu pesisir. [a merupakan tekstil yang dipakai bagi rakyat biasa khususnya dengan penggunaan benang kapas. Tenunan bercorak (a.2: Koleksi Muzium Negara, TC=57/BM=2) mula menampilkan ragaman tenunan dengan benang-benang berwama (pakan dan loseng). Pada peringkat ini tekstil jenis tenunan masih berada di tahap sederhana, belum diberi motif hiasan kecuali bercorak. Walau bagaimanapun tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau selitan benang emas dimasukkan sebagai imbangan motif jalur atau garis-garis kecil (kain hujan emas). Hampir seluruh wilayah budaya Melayu seperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Riau: Daik (Pulau), Siak, Sulawesi turut menghasilakan tenunan biasa/bercorak ini. Dari sini kita menemukan istilah umumnya sebagai kain corak ragi (koleksi Muzium Negara: corak BM, kain Rawa) atau lebih khusus disebut sebagai kain atau corak Bugis, corak Muar, corak Samarinda/Sambas juga corak Palembang.

Tenun Ikat Tunggal, Ikat GaOOa: (a.3-4)

Teknik ikat umumnya dapat dirujuk langsung kepada kain pua kumbu [ban (gambar I). [stilah dan pengertian 'ikat' jelas menampilkan makna kerja mengikat benang-benang loseng (ikat tunggal : pua kumbu) atau loseng dan pakan (ikat ganda: cindai/limar) sebelum diwarna dan proses menenun dimulakan. Perkataan ikat itu sendiri telah memperlihatkan budaya asal wilayah budaya Melayu yang membawa erti ciri khusus tempatan. Walaupun India terkenal dengan tekstil yang sarna seperti menghasilkan palola, tetapi mengikut Coomaraswamy teknik ikat di wilayah budaya Melayu lebih dahulu dikenali sempena kemasukan budaya Dongson yang telah menyerap masuk dan sebati dengan kraftangan tekstil orang-orang Batak Toba, Toraja dan Dayal( Borneo (1965:213). Melalui teknik ikat, rekacorak hiasan atau motif berkembang seiring dengan proses tenunan itu sendiri. Sehingga motif hias tenunan biasa atau bercorak ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan kelanjutan tenunan ikat pua kumbu ataupun kain limar Melayu: Kelantan, Trengganu, Palembang termasuk Bali dan Jawa. Masyarakat [ban, masih mengekalkan ciri-ciri ritual khususnya dengan gambaran motif hias yang figuratif. Koleksi dari M uzium Sarawak seperti yang diusahakan oleh Lucas Chin memang membezakan ciri-ciri dasar tenunan [ban dan Melayu, terutama dari segi penggunaan bahan dasarnya. Tenunan Melayu Sarawak lebih mengarah kepadajenis dan kategori yang lebih halus dengan gabungan benang emas dan perak (Katalog Muzium No. 76/120 dan 77/184).

Di Muzium Negara, kain limar (a.5: Limar = 145 helai, Limar Bersongket = 7 helai) yang dihasilkan oleh tukang Melayu merupakan koleksi tekstil yang paling utama. Begitu juga dengan istilah kain Aceh Rosak dalam koleksi Muzium Negara menampilkan ciri-ciri tenun ikat yang paling asas.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Pengumpulan dan koleksi tekstil mendapat kerjasama daripada kolektor barang­barang purba khususnya di Kelantan (Azahari Antik) dan Terengganu (A. Razak Antik). Kebanyakan kain-kain Iimar dianggarkan sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih 100 tahun. Tradisi penciptaan dan penggunaan kain limarseringkalijuga dikaitkan dengan pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610-1677) di Kelantan. Walau bagaimanapun tradisi pengolahan dan penciptaan limar bertolak daripada pengetahuan mencelup benang-benang loseng dan pokan sebelum ia ditenun. Rekacorak dan motif hias lebih dulu diientukan melalui ikatan benang-benang tersebut.

Berdasarkan beberapa contoh dari koleksi muzium-muzium wilayah Melayu serantau diketemukan beberapa identiti yang khusus dari wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu umumnya memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Limar juga dikenali sebagai kain tajoong di Lampung. limar bersongket (Kelantanrrerengganu = kain .tenggarun) gabungan tenun ikat dan songket (Tengganrun-Kalimantan), cindai Aceh Rusok, cindai Kembang. Palembang. Cindai dihias dengan telepuk, dikenali sebagai kain perada.

Tenunan Sulam, Snngket (a. 5-6)

Proses menenun sampai ke puncak yang lebih kompleks apabila keinginan menghias semakin diperlukan. Benang-benang berwarna mula disungkit mencelah benang loseng dengan mengikut bilangan Iidi yang diselit. Masyarakat Bajau Darat dan Uanun di pesisir pantai Barat Sabah, telah mewarisi teknik menyulam benang­benang kapas berwarna bagi menghasilkan tekstil yang dijadikan ikat kepala atau lebih umum disebut sebagai tubau atau kain mogok (gambar 2 & 3). Begitujuga dengan proses tenunan songket, benang digunakan bagi menghasilkan" motif hias pada seluruh permukaan kain. Kesan warna emas yang penuh tersebut kerap kali diperikan dalam teks sastera tradisional sebagai 'kain dewangga emas/kain emas berantai atau jong sarat atau di beberapa wilayah lain dikenali sebagai sawek (palembang), balapak basirek (Minangkabau). Koleksi Muzium Negara mencatatkan sejumlab 75 helai songket dan 7 helai Limar bersongket, terdiri daripada kategori songket bertabur, songket penuh untuk kain atau pakaian pengantin.

Pandango Umum Dengan ini amat jelas sekali jenis tenunan merupakan kategori penting dalam

tekstil Melayu. Kain yang ditenun bukan saja tergantung kepada bahan tetapi juga berkembang dengan aneka ragam proses dan teknik. Kain patola atau cindoi dari India-Jawa menjadi contoh dasar dan kemudian berkembang dengan pengolahan yang lebih cekap apabila sampai ke tangan tukang-tukang atau perekabentuk tekstil Melayu. Malah pengertian tenunan juga membawa erti yang begitu luas. Di mana di situlah terangkum pusat estetik tekstil Melayu. Misalnya songket penuh tidak saja dipenuhi oleh jalinan benang emas dalam jong sarat Brunei dan Sarawak, tetapi merangkumi hiasan cindai (songket cinda.), cindai pelangi, tenunan gerus bertelepuk malah turut jua ditekat atau disulam kelengkan. .

FDDgSi Tekstil: Simbol dan Kemah.n

. Mengikut Hodder, simbol harus merujuk kepada ' ... an object or situation in which a direct. primary or literal meaning also designates another. indirect secondary and figurative meaning' (Symbolic in Action, 1982: 1\).

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Tekstil sebagai bahan pakaian yang fungsional seharusnyajuga dianalisis melalui bentuk strukturnya. Struktur tekstil adalah didasarkan kepada sistem rekabentuk bertolak dari real culture sebagai ciri asas budaya benda. Dengan ini bermakna ia tidak dapat dipisahkan dari masalahformJunction. use. meaning (Rossi, 1980: 26). Kalau bentuk lebih mengarah kepada nilai luaran melaui aspek pemerhatian, kegunaan melibatkan proses dengan penggunaan praktis (fungsional): alat dan bentuk artifaknya, maka 'makna' lebih mengarah kepada nilai ritual dan simbolis. Dalam perkembangan tenunan fungsi luaran kerapkali dirujuk kepada masalah utilitarian function.

Tetapi kelangsungan penggunaannya tidak pula terpisah dengan masalah symbolic function yang berkaitan secara menyeluruh dengan aesthetic symbol (Cirlot, A Dictionary of symbol, 1985: XXXVII) yang merangkumi aspek makna tenunan.

Fungsi Gunaan [stilah umum tekstil dalam budaya wilayah Melayu ialah kain. Fungsi utama kain

pula ialah sebagai sarung (Melayu) atau kain panjang (Jawa). Kain sarung merupakan bentuk paling dasar dalam pakaian cara Melayu atau wilayah budaya Melayu. Beberapa istilah lain dipakai tetapi tidak lari dari fungsi dan bentuk. Misalnya tape/tapih (Borneo: Melayu-Sarawak, Brunei, Banjar-kalimantan), tapa/tapis (Lampung), olos (Bajau), ulos (Batak), upuh (Gayo-Aceh), Iipa (Bugis), sawek/sewet (Palembang), badung (Iban), dombak (Bengkulu), lambak (Minangkabau) dan ija pinggang (Aceh). Sengaja saya tampilkan istilah ini, untuk melihat bagaimana bentuk dasar kain sarung dibuat dari tekstil tenunan. Misalnya badung [ban diperbuat dari kain tenun ikat tunggal pua kumbu, olos Bajau dari kain tenunan hitam bersulam benang kapas ataupun songket Melayu, tape Borneo khususnya Sarawak dari kain songket ataupun kain baldu berhias sulaman benang emas (Banjar-Kalimantan). Manakala kain Melayu dari tenunan biasa, sutera ataupun songket. Palembang, Aceh, Borneo terkenal dengan tenunan songket.

Kesamaan fungsi luaran juga begitu selaras dengan bentuk kain. Sehelai kain tenunan panjang (Iepas) umumnya berukuran 2.5 meter panjang (Ioseng) x 1.5 meter lebar (pakan). Sehelai kain sarung/bujang yang telah dijahit bahagian pangkal (kepala) tenunan dan hujung (ekor) kain apabila dihubungkan berukuran 2.5 x 1. Selain ditenun lepas dengan ukuran pakan yang lebih luas, kain kampuh juga merupakan tenunan dasar yang penting di Bugis. Tradisi ini merupakan warisan teknik dari alat tenunan yang kecil pemidangnya. Kain lepas dengan ukuran 2.5 x 0.5 meter selalunya dijadikan kain ikat kepala/destar.

Berdasarkan bentuk kain tenunan, fungsi kain lebih dirasakan mempunyai nilai yang simbolis dan bermakna apabila ia dijadikan pakaian sepersalinan yang terdiri dari kain, baju, ikat kepala, ikat pinggang dan destar. Walaupun fungsi kegunaannya begitu jelas tetapi tidak terlepas dari nilai budaya yang simbolis dan ,estetis (keindahan).

Fungsi Simbolik dan Keindahan Mengikut kajian Panut; (Adat Raja-Raja Melayu, 1983), kain dan baju termasuk

dalam kategori ritual paraphernalia yang pent;ng dalam setiap upacara dan adat istiadat Melayu. Kerap kali kegunaan kain dihubungkan dengan hal-hal pan tang larang. Hal yang sarna dijelaskan juga oleh S. A. Niessen yang membuat kajian ten tang fungsi kain dan tekstil Lampung. Kain bukan saja dijadikan selimut (ulos modum), kain dukungfselendang panjang (ulos parompa) , tetap; dijadikan bahan budaya benda sebagai ritual gitf. Dari beberapa kajian etnografi yang dilakukan di kalangan masyarakat Bajau Darat, Melayu-Sarawak, Brunei dan Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Semenanjung, kain khususnya tenunan songket penuh merupakan b;lhan budaya benda yang tergolong dalam ritual paraphernalia penting khususnya dalam sistem kemasyarakatan dan kekeluargaan. Bermula dari saat kelahiran, diikuti dengan upacara perkahwinan; atau dalam lingkungan tradisi agung (sistem beraja), termasuklah upacara pertabalan dan kemangkatah. Sebagai contoh ialah peristiwa 'melenggang perut' yang merupakan upacara dan adat menjelang kelahiran, adat bertindik menjelang hari pertunangan/perkahwinan, bersiram tabal menjelang raja bemobat/mandi sampat mengiringi upacara setelah bersanding, upacara berkaul serta kemangkatan (lih. ARRM, MM, SM, KJ_R)" .

Kajian dari Niessen menjelaskan lagi,

.:. as objects of ceremonial exchange have undergone the least change ... . They orf! Iran.ifeTTed/rom wive·givers 10 wil1e-lalcers andfrom older people /0 younger people of the same clan. to beSlow upon them 'sahalo' or spiritual sirengi and blessing.

(Niessen. 1985. 13)

Dalam kebudayaan Melayu lainnya, kain songket, selendang, ikat kepala (atau pakaian lima sepersalinan) mempunyai simbolik khusus dalam adat istiadat perkahwinan. Dari sumber teks sastera turut digambarkan tentang fungsi simbol kain berdasarkan bentuk/fungsi serta simbol wama motif hiasnya. Misalnya melalui konsep tradisi agung telah dimulakan oleh Sultan Muhammad, Melaka (1424-1444) melalui penggunaan wama kuning dan bahan emas (kain songket/tenunan benang emas/tekat). Malah mclalui pantang larang adat, pakaian dari tekstil tenunan turut mendapat sorotan. Dalam Pustaka Selangor yang disusun oleh A. Samad Ahmad menyebutnya,

... Tiada bolcb mernakai scbarang bin sarung benang sutera yang berbunga seperti batik dan pelangi istimewa yang tiada berkepala;dan memakai bin hendaklah labuh hingga ke bawah lulu'. dan boleh mernakai tengkoiot ~tik Jawa atau Bugis hilam. tctapi tiada bertelepuk atau becbenang emas (1966:66).

Cacatan di atas memperlihatkan makna simbol berdasarkan penggunaan bahan asal sehelai kain. Benang sutera serta benang emas merupakan terlarang bagi kalangan rakyat biasa. Beberapa kegiatan perkahwinan, telah mcnentukan fungsi simbolik kain berdasarkan jumlah. Antara kain tcnunan yang digunakan ialah tenunan biasa, sutera, cindai/limar dan kain benang/songket.

Dalam 'Aturan Mas Kahwin' (KJ-R:72) fungsi simbolik kain dapat disenarai seperti dalam Rajah III.

11 Sila lihat. Ado, RlJja-Raja Meloyl/, Mua MeloJ1l, ~jorah MeloJlI. K~rlJjaun Johor Riu/I.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Rajah III FUNGSI SIMBOLIK KAIN DALAM ATURAN MAS KHAWIN

Status Pengantin

Sesama Raja Kerajaan

Jenis/Klasifikasi Kain

I. Cindai/Limar (a.4)

2. Berantai (a.6) 3. Bertabur (a.6) 4. Telepuk (c) 5. Bugis (a.2) 6. Sutera (a.l)

7. Batik (b) 8. Khasa

Jumlah kain

16 talam @ 8';' 128 helai

16 talam @ 2=32 helai 16 talam @ 4=64 helai 16 talam @ 4=64 helai 16 talam @ 5 = 80 helai 16talam@5=80 helai

16 talam @ 5= 80 helai 16 talam @ 8 kayu= 128

kayu

Rajah III memperlihatkan senarai jenis kain (tenunan) yang digunakan sebagai ritual gift dalam upacara perkahwinan masyarakat Melayu tradisi. Terdapat empat jenis tenunan yang digunakan iaitu cindai/limar, kain benang emas (berantai bunga penuhfjong sarat, bunga bertabur), kain Bugis dan sutera. Oalam urutan senarai tersebut, kain cindai (dalam budaya Melayu serta koleksi Muzium Negara yang diguila dan dapat dikumpulkan ialah kain lim(lr) atau limar merupakan kain utama sebanyak 120 helai. Oiikuti dengan kain-kain Bugis dan sutera sebanyak 80 helai dan kilin benang emas bertaburan sebanyak 64 helai dan bunga.penuh 32 helai.

Oi sini simbolisme kain cindai/limar sebagai ritual paraphernalia terletak bukan saja dari bahannya iaitu kapas/sutera, tetapi juga fungsinya yang simbolik. Cindai/limar dipakai oleh 'puteri raja' sebagai selendang dan pahlawan sebagai ikat pinggang yang 'sakti'.

Misalnya,

'cindai janlan bercorak kuning panjang sepuluh sebelas dengan rambu-rambunya, bukan perbuatan orang dunia perbuatan dewa dan mambang'

Simbol Motif Hias

(Hikayat Malin! Dewo. 1963:24)

Keindahan tekstil memang tidak dapat dipisahkan dengan seni hiasnya iaitu gabungan motif dan wama yang menghasilkan corak- corak yang tersendiri. Kain cindai atau limar secara langsung terhias indah sejak awaf proses mengikat benang. Wama kain limarsepertijingga, merah hati, biru nila, kuning, hijau Iimau, serindit cair merupakan beberapa contoh yang menarik dari koleksi Muzium Negara. Ini ditambah lagi dengan motif hiasnya, seperti bunga pecah enam/lapan, dan kaligrafi yang lebih dikenali sebagai Limar Berayat. Manakala Limar Bersongket lebih menampilkan ciri-ciri estetika khususnya dipakai sebagai selendang Cik Siti Wan Kembang dan Puteri PeTak. Kain Bugis umumnya memang terkenal dengan bahan sutera juga mendapat tempat pentingdalam acara mas kahwin. lstilah kain sutera juga digunakan di sini seolah membezakan tenunan asal tempatan dengan tenunan Bugis walaupun bahannya masih sarna. Upacara adat yang paling melengkapkan ialah apabila kain berantai digunakan sebagai bahan untuk dijadikan pakaian gabungan

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 14: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

fungsi gunaan dan simbolik (faja sehari, .yang berbeza dengan cindai/limar sebagai simbol rilual sebagai selendang atau kain dukung.

Keindahan tenunan yang paling canggih ialah bila bahan benang emas disusun mencelah di benang loseng dan pakai bagi menghasilkan motif-hias yang mewah. Dengan susunan motifbunga pecah empat, tanjung, tampuk manggis, tampuk pinang memenuhi pakaian kain tenunan telah menampilkan ciri khas serta simbolik yang penting. Songkel jong saral bunga penuh/teluk berantai memang pakaian raja/pengantin. Tumt dijadikan ikat tengkolok dengan wama putih/kuning untuk raja, bim/merah untuk bendahara dan laksamana, hijau imtuk orang-orang besar lainnya.

Ciri khas seni hias Melayu dalam tekstil ialah susunan motif pucuk rebullg pada kepala kain (samng) serta kaki kain (selendang). Sama ada kain Iimar atau songket bahagian kepala dan kaki kain tumt memberi makna yang tersendiri. Walaupun tanpa motif hias, kain tenunan pasti dihias dengan 'kepala'. Misaillya dalam tenunan biasafbercorak kain terjadi hasil dari susunan benang bercorak yang berbeza dari badan atau tanah kain.

Kesimpulan Pembicaraan tentang tekstil Melayu, khususnya dengan penekanan kepada kain

tenunan, mempakan kerja-kerja yang tidak selesai. Pengenalan terhadap tenunan masih perlu dilakukan dengan serius, khususnya dari segi keSinambungan proses dari teknologi tradisional ke teknologi Moden. Persoalan tentang sejauh manakah alat-alat tenunan telah dibaiki, dikembang dan disesuaikan tanpa menolak atau mengurangkan nilai-nilai keindahan as;lInya juga perlu dikaji dan dibicarakan, Misalnya, kerja mengikat benang dalam proses tenun ikat hams diperkenalkan dengan lebih berkesan.

Kursus praktik pendidikan senr sehamsnya tidak menepikan kemahiran tradisional yang kaya dengan persembahannya jika dibandingkan dengan tekstil moden hari ini. Perhatian terhadap fungsi kain juga hams dikemaskan. Walaupun batik mendapat pasaran yang luas, tetapi tenun songket, sutera juga dapat mengembangkan nilai pengeluaran tekstil tempatan. Kita juga belajar dari pusat­pusat kraftangan jiran kita khususnya Thailand dan Indonesia yang berhasil mengekalkan bentuk dan motif tradisional tekstil melalui teknologi bam, Begitu juga simbol penggunaan kain tenunan sebagai bahan upacara adat istiadat perkahwinan dan persembahan kesenian patut diutamakan. Mengenalpasti cara memakai pakaian cara Melayu yang lebih lengkap harus juga diperhatikan oleh kumpulan-kumpulan budaya seperti Mak Andam, pereka dan ahli koreografi malah penerbit liIem. Hanya dengan kesedaran bersama ini akan mengekalkan ciri tamadun ' Melayu dalam menghadapi kehidupan serba bam ini.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 15: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

.Tekstil Tenunan: Kain Bugis. bereO/oak (kain .wrung wani/a ) . Asal: MandaI', Makassar. Kol. SZI, 1986.

Tekstil Tenunan: Kain Bugis bel'corak (kaill sarullg lelaki) Asal: MandaI', Makasar. Ko/. SZI , 1986.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 16: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Tekstil Telepuk: Kain umuk tengkolok. Hiasan motif bunga, susun penuh. Kol. Muzillm Negara: E 152. 164. C3-4.

Tekstil Songket: Kain 50l1gkel. dijadikan kelubllng. 50ngket dengan motifbunga pisang SUSUI1 bertabur Kol. 521, 1950.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 17: Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan …...Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan* Oleh: SITI ZAINON ISMAIL SINOPSIS Malay textile has been a part of the traditional

Bahan Bacaan

Cameron, John, 1865/1962. Our Tropical Possessions in Malayan India. Cirlot, J. E., 1885. A Dictionary of Symbol. London: Routledge & Kagen Paul. Clifton, James Alfred, 1968. Introduction to Cultural Anthropology: Essay in the Scope

and Methods of Science of Man. BostQn (Mass): H. Mifflin. Coormaraswamy, Ananda K., 1965. History of India and Indonesia Art. New York:

Dover Publications, Inc. Crawfurd, John, History ofThe.lndian Archipelago, Vol. 1. London: Frank Cass & Co.

Ltd. Hodges, Henry, 1964. Artifacts, an Introduction to Early Materials and Technology.

London: John Baker. Hodder, Ian, 1982. Symbolin Action, Ethnoarchaeological Studies of Material Culture.

London: Cambridge University Press. Leonard, Wray, 1908. Twentieth Century Impression of British Malaya. London: The

Great Britain Publishing. Lucas chin, 1981. Cultural Heritage of Sarawak. Muzium Sarawak. Mohd. Taib Osman, 1983. Bunga Kebudayaan Melayu. K. Lumpur: DBP. ----., 1981. "Kesusasteraan Melayu dengan Corak Masyarakat dan

Budayanya: Tradisi Lisan atau Sastera Rakyat Yang Bercorak Cerita", dalam Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama (Diselenggarakan oleh Jamilah Haji Ahmad). K. Lumpur: DBP.

Mohd·. Yusof MD. Nor, Abd. Rahman Kaeh, 1965. Puisi Melayu Tradisi. P. Jaya: Fajar Bakti.

Niessen, S. A. 1985. Motifs of Life in Toba Batak Text and Textiles. The Netherlands: Foris Publications Holland.

Nieuhof, Johan, 1988. Voyages & Travels to the East Indies 1653-1670. Singapore: OUP.

Rossi, Ino (edt.), 1980, People in. Culture, a Survey of Cultural Anthropology. New York: Praeger Publishers. .

Siti Zainon Ismail, 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu TradiSi. K. Lumpur: DBP. Swettenham, Frank. 1929. British Malayan Account of the Origin and Progress of

British Influence in Malaya London: John Lane the Bodley Ltd. Warming, Wanda dan Gaworski, Michael, 1981. The World of Indonesian Textile.

London: Serindia Publication. Winstedt, Richard, 1981. The Malays-a Cultural History. Singapore: Graham Brash

(Pte) Ltd. • Sumber Teks Sastera Melayu Tradisi: Adat Raja-Raja Melayu, Hikayat Hang Tuah,

Bikayat Malim Dewa, Kerajaan Johor-Riau, Misa Melayu dan Sejarah Melayu.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia