teori pembelajaran dalam pelaksanaan pengajaran

18
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN ASSIGNMENT TITLE FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK NORHIDAYAH BINTI SAAD 840403025600001 840403025600 0122551830 [email protected] Tutor’s name: MOHAMAD UMBAIK BIN ISMAIL Learning Centre: OUM PETALING JAYA 1 | Page

Upload: erin-malone

Post on 24-Apr-2015

26 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ASSIGNMENT TITLE

FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK

NORHIDAYAH BINTI SAAD

840403025600001

840403025600

0122551830

[email protected]

Tutor’s name:

MOHAMAD UMBAIK BIN ISMAIL

Learning Centre:

OUM PETALING JAYA

JANUARY 2012 Semester

1 | P a g e

Page 2: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

Isi kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Metodologi 3

3.0 faktor yang mempengaruhi aspek akademik 3

3.1 faktor latar belakang keluarga 4

3.2 faktor ekonomi 5

3.3 faktor persekitaran 5

3.4 faktor kesihatan 6

3.5 faktor baka 7

3.6 faktor pemakanan 7

4.0 langkah mengatasi masalah

4.1 Ujian Diagnostik 8

4.2 Pengumpulan Maklumat 9

4.3 Temu ramah 9

5.0 Kesimpulan 9

6.0 Rujukan 10

2 | P a g e

Page 3: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

1.0 PENGENALAN

Pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang

diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap

tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta

kemampuan seseorang daripada segi pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Hal ini

memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pelajaran seseorang itu.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengari bahawa terdapatnya kemerosotan

akademik di kalangan pelajar kita. Walau bagaimanapun sikap, bimbingan, ekonomi, latar

belakang pendidikan dan minat keluarga terhadap pembelajaran pelajar tersebut juga amat

mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini kerana pencapaian akademik bagi

seseorang pelajar adalah satu perkara yang amat penting dalam dunia yang kian mencabar

kini.

Oleh itu kajian ini dilaksanakan bagi meninjau sejauh mana faktor-faktor ini memberi

kesan terhadap pencapaian dalam akademik di sekolah.Ini menunjukkan tahap pemahaman

pelajar terhadap apa yang dipelajarinya di sekolah. Pencapaian akademik yang dicapai akan

memberi petanda aras bahawa sama ada pelajar dapat menguasai isi pembelajaran atau

sebaliknya.

2.0 METODOLOGI

Kajian telah dilakukan terhadap dua orang murid Sekolah Kebangsaan Bandar Sri

Damansara 3 melalui kaedah seperti lawatan, pemerhatian masalah, soal selidik, temubual

dan ujian. Kedua-dua orang murid tersebut yang dipilh mempunyai latar belakang yang

berbeza. Seorang murid memiliki rekod pencapaian akademik yang baik manakala seorang

lagi keputusan akademiknya berbeza.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK.

Kajian yang dijalankan dengan menggunakan Pendekatan Humanistik yang

dipopularkan oleh Abraham Maslow, Rolloy May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Pada

3 | P a g e

Page 4: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

tahun 1970, Abraham Maslow telah mengemukakan Teori Hirarki Keperluan Maslow.

Berdasarkan teori inilah kajian dijalankan terhadap kedua-dua orang murid tersebut bagi

membuktikan faktor –faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik para pelajar.

3.1 Faktor Latar Belakang Keluarga

Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah diibaratkan seperti sebuah kilang

menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang

ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak berkualiti dari segi moral mahupun dalam

pembelajaran. Ibu bapa merupakan pihak yang memainkan peranan yang penting bagi

membina jambatan kejayaan bagi anak-anak mereka. Ibu bapa juga telah

dipertanggungjawabkan terhadap pentadbiran sesebuah rumahtangga seperti dalam memberi

kasih sayang juga perhatian, sokongan serta motivasi kepada anak. Hal ini memainkan

peranan yang amat penting dalam memastikan kestabilan emosi anak-anak. Ini amat penting

dalam menjamin kejayaan seorang anak.

Semua perkara ini perlu diambil perhatian kerana faktor ini akan memberi kesan

kepada pencapaian akademik pelajar. Keluarga yang mempunyai masalah boleh memberi

tekanan kepada pelajar tersebut dan akhirnya akan mengakibatkan kemerosotan dalam

pencapaian akademik anak-anak. Hal ini berkemungkinan akan menjatuhkan kredibiliti

pelajar tersebut dalam pelajaran. Keharmonian dalam keluarga mampu memberi satu ikatan

dan sokongan yang padu pada anak-anak bagi mengecapi kejayaan. Ini kerana anak-anak

yang terkawal emosinya mampu menumpukan perhatian dalam kelas sehingga mampu

mengingati pelajaran yang diajarkan oleh guru.

Perbandingan telah dilakukan terhadap dua orang murid yang bersekolah di Sekolah

Kebangsaan Bandar Sri Damansara 3. Ibu bapa murid A berkerjaya. Bapa kepada murid ini

merupakan pegawai kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ibu murid ini pula

mengajar di sekolah ini dengan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam berkelulusan

dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah. Murid A ini adalah anak sulung daripada

tiga orang adik-beradik. Ini sangat berbeza dengan ibu bapa murid B yang tidak berpelajaran

tinggi. Bapa Murid B ini bekerja sebagai pemandu lori yang kadang-kala pulang dari bekerja

4 | P a g e

Page 5: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

tidak mengikut masa. Ibu Murid B ini pula berniaga pisang goreng di tepi jalan berhampiran

dengan Pekan Bandar Sri Damansara.

Ibu bapa Murid A tadi berpeluang untuk mengambil berat akan persekolahan Murid A

tadi. Ini berbanding ibu bapa murid B tadi yang begitu sibuk bekerja untuk menampung kos

sara hidup yang tinggi di sini. Tambahan pula murid B tadi memiliki adik-beradik seramai 6

orang.

3.2 Faktor Ekonomi

Kajian yang dijalankan dengan menggunakan Pendekatan Humanistik yang

dipopularkan oleh Abraham Maslow, Rolloy May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Pada

tahun 1970, Abraham Maslow telah mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow.

Seperti yang dinyatakan di atas, ekonomi atau bahasa mudah difahami, sumber

kewangan sangat penting untuk memastikan pencapaian akademik anak-anak. Sebagai

contohnya, pendapatan kedua ibu bapa Murid A tadi mencecah tujuh ribu ringgit sebulan.

Memandangkan pendapatan besar keluarga ini, maka tidak hairanlah murid ini dapat dihantar

ke kelas-kelas tambahan swasta bagi memantapkan pelajaran bagi tajuk-tajuk pembelajaran

yang telah dipelajari oleh murid ini di sekolah. Selain itu, mereka tidak perlu risau akan kos

sara hidup yang tinggi di bandar. Jadi, mereka mampu meluangkan masa untuk anak mereka

selepas waktu kerja.

Kita bandingkan pula sumber kewangan bagi Murid B yang terhad. Adalah agak

mustahil murid ini dihantar ke kelas-kelas tambahan memandangkan kewangan sedia ada

adalah untuk menguruskan perbelanjaan harian bagi seluruh ahli keluarga tersebut. Keluarga

murid B tidak berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan

pembelajaran, buku-buku tambahan, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli

cermin mata. Ibu bapa murid B mengharapkan anak-anak untuk bekerja bagi membantu

keluarga. Ibu bapa Murid B juga kurang mampu menyediakan rumah yang selesa untuk seisi

keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat belajar. Selain itu,

murid B mungkin mengalami tekanan kerana masalah ini mengakibatkan perasaan ingin

menolong ibu bapa sehingga mengabaikan pelajaran. Ini berbeza dengan Murid A tadi yang

tinggal di rumah banglo dua tingkat.

3.3 Faktor Persekitaran

5 | P a g e

Page 6: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwa dalaman yang berlaku pada

seseorang mesti dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami. Pendekatan ini

dipopularkan oleh tokoh psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gardner, Bruner dan Ausubel.

Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula mengenali alam berkawan. Kita

bandingkan Murid A tinggal di kawasan perumahan yang agak selesa. Murid ini tinggal di

taman perumahan sesebuah(bungalow). Taman perumahan ini dilengkapi dengan kemudahan

asas yang mencukupi, tempat letak kereta persendirian iaitu di dalam garaj kereta. Malah

dilengkapi dengan pengawal keselamatan dua puluh empat jam. Maka secara tidak langsung

murid ini juga memiliki rakan-rakan yang terkawal akan tingkahlakunya. Selain itu, murid ini

tidak mengalami sebarang tekanan daripada kawan-kawannya yang lain.

Kita bandingkan pula Murid B yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat yang

terletak di Desa Tasik, Sungai Besi. Murid ini mendiami rumah bertingkat pada kedudukan

tingkat tiga belas. Ruang dalaman pula begitu sempit dan tidak sesuai untuk ahli keluarga

yang besar. Kes kecurian pula agak kerap berlaku. Contohnya kecurian motosikal dan pecah

cermin kereta. Apabila jenayah berlaku, rasa tetap tidak selamat muncul. Selain itu, pelajar

terbabit mungkin tertekan dengan tekanan dari kawan-kawannya yang lebih kaya. Cemuhan

mungkin akan mengakibatkan murid ini mengalami tekanan perasaan hingga mengganggu

pelajarannya.

Teori ini disokong pula dengan pendapat Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya

menyatakan kemunduran dalam akademik kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran

adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana

berbagai sebab. Hal ini mungkin didorong oleh pelbagai faktor seperti pelajar terbabit bekerja

mahupun terlibat dengan aktiviti yang kurang berfaedah.

3.4 Faktor Kesihatan

Berdasarkan teori Pendekatan Biologi yang juga dikenali sebagai pendekatan

biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit atau Model Perubatan. Model ini

mengandaikan bahawa manusia adalah sistem fizikal dan mesti difahami daripada sudut

fizikalnya. Antara yang perlu difahami ialah keadaan fisiologi dan sistem saraf individu.

Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh

badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak. Berdasarkan

6 | P a g e

Page 7: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

pendekatan inilah kita boleh bandingkan keadaan kesihatan Murid B. Murid B ini kerap kali

menghadapi masalah penyakit asma. Ini menyebabkan murid ini kerap tidak hadir ke sekolah

kerana kurang sihat. Di samping itu, kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan murid

B tidak mengambil rawatan. Dia berkemungkinan mendapat penyakit lain yang akan

mengakibatkan gangguan dalam pelajaran.

3.5 Faktor Baka

Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka

genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya.

Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan

bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang

diwarisinya.

Ahli teori pembelajaran Gestalt telah mengemukakan konsep celik akal. Celik akal ini

bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.

Bagaimanapun, seseorang itu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat

unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan

pengalaman yang lepas. Jadi konsep ini memerlukan masa bagi melakukan penyelesaian ini.

Teori ini pula dapat disokong oleh Teori Gestalt. Dalam erti kata lain, pembelajaran

berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Kita

menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan, harapan dan

perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada sikap murid

tidak berminat dengan pembelajaran di sekolah. Ini sekaligus menyebabkan pencapaian

akademik murid tersebut lemah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali

dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mereka seakan akan

sudah serik untuk meneruskan pelajaran dan berkemungkinan terus bekerja di bidang yang

tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi.

3.6 Faktor Pemakanan

7 | P a g e

Page 8: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

Selain faktor di atas faktor pemakanan juga mempengaruhi perkembangan minda

murid. Menurut pandangan pakar makanan akan mempengaruhi fizikal dan kecergasan

murid, makanan yang tidak baik untuk minda seperti makanan segera yang mengandungi

bahan-bahan pewarna dan perisa tiruan dan segala jenis makanan yang boleh menyebabkan

ingatan menjadi lemah. Jadi wajib dijaga pemakanan supaya ingatan bertambah kuat dan

fikiran menjadi cerdas. Selain itu, pengambilan makanan tambahan juga penting bagi

membantu menguatkan otak melalui khasiat pemakanan. Di dalam satu perbincangan di

antara pakar-pakar dalam topik “Enfa A+ Smart System: Perpaduan Stimulasi dan Nutrisi

Menuju Kecerdasan Optimal” Soepardi Soedibyo (Perunding Gizi Anak RSCM) dalam

penjelasannya, mengatakan akan pentingnya asiddokosaheksaenoat (DHA) dan

asid arakhidonat (ARA) pada bayi. Ia sangat diperlukan dalam perkembangan anak-anak

ketika baru lahir mahupun semasa tumbesaran. Jadi, secara tidak langsung hal ini

menunjukkan yang pemakanan anak-anak amat perlu dijaga sejak dari kecil lagi bagi

memastikan kecerdasan anak-anak yang sekali gus menyumbang kepada kejayaan dalam

bidang akademik anak-anak. Bak kata pepatah “ badan sihat, otak cerdas”.

4.0 Langkah Mengatasi Masalah

Berdasarkan kajian ini maka telah dijalankan beberapa kaedah untuk mengatasinya.

Antara kaedah yang telah dijalankan ialah:

4.1 Ujian Diagnostik

4.2 Pengumpulan Maklumat

4.3 Temuramah

4.1 Ujian Diagnostik

Pada peringkat awal kedua- dua murid ini telah menjalani ujian diagnostik. Ujian ini

dijalankan di dalam kelas dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu lisan dan bertulis. Tujuan

ujian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Selain itu, ujian ini juga

untuk mengelaskan murid mengikut tahap pencapaian murid tersebut. Berdasarkan hasil keputusan ujian

diagnostik dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid. Sebagai guru kita dapat merangka program

untuk mengatasi kelemahan murid menguasai kemahiran yang terkandung dalam standard prestasi

mengikut setiap mata pelajaran. Di samping itu, guru dapat merangka teknik bagi memudahkan pemahaman

8 | P a g e

Page 9: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

pelajar mengikut tahap setiap pelajar dalam kelasnya tanpa mengakibatkan keciciran terhadap pelajar yang

lemah.

4.2 Pengumpulan Maklumat

Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan

teori, latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan

dengan teori di peroleh melalui bacaan sama ada dari buku atau majalah ilmiah

ataupun jurnal-jurnal yang telah diterbitkan, carian maklumat di internet dan

perkongsian maklumat di antara rakan-rakan sekerja. Manakala pengumpulan maklumat mengenai latar

belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar. Selain itu, lawatan ke rumah pelajar terbabit

menambahkan maklumat mengenai pelajar tersebut terutama daripada segi sosioekonomi keluarga pelajar

tersebut. Hal ini sekali gus dapat membantu pelajar tersebut mengatasi masalah yang dihadapinya.

4.3 Temu ramah

Temu ramah telah dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan murid ini

daripada hasil ujian diagnostik yang dijalankan ke atas murid ini. Kemudian saya

menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan da l am u j i an yan g d i l ak uka n .

Kem ah i r a n yang ga ga l d ikua sa i o l e h mu r id i n i aka n direkodkan bagi memudahkan

kajian yang bakal dilakukan. Temu bual pula dijalankan bersama guru pemulihan, guru

kelas, guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut dan kedua ibu bapa kepada. Sesi ini

berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang

terlibat.

5.0 Kesimpulan

  Berdasarkan faktor – faktor yang ditunjukkan di atas, ibu bapa memainkan peranan

yang berat dalam mendidik dan memastikan keselesaan anak-anak bagi memperoleh

keputusan akademik yang cemerlang. Suasana yang aman dan tenteram di rumah dapat

meningkatkan prestasi murid terbabit. Bak kata pepatah “ rumah ku syurga ku”. Jadi, ibu

bapa perlu melaksanakan tanggungjawab serta menyediakan segala kemudahan yang perlu

dalam aspek pendidikan agar anak mereka mampu mencapai apa yang mereka hajati. Dengan

kurangnya masalah yang dihadapi oleh sebuah keluarga dari segi masalah dalaman mahupun

luaran akan menjana keluarga yang bahagia dan bebas daripada tekanan perasaan di samping

9 | P a g e

Page 10: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

mengambil tahu akan pergaulan anak-anak serta menetapkan batasnya agar mereka tidak

dibuai oleh arus kemodenan hingga menyebabkan terabainya pelajaran.

BIBLIOGRAFI:

1. Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1 (Psikologi Perkembangan).

Shah Alam: Fajar Bakti

2. Mok Soon Sang (2001). Pedagogi untuk kursus Diploma Perguruan Semester

3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

3. Rahil Mahyuddin, Habibah Elisa (2001). Psikologi Pendidikan untuk

Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications

4. Choong Lean Keow, Phd, (2011). Murid dan Alam Belajar Edisi Ke-2.

Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

5. Stimulasi Bayi.(April 2, 2008). Stimulasi Dan Nutrisi Bayi.

i. http://smartparent.wordpress.com/category/stimulasi-bayi/

ii. http://www.suarapembaruan.com/News/2004/10/14/index.html

 

10 | P a g e

Page 11: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

11 | P a g e

Page 12: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

HBEF 2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA :

ZAIRANUDIN BIN ABDUL RAHMAN

12 | P a g e

Page 13: Teori Pembelajaran Dalam Pelaksanaan Pengajaran

NO. K.P

790921-05-5305

NO. TEL

012-6691329

TUTOR:

PN. CHE’MAH BINTI YUSOFF

PUSAT PEMBELAJARAN :-

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

PETALING JAYA

LEARNING CENTRE

13 | P a g e