ukuran data
DESCRIPTION
TmkTRANSCRIPT
MEMAHAMI UKURAN DATA
KUMPULAN 3
4.0 MEMAHAMI UKURAN DATA
4.1 Menerangkan maksud data
4.2 Menyatakan unit piawai ukuran data Bit, Bait, Kilobait, Megabait dan Gigabait
4.3 Menukar ukuran data Kilobait (KB) ke Bait
4.4 Menukar ukuran data Megabait (MB) ke Kilobait (KB)
4.5 Menukar ukuran data Gigabait (GB) ke Megabait (MB)
4.6 Menghubungkait fail data dan Bait
4.7 Menyata dan membandingkan saiz fail
4.8 Menggunakan aplikasi Notepad untuk membandingkan saiz
fail satu perkataan dan satu ayat
MODUL DK9
4.1 Menerangkan maksud data
4.2 Menyatakan unit piawai ukuran data Bit, Bait, Kilobait, Megabait dan
Gigabait
MENGENAL DATA
Data adalah item yang belum disusun
Data yang telah diproses adalah maklumat
Data boleh dalam bentuk nombor, huruf, simbol, bunyi (audio), gambar (imej) atau video
Komputer memahami data dalam bentuk ON (1) dan OFF (0) sahaja
Jutaan kombinasi 0 dan 1 membolehkan komputer beroperasi
Setelah data diproses ia akan ditukar kembali ke bentuk yang difahami oleh pengguna dan dipaparkan sebagai output
Nombor 0 dan 1 yang digunakan oleh komputer dikenali sebagai digit binari
Unit piawai ukuran data
Data diukur dengan menggunakan ukuran
Bit
Gigabait (GB)
Megabait (MB)
Kilobait (KB)
Bait
8 Bit = 1 Bait
1000 Bait = 1 Kilobait (KB)
1000 Bait = 1 Kilobait (KB)
1000000 Bait = 1 Megabait (MB)
1000000000 Bait = 1 Gigabait (GB)
MODUL DK10
4.3 Menukar ukuran data Kilobait (KB) ke Bait
4.4 Menukar ukuran data Megabait (MB) ke Kilobait (KB)
4.5 Menukar ukuran data Gigabait (GB) ke Megabait (MB)
MENUKAR UKURAN4.3 Menukar ukuran data Kilobait (KB) ke Bait
Contoh 1
1 KB = 1 x 1000 bait = 1 000 bait
Contoh 2
3 KB = 3 x 1000 bait = 3 000 bait
Contoh 3
2.4 KB = 2.4 x 1000 bait = 2 400 bait
MENUKAR UKURAN4.4 Menukar ukuran data Megabait (MB) ke Kilobait (KB)
Contoh 1
1 MB = 1 x 1000 KB = 1 000 KB
Contoh 2
5 MB = 5 x 1000 KB= 5 000 KB
Contoh 3
6.1 MB = 6.1 x 1000 KB = 6 100 KB
MENUKAR UKURAN4.5 Menukar ukuran data Gigabait (GB) ke Megabait (MB)
Contoh 1
1 GB = 1 x 1000 MB = 1 000 MB
Contoh 2
500 GB = 500 x 1000 MB= 5000 000 MB
Contoh 3
80 GB = 80 x 1000 GB = 80 000 MB
MODUL DK11
4.6 Menghubungkait fail data dan Bait
4.7 Menyata dan membandingkan saiz fail
4.8 Menggunakan aplikasi Notepad untuk membandingkan saiz fail satu perkataan dan satu ayat
MENGHUBUNGKAIT FAIL DATA DAN BAIT
Komputer menyimpan data dalam unit Bait Setiap aksara terdiri daripada nombor, huruf dan simbol termasuk spacebar diwakili oleh data satu Bait Contoh 1: Satu fail yang terdiri dari empat huruf dengan menggunakan perisian Notepad akan menunjukkan saiz fail tersebut ialah 4 Bait Contoh 2 :
S a y a s u k a m a k a n
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Setiap 1 aksara = 1 BaitMaka saiz fail ini ialah 15 Bait
Menyata dan membanding saiz fail
Langkah 1 : Pilih folder yang mempunyai bilangan fail yang melebihi 5 buah failLangkah 2 : Klik view dan pilih Details untuk melihat saiz fail bagi setiap fail
Langkah 3 : Berdasarkan folder anda tuliskan nama fail dan saiz (terbesar)Langkah 4 : Tuliskan nama fail dan saiz fail (terkecil)
MENGGUNAKAN APLIKASI NOTEPAD UNTUK MEMBANDINGKAN SAIZ FAIL SATU PERKATAAN DAN SATU AYAT
Langkah 1 : Bina satu folder dan namakan folder tersebut Aktiviti 4. Lancarkan perisian Notepad dan satu perkataan Saya
Langkah 2 : Simpankan fail sebagai Perkataan di dalam folder Aktiviti 4
Langkah 3 : Lancarkan perisian Notepad dan taipkan ayat Saya suka belajar komputer
Langkah 4 : Simpan fail sebagai ayat di dalam folder Aktiviti 4
Langkah 5 : Cuba teka saiz fail bagi fail perkataan dan fail ayat
Langkah 6 : Buka folder Aktiviti 4, klik View dan pilih Details
Langkah 7 : Semak tekaan anda