cocu 3 nota penerangan

18
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION AND MAINTENANCE TAHAP / LEVEL 2 (TWO) NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE EE-320-2 : 2012 - C03-SINGLE PHASE ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE REQUIREMENT 2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL, EQUIPMENT AND MATERIAL 3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION 4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE 5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY 6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE ACTIVITIES ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C03/P(1/1) Muka / Page : 1 Drpd/of : 13 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)

Upload: mohd-zamri-ibrahim

Post on 30-Dec-2015

342 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Nota penerangan

TRANSCRIPT

Page 1: Cocu 3 Nota Penerangan

KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME

EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION AND MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL 2 (TWO)NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI /COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE

EE-320-2 : 2012 - C03-SINGLE PHASE ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE

NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE REQUIREMENT

2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL, EQUIPMENT AND MATERIAL

3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING

MAINTENANCE5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALITY6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE

ACTIVITIES

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C03/P(1/1)

Muka / Page : 1 Drpd/of : 13

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALYSIA

KERTAS PENERANGAN(INFORMATION SHEET)

Page 2: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 2 Drpd/of : 14

TAJUK : PENYELENGGARAAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai jenis penyelenggaraan dan kerosakan pepasangan elektrik satu fasa serta kaedah mengesan dan membaikinya mengikut prosedur pengujian dan pengesahan.

PENERANGAN :

1. Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Elektrik

Penyelenggaraan bolehlah ditakrifkan sebagai aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

Umumnya penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan:-

i. Pepasangan selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan).

ii. Pepasangan mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya).iii. Pepasangan mempunyai ketahanan maksima sejajar dengan

perbelanjaan.iv. Pepasangan mampu mencapai tahap bolehguna yang diterima.v. Pepasangan dapat mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar

diperbaiki (beyond economic repair) dimana ini dapat menjimatkan perbelanjaan.

vi. Pepasangan mendapatkan nilai pasaran maksima semasa.vii. Pepasangan dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan.

1.1 Jenis penyelenggaraan elektrik

i. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan,

tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala

ii. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance).

Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.

1.2 Proses Penyelenggaraan Elektrik

Proses penyelenggaraan terhadap kerosakan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-

i. Cemas (Emergency)

Page 3: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 3 Drpd/of : 14

Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau terganggu yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak).

ii. Segera (Urgent)

Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).

iii. Biasa (Normal)

Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

Operasi penyelenggaraan pemasangan elektrik dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan kepada sistem pemasangan elektrik. Diantara aktiviti-aktiviti penyelenggaraan adalah:-

i. Membersihkan kekotoran.ii. Memeriksa alatan dan pemasangannya.iii. Menggantikan bahagian alatan yang rosak.iv. Membetulkan sesuatu keadaan yang membahayakan pengguna.

Aktiviti kerja penyelenggaraan bergantung kepada jenis alatan, peranti, mesin dan cara pemasangan elektrik. Bagi memudahkan kerja penyelenggaraan, satu senarai tertib pemeriksaan perlu disediakan agar pengawasan dapat dilakukan dengan sempurna. Jadual tugas pemeriksaan dan penyelenggaraan ini boleh dibuat untuk satu jangka waktu yang tertentu seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Ini bergantung kepada kekerapan pengawasan yang diperlukan bagi sesuatu peralatan atau pemasangan. Dengan adanya pembahagian kerja yang sistematik, keadaan bahaya boleh dihindarkan dan persekitaran yang selamat dan terpelihara dapat dihasilkan.

Diakhir setiap pemeriksaan, satu laporan perlu disediakan dan disimpan sebagai rekod atau rujukan kedudukan sebenar sesuatu pemasangan dan peralatannya masakini.

1.3 Aktiviti Pemeriksaan dan Penyelenggaraan

Diantara aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan yang boleh dilakukan adalah:-

i. Keadaan Fizikal:.

a. Peralatan diletakkan ditempat yang telah disediakan.b. Lorong jalan tidak dihalang laluannya.c. Lantai disekitar peralatan hendaklah dibersihkan dari kekotoran, minyak, air dan

sampah.d. Tingkap, pintu dan dinding hendaklah sentiasa bersih dan berkeadaan baik.e. Alat pemadam api dan peti pertolongan cemas tersedia ditempat yang

dikhaskan.

Page 4: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 4 Drpd/of : 14

f. Tempat buangan reja kerja perlu disediakan.g. Papan tanda amaran dan keselamatan dipasang dengan kemas ditempat yang

sesuai dengan perkataan yang tertulis masih kelihatan terang.

ii. Keadaan Kelengkapan Mesin:

a. Kedudukan mesin hendaklah teratur supaya ruang kerja mencukupi.b. Mesin yang telah pudar warnanya perlu dicat semula mengikut warna yang

sesuai iaitu jingga untuk pemasangan elektrik dan kelabu untuk mesin.c. Bahagian mesin yang berputar dan boleh disentuh hendaklah dipasang jaring

atau pengadang.d. Suis kawalan mesin hendaklah sentiasa berkeadaan baik.e. Mematikan bekalan kuasa mesin apabila tidak digunakan.f. Bersihkan mesin dan kelengkapannya dari kekotoran dengan menggunakan

berus atau kain.g. Periksa keadaan mesin dan kelengkapannya bagi mempastikan ia selamat

digunakan.memeriksa talisawat motor agar sentiasa berada dalam ketegangan yang dikehendaki:

Mengganti beberus karbon yang rosak. Menggris bahagian mesin yang berputar (pada pengalas). Menukar pengalas yang longgar atau tak seimbang. Membersihkan lilitan mesin daripada minyak, gris atau kekotoran. Memeriksa aras air, enjin pemacu, penjana dan pendingin udara pusat

supaya sentiasa bersedia untuk beroperasi. Memastikan gandingan mesin ketat dan sejajar. Memastikan talisawat sejajar.

h. Mengasingkan alat kelengkapan yang rosak ditempat yang dikhaskan.

iii. Keadaan Elektrik:

a. Tutup semua suis apabila tidak digunakan.b. Pastikan suis kawalan utama boleh berfungsi dengan baik.c. Semua kabel dan kod boleh lentur sentiasa berada dalam keadaan selamat

untuk digunakan.d. Pastikan pemutus litar boleh berfungsi dengan baik.e. Menguji rintangan penebatan pendawaian.f. Mempastikan sambungan bumi setiap peralatan baik, tidak longgar atau putus.g. Mempastikan fius yang terputus diganti dengan jenis bahan dan kadaran yang

sesuai.h. Penunjuk saiz fius dan nombor litar akhir dipapan suis atau papan agihan tertera

dengan baik dan jelas.i. Mempastikan alat lengkap elektrik tidak retak atau rosak.j. Membersihkan lampu dari habuk dan kekotoran.k. Mengetatkan tempat pergantungan lampu.l. Menguji keberkesanan alat perkhidmatan bangunan.m. Menggantikan ‘ballast’ lampu yang rosak (berdengung).n. Menggantikan lampu yang rosak.o. Memastikan semua sambungan litar elektrik sentiasa ketat dan baik.p. Mempastikan semua peralatan atau kelengkapan pengujian sentiasa

berkeadaan baik.q. Memeriksa bacaan jangka-jangka pada panel agar sentiasa berada dalam

kedudukan sebenar.r. Memeriksa pelana conduit agar sentiasa terpasang dengan kemas.s. Set semula suis lewat masa lampu jalan setelah bekalan pulih semula.

Page 5: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 5 Drpd/of : 14

t. Memerhatikan sebarang kerosakan mekanikal.u. Mempastikan semua suis dapat berkendali dengan baik.v. Menjalankan ujian penebatan dan keterusan jika keadaannya meragukan.w. Menambah elektrolit bateri jika arasnya berkurangan.x. Mengecas semula bateri.y. Membersihkan kesan oksida pada terminal bateri.z. Mempastikan suis larasuhu berkeadaan baik.aa. Menguji beberkesanan peranti pelindung.bb. Peralatan elektrik mestilah dikendalikan mengikut peraturan yang telah

ditetapkan oleh pengeluar dari segi operasi, penyelenggaraan dan penukaran alatganti.

cc. Pastikan system pemasangan dan operasi peralatan diketahui sebelum penyelenggaraan dilakukan.

dd. Pastikan kerja penyelenggaraan dilakukan sekurang-kurangnya dua orang dan setiap pekerja mempunyai pengetahuan cara pemulihan pernafasan.

ee. Sebelum penyelenggaraan dilakukan, pastikan bekalan elektrik telah diputuskan (pengasing di ‘OFF’, fius dicabut). Fius ini hendaklah disimpan oleh pekerja

penyelenggaraan dan diletakkan ditempat yang selamat.ff. Tentukan semua bekalan dipanel kawalan motor diputuskan (OFF) kerana

kadangkala alat kawalan jauh digunakan.gg. Letakkan papan amaran dipanel bagi pemberitahuan kerja sedang dijalankan.hh. Pastikan bekalan dan peralatan elektrik dipasang dengan baik dan sempurna.ii. Apabila menyambungkan bekalan, pastikan sambungan nuteral dipasang dahulu

diikuti dengan fius.jj. Tentukan kabel pembumian berkeadaan baik dan sempurna tamatannya.kk. Pastikan alatganti yang digunakan bersesuaian untuk tugas yang diperlukan.ll. Pastikan semua kabel dan bahagian yang hendak ditanggalkan diberi tanda

yang sesuai bagi mempastikan ia dapat dipasang semula ditempat asalnya dengan betul.

mm. Pastikan semua sesentuh suis bersih, rata dan tiada tanda terbakar.

1.4 Operasi Penyelenggaraan

Operasi penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

i. Servis (servicing)ii. Pembersihan / pencucian bangunan (routine cleaning)iii. Pembaikan (rectification, repair)iv. Penggantian (replacement)v. Penyambungan (extension)vi. Pengubahsuaian (renovation)vii. Naiktaraf (upgrading)

2. Kerosakan Pepasangan Elektrik Satu Fasa

Setiap pepasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Ini disebabkan faktor usia pepasangan, kerosakan mekanikal (terhimpit, terpotong), kerosakan akibat persekitaran (suhu, cuaca, makhluk perosak) dan sebagainya.

Kerosakan pepasangan elektrik fasa tunggal boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:-

i. Litar pintas

Page 6: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 6 Drpd/of : 14

Litar pintas berlaku apabila punca hidup / fasa bersentuh dengan punca neutral. Kerosakan ini akan menyebabkan peranti perlindungan iaitu pemutus litar kenit (MCB) terpelantik atau fius putus. Jika peranti perlindungan ini tidak berfungsi dengan sempurna, kabel pepasangan akan menjadi terlampau panas dan menyebabkan kebakaran. Diantara punca berlakunya litar pintas adalah:-

a. Kerosakan mekanikal pada penebat kabel.b. Tamatan kabel tak sempurna.c. Kerosakan alat lengkap pepasangan.d. Kerosakan peralatan elektrk.

Rajah 1: Litar pintas

Kerosakan litar pintas ini dapat dikesan apabila MCB sering terpelantik atau fius putus ketika litar-kecil-akhir digunakan. Sekiranya kerosakan ini berlaku pada peti suis utama (PSU), fius utama akan terputus apabila bekalan dihidupkan (ON).

Langkah-langkah mengesan kerosakan ialah:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir. Sekiranya suis utama, PLAB dan semua MCB tidak dapat dimatikan kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang dijangka mengalami kerosakan sahaja.

c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.d. Dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance

Tester), uji penebatan antara pengalir fasa dengan pengalir nuteral.e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan kurang daripada 0.5 megaohm

(MΩ), ini menunjukkan litar pintas telah berlaku.

ii. Litar Bocor Ke BumiLitar bocor ke bumi berlaku apabila arus elektrik pepasangan mengalir ke punca bumi. Kerosakan ini boleh menyebabkan kejutan elektrik. Kerosakan bocor ke

Page 7: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 7 Drpd/of : 14

bumi ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PLAB terpelantik ketika litar yang rosak digunakan.

Diantara punca-punca berlakukan litar bocor ke bumi adalah:-

a. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam berbumi.

b. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau bahagian logam berbumi.

c. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.

d. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu, soket alir keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

e. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

Langkah-langkah mengesan kerosakan ialah:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir. Sekiranya suis utama, PLAB dan semua MCB tidak dapat dimatikan

kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang dijangka mengalami kerosakan sahaja.

c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.d. Dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation

Resistance Tester), uji kebocoran antara pengalir fasa dan pengalir

neutral dengan punca bumi.e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan kurang daripada 0.5

megaohm (MΩ), ini menunjukkan kebocoran kebumi telah berlaku.

iii. Litar BukaLitar buka adalah kerosakan yang mengakibatkan arus elektrik tidak dapat mengalir dengan sempurna kedalam litar pepasangan. Ini menyebabkan peralatan elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-

a. Kabel putus.b. Sambungan pada terminal tertanggal.c. Sesentuh suis tidak berfungsi dengan baik.d. Kerosakan mekanikal pada alat lengkap pepasangan.e. Kerosakan mekanikal pada alat perlindungan pepasangan.

Langkah-langkah Mengesan Kerosakan ialah:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir. Sekiranya suis utama, PLAB dan semua MCB tidak dapat dimatikan

kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang dijangka mengalami kerosakan sahaja.

Page 8: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 8 Drpd/of : 14

c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.

d. Dengan menggunakan Jangka Pelbagai (Multimeter), uji keterusan pada pengalir fasa, pengalir nuteral, terminal alat lengkap dan terminal

peralatan elektrik. e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan 0 ohm (Ω), ini

menunjukkan tiada litar terbuka berlaku.

JADUAL 1

PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN

PerkaraPemeriksaan danPenyelenggaraan Harian Bulanan Tahunan

BUTIRAN 1. Voltan

2. Arus dan komponen

3. Suhu bilik/sekeliling

4. Suhu lilitan stator

5. Getaran

6. Suhu alas

7. Bunyi luarbiasa

8. Kerosakan lain-lain

9. Masukkan gris jika perlu

10.Rintangan penebatan

11.Penjajaran penjodoh

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

O

iv. Kerosakan Alat PerlindunganKerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama, PLAB, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku kebocoran arus ke bumi dan arus lebihan dalam litar. Kerosakan alat perlindungan ini dapat dikenalpasti apabila alat-alat perlindungan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Umpamanya suis utama tidak boleh di’OFF’kan, PLAB tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.

Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

Page 9: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 9 Drpd/of : 14

a. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.b. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.c. PLAB yang hilang kepekaan.d. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

Langkah-langkah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya ialah: a. Sesentuh suis utama melekat:

Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna. Gunakan multimeter bidang voltan. Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis utama

masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.

b. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya:

Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna. Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus. Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan

operasikan bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak terpelantik,maka itu menunjukkan ianya telah rosak.

c. PLAB hilang kepekaan:

Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna. Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji. Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu

menunjukkan ianya telah hilang kepekaan.

d. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya:

Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna. Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau

penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul.

Page 10: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 10 Drpd/of : 14

BORANG 1 - LAPORAN PENGUJIAN

Nama : ………………………………………….

No. K.P : ………………………………………….

Tarikh : ………………………………………….

PERKARA KEPUTUSAN

1.Laporan Secara Pemerhatian

2.Laporan Kaedah Litar Pendawaian

3.Laporan Pengujian:

i. Ujian Keterusan

ii. Ujian Kefungsian

iii. Ujian Kekutuban

iv. Ujian Penebatan

4.Langkah-Langkah Keselamatan

Page 11: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 11 Drpd/of : 14

JADUAL 2

KEPUTUSAN UJIAN PEPASANGANPENDAWAIAN DOMESTIK

Nama : ………………………………… Sukatan Suis Utama: ………………AmpNo. K.P : ……………………………………….. Kadaran Fius: ………………………Amp

Sukatan PLBK : …………………….AmpJenis Kendalian PLBK : …………………

BUTIR-BUTIR/ BILANGAN

LITAR/RADAS

BIL. MATA

LAMPU

BIL. SOKET

ALIR KELUAR

BIL. KUASA

UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN PIHAK BERKUASA BEKALAN 7(2)

(1)RINTANGAN

PENEBAT ANTARA

PENGALIR DAN BUMI

(2)RINTANGAN

PENEBAT ANTARA

PENGALIR

(3)KEKUTUPAN

SUIS DAN SOKET ALIR

KELUAR

(4)KESELANJARAN BUMI DIPERIKSA

KESELURUHAN PEPASANGAN

Keupayaan arus terus sebanyak 500V telah digunakan untuk menentukan rintangan penebatan yang dicatitkan di atas

Page 12: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 12 Drpd/of : 14

……………………………………………. ………………………………………..Tandatangan Penguji Tandatangan Penyelia

Tarikh : …………………………….. Tarikh : ………………………………

3 : PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI SENGGARAAN

• Bahagian IV – Penyelenggaraan Pepasangan

• Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya

• 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan

• 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun

• 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun

• 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu pepasangan

3.1 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (KAWALAN KOMPETEN)

Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa per-akuan sebagaimana ditetapkan

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

Page 13: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 13 Drpd/of : 14

SOALAN:

1. Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik satu fasa.

2. Nyatakan maksud ‘litar pintas’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

3. Nyatakan maksud ‘litar bocor ke bumi ’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

4. Nyatakan maksud ‘litar buka’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

5. Nyatakan maksud ‘kerosakan alat perlindungan’ dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

RUJUKAN:

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK, Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

3. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

Page 14: Cocu 3 Nota Penerangan

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2011-C03/P(1/1)

Muka / Page : 14 Drpd/of : 14