e-proceeding of the 4th world conference on ... · web viewperlaksanaan pemantauan proses...

10
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020 SIKAP PELAJAR DI DALAM PEMANTAUAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN (IPDP) Azhari Bin Zakaria*, Politeknik Kota Bharu, e-mail: [email protected] Ahmad Muzri Bin Mohammad Najib, Politeknik Kota Bharu, e-mail: [email protected] Rozaimah Binti Mustapa, Politeknik Kota Bharu, e-mail: [email protected] Abstrak Perlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah ditambahbaik dan digantikan dengan pemantauan yang dilakukan secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai iPdP. Langkah penambahbaikan ini sentiasa dilakukan bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa dan sentiasa kekal relevan sesuai dengan suasana pembelajaran generasi pelajar masa kini. Matlamat penambahbaikan ini juga diharap mampu melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai jatidiri. Selain mengurangkan penggunaan kertas, kaedah pemantauan secara dalam talian iPdP juga secara tidak langsung meningkatkan ketelusan dari segi pemarkahan yang diberi oleh pelajar. Disamping itu iPdP yang baru diperkenalkan ini yang mewajibkan semua pelajar untuk menilai perlaksanaan PdP pensyarah kursus, pelajar berpeluang memberi maklumbalas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah kursus. Penglibatan semua pelajar sedikit sebanyak memberi kesan kepada markah pemantauan pensyarah yang dipantau (PYP). Kajian ini dibuat bagi membuat perbandingan di antara dua kaedah pemantauan yang dilaksanakan di politeknik dan kolej komuniti iaitu secara manual dan dalam talian. Perbandingan data-data pemantauan yang dianalisa adalah dari proses pemantauan PdP di Politeknik Kota Bharu dalam tempoh empat tahun bermula 2017 sehingga 2020. Kata kunci: pemantauan, pengajaran dan pembelajaran PdP, pencerapan, iPdP ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -- 1.0 Pengenalan Pemantauan Proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah merupakan satu usaha berterusan Jabatan Pengajian Politeknik dan kolej Komuniti (JPPKK) bagi memastikan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan di semua Politeknik dan kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada umumnya pelaksanaan proses ini E-PROCEEDING OF THE 6 TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020) (e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020. Copyright and published by https://worldconferences.net Page 122

Upload: others

Post on 22-Jul-2021

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

SIKAP PELAJAR DI DALAM PEMANTAUAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN (IPDP)

Azhari Bin Zakaria*,Politeknik Kota Bharu,

e-mail: [email protected]

Ahmad Muzri Bin Mohammad Najib,Politeknik Kota Bharu,

e-mail: [email protected]

Rozaimah Binti Mustapa,Politeknik Kota Bharu,

e-mail: [email protected]

Abstrak

Perlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah ditambahbaik dan digantikan dengan pemantauan yang dilakukan secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai iPdP. Langkah penambahbaikan ini sentiasa dilakukan bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa dan sentiasa kekal relevan sesuai dengan suasana pembelajaran generasi pelajar masa kini. Matlamat penambahbaikan ini juga diharap mampu melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai jatidiri. Selain mengurangkan penggunaan kertas, kaedah pemantauan secara dalam talian iPdP juga secara tidak langsung meningkatkan ketelusan dari segi pemarkahan yang diberi oleh pelajar. Disamping itu iPdP yang baru diperkenalkan ini yang mewajibkan semua pelajar untuk menilai perlaksanaan PdP pensyarah kursus, pelajar berpeluang memberi maklumbalas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah kursus. Penglibatan semua pelajar sedikit sebanyak memberi kesan kepada markah pemantauan pensyarah yang dipantau (PYP). Kajian ini dibuat bagi membuat perbandingan di antara dua kaedah pemantauan yang dilaksanakan di politeknik dan kolej komuniti iaitu secara manual dan dalam talian. Perbandingan data-data pemantauan yang dianalisa adalah dari proses pemantauan PdP di Politeknik Kota Bharu dalam tempoh empat tahun bermula 2017 sehingga 2020.

Kata kunci: pemantauan, pengajaran dan pembelajaran PdP, pencerapan, iPdP---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 PengenalanPemantauan Proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah merupakan satu usaha berterusan

Jabatan Pengajian Politeknik dan kolej Komuniti (JPPKK) bagi memastikan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan di semua Politeknik dan kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada umumnya pelaksanaan proses ini adalah untuk memastikan semua Politeknik dan Kolej komuniti KPT memperolehi kecemerlangan dalam bidang akademik, akhlak dan sahsiah.

Pelaksanaan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan mengikut gred pensyarah iaitu pensyarah yang lebih kanan memantau pensyarah yang lebih rendah grednya. Hasil daripada pemantauan akan mewujudkan penilaian bagi seseorang pensyarah tersebut. Proses pemantauan dijalankan sepanjang semester mengikut jadual yang ditetapkan. Pemantauan PdP dibuat hanya sekali setahun sahaja bagi setiap pensyarah. Pelajar perlu log in Sistem Pengurusan Maklumat

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 122

Page 2: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

Politeknik (SPMP) di laman sesawang politeknik. Borang pemantauan Lampiran 2C yang diisi oleh pelajar mengandungi sepuluh item soalan menggunakan sekala Likert dari 1 hingga 4. Borang pemantauan adalah seperti lampiran 1 dan lampiran 2.

2.0 Objektif

Objektif kajian adalah1. Membuktikan ketelusan sebenar sikap pelajar membuat pemantauan kepada pensyarah tanpa

tekanan.2. Membuktikan penambahan bilangan pencerapan pelajar mempengaruhi skor purata pensyarah

yang dinilai (PYP).

3.0 Kajian LiteraturPoliteknik di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan salah sebuah institusi

pendidikan dan latihan awam yang mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana modal insan khususnya dalam bidang teknikal. Di dalam usaha memastikan negara mempunyai modal insan yang kompeten, kekal relevan dan mencukupi untuk memacu ekonomi negara ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan, maka menjadi tugas dan tanggungjawab utama sesebuah institusi pendidikan untuk memastikan kejayaan dalam pelaksanaan kurikulum yang telah dijalankan melalui proses pengajaran oleh setiap pensyarah.

Keberkesanan proses ini memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik, agar usaha mengenalpasti ruang penambahbaikan boleh diambil bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pencapaian akademik pelajar. Menurut Aziz dan Mohd Yusof (1997), penilaian sepatutnya bukan hanya dilihat sebagai tindakan bagi menetapkan nilai semata-mata kepada seseorang pengajar tetapi juga sebagai cara mengesan kekuatan dan kelemahan ke arah mempertingkatkan kebolehan, sikap dan amalan mereka dalam pendidikan samada di dalam mahupun di luar kelas. Di sebabkan itu pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran PdP pensyarah sentiasa perlu dilaksanakan demi menjaga kualiti dan sentiasa konsisten dalam melaksanakan proses PdP.

Penilaian pengajaran pensyarah oleh pegawai pemantau (PP) terhadap Pensyarah Yang Dipantau (PYP) terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama PP yang dilantik akan menggunakan borang Lampiran 2A yang merangkumi proses semakan dokumen dan pencerapan semasa perlaksanaan PdP. Manakala bahagian kedua pemantauan pensyarah dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan borang lampiran 2C. Hasil pemantauan ini, dianalisis dan dilaporkan kepada pihak Pengurusan Akademik institusi dan JPPKK oleh Penyelaras Institusi (PI) yang dilantik, bagi tujuan melaksanakan tindakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) dalam meningkatkan pembangunan profesionalisme pensyarah.Pemantauan PdP dijalankan di politeknik adalah bertujuan untuk:

i. Mendapatkan maklumbalas berhubung dengan PdP yang dijalankan. ii. Mendapatkan maklumbalas berhubung dengan proses pengajaran yang dilaksanakan oleh

pensyarah kursus.iii. Mengenalpasti pensyarah yang menghadapi kekangan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.iv. Mengenalpasti corak latihan dan program motivasi yang bersesuaian bagi pensyarah yang

tidak berjaya meraih skor markah pemantauan 80% supaya lebih mempelbagaikan lagi kreativiti bagi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar bagi kursus yang diajar.

v. Mendapat maklumbalas dari pelajar berkenaan corak pengajaran, kandungan kursus dan tugasan yang boleh memotivasikan pelajar.

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 123

Page 3: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

4.0 MetodologiMetodologi penulisan ini dibuat menggunakan data yang di ambil dari Portal Bahagian

Instruktional dan Pembelajaran Digital (BIPD), JPPKK. Data-data pemantauan yang digunakan adalah bermula tahun 2017, 2018 dan 2019 yang mana kaedah pemantauan adalah secara manual. Data-data kemudiannya dibandingkan dengan data pemantauan secara dalam talian (iPdP) yang mula diperkenalkan bermula januari 2020. Kajian ini hanya membuat perbandingan markah-markah pemantauan yang diberikan oleh pelajar terhadap pensyarah kursus sahaja. Mengambil kira markah pemantauan oleh pelajar yang kurang dari 85%, graf diperolehi dengan menggunakan perisian microsoft Excel. Nilai skor kurang daripada 85% diambil adalah kerana Key Perfomance Indicator, KPI bagi Politeknik Kota Bharu mensasarkan skor markah melebihi 85% bagi kedua-dua pemantauan yang dibuat oleh PP dan juga pelajar.

5.0 Dapatan dan Perbincangan Hasil dapatan yang diperolehi daripada pemantauan pelajar, terhadap proses PdP pensyarah di Politeknik Kota Bharu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020 adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.

Jadual 1: Statistik Pemantauan PdP Skor kurang 85%

TahunBilangan PYP di PKB yang

dipantauBilangan Mengikut Skor

Bil PYP Skor krg 85% (Peg

Pemantau)

Bil. PYP skor kurang 85%

(Pelajar)

% PYP Skor krg 85% ( Peg Pemantau)

% PYP skor kurang 85% (Pelajar)

Tahun 2017 432 Bilangan skor kurang 85% 1 11 0.23 2.55Tahun 2018 411 Bilangan skor kurang 85% 1 7 0.24 1.70Tahun 2019 395 Bilangan skor kurang 85% 2 2 0.51 0.51Tahun 2020 206 Bilangan skor kurang 85% 0 9 0.00 4.37

Rajah 1: Graf pemantauan PdP Skor diberi oleh pelajar kurang 85%

Analisa pemantauan menunjukkan skor markah yang diberikan oleh pelajar menurun dari tahun 2017 dimana hanya 2.55% sahaja PYP memperolehi markah kurang dari 85%. Penurunan terus

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 124

Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019 Tahun 20200.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

3.50

4.00

4.50

Pemantauan PdP: Skor kurang dari 85%

Page 4: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

berlaku pada tahun 2018 yang mencatat 1.70% dan terus menurun kepada 0.51% pada tahun 2019. Walaubagaimanapun, apabila pemantauan proses pemantauan secara dalam talian, iPdP diperkenalkan bermula januari 2020, peratusan skor kurang dari 85% ini naik secara mendadak kepada 4.37%. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan pihak Pengurusan Tertinggi Politeknik Kota Bharu.

Walaupun peratusan pemantauan bagi tahun 2020 baharu sahaja mencapai 52.2 % iaitu hanya seramai 206 dari 395 orang pensyarah yang dipantau (PYP) dari kategori 2 yang telah dipantau, namun bilangan 9 orang mewakili 4.37% itu agak membimbangkan. Kesan peningkatan peratusan skor yang kurang dari 85% menjejaskan KPI dalam laporan Kajian Semula Pengurusan Politeknik Kota Bharu yang mensasarkan markah pemantauan melebihi 85%.

Peningkatan peratusan skor kurang dari 85% adalah berpunca dari bilangan pelajar yang bertambah dimana pemantauan edisi terdahulu memperuntukkan hanya 50% atau maksima dua puluh orang sahaja dari bilangan pelajar yang berada di sesuatu seksyen memantau proses PdP pensyarah. Memandangkan hanya 50% sahaja yang membuat pemantauan pensyarah, lazimnya pelajar yang berada pada susunan meja bahagian hadapan bilik kuliah sahaja kebiasaannya terlibat dengan proses pemantauan ini. Manakala pelajar yang berada di barisan meja belakang selalunya tidak mendapat borang pemantauan pensyarah yang diberikan oleh Pegawai Pemantau PP semasa membuat pemantauan PdP. Berbeza dengan Sistem pemantauan secara dalam talian, iPdP yang mewajibkan semua pelajar di dalam seksyen berkenaan membuat pemantauan PdP terhadap PYP, tidak terkecuali bagi pelajar yang tidak hadir semasa proses pemantauan oleh PP.

Memandangkan hanya 50% atau maksima 20 orang bilangan pelajar yang diambil kira untuk membuat pemantauan terhadap seorang PYP maka ada dikalangan PP memilih jalan selamat dengan menyediakan lebih dari 20 borang pemantauan pelajar. PP akan memilih borang pemantauan pelajar yang memberikan skor yang tinggi dan mengabaikan skor yang rendah yang diberikan oleh pelajar pada borang pemantauan tersebut. Walaupun menyalahi etika, namun situasi ini dilakukan demi menyelamatkan seseorang PYP dari mendapat skor yang rendah dan dikenakan pemantauan susulan.

6.0 KesimpulanRumusan dari kajian menunjukkan apabila kesemua pelajar yang berada di dalam sesuatu

seksyen yang telah dipilih untuk menjadi pemantau kepada pensyarah kursus mereka yakni PYP, maka akan menghasilkan keputusan markah pemantauan yang lebih tepat, berbanding dengan sistem pemantauan edisi sebelum ini yang hanya mewajibkan seramai 50% dari bilangan pelajar di sesuatu seksyen yang memberi melakukan pemantauan PdP pensyarah.

Faktor yang mendorong pelajar memberikan skor yang rendah kepada pensyarah adalah datangnya dari diri pensyarah itu sendiri, Pensyarah yang tidak menyampaikan ilmu yang diamanahkan dengan penuh kesungguhan, tidak mesra pelajar, lokek dengan markah juga menjadi sebab mendapat skor yang rendah semasa proses pemantauan dilakukan. Abdul Rahim et al (2000) menyatakan bukti daripada kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendidik yang bersifat mesra, fleksibel, penyabar, berminat terhadap pelajar dan boleh bergurau dengan pelajar adalah lebih berkesan berbanding pendidik yang kurang mempunyai sifat tersebut.

Kaedah pemantauan secara dalam talian iPdP yang diperkenalkan ini boleh menutup ruang PP untuk menyelamatkan PP dari mendapat skor yang rendah, memandangkan semua pelajar yang berada di dalam sesuatu seksyen kursus diwajibkan membuat pemantauan terhadap proses PdP pensyarah kursus mereka. Sekiranya bilangan pemantauan pelajar di dalam sesuatu seksyen yang di pantau tidak mencapai 100% maka PP masih belum boleh untuk menghantar markah pemantauan PYP di dalam system iPdP.

Menurut Rosmilawati, (2006) sebelum memulakan sesi PdP, pensyarah kursus perlu membuat persediaan yang rapi terhadap bahan pengajaran yang akan digunakan bagi memastikan bahan pengajaran tersebut berfungsi dengan baik, reka bentuknya menarik, tidak membosankan, sesuai dengan topik pembelajaran yang bakal diajar, membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan menyediakan bahan pengajaran yang pelbagai untuk mengekalkan perhatian pelajar di dalam kelas.

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 125

Page 5: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

Cadangan penambahbaikan kepada kajian ini ialah dengan menganalisa data pemantauan yang lengkap bagi tahun 2020. Data pada kajian ini ini hanya diambil dari sesi pertama pengajian iaitu bagi bulan Januari sehingga Jun 2020, dimana hanya seramai 206 orang dari keseluruhan 395 orang PYP dari kategori 1 dan 2 yang terlibat dengan proses PdP di Politeknik Kota Bharu. Walaupun hanya kira-kira 52% dari bilangan PYP yang berada di PKB sehingga Jun 2020 tetapi bilangan PYP yang memperolehi skor kurang dari 85% adalah seramai 9 orang yang mewakili 4.37%. Dianggarkan bilangan ini akan berlaku peningkatan bilamana pemantauan PdP dilaksanakan keatas semua PYP yang masih berbaki 48% lagi bagi tempoh Julai hingga Disember 2020.

Sebagai kesimpulan, proses pemantauan PdP bukanlah satu proses mencari kesilapan dan kelemahan pensyarah, tetapi ia merupakan satu proses penambahbaikan berterusan (CQI) bagi memastikan keberlangsungan proses PdP kekal berjalan dengan lancar dan penuh dedikasi.

6.0 Rujukan

Aziz Nordin dan Mohamad Yusof Arshad (1997). Penilaian Dalam Latihan Mengajar. Dalam Bengkel Penyelarasan Penyelia Latihan Mengajar Penyelia-penyelia Bersekutu UTM/MRSM. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), Garispanduan Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2019, ISBN 978-967-2243-68-7

Nurul Syahrina Binti Mohd Shahar dan Fadhlina Binti Ahmad, Keberkesanan Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Terhadap Pensyarah Di Kolej Komuniti Hulu Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia

Portal bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital BIPD (2020), Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi, 2020, http://bipd.blogspot.com/

Rosmilawati Bt. Ab. Rahman (2006). Penilaian Pengajaran Terhadap PelajarSarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Program LatihanMengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Johor: Kolej Universiti TeknologiTun Hussein Onn. Tesis Sarjana Pendidikan.

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 126

Page 6: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 127

Page 7: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 128

Lampiran 2: Borang Lampiran 2C Pemantauan Pelajar

Page 8: E-PROCEEDING OF THE 4TH WORLD CONFERENCE ON ... · Web viewPerlaksanaan pemantauan proses Pengajaran dan Pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti di bawah jabatan Pendidikan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2020

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.Copyright and published by https://worldconferences.net Page 129

Lampiran 3: Carta alir proses pemantauan PdP