indeks kematangan buah belimbing

Upload: nurul-hazimah-mat-isa

Post on 07-Jul-2015

144 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Indeks kematangan buah BelimbingDi sediakan oleh : Muhd Asyraf Bin Jais Ahmad Husaini Bin Rose

Pengenalan buah belimbing Nama saintifik : Averrhoae Carambole L. Nama tempatan : Belimbing Besi Nama famili : Oxalidaceae

Belimbing berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara. Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang tinggi dan komposisi nutrien lain ialah tenaga, protin, lemak, serabut dan mineral (Ca, Fe).

Indeks kematangan&penuaian buah Indeks warna 1 : Keseluruhan buah hijau gelap = Bagi varieti B10, buah pada indeks warna 1 masih belum matang dan tidak sesuai untuk dituai dan dipasarkan. Buah pada peringkat ini mempunyai rasa yang masam dan kelat

Indeks warna 2 : Buah berwarna hijau muda berkilat indeks warna 3 : Buah berwarna lebih hijau daripada kuning = Buah yang dipetik pada warna 2 dan 3 sesuai dipetik untuk dieksport melalui kapal laut.

Indeks warna 4 : 50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning Indeks warna 5 : Buah berwarna lebih kuning daripada hijau = Buah yang dipetik pada indeks warna 4 dan 5 mempunyai warna lebih kuning dan sesuai untuk dieksport melalui udara.

Indeks warna 6 : Keseluruhan buah berwarna kuning = Buah pada indeks warna 6 tidak digalakkan untuk dieksport, walaupun masih boleh dieksport melalui udara, kerana buah sudah terlalu masak dan tidak tahan lama

Indeks warna 7 : Keseluruhan buah berwarna kuning oren = buah pada indeks warna 6 dan 7 adalah paling manis dan berjus.

Gambar indeks kematangan