kepentingan psikologi pendidikan terhadap pengajaran dan
TRANSCRIPT
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/326804090
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN~Nur Fazlina Andi Sofyan & Wan Wano
Wan Sulaiman
Presentation · August 2018
DOI: 10.13140/RG.2.2.27897.77928
CITATIONS
0READS
23,367
1 author:
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Webinar Conference View project
Stress Among Police Officer View project
Wan Anor Wan Sulaiman
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
32 PUBLICATIONS 2 CITATIONS
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Wan Anor Wan Sulaiman on 03 August 2018.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH REVOLUSI INDUSTRI 4.0
NUR FAZLINA BINTI ANDI SOFIAN
&
W. ANOR W. SULAIMAN. PHD
SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING (MCP)
FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGENALAN
Kepentingan psikologi pendidikan terhadap pengajaran, pembelajaran
dalam perkembangan pelajar
Psikologi pendidikan amat berkait dengan perkembangan pelajar.
Pelajar haruslah menerima didikan dari peringkat awal untuk
mengetahui, memahami, dan mempelajari tingkah laku, emosi dan
pemikiran pelajar.
Bidang psikologi dapat membantu tingkah laku, emosi serta
pemikiran pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan secara efektif.
Barlow (Syah, 1997 / hal. 12)
2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Dalam kajian ini, rujukan telah dibuat melalui kajian Nur Adilah
binti Harun yang bertajuk keberkesanan faktor psikologi
pendidikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
Universiti. (25 November 2014)
Kajian literatur ini lebih memfokuskan kepentingan atau
hubungan faktor psikologi pendidikan dalam mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar di peringkat universiti.
3
Psikologi merujuk kepada satu kajian secara mendalam berkaitan
tingkah laku yang merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran
manusia dan haiwan secara nyata dan yang terselindung (Boon
Pong Ying dan Ragbir Kaur,1998).
Bukan itu sahaja bidang psikologi amat penting bagi mengenal
pasti perubahan yang berlaku terhadap individu serta faktor-
faktornya semasa awal kelahiran hinggalah dewasa.
4
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Psikologi pendidikan merupakan bidang psikologi gunaan atau praktikal. Ia membina serta menghasilkan teori-teori serta prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada memahami tingkahlaku, emosi, serta pemikiran pelajar.
Psikologi pendidikan memberikan banyak panduan kepada pendidik dan calon pendidik untuk meningkatkan kecekapan proses pembelajaran pada keadaan yang berbeza-beza seperti:
1) Memahami Perbezaan Individu (Para pelajar)
2) Mewujudkan suasana pembelajaran yang Kondusif di dalam kelas
3) Pemilihan Strategi dan Metode Pembelajaran
4) Memberikan Bimbingan kepada Pelajar
5) Menilai Hasil Pembelajaran
Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997) 5
1) MEMAHAMI PERBEZAAN INDIVIDU (PARA PELAJAR)
Seorang pendidik harus berhadapan dengan pelbagai tingkah laku,
pemikiran serta emosi pelajar di dalam kelas dengan berhati-hati kerana
karakter masing-masing adalah tidak sama. Oleh itu, sangat penting untuk
memahami perbezaan karakter pelajar-pelajar tersebut dari segi aspek
pertumbuhan dan perkembangan pelajar agar proses pembelajaran yang
berkesan dan cekap dapat diterapkan.
6
2) MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF DI DALAM KELAS
Pemahaman yang baik tentang ruangan kelas yang digunakan dalam
proses pembelajaran sangat membantu pendidik untuk menyampaikan
ilmu material kepada pelajar dengan berkesan. Suasana pembelajaran
yang kondusif haruslah diwujudkan oleh pendidik sehingga proses belajar
mengajar dapat berjalan dengan berjaya
7
3) PEMILIHAN STRATEGI DAN METODE PEMBELAJARAN
Metod pembelajaran didasarkan pada karakter perkembangan
pelajar. Psikologi pendidikan dapat membantu pendidik dalam
menentukan strategi atau metode pembelajaran yang tepat dan
sesuai, dan mampu mengaitkannya dengan karakter dan
keunikan individu, jenis belajar dan gaya belajar dan tingkat
perkembangan yang sedang dialami oleh pelajar.
8
4) MEMBERIKAN BIMBINGAN KEPADA PELAJAR
Seorang pendidik harus memainkan peranan yang berbeza di sekolah,
tidak hanya dalam pelaksanaan pembelajaran, tetapi juga berperanan
sebagai pembimbing bagi pelajar. Bimbingan adalah jenis bantuan
kepada pelajar untuk membantu mereka dalam mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi.
9
5) MENILAI HASIL PEMBELAJARAN
Pendidik harus melakukan dua kegiatan penting di dalam kelas seperti
mengajar dan menilai. Kegiatan tersebut dapat membantu dalam menilai
tahap pembelajaran mereka. Psikologi pendidikan dapat membantu
pendidik dan pelajar dalam mengembangkan tahap pembelajaran pelajar
agar menjadi lebih baik.
10
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
PERKAITAN TENTANG TINGKAH LAKU PELAJAR.
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung
dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.
Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah
amat penting, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat
sekolah. Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga
menguasai aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan
perkembangan manusia.
seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan
negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
11
Jenis-jenis tingkah laku :
12
Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku Positif
Tingkah Laku
Bergantung Disruptif Distruktif
Tingkah Laku
Ingin Tahu Cepat Belajar Proaktif Pintar
Cerdas
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Pengubahsuaian Tingkah Laku Disruptif Menggunakan Intervensi
"The Good Behavior Game“ ditulis oleh Ainul Yaqin Abdullah,
Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar Fakulti
Pendidikan, UKM - 2016
Tingkah laku disruptif memberikan impak negatif di dalam kelas
melalui pelbagai caradan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar secara individu, guru atau
keseluruhan kelas
Penggunaan intervensi secara berkumpulan seperti "The Good
Behavior Game" (GBG) dapat membantu guru dalam
menguruskan kelas di samping meningkatkan tingkah laku
pelajar.
13
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SERTA PERKAITAN TENTANG EMOSI PELAJAR
Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil
tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan
peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka
dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005).
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi
sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa
dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta
fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan
memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak
dapat dikawal dengan baik. 14
15
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
PERKAITAN TENTANG KOGNITIF (PEMIKIRAN)
PELAJAR.
Kognitif merupakan salah satu aspek penting dari perkembangan pelajar
berkaitan langsung dengan proses pembelajaran, dan sangat
menentukan keberhasilan mereka di sekolah. Guru dan para pelajar
khususnya sebagai tenaga pendidik yang bertanggungjawab
melaksanakan interaksi pendidikan di dalam kelas, perlu memahami hal
yang berkaitan dengan perkembangan kognitif. Kerana dengan
pengetahuan tersebut dapat membantu guru dalam melaksanakan proses
pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan kognitif pelajar.
16
PENDEKATAN DALAM MENINGKATKAN PROSES
P&P DI MALAYSIA
Pelaksanaan dasar murid membawa peranti peribadi ke sekolah
daripada KPM pada 29 Mac 2018.
Virtual Learning Enviroment (VLE) sebagai platform pembelajaran
interaktif berasakan laman sesawang guru dan murid menggunakan
peranti dalam proses P&P di sekolah.
17
18
KESIMPULAN
Psikologi pendidikan dapat diertikan sebagai salah satu cabang
psikologi yang secara khusus mengkaji tingkah laku, emosi dan
pemikiran individu dalam konteks situasi pendidikan dengan tujuan
untuk menemukan pelbagai fakta, generalisasi dan teori-teori
psikologi berkaitan dengan pendidikan, yang diperoleh melalui
metode ilmiah tertentu, dalam rangka pencapaian keberkesanan
proses pendidikan.
Psikologi pendidikan sebagai integrasi dari disiplin ilmu psikologi yang
berupaya menggunakan konsep atau prinsip-prinsip psikologi dalam
memecahkan masalah-masalah yang terjadi dalam dunia pendidikan.
19
SEKIAN TERIMA KASIH
20
View publication statsView publication stats