oumh1103 t6

Upload: beb-haq

Post on 07-Jul-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    1/18

     

    PENGENALAN

    Salah satu kemahiran yang paling penting untuk dikuasai adalah kemahiranmembaca kerana ia membentuk asas pembelajaran. Sebahagian besar daripadaproses pembelajaran di universiti dicapai melalui pembacaan kerana umumnya,setiap kursus pada peringkat ini memerlukan pembacaan. Anda akan perlumembaca pelbagai jenis bahan untuk memenuhi keperluan yang berbeza bagikursus . Anda akan perlu untuk membaca modul, nota tutorial, buku teks, artikel

     jurnal (bercetak dan sumber elektronik), surat khabar, laporan dan lain-lain.

    Keupayaan membaca dengan baik akan membolehkan anda mendapat faedahmaksimum daripada pembacaan anda dan meningkatkan kemahiran

    pembelajaran anda. Topik ini akan membantu anda meningkatkan kemahiranmembaca anda.

    TTooppiik k 

     

    66 

    KemahiranMembaca 

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan teknik membaca yang terlibat dalam pembacaan lajudan perlahan; dan

    2. Mengaplikasikan teknik membaca yang dibincangkan untuk bacaananda sendiri.

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    2/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 176

     KENAPAKAH ANDA MEMBACA?

    Apakah yang anda faham daripada petikan tadi? Tujuan membaca berbeza bagisatu individu dengan individu lain.

    Untuk memaksimumkan produktiviti pembacaan anda dan keberkesanannya,anda perlu mengetahui tujuan pembacaan anda dan apa yang anda harapkandaripadanya. Mengetahui mengapa anda perlu membaca dan apa yang andaakan dapat daripadanya akan menentukan gaya pembacaan anda dan bahanyang dipilih. Anda membaca untuk memenuhi tujuan berikut:

    (a) Untuk Mendapatkan GambaranBiasanya ia dirujuk sebagai "bacaan latar", ini ialah teknik yang bergunakerana anda tidak akan ketinggalan dalam pelbagai isu yang berkaitandengan topik atau subjek anda. Buku untuk bacaan latar kadangkalatermasuk dalam senarai bahan bacaan kursus untuk tujuan ini.

    (b) Untuk Mencari Maklumat yang Khusus

    Apabila anda perlu mencari maklumat atau menyemak fakta tertentu,kadangkala anda mungkin perlu menyemak beberapa sumber maklumattetapi matlamat anda adalah untuk hanya memfokus kepada maklumatyang diperlukan. Sebagai contoh, apabila anda perlu mencari perkara yang

     berikut:

    (i) Makna perkataan Menggunakan kamus atau kamus subjek khas jikaada;

    (ii) Petikan tertentu Mencari buku khas tentang petikan sahaja;

    (iii) Butiran mengenai seseorang Merujuk kepada biografi berkaitan;

    (iv) Lokasi sesuatu tempat Mencari di dalam peta; dan

    (v) Statistik Menyemak laporan statistik.

    (c) Untuk Aplikasi PraktikalTujuan membaca di sini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuankepada situasi yang praktikal. Anda mungkin perlu membaca arahanuntuk menjalankan tugas tertentu, contohnya, membaca manual untuk

    „Sesetengah buku adalah untuk dirasai, yang lain untuk ditelan dan adasedikit untuk dikunyah dan dicerna.‰

    Francis Bacon (1625)

    6.1

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    3/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   177

    menggunakan peralatan di dalam makmal, membaca buku panduan ataumembaca resipi.

    (d) Untuk Meningkatkan Kefahaman Secara Terperinci dan AnalitikDalam bacaan akademik, ia adalah perlu untuk meneliti apa yang anda

     baca supaya anda dapat memahami, menganalisis, membandingkan danmenilai maklumat.

    Pembaca yang analitik akan berhenti seketika dengan kerap untuk berfikirtentang apa yang telah dibaca. Pada akhir bacaan, semua fakta utama danhujah yang disampaikan perlu diambil perhatian, dianalisis dan jugadiintegrasikan untuk menghayati dengan mendalam akan apa yang telahditulis.

    Bahan akademik yang disyorkan untuk bacaan penting seperti buku,artikel jurnal, laporan dan tesis, memerlukan cara bacaan tertentu yangdikenali sebagai membaca untuk kefahaman. Membaca secara sistematikuntuk kefahaman memerlukan kaedah membaca formal seperti teknikSQ3R yang popular (dibincangkan di bawah Subtopik 6.2.2).

    (e) Untuk Keseronokan Membaca/Bacaan BebasBacaan jenis ini adalah yang paling menyeronokkan. Di sini anda membacadengan tujuan mengejar minat atau hobi tertentu. Ia amat menghiburkandan santai. Anda memilih bahan sama ada fiksyen atau subjek khas lainyang menarik minat anda. Sebagai pelajar, anda digalakkan juga untukmembaca bahan yang bukan teks akademik untuk mengembangkan fikirandan memupuk sikap ingin tahu. Jadual 6.1 menyenaraikan ringkasan sebabuntuk membaca berdasarkan jenis dan kelajuan.

    Jadual 6.1: Sebab untuk Membaca Berdasarkan Jenis dan Kelajuan

    Jenis  Sebab  Kelajuan 

    Membaca sepintas

    lalu (skimming )

      Mendapatkan gambaran umum

     

    Memberikan gambaran keseluruhan  Pengetahuan superfisial

    Bacaan laju

    Mengimbas(scanning )

      Mencari maklumat spesifik

      Membaca apa yang perlu sahaja

    Bacaan laju

    Bacaan terperincidan kritikal (SQ3R)

      Menyeluruh

      Analitik

      Menilai

    Bacaan perlahan

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    4/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 178

     

    BAGAIMANAKAH CARA UNTUKMEMBACA?

    Sekarang anda telah mengetahui tujuan membaca yang berbeza dan juga berkenaan pelbagai jenis teks yang boleh didapati. Ia juga penting untukmenyedari teknik yang berbeza dan menggunakan teknik yang sesuai dengan

    tujuan anda. Pilih teknik membaca yang paling sesuai untuk bahan dan tujuananda. Secara umumnya, teknik membaca boleh dikategorikan kepada dua sepertiyang ditunjukkan dalam Rajah 6.1:

    (a) Pembacaan laju; dan

    (b) Pembacaan perlahan.

    Rajah 6.1: Teknik pembacaan

    6.2.1 Pembacaan Laju

    Rajah 6.2 menunjukkan tujuan pembacaan laju.

    6.2

    Nyatakan tiga sebab mengapa anda membaca modul. Pilih daripadalima sebab yang diberikan tadi.

    SEMAK KENDIRI 6.1

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    5/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   179

     

    Rajah 6.2: Tujuan pembacaan laju

    Pembacaan laju terdiri daripada perkara yang berikut:

    (a) MengimbasYang berikut ialah penerangan mengenai mengimbas:

    (i) Apakah mengimbas?Mengimbas ialah perbuatan membaca kandungan dengan cepat dandilakukan apabila anda ingin mencari fakta atau maklumat yangspesifik. Ketika mengimbas, anda akan menggerakkan mata andadengan cepat dari atas ke bawah halaman untuk melihat jika ia

    mengandungi kata kunci atau frasa yang anda perlukan. Denganmengenal pasti kata kunci sebelum anda mula membaca, ia akanmembolehkan anda untuk mengimbas banyak teks dengan laju.Sebagai contoh, apabila anda mencari nombor dalam direktoritelefon, anda sebenarnya mengimbas. Apabila anda telah mencapaitujuan anda, anda berhenti membaca.

    (ii) Mengapakah anda perlu mengimbas?Mengimbas sangat berguna untuk mencari perkataan tertentu,nombor atau fakta tanpa membaca keseluruhan artikel. Dalampengimbasan, anda membaca tidak lebih daripada yang benar-benarperlu dan anda akan melangkau sebahagian besar teks tanpa

    memahaminya. Kebanyakan laman web boleh dibaca denganmenggunakan teknik ini.

    Dengan mengimbas, anda boleh menentukan sama ada maklumattertentu akan menjadi berguna dalam penyelidikan atau tugasananda. Selepas mengimbas teks, anda mungkin perlu menelitinyauntuk mendapatkan idea tentang kandungannya.

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    6/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 180

    (iii) Bagaimanakah cara untuk mengimbas?Untuk mengimbas teks daripada artikel atau buku, anda harussentiasa ingat apa yang anda sedang cari. Jika anda fikirkan perkataan

    tersebut dengan jelas dalam fikiran anda, ia akan kelihatan lebih jelasdaripada perkataan lain dalam teks. Pada dasarnya andamenggunakan proses mengesan kata kunci.

    Langkah 1Perhatikan tajuk dan pengarang buku. Buka buku dan lihatsenarai isi kandungan. Analisis susunan kandungan. Halamankandungan biasanya mengandungi perkara berikut sepertiditunjukkan dalam Rajah 6.3:

    Rajah 6.3: Contoh halaman isi kandungan sebuah buku

    Langkah 2Imbas tajuk bab atau topik dan subtajuk. Perhatikan kata kunci di

     bawah tajuk bab dan subtajuk. Adakah anda rasa bab itu relevandengan keperluan anda?

    Langkah 3Daripada tajuk bab dalam senarai isi kandungan, pergi ke

     bahagian berkenaan dalam buku tersebut dan imbas perengganpertama atau baca sepintas lalu tajuk dalam bahagian itu. Katakunci dan idea sering dijumpai dalam perenggan pembukaan atausubtopik sesebuah bab. Dengan cara ini, anda akan dapatmengetahui sama ada buku itu adalah relevan dengan keperluan

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    7/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   181

    anda, bahagian mana yang relevan dan berapa banyak maklumatyang relevan.

    Langkah 4Lihat indeks untuk mencari kata kunci topik anda. Cari kata kuncidan kata kunci alternatif. Sebagai contoh, tajuk seperti Pemasarandalam Talian mungkin mengandungi indeks berikut:  pemasaranweb   atau  pemasaran Internet . Ambil perhatian terhadap mukasurat lain di mana subjek ini disebut dan rujuk kepada muka suratyang sesuai. Baca perenggan sebelum dan selepas jika andainginkan maklumat lanjut.

    Langkah 5

    Mengimbas boleh jadi lebih mudah jika perkataan tertentutersebut:

    Digelapkan;

    Diitalikkan ;

    Berbeza dari segi tulisan dan saiz; dan

    Digariskan.

    (b) Membaca Sepintas Lalu kimmin )

    Penerangan bagi membaca sepintas lalu adalah seperti yang berikut:

    (i) Apakah maksud membaca sepintas lalu?Membaca sepintas lalu melibatkan anda melihat dari atas ke bawahhalaman dengan cepat membaca perkara utama seperti tajuk,subtajuk utama dan lain-lain untuk mendapatkan gambaran umumyang jelas tentang bahan bacaan tersebut. Dengan berbuat demikian,anda akan dapat menentukan fokus, tema utama atau bahan subjekdalam masa beberapa minit.

    (ii) Mengapakah perlu membaca sepintas lalu?Membaca sepintas lalu dilakukan apabila anda perlu untuk membaca banyak bahan bacaan dalam masa yang singkat dan apabila andatidak mencari sesuatu yang spesifik. Membaca sepintas laludilakukan untuk menilai sama ada buku itu relevan dengankeperluan anda.

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    8/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 182

    Dengan membaca sepintas lalu, anda boleh:

    Mendapatkan gambaran keseluruhan hujah utama penulis; dan

    Mengenal pasti idea atau tema utama buku atau artikel itu.

    (iii) Bagaimanakah cara untuk membaca sepintas lalu?Membaca sepintas lalu melibatkan pembacaan hanya sebahagiandaripada teks. Membaca tajuk dan ringkasan penulis ialah persediaanyang baik untuk pembacaan sepintas lalu. Untuk permulaan, ia tajukdi rupa taip (typeface ) yang digelapkan dan menarik perhatian anda.

    Kemudian cari dalam teks dengan cepat dengan membaca perengganpertama dan terakhir, dan catat kata kunci yang terdapat di

    antaranya.

    Gerakkan mata anda di seluruh halaman untuk mencari kata kunciatau frasa. Mulakan dengan bahagian atas sudut kiri dan bergerakmerentasi halaman, kemudian turun ke bawah dan ke kanan dengancara zig-zag seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.4. Fokuskan hanyapada kata kunci dalam teks.

    Rajah 6.4: Membaca sepintas lalu untuk mencari kata kunci dengan kaedah zig-zag

    Membaca sepintas lalu adalah sebenarnya membuat pilihan bacaan dengan

    cepat. Ia teknik yang berkesan untuk mendapatkan idea umum tanpa perlumembaca setiap perkataan dalam buku.

    Bezakan antara mengimbas dan membaca sepintas lalu berdasarkanpersoalan apa, mengapa dan bagaimana seperti yang dibincangkan tadi.Bincangkan topik ini dalam forum perbincangan dalam talian.

    AKTIVITI 6.1

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    9/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   183

    6.2.2 Pembacaan Perlahan

    Pembacaan perlahan membolehkan anda mengekalkan tumpuan untuk

    mendapatkan pemahaman yang terperinci bagi bahan yang sedang anda baca.

    (a) Mengapakah Pembacaan Perlahan?Gaya pembacaan perlahan digunakan apabila anda perlu teliti tentang apayang sedang anda baca, terutamanya apabila anda perlu:

    (i) Menganalisis dan memahami;

    (ii) Menilai dan mengkritik;

    (iii) Mengingati maklumat yang anda baca; dan

    (iv) Mengikuti arahan.

    Anda boleh menggunakan pendekatan yang berbeza untuk pembacaanperlahan. Jadual 6.2 menerangkan dua pendekatan yang penting.

    Jadual 6.2: Pendekatan kepada Pembacaan Perlahan

    Pendekatan  Penerangan 

    Pendekatananalitik

    Digunakan apabila anda perlu memahami istilah, mematuhi arahanatau mengingati apa telah anda baca. Pembacaan analitik memerlukan

    anda menjadi pembaca yang aktif. Anda perlu banyak menyoal danmencari jawapan sambil anda membaca. Sebagai contoh, "Adakah ideaitu logik?" atau "Bolehkah kesimpulan dibuat daripada keteranganyang diberikan?"

    Pendekatankritikal

    Digunakan apabila anda perlu menilai bahan yang sedang anda baca.Semasa anda membaca teks akademik, anda perlu berfikir tentangtujuan pengarang.

    Pembaca yang mahir boleh mengubah kepada pelbagai kaedah dankelajuan pembacaan bersesuaian dengan bahan dan sebab untuk dia

    membaca. Dalam pembacaan perlahan, anda perlu mengikuti teknik yang betul. Salah satu teknik membaca secara analitik, kritikal dan teliti yangpaling terkenal ialah teknik SQ3R.

    (b) Apakah SQ3R? SQ3R ialah pendekatan yang aktif dan sistematik untuk membaca bahanakademik. Kaedah ini membantu mengaitkan maklumat baharu denganapa yang anda sudah tahu. Teknik ini telah terbukti berguna untuk pelajarketika membaca buku teks dan bacaan penting yang lain. Kaedah SQ3R

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    10/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 184

    menggunakan lima prinsip pembacaan yang baik seperti yang ditunjukkandalam Jadual 6.3. Ia juga merupakan lima langkah utama dalampembelajaran yang berkesan dan untuk kefahaman.

    Dalam SQ3R, anda akan melakukan perkara berikut:

    S = Membuat tinjauan (Survey ) 

    Q = Soalan (Question )

    R = Membaca (Read ) 

    R = Menyebut (Recite ) 

    R = Menyemak (Review )

    (c) Bagaimanakah Cara untuk Menggunakan SQ3R? Seperti selalunya ketika membaca, ia bermula dengan tujuan membacadiikuti dengan strategi untuk memahami teks. Dalam menggunakan teknikSQ3R itu:

    (i) Pertama, anda perlu mendapatkan gambaran keseluruhan denganmeninjau kandungan.

    (ii) Kedua, tanya soalan mengenai apa yang anda mahu ketahui daripadateks.

    (iii) Ketiga, anda membaca teks secara analitik dan kritikal untuk mencari

     jawapan kepada soalan anda yang anda tanya.

    (iv) Keempat, anda mengingat kembali pemahaman anda denganmenyebut apa yang telah anda baca. Ini dilakukan untuk setiapsubbahagian bagi topik utama atau bab.

    (v) Akhir sekali, anda menyemak kembali pemahaman anda untukkeseluruhan bab dengan menyatukan dan mengintegrasikan semuamaklumat yang telah dikumpulkan daripada setiap subbahagianuntuk melihat idea keseluruhan maklumat tersebut. Cara inimembuatkan anda memeriksa kefahaman anda tentang maklumat

    itu.

    Rujuk Jadual 6.3 untuk penjelasan terperinci mengenai langkah-langkahtersebut.

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    11/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   185

     

    Jadual 6.3: Penerangan Terperinci tentang SQ3R

    Langkah SQ3R  Teks  Aktiviti 

    1. Membuat tinjauan 

    Mulakan denganmeninjau bahandan mendapatkangambaran terbaikkandunganmaklumat. Iaseperti membacapeta sebelum andamemulakanperjalanan.

      Baca prakata, tajukutama (title ), tajuk(headings ) dan subtajuk

    (ia seperti penandadalam peta anda).

      Baca kapsyen, carta dangraf, perengganpengenalan dankesimpulan.

      Baca ringkasan.

    Imbas untuk melihat bagaimana maklumat itudisusun.

    Baca sepintas lalu pada bahagian pengenalan,ringkasan dankesimpulan.

    2. Soalan 

      Tanyakan

    soalan yangsesuai untukmembantuandamemfokuskan bacaan.

      Bertanyakansoalan ialahprosespembacaanyang aktif.

      Tukar tajuk utama, tajukdan subtajuk ke bentuk

    soalan. Tanya: siapakah,apakah, bilakah danmengapakah?

      Baca soalan pada akhir bab atau tajuk.

      Tanya diri anda,"Apakah yang sayasudah tahu mengenaiperkara ini?".Kaitkannya dengan apayang anda telah baca.

      Baca setiap bahagiansatu per satu.

     

    Tanyakan soalan.

    Apabila menggunakan SQ3R:

    Baca dan baca semula nota anda secara berkala   Yang kali pertama

    hendaklah dalam masa 24 jam; dan

    Semak semula dengan kerap selama beberapa minggu.

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    12/18

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    13/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   187

        Tulis semula apa yanganda ingin ingat dalamperkataan anda sendiri.

     

    Lebih banyak deriayang anda gunakan,lebih mudah untukanda mengingat(pendengaran,penglihatan dansebutan).

      Membaca teks(melihat).

      Bercakap apa yang

    anda faham(menyebut).

      Dengar diri andasendiri (mendengar).

      Membuat nota(menulis).

    5. Menyemak 

      Semakpenyepaduan

    dan integrasimaklumatyangdikumpulkan.

      Adakah isuutama telahdikenal pasti?

      Adakah notayang dibuatmasuk akal?

     

    Adakahanda dapatmemahamiartikelyang anda baca?

      Semak semua soalan, jawapan, dan fakta-faktautama.

     

    Serlahkan (highlight ) dan buat nota.

      Semak nota anda.

      Gunakan kad imbas (flashcards ).

      Rancangkan satu ataudua proses semakansebelum peperiksaan.

      Semakan terakhir perlumempunyai hanya

    sedikit sebutan yangtertinggal.

      Gunakan kad imbasuntuk soalan yangsukar.

     

    Semakan pertama perludilakukan serta-mertaselepas anda belajar.

    Pilih satu artikel dan gunakan langkah-langkah SQ3R semasa membaca.Nyatakan sejauh mana teknik ini telah membantu anda membacadengan lebih bermakna.

    AKTIVITI 6.2

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    14/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 188

     BAGAIMANAKAH CARA UNTUKMEMBACA MODUL ANDA?

    Setelah anda diperkenalkan kepada unsur utama dalam pembacaan, tibamasanya untuk menggunakan pengetahuan anda bagi mendapatkan pembacaanyang terbaik daripada modul untuk memaksimumkan masa berharga andaketika membaca. Untuk memastikannya, anda akan dibawa satu persatu ke

     bahagian utama dalam modul anda supaya anda biasa dengan bahagian sepertiIsi Kandungan dan Panduan Kursus.

    6.3.1 Isi Kandungan

    Anda boleh mendapatkan idea secara umum mengenai kandungan moduldaripada Isi Kandungan. Dengan mengimbas Isi Kandungan, anda juga dapatmelihat struktur modul serta spesifikasi bagi setiap topik yang ditandai dengansistem penomboran. Seperti yang ditunjukkan dalam modul ini, Isi Kandunganterdiri daripada sembilan topik yang memberi anda maklumat khusus.

    6.3.2 Panduan Kursus

    Panduan Kursus diletakkan dalam empat ke lima halaman pertama modul andaselepas Isi Kandungan dan biasanya dinombori menggunakan angka Roman (i

    iv). Tujuan Panduan Kursus ini adalah untuk menyediakan secara ringkasgambaran keseluruhan kursus ini. Ia terdiri daripada perkara berikut:Pengenalan, Kepada Siapa Kursus ini Ditawarkan, Peruntukan MasaPembelajaran, Objektif Kursus, Sinopsis Kursus dan Pengetahuan Asas. Ketikamula belajar, ia adalah penting untuk anda mengetahui objektif kursus dan juga

     jadual kursus. Sinopsis juga boleh dirujuk pada bila-bila masa apabila andamerasa ragu-ragu tentang tujuan unit pembelajaran. Satu lagi bahagian pentingdalam Panduan Kursus yang paling berguna ialah bahagian Rujukan,terutamanya apabila anda membuat persediaan untuk menulis tugasan anda.

    6.3.3 Memahami Kandungan Kursus Anda

    Setelah meneliti Panduan Kursus, anda kini bersedia untuk mendalami topik.Setiap topik mempunyai satu set hasil pembelajaran dan pengenalan yang akanmemberi anda maklumat ringkas mengenai topik itu. Langkah seterusnya adalahuntuk membaca kandungan topik itu sendiri.

    6.3

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    15/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   189

    Sambil anda membaca kandungan, anda akan perasan akan beberapa ikon yangdigunakan dalam modul. Ikon mewakili pelbagai aktiviti yang disertakan dalammodul pembelajaran anda dan tujuannya adalah untuk menyokong pemahaman

    anda, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menguasai konseppenting. Dua ikon utama yang terdapat dalam modul anda ialah „SemakKendiri‰ dan „Aktiviti‰. Ikon ini ditunjukkan dalam Jadual 6.4.

    Jadual 6.4: Ikon

    kon  Simbol kon  Tujuan 

    SemakKendiri

    Latihan untuk menguji pemahamankonsep dan isu penting melaluipenerangan dan penjelasan. Pelajar

    perlu memperolehnya daripada isikandungan.

    Aktiviti

    KT V T

    „Aktiviti‰ melibatkan membuatlatihan atau mengaplikasikanpengetahuan yang telah dipelajaridalam situasi sebenar. Initermasuklah kajian kes, pemerhatian,perbincangan dan penyelidikan.

    AKTIVITI

    SEMAK KENDIRI

    Apakah kaedah yang anda gunakan untuk memahami kandunganmodul anda? Nyatakan pelbagai kaedah yang anda gunakan dalampembacaan anda.

    AKTIVITI 6.3

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    16/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 190

     

    MEMBACA TEKS ELEKTRONIK

    Tidak dapat dinafikan bahawa Internet ialah dunia yang tepu dengan teks dansumber yang penting untuk mengakses maklumat. Membaca teks elektroniktelah menjadi semakin popular berbanding sebelum ini. Peranti mudah alihtersedia dengan Internet begitu mudah diperoleh seperti telefon pintar dan tablettelah menjadikan pembacaan elektronik diamalkan secara meluas dalampersekitaran kita. Oleh itu, ia adalah penting untuk kita memperoleh kemahiranuntuk membaca teks elektronik. Pembacaan teks elektronik biasanya amat ketara

    perbezaannya berbanding pembacaan teks bercetak.

    6.4.1 Bagaimanakah Cara Membaca Teks Elektronik?

    Pembaca yang berjaya menggunakan kemahiran yang strategik untuk mahirdalam kefahaman teks. Strategi pembacaan teks elektronik yang berikut bergunadalam membantu anda belajar membaca dan memahami teks elektronik.

    6.4

     Jawab soalan-soalan berikut.

    1. Sewaktu pertama kali anda memegang modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh  ini, apakah yang anda lakukan untuk membiasakan diridengannya? Sila semak perkara-perkara berikut:

    (a) Membalik-balikkan halaman dan meletakkannya ke tepi.

    (b) Membaca Panduan Kursus, membuat beberapa nota minda.

    (c) Melihat Isi Kandungan dan cuba melihat hubungan antaratopik-topik.

    (d) Merujuk kepada satu atau dua topik tertentu danmembacanya segera.

    (e) Melihat susun aturnya (contohnya, reka bentuk kulit dan juga grafik serta ketebalan modul).

    2. Setelah mengetahui tentang kaedah SQ3R, nyatakan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada anda.

    AKTIVITI 6.4

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    17/18

      TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA   191

    6.4.2 Kesedaran mengenai Tujuannya

    Anda perlu berhati-hati supaya tidak terganggu oleh pautan yang berkelip-kelip

    atau memeriksa e-mel atau akaun Facebook anda sambil membaca tekselektronik. Anda perlu ingat kembali apa tujuan anda membaca.

    6.4.3 Menavigasi Teks

    Pembaca teks elektronik mungkin membaca ke bawah (scroll through ) denganlancar perkataan dan mungkin tertinggal melihat mana-mana perenggan. Ialebih mudah untuk menavigasi halaman buku daripada membaca ke atas dan ke

     bawah pada skrin digital apabila membaca perenggan. Dengan teks elektronik, ia

    agak sukar untuk memeta atau membayangkan "lokasi" teks dalam minda anda.Namun ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menjejaskan kefahaman anda.Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan alatcarian untuk mencari frasa yang anda telah baca dan/atau menyerlahkannyadan jika ada alat anotasi, anda boleh membuat penanda pada muka suratelektronik tersebut. Jangan teragak-agak untuk mengemudi dan membaca skrin

     beberapa kali untuk pemahaman yang lebih baik.

    6.4.4 Mencari Makna

    Apabila anda tidak tahu makna perkataan, anda perlu klik pada pautan tersebut jika ada atau menyalin istilah tersebut dan mencari maknanya menggunakanenjin carian. Namun jangan pergi terlalu jauh daripada laman asal dan lupauntuk kembali kepada teks utama.

    6.4.5 Mentafsir Teks

    Apabila anda tidak pasti dengan makna perkara yang anda telah baca, anda boleh menghubungi penulis melalui e-mel atau bertanya dengan ahli lainmelalui forum dalam talian.

    Ketika membaca teks sama ada bercetak atau teks elektronik, pembaca yangmahir akan:

    (a) Membaca dengan ada tujuannya dalam fikirannya;

    (b) Melihat teks untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan;

    (c) Mengaktifkan pengetahuan terdahulu dan mencari hubung kait antaramaklumat lama dan baharu;

  • 8/18/2019 OUMH1103 T6

    18/18

        TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA 192

    (d) Menggunakan strategi untuk mendapatkan makna teks; dan

    (e) Memantau sendiri kefahaman anda dengan bertanyakan soalan, menjawabsoalan dan/atau menyiapkan latihan.

    Topik ini telah memberikan anda gambaran tentang beberapa kemahiranmembaca asas yang anda boleh gunakan dalam pembacaan modul kursusatau bahan lain sama ada dalam format bercetak atau elektronik.

    Anda perlu membaca dengan banyak daripada sumber lain. Modul anda

    hanyalah panduan untuk menyediakan anda dengan beberapa maklumatasas yang berkaitan dengan kursus anda.

    Terdapat dua teknik membaca yang utama, iaitu pembacaan laju danpembacaan perlahan.

    Pembacaan laju melibatkan proses pengimbasan dan membaca teks sepintaslalu.

    Pendekatan analitik dan kritikal digunakan dalam pembacaan perlahan.

    SQ3R ialah cara yang sistematik untuk membaca yang melibatkan langkah:membuat tinjauan, soalan, membaca, menyebut dan menyemak.

    Kemahiran membaca teks elektronik melibatkan cara untuk mengetahuitujuan pembacaan teks, menavigasi teks, mencari makna dan mentafsir teks.

    Analitik

    Imbas

    Kritikal

    Membaca sepintas lalu

    SQ3R