pembunuhan etnik muslim rohingya di

12
Pembunuhan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar. 10 th June 2012: The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired to them.

Upload: nur-azmah

Post on 29-Nov-2014

740 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Pembunuhan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar.

10th June 2012: The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set

on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital

of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists

and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in

cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired

to them.

Page 2: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Seorang pemuda beragama Buddha berjalan pulang selepas selesai menjalankan misi.

Membakar rumah dan perkampungan orang Islam di Burma dalam proses

penghapusan etnik Muslim di sana. 

Kerajaan Myanmar, polis dan tentera tidak mengambil apa-apa tindakan malah

menyekat muslim Rohigya dari memiliki sebarang bentuk senjata, pisau dan parang

dan perlu mendapat kelulusan polis untuk memiliki barang-barang tersebut.

Lebih banyak foto-foto bukti pembunuhan umat Islam Rohingya oleh puak Rakhine dan

polis, sila klik di sini.

Anda juga dapat berkongsi maklumat dan menunjukkan sokongan dan dokongan di FB

page  https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya

—————————————————————————————————-

Kenyataan Media Bersama SHURA dan MAPIM

10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM

ROHINGYA DI MYANMAR

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan

Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di

Page 3: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang

berlaku ke atas umat Islam Rohingya diMyanmar sekarang ini.

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di

bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali

ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnikRakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh

oleh orang Rohingya. Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine

Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeriArakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di

bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya

ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis

Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayahArakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak

keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima ,

polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah

terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya

ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu.

Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak

mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan

sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada

maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung

langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak

dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan

tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan

telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik

Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh

Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk

Rohingya tanpa belas kasihan.

Page 4: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan

penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan

polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar.

Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar

termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh

pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk

menembak mereka jika mereka keluar rumah .

Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah

parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan

seharian.

Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang

dan dibakar. Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar ,

iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya )

yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga

dibakar. Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk

tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya

melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu

Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak

1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam

Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun

1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh,60,000 di

Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian

di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif

kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang

sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak

1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang

maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan ,

pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid ,

ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan

pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan ,

Page 5: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan

dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau

parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak

boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7

tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk

mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan

etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi

melindungi hak Asasi Manusia di kalangan anggotanya terutama

selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai

pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama

kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami

akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar

tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agong MAPIM

————————————————————————————————–

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand.

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat Islam hari ini dan bertanya

Page 6: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin,

Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang

menginsafi terhadap permasalahan umat IslamRohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak

asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia

Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa

mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera

terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin

merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang

tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan

kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di

sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan

Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan

lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan,

danBengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan

Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

 Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan,

Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Page 7: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan

sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak

juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil

perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan

saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja

tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-

ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942apabila lebih

100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar

secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan

bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati

kebuluran dan akibat penyakit.

Page 8: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan

apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar

ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula

mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu

tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan

sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah

oleh semua negara ini.

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut

enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula

ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus

hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di

Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati

lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili

umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat

ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Page 9: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Pelarian Rohingya di Acheh.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk

mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan

permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Kenapakah kami dilupakan ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian

lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi

Page 10: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah

mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain

terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam

yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka

bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat

Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan

permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil

tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang

telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah

pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada

kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini

terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari

beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian

bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat

memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan

terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi

menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa

kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang

kini terdampar di negara kita sendiri.

5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan

keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu

meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.

6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan

mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat

yang berpanjangan ini.

Page 11: Pembunuhan etnik muslim rohingya di

Keceriaan mereka, kegembiraan kita….

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling

mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu

anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat

tidur dan terasa demam.”

Hadith riwayat Muslim.