ywp 341e proposal majalah

6
YWP 341E- JOURNALISM PACKAGE MAGAZINE MANAGEMENT AND PRODUCTION COMPONENT Lecturer: Prof. Madya Dr Azman Azwan Azmawati MAGAZINE PROPOSAL PERINTIS Group Member Magazine : No. Name Matric Num 1. Che Nor Hasimah bt Che Hamzah 107855 2. Noor Afifaliza binti Ali 107901 3. Azuraanisah bt Jamid 107853 4. Magdalene Luis 107885 5. Ching Ween Man 107858 6. Azhar b Ahmad 107849 7. Mohamad Fadli bin Selamat 107887 8. Mohd Fauzi bin Rosli 107891 9. Muhammad Adam bin Abu Bakar 107894 Deadline : 1 st March 2013

Upload: antonio-allen

Post on 27-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: YWP 341E Proposal Majalah

YWP 341E- JOURNALISM PACKAGE

MAGAZINE MANAGEMENT AND PRODUCTION COMPONENT

Lecturer: Prof. Madya Dr Azman Azwan Azmawati

MAGAZINE PROPOSAL

“PERINTIS”

Group Member Magazine :

No. Name Matric Num1. Che Nor Hasimah bt Che Hamzah 1078552. Noor Afifaliza binti Ali 1079013. Azuraanisah bt Jamid 1078534. Magdalene Luis 1078855. Ching Ween Man 1078586. Azhar b Ahmad 1078497. Mohamad Fadli bin Selamat 1078878. Mohd Fauzi bin Rosli 1078919. Muhammad Adam bin Abu Bakar 107894

Deadline : 1st March 2013

Page 2: YWP 341E Proposal Majalah

KERTAS KONSEP

1) Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konsep ialah pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. Oleh itu, pemilihan konsep dalam pengeluaran sesuatu majalah adalah sangat penting kerana ia melambangkan keseluruhan mesej yang cuba disampaikan majalah. Namun, pemilihan konsep untuk sesebuah majalah mestilah berdasarkan ciri-ciri tertentu yang mana melibatkan persepsi, minat dan kefahaman pembaca.

Konsep majalah yang menepati hati pelanggan yang akhirnya akan dapat menentukan jangka hayat majalah itu di pasaran. Memahami situasi ini, maka komitmen kami untuk menepati cita rasa pelanggan membawa kami melakukan kajian tentang minat pembaca terhadap majalah di pasaran. Jadi kami telah melakukan beberapa tinjauan di pusat jualan buku seperti Popular, Borders dan MPH Bookstore bertanyakan jenis-jenis majalah yang dijual di situ. Kami turut mendapatkan maklum balas daripada pelanggan kedai mengenai pandangan mereka terhadap majalah berbentuk kelestarian. Kelestarian bermaksud keadaan seperti hutan, persekitaran, dan sebagainya yang tidak berubah atau terpelihara secara berterusan.

Kelestarian sering kali dikaitkan dengan alam sekitar. Namun sebenarnya ia dekat dengan kehidupan seharian kita yang adakala kita mengabaikan dan menganggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh. Di sini kami berpendirian untuk mengubah perspektif pembaca tentang definisi kelestarian ke arah yang lebih luas. Sebenarnya kelestarian boleh merangkumi pelbagai aspek yang mungkin tidak terjangkau batas pemikiran manusia biasa. Jadi, kami menyambut cabaran ini untuk menghasilkan sebuah majalah berkonsepkan kelestarian yang sudah tentunya berbeza daripada yang sedia ada di pasaran

2) Tema

Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, tajuk dan sebagainya. Tema dalam penerbitan majalah adalah sesuatu topik yang ingin diketengahkan dalam setiap keluaran majalah tetapi mesti tidak lari daripada konsep asal majalah itu. Antara tema yang telah kami bincangkan untuk ditonjolkan dalam keluaran majalah berkonsepkan kelestarian ini ialah pelancongan, gaya hidup dan sebagainya. Oleh itu, kami memilih tema kasih sayang untuk keluaran pertama majalah ini dengan mengetengahkan perihal kasih sayang dalam aspek kelestarian. Antara fokus kami ialah kasih sayang terhadap haiwan, warisan, budaya, dan pendidikan.

3) Tajuk Buku

Nama Majalah kami ialah Perintis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Perintis' bermakna orang pertama yang datang dengan idea di padang, untuk melakukan sesuatu di atasnya, penganjur, untuk membuka jalan. Nama ini dipilih kerana menekankan konsep mampan dan majalah ini adalah berbeza dari majalah-majalah lain di pasaran. 'Perintis' akan memberi nilai pada majalah ini dan juga menunjukkan bahawa ini adalah majalah

Page 3: YWP 341E Proposal Majalah

pertama cuba untuk berjuang atas kemampanan di peringkat global dan untuk menyokong majalah konsep persekitaran.

4) Justifikasi

Justifikasi untuk penerbitan majalah ini ialah membuka minda masyarakat tentang perspektif baru yang boleh dikaitkan dengan kelestarian. Kebiasaannya lestari dikaitkan dengan alam sekitar. Oleh itu, kami ingin membawa sesuatu yang berlainan dari kaca mata biasa kita tentang kelestarian seperti hubungan kasih sayang. Sebagai contoh, kasih sayang yang kita fahami pada masa kini mungkin bersifat kebendaan dan materialistik. Namun, hakikatnya kasih sayang secara lestari itu adalah sesuatu yang boleh ditunjukkan dengan menggunakan pelbagai cara. Walaupun cara-cara itu kelihatan remeh tetapi fokus kami adalah terhadap kesannya yang akan menyumbangkan kepada kelestarian. Kelestarian dalam pelbagai aspek kehidupan dan bagaimana kita mengekalkannya secara berterusan kepada generasi akan datang.

Selain itu, kami ingin mengajak pembaca untuk berfikir lebih kritis dalam isu kelestarian. Isu kelestarian yang kami tonjolkan menyentuh pelbagai aspek yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Sebagai contoh, kita tidak semestinya melancong secara mewah tetapi boleh melancong daripada aspek lestari seperti memilih menginap di rumah inap desa berbanding di hotel. Hal ini kerana, ia mengambil kira perbelanjaan secara minimum.

5) Sasaran pembaca

Sasaran pembaca dinilai daripada aspek jantina, umur, bangsa, status ekonomi, latar belakang pendidikan dan kawasan tempat tinggal. Pembaca terdiri daripada lelaki dan wanita kerana isu kelestarian bersifat global dan boleh dibincangkan tanpa mengira jantina. Umur pembaca dalam lingkungan 18 tahun dan ke atas. Hal ini kerana, pemikiran dalam lingkungan ini secara psikologinya mula mengalami perubahan kepada pemikiran yang lebih matang seterusnya memahami isu kelestarian ini dengan terperinci.

Status ekonomi sasaran pembaca adalah mereka yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Hal ini kerana dengan status ekonomi mereka sebegini, peruntukan kewangan untuk memenuhi keperluan asas mereka sudah mencukupi. Jadi, hal ini mempengaruhi kuasa beli mereka untuk mampu membeli majalah ini.

Latar belakang pendidikan pembaca lebih tertumpu pada pelajar, pensyarah, staf akademik, penyelidik dan ahli politik. Hal ini kerana isu kelestarian melibatkan aspek yang luas merentasi pelbagai cabang pemikiran dan masa hadapan.

Sasaran pembaca adalah berbilang kaum seperti Cina, India, Kadazan, Iban, kerana walaupun berbeza kaum namun masih menggunakan bahasa kebangsaan untuk bertutur dalam kehidupan seharian yakni bahasa Malaysia.

Page 4: YWP 341E Proposal Majalah

Kawasan tempat tinggal pembaca tidak terbatas kepada bandar, malah luar bandar juga kerana semua masyarakat perlu peka dengan isu kelestarian.

6) Bahasa

Bahasa yang digunakan untuk majalah kami ialah bahasa Malaysia kerana matlamat kami adalah untuk memudahkan pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum memahami isu kelestarian.

7) Bilangan Halaman

Kami memilih untuk menghasilkan 90 muka surat dalam majalah ini kerana ini memberi peluang kepada kami untuk mengupas lebih terperinci tentang isu yang ingin kami bincangkan. Hal ini memberi kelebihan kepada pembaca untuk mendapat pelbagai informasi melalui majalah ini. Di samping itu, kami juga akan menyediakan ruangan iklan kepada syarikat periklanan bagi mempromosikan produk jualan mereka melalui majalah yang diterbitkan ini.

8) Saiz

Majalah kami berbentuk A4 kerana majalah berbentuk ini mudah dibaca dan dibawa ke mana-mana. Hal ini akan memberikan kepuasan kepada pembaca untuk mendapatkan informasi. Saiz A4 tidak terlalu kecil seperti saiz A5 dan B5 sehingga menyukarkan pembaca untuk membaca disebabkan penggunaan huruf yang kecil. Saiz A4 juga tidak terlalu besar seperti A3 dan A2 sehingga menyukarkan pembaca untuk membawa majalah yang bersaiz besar ini.

9) Harga

Harga yang ditetapkan untuk majalah ini ialah RM 9.90. Selaras dengan sasaran pembaca kami yakni golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, harga yang ditetapkan ini mampu dibeli oleh kedua-dua golongan. Dengan ini, pembeli yang berpendapatan sederhana khususnya tidak terasa dengan kos yang dibelanjakan untuk membeli majalah ini demi mendapatkan pelbagai informasi yang akan diterbitkan. Selain itu, kami juga perlu menetapkan harga yang mampu dibeli oleh pembeli untuk sama-sama berdaya saing dengan majalah-majalah lain yang berada di pasaran.

10) Kolum/ Ruangan

Kami membahagikan majalah ini kepada 10 kolum iaitu kasih sayang kepada haiwan, warisan, budaya, diri sendiri, pendidikan, gejala sosial, nikmat keamanan negara, kesihatan, keprihatinan masyarakat, dan pemakanan.

Page 5: YWP 341E Proposal Majalah

Di dalam kolum kasih sayang kepada haiwan, kami akan membincangkan tentang masalah-masalah kelestarian terhadap kasih sayang haiwan, penyelesaian di sebalik masalah yang timbul, selain menimbulkan kesedaran pembaca tentang kepentingan kelestarian dalam kasih sayang terhadap haiwan. Sebagai contoh, masalah kepupusan haiwan disebabkan penggunaan kulit haiwan untuk dijadikan barangan kulit berjenama.

Di dalam kolum warisan, kami akan memperkenalkan kepada pembaca mengenai warisan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Kewujudan budaya barat telah menjadikan generasi muda semakin melupakan warisan budaya yang diperkenalkan di negara ini seperti tarian tradisional, alatan muzik tradisional dan pakaian tradisional. Justeru itu, majalah ini akan menjadi pembuka jalan bagi mengekalkan warisan di negara ini agar dapat dirasai oleh generasi akan datang.

Selain itu, untuk kolum budaya pula, kami akan menampilkan budaya-budaya yang diamalkan oleh semua jenis golongan seperti Cina, India dan Melayu. Kami akan fokuskan kepada budaya yang khusus

Warisan, Budaya, Gaya Hidup,Sayang Pada Diri, Pendidikan, Gejala Sosial, Keamanan Negara, Kesihatan, dan Makanan. .

11) Tarikh Ajal (Deadlines)