kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama di alor … · 2018. 9. 27. · negeri kedah, bangunan...

126
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 28-Jul-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR

SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

I

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK

Date of birth : 3 FEB 1991

Title : KERJA – KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN

LAMA DI ALOR SETAR

Academic Session : 2015/2016

I declare that this thesis is classified as :

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organisation where research was done)*

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access

(full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows :

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.

2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of

research only.

3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

4. Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

(910203-02-5199) DR. HAMIZAH LIYANA BT. TAJUL ARIFFIN

Date : 13 JUNE 2016 Date : 13 JUNE 2016

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret

Act 1972)*

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from

the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

I

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)’’

Tandatangan : ………………………………

Nama Penyelia : DR. HAMIZAH LIYANA BT. TAJUL

ARIFFIN

Tarikh : 13 JUN 2016

Tandatangan : ………………………………

Nama Pembaca Kedua: MDM. NURSHIKIN BT. MOHAMAD

SHUKERY

Tarikh : 12 JUN 2016

Page 4: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

II

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR

SHUKOOR BIN AHMAD AUPEK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2016

Page 5: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

III

PENGAKUAN

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan pada

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’

Tandatangan : ………………………..

Nama Penulis : SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK

Tarikh : 9 JUN 2016

Page 6: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

IV

Dedikasi

Khas buat ayahanda, Ahmad Taupek Bin Hj Shaari dan bonda Azlina

Binti Hashim. Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas dorongan dan

pertolongan yang amat dihargai.

Serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hamizah Liyana atas

segala bantuan dan tunjuk ajar.

Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan.

Page 7: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

V

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Mengasihi dengan limpah kurniaNya akhirnya penyelidik berjaya menyiapkan

penulisan Projek Sarjana Muda ini pada masa yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga kepada

penyelia, DR. Hamizah Liyana yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar, nasihat serta

pandangan sepanjang tempoh penyelidikan dan penghasilan tesis ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang

terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung di dalam membantu menjayakan

projek penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada responden-responden

yang terlibat. Kerjasama daripada individu ini adalah amat dihargai.

Terima Kasih

SHUKOOR AHMAD TAUPEK

JUN, 2016

Page 8: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

VI

ABSTRAK

Bangunan lama merupakan aset yang memaparkan sejarah identiti

pembentukkan sesebuah negara dan ia seharusnya dikekalkan untuk generasi baru.

Bagi mengekalkan kelangsungan hayat bangunan lama, penyelenggaraan terhadap

keadaan dan fungsi bangunan perlu dilaksanakan dengan penyediaan sistem

pengurusan penyelenggaraan yang sistematik. Sehubungan itu, dalam melaksanakan

sistem pengurusan penyelenggaraan, adalah penting untuk mengetahui jenis–jenis

kerosakan pada bangunan bagi memastikan kerja–kerja penyelenggaraan yang

dilaksanakan adalah bersesuaian dengan keadaan bangunan. Objektif penyelidikan

kajian ini adalah bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada bangunan lama dan

pengurusan semasa penyelenggaraan bangunan terhadap bangunan lama. Oleh yang

demikian, penyelidik telah menjalankan kajian kes ke atas lima buah bangunan lama

di Bandaraya Alor Setar dengan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap

kerosakan yang berlaku pada elemen bangunan. Kajian ini telah dilakukan terhadap

bangunan lama di Alor Setar seperti Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan Wan

Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis

Bandaraya Alor Setar dan Bangunan Persekutuan Alor Setar. Pemerhatian yang

dilakukan terhadap keadaan bangunan lama tersebut adalah bagi mengenalpasti ragam

kerosakan umum yang sering berlaku pada bangunan lama. Hasil kajian ini mendapati

bangunan lama yang dikaji masih berkeadaan baik walaupun sesetengah bangunan

kelihatan uzur. Kajian temubual dilakukan terhadap pihak yang bertanggungjawab

dalam hal ehwal pengurusan penyelenggaraan bangunan lama yang dikaji. Temubual

yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sistem pengurusan

penyelenggaraan yang dilaksanakan pada bangunan kajian. Hasil dari penyelidikan ini

telah mendapati bahawa masih terdapat kelemahan pengurusan dalam melaksanakan

kerja – kerja penyelenggaraan pada bangunan lama yang dikaji atas sebab dan masalah

yang tertentu. Akhir sekali, diharapkan kajian penyelidikan ini dapat membantu bagi

meningkatkan kefahaman dan bertindak sebagai pemangkin ke arah penyelenggaraan

bangunan lama yang lebih berkesan pada masa hadapan.

Page 9: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

VII

ABSTRACT

Buildings which are considered old are truly antics of a country as it brings

forth the identity of a country, hence it should be prevailed for future generations. In

order to manage these old buildings, preparing a maintenance management system for

the building is a must for the building to function properly and to retain its original

state. In the interest of executing the right maintenance management system it is vital

to first understand the types of defects on the building to ensure the correct

maintenance is done. The objective of this study was to determine the defect that occur

in the old building and the management of the current maintenance conducted on the

old buildings. Therefore, the researcher has conducted a research on five old buildings

located in Alor Star by using the observation method to detect the defects that occur

on those five buildings. The five buildings which were observed are Bangunan Wisma

Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul

Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar dan Bangunan Persekutuan

Alor Setar. The reason why the researcher observed these buildings is to analyze the

general defects that took place on old buildings. The result of the study shown these

old buildings are still in good shape even though some of them already looked old.

Besides that, an interview was conducted with the authorities which are in charge in

the maintenance of these old buildings. The reason why the interview was conducted

is to analyze how the authorities in charge carried out the proper maintenance

management system. The results from the interview showed that there are still room

for improvements in maintaining the old buildings. Lastly, it is hoped that this study

can contribute to the body of knowledge in the field of maintaining old buildings

efficiently in the future.

Page 10: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

VIII

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Skop Penyelidikan 5

1.6 Kepentingan Penyelidikan 5

1.7 Organisasi Bab 6

Page 11: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

IX

BAB 2 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 8

BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR

2.1 Pengenalan 8

2.2 Bangunan Lama 9

2.3 Definisi Kerosakan Bangunan 10

2.4 Punca Kerosakan Bangunan 11

2.5 Jenis-Jenis Kerosakan Bangunan 12

2.5.1 Kerosakan Elemen Dinding Luar 13

2.5.2 Kerosakan Elemen Dinding Dalam 14

2.5.3 Kerosakan Elemen Pintu 15

2.5.4 Kerosakan Elemen Tingkap 16

2.5.5 Kerosakan Elemen Lantai 17

2.5.6 Kerosakan Elemen Tangga 18

2.5.7 Kerosakan Elemen Siling 19

2.5.8 Kerosakan Elemen Bumbung 19

2.5.9 Kerosakan Elemen Kemudahan

Bangunan 20

2.5.10 Kerosakan Bangunan pada

Lain-Lain Elemen 21

2.6 Definisi Penyelenggaraan 22

2.7 Kepentingan Penyelenggaraan 23

2.8 Kategori Penyelenggaraan 23

2.8.1 Penyelenggaraan Terancang 24

2.8.1.1 Penyelenggaraan Pencegahan 25

2.8.1.2 Penyelenggaraan Pembaikan 26

2.8.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang 26

2.9 Aliran Penyelenggaraan 27

2.10 Pengurusan Penyelenggaraan 29

2.11 Piawaian Penyelenggaraan 32

2.12 Pemeriksaan Terhadap Kerosakan Bangunan 32

2.13 Isu dan Cabaran Penyelenggaraan Bangunan 34

2.14 Rumusan 36

Page 12: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

X

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Kaedah Penyelidikan 39

3.3 Objektif Pertama Kajian 40

3.3.1 Kaedah Pemerhatian 40

3.3.2 Analisis Skala Likert 43

3.4 Objektif Kedua Kajian 45

3.4.1 Kaedah Temubual 46

3.4.2 Analisis Kandungan 48

3.5 Rumusan 49

BAB 4 ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Kaedah Pengumpulan Data 51

4.3 Analisis Terhadap Kerosakan pada

Bangunan Lama 51

4.3.1 Analisis Kerosakan Lantai 54

4.3.2 Analisis Kerosakan Dinding Luar 56

4.3.3 Analisis Kerosakan Dinding Dalam 58

4.3.4 Analisis Kerosakan Rasuk 60

4.3.5 Analisis Kerosakan Tiang 62

4.3.6 Analisis Kerosakan Tangga 64

4.3.7 Analisis Kerosakan Tingkap 66

4.3.8 Analisis Kerosakan Pintu 68

4.3.9 Analisis Kerosakan Bumbung 70

4.3.10 Hasil Analisis Kerosakan Bangunan

Lama 72

4.3.11 Kesimpulan 74

4.4 Hasil Pengumpulan Data Dari Temubual 75

4.4.1 Bangunan 1: Bangunan Wisma

Negeri Kedah 77

Page 13: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

XI

4.4.2 Bangunan 2: Bangunan Wan

Muhammad Saman 81

4.4.3 Bangunan 3: Bangunan Kolej

Sultan Abdul Hamid 84

4.4.4 Bangunan 4: Bangunan Pejabat

Majlis Bandaraya Alor Setar 87

4.4.5 Bangunan 5: Bangunan Persekutuan

Alor Setar 91

4.5 Perbincangan Hasil Analisis Temubual 95

4.5.1 Perancangan Penyelenggaraan 95

4.5.2 Pengaturan Kerja Penyelenggaraan 96

4.5.3 Perlaksanaan Kerja Penyelenggaraan 97

4.5.4 Pemeriksaan Terhadap Bangunan 98

4.5.5 Pembaikan Sistem Penyelenggaraan 99

4.6 Kesimpulan 100

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 101

5.1 Pengenalan 101

5.2 Perbincangan 102

5.2.1 Objektif Pertama 102

5.2.2 Objektif Kedua 103

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa

Menjalankan Kajian 104

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 105

5.5 Penutup 105

RUJUKAN 106

LAMPIRAN 108

i. Lampiran A – Borang Pemeriksaan Bangunan

ii. Lampiran B – Borang Temubual

Page 14: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

XII

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA SURAT

RAJAH

2.1 Dinding Luar Bangunan yang Rosak 13

2.2 Dinding Dalam Bangunan yang Mengalami Kerosakan 14

2.3 Kerosakan pada Bingkai Pintu 15

2.4 Keretakan pada Panel Kaca Tingkap 16

2.5 Kerosakan pada Jubin Lantai 17

2.6 Kerosakan Konkrit pada Elemen Tangga 18

2.7 Kerosakan Siling Akibat dari Kebocoran Bumbung 19

2.8 Kerosakan pada Komponen Elektrik 20

2.9 Kerosakan Rasuk Utama Bangunan 21

2.10 Jenis Penyelenggaraan 24

2.11 Aliran Kerja Penyelenggaraan Bangunan 28

3.1 Carta Alir Metodologi 38

3.2 Pengiraan Formula untuk Mendapatkan Julat Indeks 44

4.1 Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Lantai 54

4.2 Kerosakan Jubin Tertanggal 55

4.3 Keretakan pada Jubin 55

4.4 Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Luar 56

4.5 Kemasan Lepaan pada Dinding Luar Tetanggal 57

4.6 Dinding Luar Berlumut dan Kemasan Cat Mengelupas 57

4.7 Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Dalam 58

4.8 Lepaan pada Dinding Dalam Retak Dan Tertanggal 59

4.9 Keretakan pada Lepaan Dinding Dalam 59

Page 15: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

XIII

4.10 Graf Purata Tahap Kerosakan Rasuk 60

4.11 Keretakan pada Struktur Rasuk 61

4.12 Keretakan Lepaan pada Struktur Rasuk 61

4.13 Graf Purata Tahap Kerosakan Tiang 62

4.14 Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan 63

4.15 Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan 63

4.16 Graf Purata Tahap Kerosakan Tangga 64

4.17 Lapisan Konkrit Terbuka pada Struktur Tangga 65

4.18 Graf Purata Tahap Kerosakan Tingkap 66

4.19 Keadaan Fizikal Elemen Tingkap 67

4.20 Graf Purata Tahap Kerosakan Pintu 68

4.21 Keadaan Kerosakan Fizikal Bingkai Kayu 69

4.22 Kerosakan pada Bingkai Pintu 69

4.23 Graf Purata Tahap Kerosakan pada Bumbung 70

4.24 Keadaan Genting Bumbung yang Rosak 71

4.25 Kerosakan Siling Pecah di Bangunan MBAS 71

4.26 Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Bangunan 72

4.27 Pintu Masuk Utama ke Bangunan Wisma Negeri Kedah 77

4.28 Bahagian Belakang Wisma Negeri yang Menempatkan

Bangunan Lama yang Dikenali Opis Dalam 77

4.29 Bangunan Ini Mempunyai Satu Blok dan Dua Tingkat 81

4.30 Bangunan Wan Muhammad Saman Dilihat dari

Sudut Hadapan 81

4.31 Bangunan Blok Akademik KSAH Dibina pada 1915 84

4.32 Satu Bangunan Dua Tingkat Asrama Pelajar KSAH 84

4.33 Pandangan Dari Atas Bangunan Pejabat MBAS 88

4.34 Pembinaan Landskap pada Laluan Masuk Kawasan

Bangunan Pejabat MBAS 88

4.35 Bangunan Persekutuan Mempunyai Dua Blok

dan 3 Tingkat 91

4.36 Bangunan Persekutuan Alor Setar Digunakan

Sebagai Bangunan Pejabat 91

Page 16: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

XIV

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

3.1 Tahap Keadaan Fizikal Elemen Bangunan 42

3.2 Pengiraan Min Skor Berdasarkan Tahap Keadaan

Fizikal bagi Kemasan Dinding Luar pada Lima Buah

Bangunan Kajian 43

3.3 Hasil Pengiraan Julat Indeks Statistik Berdasarkan

Tahap Kerosakan 44

4.1 Maklumat Bangunan Kajian 52

4.2 Hasil Analisis Temubual Mengenai Pengurusan

Penyelenggaraan pada Lima Buah Bangunan

Lama di Alor Setar 76

4.3 Maklumat Bangunan dan Penemubual 78

4.4 Maklumat Bangunan dan Penemubual 82

4.5 Maklumat Bangunan dan Penemubual 85

4.6 Maklumat Bangunan dan Penemubual 88

4.7 Maklumat Bangunan dan Penemubual 92

Page 17: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

XV

SENARAI SINGKATAN

URDP - Unit Rondaan dan Penyelenggaraan

CIDB - Construction Industry Development Board

JKR - Jabatan Kerja Raya

MBAS - Majlis Bandaraya Alor Setar

KSAH - Kolej Sultan Abdul Hamid

Page 18: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

I

Page 19: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan negara Malaysia dalam menuju era 2020 telah memberi kesan

positif kepada pertumbuhan industri yang terdapat di Malaysia termasuklah industri

binaan. Industri binaan banyak memberi impak kepada ekonomi sesebuah negara

melalui pelaburan yang dibuat oleh pelabur negara luar serta memberi pelbagai

inisiatif kepada rakyat dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan kualiti hidup

rakyat sesebuah negara (Shaziman, 2009). Industri binaan semakin berkembang pesat

di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia. Namun, setiap pembinaan yang dibina

tidak terlepas dari masalah kecacatan pada struktur bangunan mahupun kerosakan

pada sistem perkhidmatan kemudahan bangunan.

Pelbagai kaedah dirancang dan dilakukan dari peringkat reka bentuk dan ketika

proses pembinaan bagi mengatasi masalah kecacatan dan kerosakan pada elemen

bangunan. Namun begitu, masih terdapat kerosakan komponen yang mengakibatkan

kemerosatan prestasi pada elemen bangunan yang sudah siap dibina. Oleh itu, aspek

penyelenggaraan bangunan perlu dilaksanakan selepas bangunan siap dibina.

Page 20: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

2

Hasnan Abdullah (1994) menyatakan bahawa punca kerosakan adalah

disebabkan kurangnya penyelenggaraan. Apabila berlakunya kerosakan, nilai sesuatu

perkhidmatan akan berkurang dan kos pembaikan meningkat. Menurut Ahmad Ramly

(2004), penyelenggaraan penting bagi mengelakkan berlakunya kerosakan, menjamin

nilai sesuatu perkhidmatan dan mengurangkan kos pembaikan. Menurut Zakaria et al.

(2002), kepentingan penyelenggaraan bangunan bukan sahaja untuk memanjangkan

jangka hayat sesuatu sistem atau peralatan tetapi ia juga mampu mencegah sebarang

kemalangan atau penyakit dari berlaku. Oleh itu, penyelenggaraan bangunan harus

meliputi ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh bagi menjamin keselamatan

pengguna.

Aspek penyelenggaraan juga perlu diutamakan bagi memulihara bangunan

yang sudah berusia. Menurut A. Ghafar Ahmad (1994) menyatakan di Malaysia, di

bawah Akta Benda Purba 1976, sesebuah bangunan atau monumen berusia sekurang-

sekurangnya 100 tahun boleh diwartakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Muzium

untuk diberi perlindungan, penjagaan dan galakan bagi kerja-kerja pemuliharaan.

Aspek penyelenggaraan sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana umum

mengetahui bahawa penyelenggaraan merupakan perkara utama bagi memastikan usia

bangunan dapat dipanjangkan (Robiah, Sharim, A. Ghafar Ahmad, 2013). Jadi, bagi

mengekalkan kelangsungan hayat bangunan, perlindungan dan pengawalan terhadap

keadaan dan fungsi bangunan perlu dilakukan. Sebagai contoh, petikan dari Berita

Harian, 2013 memaparkan usaha Kerajaan Negeri Johor memulihara 208 buah

bangunan lama dan bersejarah di negeri Johor. Antara bangunan lama bersejarah ialah

bangunan Sekolah Tinggi Muar, Masjid Jamek Muar dan beberapa bangunan kerajaan

serta deretan rumah kedai yang berusia lebih 50 tahun. Bangunan lama merupakan aset

negara yang perlu dipelihara bagi mengekalkan identiti sesebuah negara.

Page 21: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

3

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Robiah Abdul Rashid (2010), aset yang paling bernilai bagi sesebuah

negara adalah stok bangunan. Selain dari kewangan, bangunan lama merupakan aset

yang memaparkan sejarah identiti pembentukkan sesebuah negara dan ia seharusnya

dikekalkan untuk generasi baru. Namun begitu, keselamatan dan keselesaan

penggunaan bangunan lama sering kali dipersoalkan. Kebanyakan bangunan lama kini

mengalami kerosakan pada elemen dan struktur bangunan. Ia mungkin disebabkan

oleh faktor manusia, haiwan atau alam sekitar (Fatimah, Zainal, Ashraf, 2011).

Berdasarkan petikan Berita Harian, 2006 memaparkan Jabatan Kerja Raya (JKR)

bertanggungjawab menyediakan garis panduan bagi mengesan kerosakan, sekali gus

memudahkan kerja membaiki dan penyelenggaraan dilaksanakan segera (Berita

Harian, 2006). Oleh itu, salah satu kaedah bagi mengekalkan sesebuah bangunan lama

adalah melalui kerja-kerja penyelenggaraan yang teratur.

Penyelenggaraan bangunan adalah salah satu aspek penting yang sering kali

dipandang remeh. Kebanyakkan pihak dalam industri binaan kurang memberi

perhatian kepada aspek penyelenggaraan sama ada pada peringkat pra-pembinaan

mahupun peringkat selepas pembinaan (Fatimah, Zainal, Ashraf, 2011). Peringkat pra-

pembinaan merangkumi perancangan mereka bentuk bangunan yang harus memenuhi

keperluan penyediaaan ruang untuk kerja penyelengggaraan bangunan. Malahan,

dalam banyak situasi, kos bagi penyelenggaraan sering kali dikurangkan bagi

menjimatkan kos pembelanjaan pembinaan. Pengurusan penyelenggaraan adalah

faktor utama dalam memastikan jangka hayat kegunaan bangunan. Usaha yang

bersungguh-sungguh bagi mengoptimumkan kegunaan sesebuah bangunan perlulah

dilakukan terutamanya apabila melibatkan bangunan lama. Merujuk kepada Bill

Hamilton dan Wan Salleh Wan Ibrahim (2001), bangunan memerlukan pengurusan

yang sistematik dan penyelenggaraan berterusan bagi mengelakkan bangunan

kelihatan usang dan menjadi beban kepada pemilik. Oleh itu, penyelenggaraan

haruslah dilaksanakan secara terancang bagi menjamin keselesaaan pengguna dan

mengekalkan pelaburan bagi sesebuah organisasi pemilik bangunan.

Page 22: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

4

1.3 Persoalan Kajian

Bagi mendapatkan objektif yang jelas tentang penyelidikan ini, beberapa

persoalan akan dibentuk berkaitan penyelidikan ini. Antara persoalan yang dibentuk

adalah seperti :

Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab menyediakan garis panduan bagi

mengesan kerosakan, sekali gus memudahkan kerja membaiki dan

penyelenggaraan dilaksanakan segera. (Berita Harian, 2006). Ini membawa

persoalan, apakah kerosakan yang lazimnya berlaku pada bangunan lama.

Merujuk kepada Bill Hamilton dan Wan Salleh Wan Ibrahim (2001), bangunan

memerlukan pengurusan yang sistematik dan penyelenggaraan berterusan bagi

mengelakkan bangunan kelihatan usang dan menjadi beban kepada pemilik.

Persoalannya, bagaimana pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan oleh

pihak pengurusan bangunan lama bagi mengekalkan kelangsungan hayat

bangunan.

1.4 Objektif Penyelidikan

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui sistem pengurusan penyelenggaraan

bangunan yang sudah berusia. Antara objektif kajian adalah :

i. Mengenalpasti jenis kerosakan pada elemen bangunan lama.

ii. Mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan oleh pihak pengurusan

bangunan lama.

Page 23: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

5

1.5 Skop Penyelidikan

Penyelidikan ini adalah berdasarkan kajian kes terhadap bangunan lama di

Bandaraya Alor Setar. Beberapa kriteria telah digariskan dalam pemilihan bangunan-

bangunan lama untuk diselidik bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada

bangunan dan pengurusan semasa penyelenggaraan terhadap bangunan kajian.

Pemilihan bangunan-bangunan lama ini adalah merujuk kepada senarai data maklumat

yang didapati dari sumber-sumber literatur. Maklumat dan data untuk senarai

bangunan-bangunan lama di Alor Setar diperolehi dari sumber laman web Perbadanan

Perpustakaan Awam Kedah iaitu (www.mykedah2.com) dan (www.memori-

kedah.com). Kriteria yang digariskan untuk pemilihan bangunan lama di Alor Setar

adalah seperti berikut:

1. Bangunan yang berusia lebih dari 50 tahun.

2. Bangunan lama yang masih digunakan kini.

3. Lokasi bangunan yang berada di sekitar Bandaraya Alor Setar.

4. Bangunan yang mempunyai nilai dari sudut sejarah dalam pembangunan

Negeri Kedah.

1.6 Kepentingan Penyelidikan

Kepentingan penyelidikan ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada

pemilik bangunan lama dan pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan dalam

mengenalpasti kerosakan yang lazimnya berlaku pada bangunan lama. Selain itu,

penyelidikan ini juga diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat mengenalpasti

pengurusan semasa penyelenggaraan yang dilaksanakan pada bangunan lama bagi

menambaik sistem pengurusan penyelenggaraan untuk masa hadapan.

Page 24: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

6

Dari hasil penyelidikan ini, pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan

secara amnya dapat merancang pengurusan penyelenggaraan dengan lebih baik.

Penyelidikan ini juga diharap dapat memupuk kesedaran rakyat tentang kepentingan

budaya penyelenggaraan.

1.7 Organisasi Bab

Berikut adalah rumusan bagi setiap bab yang terkandung dalam kajian ini.

Kajian ini mengandungi lima bab, iaitu:

Bab 1 ini menerangkan secara jelas tentang latar belakang kajian ini. Subtopik

yang terkandung dalam bab ini terdiri daripada pengenalan, penyataan masalah,

objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, dan organisasi bab.

Bab 2 adalah berdasarkan kajian literatur yang diperolehi dari pembacaan

sumber buku-buku rujukan, jurnal, artikel, laman web dan tesis yang berkaitan dengan

penyelidikan. Topik yang diterangkan dalam bab ini termasuklah berkaitan dengan

kerosakan bangunan lama dan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan bangunan . Selain itu,

definisi dan pengetahuan bagi terma-terma yang berkaitan juga akan diterangkan

dalam bab ini untuk kefahaman yang lebih mandalam kepada pembaca.

Bab 3 akan menumpukan kepada metodologi kajian iaitu kaedah-kaedah

penyelidikan yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Subtopik yang terlibat

menerangkan mengenai kaedah pengumpulan data dan juga kaedah analisis data. Hasil

analisis data akan dibentangkan dalam bentuk graf dan jadual.

Page 25: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

7

Bab 4 menumpukan kepada analisis yang dilakukan ke atas data yang

dikumpul dan perbincangan tentang penemuan daripada hasil analisis tersebut. Data

dianalisis menggunakan kaedah-kaedah analisis yang bersesuaian dengan data primer

yang telah dikumpul agar jenis-jenis data yang diperlukan dapat dibentangkan melalui

jadual dan graf. Perbincangan terhadap hasil analisis adalah bertujuan untuk mencapai

objektif utama kajian ini.

Bab 5 merupakan bab terakhir kajian ini. Bab ini akan menerangkan

kesimpulan dan rumusan keseluruhan pencapaian kajian ini. Selepas perbincangan dan

penjelasan penemuan dilakukan dalam bab sebelum ini, cadangan-cadangan terhadap

kajian akan dikemukakan dalam bab ini.

Page 26: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

8

BAB 2

PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan mengenai penyelenggaraan bangunan secara teori

bardasarkan rujukan jurnal, artikal, buku dan sebagainya sebagai rujukan

penyelidikan. Antara penjelasan yang dinyatakan dalam bab ini adalah seperti definisi

bangunan lama, penyelenggaraan bangunan, kepentingan penyelenggaraan,

pengurusan penyelenggaraan, definisi kerosakan bangunann dan jenis kerosakan

bangunan yang lazimnya berlaku berdasarkan elemen penting sesebuah bangunan.

Bab ini meliputi gambaran awal dalam mengenalpasti kerosakan pada bangunan lama

dan kaedah pengurusan penyelenggaraan.

Page 27: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

9

2.2 Bangunan Lama

Bangunan lama merupakan aset negara yang perlu dipelihara bagi

mengekalkan identiti sesebuah negara. Menurut Fielden (2000) menyatakan bahawa

sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia

penggunaannya, sewajarnya bangunan tersebut harus digelar sebagai bangunan

bersejarah. Sementara itu, di Malaysia, di bawah Akta Benda Purba 1976, sesebuah

bangunan atau monumen berusia sekurang-sekurangnya 100 tahun boleh diwartakan

oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Muzium untuk diberi perlindungan, penjagaan dan

galakan bagi kerja-kerja pemuliharaan (A. Ghafar Ahmad,1994).

Merujuk kepada definisi usia bangunan, Abdul Aziz Hussin (2014)

menyatakan umur bangunan yang mencapai lingkungan 50 – 60 tahun mengalami

kemerosotan dari segi keselamatan dan kekukuhan struktur bangunan. Sementara itu,

berdasarkan kajian lapangan ke atas kecacatan pada bangunan masjid lama di Malaysia

oleh S. Johar et al. (2011) telah menggariskan kriteria bagi bangunan masjid lama

adalah berusia sekurang-kurangnya 50 tahun. Dalam erti kata yang lain, merujuk

kepada penyataan mengenai usia bangunan oleh Abdul Aziz Hussin (2014), bangunan

yang menjangkau usia 50 tahun adalah bangunan lama.

Bagi mengekalkan kelangsungan hayat bangunan, perlindungan dan

pengawalan terhadap keadaan dan fungsi bangunan perlu dilakukan. Sebagai contoh,

petikan dari Berita Harian, 2013 memaparkan usaha Kerajaan Negeri Johor

memulihara 208 buah bangunan lama dan bersejarah di negeri Johor. Antara bangunan

lama bersejarah ialah bangunan Sekolah Tinggi Muar, Masjid Jamek Muar dan

beberapa bangunan kerajaan serta deretan rumah kedai yang berusia lebih 50 tahun.

Page 28: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

10

2.3 Definisi Kerosakan Bangunan

Kerosakan bangunan merupakan satu fenomena yang sering berlaku pada

setiap bangunan. Menurut Warren, (2004) mendefinisikan kerosakan bangunan

sebagai kekurangan terhadap pencapaian fungsi bangunan yang boleh berlaku pada

bila-bila masa dalam satu tempoh jangka hayat sesebuah produk dan elemen.

Sementara itu Imaduddin Abdul Halim dan Brit Kayan, (2007) pula mendefinisikan

kerosakan bangunan sebagai kemerosotan atau ketidaksempurnaan bangunan pada

sebahagian atau keseluruhan elemen atau komponennya yang mana keadaan

seumpama ini boleh menjejaskan fungsi, kegunaan dan prestasi sesebuah

bangunan. Manakala Burden (2004) mendefinisikan kerosakan bangunan sebagai

keadaan yang tidak sama atau tidak teratur yang berlaku sehingga merosakkan atau

melemahkan kekuatan sesuatu struktur dan nilai kegunaan yang terdapat pada

sesebuah bangunan terutamanya bangunan yang telah berusia.

Sehubungan dengan itu, Kamarul Syahril (2011) merumuskan definisi

kerosakan bangunan sebagai keadaan sesebuah elemen atau struktur serta fabrik bahan

binaan yang telah melalui proses kemerosotan atau keusangan dalam satu jangka masa

yang tertentu disebabkan oleh sifat fizikal ia sendiri atau dipengaruhi oleh faktor luaran

seperti cuaca dan persekitaran sehingga ia telah menjejaskan rupa bentuk dan sifat

fizikal asalnya. Kerosakan ini mengakibatkan fungsi dan kegunaan asal serta prestasi

sesebuah elemen atau struktur serta fabrik bahan binaan itu terjejas dan seterusnya

gagal memenuhi kehendak dan fungsi asalnya. Kerosakan pada bangunan tidak sahaja

berpunca dari faktor usia, terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan fungsi asal

bangunan.

Page 29: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

11

2.4 Punca Kerosakan Bangunan

Selain dari kerosakan komponen dan elemen bangunan akibat daripada

mencapai jangka hayatnya, secara umumnya kerosakan yang berlaku berpunca

daripada beberapa faktor. Menurut Fielden (2000), terdapat pelbagai punca kerosakan

pada bangunan lama, punca yang paling utama ialah graviti; diikuti oleh tindakan

perbuatan manusia; dan akhir sekali pengaruh cuaca serta kesan persekitaran seperti

botani, biologi, kimia dan serangga. Sementara itu, menurut Fee (2003), punca

kerosakan bangunan pada bangunan lama adalah seperti berikut:

i. Kelemahan struktur iaitu kerosakan dan keruntuhan berpunca daripada

tarikan semulajadi graviti dalam tempoh masa yang panjang.

ii. Perbuatan manusia iaitu kerosakan disebabkan oleh kecuaian,

vandalisma, kebakaran dan kerja pembinaan yang berhampiran.

iii. Cuaca iaitu kerosakan disebabkan oleh pancaran sinar radiasi,

kelembapan udara, angin, hujan, kandungan air bawah tanah dan

kandungan garam dalam tanah yang tinggi.

iv. Bencana alam iaitu kerosakan dan kemusnahan yang disebabkan oleh

banjir, ribut dan gempa bumi.

v. Botani iaitu kerosakan dan kehancuran struktur batu atau dinding batu-

bata disebabkan oleh akar pokok yang menjalar dan tumbuhan lain.

vi. Biologi iaitu kerosakan kesan daripada tindakan asid yang dihasilkan

daripada bakteria dan tumbuhan berwarna hijau seperti lumut yang

tumbuh di atas batu yang bertindak balas secara kimia dengan struktur

bahan binaan.

Page 30: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

12

vii. Kulat dan cendawan iaitu kerosakan terhadap bahan binaan organik

seperti kayu oleh kulat, cendawan, kulapuk dan ragi yang tidak

memerlukan apa-apa pancaran sinaran matahari untuk terus hidup.

viii. Serangga dan haiwan perosak iaitu kerosakan struktur kayu disebabkan

oleh serangga seperti anai-anai dan kumbang dan haiwan perosak

seperti sarang burung dan tindak balas hakisan dari tahi kelawar.

2.5 Jenis-Jenis Kerosakan Bangunan

Pelbagai jenis kerosakan bangunan dikenalpasti yang lazim berlaku terhadap

elemen bangunan terutamanya bangunan lama. Antaranya adalah kerosakan pada

dinding luar, elemen siling, elemen pintu, elemen bumbung, kerosakan pada

komponen kemudahan bangunan dan lain-lain lagi. (Esakkimuthu, 2009; Loo, 2009;

Mohamad Omar Mohamad Khaidzir; 2009).

Menurut Kamarul Syahril (2011) menyatakan jenis kerosakan pada bangunan

boleh didapati berdasarkan 10 elemen utama bangunan.

Antaranya adalah:

i. Kerosakan bangunan pada elemen dinding luar.

ii. Kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.

iii. Kerosakan bangunan pada elemen pintu

iv. Kerosakan bangunan pada elemen tingkap

v. Kerosakan bangunan pada elemen lantai

vi. Kerosakan bangunan pada elemen tangga.

vii. Kerosakan bangunan pada elemen siling.

viii. Kerosakan bangunan pada elemen bumbung.

ix. Kerosakan bangunan pada elemen kemudahan bangunan.

x. Kerosakan bangunan pada lain-lain elemen

Page 31: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

13

2.5.1 Kerosakan bangunan pada elemen dinding luar

Menurut Kamarul Syahril (2011) menyatakan kebanyakan daripada elemen

dinding luar bangunan lama di Malaysia sering mengalami masalah kerosakan

bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti cuaca, alam semula jadi, kesilapan

pembinaan yang mengakibatkan kelemahan dan kegagalan struktur dan lain-lain lagi.

Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen dinding luar

bangunan lama adalah seperti permukaan lembap dari bawah, permukaan lembap dari

atas, batu-bata retak, lepa tertanggal, kemasan cat mengelupas, permukaan dinding

berlumut dan lain-lain lagi (Selwitz dan Doehne, 2002; Starzes et al., 2003; Lubelli

dan Rob, 2007; Kamaruddin Md. Said, 2009; Siti Norlizaiha Harun, 2009). Rajah 2.1

memaparkan keadaan bangunan kediaman yang mengalami kerosakan teruk pada

permukaan dinding luar bangunan.

Rajah 2.1: Dinding Luar Bangunan yang Rosak

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 32: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

14

2.5.2 Kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.

Menurut Kamarul Syahril, (2011) kebanyakan daripada elemen dinding dalam

bangunan sering mengalami masalah kerosakan berpunca daripada pelbagai faktor

seperti cuaca, alam semula jadi, kegagalan struktur, biologikal serta kemikal dan lain-

lain lagi. Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen dinding

dalam bangunan lama ini ialah seperti permukaan lembap dari bawah, batu-bata retak,

komponen kayu rosak, lepa tertanggal dan lain-lain lagi (Tsui et al., 2003; Robson,

2005; Ann, 2009; Rodiah Zawawi, 2009). Rajah 2.2 memaparkan keadaan dinding

dalam bangunan yang mengalami kerosakan pada kemasan cat.

Rajah 2.2: Dinding Dalam Bangunan yang Mengalami Kerosakan

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 33: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

15

2.5.3 Kerosakan bangunan pada elemen pintu

Elemen pintu dan kelengkapannya pada bangunan lama diperbuat daripada

bahan kayu. Kerosakan pada elemen pintu dan kelengkapanya sering berpunca

daripada serangan serangga perosak, alam semula jadi dan perbuatan manusia.

Kerosakan elemen pintu juga boleh disebabkan kegagalan pada struktur bangunan.

Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen pintu dan

kelengkapannya pada bangunan lama adalah seperti kerangka kayu mereput, serangan

serangga, bentuk berubah, panel tertanggal dan lain-lain lagi (Marshall et al., 2003;

Paiman Keromo, 2006c; Rusdi Baharan, 2009). Rajah 2.3 menunjukkan kerosakan

yang berlaku pada bingkai pintu akibat dari perbuatan manusia.

Rajah 2.3: Kerosakan pada Bingkai Pintu

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 34: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

16

2.5.4 Kerosakan bangunan pada elemen tingkap

Kajian yang dijalankan oleh Chow dan Low (2006) yang mengumpulkan data

daripada 74 buah bangunan menunjukkan bahawa tujuh jenis kerosakan berlaku pada

elemen tingkap dan kelengkapannya. Antaranya adalah kerosakan pada kekisi besi

tingkap, salah jajaran, kerosakan pada gasket, panel kaca yang berubah warna, panel

kaca yang longgar dan terdapat resapan air pada pemasngan komponen tingkat.

Kerosakan yang lazimnya berlaku pada tingkap keluli tradisional biasanya akibat dari

bingkai berkarat, dan kegagalan fungsi pada engsel tingkap. Elemen tetingkap

aluminium melibatkan pemasangan sebilangan komponen seperti rivet, skru, engsel,

gasket, dan menetapkan kekisi. Komponen ini mudah terdedah kepada kegagalan

fungsinya dan memerlukan penyelenggaraan. Oleh itu, tanpa penyelenggaraan yang

sepatutnya, engsel boleh menjadi terlalu ketat untuk berfungsi, rivet akan melonggar

dan skru menjadi berkarat yang mengakibatkan sesuatu elemen tingkap tidak dapat

berfungsi dengan baik. Rajah 2.4 menunjukkan keretakan pada panel kaca tingkat.

Kerosakan ini boleh mengakiibatkan berlakunya kemalangan yang serius jika tindakan

penyelenggaraan tidak dilakukan segera.

Rajah 2.4: Keretakan pada Panel Kaca Tingkap

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 35: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

17

2.5.5 Kerosakan bangunan pada elemen lantai.

Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen lantai

bawah dan atas bangunan lama adalah seperti permukaan lembap, kemasan retak,

kemasan berlubang, jubin retak dan lain-lain lagi (Abdul Kadir Ishak dan Lakam anak

Mijus, 2004; Durbin, 2005; Purchase, 2009). Berdasarkan data daripada 74 buah

bangunan hasil kajian Chon dan Low (2006) menunjukkan bahawa sembilan jenis

kerosakan yang berlaku pada elemen lantai bangunan. Antaranya adalah keretakan,

jubin delamination, keadaan jubin tidak rata, jubin berubah warna, sumbing, kemasan

berlubang, kemasan retak, berlumut dan terdapat resapan air pada lantai bangunan.

Menurut Azlan Shah Ali (2013) menjelaskan kerosakan pada jubin tertanggal

akibat daripada kualiti pembinaan yang rendah. Ini kerana, kesilapan pembinaan dalam

menyediakan permukaan lantai bangunan yang tidak mengikut spesifikasi boleh

melemahkan kekuatan ikatan antara lapisan kalis air dengan substrat mengakibatkan

kelemahan pada ikatan jubin. Rajah 2.5 menunjukkan kerosakan pada jubin lantai.

Rajah 2.5: Kerosakan pada Jubin Lantai

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 36: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

18

2.5.6 Kerosakan bangunan pada elemen tangga.

Terdapat dua jenis perbezaan pembinaan elemen tangga pada bangunan lama.

Antaranya adalah pembinaan elemen tangga menggunakan kayu dan konkrit

bertetulang. Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen tangga

kayu adalah seperti kerangka kayu mereput, serangan serangga, bentuk berubah, jejak

rosak dan lain-lain (Faulding dan Thomas, 2000; Siti Norlizaiha Harun, 2002a; Rusdi

Baharan, 2009).

Pembinaan elemen tangga menggunakan konkrit bertetulang terdedah kepada

kerosakan berpunca daripada kerosakan konkrit pada struktur tangga. Kerosakan

konkrit pada elemen tangga lazimnya dijumpai di bangunan yang lama. Antara

kerosakan yang dialami adalah keretakan dan lapisan konkrit terbuka (Spalling) yang

berpunca dari pergerakan berlebihan struktur bangunan, pergerakan tanah yang tidak

diingini, kelemahan struktur akibat pengaratan besi keluli, kerosakan yang disebabkan

oleh kemalangan, kesilapan dalam pembinaan, dan lain-lain. (Building Rehab Info

Net, 2014). Rajah 2.6 menunjukkan elemen tangga mengalami kerosakan konkrit.

Rajah 2.6: Kerosakan Konkrit pada Elemen Tangga

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 37: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

19

2.5.7 Kerosakan bangunan pada elemen siling

Kebanyakan daripada elemen siling bangunan sering mengalami masalah

kerosakan bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti kesilapan pembinaan,

cuaca dan alam semula jadi, kelemahan dan kegagalan struktur dan lain-lain lagi.

Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen siling bangunan

lama adalah seperti kesan kelembapan, kerangka kayu mereput, kepingan pecah,

kepingan hilang dan lain-lain lagi (Abdul Hakim Abdul Rahman, 2009; Boon, 2009;

Hock, 2009).

2.5.8 Kerosakan bangunan pada elemen bumbung

Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen bumbung

bangunan lama adalah seperti kerangka kayu mereput, genting pecah, genting hilang,

permukaan merosot dan lain-lain lagi (Rahmah Enche’ Yusop, 2009; Shaari Saud,

2009; Shahruddin Shabri, 2009). Rajah 2.7 menunjukkan kesan kebocoran bumbung

kepada siling.

Rajah 2.7: Kerosakan Siling Akibat dari Kebocoran Bumbung

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 38: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

20

2.5.9 Kerosakan bangunan pada elemen kemudahan bangunan.

Kebanyakan daripada elemen kemudahan bangunan lama lazimnya mengalami

masalah kerosakan bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti biologikal dan

kemikal, kelemahan dan kegagalan struktur, kesilapan pembinaan dan lain-lain lagi.

Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen kemudahan

bangunan lama adalah seperti tangki air bocor, penyambungan paip bocor, paip

bekalan air rosak, sistem mekanikal dan elektrik rosak, perkakasan pencegahan

kebakaran tidak berfungsi dan lain-lain lagi (Richardson, 2000; Hafizah Yakub, 2003;

A Ghafar Ahmad, 2008).

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Chong dan Low (2006), lima jenis

kerosakan mengenai kerja mekanikal dan elektrik iaitu penyaman udara termasuk

saluran, pemasangan lampu, sensor eloktronik, dan unsur-unsur pemanasan.

Kegagalan fius atau pemutus litar, kebocoran litar bumi dan pengagihan sumber

elektrik yang tidak sekata boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem elektrik

(Building Rehab Info Net, 2014). Rajah 2.8 memaparkan keadaan sistem elektrik yang

tidak diselenggara dengan baik yang boleh memberi ancaman keselamatan kepada

pengguna bangunan.

Rajah 2.8: Kerosakan pada Komponen Elektrik

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 39: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

21

2.5.10 Kerosakan bangunan pada lain-lain elemen.

Menurut Kamarul Syahril (2011), kebanyakan daripada lain-lain elemen yang

terdapat pada bangunan lama seperti elemen asas bangunan, tiang, rasuk, gerbang,

bumbung rata, longkang dan lain-lain lagi sering mengalami masalah kerosakan

bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti kelemahan dan kegagalan

struktur, cuaca dan alam semula jadi, botani dan lain-lain lagi. Antara jenis kerosakan

bangunan yang sering berlaku pada lain-lain elemen bangunan lama ialah seperti asas

rosak, tiang rosak, rasuk rosak dan lain-lain lagi (Young, 1998; Singh, 2000; Mohd

Zobir Hussein et al., 2004). Rajah 2.9 memaparkan keadaan kerosakan rasuk utama

bangunan akibat daripada kerosakan konkrit.

Rajah 2.9: Kerosakan Rasuk Utama Bangunan

Sumber: Building Rehab Info Net, 2014

Page 40: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

22

2.6 Definisi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan sebagaimana dinyatakan dalam Kamus Dwibahasa Oxford

Fajar Edisi kedua, (1997), bermaksud “memelihara”, “mempertahankan” atau

“membaiki sesuatu”. Berdasarkan Piawaian British (BS3811) mendefinasikan

penyelengaraan sebagai gabungan semua tindakan pentadbiran teknikal yang

berkaitan bertujuan untuk mengekalkan satu perkara atau mengembalikan kepada

keadaan sesuatu sistem atau elemen bangunan itu boleh melaksanakan fungsi yang

diperlukan oleh pengguna bangunan.

Namun definisi dalam konteks kejuruteraan penyelenggaraan adalah “Kerja

yang dilakukan untuk menjaga atau memulihkan setiap kemudahan, iaitu setiap

bahagian tapak, bangunan dan kandungannya kepada suatu standard yang diterima.”

Institut Bangunan Berkanun menyokong definisi berikut dengan mentakrifkan

“Penyelenggaraan bangunan ialah kerja yang dilakukan untuk menjaga, memulihkan

atau mempertingkatkan setiap kemudahan, iaitu setiap bahagian bangunan,

kemudahan-kemudahannya dan sekitarnya kepada suatu standard yang dipersetujui,

yang ditentukan oleh perseimbangan antara kehendak dengan sumber-sumber yang

ada”. Berdasarkan definisi yang dinyatakan, rumusan bagi penyelenggaraan adalah

meliputi:

a. Kerja- kerja yang berkaitan untuk memastikan bahagian bangunan dan

kemudahan bangunan berfungsi dengan sempurna.

b. Meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pngguna dan penghuni

bangunan melalui peningkatan kerja dan inovasi dalam perkhidmatan

pengurusan.

Page 41: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

23

2.7 Kepentingan Penyelenggaraan

Menurut Zakaria et al. (2002), kepentingan penyelenggaraan bangunan bukan

sahaja untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu sistem atau peralatan tetapi ia juga

mampu mencegah sebarang kemalangan atau penyakit dari berlaku. Oleh itu

penyelenggaraan bangunan harus meliputi ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh

bagi menjamin keselamatan pengguna.

Hasnan Abdullah (1994) menyatakan bahawa punca kerosakan adalah

disebabkan kurangnya penyelenggaraan. Apabila berlakunya kerosakan, nilai seuatu

perkhidmatan akan berkurang dan kos pembaikan meningkat. Manakala menurut

Vasuki dan Haryati (2011), kepentingan sistem penyelenggaraan bangunan bagi:

I. Pengekalan fungsi dan prestasi asal bangunan

II. Pengekalan nilai aset bangunan

III. Pengekalan imej dan reka bentuk bangunan

IV. Pengekalan aspek-aspek keselamatan dan keselesaan.

Oleh yang demikian, penyelenggaraan penting bagi mengelakkan berlakunya

kerosakkan, menjamin nilai sesuatu perkhidmatan dan mengurangkan kos pembaikan.

(Ahmad Ramly, 2004)

2.8 Kategori Penyelenggaraan

Penyelenggaraan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu penyelenggaraan

pencegahan, penyelenggaraan rutin dan penyelenggaraan kecemasan. Tiga jenis

penyelenggaraan ini telah diklasifikasikan kepada penyelenggaraan terancang dan

tidak terancang (Shukri, 2013).

Page 42: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

24

Rajah 2.10 adalah berdasarkan rujukan kepada (Barrie Chanter and Peter

Swallow, 2007), rumusan kepada jenis penyelenggaraan mengikut kategori terancang

dan tidak terancang.

Rajah 2.10 : Jenis Penyelenggaraan

(Sumber: Barrie Chanter and Peter Swallow, 2007)

2.8.1 Penyelenggaraan Terancang

Penyelenggaraan terancang melibatkan kerja penyelenggaraan yang dilakukan

berdasarkan program pemeriksaan yang berkala dan penjadualan perancangan yang

telah diatur bagi menepati polisi dan kehendak penyelenggaraan sesebuah bangunan.

Penyelenggaraan

Penyelenggaraan

Terancang

Penyelenggaraan

Tidak Terancang

Penyelenggaraan

Pencegahan

Penyelenggaraan

Berjadual

Penyelenggaraan

Berdasarkan

Keadaan

Penyelenggaraan

Pembaikan

(termasuk keadaan

kecemasan)

Penyelenggaraan

Pembaikan

(termasuk keadaan

kecemasan)

Page 43: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

25

Ia merangkumi kerja pembaikan atau tindakan pencegahan untuk mengelakkan

kegagalan yang dijangkakan atau kegagalan yang boleh dielakkan. (Hasnan Abdullah,

1994).

2.8.1.1 Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan pencegahan merangkumi perancangan kerja

penyelenggaraan yang dilaksanakan bagi tujuan pencegahan awal dari berlakunya

kerosakan. Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu :

i. Penyelenggaraan yang Diprogramkan (Secara Berjadual)

Seeley, (1976) menyatakan penyelenggaraan secara berjadual

merupakan kerja-kerja pembaikan dan pembaharuan di mana ia berasaskan

kepada satu jangka masa tertentu, jumlah operasi dan juga jangka hayat. Ia juga

merangkumi pemeriksaan berdasarkan kekerapan penggunanya dan jangka

hayat terhadap elemen-elemen bangunan dan sistem elektrikal dan mekanikal

pada bangunan.

ii. Penyelenggaraan Berdasarkan Keadaan

Penyelenggaraan ini dilakukan setiap kali selepas pemeriksaan

berjadual. Seeley, (1976) menyatakan kerja-kerja pemeriksaan ini memerlukan

laporan yang lengkap beserta gambar-gambar bahagian yang mengalami

kerosakan. Ianya sebagai panduan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang

akan dilakukan dan juga penyelenggaraan di masa hadapan. Pemeriksaan dan

pengawasan dilakukan secara berjadual bagi mengenalpasti kemungkinan

kegagalan fungsi dan sistem pada bangunan. Dengan ini, kerja

penyelenggaraan dapat dirancang lebih awal supaya dapat menyelesaikan

masalah kerosakan pada bangunan yang berkemungkinan akan berlaku pada

masa hadapan.

Page 44: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

26

2.8.1.2 Penyelenggaraan Pembaikan

Penyelenggaraan pembaikan merangkumi kerja-kerja pembaikan dan

pembaharuan dengan menggantikan komponen atau elemen bangunan yang rosak bagi

memulihkan fungsi bangunan. Dalam konteks kejuruteraan, penyelenggaraan

pembaikan merupakan penggantian bahagian-bahagian komponen sebelum komponen

tersebut mencapai jangka hayatnya bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang

lebih serius (Hasnan Abdullah,1994).

2.8.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang

Berdasarkan BS 3811, 1984, penyelenggaraan tidak terancang adalah

merupakan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan tanpa perancangan awal.

Penyelenggaraan tidak terancang juga dikenali sebagai penyelenggaraan kemasan.

Penyelenggaraan ini akan dilakukan apabila berlakunya kerosakan yang tidak dijangka

pada bangunan. Sebagai contoh, bangunan terjejas dan rosak akibat dari bencana alam,

kebakaran dan letupan yang berpunca dari kemalangan. Kerja-kerja penyelenggaraan

ini dilakukan bergantung kepada keadaan kerosakkan pada sesebuah bangunan. Oleh

itu, kerja-kerja penyelenggaraan tidak terancang tidak dapat dilaksanakan dengan teliti

berbanding kerja-kerja penyelenggaraan terancang. Malahan, ia akan menimbulkan

gangguan kepada pengguna bangunan dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi

(Hasnan Abdullah, 1994).

Page 45: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

27

2.9 Aliran Penyelenggaraan

Penyelenggaraan terbahagi kepada dua kategori iaitu penyelenggaraan

terancang dan tidak terancang. Berdasarkan dua kategori penyelenggaraan ini,

pemilihan jenis penyelenggaraan akan dibuat bagi menjalankan tindakan terhadap

kerosakan yang telah berlaku atau mungkin akan berlaku.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan terancang dilakukan apabila skop kerja-

kerja penyelenggaraan telah diatur berdasarkan pemeriksaan kerosakan terhadap

elemen bangunan. Sekiranya berlaku kerosakan pada elemen dan komponen

bangunan, maka penyelenggaraan pembaikan akan dijalankan. Seandainya tidak

berlaku sebarang kerosakan, kerja-kerja penyelenggaraan secara mencegah akan

dilakukan bagi mengekalkan kehendak fungsi sesebuah elemen bangunan tersebut.

Apabila kerja–kerja penyelenggaraan mencegah dapat dikenalpasti berdasarkan

kerosakan yang dialami, maka penyelenggaraan berkala akan dilaksanakan bagi

memastikan keadaan elemen dan komponen bangunan sentiasa berfungsi dengan baik.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan yang tidak terancang dilakukan terhadap

kerosakan yang tidak dijangka. Sekiranya kerosakan yang berlaku tidak memberi

kesan yang serius kepada pengguna bangunan, penyelenggaraan pembaikan akan

dijalankan. Namun, sekiranya berlaku kerosakan yang boleh mengakibatkan kesan

yang serius, tindakan segera perlu diambil dengan menjalankan penyelenggaraan

kecemasan. Apabila kerja penyelenggaraan kecemasan dikenalpasti, perancangan dan

penyelenggaraan berkala perlu dilaksanakan bagi memastikan kerosakan tidak

berulang. Manakala, bagi penyelenggaraan terhadap kerosakan yang tidak dapat

dijangka memerlukan penyelenggaraan berdasarkan keadaan beserta pemeriksaan

terhadap keadaan bangunan dengan teliti.

Page 46: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

28

Rajah 2.11 menunjukkan aliran kerja penyelenggaraan bangunan seperti yang

diterangkan.

Rajah 2.11: Aliran Kerja Penyelenggaraan Bangunan

(Sumber: Barrie Chanter and Peter Swallow, 2007)

YA TIDAK

TIDAK

TIDAK YA

YA

Penyelenggaraan

Terancang

Penyelenggaraan

Tidak Terancang

Penyelenggaraan

Pembaikan

Penyelenggaraan

Kecemasan

Penyelenggaraan

Pencegahan

Penyelenggaraan

Berdasarkan

Keadaan

Penyelenggaraan

Berjadual

Adakah tugas

dirancang?

Adakah tugas

harus

disegerakan?

Adakah

terdapatnya

kerosakan?

Adakah skop

dikenalpasti?

TIDAK YA

Page 47: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

29

2.10 Pengurusan Penyelenggaraan

Pengurusan penyelenggaraan merupakan satu sistem pengurusan bagi

mengurus, mengatur dan merancang kerja-kerja penyelenggaraan supaya sistem

penyelenggaraan lebih teratur mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Fairuz Ikmal

(2005), mendefinisikan pengurusan penyelenggaraan adalah aktiviti-aktiviti yang

dilakukan bagi mengekalkan dan mengawal produk binaan atau bangunan agar

sentiasa dalam keadaan kukuh, utuh, teguh serta dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Manakala, menurut Robert Klinoff, (2003) menyatakan kitaran pengurusan

penyelenggaraan dapat memastikan matlamat dicapai melalui prinsip-prinsip

perngurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.

Pengurusan penyelenggraaan dapat disimpulkan sebagai satu kombinasi aktiviti-

aktiviti teknikal dan pentadbiran yang dilaksanakan bagi menjalankan kerja-kerja

penyelenggaraan. Menurut Dhillon (1987), terdapat beberapa elemen penting dalam

memastikan perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan itu efektif. Antara elemen

tersebut adalah seperti berikut:

I. Polisi Penyelenggaraan

Dalam perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan, polisi penting bagi

memberi panduan dan halatuju pengurusan penyelenggaraan dalam mencapai

matlamat yang ditetapkan. Miles dan Sygga (1987) berpendapat bahawa polisi

penyelenggaraan harus dibentuk sebelum kerja penyelenggaraan bangunan

dilaksanakan. Barrie Chanter dan Peter Swallow (2007) menyatakan terdapat beberapa

elemen penting dalam pengurusan penyelenggaraan yang memerlukan kenyataan

polisi. Antaranya adalah penerapan polisi penyelenggaraan terhadap sesebuah

organisasi pengurusan penyelenggaraan bangunan. Secara umumnya, dalam mencapai

matlamat pengurusan penyelenggaraan memerlukan perincian polisi yang jelas.

Page 48: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

30

II. Struktur Organisasi penyelenggaraan

Organisasi penyelenggaraan berperanan penting dalam melaksanakan kerja-

kerja penyelenggaraan bangunan. Menurut Hasnan Abdullah (1994) menyatakan jenis

organisasi penyelenggaraan yang ditubuhkan bergantung kepada fungsi badan induk

dan tanggungjawab yang diperuntukkan kepada organisasi penyelenggaraan. Oleh itu,

Hasnan Abdullah (1994) telah menyenaraikan enam elemen utama yang dijadikan

sebagai panduan dalam pembentukkan organisasi penyelenggaraan bangunan.

i. Beban kerja penyelenggaraan mengikut usia bangunan.

ii. Beban kerja penyelenggaraan mengikut keluasan bangunan.

iii. Jenis penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan.

iv. Polisi penyelenggaraan bagi sesebuah bangunan.

v. Kehendak penyelenggaraan berdasarkan fungsi bangunan.

vi. Keperluan Staf profesional dalam kerja penyelenggaraan

III. Penyediaan laporan pengurusan

Penyediaan laporan adalah penting bagi sesuatu pengurusan penyelenggaraan.

Tujuan laporan dibuat adalah untuk merekodkan segala perkara penting bagi

membolehkan pihak pengurusan mengalisis dan memperbaiki kelemahan-kelemahan

perkhidmatan pengurusan yang sedia ada. Menurut Azlan Shah Ali, (2013)

menyatakan terdapat empat jenis laporan yang disediakan dalam perkhidmatan

penyelenggaraan iaitu:

i. Laporan Harian: Kegunaan laporan harian adalah untuk semakan

peringkat penyeliaan dan kebiasaannya hanya melibatkan kerja-kerja

penyelenggaraan kecil.

ii. Laporan Mingguan: Laporan yang disediakan oleh penyelia kepada

pegawai pentadbir bagi menyatakan kemajuan dan masalah yang

dihadapi sepanjang minggu.

iii. Laporan Bulanan: Melaporkan status kerja-kerja penyelenggaraan

yang sedang atau dilakukan termasuk masalh yang dihadapi, kos yang

terlibat, bahan dan peralatan yang digunakan.

Page 49: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

31

iv. Laporan Tahunan: Merangkumi peratusan pencapaian projek

termasuk masalah yang dihadapi, keperluan belanjawan, hal ehwal

kakitangan, perancangan untuk tahun berikutnya, program latihan dan

prestasi kerja penyelenggaraan.

IV. Sistem turutan kerja

Sistem ini bertujuan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjalan

dengan teratur. Ianya juga bagi mengelakkan sesuatu kerja penyelengaaraan dilakukan

secara berulang-ulang dan tidak dilaksanakan langsung disebabkan terlepas pandang.

Selain itu, sistem turutan kerja dapat mengelakkan pertambahan kos penyelenggaraan

bangunan.

V. Pengendalian kemudahan dan peralatan

Dalam menguruskan perancangan penyelenggaraan, selain daripada tumpuan

terhadap kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan, skop pengendalian

kemudahan dan penggunaan peralatan juga tidak boleh diabaikan. Ini bertujuan agar

kemudahan dan peralatan tersebut dapat dikendalikan dengan cermat. Menurut Azlan

Shah Ali, (2013) menyatakan segala perkakasan dan peralatan hendaklah disimpan dan

dijaga dengan baik serta direkodkan.

VI. Program pembaikan sistem penyelenggaraan

Menurut Hasnan Abdullah (1994) menyatakan pengurusan penyelenggaraan

mestilah dipertingkatkan melalui program dan khusus bagi pembangunan kemajuan

industri penyelenggaraan. Khusus dan latihan dapat meningkatkan kefahaman dan

kemahiran kakitangan organisasi dalam bidang penyelenggaraan.

Page 50: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

32

2.11 Piawaian Penyelenggaraan Bangunan.

Segala kerja-kerja penyelenggaraan haruslah mematuhi piawaian

penyelenggaraan yang telah ditetapkan. Tujuan penetapan piawaian dalam aktiviti

penyelenggaraan adalah untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan dapat

memenuhi keperluan keselamatan, keselesaan, kesihatan dan kepuasan pengguna atau

penghuni bangunan. Pada dasarnya, tiada piawaian yang seragam bagi semua

bangunan di Malaysia, namun aktiviti penyelenggaraan merupakan perkara yang harus

dilaksanakan pada setiap bangunan (Azlan Shah Ali, 2013). Penetapan konsep sesuatu

piawaian penyelenggaraan ini selalunya merujuk kepada fungsi dan usia sesebuah

bangunan tersebut. Berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan, kerja-kerja

penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan meminimumkan kos penyelenggaraan

dan memaksimumkan sumber yang sedia ada.

Azlan Shah Ali, (2013) merumuskan kepentingan mencapai sesuatu piawaian

dalam kerja penyelenggaraan adalah bagi memenuhi keperluan dan ciri-ciri berikut:

i. Mengekalkan nilai aset bangunan.

ii. Mengekalkan fungsi dan prestasi asal bangunan

iii. Mengekalkan aspek keselamatan dan keselesaan

2.12 Pemeriksaan Terhadap Kerosakan Bangunan

Kerja pemeriksaan perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis kerosakan

bangunan yang berlaku dan seterusnya menjalankan kerja tindakan susulan untuk

merawat kerosakan bagi menjamin sesebuah bangunan tersebut selamat diduduki dan

sentiasa berada dalam keadaan baik (Atkinson, 2000).

Page 51: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

33

Spada (2002), mendefinisikan pemeriksaan bangunan sebagai pemeriksaan

dan pemerhatian ke atas ruang luaran dan dalaman sesebuah bangunan termasuklah

asas, struktur dan sistem mekanikal untuk mengenalpasti terdapatnya sebarang

kerosakan pada elemen dan komponen bangunan. Sementara itu, merujuk kepada

Hollis (2004) telah mendefinisikan pemeriksaan bangunan sebagai pemeriksaan

pemeriksaan dan penyiasatan terhadap pembinaan dan kemudahan bangunan yang ada

pada sesebuah hartanah dengan cukup terperinci bagi membolehkan juruukur memberi

khidmat nasihat berkaitan pelbagai masalah yang berlaku pada komponen bangunan

berkenaan.

Merujuk kepada Azlan Shah Ali, (2013) menyatakan kepentingan menjalankan

pemeriksaan kerosakan bangunan adalah untuk memberi maklumat yang cukup untuk

digunakan dalam perancangan penyelenggaraan dan penilaian kaedah yang sesuai

untuk membaiki kerosakan. Oleh itu, tujuan melaksanakan pemeriksaan bangunan

bagi mengenalpasti kerosakan penting dalam pengurusan penyelenggaraan. Ahmad

Ramly (2004) dan Hollis (2004) merumuskan tujuan utama pemeriksaan bangunan

adalah untuk:

i. Memenuhi keperluan bangunan tersebut yang tidak dapat dielak dari

mengalami sebarang masalah kerosakan bangunan.

ii. Mengenal pasti jenis kerosakan bangunan yang berlaku pada sesebuah

bangunan dan memberikan khidmat nasihat mengenai kesan dan

akibatnya.

iii. Mengurus dan menyelaras kerja yang berkaitan dengan pemeriksaan,

penyelenggaraan dan pembaikan bangunan.

iv. Mengesahkan keupayaan sesuatu peralatan kemudahan bangunan sama

ada ianya berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

v. Menentukan sama ada bangunan tersebut mematuhi piawai

perundangan seperti undang-undang dan garis panduan yang dikuat

kuasakan oleh pihak berkuasa.

Page 52: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

34

2.13 Isu dan cabaran penyelenggaraan bangunan

Terdapat pelbagai aspek yang perlu dilihat sebelum kerja-kerja penyelengaraan

dilakukan ke atas sesebuah bangunan. Perkara ini penting dalam memastikan kerja-

kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan efektif. Menurut

Azlan Shah Ali (2013), isu dan cabaran yang dihadapi bagi melaksanakan kerja-kerja

penyelenggaraan adalah seperti berikut:

I. Peruntukan Dana Yang Tidak Mencukupi.

Sumber kewangan memainkan peranan yang penting bagi memastikan aktiviti

penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tanpa kewangan yang

mencukupi menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak dapat

mencapai piawaian yang dikehendaki. Menurut Azlan Shah Ali (2013) menyatakan

peruntukan dana yang sedikit menyebabkan berlakunya penangguhan kerja-kerja

penyelenggaraan yang boleh mengakibatkan kerosakan yang berlaku menjadi lebih

teruk pada masa akan datang.

II. Kekurangan Kakitangan Dalam Organisasi Penyelenggaraan.

Organisasi penyelenggaraan menghadapi kekurangan kakitangan dalam

melaksanakan kerja penyelenggaraan terhadap sesebuah bangunan. Menurut Azlan

Shah Ali (2013), pihak pengurusan bangunan sering merasakan tidak perlu

menempatkan kakitangan yang ramai di bahagian penyelenggaraan kerana

berpendapat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan hanya dilakukan ketika berlakunya

kerosakan. Keadaan ini menyebabkan banyak kerja penyelenggaraan berkala tidak

dapat dilaksanakan. Sekiranya penyelenggaraan berkala ini dapat dilakukan

sepenuhnya, bahagian penyelenggaraan bangunan dapat mengenalpasti kerosakan

yang berlaku dengan lebih awal.

Page 53: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

35

III. Pengurusan Inventori Penyelenggaraan

Bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan

sempurna dan lancar maka peralatan yang digunakan hendaklah mencukupi dan berada

dalam keadaan baik. Menurut Azlan Shah (2013) menyatakan kegagalan pihak

pengurusan bangunan menguruskan inventori penyelenggaraan menyukarkan kerja-

kerja penyelenggaraan dilakukan terutamanya penyelenggaraan segera yang

melibatkan keselamatan pengguna bangunan. Masalah ini mengakibatkan

penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah

ditetapkan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan.

IV. Pekerja Kurang Mahir

Tidak semua kakitangan dalam organisasi penyelenggaraaan mempunyai

kemahiran dalam setiap kerja-kerja penyelenggaraan. Kekurangan kemahiran pada

kakitangan penyelenggaraan menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan atau

pembaikan yang dilakukan tidak sempurna dan tidak mencapai piawaian yang

sepatutnya (Azlan Shah Ali, 2013). Namun, pendedahan khusus dan latihan mampu

membantu kakitangan meningkatkan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan

bangunan.

V. Reka Bentuk Bangunan

Menurut Azlan Shah Ali (2013), menyatakan reka bentuk bangunan

memainkan peranan penting dalam sesuatu pembinaan bangunan kerana apabila

berlakunya kesilapan pada peringkat mereka bentuk, kemungkinan besar bangunan

yang dibina tersebut mengalami masalah yang serius apabila ianya siap kelak.

Antara masalah reka bentuk yang merumitkan kerja penyelenggaraan adalah seperti

penggunaan bahan binaan yang sukar dicari ganti dan ruang penyelenggaraan yang

terlalu kecil.

Page 54: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

36

VI. Sikap pengguna bangunan

Menurut Azlan Shah Ali (2013) menyatakan sikap pengguna bangunan juga

menyumbangkan kepada masalah-masalah penyelenggaraan. Ini kerana kerosakan

yang sering berlaku pada bangunan akibat dari sikap tidak bertanggungjawab

pengguna yang menggunakan kemudahan – kemudahan dalam bangunan dengan

sesuka hati. Perkara ini amat merugikan kepada pihak pemilik bangunan kerana

perbelanjaan terpaksa dikeluarkan untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut.

2.14 Rumusan

Bab 2 dirumuskan sebagai kajian literatur yang diperolehi melalui sumber

bacaan dari rujuan buku, artikel, jurnal dan laman sesawang. Dalam kajian literatur

ini, penyelidik akan mengenalpasti dengan tepat dan terperinci tentang jangka hayat

bangunan, definisi kerosakan, dan jenis kerosakan yang berlaku pada elemen

bangunan, definisi penyelenggaraan dan kaedah pengurusan penyelenggaraan. Bab 3

akan menerangkan tentang kaedah yang digunakan bagi mengumpul data dan

memperolehi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 55: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

37

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai kaedah penyelidikan yang akan

dilaksanakan dengan lebih jelas dalam proses pengumpulan data bagi mencapai

objektif dan matlamat penyelidikan.

Metodologi penyelidikan adalah satu proses kaedah yang dijalankan

berdasarkan peringkat penyelidikan bagi mendapatkan data dan kaedah pengolahan

data bagi mencapai objektif yang ditetapkan dalam penyelidikan. Antara aspek yang

perlu diambil kira dalam metodologi penyelidikan adalah kaedah dan rekabentuk

penyelidikan, instrument penyelidikan, responden penyelidikan dan kaedah

menganalisis data (Majid, et al., 2006). Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, lima

peringkat penyelidikan dibentuk seperti Rajah 3.1 untuk dijadikan sebagai panduan

perlaksanaan penyelidikan kajian ini.

Page 56: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

38

Peringkat Kedua

Peringkat Ketiga

Peringkat Pertama

Berdasarkan :

Artikel laman web, buku rujukan, tesis dan jurnal.

Objektif Satu : Mengenalpasti kerosakan yang

berlaku pada bangunan lama.

Objektif Dua : Mengenalpasti pengurusan

penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak

pengurusan bangunan terhadap bangunan lama.

Kajian Kes: Bangunan yang berusia lebih 50 tahun

di Alor Setar.

Responden terdiri daripada pihak pengurusan

penyelenggaraan bangunan.

Mengenalpasti masalah dan

tajuk penyelidikan

Menentukan objektif

penyelidikan

Penentuan skop penyelidikan

Kajian Literatur

Kajian literatur dijalankan menggunakan teknik

pembacaan dari sumber-sumber seperti jurnal,

artikel, buku-buku rujukan, laman web dan tesis

yang mempunyai kaitan dengan penyelidikan.

Pengumpulan dan

Penyusunan Data Primer

Pengumpulan data dilakukan melalui dua kaedah

iaitu pemerhatian dan temubual semi struktur.

Data yang diperolehi melalui:

I. Kaedah Pemerhatian

II. Kaedah Temubual

Analisis Data

Bagi kajian pemerhatian, “likert scale” digunakan

dan data dianalisis menggunakan kaedah skala

likert.

Bagi kajian temubual, data dianalisis dengan

menggunakan statistik frekuensi.

Ulasan dan Perbincangan Data yang dianalisis diulas dalam bentuk Rajah dan

jadual.

Hasil Kajian

Rumusan dilakukan merangkumi matlumat dan

data yang diperoleh dalam penyelidikan.

Kesimpulan dibuat merangkumi keseluruhan

penyelidikan.

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi

Peringkat Keempat

Peringkat Kelima

Page 57: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

39

3.2 Kaedah Penyelidikan

Menurut Dennis et al. (2005), kaedah penyelidikan adalah merupakan kaedah

yang digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan

bidang penyelidikan. Terdapat dua kaedah penyelidikan yang biasanya digunakan

untuk mendapatkan data penyelidikan iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif.

Berikut adalah maklumat tersebut:

I. Kajian Kualitatif

Kajian kualitatif melibatkan penggunaan data kualitatif seperti temuramah,

dokumen-dokumen yang digunakan sepanjang proses dan data yang diperolehi

sepanjang melakukan pemerhatian untuk memahami dan menerangkan

fenomena sosial. Kaedah kajian kualitatif digunakan untuk membantu

penyelidik memahami kajian, sosial dan budaya persekitaran (Dennis et al.,

2005).

II. Kajian Kuantitatif

Kajian kuantitatif digunakan dalam bidang sains untuk mengkaji fenomena

semulajadi. Contohnya, kaedah pemerhatian, ujikaji atau eksperimen makmal

serta kajian yang melibatkan nombor dan matematik. Kajian yang dilakukan

adalah berdasarkan sebilangan sampel yang dipilih bagi dijadikan sebagai

bahan uji kaji. Hasil kajian akan dipaparkan dalam bentuk Rajah atau pun

statistik. (Dennis et al., 2005).

Penyelidikan kajian ini adalah berdasarkan kajian kes yang menggunakan

kaedah penyelidikan kualitatif. Ini kerana kajian yang dijalankan adalah melibatkan

pemerhatian dan penilaian terhadap tahap kerosakan pada bangunan lama. Selain itu,

temubual juga dijalankan ke atas responden yang terlibat dalam penyelenggaraan

bangunan yang dikaji bagi memperolehi data mengenai pengurusan penyelenggaraan

yang dilaksanakan pada bangunan kajian.

Page 58: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

40

Dalam kajian ini, pengumpulan data diperolehi dengan menggunakan kaedah

pemerhatian dan kaedah temubual separa berstruktur. Kaedah pemerhatian digunakan

bagi mencapai objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti kerosakan yang berlaku

pada bangunan lama. Manakala, penggunaan kaedah temubual separa berstruktur

adalah bertujuan mencapai objektif kedua kajian ini iaitu mengenalpasti pengurusan

penyelenggaraan semasa yang dijalankan oleh pihak pengurusan bangunan lama.

3.3 Objektif Pertama Kajian

Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kerosakan yang

berlaku pada bangunan lama. Data dan maklumat kajian bagi objektif pertama

diperolehi melalui kaedah pemerhatian yang dilakukan terhadap kerosakan elemen

bangunan lama. Data dan maklumat yang dikumpul, dianalisis dengan menggunakan

kaedah skala likert bagi mendapatkan keputusan untuk menentukan jenis kerosakan

yang lazim terjadi pada elemen bangunan lama.

3.3.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang paling biasa digunakan dalam kajian

yang berkaitan dengan sains tingkah laku. Menurut C. R. Kothari, (2004) menjelaskan

kaedah pemerhatian menjadi saintifik dalam pengumpulan data maklumat apabila

kaedah ini merangkumi pemeriksaan yang dirancang secara sistematik dan direkodkan

hasil pemeriksaan tersebut. Penggunaan kaedah pemerhatian dalam pengumpulan data

tidak melibatkan responden. Ini kerana pemeriksaan dan pemerhatian terhadap data

kajian dapat dilakukan oleh penyelidik itu sendiri. Dalam kajian ini, penyelidik telah

menggunakan kaedah pemerhatian bagi melakukan pemeriksaan terhadap bangunan

lama untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku.

Page 59: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

41

Ketika menjalankan pengumpulan data terhadap kerosakan pada elemen

bangunan kajian, penyelidik telah menyediakan borang pemeriksaan bangunan bagi

menilai kerosakan yang berlaku pada elemen dan komponen bangunan lama tersebut.

Penyediaan borang pemeriksaan memudahkan penyelidik mengumpul data semasa

penyelidik menjalankan pemerhatian terhadap keadaan bangunan. Borang

pemeriksaan bangunan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mengenai maklumat

bangunan, rujukan skala pemeriksaan fizikal elemen bangunan dan tahap penilaian

kerosakan pada elemen bangunan kajian.

Data maklumat bangunan diperlukan untuk mengenalpasti bangunan yang

dikaji adalah berdasarkan kriteria yang telah digariskan dalam skop kajian

penyelidikan. Berikut adalah maklumat bangunan yang terdapat dalam borang

pemeriksaan bangunan lama:

Perkara 1 : Nama Bangunan

Perkara 2 : Pemilik Bangunan

Perkara 3 : Tahun Binaan

Perkara 4 : Lokasi Bangunan

Perkara 5 : Kegunaan semasa bangunan

Bagi mendapatkan data mengenai kerosakan pada bangunan lama, pemerhatian

yang telah dijalankan terhadap kerosakan bangunan adalah berdasarkan pembahagian

elemen utama bangunan. Antaranya adalah elemen lantai, dinding luar, dinding dalam,

rasuk, tiang, tangga, tingkap pintu dan bumbung bangunan.

Borang pemeriksaan bangunan yang digunakan semasa kajian lapangan

dilengkapi dengan rujukan skala pemeriksaan fizikal elemen bangunan. Penggunaan

skala untuk pemeriksaan fizikal elemen bangunan dalam kajian ini telah dirujuk

dengan penyediaan Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan

oleh Jabatan Kerja Raya. Penyediaan borang pemeriksaan bangunan telah

memudahkan penyelidik menilai tahap kerosakan yang berlaku pada bangunan kajian.

Page 60: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

42

Jadual 3.1 memaparkan maklumat skala bagi menilai tahap kerosakan pada

elemen bangunan.

GRED SKALA

PEMERIKSAAN

RINGKASAN HURAIAN

1 Sangat Baik SB Tiada kerosakan

Keadaan sangat baik

Boleh berfungsi dengan baik

2 Baik B Kerosakan minor

Keadaan baik

Boleh berfungsi dengan baik

3 Sederhana S Kerosakan major

Keadaan sederhana

Masih boleh berfungsi tetapi

perlu dipantau

4 Kritikal K Kerosakan major dan minor

Keadaan kritikal

Tidak berfungsi mengikut tahap

perkhidmatan dipersetujui

5 Sangat Kritikal SK Keadaan sangat kritikal

Tidak dapat berfungsi

Berisiko yang boleh

menyebabkan kecelakaan

Jadual 3. 1 : Tahap Keadaan Fizikal Elemen Bangunan

Sumber: Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan, JKR

Page 61: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

43

3.3.2 Analisis Skala Likert

Kaedah Skala likert yang digunakan di dalam kajian ini adalah bagi

menentukan jumlah skor yang akan diperolehi berdasarkan data dari kajian

pemerhatian terhadap kerosakan elemen bangunan kajian. Menurut Sulaiman (1991),

skor yang selalu digunakan dalam analisis kajian skala likert ialah min. Ini adalah

disebabkan ianya merupakan satu indeks yang lebih stabil jika dibandingkan dengan

mod atau median. Skor min juga melibatkan keseluruhan skor yang terdapat di dalam

sesuatu taburan tersebut (Sulaiman, 1991). Berdasarkan tafsiran berikut, penyelidik

telah mengalisa data kerosakan yang berlaku pada elemen bangunan menggunakan

min untuk mendapatkan purata tahap kerosakan yang berlaku pada lima buah

bangunan kajian. Contoh pengiraan min skor berdasarkan tahap keadaan fizikal lima

buah bangunan kajian dipaparkan pada Jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Pengiraan Min Skor Berdasarkan Tahap Keadaan Fizikal Bagi Kemasan

Elemen Dinding Luar pada Lima Buah Bangunan Kajian.

Pengiraan min skor bagi jadual diatas adalah seperti :

Min skor = Jumlah Keseluruhan

Jumlah Bangunan

= 14

5

= 2.8

Tahap Keadaan

Fizikal Bangunan

Skala Bilangan

Bangunan

Pengiraan Jumlah Jumlah

Sangat Baik 1 0 1x0 0

Baik 2 2 2x2 4

Sederhana 3 2 3x2 6

Kritikal 4 1 4x1 4

Sangat Kritikal 5 0 5x0 0

Jumlah Bangunan 5 Jumlah

Keseluruhan

14

Page 62: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

44

Kemudian, nilai min yang diperolehi akan dikelaskan mengikut julat indeks.

Setiap julat merupakan ukuran taburan mudah bagi sekumpulan data. Ia merupakan

perbezaan nilai yang tertinggi dengan yang terendah dalam sesuatu data (Loh, 1985).

Menurut Sulaiman (1991), penggunaan formula seperti di Rajah 3.3 adalah untuk

mendapatkan julat indeks bagi meringkaskan min-min yang diperolehi supaya dapat

membuat satu kesimpulan analisis.

Rajah 3.2 : Pengiraan Formula untuk Mendapatkan Julat Indeks

Pengiraan julat indeks menggunakan formula adalah seperti berikut :

Min tertinggi = 5.00

Min Terendah = 1.00

Min Perbezaan Skor = Min Skor Tertinggi – Min Skor Terendah

Bilangan Kategori Skala

= 5.00 - 1.00

3

= 1.33

Tahap Kerosakan Julat Indeks

1 Berkeadaan Baik 1.00 ≤ indeks min < 2.33

2 Sederhana Rosak 2.33 ≤ indeks min < 3.67

3 Berkeadaan Kritikal 3.67 ≤ indeks min < 5.00

Jadual 3.3 : Hasil Pengiraan Julat Indeks Statistik Berdasarkan Tahap Kerosakan

JULAT INDEKS = SKALA TERTINGGI – SKALA TERENDAH

BILANGAN KATEGORI SKALA

Page 63: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

45

Berdasarkan kajian ini, penyelidik telah menggunakan formula pengiraan julat

indeks statistik seperti Rajah 3.2 bagi memperolehi tahap kerosakan elemen bangunan.

Keadaan tahap kerosakan pada elemen bangunan akan dianalisis berdasarkan tiga

kategori, antaranya adalah berkeadaan baik dimana tiada kerosakan atau hanya

kerosakan minor pada elemen bangunan. Keadaan sederhana adalah kerosakan major

yang berlaku pada elemen bangunan tetapi masih boleh berfungsi. Akhir sekali, tahap

kerosakan teruk adalah berkeadaan kritikal iaitu kerosakan serius pada elemen

bangunan yang memerlukan pemantauan dari pihak pengurusan penyelenggaraan

bangunan. Kemudian, min skala yang diperolehi telah dikelaskan mengikut julat

indeks yang telah dikira seperti Jadual 3.3.

Data–data yang telah diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian

komputer iaitu Microsoft Office Excel 2013. Hasil kajian penilaian kerosakan bagi

sesuatu elemen untuk lima buah bangunan lama telah dibentangkan dalam bentuk

Graf.

3.4 Objektif Kedua Kajian

Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan

penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap

bangunan lama di Alor Setar. Data dan maklumat kajian bagi objektif kedua diperolehi

melalui kaedah temubual separa berstruktur kepada pihak yang terlibat secara

langsung dalam pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama yang telah

dipilih untuk kajian ini. Data dan maklumat yang dikumpul, dianalisis dengan

menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mendapatkan keputusan hasil

perbincangan mengenai pengurusan penyelenggaraan semasa terhadap bangunan lama

di Alor Setar.

Page 64: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

46

3.4.1 Kaedah Temubual

Terdapat tiga jenis kaedah temubual iaitu temubual formal , temubual tidak

formal dan temubual terbuka . Menurut Merriem ( 1998 ), terdapat tiga jenis temubual

iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak

berstruktur.

Temubual separa berstruktur dijalankan bagi mencapai objektif kedua kajian,

penyediaan borang temu bual separa berstruktur ini bagi memfokuskan ke atas soalan-

soalan berkaitan sistem pengurusan penyelenggaraan. Penyediaan struktur soalan

dalam borang temu bual ini adalah berdasarkan kajian literatur. Struktur soalan

tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A mengandungi soalan berkenaan latar belakang responden iaitu

nama, jawatan, unit/jabatan/kementerian, tanda tangan, tarikh dan masa temubual

dilakukan. Ianya juga bertujuan memudahkan penyelidik menghubungi pihak

responden jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut. Melalui matlumat ini penyelidik

dapat mengenal pasti secara ringkas maklumat berkaitan pihak pengurusan

penyelenggaaraan kajian.

Manakala, soalan-soalan dibahagian B tertumpu kepada objektif yang hendak

dicapai iaitu mengenalpasti kaedah penyelenggaraan semasa yang dijalankan terhadap

bangunan lama. Soalan-soalan yang telah diajukan kepada responden adalah mengenai

amalan pengurusan penyelenggaraan yang merangkumi aktiviti perancangan,

pengaturan, perlaksanaan, pemeriksaan, dan pembaikpulih sistem.

Sebelum penyelidik menjalankan kajian temubual, beberapa perkara penting

telah digariskan dalam temubual bagi menjamin sesi temubual yang dilaksanakan

mencapai objektif kedua kajian. Terdapat beberapa peringkat perlu diberi perhatian

Page 65: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

47

dalam melaksanakan keadah temubual seperti mana dijelaskan oleh Hamidi (2006),

antaranya:

I. Mengenalpasti Pihak-Pihak hendak Ditemubual

Sebelum melaksanakan sesi temubual, pihak-pihak yang terlibat telah dikenal

pasti. Dalam kajian ini responden adalah pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam hal ehwal pengurusan penyelenggaraan bangunan

kajian. Sesi temubual yang telah dijalankan memfokuskan responden yang

terlibat secara langsung dalam pengurusan penyelenggaraan bangunan kajian.

Temubual juga dilaksanakan ke atas pihak JKR sebagai pihak yang

bertanggungjawab dalam hal ehwal kawalselia bangunan kajian.

II. Menjelaskan Objektif Temubual Dilakukan

Memaklumkan kepada pihak responden mengenai tujuan utama sesi temubual

dilakukan. Peringkat ini lebih kepada perbincangan dan soal jawab antara

penyelidik dan pihak responden untuk mendapatkan maklumat kajian.

III. Melaksanakan Temubual

Temubual dilaksankan berpandukan kepada soalan-soalan yang telah dibentuk

dalam borang temubual yang disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan

soalan yang dikemukan memfokuskan kepada skop objektif kajian.

IV. Menilai Hasil Temubual

Temubual yang telah dilakukan akan dinilai melalui pengumpulan dan semasa

analisis data. Ia merupakan proses yang penting dalam menentukan samada

objektif kajian dapat dicapai atau sebaliknya.

Page 66: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

48

3.3.2 Analisis Kandungan

Menurut Burn ( 1985 ) , analisis kandungan sering digunakan dalam kajian

kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan

makna. Analisis kandungan memerlukan sistem pengkodan yang berkaitan dengan

matlamat sesuatu penyelidikan. Analisis kandungan penting untuk mengelaskan

kategori dan ia bukan merupakan aktiviti pengumpulan data untuk membuktikan

hipotesis. Kategori pengkodan harus dijalankan sebaik pengumpulan data pertama

dilakukan. Proses ini memudahkan penyelidik memahami maklumat yang diperolehi

dan menjadi panduan kepadanya untuk menentukan apakah yang harus difokuskan

kepada matlamat seterusnya .

Miles dan Huperman ( 1984 ) menyatakan pengkodan bukanlah sesuatu data

yang telah siap sedia dianalisis tetapi ianya terus menerus sepanjang proses

pengumpulan data. Kategori dan pola data yang diperolehi menjadi bukti kepada

sesuatu persoalan yang dikaji. Analisis boleh dijalankan dari data yang diperolehi

berdasarkan bukti yang terkumpul.

Hasil dari temubual bersama pihak yang terlibat dalam kerja-kerja

penyelenggaraan telah dianalisis dengan merujuk kepada keperluan utama pendekatan

amalan pengurusan penyelenggaraan yang merangkumi aktiviti perancangan

penyelenggaraan, pengaturan kerja penyelenggaraan, perlaksanaan jenis

penyelenggaraan, pemeriksaan atau pemantauan dan pembaikan sistem

penyelenggaraan. Hasil keputusan analisis kajian dipaparkan dalam bentuk jadual.

Page 67: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

49

3.5 Rumusan

Bab 3 menerangkan tentang kaedah yang digunakan bagi mengumpul data dan

memperolehi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam bab ini

juga akan dinyatakan jenis reka bentuk penyelidikan yang digunakan, responden yang

terlibat, prosedur mengumpul data dan kaedah bagi menganalisis data. Bagi bab yang

seterusnya iaitu Bab 4, penyelidik akan memaparkan hasil analisis data bagi kajian

lapangan terhadap lima buah bangunan lama yang terpilih.

Page 68: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

50

BAB 4

ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai hasil analisis pengumpulan data

terhadap lima buah bangunan lama yang terdapat di Bandaraya Alor Setar.

Pemerhatian telah dilakukan terhadap kerosakan yang berlaku pada lima buah

bangunan lama yang berusia lebih 50 tahun. Hasil data yang diperolehi dianalisis untuk

mendapatkan data bagi objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti jenis kerosakan

yang berlaku pada bangunan lama berdasarkan kriteria bangunan lama yang dipilih

untuk kajian ini. Kaedah temubual dilengkapi soalan temubual yang berbentuk separa

berstruktur disediakan untuk menemubual responden yang terlibat secara langsung

dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama yang dipilih dalam kajian ini. Data

yang diperolehi daripada temubual, dianalisis bagi mendapatkan keputusan untuk

objektif kedua kajian iaitu mengenai pengurusan penyelenggaraan semasa yang

dijalankan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap bangunan lama.

Page 69: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

51

4.2 Kaedah Pengumpulan Data

Setelah kajian literatur dianalisis, data-data mengenai penyelenggaraan

terhadap bangunan lama dikumpul dan dianalisis. Hal ini bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti jenis kerosakan yang berlaku pada bangunan lama di Alor

Setar.

2. Mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak

pengurusan bangunan terhadap bangunan lama di Alor Setar.

Bagi mendapatkan data-data lengkap bagi mencapai objektif kajian, data

dikumpul melalui dua kaedah iaitu:

1. Kaedah pemerhatian beserta Borang Pemeriksaan Bangunan dijalankan

terhadap bangunan lama di Alor Setar yang dipilih untuk kajian ini.

2. Temubual separa berstruktur kepada pihak yang terlibat secara langsung

dalam pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama yang telah

dipilih untuk kajian ini.

4.3 Analisis Terhadap Kerosakan pada Bangunan Lama.

Hasil pengumpulan data pemerhatian, data dianalisis bagi mengenalpsati

kerosakan yang dialami pada bangunan lama. Pemerhatian yang dijalankan terhadap

kerosakan pada lima buah bangunan lama di Alor Setar dilengkapi dengan penyediaan

borang pemeriksaan bangunan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rujukan skala

pemeriksaan fizikal elemen bangunan, maklumat mengenai bangunan yang dikaji, dan

penilaian tahap kerosakan elemen bangunan.

Page 70: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

52

Pemerhatian yang dijalankan terhadap kerosakan pada elemen bangunan kajian

adalah berdasarkan penggunaan skala. Penggunaan skala untuk pemeriksaan fizikal

elemen bangunan dalam kajian ini telah dirujuk dengan penyediaan Garis Panduan

Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan oleh Jabatan Kerja Raya seperti dalam

Jadual 3.1.

Kajian pemerhatian terhadap kerosakan elemen bangunan yang telah

dijalankan adalah berdasarkan bangunan yang telah dipilih dengan kriteria yang telah

digariskan pada awalan kajian. Jadual 4.1 adalah maklumat bangunan yang telah

dipilih untuk kajian ini.

No. Nama Bangunan Pemilik

Bangunan

Tahun

Binaan

Kegunaan Semasa

Bangunan

1. Bangunan Wisma

Negeri Kedah

Kerajaan Negeri

Kedah

1929 Bangunan Pejabat:

1. Pejabat Tanah Dan

Galian

2. Pejabat Perbendaraan

Dan Audit

3. Pejabat Daerah Kota

Setar

2. Bangunan Wan

Muhammad Saman

Kerajaan Negeri

Kedah

1941 Bangunan Pejabat:

1. Pejabat Majlis Agama

Islam Negeri Kedah

3. Kolej Sultan Abdul

Hamid

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

1915 Bangunan Sekolah

Menengah

4. Bangunan Majlis

Bandaraya Alor

Setar

Majlis Bandaraya

Alor Setar

(MBAS)

1958 Bangunan Pejabat:

1. Pejabat Majlis

Bandaraya Alor Setar

5. Bangunan

Persekutuan Alor

Setar

Jabatan Perdana

Menteri

1964 Bangunan Pejabat:

1. Pejabat Bahagian

Selenggara Persekutuan

Negeri (JKR)

2. Pejabat Suruhanjaya

Pencegah Rasuah

Malaysia Kedah

3. Pejabat Jabatan

Penerangan (Pusat

Maklumat Rakyat)

Jadual 4.1: Maklumat Bangunan Kajian

Page 71: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

53

Hasil keputusan kajian terhadap kerosakan pada elemen bangunan telah

dianalisis dan diringkaskan dalam bentuk graf. Bagi membentuk analisis ini,

kerosakan pada bangunan adalah mengikut pembahagian elemen bangunan iaitu

berdasarkan 9 elemen utama bangunan. Antaranya adalah:

i. Kerosakan bangunan pada elemen lantai

ii. Kerosakan bangunan pada elemen dinding luar

iii. Kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.

iv. Kerosakan bangunan pada elemen rasuk

v. Kerosakan bangunan pada elemen tiang

vi. Kerosakan bangunan pada elemen tangga

vii. Kerosakan bangunan pada elemen tingkap

viii. Kerosakan bangunan pada elemen pintu

ix. Kerosakan bangunan pada elemen bumbung

Berdasarkan pada elemen bangunan, penilaian dibuat bagi mengenalpasti tahap

fizikal keadaan bangunan lama. Hasil pengiraan purata tahap fizikal keadaan bangunan

lama dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu keadaan baik dimana tiada kerosakan atau

hanya kerosakan minor pada elemen bangunan, keadaan sederhana adalah kerosakan

major yang berlaku pada elemen bangunan tetapi masih boleh berfungsi dan keadaan

kritikal adalah kerosakan serius pada elemen bangunan yang memerlukan pemantauan

dari pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan seperti pada Jadual 3.3. Purata

penilaian tahap kerosakan bagi sesuatu elemen untuk lima buah bangunan lama

diringkaskan dalam bentuk graf.

Page 72: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

54

4.3.1 Analisis Kerosakan Lantai pada Bangunan Lama

Analisis kerosakan elemen lantai bangunan dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu kerosakan kepada struktur lantai dan kerosakan kemasan pada lantai. Berdasarkan

purata untuk lima buah bangunan lama yang dikaji, purata bagi struktur lantai adalah

pada tahap satu dimana tahap fizikal lantai untuk kelima-lima buah bangunan lama

adalah baik. Hasil dari kajian ini, didapati kesemua bangunan lama yang dikaji

menggunakan bahan konkrit sebagai bahan binaan untuk lantai.

Rajah 4.1: Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Lantai

Berdasarkan Rajah 4.1, purata tahap kerosakan fizikal kemasan lantai pada

lima buah bangunan lama yang dikaji adalah (2.4). Purata ini telah diparaskan pada

bahagian sederhana rosak. Kebanyakkan bangunan lama yang dikaji mengalami

masalah keretakkan kecil pada bahagian kemasan lantai. Secara keseluruhannya,

purata bagi kemasan lantai untuk kelima-lima buah bangunan lama adalah pada tahap

sederhana rosak. Namun begitu, hasil kajian telah mendapati kerosakan kemasan lantai

yang kritikal pada Bangunan Wisma Negeri Kedah. Hasil kajian lapangan mendapati

bahawa kemasan lantai bagi Bangunan Wisma Negeri Kedah mengalami kerosakan

pada jubin lantai tertanggal dan retak.

1

2.4

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Struktur Lantai Kemasan

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN LANTAI

Sederhana

Kritikal

Page 73: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

55

Berdasarkan Rajah 4.2 memaparkan keadaan fizikal kerosakan pada kemasan

lantai di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Manakala Rajah 4.3 memaparkan keadaan

jubin retak di Bangunan Majlis Bandaraya Alor Setar. Kerosakan yang berlaku adalah

disebabkan kurangnya penyelenggaraan pada bangunan.

Rajah 4.2: Kerosakan Jubin Tertanggal

Rajah 4.3: Keretakan pada Jubin

Page 74: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

56

4.3.2 Analisis Kerosakan Dinding Luar pada Bangunan Lama

Analisis kerosakan dinding luar dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

kerosakan pada struktur dinding luar dan kemasan pada dinding luar. Dalam kajian

lapangan ini, kesemua struktur dinding luar pada bangunan yang diselidik berada

dalam keadaan baik dengan jumlah purata adalah satu berdasarkan Rajah 4.4.

Keseluruhan bangunan lama yang dikaji tidak mengalami masalah kerosakan pada

struktur dinding luar bangunan. Berdasarkan hasil pemeriksaan pada bangunan lama,

didapati kesemua bangunan lama menggunakan bata sebagai bahan struktur dinding

luar bangunan dan tiada mendapan yang berlaku pada tapak bangunan lama membuat

struktur bangunan lama masih dalam keadaaan baik dan kukuh.

Rajah 4.4: Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Luar

Namun begitu, keadaan tahap fizikal kemasan bagi dinding luar bangunan

secara puratanya adalah (2.8) iaitu pada tahap sederhana rosak. Daripada hasil

pemerhatian pada dinding luar bangunan, kebanyakkan bangunan lama yang dikaji

mengalami masalah permukaan dinding yang berlumut dan kemasan cat yang

mengelupas. Kerosakan seperti ini pada kemasan dinding luar bangunan

mengakibatkan bangunan lama kelihatan usang. Selain permukaan yang kotor, dinding

luar pada bangunan lama juga mengalami masalah lepaan tetanggal dan keretakan.

1

2.8

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Struktur Dinding Luar Kemasan

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN DINDING LUAR

Sederhana

Kritikal

Page 75: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

57

Hasil dari pemerhatian, didapati kerosakan teruk pada kemasan struktur

dinding luar terutamatanya bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid. Keadaan fizikal

struktur dinding luar bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid masih kukuh tetapi tahap

kemasan bagi dinding luar berada pada tahap kritikal. Ini disebabkan kebanyakkan

dinding luar bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid mengalami masalah lepaan

tertanggal dan retak. Rajah 4.5 memaparkan keadaan semasa kemasan lepaan pada

bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid. Kerosakan yang berlaku adalah disebabkan

perbuatan manusia. Faktor usia bangunan juga mengakibatkan kemasan pada

Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid kelihatan teruk.

Berdasarkan hasil kajian, didapati terdapat beberapa bahagian dinding luar

yang mengalami masalah permukaan berlumut dan kemasan cat mengelupas. Rajah

4.6 menunjukkan tahap kerosakan kemasan pada dinding luar bangunan Wan

Muhammad Saman. Kerosakan yang berlaku disebabkan kurangnya penyelenggaraan

pada bangunan Wan Muhammad Saman.

Rajah 4.5: Kemasan Lepaan pada

Dinding Luar Tetanggal

Rajah 4.6: Dinding Luar Berlumut

dan Kemasan Cat Mengelupas

Page 76: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

58

4.3.3 Analisis Kerosakan Dinding Dalam pada Bangunan Lama

Tahap kerosakan dinding dalam dianalisis sama seperti dinding luar bangunan,

dinding dalam bangunan lama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu struktur dinding

dalam dan tahap kemasan dinding dalam bangunan. Hasil dari pemerhatian yang telah

dibuat, didapati keseluruhan struktur dinding dalam pada lima buah bangunan lama

berkeadaan baik. Keseluruhan bangunan lama yang dikaji menggunakan bata sebagai

bahan untuk struktur dinding dalam bangunan. Selain itu, kebanyakkan bangunan yang

dikaji juga menggunakan dinding partisi sebagai dinding dalam bangunan. Hasil

kajian, secara puratanya struktur dinding dalam berada pada tahap satu dimana struktur

dinding dalam berkeadaan baik.

Rajah 4.7: Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Dalam

Analisis untuk elemen dinding dalam bangunan juga dilakukan dengan

meneliti tahap kemasan pada dinding dalam bangunan. Berdasarkan Rajah 4.7,

menunjukkan purata bagi tahap kerosakan kemasan dinding dalam adalah (2.6).

Berdasarkan hasil analisis, menunjukkan tahap fizikal kemasan dinding dalam pada

bangunan lama bagi lima buah bangunan yang dikaji berada pada tahap sederhana

rosak. Kebanyakkan bangunan lama yang dikaji mengalami keretakan kecil dan

permukaan kemasan cat yang mengelupas.

1

2.6

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Struktur Dinding Dalam Kemasan

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN DINDING DALAM

Sederhana

Kritikal

Page 77: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

59

Hasil dari kajian di lapangan, didapati bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid

mengalami kerosakan kritikal pada kemasan bagi dinding dalam bangunan. Ini

disebabkan kebanyakkan dinding dalam bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid

mengalami masalah lepaan tertanggal dan retak. Rajah 4.8 memaparkan keadaan

semasa kemasan lepaan pada bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Rajah 4.8: Lepaan Pada Dinding Dalam Retak dan Tertanggal

Berdasarkan hasil kajian, didapati terdapat beberapa bahagian dinding dalam

yang mengalami masalah permukaan retak dan kemasan cat mengelupas. Rajah 4.9

menunjukkan tahap kerosakan kemasan pada dinding dalam di Bangunan Majlis

Bandaraya Alor Setar.

Rajah 4.9: Keretakan pada Lepaan Dinding Dalam

Page 78: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

60

4.3.4 Analisis Kerosakan Rasuk pada Bangunan Lama

Berdasarkan hasil pemerhatian kajian lapangan, keseluruhan struktur rasuk

pada bangunan lama diperbuat daripada bahan konkrit. Analisis tahap kerosakan

elemen rasuk dilaksanakan berdasarkan keadaan fizikal struktur rasuk dan kemasan

pada rasuk. Berdasarkan Rajah 4.10, didapati purata bagi tahap fizikal keadaan struktur

rasuk adalah (1.4). Secara keseluruhannya, struktur rasuk pada kelima-lima bangunan

berkeadaan baik dan masih berfungsi untuk menerima beban dari bangunan. Namun

begitu, didapati struktur rasuk di sebuah bangunan lama kajian mengalami keretakan

pada struktur yang memerlukan pemantauan dari pihak pengurusan bangunan.

Rajah 4.10: Graf Purata Tahap Kerosakan Rasuk

Manakala, berdasarkan kajian lapangan, didapati keadaan fizikal kemasan

rasuk bagi lima buah bangunan yang dikaji berada dalam keadaan sederhana rosak.

Berdasarkan analisis, Rajah 4.10 menunjukkan purata tahap kerosakan fizikal kemasan

adalah (2.4) iaitu melebihi (2.33) yang berada pada tahap sederhana rosak.

Kebanyakkan keadaan fizikal kemasan rasuk pada bangunan lama yang dikaji

mengalami masalah pada permukaan rasuk yang berlumut dan kemasan cat yang

mengelupas.

1.4

2.4

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Struktur Rasuk Kemasan

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN RASUK

Sederhana

Kritikal

Page 79: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

61

Berdasarkan pemerhatian kajian lapangan, terdapat keretakan struktur rasuk di

Bangunan Persekutuan Alor Setar. Berdasarkan Rajah 4.11 menunjukkan keadaan

fizikal struktur rasuk pada rumah penyaman udara di Bangunan Persekutuan Alor

Setar. Keretakan pada rasuk di bilik sistem penyaman udara di Bangunan Persekutuan

Alor Setar adalah disebabkan kesilapan pembinaan.

Berdasarkan kajian lapangan, kebanyakkan bangunan lama yang dikaji

mengalami masalah keretakan lepaan pada struktur rasuk bangunan. Rajah 4.12

menunjukkan tahap kerosakan kemasan pada rasuk di Bangunan Wan Muhammad

Saman. Lepaan yang retak pada struktur rasuk adalah disebabkan kesilapan

pembinaan.

Rajah 4.11: Keretakan pada Struktur

Rasuk

Rajah 4.12: Keretakan Lepaan

pada Struktur Rasuk

Page 80: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

62

4.3.5 Analisis Kerosakan Tiang pada Bangunan Lama

Berdasarkan kajian lapangan, keseluruhan struktur tiang pada bangunan lama

diperbuat daripada bahan konkrit. Hasil dari kajian, tahap kerosakan tiang dianalisis

berdasarkan dua elemen iaitu struktur tiang dan kemasan pada tiang. Berdasarkan

Rajah 4.13, didapati purata bagi tahap fizikal keadaan struktur rasuk adalah (1.0).

Secara keseluruhannya, struktur tiang pada kelima-lima bangunan berkeadaan baik

dan masih berfungsi sebagai penerima dan pengagihan beban dari bangunan.

Rajah 4.13: Graf Purata Tahap Kerosakan Tiang

Manakala merujuk kepada Rajah 4.13, tahap keadaan fizikal kemasan tiang

bagi lima buah bangunan lama yang dikaji secara puratanya adalah (2.6). Purata tahap

kemasan tiang adalah berada pada tahap sederhana rosak. Ini kerana, berdasarkan

pemerhatian pada bangunan lama yang dikaji, didapati elemen tiang pada bangunan

lama mengalami masalah pengelupasan lapisan cat dan berlakunya kelembapan pada

elemen mengakibatkan tumbuh tumbuhan kecil pada elemen tiang. Kerosakan ini

secara amnya tidak menggangu sistem struktur kerana kerosakan ini umumnya telah

menjejaskan penampilan bangunan lama dari sudut estetik perrmukaan tiang bangunan

lama.

1

2.6

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Struktur Tiang Kemasan

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN TIANG

Sederhana

Kritikal

Page 81: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

63

Berdasarkan pemerhatian kajian lapangan, didapati terdapat pengelupasan

lapisan cat pada elemen tiang dan terdapat tumbuhan menjalar tumbuh pada elemen

tiang bangunan di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Berdasarkan Rajah 4.14

menunjukkan keadaan fizikal kemasan permukaan tiang di Bangunan Wisma Negeri

Kedah. Kerosakan ini berlaku akibat kurang penyelenggaraan pada bangunan.

Rajah 4.14: Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan

Berdasarkan Rajah 4.15 menunjukkan keadaan fizikal kemasan permukaan

tiang di Bangunan Dewan Kolej Sultan Abdul Hamid. Kerosakan ini berlaku akibat

kurang penyelenggaraan pada bangunan.

Rajah 4.15: Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan

Page 82: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

64

4.3.6 Analisis Kerosakan Tangga pada Bangunan Lama

Analisis untuk kerosakan elemen tangga dibahagikan kepada tiga bahagian

utama tangga iaitu struktur tangga, kemasan pada tangga dan susur tangan.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, didapati lima buah bangunan lama

yang dikaji menggunakan tangga konkrit. Terdapat juga penggunaan tangga kayu pada

bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid dan bangunan Wisma Negeri Kedah. Hasil kajian

mendapati terdapat kerosakan kritikal pada struktur tangga di bangunan Wisma Negeri

Kedah. Rajah 4.16 menunjukkan purata bagi kerosakan tangga bagi kelima-lima buah

bangunan lama adalah (1.4), dimana secara keseluruhannya, struktur tangga pada

bangunan lama yang dikaji masih dalam keadaan baik.

Rajah 4.16: Graf Purata Tahap Kerosakan Tangga

Merujuk kepada Rajah 4.16, purata keadaan tahap fizikal kemasan pada tangga

adalah (2.2). Berdasarkan pemerhatian terhadap elemen tangga, didapati tiada

kerosakan major pada kemasan tangga. Struktur tangga pada bahagian luar bangunan

didapati kotor dan berlumut. Manakala, bahagian susur tangan pada struktur tangga

secara puratanya dalam keadaan baik iaitu (1.4). Hasil kajian mendapati tiada

kerosakan major pada susur tangan untuk elemen tangga. Susur tangan kelihatan pudar

dari segi kemasan dan berkarat.

1.4

2.2

1.4

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Struktur Tangga Kemasan Susur Tangan

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN TANGGA

Sederhana

Kritikal

Page 83: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

65

Berdasarkan pemerhatian kajian lapangan, didapati struktur tangga konkrit

bertetulang pada bangunan Wisma Negeri Kedah mengalami keretakan dan lapisan

konkrit terbuka (Spalling). Kerosakan struktur tangga yang dialami adalah pada tahap

kritikal dan memerlukan pemantauan dari pihak pengurusan bangunan. Rajah 4.17

menunjukkan keadaan fizikal struktur tangga yang mengalami kerosakan di Bangunan

Wisma Negeri Kedah. Kerosakan yang berlaku adalah disebabkan kesilapan

pembinaan. Disamping itu, usia bangunan juga menjadi faktor kerosakan pada lapisan

struktur konkrit.

Rajah 4.17: Lapisan Konkrit Terbuka (Spalling) pada Struktur Tangga

Page 84: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

66

4.3.7 Analisis Kerosakan Tingkap pada Bangunan Lama

Kajian pemerhatian yang dijalankan pada elemen tingkap adalah berdasarkan

komponen utama tingkap seperti bingkai tingkap, panel tingkap dan komponen besi

tingkap. Hasil kajian mendapati lima bangunan lama yang dikaji menggunakan

bingkai kayu dan aluminium pada elemen tingkap. Rajah 4.18 menunjukkan purata

tahap kerosakan bingkai tingkap adalah (2.2). Secara kesuluruhannya keadaan tahap

fizikal bingkai tingkap adalah baik. Hasil pemerhatian mendapati bahawa tiada

kerosakan major pada bingkai tingkap. Kerosakan yang dialami adalah pengelupasan

lapisan cat pada bingkai tingkap dan berkarat.

Rajah 4.18: Purata Tahap Kerosakan Tingkap

Rajah 4.18 menunjukkan purata bagi komponen panel tingkap adalah (2.6).

Berdasarkan pemerhatian terhadap elemen tingkap pada lima buah bangunan lama

yang dikaji, panel tingkap diperbuat daripada kaca. Hasil kajian didapati, kerosakan

yang dialami pada panel tingkap kaca adalah keretakan kecil, pecah dan panel tingkap

tertanggal dari bingkai. Dua buah bangunan lama yang dikaji mengalami masalah pada

panel tingkap. Secara keseluruhannya, keadaan fizikal panel tingkap adalah sederhana

rosak.

2.22.6

2.4

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Bingkai Panel Komponen besitingkap

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN TINGKAP

Sederhana

Kritikal

Page 85: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

67

Elemen tetingkap aluminium melibatkan pemasangan sebilangan komponen

besi seperti rivet, skru, engsel, gasket, dan menetapkan kekisi. Berdasarkan Rajah 4.18

mendapati purata tahap keadaan fizikal komponen besi tingkap adalah sederhana

rosak. Hasil kajian mendapati bahawa sesetengah komponen besi tingkap pada lima

buah bangunan lama yang dikaji tidak berfungsi dengan baik dan keadaaan fizikalnya

berkarat.

Berdasarkan Rajah 4.19 memaparkan keadaan elemen tingkap yang

mengalami kerosakan pada bingkai yang berkarat dan panel tingkap yang pecah di

bangunan Wan Muhammad Saman. Kerosakan yang berlaku adalah disebabkan cuaca

dan perbuatan manusia.

Rajah 4.19: Keadaan Fizikal Elemen Tingkap

Page 86: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

68

4.3.8 Analisis Kerosakan Pintu pada Bangunan Lama

Kajian kerosakan pada elemen pintu untuk bangunan lama dilakukan seperti

kajian pada kerosakan tingkap. Elemen pintu telah dibahagikan kepada tiga komponen

utama pintu iaitu bingkai pintu, panel pintu dan komponen besi pintu. Berdasarkan

analisis pada Rajah 4.20 menunjukkan bahawa purata tahap keadaan fizikal bagi

komponen bingkai pintu adalah (2.4) iaitu berada pada tahap sederhana rosak.

Pemerhatian yang dijalankan terhadap lima buah bangunan lama yang dikaji

mendapati bingkai pintu diperbuat dari dua bahan berbeza iaitu dari kayu dan

aluminium. Keadaan bingkai pintu kayu mengalami kerosakan kerangka bingkai

mereput dan pengelupasan lapisan cat.

Rajah 4.20: Graf Purata Tahap Kerosakan Pintu

Berdasarkan Rajah 4.20, purata bagi tahap kerosakan panel pintu adalah (1.6)

dimana secara keseluruhannya tahap keadaan fizikal panel pintu pada lima buah

bangunan lama yang dikaji berkeadaan baik. Hasil kajian mendapati hanya terdapat

kerosakan kecil seperti pengelupasan lapisan cat pada panel pintu. Komponen seperti

rivet, skru, engsel, dan gasket juga dinilai untuk mengenalpasti kebolehgunaan elemen

pintu. Berdasarkan Rajah 4.20 mendapati bahawa komponen besi pintu secara

puratanya adalah (2.0) iaitu berkeadaan baik.

2.4

1.6 2 2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Bingkai Panel Komponen besipintu

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN PINTU

Sederhana

Kritikal

Page 87: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

69

Berdasarkan Rajah 4.21 memaparkan keadaan elemen pintu yang mengalami

kerosakan pada bingkai yang mereput dan kemasan cat mengelupas di bangunan

Wisma Negeri Kedah. Kerosakan mereput pada bingkai kayu disebabkan permukaan

kayu terdedah dengan kelembapan.

Rajah 4.21: Keadaan Kerosakan Fizikal Bingkai Kayu

Rajah 4.22 memaparkan keadaan elemen pintu yang mengalami kerosakan

pada bingkai yang mereput di Bangunan Persekutuan Alor Setar. Kerosakan yang

berlaku akibat dari serangan serangga perosak.

Rajah 4.22: Kerosakan pada Bingkai Pintu

Page 88: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

70

4.3.9 Analisis Kerosakan Bumbung pada Bangunan Lama

Analisis bumbung dibuat berdasarkan tiga komponen utama elemen bumbung

iaitu kerangka bumbung, genting bumbung dan siling. Berdasarkan Rajah 4.23

menunjukkan purata keadaan fizikal kerangka bumbung adalah (3.2) iaitu berada pada

tahap sederhana rosak. Ini kerana didapati sebilangan kerangka bumbung pada

bangunan lama yang dikaji mengalami kerosakan kerangka kayu mereput. Hasil kajian

mendapati keadaan fizikal kerangka bumbung di Bangunan Kolej Sultan Abdul Samad

adalah sangat kritikal. Ketika menjalankan kajian lapangan di Bangunan Kolej Sultan

Abdul Hamid, kerja-kerja pembaikan bumbung tengah dilaksanakan. Masalah

kerangka kayu mereput juga berlaku pada Bangunan Wan Muhammad Saman,

Bangunan Wisma Negeri dan Bangunan Majils Bandara Alor Setar. Secara

keseluruhannya keadaan fizikal kerangka bumbung pada tiga buah bangunan lama

tersebut berkeadaan sederhana rosak.

Rajah 4.23: Graf Purata Tahap Kerosakan Pada Bumbung

3.2

4.2

3.2

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

Kerangka Genting Siling

PU

RA

TA

ELEMEN BANGUNAN

KEROSAKAN BUMBUNG

Sederhana

Kritikal

Page 89: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

71

Berdasarkan Rajah 4.23, tahap purata kerosakan pada komponen genting

bumbung adalah (4.2). Hasil kajian terhadap lima buah bangunan lama didapati

bangunan kajian mengalami masalah kerosakan pada genting bumbung seperti genting

pecah atau patah, genting hilang, dan masalah sesalur air hujan tersumbat merupakan

kerosakan major yang didapati pada komponen genting bumbung. Selain itu,

kerosakan minor adalah seperti warna genting luntur dan permukaan genting berkulat.

Berdasarkan Rajah 4.24 memaparkan keadaan semasa kerosakan pada genting

bumbung di Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Rajah 4.24: Keadaan Genting Bumbung yang Rosak

Berdasarkan Rajah 4.23 menunjukkan purata tahap kerosakan pada komponen

siling adalah (3.2) iaitu pada tahap sederhana rosak. Hasil kajian mendapati kerosakan

pada siling bumbung akibat dari kebocoran pada genting dan salur hujan tersumbat.

Kerosakan yang dialami pada siling bumbung adalah seperti kesan kelembapan,

kepingan siling hilang dan pecah. Rajah 4.25 menunjukkan keadaan siling yang pecah.

Rajah 4.25: Kerosakan Siling Pecah di Bangunan MBAS

Page 90: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

72

4.3.10 Hasil Analisis Kerosakan Bangunan Lama

Berdasarkan Rajah 4.26 merupakan hasil analisis yang dijalankan terhadap

lima buah bangunan lama di Alor Setar. Beberapa elemen bangunan yang mengalami

kerosakan pada permukaan kemasan. Antaranya adalah elemen lantai yang dianalisis

secara puratanya pada tahap (2.4) iaitu sederhana rosak akibat dari keretakan kemasan

dan jubin tertanggal. Kemasan dinding luar juga secara puratanya mengalami tahap

kerosakan yang sederhana iaitu (2.8) akibat dari kerosakan pada lepaan yang tertanggal

dan permukaan lapisan cat yang mengelupas. Begitu juga tahap kerosakan yang

dialami pada dinding dalam bangunan. Purata bagi tahap kerosakan kemasan pada

dinding dalam adalah (2.6). Elemen rasuk dan tiang juga mengalami kerosakan pada

kemasan iaitu pada tahap sederhana rosak. Berdasarkan Rajah 4.26, purata tahap

kemasan rasuk adalah (2.4) manakala tiang adalah (2.6). Secara puratanya, bangunan

lama yang dikaji tidak mengalami kerosakan pada struktur bangunan. Namun begitu,

permukaan struktur yang berlumut, kemasan retak atau tertanggal dan pengelupasan

lapisan cat mengakibatkan penampilan bangunan lama kelihatan usang.

Rajah 4.26: Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Bangunan

2.42.8

2.62.4

2.6 2.62.4 2.4

3.2

4.2

3.2

2.33

3.67

0

1

2

3

4

5

PU

RA

TA

KEROSAKAN ELEMEN BANGUNAN

Sederhana

Kritikal

Page 91: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

73

Hasil analisis pada Rajah 4.26 menunjukkan elemen tingkap pada lima buah

bangunan lama yang dikaji didapati rosak pada bahagian panel dan komponen tingkap.

Purata tahap kerosakan panel tingkap adalah (2.6) iaitu pada tahap sederhana rosak.

Ini kerana didapati beberapa buah panel tingkap pecah, retak dan tertanggal pada setiap

bangunan lama yang dikaji. Manakala beberapa komponen tingkap seperti rivet,

engsel dan kekisi tingkap pada lima buah bangunan lama yang dikaji tidak berfungsi

dengan baik. Purata tahap kerosakan pada komponen tingkap adalah (2.4).

Berdasarkan pemerhatian pada elemen tingkap, didapati kebanyakkan komponen

tingkap mengalami kerosakan berkarat. Hasil analisis mendapati elemen pintu

mengalami kerosakan pada bingkai. Purata kerosakan pada bingkai pintu adalah (2.4).

Hasil pemerhatian terhadap elemen pintu mendapati sesetengah bingkai kayu yang

digunakan pada bangunan lama mengalami masalah reput.

Berdasarkan kajian lapangan terhadap lima buah bangunan lama, didapati

bangunan lama yang dikaji mengalami masalah kerosakan pada elemen bumbung.

Rajah 4.26 menunjukkan purata tahap kerosakan pada kerangka bumbung adalah (3.2).

Ini kerana, sebilangan kecil kerangka kayu bumbung yang digunakan mengalami

masalah kerosakan kerangka kayu reput. Hasil pemerhatian terhadap elemen bumbung

juga mendapati genting bumbung mengalami kerosakan yang kritikal. Purata tahap

kerosakan pada genting bumbung adalah (4.2). Berdasarkan hasil kajian mendapati

kebanyakkan bangunan kajian mengalami masalah kerosakan pada genting bumbung

seperti genting pecah atau patah, genting hilang, dan masalah sesalur air hujan

tersumbat merupakan kerosakan major yang didapati pada komponen genting

bumbung. Kebocoran yang dialami pada genting bumbung mengakibatkan kepingan

siling mengalami kerosakan. Berdasarkan Rajah 4.26 menunjukkan purata tahap

kerosakan pada komponen siling adalah (3.2) iaitu pada tahap sederhana rosak.

Berdasarkan kajian lapangan, kerosakan yang dialami pada siling bumbung adalah

seperti kesan kelembapan, kepingan siling hilang dan pecah.

Page 92: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

74

4.3.11 Kesimpulan

Daripada hasil kajian terhadap kerosakan yang berlaku pada elemen bangunan

mendapati secara keseluruhanya bangunan lama yang dikaji masih berkeadaan baik

walaupun sesetengah bangunan kelihatan uzur. Ini kerana kebanyakan bangunan

kajian mengalami masalah kerosakan pada kemasan akibat dari perbuatan manusia,

cuaca dan faktor usia bangunan itu sendiri. Kerosakan kemasan berlaku pada

keseluruhan elemen utama bangunan iaitu lantai, dinding luar, dinding dalam, rasuk,

tiang, tangga, dan bumbung.

Hasil kajian juga mendapati lima buah bangunan lama yang dikaji mengalami

masalah kerosakan yang kritikal pada elemen bumbung. Kebanyakkan bangunan lama

yang dikaji mengalami kerosakan kebocoran bumbung yang mengakibatkan ruang

dalam bangunan lembab dan siling rosak. Ini kerana struktur bumbung yang digunakan

adalah sudah berusia. Elemen bumbung juga terdedah dengan cuaca mengakibatkan

struktur kerangka kayu yang sudah berusia mengalami pereputan. Kesilapan

pembinaan juga adalah faktor yang mengakibatkan elemen bumbung mengalami

kerosakan.

Daripada hasil kajian lapangan terhadap lima buah bangunan lama yang dikaji,

Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid yang paling terjejas dengan masalah kerosakan

pada beberapa elemen bangunan. Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid mengalami

kerosakan yang kritikal pada elemen kemasan dan juga elemen bumbung bangunan.

Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid yang sudah berusia lebih 100 tahun mengalami

kerosakan kritikal pada elemen bumbung. Ketika kajian lapangan dilakukan,

penyelidik mendapati kerja-kerja pembaikan bumbung bangunan sedang dijalankan

akibat dari kerosakan pada kerangka utama bumbung yang mereput. Keadaan elemen

bumbung seperti genting dan siling juga berada pada tahap kritikal akibat dari faktor

usia bangunan.

Page 93: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

75

Hasil kajian mendapati kemasan pada elemen Bangunan Kolej Sultan Abdul

Hamid rosak teruk akibat dari lepaan tertanggal, permukaan cat mengelupas dan

keretakan pada elemen dinding bangunan. Kerosakan yang berlaku pada kemasan

bangunan adalah disebabkan perbuatan manusia dan faktor usia bangunan itu sendiri.

Namun begitu, struktur Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid masih berkeadaan baik.

4.4 Hasil Pengumpulan Data Dari Temubual

Temubual ini dijalankan untuk mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan

yang dilaksanakan pada lima buah bangunan lama di Alor Setar. Secara asasnya soalan

temubual separa berstruktur ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu maklumat

bangunan kajian, maklumat responden dan soalan mengenai amalan pengurusan

penyelenggaraan yang dilaksanakan. Temubual yang telah dijalankan adalah

berdasarkan lima keperluan utama pendekatan amalan pengurusan penyelenggaraan

yang merangkumi perancangan penyelenggaraan, pengaturan kerja penyelenggaraan,

perlaksanaan jenis penyelenggaraan, pemeriksaan atau pemantauan dan pembaikan

sistem penyelenggaraan.

Page 94: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

76

76

Jadual 4.2 : Hasil Analisis Temubual Mengenai Pengurusan Penyelenggaraan Semasa pada Lima Buah Bangunan Lama Di Alor Setar

BANGUNAN WISMA

NEGERI KEDAH

BANGUNAN WAN

MUHAMMAD SAMAN

KOLEJ SULTAN

ABDUL HAMID

BANGUNAN MAJLIS

BANDARAYA ALOR

SETAR

BANGUNAN

PERSEKUTUAN ALOR

SETAR

PERANCANGAN Tiada Polisi Khusus

Penyelenggaraan

Tiada Polisi Khusus

Penyelenggaraan

Tiada Polisi Khusus

Penyelenggaraan

Terdapat Polisi

Penyelenggaraan

Terdapat Polisi

Penyelenggaraan

PENGATURAN Mempunyai organisasi

penyelenggaraan

Laporan dan rekod

kerja tidak lengkap.

Mempunyai organisasi

penyelenggaraan

Laporan dan rekod

kerja tidak lengkap.

Mempunyai

organisasi

penyelenggaraan

Laporan dan rekod

kerja tidak lengkap.

Mempunyai organisasi

penyelenggaraan

Laporan dan rekod

kerja tidak lengkap.

Mempunyai organisasi

penyelenggaraan

Laporan dan rekod

kerja lengkap.

PERLAKSANAAN Penyelenggaraan

Tidak Terancang

Penyelenggaraan

Tidak Terancang

Penyelenggaraan

Tidak Terancang

Penyelenggaraan

Tidak Terancang

Penyelenggaraan

Terancang

Penyelenggaraan Tidak

Terancang

PEMERIKSAAN Pemeriksaan

berdasarkan aduan

kerosakan

Pemeriksaan

berdasarkan aduan

kerosakan

Pemeriksaan

berdasarkan aduan

kerosakan

Pemeriksaan

berdasarkan aduan

kerosakan

Pemeriksaan berjadual

Pemeriksaan

berdasarkan aduan

kerosakan

PEMBAIKAN Tiada latihan/khusus

kepada kakitangan

Tiada latihan/khusus

kepada kakitangan

Tiada latihan/khusus

kepada kakitangan

Terdapat

latihan/khusus kepada

kakitangan

Terdapat

latihan/khusus kepada

kakitangan

Page 95: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

77

4.4.1 Bangunan 1: Bangunan Wisma Negeri Kedah

Bangunan ini merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

suatu masa dahulu. Perasmian bangunan ini telah disempurnakan pada 11 Syawal 1393

bersamaan 8 September 1973 oleh D.Y.T.M. Tuanku Haji Abdul Malik ibni

Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan Kedah pada waktu itu.

Bangunan ini pada awalnya menempatkan pejabat-pejabat penting seperti

pejabat KDYMM Tunku Sultan, DYTM Raja Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri dan

Pejabat Kewangan Negeri. Sebelum ini pejabat-pejabat tersebut berada di bangunan

secretariat atau terkenal dengan sebutan 'opis dalam', iaitu bangunan dua tingkat yang

terletak di belakangnya yang mula digunakan pada tahun 1929. Di bangunan ini juga

terdapat Dewan Persidangan untuk ahli-ahli Dewan Negeri Kedah yang sebelum itu

bertempat di Balai Besar semenjak Majlis Negeri di asaskan pada tahun 1905.

Sekarang pada tahun 2016, Wisma Negeri ditempatkan beberapa jabatan penting lain

seperti Pejabat Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat

Daerah Kota Setar.

Rajah 4.27: Pintu Masuk Utama ke

Bangunan Wisma Negeri Kedah

Rajah 4.28: Bahagian Belakang Wisma

Negeri yang Menempatkan Bangunan

Lama yang Dikenali Opis Dalam

Page 96: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

78

Label Nama

Bangunan

Pemilik

Bangunan

Tahun

Binaan

Pihak Yang

Ditemubual

Bangunan 1 Bangunan

Wisma Negeri

Kedah

Kerajaan

Negeri Kedah

1929 Responden:

A. Pembantu Tadbir

(Jabatan Tanah Dan

Galian)

B. Penolong Pengarah

Bangunan (JKR)

Jadual 4.3 : Maklumat Bangunan dan Penemubual

Temubual telah dijalankan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung ke atas hal ehwal penyelenggaraan bangunan Wisma Negeri Kedah.

Berdasarkan Jadual 4.3, responden A iaitu Pembantu Tadbir dari Jabatan Tanah dan

Galian adalah merupakan pihak yang terlibat dalam hal ehwal penyelenggaraan

bangunan Wisma Negeri Kedah. Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah

Bangunan, JKR yang merupakan sebagai penasihat terhadap kerja penyelenggaraan

yang dijalankan di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Bagi mengenalpasti amalan

pengurusan penyelenggaraan yang dilaksanakan di Bangunan Wisma Negeri Kedah,

soalan telah diajukan kepada responden A dan B mengenai amalan pengurusan semasa

penyelenggaraan terhadap bangunan.

Pengurusan penyelenggaraan melibatkan perancangan yang merangkumi

polisi penyelenggaraan sebagai panduan asas organisasi menjalankan kerja-kerja

penyelenggaraan di sesebuah bangunan. Daripada hasil temubual yang dijalankan

bersama pihak yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan di Bangunan Wisma Negeri

Kedah mendapati bahawa perancangan penyelenggaraan yang dilakukan tidak

berasaskan polisi penyelenggaraan yang khusus. Responden A sebagai pihak yang

bertanggungjawab dalam menyelenggara bangunan Wisma Negeri Kedah menyatakan

bahawa kerja penyelenggaraan di bangunan tersebut tiada perancangan khusus. Ini

kerana tiada polisi dan piawai penyelenggaraan yang digariskan untuk melakukan

kerja penyelenggaraan di bangunan tersebut.

Page 97: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

79

Pengaturan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan peranan dan

tanggungjawab organisasi dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Selain

itu, pengurusan inventori dan rekod juga adalah aktiviti sistem pengaturan kerja yang

sistematik. Hasil temubual mendapati bahawa memang terdapat organisasi yang

bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan di bangunan Wisma

Negeri Kedah. Namun begitu, kewujudan organisasi tersebut tidak efektif bagi

menjalankan kerja penyelenggaraan yang teratur. Temubual bersama responden A

telah menjelaskan bahawa tiada pekerja teknikal dalam organisasi untuk

membaikpulih kerosakan yang berlaku pada bangunan. Pembaikan kerosakan yang

dilakukan melibatkan kontraktor luar bagi menjalankan fungsi penyelenggaraan.

Perkara ini disetujui responden B yang berperanan sebagai penasihat kerja

penyelenggaraan di Bangunan Wisma Negeri Kedah telah menyatakan bahawa tiada

organisasi khusus yang mahir dalam mengurus bangunan tersebut.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah merangkumi kategori

penyelenggaraan yang tidak terancang dan penyelenggaraan terancang. Kerja-kerja

penyelenggaraan melibatkan perlaksanaan penyelenggaraan secara berjadual

berdasarkan aliran kerja penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan

perancangan, penyelenggaraan pencegahan, dan penyelenggaraan pembaikan.

Berdasarkan temubual yang dijalankan mendapati bahawa perlaksanaan

penyelenggaraan di Bangunan Wisma Negeri Kedah hanya menjalankan pembaikan

kepada kerosakan. Responden A menerangkan kerja penyelenggaraan hanya

dilaksanakan apabila mendapati terdapatnya aduan kerosakan daripada pengguna

bangunan. Responden B juga menyatakan bahawa amalan penyelenggaraan yang

dijalankan pada bangunan tersebut adalah “rosak dahulu baru baiki”. Penyelenggaraan

yang dilaksanakan di Bangunan Wisma Negeri Kedah hanyalah berdasarkan

penyelenggaraan tidak terancang.

Pemeriksaan bangunan merupakan elemen penting bagi mengenalpasti

kerosakan pada bangunan untuk merancang kerja-kerja penyelenggaraan.

Pemeriksaan dilakukan secara berjadual dan berdasarkan kerosakan yang telah berlaku

pada bangunan. Daripada hasil temubual, mendapati tiadanya pemeriksaan yang

Page 98: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

80

khusus dan berjadual di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Responden A menjelaskan

bahawa pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan aduan kerosakan daripada

pengguna bangunan. Manakala, responden B menyatakan bahawa pihak JKR akan

terlibat dalam pemeriksaan terhadap kerosakan besar pada bangunan. Responden B

menjelaskan bahawa pemeriksaan yang akan dilakukan harus mendapat kebenaran

dari pemilik bangunan terlebih dahulu.

Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan

dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem

penyelenggaraan yang sedia ada. Merujuk kepada sistem pengurusan penyelenggaraan

di Bangunan Wisma Negeri Kedah, responden A menyatakan bahawa tiadanya khusus

mahupun latihan kepada kakitangan organisasi dalam bidang penyelenggaraan

bangunan. Ini kerana organisasi sedia ada tidak mempunyai staf sendiri yang

mengawal dan menyelia operasi penyelenggaraan.

Hasil dari temubual yang dijalankan terhadap pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam hal ehwal penyelenggaraan Bangunan Wisma

Negeri Kedah mendapati bahawa pengurusan pengelenggaraan yang dilaksanakan

adalah hanya berdasarkan penyelenggaraan yang tidak terancang. Ini kerana

kelemahan organisasi penyelenggaraan yang kekurangan kakitangan dalam

menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan. Selain itu, dana yang diperuntukan

untuk menyelenggara bangunan tidak mencukupi bagi melaksanakan kerja

penyelenggaraan yang sistematik.

Page 99: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

81

4.4.2 Bangunan 2: Bangunan Wan Muhammad Saman.

Bangunan ini terletak di Medan Bandar bersebelahan dengan Muzium Di Raja

dan Balai Besar. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1939 dan siap pada tahun 1941

semasa pemerintahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua, bangunan ini

menempatkan beberapa jabatan penting termasuklah pejabat KDYMM Tunku Sultan

Kedah.

Bangunan ini juga pernah dijadikan Pejabat Daerah Kota Setar dan kini

diduduki oleh Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Bangunan ini dinamakan

Bangunan Wan Muhammad Saman adalah mengambil sempena jasa-jasa cemerlang

yang disumbangkan oleh Dato' Wan Muhammad Saman terhadap pentadbiran Negeri

ini. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah pada zaman

pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan zaman

pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Jika dilihat daripada

struktur pembinaan bangunan ini adalah bercirikan senibina Kolonial.

Rajah 4.29: Bangunan Ini Mempunyai

Satu Blok dan Dua Tingkat. Rajah 4.30: Bangunan Wan Muhammad

Saman Dilihat dari Sudut Hadapan.

Page 100: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

82

Label Nama

Bangunan

Pemilik

Bangunan

Tahun

Binaan

Pihak Yang

Ditemubual

Bangunan 2 Bangunan Wan

Muhammad

Saman

Kerajaan

Negeri Kedah

1941 Responden:

A. Ketua Pembantu

Tadbir (JAIK)

B. Penolong Pengarah

Bangunan (JKR)

Jadual 4.4: Maklumat Bangunan dan Penemubual

Temubual yang dijalankan kepada pihak yang terlibat dalam hal ehwal

penyelengaraan adalah untuk mengetahui amalan pengurusan penyelenggaraan yang

dijalankan pada Bangunan Wan Muhammad Saman. Berdasarkan Jadual 4.4,

responden A iaitu Ketua Pembantu Tadbir dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah

yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan Wan Muhammad Saman.

Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah Bangunan iaitu wakil dari pihak

JKR dalam penyelenggaraan Bangunan Kerajaan Negeri Kedah.

Pengurusan penyelenggaraan merangkumi kerja-kerja perancangan yang

melibatkan polisi penyelenggaraan dan panduan piawaian penyelenggaraan bangunan.

Temubual telah dilaksanakan bersama responden A menyatakan bahawa perancangan

penyelenggaraan yang dilaksanakan di Bangunan Wan Muhammad Saman tidak

merujuk kepada piawaian penyelenggaraan bangunan. Responden A juga menjelaskan

tiadanya polisi penyelenggaraan yang khusus dalam melaksanakan kerja-kerja

penyelenggaraan di bangunan tersebut. Perancangan penyelenggaraan di bangunan

tersebut tidak berasaskan piawaian penyelenggaraan.

Pengaturan kerja penyelenggaraan melibatkan peranan dan tanggungjawab

organisasi dalam memastikan penyelenggaraan yang dilaksanakan berkesan. Hasil dari

temubual, responden A telah menjelaskan bahawa memang terdapat organisasi yang

bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan tersebut. Namun

begitu, organisasi tidak mempunyai kakitangan yang lengkap untuk menjalankan kerja

Page 101: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

83

penyelenggaraan yang lebih baik. Kerja pembaikan yang dilakukan adalah melibatkan

kontraktor luar. Responden A juga menyatakan tiada laporan dan rekod yang lengkap

dalam pengurusan inventori penyelenggaraan bangunan. Hasil temubual mendapati

bahawa terdapat kelemahan dalam pengaturan kerja penyelenggaraan di Bangunan

Wan Muhammad Saman disebabkan kekurangan kakitangan dalam organisasi.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan merangkumi aktiviti penyelenggaraan

terancang dan tidak terancang. Hasil dari temubual, responden B sebagai penasihat

penyelenggaraan Bangunan Wan Muhammad Saman telah menyatakan amalan

semasa penyelenggaraan yang dilaksanakan pada bangunan tersebut adalah “rosak

dahulu baru baiki”. Responden B menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku

disebabakan tiadanya pengurusan penyelenggaraan yang khusus dan kekurangan

organisasi dalam kemahiran kerja penyelenggaraan.

Pemeriksaan bangunan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan terhadap

bangunan supaya kerja penyelenggaraan dapat dirancang dengan baik. Hasil dari

temubual mendapati pemeriksaan bangunan dilakukan adalah berdasarkan aduan

daripada pengguna bangunan. Responden A menjelaskan jika terdapatnya kerosakan

pada bangunan, beliau akan melakukan pemeriksaan terhadap keadaan kerosakan

dengan kadar segera. Jika didapati kerosakan yang berlaku adalah kritikal, beliau akan

memaklumkan kepada Pihak Kerajaan Negeri dan Pihak JKR bagi membaik

kerosakan. Hasil temubual bersama responden A mendapati pemeriksaan pada

bangunan hanya dilakukan apabila terdapatnya kerosakan pada elemen bangunan.

Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan

dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem

penyelenggaraan yang sedia ada. Hasil temubual yang dijalankan mendapati

organisasi penyelenggaraan di Bangunan Wan Muhammad Saman tidak mempunyai

staf sendiri yang menyelia operasi penyelenggaraan bangunan. Oleh itu, pihak

organisasi tidak menawarkan khusus mahupun latihan kepada kakitangan organisasi

dalam bidang penyelenggaraan bangunan.

Page 102: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

84

Hasil temubual bersama responden B telah menyatakan bahawa secara asasnya

pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Wan Muhammad Saman

adalah dilakukan sekadar memberi keselesaan yang minimum kepada pengguna.

Penyelenggaraan yang sistematik tidak dapat dilakukan kerana kekurangan kakitangan

dalam organisasi penyelenggaraan di Bangunan Wan Muhammad Saman.

4.4.3 Bangunan 3: Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid

Lokasi Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) sekarang di Tanjung Bendahara

iaitu seluas 48 ekar dipilih oleh Cik Mohamed Ariffin (Setiausaha Kerajaan) dan Encik

M. I. Merican. Pembinaan sekolah bermula pada tahun 1915. Bangunan tersebut terdiri

daripada sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dua buah bilik darjah di kiri

dan kanan. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk

pembangunan masa depan ‘The Government English School’ . Perancangan tersebut

termasuklah ruang yang mencukupi untuk membina bilik-bilik darjah agar dapat

menampung sekurang-kurangnya 1,000 orang pelajar, padang permainan dan

beberapa kemudahan asas yang lain. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 1

Januari 1917 oleh Mr. E. A. G. Stuart, pengetua dan juga Superintendent of Education.

Rajah 4.31: Bangunan Blok

Akademik KSAH Dibina pada 1915

Rajah 4.32: Satu Bangunan Dua

Tingkat Asrama Pelajar KSAH

Page 103: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

85

Label Nama

Bangunan

Pemilik

Bangunan

Tahun

Binaan

Pihak Yang

Ditemubual

Bangunan 3 Kolej Sultan

Abdul Hamid

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

1915 Responden:

A. Pembantu Operasi

(KSAH)

B. Penolong Pengarah

Bangunan (JKR)

Jadual 4.5: Maklumat Bangunan dan Penemubual

Berdasarkan Jadual 4.5 adalah maklumat mengenai bangunan Kolej Sultan

Abdul Hamid dan maklumat penemubual yang bertanggungjawab secara langsung dan

tidak langsung dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan KSAH. Responden A iaitu

Pembantu Operasi yang menguruskan kerja penyelenggaraan pada Bangunan KSAH.

Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah Bangunan dari JKR yang terlibat

dalam memberi nasihat mengenai hal ehwal penyelenggaraan di Bangunan KSAH.

Perancangan penyelenggaraan adalah kerja awalan dalam pengurusan

penyelenggaraan. Perancangan kerja dilakukan dengan panduan polisi yang jelas dan

piawaian penyelenggaraan yang khusus untuk bangunan terutamanya bangunan lama

seperti Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid. Hasil temubual bersama responden A

menyatakan bahawa penyelenggaraan yang dijalankan tidak merujuk kepada piawaian

dan polisi penyelenggaraan bangunan. Ini kerana, beliau menjelaskan bahawa tiadanya

polisi yang jelas yang disediakan untuk menjalankan kerja penyelenggaraan.

Perancangan penyelenggaraan yang dilakukan pada Bangunan Kolej Sultan Abdul

Hamid tidak berasaskan polisi mahupun piawaian penyelenggaraan yang jelas.

Pengaturan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan peranan kakitangan

dalam organisasi penyelenggaraan. Pengaturan kerja juga menyentuh mengenai

pengurusan inventori dan rekod kerja penyelenggaraan. Hasil temubual mendapati

terdapatnya kelemahan dalam pembentukan organisasi. Responden A menyatakan

organisasi sedia ada tidak dapat menjalankan kerja penyelenggaraan dengan efektif

Page 104: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

86

akibat dari kekurangan kakitangan. Beliau juga menjelaskan bahawa masalah yang

dihadapi organisasi kini adalah kekurangan pekerja teknikal yang mengakibatkan kerja

pembaikan kerosakan pada bangunan tidak dapat dilakukan dengan segera.

Pengurusan inventori dan rekod juga tidak diberi penekanan dalam kepentingan

pengurusan penyelenggaraan di Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan kerja-kerja

penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan pembaikan. Hasil temubual

bersama responden B mendapati bahawa amalan perlaksanaan kerja penyelenggaraan

pada Bangunan Kolej Sultan Abdul hamid lebih kepada penyelenggaraan pembaikan

iaitu pembaikan dilakukan berdasarkan kerosakan. Responden A menjelaskan bahawa

kekangan yang dihadapi organisasi dalam melaksanakan penyelenggaraan yang

sistematik adalah kekurangan tenaga kerja dan peruntukan dana untuk

penyelenggaraan bangunan tersebut. Oleh demikian, perlaksanaan penyelenggaraan

hanya tertumpu kepada pembaikan kerosakan terhadap bangunan bagi memastikan

bangunan dapat memberi keselesaan yang minimum kepada pengguna.

Pemeriksaan bangunan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan terhadap

bangunan supaya kerja penyelenggaraan dapat dirancang dengan baik. Hasil temubual

bersama responden A mendapati bahawa pemeriksaan yang dijalankan terhadap

bangunan adalah berdasarkan kerosakan yang telah berlaku pada elemen bangunan.

Responden A menjelaskan bahawa tiadanya pemeriksaan yang berjadual dijalankan,

pemeriksaan hanyalah dilakukan berdasarkan aduan kerosakan daripada pengguna

bangunan. Responden B juga menjelaskan bahawa Pihak JKR terlibat dalam

pemeriksaan Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid ketika bangunan tersebut

merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan. Secara amnya,

pemeriksaan bangunan tersebut dijalankan apabila terdapatnya keperluan yang

mendesak, seperti berlakunya sebarang kerosakan kepada bangunan mahupun

perancangan untuk pemuliharaan bangunan.

Page 105: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

87

Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan

dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem

penyelenggaraan yang sedia ada. Hasil temubual yang dijalankan mendapati

organisasi penyelenggaraan di Bangunan Kolej Sultan Abdul Samad mempunyai staf

sendiri yang mengurus dan menyelia operasi penyelenggaraan bangunan. Namun

begitu, tiada peruntukan dana untuk organisasi menawarkan khusus mahupun latihan

kepada kakitangannya dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam bidang

penyelenggaaraan bangunan.

Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid adalah antara bangunan sekolah yang

tertua di Alor Setar. Daripada hasil temubual, responden B menyatakan bahawa

bangunan tersebut telah menjalani kerja-kerja pemuliharaan semasa usia bangunan

tersebut mencecah 100 tahun. Namun begitu, pengurusan penyelenggaraan yang

dijalankan masih terdapat kekurangan dari segi organisasi dan peruntukan dana kerja

penyelenggaraan. Perkara ini menjadi kekangan dan cabaran dalam mengurus

penyelenggaraan bangunan lama ke arah yang lebih efektif.

4.4.4 Bangunan 4: Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar

Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar terletak di Jalan Kolam Air,

Alor Setar, Kedah. Bangunan ini dibina dengan keluasan tapak bangunan 12,916.70

kaki persegi pada tahun 1958. Suatu ketika dahulu, bangunan ini pernah digunakan

oleh Jabatan Kerja Raya sebagai bangunan pejabat. Bangunan ini mempunyai satu

blok dan satu tingkat bangunan pejabat. Sekarang, bangunan ini dijadikan bangunaan

pejabat bagi Jabatan Majlis Bandaraya Alor Setar. Pemilik bangunan ini adalah Majlis

Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Page 106: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

88

Temubual telah dijalankan kepada pihak yang terlibat ke atas hal ehwal

penyelenggaraan Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar. Berdasarkan Jadual

4.6, responden A iaitu Penolong Pegawai Senibina MBAS yang bertanggungjawab

memastikan keadaan Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa

berkeadaan baik. Responden A juga terlibat secara langsung dalam hal ehwal

penyelenggaraan di bangunan tersebut. Temubual yang dijalankan bersama Puan

Rozina adalah bagi mengenalpasti pengurusan semasa penyelenggaraan yang

dilaksanakan di Bangunan Pejabat Majlis Bandaray Alor Setar.

Jadual 4.6: Maklumat Bangunan dan Penemubual

Label Nama

Bangunan

Pemilik

Bangunan

Tahun

Binaan

Pihak Yang

Ditemubual

Bangunan 4 Bangunan

Majlis

Bandaraya

Alor Setar

Majlis

Bandaraya

Alor Setar

(MBAS)

1958 Responden:

A. Penolong Pegawai

Senibina (MBAS)

Rajah 4.33: Pandangan dari Atas

Bangunan Pejabat MBAS

Rajah 4.34: Pembinaan

Landskap Pada Laluan Masuk

Kawasan Bangunan Pejabat

MBAS.

Page 107: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

89

Pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan dengan perancangan kerja-kerja

penyelenggaraan yang berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan yang jelas.

Daripada hasil temubual, responden A menyatakan bahawa perancangan

penyelenggaraan yang dirancang untuk kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan lama

Pejabat MBAS adalah berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan bangunan.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi

organisasi yang mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan

seperti perancangan yang telah ditetapkan.

Organisasi penyelenggaraan berperanan mengatur dan menyelia operasi

penyelenggaraan bangunan bagi memastikan fungsi bangunan dalam keadaan baik.

Hasil temubual bersama responden A menyatakan bahawa terdapatnya Unit Rondaan

dan Penyelenggaraan (URDP) yang ditubuhkan dibawah MBAS untuk selenggara

bangunan lama Pejabat MBAS. Menurut beliau, organisasi URDP terdiri daripada

pekerja teknikal yang bertugas dibawah MBAS untuk membaiki kerosakan mekanikal

dan elektrikal di bangunan tersebut. Namun begitu, responden A menjelaskan bahawa

pihak URDP tidak lengkap kerana kekurangan pekerja disebabkan komitmen URDP

bukan sahaja memfokuskan kerja penyelenggaraan di bangunan lama Pejabat MBAS,

malahan pihak URDP juga terlibat dalam menyelenggara fasiliti di sekitar Alor Setar.

Pengurusan inventori dan rekod kerja membantu menjalankan penyelenggaraan

dengan teratur. Hasil dari temubual, responden A menyatakan pengurusan inventori

dan rekod kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan dengan sistematik. Ini kerana

kelemahan organisasi dalam pengurusan penyelenggaraan di Bangunan Pejabat

MBAS.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan melibatkan aktiviti penyelenggaraan

terancang dan tidak terancang. Daripada temubual mendapati kerja penyelenggaraan

yang dilaksanakan pada bangunan lama Pejabat MBAS adalah penyelenggaraan yang

tidak terancang. Menurut responden A telah menjelaskan bahawa disebabkan

kekurangan pekerja dalam pengurusan penyelenggaraan bangunan tersebut, kerja

selenggara hanya dilakukan untuk baikpulih kerosakan pada bangunan.

Page 108: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

90

Pemeriksaan bangunan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan terhadap

bangunan supaya kerja penyelenggaraan dapat dirancang dengan baik. Hasil temubual

mendapati pemeriksaan yang dilakukan terhadap bangunan lama Pejabat MBAS

adalah berdasarkan kerosakan yang berlaku pada bangunan. Responden A menyatakan

bahawa beliau terlibat dalam pemeriksaan terhadap bangunan tersebut. Beliau

menjelaskan pemeriksaan bangunan hanya dilakukan apabila berlakunya kerosakan

pada bangunan. Pemeriksaan yang khusus tidak dapat dilakukan kerana tiadanya

kepakaran dalam menganalisis kerosakan bangunan. Beliau juga menjelaskan bahawa

untuk melaksanakan pengurusan penyelenggaraan yang efektif memerlukan

peruntukan dana yang banyak. Oleh yang demikian, pemeriksaan khusus yang

melibatkan staf profesional tidak digunakan dalam pengurusan penyelenggaraan

bangunan tersebut.

Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan

dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem

penyelenggaraan yang sedia ada. Daripada temubual, responden A menyatakan pihak

MBAS ada menawarkan khusus kepada kakitangan teknikal mahupun pengurusan

untuk meningkat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan. Beliau

telah menyenaraikan khusus yang telah ditawarkan kepada kakitangan, antaranya

adalah Khusus CIDB, Khusus Penilaian Bangunan, Khusus Pemuliharaan Bangunan

dan Khusus Pendawaian Elektrikal.

Secara keseluruhanya, penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Pejabat

MBAS adalah berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan. Namun begitu,

kekangan yang dihadapi organisasi dari segi kekurangan pekerja dan peruntukan dana

yang sering tidak mencukupi menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat

dilakukan dengan sistematik. Pembentukan URDP untuk menyelenggara bangunan

Pejabat MBAS memberi kesan positif dalam pengurusan penyelenggaraan di

bangunan tersebut. Ini kerana kerosakan pada bangunan tersebut dapat dikendalikan

sendiri oleh staf URDP, sekaligus menjimatkan kos pembaikan dan pembaikan dapat

dilakukan dengan kadar segera.

Page 109: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

91

4.4.5 Bangunan 5: Bangunan Persekutuan Alor Setar

Bangunan Persekutuan Alor Setar merupakan bangunan pejabat kerajaan yang

dikongsi bersama oleh beberapa kementerian, jabatan dan organisasi. Bangunan ini

disenaraikan sebagai Bangunan Gunasama Persekutuan dibawah kawalselia

Penyelenggaraan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Kontraktor Gemilang

Maintenance Service Sdn. Bhd. telah dipilih dan diberi tanggungjawab untuk

mengurus penyelenggaraan pada bangunan ini.

Bangunan Persekutuan Alor Setar dibina dengan keluasan 25,714.12 kaki

persegi pada tahun 1963. Bangunan Persekutuan Alor Setar ini siap dibina pada tahun

1964 dan dirasmikan oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Hussain pada 10

Mei 1965. Bangunan mempunyai dua blok dan 3 tingkat pada setiap blok. Bangunan

Persekutuan berfungsi sebagai bangunan pejabat bagi Jabatan Pembangunan

Usahawan dan Bumiputra, Jabatan Pengurusan Penyelenggaraan Jalan, Jabatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Maklumat Rakyat, dan Jabatan

Pengurus Bangunan.

Rajah 4.35: Bangunan Persekutuan

Mempunyai Dua Blok dan 3 Tingkat.

Rajah 4.36: Bangunan Persekutuan

Alor Setar Digunakan Sebagai

Bangunan Pejabat

Page 110: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

92

Jadual 4.7: Maklumat Bangunan dan Penemubual

Temubual telah dijalankan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung ke atas hal ehwal penyelenggaraan Bangunan Persekutuan Alor Setar.

Berdasarkan Jadual 4.7, responden A iaitu Penyelia Bangunan dari pihak syarikat

konsesi yang menjalankan kerja penyelenggaraan di Bangunan Persekutuan Alor

Setar. Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah Bangunan, JKR yang

merupakan sebagai penasihat terhadap kerja penyelenggaraan yang dijalankan di

Bangunan Persekutuan Alor Setar. Bagi mengenalpasti amalan pengurusan semasa

yang dilaksanakan di Bangunan Persekutuan Alor Setar, soalan telah diajukan kepada

responden A dan responden B mengenai amalan pengurusan semasa penyelenggaraan

terhadap bangunan.

Pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan dengan perancangan kerja-kerja

penyelenggaraan yang berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan yang jelas.

Daripada temubual yang telah dijalankan, mendapati bahawa perlaksanaan kerja-kerja

penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Persekutuan Alor Setar adalah

berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan yang jelas. Respoden A telah

menyatakan bahawa Gemilang Maintenance Service merupakan syarikat konsesi yang

menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan tersebut. Beliau juga

menjelaskan bahawa Gemilang Maintenance Servise dilengkapi dengan polisi dan

kelayakan dari ISO dalam menguruskan fasiliti. Kerja-kerja penyelenggaraan yang

dilakukan di bangunan tersebut adalah berpandukan polisi penyelenggaraan.

Label Nama

Bangunan

Pemilik

Bangunan

Tahun

Binaan

Pihak Yang Ditemubual

Bangunan 5 Bangunan

Persekutuan

Alor Setar

Jabatan

Perdana

Menteri

1964 Responden:

A. Penyelia Bangunan

(Gemilang

Maintenance

Services)

B. Penolong Pengarah

Bangunan (JKR)

Page 111: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

93

Pengaturan penyelenggaraan merangkumi peranan dan tanggungjawab

organisasi dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada bangunan. Selain itu,

pengurusan inventori dan rekod juga adalah penting dalam pengaturan kerja-kerja

penyelenggaraan yang berkesan. Ketika temubual bersama responden A, beliau telah

menjelaskan bahawa pengaturan kerja penyelenggaraan dilakukan dengan

mengagihkan tanggungjawab dan beban kerja mengikut peranan masing-masing

dalam organisasi. Dalam organisasi, terdapat tiga orang pekerja teknikal yang sentiasa

memastikan sistem kemudahan bangunan dalam keadaan baik dan kebersihan kawasan

bangunan terjaga. Manakala, terdapat seorang kerani yang menguruskan pengurusan

inventori dan rekod kerja penyelenggaraan untuk bangunan tersebut. Hasil temubual

mendapati bahawa pengaturan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan dengan teratur

dan sistematik.

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan penyelenggaraan

terancang dan tidak terancang. Daripada temubual mendapati perlaksanaan

penyelenggaraan dijalankan secara berjadual berdasarkan aliran kerja

penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan perancangan, penyelenggaraan

pencegahan, dan penyelenggaraan pembaikan. Responden A menjelaskan setiap

elemen bangunan terutamanya kemudahan bangunan akan diselenggara secara

berjadual. Perlaksanaan penyelenggaraan juga dilakukan berdasarkan kerosakan yang

telah berlaku pada bangunan. Menurut Responden A, penyelenggaraan pembaikan

akan dilakukan dengan kadar segera apabila mendapat aduan daripada pengguna.

Daripada temubual, Responden B telah menyatakan bahawa penyelenggaraan yang

dijalankan pada bangunan tersebut melibatkan kerja penyelenggaraan pencegahan dan

pembaikan. Perlaksanaan penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Persekutuan

Alor Setar adalah melibat kerja penyelenggaraan terancang dan tidak terancang.

Pemeriksaan bangunan dijalankan bagi mengenalpasti keadaan bangunan dan

kerosakan yang berlaku pada bangunan untuk merangka kerja penyelanggaraan

pencegahan serta pembaikan. Hasil temubual mendapati pemeriksaan yang dijalankan

di Bangunan Persekutuan Alor Setar adalah secara berjadual dan berdasarkan

kerosakan yang telah berlaku pada bangunan. Responden A menyatakan terdapat

Page 112: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

94

beberapa elemen bangunan yang diperiksa secara berjadual antaranya seperti sistem

kemudahan penyaman udara, sistem bekalan eletrik dan sistem mekanikal bangunan.

Manakala, menurut responden B menyatakan Pihak JKR terlibat akan melakukan

pemeriksaan terhadap bangunan tersebut dalam tempoh tiga bulan sekali bagi menilai

prestasi syarikat konsesi dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Pemeriksaan berjadual dan pemeriksaan kerosakan bangunan telah dilaksanakan di

Bangunan Persekutuan Alor Setar demi memastikan keselesaan pengguna bangunan

pada tahap yang memuaskan.

Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan

dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem

penyelenggaraan yang sedia ada. Hasil temubual mendapati kakitangan organisasi

penyelenggaraan di Bangunan Persekutuan Alor Setar telah ditawarkan pelbagai

khusus dalam bidang pengurusan penyelenggaraan. Responden A telah

menyenaraikan beberapa khusus kemahiran yang telah beliau dan kakitangannya

sertai, antaranya adalah Khusus Pemasangan Scarfolding, Khusus Pengecat dan

Khusus Pendawaian Elektrik. Khusus dan latihan dapat membantu organisasi

meningkatkan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan bangunan.

Pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan pada Bangunan Persekutuan

Alor Setar adalah berdasarkan aliran penyelenggaraan yang sistematik. Pihak konsesi

Syarikat Gemilang Maintenance Service dapat mengawal dan menyelia operasi

penyelenggaraan pada bangunan tersebut dengan baik. Ini kerana pembentukan

organisasi yang jelas dan efektif dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada

bangunan telah membantu pemilik bangunan dalam memastikan keadaan bangunan

lama tersebut berfungsi dengan baik.

Page 113: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

95

4.5 Perbincangan Hasil Analisis

Berdasarkan Jadual 4.8 adalah hasil analisis temubual yang dijalankan untuk

mengenalpasti pengurusan semasa penyelenggaraan pada lima buah bangunan lama di

Alor Setar. Hasil analisis ini adalah berdasarkan lima keperluan utama pendekatan

amalan pengurusan penyelenggaraan yang merangkumi perancangan

penyelenggaraan, pengaturan kerja penyelenggaraan, perlaksanaan jenis

penyelenggaraan, pemeriksaan atau pemantauan dan pembaikan sistem

penyelenggaraan.

4.5.1 Perancangan Penyelenggaraan

Perancangan penyelenggaraan merangkumi pembentukan polisi, panduan dan

piawaian penyelenggaran bangunan. Berdasarkan Jadual 4.8, hasil analisis terhadap

lima buah bangunan lama di Alor Setar didapati terdapat beberapa bangunan lama

tiada polisi penyelenggaraan yang khusus bagi menjalankan kerja penyelenggaran

bangunan. Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman dan

Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid diselenggara tanpa polisi dan panduan

selenggara yang sistematik. Berdasarkan kajian literatur, menurut Miles dan Sygga

(1987) menyatakan bahawa polisi penyelenggaraan harus dibentuk sebelum kerja

penyelenggaraan bangunan supaya penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan

efektif. Oleh yang demikian, perancangan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap tiga

buah bangunan lama tersebut tidak berpandukan polisi yang menyebabkan

penyelenggaraan bangunanan tidak dapat dilaksankan dengan baik.

Page 114: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

96

Hasil kajian juga mendapati Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar

dan Bangunan Persekutuan Alor Setar mempunyai polisi penyelenggaraan bagi

menjalankan perancangan penyelenggaraan di bangunan tersebut.

4.5.2 Pengaturan Kerja Penyelenggaraan

Pengaturan kerja penyelenggaraan melibatkan tanggungjawab organisasi

terhadap kerja penyelenggaraan pada bangunan. Selain itu, pengaturan kerja

penyelenggaraan juga menyentuh mengenai pengurusan penggunaan inventori dan

rekod kerja penyelenggaraan. Berdasarkan Jadual 4.8, didapati keseluruhan bangunan

yang dikaji mempunyai organisasi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal

penyelenggaraan bangunan bagi memastikan keadaan bangunan sentiasa baik.

Walaubagaimanapun, organisasi yang dibentuk tidak berfungsi dengan efektif

disebabkan beberapa kekangan seperti struktur organisasi yang tidak lengkap, jumlah

pekerja yang tidak mencukupi dan tiadanya pengkhususan dari segi skop kerja yang

tidak begitu memberi penekanan terhadap kepentingan penyelenggaraan bangunan.

Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013) menjelaskan kebanyakkan pihak

pengurusan bangunan sering merasakan tidak perlu menempatkan kakitangan yang

ramai di bahagian penyelenggaraan kerana berpendapat bahawa kerja-kerja

penyelengaraan hanya dilakukan ketika berlakunya kerosakan. Oleh yang demikian,

organisasi penyelenggaraan yang dibentuk hanya terdiri daripada beberapa orang

kakitangan sahaja yang menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk menangani

kerja penyelenggaraan yang diperlukan terutamanya terhadap bangunan lama. Namun

begitu, masalah ini tidak berlaku pada pengurusan penyelenggaran Bangunan

Persekutuan Alor Setar yang diuruskan oleh konsesi syarikat penyelenggaraan fasiiti.

Page 115: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

97

Dari segi pengurusan penggunaan inventori, hasil kajian mendapati empat

buah bangunan lama yang dikaji seperti Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan

Wan Muhammmad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid dan Bangunan

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar tiada menyediakan rekod inventori yang lengkap.

Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013) menyatakan ketiadaan rekod

peralatan untuk penyelenggaraan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan

dilakukan terutamanya penyelenggaraan segera yang melibatkan keselamatan

pengguna bangunan. Manakala, pengurusan penggunaan inventori dan rekod kerja

penyelenggaraan diurus dengan sistematik di Bangunan Persekutuan Alor Setar.

4.5.3 Perlaksanaan Kerja Penyelenggaraan

Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah merangkumi kategori

penyelenggaraan yang tidak terancang dan penyelenggaraan terancang. Berdasarkan

Jadual 4.8 menunjukan hasil analisis terhadap lima buah bangunan lama yang dikaji,

mendapati empat buah bangunan iaitu Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan

Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid dan Bangunan Pejabat

Majlis Bandaraya Alor Setar mengamalkan penyelenggaraan yang tidak terancang.

Hasil temubual dengan pihak yang terlibat dengan penyelenggaraan terhadap empat

buah bangunan tersebut, didapati amalan perlaksanaan penyelenggaraan yang

dijalankan pada empat buah bangunan tersebut adalah ‘rosak dahulu baru baiki’. Hasil

temubual mendapati bahawa masalah yang dihadapi organisasi penyelenggaraan bagi

menjalankan kerja penyelenggaraan yang terancang adalah disebabkan kekurangan

pekerja dalam organisasi dan peruntukan dana yang tidak mencukupi untuk

perlaksanaan kerja penyelenggaraan. Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali

(2013) menyatakan peruntukan dana yang sedikit menyebabkan berlakunya

penangguhan kerja-kerja penyelenggaraan yang boleh mengakibatkan kerosakan yang

berlaku menjadi lebih teruk pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sumber

kewangan adalah isu yang diutarakan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan. Isu ini

mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak dapat mencapai

piawaian yang dikehendaki.

Page 116: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

98

Manakala, perlaksanaan pada Bangunan Persekutuan Alor Setar merangkumi

kerja penyelenggaraan yang terancang dan tidak terancang. Merujuk kepada

perlaksanaan penyelenggaraan yang dilaksanakan di Bangunan Persekutuan Alor

Setar, pihak konsesi syarikat penyelenggaraan bangunan tersebut sentiasa memastikan

perlaksanaan penyelenggaraan dijalankan secara berjadual berdasarkan aliran kerja

penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan perancangan, penyelenggaraan

pencegahan, dan penyelenggaraan pembaikan.

4.5.4 Pemeriksaan terhadap bangunan

Pemeriksaan bangunan juga salah satu elemen penting dalam pengurusan

penyelenggaraan bangunan, terutamanya untuk selenggara bangunan yang sudah

berusia. Namun begitu, merujuk kepada Jadual 4.8 jelas sekali menunjukkan

kebanyakkan bangunan yang dikaji tidak mengamalkan sebarang amalan kaedah

pemeriksaan yang khusus. Hasil temubual mendapati pemeriksaan bangunan

dijalankan apabila terdapatnya aduan kerosakan dari pengguna.

Hasil temubual juga mendapati masalah kekangan organisasi dalam melakukan

pemeriksaan yang khusus terhadap bangunan tersebut adalah kerana kekurangan

kakitangan dalam mengendalikan kerja pemeriksaan terhadap bangunan. Berdasarkan

kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013) menyatakan bahawa kekurangan kakitangan

dalam perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan menyebabkan segala pemantauana,

tindakan pembaikan dan laporan yang berkaitan penyelenggaran tidak dapat dilakukan

dengan lancar. Namun begitu, pemeriksaan terhadap Bangunan Persekutuan Alor

Setar lebih sistematik, ia dilakukan secara berjadual dan berdasarkan aduan kerosakan.

Page 117: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

99

4.5.5 Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan.

Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan

dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem

penyelenggaraan yang sedia ada. Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013)

menyatakan kekurangan kemahiran pada kakitangan penyelenggaraan menyebabkan

kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan yang dilakukan tidak sempurna dan tidak

mencapai piawaian yang sepatutnya.

Berdasarkan Jadual 4.8, pihak organisasi pengurusan di Bangunan Wisma

Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman dan Bangunan Kolej Sultan Abdul

Hamid tidak ditawarkan khusus ataupun latihan bagi meningkat pengetahuan

mengenai penyelenggaraan bangunan dan kemahiran dalam bidang selenggara

bangunan. Hasil kajian temubual mendapati bahawa organisasi yang mengurus hal

ehwal penyelenggaraan pada tiga buah bangunan tersebut mempunyai komitmen lain

selain dari selenggara bangunan. Tambahan pula, kerja-kerja pembaikan kerosakan

dilakukan oleh pihak kontraktor luar. Oleh yang demikian, tiadanya khusus mahupun

latihan yang ditawarkan kepada organisasi bagi pembaikan sistem pengurusan

penyelenggaraan bangunan tersebut.

Manakala, pihak kakitangan organisasi syarikat konsesi penyelenggaraan di

Bangunan Persekutuan Alor Setar telah ditawarkan untuk sertai khusus seperti Khusus

Pemasangan Scarfolding, Khusus Pengecat dan Khusus Pendawaian Elektrikal bagi

meningkat kemahiran kakitanganya dalam kerja teknikal. Jabatan Majlis Bandaraya

Alor Setar juga ada menawarkan khusus dan latihan kepada kakitangannya bagi

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penyelenggaraan bangunan.

Page 118: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

100

4.6 Kesimpulan

Pengurusan penyelenggaraan bangunan penting bagi memanjangkan jangka

hayat bangunan lama. Dengan perlaksanaan penyelenggaraan yang teratur dapat

mengekalkan fungsi dan prestasi asal bangunan terutamanya bangunan lama.

Kebanyakkan bangunan lama di Malaysia telah menjalani kerja-kerja pemuliharaan

bangunan. Namun begitu, pemuliharaan bangunan lama tidak berkesan tanpa kerja-

kerja penyelenggaraan yang berterusan.

Hasil analisis penyelidikan telah mendapati masih terdapat kekurangan dalam

melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pada bangunan lama. Kebanyakkan

bangunan lama yang dikaji masih terdapat kelemahan dari segi pembentukan

organisasi penyelenggaraan dalam membangunkan satu amalan penyelenggaraan yang

baik. Masalah dan cabaran yang dihadapi organisasi seperti kekurangan kakitangan

dan peruntukan dana penyelenggaraan yang tidak mencukupi adalah faktor kerja-kerja

penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Secara kesimpulanya, isu

dan cabaran yang diutarakan dalam kajian ini seharusnya ada jalan penyelesaian bagi

menjamin kepentingan penyelenggaraan kepada bangunan lama.

Page 119: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

101

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan memperbincangkan mengenai kesimpulan bagi hasil kajian yang

diperolehi berdasarkan pembentangan data yang telah dijelaskan pada Bab 4.

Kesimpulan juga dibuat berdasarkan pencapaian objektif kajian terhadap penemuan

hasil penyelidikan yang telah diperolehi dari pengumpulan data kajian. Perbincangan

terhadap hasil penemuan dari penyelidikan ini dihuraikan bagi mengenalpasti tahap

fizikal keadaan semasa bangunan dan amalan pengurusan penyelenggaraan yang

dilaksanakan pada bangunan lama yang dikaji. Selain itu, terdapat juga cadangan

kajian lanjutan dari penyelidik terhadap kajian ini. Perkara lain yang dibincangkan

dalam bab ini termasuklah limitasi yang dihadapi penyelidik semasa menjalankan

kajian lapangan terhadap lima buah bangunan lama di Alor Setar.

Page 120: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

102

5.2 Perbincangan

Berpandukan hasil kajian yang diperolehi, rumusan telah dibuat bagi

mengenalpasti samaada objektif kajian telah tercapai atau sebaliknya. Penilaian

objektif berikut akan menerangkan mengenai pencapaian objektif kajian.

5.2.1 Objektif Pertama : Mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada bangunan

lama di Alor Setar.

Secara keseluruhannya, keputusan analisis kerosakan elemen bangunan

terhadap bangunan lama di Alor Setar mencapai objektif kajian selaras dengan kajian

literatur. Hasil dari kajian yang dijalankan mendapati lima buah bangunan lama di Alor

Setar masih berkeadaan baik dan berfungsi seperti yang dikehendaki. Kerosakan

utama yang dihadapi pada bangunan kajian adalah kerosakan pada elemen bumbung

bangunan. Kerosakan ini berpunca dari pelbagai sebab antaranya adalah faktor usia

bangunan dan kecacatan kekal akibat dari kesilapan pembinaan. Selain itu, bangunan

lama yang dikaji mengalami kerosakan pada kemasan terhadap elemen bangunan

seperti lantai, dinding, rasuk dan tiang. Kerosakan pada kemasan elemen bangunan

adalah berpunca dari kualiti pembinaan, cuaca dan alam semulajadi yang

menyebabkan permukaan lapisan kemasan mengelupas dan berlumut. Bahan binaan

iaitu kayu dan besi sebagai bingkai pintu dan komponen tingkap pada bangunan lama

juga mengalami kemerosotan fungsi akibat dari cuaca dan alam semulajadi.

Secara umumnya, kajian ini untuk memberi gambaran awal terhadap keadaaan

fizikal bangunan lama yang dikaji di Alor Setar. Ianya dilihat dapat membantu

terutamanya kepada pemilik bangunan dalam mengawal kerosakan lazim yang

berlaku. Kepentingannya juga boleh digunakan bagi merangka garis panduan kerja-

kerja penyelenggaraan dan jenis pembaikan yang bersesuaian dengan jenis kerosakan.

Page 121: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

103

5.2.2 Objektif Kedua : Mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan yang

dilaksanakan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap bangunan lama di Alor

Setar.

Kajian temubual telah dilakukan bagi mengenalpasti amalan pengurusan

penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap lima

buah bangunan lama di Alor Setar. Hasil analisis penyelidikan temubual terhadap

pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam hal ehwal

penyelenggaraan mendapati kebanyakkan bangunan lama yang dikaji masih terdapat

kekurangan dalam menguruskan kerja penyelenggaraan bangunan. Perancangan kerja

dilakukan tanpa panduan polisi penyelenggaraan yang khusus. Perkara ini berlaku

disebabkan faktor kekurangan panduan bagi mewujudkan satu amalan

penyelenggaraan yang sempurna.

Pembentukkan organisasi penyelenggaraan juga dianggap tidak efektif dalam

menjalankan kerja penyelenggaraan yang lebih sistematik. Hal ini juga mengakibatkan

pengurusan inventori, rekod dan laporan kerja tidak dapat dilakukan dengan baik.

Hasil kajian juga menemui bahawa kebanyakkan bangunan lama yang dikaji

mengamalkan amalan perlaksanaan penyelenggaraan yang tidak terancang. Tiada

aktiviti penyelenggaraan perancangan mahupun pencegahan, penyelenggaraan

pembaikan hanya dilaksanakan apabila berlakunya kerosakan pada bangunan. Ini

disebabkan kekurangan kakitangan untuk menjalankan kerja penyelenggaraan yang

lebih teratur.

Kebanyakkan bangunan lama yang dikaji tidak mengamalkan kaedah

pemeriksaan bangunan yang khusus. Pemeriksaan bangunan dijalankan apabila

terdapatnya keperluan yang mendesak seperti mendapat aduan berlakunya kerosakan

pada bangunan. Selain itu, kesedaran organisasi dalam kepentingan penyelenggaraan

bangunan lama dapat diukur dengan usaha pihak organisasi menyediakan latihan dan

khusus kepada pekerjanya. Namun begitu, sesetengah pihak organisasi pengurusan

bangunan tidak menyediakan khusus mahupun latihan kepada pekerjanya dalam

Page 122: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

104

meningkat kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja penyelenggaraan. Hasil kajian

mendapati bahawa organisasi tersebut mempunyai komitmen lain selain dari

menyelenggara bangunan.

Kesimpulannya, hasil analisis penyelidikan mendapati masih banyak

kekurangan yang dihadapi oleh organisasi penyelenggaraan bangunan lama yang

dikaji di Alor Setar. Antara faktor pengurusan penyelenggaraan tidak dapat

dilaksanakan dengan sistematik adalah disebabkan peruntukan pembelanjaan kerja

penyelenggaraan sering tidak mencukupi dan kelemahan organisasi yang kekurangan

kakitangan.

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian

Sepanjang kajian ini berlangsung, terdapat beberapa masalah yang dihadapi

antaranya ialah :

I. Penyelidik mengalami kesukaran ketika melakukan pemerhatian terhadap

kerosakan elemen bumbung bangunan, ini disebabkan kebanyakkan bangunan

yang dikaji tiada laluan khusus bagi penyelidik menjalankan pemeriksaan

kerosakan bumbung.

II. Kesukaran penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih mengenai bangunan

yang dikaji. Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik mendapati maklumat

mengenai bangunan yang dikaji tidak dikemaskini oleh pihak pengurusan.

Page 123: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

105

III. Kesukaran penyelidik mendapatkan temubual dari pihak yang

bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan kajian. Ini

kerana responden mempunyai masa yang terhad untuk ditemubual.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Dari hasil penyelidikan kajian ini didapati terdapatnya permasalahan yang

timbul dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan pada bangunan lama. Cadangan

kajian lanjutan diketengahkan oleh penyelidik agar pengurusan penyelenggaraan dapat

dipraktikkan dengan lebih baik. Antara cadangan – cadangan lanjutan untuk kajian ini

adalah:

1. Penyelidikan mengenai kepentingan pemeriksaan bangunan dalam

menyelenggara bangunan lama.

2. Penyelidikan mengenai isu dan cabaran dalam melaksanakan kerja –

kerja penyelenggaraan pada bangunan lama.

5.5 Penutup

Hasil analisis penyelidikan kajian ini mendapati bahawa kerja – kerja

penyelenggaraan pada bangunan lama masih terdapat banyak kekurangan dari segi

sistem pengurusan penyelenggaraan. Faktor ini sememangnya tidak boleh dipandang

remeh kerana umumnya mengetahui bahawa penyelenggaraan merupakan perkara

utama bagi memastikan usia bangunan dapat dipanjangkan. Pemuliharaan yang

dilakukan kini pada bangunan lama tidak mencukupi tanpa perlaksanaan kerja – kerja

penyelenggaraan yang berterusan.

Page 124: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

106

RUJUKAN

Hasnan Abdullah (1994). Pengurusan Penyelenggaraan. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.

Azlan Shah Ali (2013). Teknologi Dan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Fatimah, Z., Zainal, A. and Ashraf, A. R. (2011). Masalah Dalam Pemuliharaan

Bangunan Warisan Di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Sains Sosial

Unimas. 20-21hb. April 2011, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak.

Mohamad Shukri bin Boros (2013). Penyelenggaraan Kuarters Kerajaan Di Bawah

Pengurusan Hartanah Putrajaya. Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai.

Nor Amiza bt. Ismail (2013). Penyelenggaraan Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur.

Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

M.A. Othuman Mydin (2015). Implemantation of Effective Maintenance Management

in Building Works. Industrial Engineering Research. 18-21.

Junita Mat Rasid, (2013, Julai 8). Perunding UTM pulihara 208 bangunan lama. Berita

Harian.

Abdul Aziz Hussin (2014). Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malaysia.

Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Borhan & Abdul Halim. (2006, Februari 19). PM arah JKR sedia garis panduan

senggara elak pembaziran. Utusan Online, Retrieved Februari 20,2006, from

http:www.utusan.com.my

Zurainy bt. Rahman (2006). Pemuliharaan Bangunan Lama: Kajian Kes- Bangunan

Pejabat Daerah Batu Gajah, Perak. Ijazah Sarjana Muda, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 125: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

107

A. Ghafar Ahmad (1994). Pengenalan Kepada Bangunan Dan Monumen Lama Di

Malaysia. Pembentangan Kertas Kerja di Bengkel Menangani Masalah

Pemuliharaan Bangunan Lama Di Malaysia. 19-22 Disember. Taiping,

Perak.

Building Rehab Info Net (2004), Common Building Problem Retrieved 13 Oktober,

2015 from http://www.buildingrehab.org.hk/

Kamarul Syahril Bin Kamal (2011). Kerosakan Bangunan dan Penyataan Kaedah

Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia. PhD, Universiti

Sains Malaysia,

S. Johar, A. G. Ahmad, A.I. Che-Ani, N.M. Tawil, I.M.S Usman (2011), Analisa

Kajian Lapangan ke atas Kecacatan Pada Bangunan Masjid Lama di

Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 44-62

Robiah Abdul Rashid, Ahmad Sharim Abdullah, A. Ghafar Ahmad (2013), Kajian

Terhadap Amalan Semasa Penyelenggaraan Bangunan Warisan Di Malaysia.

Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2, Universiti Teknologi Mara Selangor,

Malaysia.

Barrie Chanter and Peter Swallow (2007). Building Maintenance Management. (2nd

ed.). Blackwell Publising Ltd.

Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2014), Alor Setar Dalam Fokus Retrieved 3

Januari, 2016 from http://www.mykedah2.com/main_mel.html#

Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2003), Alor Setar Dahulu dan Sekarang

Retrieved 3 Januari, 2016 from http://www.memori-kedah.com/index.php

Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan Cawangan Kejuruteraan Senggara Ibu Pejabat

JKR Malaysia (2013), Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan

Bangunan.

Page 126: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR … · 2018. 9. 27. · Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya

108

LAMPIRAN