kompetensi 3 lengkap

15
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN TAHAP / LEVEL L1 NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT 03 BUILDING REGULATION AND BY-LAWS OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE PERFORMANCE STANDARD TO COMPLY WITH BUILDING REGULATION AND BY LAWS No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp: 15 Nama Pelatih : Tarikh: TAJUK : UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBINAAN BANGUNAN TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan

Upload: zulleos

Post on 02-Jul-2015

337 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp:15

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE

M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY

NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT

03 BUILDING REGULATION AND BY-LAWS

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

PERFORMANCE STANDARD

TO COMPLY WITH BUILDING REGULATION AND BY LAWS

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp: 15

Nama Pelatih : Tarikh:

TAJUK : UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBINAAN BANGUNAN

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan

undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan

Page 2: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 2 Drp:15

PENERANGAN

1.0 PENGENALAN

Industri pembinaan masa kini dilihat berkembang dengan pesat dan amat memberangsangkan.

Di mana-mana terdapat pembinaan yang akan dibina, sedang dibina dan yang telah siap dibina.

Walau pun perkembangan indusri pembinaan begitu menggalakkan namun ia tidak boleh lari

dari peraturan-peraturan dan undang-undang bangunan yang dikuatkuasakan oleh pihak

berkuasa tempatan. Semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan ini perlulah mematuhi

apa-apa yang terkandung dalam “Building By law” dan Peraturan bangunan. “ Building By law”

dan Peraturan bangunan adalah undang-undang dan garispanduan bagi menentukan kaedah

atau cara apabila berurusan berkaitan pembinaan dan bangunan. Maka sehubungan dengan

itu, setiap bangunan atau struktur tidak dibenarkan pembinaannya kecuali dengan pematuhan

kepada keperluan-keperluan di bawah kod bangunan dan By law. Dalam keadaan tertentu,

inspektor bangunan boleh menetapkan atau meminta pemilik menetapkan apakah kaedah atau

jenis pembinaan atau bahan yang akan digunakan dalam pembinaan bangunan atau struktur

dengan mematuhi keperluan-keperluan kod bangunan. Oeh itu, adalah menjadi tanggungjawab

kepada jurubina bangunan mematuhi keperluan-keperluan yang telah digariskan.

2.0 BUILDING BY LAW

Building by law diperlukan sebagai garis panduan bagi memastikan peraturan dan undang-

undang pembinaan bangunan atau struktur diikuti dan dipatuhi. Tindakan undang-undang boleh

diambil oleh pihak berkuasa tempatan setempat (council) jika berlaku ketidakpatuhan

berasaskan kehendak Building by law.

Building By law adalah dokumen undang-undang yang mengandungi

akta-akta perundangan, kod-kod bangunan dan peraturan-peraturan

Page 3: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 3 Drp:15

bangunan yang mengisytiharkan peraturan berkaitan pembinaan, pindaan,

pembaikan atau perobohan bangunan dan struktur. Artikel 1 dalam ACT of 7

july 1994, Building By Law menyebut;

( The Act – Building Law, hereinafter referred to as “the Act”, shall regulate the activity which

consists in design, construction, maintenance and demolition of building objects and govern the

rules of activity of the public administration authorities in these areas.)

Contoh:

Building By Law mengisytiharkan maklumat yang diperlukan untuk diguna bagi permit

bangunan, permit yuran dan keadaan di mana permit bangunan tidak diperlukan.

Building By Law juga menghuraikan kuasa dan duti inspektor bangunan dan pengeluaran

permit mendiami.

3.0 PERATURAN BANGUNAN

Peraturan bangunan ditafsir sebagai dokumen lampiran bagi menghurai , mentafsir dan

menyokong apa yang termaktub di dalam Building By Law. Ia merupakan satu komponen

dalam building by law. Mana-mana pihak yang hendak melakukan kerja-kerja bangunan

yang tertakluk di bawah Peraturan Bangunan perlu mematuhi peraturan tersebut. Pihak

berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran

perjanjian dengan merujuk akta yang terkandung dalam Building By Law.

Peraturan bangunan adalah huraian garis panduan untuk membina bangunan dengan

kaedah yang telah dilulus dan disahkan berdasarkan keperluan dalam Building by Law

Ia di wujudkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan manusia yang berada di

dalam dan sekitar semua jenis bangunan.

Ia mengandungi maklumat berkaitan peraturan-peraturan bangunan dan sistem kawalan

bangunan.

Akta

133

Akta Jalan, Parit

& Bangunan

1974

Kuasa PBT berhubung tanggungjawab

perancangan jalan, parit dan bangunan di

dalam kawasan pentadbirannya.

Page 4: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 4 Drp:15

Ia juga menyediakan pemeliharaan tenaga seperti juga memastikan akses dan fasiliti

bagi OKU mencukupi.

Peraturan bangunan mengandungi beberapa seksyen yang berurusan dengan definasi

dan prosedur. Ia merancang prinsip-prinsip yang akan disertakan dalam rekabentuk di

mana kerja-kerja bangunan bagi semua jenis bangunan dilaksanakan.

Huraian garis panduan disebut sebagai Keperluan. Keperluan-keperluan yang spesifik

digariskan melalui standard yang diwartakan seperti British Standard (BS) dan

Malaysian Standard (MS).

3.1 Prosedur Peraturan Bangunan

Peraturan Bangunan mengandungi prosedur dan keperluan-keperluan teknikal dalam

proses pembinaan. Ia perlu dipatuhi bagi menghasilkan struktur bangunan yang berkualiti

memenuhi keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan. Peranan Peraturan bangunan ialah :

Mentafsir jenis bangunan, elektrikal dan perpaipan; dan apakah yang membuatkannya

tertakluk kepada aplikasi Peraturan Bangunan

Keperluan bahan dan kemahiran kerja

Keperluan bagi prestasi teknikal dalam kerja bangunan

Menentukan apakah jenis bangunan dan kerja bangunan yang terkecuali daripada

aplikasi Peraturan Bangunan.

Menjelaskan yang mana satu kerja yang boleh diperakui dan dikompetenkan oleh

individu yang bertanggungjawab sebagai mematuhi Peraturan Bangunan.

Mengisytiharkan prosedur pemberitahuan bila kerja bermula, dilaksana dan penyiapan

kerja-kerja bangunan.

Merancang prosedur commisioning dan pengujian bagi semua perkhidmatan

pemasangan yang baru dilakukan.

Merancang perincian dan sijil ujian yang perlu disediakan apabila bangunan baru

disiapkan atau diduduki.

Page 5: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 5 Drp:15

4.0 UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN

Undang-Undang Kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Bangunan.

Undang-Undang Kecil ini hendaklah terpakai kepada semua projek bangunan yang di bina.

4.1 PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

Jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.

Di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan,lukisan atau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan. Tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan waiar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda mengikut mana berkenaan bangunan itu.

Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan tidak berkenaan, mengandungi yang berikut:

(a) suatu pelan tapak yang menunjukkan-

(i) tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan nombor lot dan nombor seksyennya;

(ii) jalan masuk ke tapak itu dan jalan dan nama jalan itu;

(iii) jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan dengan terang atas salah satu daripada pelan-pelan itu;

(iv) dimensi lot itu; (v) garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air kotor dan takat kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu; (vi) skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan yang bersampingan; (vii) dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan;

Page 6: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 6 Drp:15

(viii) semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang dicadangkan untuk membaikkan jalan, sungai atau saliran dan yang seumpamanya, jika berkenaan, menunjukkan lebar jalan baharu atau jalan baharu yang dicadangkan itu serta sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran sekali; (ix) paras tanah tapak yang sedia ada dan yang dicadangkan.

4.2 RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN

Tiap-tiap bangunan yang didirikan hendaklah, mempunyai ruang udara secara mencukupi dan kekal.

Apabila sesuatu ruang terbuka telah diperuntukkan berhubungan dengan sesuatu bangunan menurut Undang-Undang Kecil ini, tiada seorang pun, tanpa kebenaran bertulis daripada Dato Bandar boleh-

(a) membuat atau menyenggara atau membenarkan dibuat atau disenggara apa-apa perubahan dalam ruang terbuka itu; atau

(b) membina atau menyenggara atau membenarkan dibina atau disenggara suatu bumbung alas mana-mana bahagiannya yang akan mengurangkan kawasan ruang terbuka itu.

Saiz minimum bagi setiap ruang udara jika diadakan dalam semua bangunan adalah seperti berikut:

(i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 7 meter persegi;

(ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 9 meter persegi;

(iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 11 meter persegi;

(iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 13 meter persegi;

(v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 15 meter persegi.

Lebar minimum bagi ruang udara itu pada mana-mana sisinya ialah 2.5 meter.

Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah

tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak

kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak

kurang daripada 6.5 meter persegi.

Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak

kurang daripada 2.1 meter.

Page 7: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 7 Drp:15

Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah

masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.

Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-

(a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;

(b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;

(c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan

sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter.

4.3 KERJA--KERJA SEMENTARA BERHUBUNGAN DENGAN KERJA-KERJA BANGUNAN

Apabila sesuatu kerja bangunan dimulakan, orang yang bertanggungjawab atas

pembinaan bangunan itu hendaklah mempamerkan suatu papan yang menunjukkan

nama, alamat dan nombor telefon orang yang mengemukakan dan kontraktor

bangunan.

Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan melainkan suatu papan dinding

pelindung yang mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar didirikan untuk

mengasingkan bangunan itu dari jalan atau lorong jalan.

Akses kenderaan ke tapak itu boleh dihadkan pada waktu-waktu tertentu untuk

mengelakkan daripada menghalang aliran lalu lintas jika didapati perlu.

Bagi bangunan yang direkabentuk melebihi tinggi 18 meter hingga ke lantai penuh

tertinggi sekali, sesalur-sesalur naik mengikut undang-undang kecil 232 hendaklah

dipasang sebaik sahaja selepas bangunan itu melebihi tinggi tersebut untuk

mengadakan kemudahan-kemudahan mencegah kebakaran dalam masa berbagai

peringkat pembinaan itu.

Semasa pembinaan dinding-dinding luar yang tinggi strukturnya melebihi 12.2 meter,

pelantar perangkap hendaklah dipasang di sepanjang bahagian luar dinding tersebut.

4.4 KEHENDAK-KEHENDAK STRUKTUR

Apa-apa bahan yang digunakan –

(a) bagi mendirikan sesuatu bangunan;

(b) bagi mengubah atau menambah struktur sesuatu bangunan;

(c) bagi melaksanakan kerja-kerja atau memasangkan pasangan-pasangan, iaitu kerja-kerja

atau pasangan-pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil

ini dipakai; atau

Page 8: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 8 Drp:15

(d) bagi mengambus mana-mana korekan alas tapak berhubungan dengan sesuatu

bangunan atau kerja atau pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang-

Undang Kecil ini dipakai, hendaklah-

i) Daripada jenis dan kualiti yang sesuai berhubungan dengan maksud- maksud

dan keadaan-keadaan yang digunakan;

ii) Dicampur atau disediakan dengan secukupnya; dan

iii) Dipakai, diguna atau dipasangkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang

baginya ia direkabentuk dengan secukupnya.

Asas tapak sesuatu bangunan hendaklah -

a) Menahan dan memindahkan dengan selamat ke tanah gabungan beban mati, beban

gun a dan beban angin lecara yang tidak menyebabkan apa-apa pengenapan nelebihi

had-had yang direkabentuk baginya atau gerakan lain yang boleh mencacatkan

kestabilan atau nenyebabkan kerosakan kepada seseluruhan atau mana-mana

bahagian bangunan itu atau sesuatu bangunan atau kerja yang bersampingan;

b) Diturunkan hingga ke sekian dalam, atau dibina sedemikian, supaya boleh melindungi

bangunan itu daripada kerosakan oleh pengembangan dan pengecutan tanah bawah;

dan

c) Boleh merintangi dengan secukupnya apa-apa serangan ulat atau daripada apa-apa

bahan perosak yang ada dalam tanah bawah itu.

4.5 KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN

Tiada sesuatu bangunan boleh didirikan atas mana-mana tapak yang telah dikambus

dengan apa-apa bahan yang bercampur dengan jirim najis, binatang atau sayur-

sayuran, sehingga seluruh permukaan tanah atau tapak bangunan itu telah dijadikan

atau menjadi tidak berbahaya dan telah ditambak dengan selapis tanah bukit, teras

keras, batu hangus atau abu yang dihentak-asak sehingga sekurang-kurangnya 300

milimeter tebal.

Apabila kelembapan atau kedudukan tapak sesuatu bangunan menyebabkannya perlu,

tanah bawah tapak itu hendaklah disalirkan secukupnya atau disalinkan secukupnya

atau hendaklah diambil sesuatu langkah lain yang akan melindungi secukupnya

bangunan itu daripada kerosakan oleh sebab kelembapan.

Page 9: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 9 Drp:15

Jika semasa membuat korekan bagi sesuatu bangunan, parit bawah tanah yang sedia

ada dijumpai, parit itu hendaklah sama ada dilencungkan atau diganti dengan paip-paip

daripada bahan yang diluluskan untuk mempastikan air bawah tanah mengalir secara

berterusan melalui parit itu dengan sesuatu tara yang akan mempastikan bahawa tidak

ada air bawah tanah yang memasuki parit itu menyebabkan kelembapan kepada tapak

bangunan itu.

Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180

milimeter dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter dan dimensi-dimensi

ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan

seluruhnya.

Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu

Tangga yang lebarnya lebih daripada 2200 milimeter hendaklah disediakan dengan

susur tangan tengah bagi setiap 2200 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan

mempunyai jarak yang hampir-hampir saran.

Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan

pada setiap sisi tangga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebih.

Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 915 milimeter

lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih

daripada 4.25 meter dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah

tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.

Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat tingginya:

(a) Bangunan kediaman berasingan;

(b) Bangunan kediaman berkembar;

(c) Rumah teres;

(d) Di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan

(e) Bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara Dato Bandar

Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.

Page 10: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 10 Drp:15

Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh disalurkan dengan berkesan

kepada saluran, talang, pelongsor atau palung yang sesuai dan mencukupi yang

hendaklah disediakan mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini bagi

menerima dan membawa semua air yang mungkin jatuh di atas dan daripada bumbung

itu.

Semua bangunan kediaman empat tingkat dan lebih hendaklah disediakan dengan

pelongsor sampah melainkan cara lain bagi pembuangan sampah seperti sistem bekas

induk, unit pembuangan dalam sink, sistem Garchey dan sistem penekan atas tapak

dipasangkan.

Bagi bangunan bukan kediaman, pelongsor sampah tidak boleh dibenarkan.

Pembuangan sampah dan sampah-sarap dalam bangunan tersebut hendaklah melalui

lit pekerja atau dengan cara-cara lain yang memuaskan Dato Bandar.

Bagi semua bangunan bukan kediaman yang melebihi 3 tingkat di atas atau di bawah

paras akses utama, sekurang.-kurangnya satu lif hendaklah disediakan.

4.6 KEHENDAK-KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN

Cara gerakan menentang kebakaran hendaklah dimulakan dengan suatu isyarat

daripada panel penggera kebakaran yang boleh dihidupkan secara automatik oleh satu

daripada alat-alat penggera dalam bangunan itu atau dengan tangan.

4.7 PENGGERA KEBAKARAN, PENGESAN API, PEMADAM API DAN AKSES MENETANG KEBAKARAN

Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan cara-cara mengesan dan

memadam api dan dengan penggera kebakaran bersama-sama dengan tanda tempat

keluar bercahaya mengikut kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual

Kesepuluh Undang-Undang Kecil ini.

Injap semburan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat dan berkepung pada

dinding luar dan hendaklah sentiasa boleh didapatkan oleh Pihak Berkuasa Bomba.

Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu pili

bomba yang ditempatkan tidak lebih daripada 91.5 meter daripada tempat akses

pasukan bomba yang terdekat sekali.

Page 11: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 11 Drp:15

Bangunan-bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18 meter

di atas paras akses perkakas bomba hendaklah dilengkapkan dengan cara

mendapatkan akses dan menentang kebakaran daripada dalam bangunan itu yang

terdiri daripada ruang akses menentang kebakaran, tangga menentang kebakaran, lif

bomba dan sistem pancur kering atau basah.

5.0 PERINCIAN KOD BANGUNAN DAN PERATURAN BANGUNAN

Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri

pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada sesuatu

standard yang diwartakan seperti termaktub Building by law dan Kod Bangunan (komponen

penting dalam Building by law) .Beberapa contoh piawaian yang dikenalpasti termaktub dalam

Peraturan Bangunan menguna pakai standard British (BS) dan Standard Malaysia (MS).

Standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard dan British

Standard adalah seperti berikut

Perincian Kod Bangunan - British standard (BS)

BIL KETERANGAN KOD AMALAN BS

1

Stair, Ladder and Walkway

Rekomendasi bagi rekabentuk tangga

industri,laluan jalan kaki,platform,tangga tetap

BS5395: Part 3:1985

Kod amalan untuk rekabentuk jenis

tangga industri,tangga tetap dan

laluan jalan kaki

2

Berasaskan kepada penetapan gred konkkrit.

Gred konkkrit minimum ditetapkan bagi jenis

elemen yang berbeza: 20N/mm2 bagi konkkrit

bertetulang , 30N/mm2 bagipost-tensioned

prestressed concrete dan 40N/mm2 for pre-

tensioned prestressed concrete.

BSCP110; 1972

Kod amalan untuk rekabentuk

struktur menggunakan konkrit

3

Penetapan minimum 28-hari kekuatan kiub pada

6000lb/sq. inch (approximately 41N/mm2) untuk

pre-tensioned concrete dan 4500lb/sq. inch

(approximately 31N/mm2) untuk konkrit post-

tensioned .

BS CP115 ; 1959

Kod amalan untuk rekabentuk

struktur menggunakan konkrit

prategasan untuk pembinaan

bangunan

Page 12: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 12 Drp:15

Malaysian standard (MS)

4

Penetapan tiga konkrit nominal dengan

bancuhan asas simen:batu baur halus: batu baur

kasar ratio dengan isipadu, 1:1:2, 1:1½:3 and

1:2:4. Minimum 28-hari kekuatan kiub untuk tiga

bancuhan diberi 4500, 3750 dan 3000lb/sq. inch

masing-masing (i.e. approximately 31, 26 and

21N/mm2).

BS P114 ; 1948

Kod amalan bagi rekabentuk

struktur menggunakan konkkrit

bertetulang untuk pembinaan

bangunan

5

Penetapan konkrit gred 5 pada jajaran antara

Gred A (3000lb/sq. inch atau approximately

21N/mm2) hingga gred E (7500lb/sq. inch atau

approximately 52N/mm2).

BS CP 116: 1965

Kod amalan bgi rekabentuk

menggunakan konkrit precast

BIL KETERANGAN KOD AMALAN MS

1 Rekomen bagi menggunakan konkrit berstruktur

pada bangunan dan strukturnya tidak termasuk

jambatan dan konkrit bersturuktur yang dibuat

dengan simen alumina. Rekomendasi bagi

kekuatan ini telah disediakan dengan anggapan

yang semua elemen galas beban cth; slab,kolum

dan tembok adalah dibina dari konkrit

MS 1195 : Part 1 : 1991

Code of practice for structural use

of concrete : Part 1 : Design and

construction.

2 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari

jenis rolled or built-up structural steel sections,

dengan atau tanpa encasement konkrit ,

bertindak sepertimana slab konkrit in –situ .

Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan.

MS 415 : Part 1 : 1976

Code of practice for composite

construction in structural steel and

concrete : Part 1: Simply supported

beams in buildings.

3 standard yang menentukan struktur minimum

,keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi

kelas M, kelas J and kelas S cerucuk konkrit

precast yang mahu diguna kerja-kerja bangunan

dan kejuruteraan sivil

MS 1314 : Part 3 : 2004

Precast concrete piles : Part 3 :

Precast reinforced concrete square

piles (RC piles) Class M, Class J

and Class .

Page 13: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 13 Drp:15

Perincian Peraturan Bangunan

Dalam urusan tertentu seperti kontrak dan tender, peraturan bangunan dinyatakan dalam

bentuk kod. Kod dinyatakan dalam bentuk nombor siri yang merujuk kepada spesifikasi dan

peraturan tertentu (cth BSP114 ;1948 seperti yang dinyata dalam jadual diatas) .Maka dalam

penetapan sesuatu standard,hanya nombor kod yang dinyatakan dan menjadi tanggungjawab

pihak-pihak terbabit memastikan tafsiran yang tepat dengan merujuk dokumen Building by law

Salah satu peraturan bangunan yang disebut dalam dokumen Building By law adalah seperti

mana berikut (terjemahan dari Uniform Building by Law 1984 G.N.5178/85 muka surat 61):

(5) Pintu halang api termasuk kerangka mesti dibina mengikut spesifikasi memenuhi keperluan

FRP apabila diuji selaras dengan seksyen 3 BS 476: 1951

(a) Pintu dan kerangka yang dibina selaras dengan satu daripada spesifikasi berikut hendaklah

dikira memenuhi keperluan untuk pintu yang mempunyai FRP setengah jam:

(i) Pintu satu daun dengan lebar 900mm x 2100mm tinggi maksimum atau pintu dua

daun dengan 1800mm x 2100mm tinggi maksimum dibina dengan kayu solid jenis

keras (hardwood core) tidak kurang dari 37mm dilamina dengan perekat yang

memenuhi samada BS 745 : “Animal Glue” atau BS 1204”Synthetic resin adhesive

(Phenolic and aminoplastic) untuk kayu” part 1.” Gap-filling adhesive “, atau BS

1444,”Cold setting casein glue” untuk kayu,dilapis dengan plywood pada kedua-dua

muka pintu dengan tebal keseluruhan 43mm dengan penyudah sisi dari jalur sisi

kayu padu dipasang mengikut lebar pintu sepenuhnya. Bagi pintu dua daun, dua sisi

bingkai yang bertemu hendaklah dibuat tetingkat dengan kedalaman 12mm atau

boleh juga ditemukan dengan syarat kelegaannya dipastikan pada jarak minimum.

4 Malaysian Standard meliputi peraturan dan

maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek

dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod

ini akan membantu profesional bangunan dalam

industri pembinaan bagi menentukan dokumen

kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel

prefabricated .

MS 1313 : 1993

Code of practice on large

prefabricated panels.

5 Bahagian Malaysian Standard ini memberi

rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan

jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan

normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas

latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima

jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan

dalam standard ini.

MS 1294 : Part 2 : 1993

Wall and floor tiling : Part 2 : Code

of practice for the design and

installation of external ceramic wall

tiling and mosaics (including terra

cotta and faience slabs).

Page 14: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 14 Drp:15

UJI DIRI

1. Senaraikan 5 undang-undang kecil bangunan yang berkaitan dengan RUANG

KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN

i …………………………………………………………………….

ii ……………………………………………………………………..

iii …………………………………………………………………….

iv …………………………………………………………………….

v ……………………………………………………………………

2. Senaraikan 5 undang-undang kecil bangunan yang berkaitan KEHENDAK-KEHENDAK

PEMBINAAN

i …………………………………………………………………….

ii ……………………………………………………………………..

iii …………………………………………………………………….

iv …………………………………………………………………….

v ……………………………………………………………………

3. Nyatakan 2 contoh piawaian yang dikenalpasti termaktub dalam Peraturan Bangunan.

i …………………………………………………………………….

ii ……………………………………………………………………..

Page 15: Kompetensi 3 lengkap

No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 15 Drp:15

RUJUKAN:

1. Uniform Building By-laws,1984 International law book service

2. Specifications, Codes and Standards www.aisc.org/content.aspx?id=2884

3. Building Regulations, Applications and Guidance

www.tmbc.gov.uk/cgi-bin/buildpage.pl?mysql=366

4. Safety Precautions for Construction | eHow.com www.ehow.com › Business

5. The Safety Precautions in a Construction Industry wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics

6. MALAYSIAN STANDARD www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd

7. SUMMARY: The Building Bylaw sets out regulations regarding the ... www.kelowna.ca/.../bylaws/Building%20Bylaw,%201993,%20No.%...

8. ACT of 7 July 994 BUILDING LAW www.paiz.gov.pl/files/?id_plik=7120