buku panduan konflik dan stress.docx

33
BUKU PANDUAN PENGURUSAN KONFLIK & STRESS SHAMSIAH BINTI SHARIFFXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXX OLEH

Upload: janeen-sullivan

Post on 14-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

BUKU PANDUAN PENGURUSAN KONFLIK & STRESS

BUKU PANDUAN PENGURUSAN KONFLIK & STRESS

KANDUNGANThis placeholder text includes tips to help you quickly format your report and add other elements, such as a chart, diagram, or table of contents. You might be amazed at how easy it is.

KONFLIK DAN STRESSAPA ITU TEKANAN / STRESS PENGURUSAN STRESS DEFINASI1. Berasal dari perkataan yang "Eustress" yang membawa maksud :

(a) Boleh menyesuaikan diri(b) Stress yang membina

2. Ia juga berasal daripada perkataan "Distress" yang bermaksud:

(a) Tidak boleh menyesuaikan diri(b) Boleh merosakkan diri

Oleh itu, Stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan seharian

MENGURUS STRESS

Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a) Riadah

Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Ganjaran Diri

Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c) Percakapan diri yang membina

Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e) Penulisan

Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) Berjenaka

Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah... ... ..'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik

Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.

TEKNIK ATASI STRESS(a) Jumpa para profesional(b) Alih pandangan kepada yang releks(c) Gunakan teknik meditasi(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit(e) Menyusun keutamaan tugas(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain(h) Latihan pernafasan dalam(i) Mengurus masa(j) Mandi dalam air suam(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal(l) Melihat dari segi positif(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah(n) Terapkan semula matlamat yang realistik(o) Ingat peranan anda di dunia

TEKANAN ATAU STRES DEFINISI DAN KAEDAH MENANGANINYA Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan.

Kehidupan penuh dengan pelbagai perkara sama ada baik atau buruk, positif atau negatif. Itu semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tanpa diundang. Tekanan boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai kehidupan dijadikan sebagai pengalaman.

Dalam Islam, tekanan ataupun boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan ujian Allah yang semata mata untuk menguji ketakwaan hambaNya.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani ujian sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan baik mungkin sesuatu yang lebih mudarat boleh berlaku. Ini semua bergantung kepada individu itu bagaimana penerimaannya. Tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi kemudaratan dalam kehidupan.

STRES - DEFINISI

Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya.

Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stres yang dicipta dalam dirinya sendiri.

Faktor persepsi adalah penting dalam mengkategorikan sesuatu perkara itu perkara positif atau negatif. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.

Berdasarkan definisi di atas, boleh dikatakan bahawa semua perkara yang datang kepada kita adalah tekanan ataupun stres. Bergantung kepada darjah tekanan itu, bergantung kepada individu untuk menerimanya sebagai perkara positif ataupun negatif.

Stres yang diterima dengan berlapang dada pasti menjadikannya ia sebagai perkara yang positif yang menzahirkan tindakan atau tingkahlaku yang positif. Stres yang diterima dengan tidak sepenuh hati dan dianggap sebagai perkara yang negatif akan melahirkan tindakan yang negatif.

Dengan mengambil contoh, dalam menerima tugas dalam kerja. Jika individu itu mengganggap tugasan itu sebagai satu tanggungjawab (positif) yang perlu dilaksanakan, ia akan melahirkan tindakan yang bersungguh sungguh untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Ditambah dengan kemahiran, ilmu yang sedia ada dan sumber sumber yang boleh diperolehi dan sedia ada bagi melaksana dan menyelesaikan tugasan itu.

Jika individu mengganggap tugasan itu sebagai satu beban (negatif), ia akan melahirkan tindakan yang tidak menunjukkan usaha yang bersungguh sungguh dan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan tiada kemahiran dan ilmu yang mencukupi dalam membantu menyelesaikan tugasan itu.

Namun jika individu merupakan seorang individu yang berfikiran positif, tugasan yang pada mulanya yang dianggap perkara negatif boleh ditukarkan menjadi suatu perkara yang positif dengan berusaha mencari jalan dan cara untuk mendapatkan sumber sumber yang diperlukan bagi tugasan tersebut.

PUNCA STRES

# Terlalu inginkan kemenangan# Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan# Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik# Suka mendesak# Risau keterlaluan# Tidak mahu menerima teguran# Berprasangka buruk dan berdendam.# Cemburu dengan kejayaan orang lain# Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan# Masalah kewangan# dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

STRES MENUNJUKKAN PERUBAHAN

# Perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, murung, gelisah, kelesuan, ketakutan, mudah mengamuk# Sentiasa rasa bersalah# Suka termenung# Prestasi merosot # Kekeringan idea# Hilang tumpuan# Sukar tidur# Hilang selera makan.

Stres perlu ditangani dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Ada sebilangan besar masyarakat meleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal sihat dan panduan agama. Contoh bersukaria, menikmati muzik, berkaraoke, menari dan mengambil ubat penenang. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian sesungguhnya tak lebih hanyalah bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif yang lebih berat kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada merokok, minum arak dan pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan. Lebih berat lagi ada yang sanggup membunuh diri.

Faktor-Faktor STRESS

Assalamualaykum wbt dan Salam Ramadhan ke-12.Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.In Sha ALLAH.Okess! Seperti yang Awla janjikan sebelum ini, hari ini Awla akan sambung kembali tentang STRESS!

Sebelum ini Awla dah ceritakan apa itu Stress sebenarnya kan ? Hope semua dah faham :)Kalau tak faham lagi , jom baca entri ini dengan lebih lanjut. In Sha Allah, akan lebih faham. :)First, kita kaji dahulu apa punca atau faktor yang menyebabkan tercetusnya STRESS ini.. ??

* Ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni ??Stress boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, daripada bayi sehingga warga emas. Contohnya, STRESS di tempat kerja, di rumah, di sekolah dan di mana sahaja kita mula merasai stress itu wujud. Ada orang stress disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak, ada pelajar yang stress bila gagal, ada ibu bapa yang stress apabila mengalami krisis rumah tangga. Malah ada orang STRESS disebabkan pilihan pakaian terlalu banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana untuk buat baju raya ;)

Stress terbahagia kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Jom kita Terjahh, apa faktor dalaman yang boleh menyebabkan STRESS!

FAKTOR DALAMAN(a) PerwatakanJika dilihat seperti contoh yang Awla berikandi awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalahanugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayudan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yangmeminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,pelbagai minat dan nilai danseumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang adapada diri kita.

(b) Kendiri yang terlalu idealManusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian ataucita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusahauntuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk mengejar impian tersebut. Cita-cita dan Impian tinggi tapi usaha kosong ? Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atauorang yang telah berjaya,tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu, malah kita masih dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Perkara ini sangat tidak tepat sekiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.

(c) KognitifKognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia.Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yangnegatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat danpotensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitifyang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudahmengalami stress kerana berfikiran lemah. Justeru, kita tidak dapatmenimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stressakan mudah datang kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

(f) Tidak selaraspersonalitiStress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antarapersonaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yangmempunyai minat di bidang sosial iaitu ingin menjadiguru dan sebagainya tetapi bekerjasebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antaraminat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpastinya sungguh-sungguh.

(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasaStress juga terjadi kepada manusia yangmempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untukberinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengardengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.

(e) Keperluan dan kemahuanSetiap manusia pasti mempunyai keperluan dan kemahuan masing-masing dalam kehidupan ini. Cuma, yang membezakannya samaada keperluan dan kemahuan itu sedikit atau banyak. Sebagai contoh, remaja yang kekurangan kasih sayang dalam hidupnya boleh mendatang stress yang besar kepada dirinya. Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai keperluan yang mencukupi akan mengalami stress jika tidak ditangani dengan baik.

FAKTOR LUARAN(a) Sosial dan tempat kerjaSelalunya kita tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yangmencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia, masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah makakita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialahmanusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

(b) Hubungan dengan keluargaRamai orang mengalamistress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya, ibutidak lagi memberi penghargaan kepadaanak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayahsebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur daninilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru, perkaraini perlu diberi perhatian. Maka kitaperlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu samalain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

(c) PersekitaranPersekitaran dan keadaan cuaca yang tidak stabil juga boleh menyebabkan stress. Contohnya, para pelajar membuat bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh mendatangkan stress kepada pelajar lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik boleh menyebabkan stress kepada petani yang sedang bekerja. Oleh itu, stress ini boleh di atasi dengan cara yang baik jika tahu bagaimana cara untuk mengatasinya.

Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik

2