contoh rancangan perniagaan

20
PB 201 – ENTREPRENEURSHIP RANCANGAN PERNIAGAAN GROUP MEMBERS : 1) HABIBAH BINTI ARBAIN (16DEM12F2017) 2) NOR SYAHIRAH BINTI MOHD NASIR (16DEM12F2012) 3) NUR FARHANIS BINTI NAJMI (16DEM12F2015) 4) NOR EZATI BINTI MAT SALIN (16DEM12F2021) 5) AZIMAH BINTI AZMI (16DEM12F2007) MECHANICAL ENGINEERING DEPARTMENT

Upload: habibah

Post on 11-Dec-2015

5.635 views

Category:

Documents


444 download

DESCRIPTION

Contoh Rancangan Perniagaan

TRANSCRIPT

PB 201 – ENTREPRENEURSHIP

RANCANGAN PERNIAGAAN

GROUP MEMBERS :

1) HABIBAH BINTI ARBAIN (16DEM12F2017)2) NOR SYAHIRAH BINTI MOHD NASIR (16DEM12F2012)3) NUR FARHANIS BINTI NAJMI (16DEM12F2015)4) NOR EZATI BINTI MAT SALIN (16DEM12F2021) 5) AZIMAH BINTI AZMI (16DEM12F2007)

CLASS : DEM 6(A)

LECTURER : PUAN ROZEAH BINTI RAMLEE

MECHANICAL ENGINEERING DEPARTMENT

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)

__________________________________________

KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN

EXCLUSIVE SCARF AND SHAWL BOUTIQUE

HIJABISCUTE ENTERPRISE

DISEDIAKAN OLEH :

HIJABISCUTE ENTERPRISE

DIMILIKI OLEH :

HIJABISCUTE ENTERPRISE

LAYARI KAMI :

FACEBOOK (HIJABISCUTE)

INSTAGRAM (HIJABISCUTE)

EMAIL ([email protected] / http://hijabiscute.blogspot.com)

CONTACT (05-3594936 / 012-3456789)

ISI KANDUNGAN

No. Isi kandungan Muka Surat

1.0 Ringkasan Abstrak………………………………………………… 1

2.0 Pengenalan Perniagaan……………………………………………. 2

3.0 Tujuan Rancangan Perniagaan / Kertas Kerja…………………….. 3

4.0 Latar Belakang Perniagaan………………………………………... 4

5.0 Latar Belakang Pemilik…………………………………………… 5

6.0 Latar Belakang Projek…………………………………………….. 6

7.0 Rancangan Organisasi…………………………………………….. 7

8.0 Rancangan Pemasaran…………………………………………….. 8 - 9

9.0 Rancangan Pengeluaran / Operasi………………………………… 10 - 11

10.0 Rancangan Kewangan…………………………………………….. 11

11.0 Jadual Pelaksanaan Projek………………………………………… 12

12.0 Rumusan…………………………………………………………

12

13.0 Lampiran / Dokumen Sokongan…………………………………... 13

1.0 RINGKASAN ABSTRAK

HIJABISCUTE Enterprise memulakan perniagaan dengan mendaftar dibawah Syarikat

Suruhanjaya Malaysia (SSM). Butik online HIJABISCUTE Enterprise merupakan sebuah Butik

Eksklusif Scarf & Shawl. HIJABISCUTE Enterprise telah memulakan perniagaan pada 7 Julai

2015. Kebanyakkan stok kain scarf dan shawl kami diimport dari Bandung, Indonesia dan kami

mempunyai pemborong tetap yang mempunyai fabrik kain yang berkualiti. Perniagaan ini

dilakukan dari rumah dan juga secara online.

HIJABISCUTE Enterprise berharap mendapat tempat dan menambat hati para pelanggan

terutamanya wanita bertudung masa kini. Perniagaan ini menyasarkan jumlah pendapatan kasar

minimum RM3000 sebulan dan menjual pelbagai kategori Scarf & Shawl. Dalam perancangan

setiap tahun, perniagaan ini akan menambah bilangan stok Scarf & Shawl supaya jumlah

pendapatan meningkat. Kami meletakkan sasaran menjadi antara pengedar Scarf & Shawl yang

dikenali ramai dan mendapat tempat serta menambat hati para pelanggan terutamanya wanita

bertudung masa kini.Butik kami menjaminkan Kuantiti fabrik,rekaan dan jahitan tudung serta

manik dan sulam akan sentiasa terjamin.

Menjadikan HIJABISCUTE Enterprise sebagai satu-satunya pembekal dan pusat tudung

eksklusif yang terbaik dengan corak rekaan yang sentiasa moden dan terkini. Memberi inspirasi

kepada wanita masa kini khususnya beragama islam yang mementingkan penampilan anggun dan

bergaya. Selain itu, HIJABISCUTE Enterprise berharap menjadi pelopor kepada dunia fesyen

bertudung masa kini dan akan sentiasa menyediakan pelbagai koleksi terbaru Butik online

HIJABISCUTE Enterprise yang lebih eksklusif.

2.0 PENGENALAN PERNIAGAAN

2.1 Nama Syarikat

HIJABISCUTE ENTERPRISE (Exclusive Scarf & Shawl Boutique)

2.2 Jenis Perniagaan yang Diceburi

Perkongsian.

2.3 Lokasi / Alamat Perniagaan

No 657 Persiaran Utama 2/9, Kulim Utama, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah Darul

Aman.

2.4 Tarikh Perniagaan Bermula

7 Julai 2015.

2.5 Produk dan perkhidmatan

Produk yang kami niagakan adalah seperti Scarf & Shawl yang mementingkan gaya anggun

muslimah masa kini dan akan bertambah dari masa ke masa. Contohnya: shawl bersulam,

tudung sarung untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur, inner neck, inner shawl dan

banyak lagi.

Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dari kami untuk para

pelanggan seperti perkhidmatan tentang cara pemakaian Scarf & Shawl. Menyediakan video

cara pemakaian Scarf & Shawl di blog HIJABISCUTE Enterprise. Kami juga menyediakan

tempahan dan juga pesanan secara borong. Bagi yang inginkan tudung yang tampak lebih

eksklusif, kami menerima tempahan dari pelanggan untuk tambahan jahitan sulaman atau

manik. Sasaran perniagan kami adalah seperti remaja IPTS dan IPTA serta bagi wanita yang

berkerjaya.

3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

3.1 Rancangan perniagaan ini bertujuan untuk :

3.1.1 Rancangan perniagaan ini disediakan oleh Hijabiscute Enterprise sebagai panduan

untuk menguruskan dan menjalankan produk yang dihasilkan. Dengan itu, ia

memastikan perniagaan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

3.1.2 Untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan proses perniagaan dan memastikan

keseluruhan bajet digunakan tanpa berlaku pembaziran atau kekurangan kewangan

semasa perniagaan dijalankan.

3.1.3 Ini akan bertindak sebagai rujukan dan bukti bagi pihak berkuasa untuk meluluskan

perniagaan dan memberi lesen untuk menjalankan perniagaan secara sah. Ia adalah

penting untuk menunjukkan komitmen kami dan membuat pihak berkuasa

mempunyai keyakinan untuk memberi kami lesen perniagaan.

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

HIJABISCUTE Enterprise di tubuhkan pada 19 August 2015. Perniagaan ini menjual tudung

moden. Matlamat penubuhan kedai ini adalah selari dengan dasar kerajaan yang menggalakan

pertumbuhan pesat di dalam sektor perkhidmatan am.

4.1 Butir-Butir Perniagaan / Syarikat

Nama Perniagaan : HIJABISCUTE Enterprise (Exclusive Scarf & Shawl Boutique)

Lokasi Perniagaan : No 657 Persiaran Utama 2/9, Kulim Utama, Kulim Hi-Tech Park,

09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Nombor Telefon  : 05-3594936 / 012-3456789

E-mail : [email protected] / http://hijabiscute.blogspot.com

Bentuk Perniagaan :  Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan

seperti perkhidmatan tentang cara pemakaian Scarf & Shawl.

Menyediakan video cara pemakaian Scarf & Shawl di blog

HIJABISCUTE Enterprise. Menyediakan tempahan dan juga pesanan

secara borong.

Tarikh Memulakan Perniagaan : 19 August 2015

Tarikh Perniagaan Didaftarkan : 17 Jun 2015 2009

Nombor Pendaftaran Perniagaan : A 50074936

Nama Bank Perniagaan : CIMB Bank

Nombor Akaun Bank : 241736-096-6394

Modal Perniagaan : RM 3000.00

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

HIJABISCUTE Enterprise didaftarkan pada 17 Jun 2015 , dimiliki oleh lima orang pemilik iaitu

Nur Farhanis Binti Najmi, Nor Syahirah Binti Mohd Nasir, Nor Ezati Binti Mat Salin, Habibah

Binti Arbain dan Azimah Binti Azmi kesemuanya 21 Tahun, berpendidikan Sijil Pelajaran

Malaysia dan bakal memiliki Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah, Kulim, Kedah. Jenis perniagaan ialah menjual tudung moden.

5.1 Butiran Pemilik

Nama : Nur Farhanis Binti Najmi

No. Kad Pengenalan : 941015-08-5524

Alamat Tetap : No. 17 Jalan Intan Baiduri, Taman Gopeng Setia, 31600 Gopeng,

Perak Darul Ridzuan.

Tarikh Lahir : 15 / 10 / 1994

Umur : 21 Tahun

Jantina : Perempuan

Taraf Perkahwinan : Bujang

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia

Agama : Islam

Pengalaman Kerja : Dua Tahun Menjadi Tenaga Pengajar Jahitan

Pekerjaan Sekarang : Pelajar

Kursus-Kursus Yang Dihadiri : 1. Program Usahawan Institut Belia Negara

2. Kursus Asas Perniagaan

Nombor Telefon : 012-6034525

6.0 LATAR BELAKANG PROJEK

6.1 Lokasi.

Lokasi perniagaan, kami memilih berniaga di rumah dan politeknik untuk menjimatkan kos

perbelanjaan dan mengelak dari membayar cukai. Di sebabkan sektor kos sara hidup yang

semakin meningkat.

6.2 Pemasaran.

Kami menggunakan laman sosial sebagai strategi pemasaran perniagaan supaya mudah

menarik perhatian pembeli di luar sana dan lebih menjimatkan kos kami.

Gambarajah 6.2.1 : Contoh perniagaan di laman sosial.

7.0 RANCANGAN ORGANSASI

7.1 Objektif :

1) Untuk menjana pendapatan sampingan.

2) Untuk mencari dan mempelajari selok belok perniagaan dengan lebih mendalam.

3) Sebagai sokongan dan kemudahan kewangan pada masa depan.

7.2 Matlamat Organisasi :

1) Matlamat kami ialah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai sebuah

perniagaan yang berdaya saing.

2) Memastikan perniagaan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembeli.

3) Menjaga hubungan baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.

7.3 Carta Organisasi :

PENGURUSNOR SYAHIRAH

PENTADBIRAN/ KEWANGAN

NOR EZATI

OPERASI / PERKHIDMATAN

AZIMAH

PEMASARANNUR FARHANIS

PENGELUARANHABIBAH

8.0 RANCANGAN PEMASARAN

8.1 Analisis SWOT

8.1.1 Kekuatan

1) Mengimport fabrik kain tudung dari Negara luar seperti di Indonesia

2) Mempunyai koleksi fabrik tudung yang berkualiti tinggi

3) Lebih mementingkan keselesaan dan harga scarf dan shawl yang berpatutan

8.1.2 Kelemahan

1) Tiada pengalaman perniagaan sendiri

2) Belum ada strategi pemasaran yang berkesan

3) Pendapatan gaji yang tidak tetap

8.1.3 Peluang

Perkembangan laman media sosial lebih memudahkan proses pencarian pelanggan

kerana kebanyakkan pelanggan mempunyai masa yang terhad untuk membeli belah

di luar.

8.1.4 Ancaman

1) Persaingan harga yang tidak sihat.

2) Perkhidmatan secara online mudah dikaji oleh pesaing seperti harga yang

ditawarkan

3) Laman media sosial mudah digodam.

8.2 Strategi Pemasaran

8.2.1 Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Kami menawar perkhidmatan seperti Cash On Delivery ataupun COD. Selain itu,

kami juga menawarkan penghantaran di kawasan yang berhampiran di kawasan

politeknik.

8.2.2 Sasaran pasaran

Sasaran pasaran bagi produk kami lebih difokuskan kepada semua muslimah seperti

pelajar, penyarah dan pekerja bekerjaya di kawasan Kulim.

8.2.3 Pesaing-pesaing utama

Kami telah mengenal pasti pesaing-pesaing utama seperti bisnes-bisnes online yang

kini wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan .

8.2.4 Kekuatan dan kelemahan pesaing

Kekuatan pesaing luar mereka lebih mempunyai banyak masa dan menjual dengan

lebih murah. Kelemahan mereka pula cara pernigaan dan pemasaran tidak menarik

perhatian para pengguna malahan produk lebih mahal.

8.2.5 Ramalan Jualan

Kami mensasarkan jualan pada tahun ini lebih menguntungkan kerana kami telah

meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mengikut kehendak pembeli.

8.2.6 Strategi promosi

Bentuk promosi yang kami cadangkan ialah akan mengadakan jualan murah pada

setiap hujung bulan untuk 10 orang pembeli.

8.2.7 Strategi harga

Harga seunit ialah RM10 hingga RM30.

9.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

9.1 Carta aliran proses operasi

Gambarajah 9.1.1 : Carta aliran proses operasi

9.2 Keperluan bahan bulanan dan kos

Jenis Tudung Kuantiti Harga / Kuantiti (RM) Jumlah (RM)

Bawal Crepe 20 5.00 100.00

Bawal Satin 40 5.00 200.00

Instant Shawl 1 20 7.00 140.00

Instant Shawl 2 20 7.00 140.00

Instant Shawl 3 20 8.00 160.00

JUMLAH 740.00

Jadual 9.2.1 : Keperluan bahan bulanan dan kos

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

No. Keperluan RM Catatan

1. Pembelian stok (tudung) 800.00 Berdasarkan hasil jualan tertinggi

dan permintaan pelanggan

2. Tempahan beg kertas 30.00 500pcs untuk bekalan sebulan

3. Perbelanjaan Pra-Operasi 200.00 Perbelanjaan promosi,

pengiklanan

4. Modal pusingan 3,000.00 Keperluan modal pusingan

selama 3 bulan

Jumlah 4,030.00

Jadual 10.1 : Jadual perancangan kewangan

11.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

No. Perlaksanaan Tarikh Jangkaan

1 Permohonan Pembiayaan 9 / 4 / 2015

2 Temuduga Pertama 9 / 4 / 2015

3 Temuduga Kedua 25 / 4 / 2015

4 Kelulusan 2 / 5 / 2015

5 Proses Dokumentasi & Guaman 2 / 5 / 2015

6 Pengeluaran Wang 17 / 5 / 2015

7 Urusan pendaftaran SSM 17 / 6 / 2015

7 Pencarian pekerja 17 / 7 / 2015

8 Pembelian Stok 18 / 7 / 2015

9 Kedai beroperasi sepenuhnya 19 / 8 / 2015

Jadual 11.1 : Jadual pelaksanaan projek

12.0 RUMUSAN

Dengan HIJABISCUTE Entreprise ini, saya yakin dapat memulakan perniagaan tudung saya

dengan menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik kepada pelanggan dan seterusnya

mampu bersaing di pasaran tempatan. Dengan khidmat nasihat pihak Hijabiscute Entreprise juga

saya pasti projek cadangan saya akan berjaya dan terus berkembang pesat.

Oleh itu, saya berharap agar pihak [agensi pembiaya / bank] dapat mempertimbangkan

permohonan pembiayaan saya ini bagi membolehkan saya merealisasikan impian saya membuka

kedai tudung Impian saya ini.

13.0 LAMPIRAN / DOKUMEN SOKONGAN

13.1 Kad Pengenalan Pemilik