metodologi prototype

Upload: joe-zulkefli-ismail

Post on 03-Jun-2018

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    1/70

    BAB 5

    METODOLOGI KAJIAN

    5.1 Pengenalan

    Oxford Compact English Dictionary mendefinisikan kajian sebagai the

    systematic investigation into and study of materials, and sources, in order to

    establish facts and reach new conclusions (ODEC, 1996). Graziano dan Raulin

    (1996) mendifinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai suatu pencarian yang

    sistematik terhadap maklumat serta suatu proses penyelidikan. Brew (2001) telah

    menyenaraikan beberapa definisi yang dirasakan bertepatan dengan maksud kajian

    itu sendiri, iaitu:

    Kajian merupakan pencarian sesuatu dan menyebarkannya kepada umum Kajian melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan ilmu Kajian merupakan suatu proses sistematik kajian, kepentingan umumnya

    yang mana menyumbang kepada himpunan ilmu yang membentuk serta

    memandu bidang akademik dan/atau praktis

    Kajian adalah mengenai ilmu lanjutan dan pemahaman

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    2/70

    108

    Graziano dan Raulin (1996) telah mengkategorikan beberapa fasa bagi kajian

    sesuatu penyelidikan ke dalam jadual yang mana konsep fasa bagi kajian

    membekalkan model konseptual satu dimensi. Merujuk kepada Jadual 5.1, kajian

    bermula dengan idea, dan alirannya melalui fasa yang berturut-turut bertindih di

    dalam proses penyelidikan. Setiap fasa mengandungi sifatnya tersendiri, tugasan

    yang berbeza disempurnakan pada setiap penyediaan fasa seterusnya.

    Jadual 5.1 : Fasa kajian penyelidikan (Sumber : Graziano dan Raulin, 1996)

    Fasa janaan idea Mengenalpasti kecenderungan topik kajian

    Fasa pendefinisian masalah Memperhalusi idea yang tidak jelas dan umum yang dijana

    pada langkah sebelumnya kepada soalan-soalan yang teliti

    untuk dikaji

    Fasa rekabentuk prosedur Memutuskan setiap prosedur spesifik yang akan digunakan

    di dalam pengumpulan dan analisis statistikal data

    Fasa pemerhatian Kumpul data pemerhatian daripada subjek kajian

    Fasa analisis data Analisa data yang dikumpul menggunakan prosedur

    statistikal yang sesuai

    Fasa interpretasi Bandingkan keputusan yang yang didapati dengan yang

    diramal melalui asas teori (adakah keputusan menyokong

    teori?)

    Fasa komunikasi Sediakan laporan bertulis atau oral terhadap kajian yang

    dijalankan

    Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi

    melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi

    melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Secara umumya,

    Fielding dan Schreier (2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis

    metodologi kajian iaitu:

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    3/70

    109

    (i) Kajian kuantitatif Merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenalpasti

    yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah

    oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa

    menggunakan teknik statistikal (Neuman, 2000).

    Kaedah kajian kuantitatif yang biasa ialah kajian eksperimental dankajian tinjauan (Fellows dan Liu, 1997).

    (ii) Kajian kualitatif Menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk

    pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara interpretasi

    manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran

    di mana mereka tinggal.

    Kajian kualitatif termasuklah kajian tindakan, kajian kes dan jugakajian etnografi (Creswell, 1994).

    (iii) Kaedah hybrid Kaedah kajian integrasi antara kaedah kajian kuantitatif dan keadah

    kajian kualitatif.

    5.2 Metodologi Projek

    Metodologi boleh ditakrifkan sebagai suatu jujukan aktiviti yang sistematik

    bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi

    pengaturcaraan. Sebuah metodologi akan menggunakan satu set teknik yang

    digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik. Terdapat beberapa

    jenis metodologi pembangunan yang boleh digunakan dalam membangunkan

    sesebuah aplikasi sistem. Setiap pendekatan yang dipilih haruslah bersesuaian

    dengan projek yang akan dibangunkan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    4/70

    110

    5.2.1 Pengenalan

    Metodologi yang dipilih untuk melaksanakan projek ini ialah metodologi

    prototaip. Proses prototaip terdiri daripada proses melaksanakan sistem percubaan

    dengan cepat dan murah untuk dinilai oleh pengguna akhir. Prototaip merupakan

    versi awal bagi sesuatu aplikasi sistem dan akan menjadi sumber awal bagi sesuatu

    sistem. Pendekatan ini melibatkan proses memperincikan hasil awalan secara iteratif

    iaitu satu proses yang mengulang langkah-langkah dalam pembangunan sesebuah

    aturcara beberapa kali sehingga ia memenuhi keperluan pengguna. Pendekatan ini

    makin popular dan diiktiraf sebagai satu kaedah pembangunan sistem yang efektif.

    5.2.2 Pendekatan Metodologi

    Terdapat dua jenis pendekatan metodologi prototaip iaitu Prototaip Evolusi

    dan Prototaip Keperluan / Siap Buang. Di dalam tesis ini, hanya akan ditekankan

    terhadap aplikasi Prototaip Evolusi sahaja.

    5.2.2.1 Prototaip Evolusi

    Prototaip Evolusi merupakan metodologi pembangunan aplikasi sistem yang

    boleh direalisasikan dengan lengkap. Ia menggunakan teknik dan alat bantu yang

    sama seperti prototaip keperluan, kecuali ia tidak akan dibuang, malah ia akan

    menjadi aplikasi sistem yang sebenar. Objektif pendekatan ini ialah untuk

    menghasilkan satu sistem yang berfungsi kepada pengguna akhir. Bermula dengankeperluan pengguna yang difahami dengan jelas, prototaip dibina dan dinilai

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    5/70

    111

    sehingga spesifikasinya dipenuhi sebelum diimplementasikan sebagai aplikasi akhir.

    Fasa-fasa yang terlibat ialah ditunjukkan seperti di dalam Rajah 5.1 di bawah.

    (i) Kenalpasti keperluan utama

    Dalam menghasilkan projek ini keperluan utama yang diperlukan adalahsuatu Intelligent Decision Support System (DSS) bagi pemilihan

    kontraktor binaan. Ia dibangunkan dengan menggunakan beberapa

    perisian seperti Visual Basic 6.0, Expert Choice dan sebagainya.

    (ii) Bangunkan prototaip

    Sistem yang terdapat di dalam DSS.(iii) Kajisemula prototaip bersama pengguna

    Selepas prototaip dibangunkan, kajian semula adalah perlu bagimemastikan DSS yang akan dihasilkan memenuhi kehendak pengguna.

    Rajah 5.1 : Carta alir prototaip evolusi

    Kenalpasti

    keperluan utama

    Bangunkanprototaip

    Kaji semula prototaip

    bersama pengguna

    Bina aplikasi

    sitem terakhir

    (sistem sebenar)

    Baiki danubahsuai

    keperluan

    tidak

    ya

    Prototaip

    diterima?

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    6/70

    112

    (iv) Baiki dan ubahsuai keperluan

    Jika sistem yang dihasilkan tidak memenuhi kriteria yang diperlukan,perhatian yang sewajarnya perlu bagi tindakan untuk mengubahsuai

    prototaip yang telah dihasilkan sebelum ini. Sebarang kesalahan akan

    diperbetulkan dan dibuat pemantauan dari masa ke semasa.

    (v) Bina sistem yang terakhir

    Jika semua pihak telah berpuashati dengan prototaip yang dicadangkan,maka DSS dihasilkan akan disebarkankan dan sedia digunakan oleh klien.

    5.2.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi

    Pemilihan metodologi dibuat selepas menganalisa kelebihan dan

    kelemahannya untuk digunakan sebagai metodologi bagi projek ini. Metodologi

    prototaip evolusi dipilih bagi membangunkan projek ini kerana memenuhi keadaan-

    keadaan berikut:

    (i) Menyokong pembangunan Decision Support System yang memerlukanspesifikasi yang terperinci. Oleh itu, ia amat bersesuaian dengan

    pembangunan suatu sistem bijak (intelligent system). Penilaian pengguna

    ke atas prototaip dari masa ke semasa akan menjelaskan aspek-aspek

    yang perlu diberi perhatian agar sistem yang akan dibangunkan mampu

    memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

    (ii) Meningkatkan penglibatan dan komitmen pengguna serta dapatmemperbaiki kualiti sistem yang dikehendaki kerana pengguna dapat

    memberikan maklumbalas yang cepat apabila berinteraksi dengan

    pembangun sistem itu sendiri.

    (iii) Dapat menjimatkan kos pembangunan kerana pengguna terlibat dalamversi prototaip yang dibina, maka sistem yang terhasil dapat memenuhi

    keperluan pengguna dan ralat dalam sesebuah sistem dapat dikesan padaperingkat awal kerana pengguna lebih arif apa yang mereka perlukan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    7/70

    113

    (iv) Sistem yang dihasilkan jarang mengalami risiko kegagalan dan tidakmemerlukan pengemaskinian yang banyak kerana sebarang kesalahan

    dapat dikesan dengan cepat kerana pengguna memahami apa yang

    diperlukan dalam sistem tersebut.

    5.3 Perancangan Projek

    Sebelum perlaksanaan sesebuah projek, satu perancangan gerak kerja harus

    dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

    Tanpa perancangan yang teliti, pelbagai masalah akan timbul seperti melebihi

    tempoh masa yang ditetapkan, melebihi kos atau tidak memenuhi kehendak

    pengguna. Dari itu, sebelum memulakan sesuatu projek, apa yang perlu adalah kajian

    tentang kesesuaian metodologi yang dipilih, perkakasan serta perisian yang terlibat.

    Bagi mencapai objektif dalam kajian yang telahpun dikenalpasti, terdapat beberapa

    metodologi kajian yang telah digunakan.

    Membuat kajian literatur dalam bidang subjek yang terlibat bagi menyokongaspek teori.

    Mendapatkan maklumat tambahan daripada JKR Negeri Johor dan MBJBmengenai proses / fasa pembinaan yang terlibat terutamanya proses

    penenderan yang dipraktiskan..

    Membuat beberapa siri temubual dengan pegawai dari JKR Negeri Johor,MBJB dan dari firma yang terlibat dalam industri pembinaan bagi

    mendapatkan gambaran realiti keadaan semasa dalam industri pembinaan

    dan juga mendapatkan pendapat mereka serta pengalaman dalam subjek yang

    terlibat.

    Mencari maklumat secara online untuk mendapatkan maklumat dan bahansama ada secara email atau explorasi Internet.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    8/70

    114

    Perancangan dalam melaksanakan sesuatu projek adalah amat penting bagi

    memastikan projek yang ingin dibangunkan dapat disiapkan dalam jangka masa yang

    telah ditetapkan. Bagi membangunkan dan melancarkan pembangunan aplikasi DSS

    secara terancang, perancangan projek dibahagikan kepada beberapa fasa utama yang

    telah dikenalpasti dalam menjayakan kajian. Rajah 5.2 di bawah menunjukkan fasa-

    fasa yang terlibat di dalam keseluruhan pembangunan kajian.

    LiteratureReview

    F1

    Factors of

    TenderEvaluation

    F4

    F3

    F2

    F

    Interview the

    ExpertsFQuestionnaire

    Distribute to All Respondent

    Analysis ofResultsFeedback

    NeedRefinement

    of Result?

    Yes

    No

    Rapid

    Prototyping

    TestingImprovement

    Needed?

    Refinement

    of System

    Yes

    No

    Contractors Tender

    Evaluation System

    Knowledge

    Acquisition

    Phase

    ModellingPhase

    EvaluationPhase

    DisseminationPhase

    Rajah 5.2 : Aliran fasa yang terlibat dalam pembangunan kajian

    Dalam fasa yang pertama iaitu Knowledge Acquisition Phase, satu kajian

    literatur berkenaan faktor penilaian tender dijalankan melalui bacaan-bacaan

    daripada jurnal, majalah, buku ilmiah, rujukan tesis yang lepas dan daripada

    maklumat internet. Daripada beberapa faktor yang diperolehi daripada bahan bacaan

    tersebut (rujuk Rajah 5.2 sebagai F1, F2, F3 dan F4 yang dirujuk sebagai sub-faktor),

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    9/70

    115

    satu gabungan faktor yang dikenali sebagai faktor utama penilaian tender akan

    disimulasikan yang merangkumi semua aspek-aspek penting tentang tajuk yang

    berkaitan yang disimbolkan dengan F.

    Dalam pada masa yang sama, pilot study akan dilakukan bagi memastikan

    bahawa faktor-faktor yang telah diperhalusi itu akan merangkumi semua faktor-

    faktor penilaian tender yang sepatutnya. Kesimpulan daripada hasil yang diperolehi

    kemudiannya dirujuk kepada pakar yang terdiri daripada panel penilai tender dari

    JKR serta penguasa tempatan supaya faktor yang dikemukakan itu boleh digunapakai

    dan relevan dalam praktis semasa di Malaysia. Segala pandangan dan komen pakar

    tersebut akan diambil kira untuk menghasilkan suatu keputusan yang baru yang telah

    diubahsuai dikenali sebagai F.

    Faktor ubahsuai yang muktamad akan digunapakai dalam merangka dan

    menghasilkan satu senarai soalselidik. Soalselidik ini juga akan dirujuk kepada

    pakar bagi memastikan soalan-soalan yang dibentuk bertepatan dengan faktor-faktor

    yang disenaraikan. Sekiranya perlu diperbaiki, senarai soalselidik itu akan disemak

    dan dibentuk semula bagi tujuan penyemakan yang seterusnya. Proses ini dilakukan

    beberapa kali sehingga suatu senarai soalselidik yang muktamad dan telus diperolehi.

    Langkah seterusnya, kajian soalselidik ini dihantar kepada responden yang

    telah dikenalpasti untuk mendapatkan maklumbalas tentang soalan yang diajukan

    yang melibatkan enam penguasa tempatan utama di Johor iaitu Majlis Bandaraya

    Johor Bahru, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis

    Perbandaran Kluang, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Majlis

    Perbandaran Kulai. Proses ini akan mengambil masa yang agak panjang bagi

    memastikan semua responden telah memberikan jawapan yang dikehendaki dan

    lengkap bagi tujuan analisis keputusan. Setelah semua hasil jawapan dikumpul,

    penyemakan dan menganalisa keputusan dilakukan. Dalam proses ini, pelbagai cara

    boleh diaplikasikan dan kebiasaannya analisa statistik dilakukan bagi memperolehijawapan yang lebih bersistematik. Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    10/70

    116

    bertepatan dengan objektif kajian, proses penyemakan semula akan dilakukan iaitu

    dengan merujuk semula kepada pakar di penguasa tempatan untuk memperbaiki dan

    mengubahsuai faktor penilaian tender atau senarai soalselidik tersebut supaya

    keputusan yang lebih baik dan jitu akan diperolehi.

    Dalam proses menganalisa keputusan, semua parameter hasil daripada kajian

    soalselidik yang telah dilakukan akan dikenalpasti serta disusun mengikut senarai

    keutamaan dan mengikut faktor major yang telah dikenalpasti yang berkaitan.

    Proses ini memerlukan penelitian yang tinggi untuk menghasilkan satu sistem

    prototaip yang baik. Senarai yang disusun itu akan disemak dan diubah semula bagi

    menghasilkan satu keputusan yang muktamad bagi meneruskan fasa permodelan.

    Sekiranya keputusan daripada soal-selidik itu memuaskan, barulah fasa kedua

    iaitu Modelling Phase dilaksanakan. Dalam fasa memodelkan keputusan, proses

    yang terlibat melibatkan Prototyping yang mana dua proses penilaian akan

    dilaksanakan di dalam fasa ini yang melibatkan penilaian secara formatif serta

    summative. Peringkat formative dijalankan secara berterusan semasa proses

    pembangunana prototaip dilakukan. Segala kemajuan akan sentiasa dirujuk kepada

    pakar, di dalam konteks ini adalah panel penilai tender bagi mempertingkatkan,

    menyemak, mengemaskini dan menilai pembangunan prototaip semasa. Peringkat

    penilaian summative pula melibatkan penilaian sistem prototaip selepas proses

    pembangunan. Beberapa pakar dari pihak JKR serta penguasa tempatan akan

    dijemput untuk memberi pandangan mereka tentang hasil prototaip. Komen serta

    cadangan akan diambil perhatian dan beberapa ubahsuai akan dilakukan bagi

    mempertingkatkan lagi sistem prototaip sehinggalah prototaip yang dihasilkan

    memenuhi kriteria dan memberi kepuasan kepada pihak penguasa tempatan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    11/70

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    12/70

    118

    Kekurangan ilmu dalam menggunakan landasan perolehan ilmu yang moden Keengganan untuk berubah/belajar, terutamanya di dalam konteks sumber

    kurang relevan dalam senario tempatan

    Desakan sumber (kos, masa dan kemudahan lain) Kekurangan model yang relevan bagi perolehan maklumat berstruktur Kekurangan ilmu berkenaan sumber maklumat

    Fasa KA yang sempurna melibatkan mengekstrak, menstruktur dan

    mengorganisasi maklumat daripada satu atau lebih sumber. Maklumat daripada

    pakar perlu diekstrak dan diwakilkan dalam satu bentuk yang boleh ditinjau yang

    menghasilkan model konseptual. Oleh kerana pakar tidak secara explicit sedar

    konsep yang diutarakan, fasa ini boleh melibatkan perbincangan dan perundingan

    yang mengambil masa yang sangat panjang.

    Menurut Welbank (1983), kaedah yang paling biasa dalam mencari fakta

    dalam sebarang kajian adalah melalui pemantauan dan pensampelan daripada rekod

    sedia ada, temubual atau perbincangan berkumpulan, serta soalselidik. Semua

    kaedah ini terdapat dalam fasa perolehan maklumat, walaupun, sebagaimana kita

    boleh lihat, perlunya lebih daripada satu kaedah di dalam satu-satu kajian. T erdapat

    banyak kaedah bagi KA. Maklumat boleh diperoleh secara langsung daripada pakar,

    melalui persoalan ringkas dalam suatu cara yang explicit, ia mungkin juga diperolehi

    secara tidak langsung daripada pemerhatian atau melalui sumber-sumber kepakaran

    yang lain seperti manual latihan, atau boleh juga diperolehi melalui gabungan teknik-

    teknik yang berkenaan dan bersesuaian. G. C. Helmstadler (1970) telah melabelkan

    kaedah biasa bagi perolehan ilmu sebagai:

    Tenasitikesanggupan untuk menerima idea sebagai ilmu yang sahih keranaidea berkenaan telahpun diterima sekian lama atau selalu diulang yang mana

    terdapatnya aura bagi kebenaran yang tidak dapat dipersoal.

    Intuisi tanpa sebarang usaha intelectual atau penglibatan proses yangmelibatkan pancaindera tetapi disebabkan persepsi atau naluri individu.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    13/70

    119

    Autoriti penerimaan sesuatu idea sebagai ilmu sahih disebabkan sumberyang dihormati dan dipercayai seperti penulisan keagamaan dan sebagainya

    yang didakwa sebagai sahih.

    Rationalism cara pemikiran yang mana ilmu dibangunkan melalui proseskewarasan sahaja, maklumat dinyatakan secara berhati-hati dan diikuti oleh

    peraturan logikal bagi menyampaikan kesimpulan yang boleh diterima.

    Empiricism cara peningkatan ilmu melalui pemerhatian terhadap kejadianyang sebenar iaitu diketahui melalui pengalaman yang dialami melalui

    pancaindera.

    Sains penggabungan elemen rationalism dan empiricism, mengadaptasilogik rasional dan memeriksa setiap langkah melalui pemerhatian empirikal.

    Analisis sistem adalah aktiviti yang lebih mudah berbanding KA. Di dalam

    analisis sistem, jenis maklumat yang diperlukan adalah jelas. Seseorang pakar di

    dalam sesuatu bidang tidak hanya seorang yang tahu banyak fakta dan prosedur.

    Melalui bertahun-tahun pengalaman yang diperolehi tidak keterlaluan jika dikatakan

    keputusan yang bijak dan tepat dapat dilakukan walau dalam apa situasi apapun.

    Sesetengah ilmu yang diperolehi daripada pengalaman terdahulu, tidak dapat dicari

    di dalam buku ataupun di dalam set peraturan prosedur sekalipun. Biasanya, orang

    yang berpengalaman membuat justifikasi berdasarkan intuisi atau naluri, di mana

    untuk membuat sesuatu keputusan atau justifikasi tidak memerlukan pernyataan

    secara explicit.

    KA akan melibatkan banyak masa diluangkan untuk perbincangan dan

    berhujah. Kuputusan perlulah direkod, dan kesimpulan atau model yang dibangunkan

    perlulah dipersetujui oleh pakar. Ini memerlukan penggunaan yang efektif dalam

    percakapan serta perkataan yang ditulis, perwakilan yang diagramatik dan

    interpretasi gerak bahasa. Komunikasi yang lemah akan menyebabkan perolehan

    maklumat yang kurang berkesan dan tidak meyakinkan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    14/70

    120

    Penyelidik yang membuat KA perlu melalui proses pembelajaran secara

    berterusan. Apabila membuat sesuatu tugas, penyelidik perlu bersedia untuk

    mempelajari suatu domain ilmu yang baru, dan cukup memahami terminologi serta

    prinsip bagi melicinkan proses perbincangan dengan pakar yang diperakukan.

    Penyelidik perlu sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang memerlukannya

    menguasai ilmu di dalam sesuatu subjek seperti logik formal, teori kebarangkalian

    dan psikologi, dan berkebolehan menghargai kerelevanan pemkembangan di dalam

    subjek-subjek berkenaan. Penyelidik juga perlu berfikiran terbuka dan mampu

    mengelesaikan masalah dalam situasi dan cara yang berbeza.

    Apa yang diperlukan di dalam KA merupakan suatu huraian yang lengkap

    dan tepat daripada pakar yang menyampaikan maklumat, dan dengan cara bagaimana

    maklumat berkenaan diuruskan, di dalam ruangan kepakaran yang spesifik yang

    dikaji. Butir-butir yang sebenar apa yang terlibat sangat bergantung kepada domain

    maklumat, jadi tiada huraian yang tetap dan muktamat dapat diberi. Pada suatu

    peringkat yang simplistik maklumat berkenaan boleh dianggap sebagai fakta atau

    peraturan, tetapi di dalam praktis ia adalah terlalu simplistik walhal ilmu adalah lebih

    kompleks, melibatkan andaian dan cabaran kepada kepercayaan. Ia merupakan cara

    bagaimana pakar menguruskan, mengawal dan memanipulasi ilmu serta yang

    penting juga adalah bagaimana pakar mengurus dengan ketidaklengkapan dan

    ketidaktentuan.

    Di dalam perolehan maklumat, penyelidik perlu mempunyai kepercayaan

    terhadap faedah kajian yang dijalankan serta nilai keputusan yang diperolehi.

    Penyelidik mempelajari tentang apa yang mungki serta apa yang bernilai di dalam

    KA. Bagi seseorang pakar mengekalkan semangat dan kesanggupan bekerjasama,

    beliau perlu melihat bahawa usahanya adalah produktif dan menguntungkan semua

    pihak. Ini bermaksud bahawa pada peringkat awal lagi beliau perlu juga

    mengutarakan pendapat mengenai tentatif keputusan atau model. Walaupun beliau

    tidak bersetuju dengan model yang dicadangkan, pendapat dan kritikan membina

    beliau perlu diambilkira, dan ini merupakan kaedah yang baik di dalam memperolehifakta, peraturan ataupun penerangan lanjut. Walaupun pakar mungkin akan terlupa

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    15/70

    121

    serta tertinggal maklumat-maklumat penting semasa sesi soaljawab, beliau akan

    berasa jauh lebih mudah untuk mengkritik atau menilai suatu formulasi yang

    diutarakan kepada beliau secara bebas. Cleal dan Heaton (1988) telah mengenalpasti

    4 pengelasan bagi KA iaitu:

    Analisis teks KA tanpa menggunakan bantuan pakar tetapi melaluipenggunaan buku-buku teks dan manual sahaja.

    Analisis temubual menghendaki penyelidik mempelajari protokol verbal /lisan, respon soalselidik dan sebagainya dengan mendapatkan maklumat

    secara langsung daripada pakar.

    Analisis kelakuan memerlukan penyelidik untuk membuat kajianpemerhatian seperti menjalankan penggambaran filem ke atas pakar. Secara

    umumnya, adalah tidak mencukupi jika hanya membuat pemerhatian

    terhadap kelakuan atau prestasi pakar tetapi juga memerlukan perbicaraan

    lisan dan penerangan bagi sesuatu keputusan.

    Induksi mesin melalui penggantian KA dengan tugas yang kurang rumitdengan mengumpulkan sejarah kes. Bagaimanapun, terdapat had bagi teknik

    ini. Kaedah ini tidak akan dibincangkan dengan lanjut disebabkan

    ketidaksesuaian dengan praktis pengurusan pembinaan.

    Analisis teks

    Melalui kaedah ini, penyelidik perlu mengasimilasi maklumat melalui cara

    yang rumit. Sekiranya analisis teks merupakan sumber utama maklumat, penyelidik

    perlu menyelesaikan masalah dan dilema tanpa sebarang rujukan kepada pakar

    luaran. Walaubagaimanapun, hasilnya mungkin tidak meyakinkan dan tidak

    menyokong faktor praktikal. Ini memungkinkan penyelidik menemui kesukaran

    untuk membuat penilaian dan mungkin tidak menyedari kebanyakan masalah domain

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    16/70

    122

    yang timbul. Tambahan lagi, secara umumnya kaedah ini memerlukan penyelidik

    untuk menjadi pakar di dalam suatu domain yang mana pakar yang sebenar lebih

    mengetahui mengenainya.

    Masalah bagi penggunaan analisis teks melalui penggabungan dengan teknik

    lain adalah penyelidik mungkin akan mula memperoleh sesetengah ciri-ciri pakar

    tanpa mempunyai pemahaman yang sesuai tentang kepakarannya. Hasil yang positif

    ialah apabila penyelidik dan pakar berupaya menggunakan bahasa yang sama dan

    saling memahami di dalam menghuraikan masalah.

    Menurut Cleal dan Heaton (1988), sekiranya analisis teks digunakan semasa

    fasa permulaan KA sebagai jalan ke arah mendidik penyelidik, penyelidik

    kemudiannya akan berupaya berbual dengan pakar di dalam bahasa yang seiring

    tetapi mungkin penyelidik akan memikirkan maksud sesuatu benda tetapi pakar pula

    menggunakannya di dalam cara yang berlainan. Kesukaran simantik kerap berlaku

    semasa proses KA dan hanya boleh ditangani dengan menuntut pakar untuk

    menerangkan segala keraguandan diikuti dengan proses rekabentuk iteratif yang

    mana memerlukan pakar untuk memberi komen terhadap setiap peraturan, prosedur,

    praktis konvensional, prestasi sistem dan sebagainya.

    Analisis Temubual

    Analisis temubual adalam teknik explicit KA. Ia memerlukan penyelidik

    untuk berinteraksi dengan pakar. Teknik explicit bergantung kepada domain pakar

    yang memberitahu penyelidik tentang ilmu yang dikehendaki melalui cara yang

    komprehensif dan boleh difahami. Bertanyakan pakar mengenai kepakaran mereka

    mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ia mudah diinterpretasi. Menyediakansoalselidik yang telah direkabentuk dengan baik, ia lebih mudah untuk dianalisa dan

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    17/70

    123

    menterjemahkan maklumat berkenaan. Walaubagaimanapun, terdapat juga

    kelemahan berkaitan analisis temubual, antaranya, penyelidik perlu tahu soalan

    bagaimana yang perlu ditanya. Ini akan menjadi rumit sekiranya penyelidik

    mempunyai ilmu yang sedikit di dalam kepakaran yang perlu dikaji. Kemudian,

    sekiranya soalselidik adalah terlalu terhad atau terbatas terhadap jawapan yang

    dibenarkan, penyelidik mungkin akan terlepas maklumat yang mana sangat penting

    atau tertinggal beberapa parameter yang mana dipraktiskan oleh pakar di dalam

    kepakarannya. Penyelidik perlu menentukan tentang maklumat bagaimana

    diperlukan dan juda memutuskan bagaimana maklumat berkenaan akan dianalisa

    sebelum membuat soalselidik. Soalselidik berkenaan perlulah jelas dan tidak berat

    sebelah.

    Masih terdapat beberapa masalah penyelidik perlu titikberatkan. Pendekatan

    pertama untuk mengelakkan masalah berkenaan adalah dengan lebih bertanyakan

    soalan yang terbuka dan tidak terhad. Soalselidik yang secara primernya adalah

    soalan terbuka akan menghasilkan lebih banyak data, di dalam cara yang kurang

    berstruktur tetapi munasabah. Bagaimanapun, secara idealnya soalan sedemikian

    akan menghasilkan data yang mana tidak mustahil untuk diinterpretasikan.

    Teknik asas bagi kaedah analisis temubual adalah untuk mendefinisikan

    daerah kecenderungan (bagi kes KA, aspek ilmu pakar dititikberatkan). Setelah

    daerah kecenderungan digariskan secukupnya, ia perlu didefinisikan dalam terma

    yang mengandungi domain. Secara tipikalnya, elemen yang dipilih bagi mewakili

    domain perlu mengambilkira semua aspek di mana pakar fikir ianya adalah penting.

    Penentuan elemen berkenaan memerlukan penyelidik untuk menemubual pakar,

    mengkaji tugasan dan mempersetujui aspek-aspek pentingnya. Setelah domain telah

    dihuraikan secukupnya dalam terma elemennya, pakar diperlukan untuk meletakkan

    elemen berkenaan kepada pandangan dan persepsi beliau sendiri.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    18/70

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    19/70

    125

    5.4.1 Tinjauan Soalselidik

    Kekukuhan fakta teoritikal serta keyakinan di dalam penyelidikan serta

    potensinya adalah sangat penting kepada bukan sahaja golongan professional di

    dalam sesuatu bidang malahan juga masyarakat umum yang kebiasaannya merujuk

    berdasarkan keputusan major terhadap bukti dan bukan menerima apa sahaja yang

    dinyatakan tanpa ada sebarang cabaran terhadap polisi, fakta dan praktis

    konvensional yang kukuh serta relevan. Keyakinan tersebut tidak akan berkembang

    malahan tidak akan kekal sekiranya hasil penyelidikan dari masa ke semasa didapati

    berdepan dengan kesalahan yang serius. Individu yang tidak terlatih ataupun cuai

    sama ada di dalam bidang akademik mahupun sektor sosial atau perniagaan, boleh

    menghasilkan keputusan yang mengelirukan. William A. Belson (1981) telah

    menyenaraikan antara kesalahan ketara yang biasa dilakukan oleh penyelidik di

    dalam membuat tinjauan, iaitu:

    Menggunakan sampel yang sangat kecil bagi mewakili sampel yang umumyang mempunyai skop yang besar

    Menggunakan hanya respon oleh sukarelawan bagi mewakili hasil keputusansecara umum dan bukan golongan ilmuan mahupun profesional

    Penggunaan keputusan daripada tinjauan secara pos yang mana peratusanmengembalikan soalselidik yang lengkap adalah sangat rendah

    Menggunakan perwakilan sebagai populasi secara umum terhadap buktiperbincangan berkumpulan

    Bertanya soalan yang mana belum diuji bahawa ia mudah difahamisebagaimana dimaksudkan

    Bertanya maklumat yang sensitif dan terlalu bergantung kepada ingatanmemori melalui soalan yang tidak matang yang direkabentuk secara lewa

    Menggunakan penemuduga yang tidak terlatih serta penyeliaan yang tidakdilakukan dengan baik

    Interpretasi terhadap keputusan numerikal sama ada tidak matang atauterlampau kompleks

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    20/70

    126

    Penyelidik yang berpengalaman dan bijak yang memahami kedua-dua kaedah

    metodologi serta saintifik tidak akan terperangkap di dalam kesalahan yang major

    dan tidak memungkinkan mengheret pembuat keputusan terperangkap bersamanya.

    Mengenalpasti kesalahan yang mungkin merupakan pendekatan yang realistik bagi

    mengenalpasti jenis soalan yang mengelirukan serta tidak matang yang biasa berlaku

    dan sebagai pertimbangan terhadap kelaziman pembohongan di sebalik kekeliruan

    (William A. Belson, 1981).

    Masalah yang perlu dititikberatkan oleh penyelidik semasa melakukan sesi

    temubual ialah berkaitan dengan persepsi pakar mengenai nilai kajian yang

    dijalankan. Sekiranya pakar merasakan terancam dan tidak bersedia untuk terdedah

    dengan sistem kajian, kegagalan kajian mungkin akan berlaku. Salah satu kunci

    kejayaan ialah adanya kerjasama sepenuhnya bagi kedua-dua pihak pengurusan dan

    pakar yang terlibat. Mungkin sesetengah pakar akan melihat bahawa kajian sistem

    adalah bagi menggantikan khidmatnya sebagai seorang pakar, lebih daripada

    mengurangkan bebanan kerja dan memberi ruang kepada mereka untuk

    menyelesaikan masalah yang lebih kompleks, mecabar dan penting. Secara

    umumnya, kajian sistem yang dijalankan disalahfaham oleh sesetengah profesional

    kerana sistem yang diwujudkan adalah bagi membekalkan panduan lebih daripada

    kepakaran. Adalah penting bagi pakar untuk mengenalpasti perkara sebegini dan

    melihat sistem sebagai suatu bantuan daripada ancaman kepada mereka.

    Kajian in menggunakan kaedah tinjauan soalselidik sebagai salah satu kaedah

    mendapatkan maklumat bagi mendapatkan maklumat daripada mereka yang

    berpengalaman bagi memenuhi salah satu objektif yang diutarakan iaitu

    mengenalpasti prosedur di dalam pemilihan kontraktor pembinaan bagi projek-projek

    kerajaan. Salah satu ciri soalselidik ini ialah soalan-soalan umum bagi temubual

    tidak berstruktur dilaksanakan terlebih dahulu dikenali sebagai pilot study sebelum

    peringkat temubual seterusnya iaitu temubual semi-struktur serta temubual

    berstruktur dijalankan ke atas responden. Keputusan daripada soalselidik adalah

    bersandarkan kepada gabungan pengalaman dan kebijaksanaan sepenuhnya dandipertimbangkan sangat penting dan berharga di dalam mempengaruhi hasil kajian.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    21/70

    127

    5.4.2 Masalah Berkaitan Dengan KA

    KA terdedah dengan beberapa masalah major yang boleh memberi kesan

    terhadap fasa penyelidikan. Secara umunya masalah berkenaan boleh diinterpretasi

    melalui bagaimana maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi daripada pakar serta

    bagaimana maklumat berkenaan kemudiannya distruktur kepada suatu bentuk asas

    maklumat yang sesuai dan relevan.

    Kebiasaannya, penyelidik dimerlukan untuk berbincang dan menemubual

    beberapa pakar bagi sesuatu praktis yang hampir sama. Ini akan menimbulkan

    beberapa masalah. Biasanya, pakar akan mengemukakan praktis atau data yang agak

    bertentangan antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan penyelidik menghadapi

    resolusi konflik yang serius yang mana perlu diambil bagi mewakili apa yang

    dikajinya. Kadangkala, maklumat yang berkonflik adalah hasil daripada maklumat

    yang kabur. Ini perlu diselesaikan melalui mengutarakan kembali masalah yang

    timbul dan menentukan alasan mengapa terjadinya konflik atau kekaburan.

    Masalah lain melalui KA adalah persepsi pakar mengenai nilai kajian yang

    akan dijalankan. Sekiranya pakar merasa terancam atau didedahkan dengan perkara

    baru yang belum lagi dirasakan sesuai dipraktiskan, kemungkinan penyelidikan

    berjaya adalah rendah. Salah satu kunci kejayaan bagi KA adalah kerjasama penuh

    oleh kedua-dua pengurusan dan pakar yang terlibat.

    Antara lain masalah major yang dihadapi semasa KA adalah menterjemahkan

    perolehan maklumat kepada prosedur, peraturan dan praktis yang sesuai yang mana

    boleh disesuaikan dan diinput ke dalam kajian yang dilakukan.

    Salah satu cara bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan KAadalah dengan mengadaptasi suatu pendekatan berstruktur. Cleal dan Heaton (1988)

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    22/70

    128

    melaporkan bahawa syarikat-syarikat seperti Scicon dan pusat sistem berasaskan

    maklumat menekankan keperluan untuk membangunkan suatu spesifikasi formal.

    Ini melibatkan pemantauan ke atas struktur tugas yang terlibat, kelas aktiviti fungsian

    dan keperluan pengguna. Salah satu kelebihan yang didakwa daripada pendekatan

    ini ialah ia membenarkan penyelidik untuk berurusan dengan pengkalan ilmu yang

    lebih luas dan besar. Apa yang menjadi masalah bagi pendekatan ini adalah tiada

    cara yang mudah bagi menentukan struktur ini.

    Penyelesaian lain ialah dengan menyekat domain di bawah pertimbangan.

    Sebagai contoh, pertimbangkan diagnosis kegagalan daripada menggunakan

    permodelan. Kaedah ini akan mengurangkan banyak masalah berkaitan KA tetapi ia

    membataskan aplikasi.

    5.5 Decision Support System(DSS)

    Decision Support System(DSS) merupakan sistem berasaskan komputer yang

    menyediakan sokongan interaktif kepada pengguna semasa proses membuat

    keputusan. Teknologi DSS adalah sangat relevan dengan setiap bidang industri

    moden kini, daripada pandangan untuk mendapatkan keputusan yang lebih konsisten

    dan meyakinkan. Selari dengan kemajuan teknologi, jumlah maklumat dan ilmu yang

    perlu diuruskan oleh jurutera semakin meningkat. Ini membuatkan pencarian

    terhadap teknologi komputer yang lebih maju untuk mencapai kebolehfungsian yang

    lebih tinggi, fleksibeliti dan perlaksanaan yang lebih berkesan terhadap intelligent

    system itu sendiri. Ilmu kejuruteraan adalah dipertimbangkan sebagai calon teknologi

    primer untuk membina generasi baru intelligent system.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    23/70

    129

    Idea bagi Intelligent Decision Support System (IDSS) semakin luas

    diperdebatkan di serata tempat. Kita dapat memerhati banyak persidangan dan

    bengkel melaporkan beberapa usaha penyelidikan dalam subjek berkenaan. Para

    penyelidik adalah terdiri daripada pelbagai komuniti dalam lapangan yang pelbagai

    seperti sains komputer, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan

    awam, sains senibina dan sebagainya tetapi masih kita tidak dapat melihat halatuju

    konsepnya, atau sekurang-kurangnya tiada konsep penerimaan konsep intelligent

    systemsecara meluas.

    DSS lebih cenderung kepada sistem perisian yang besar. Ini bermaksud

    pelaburan yang besar dan pembangunan jangkamasa yang panjang. Demikian,

    sistem yang cekap dan berkesan perlu dilengkapi dengan fleksibeliti sebagai

    persediaan pembangunan teknologi masa depan dan penyesuaian umum terhadap

    permasalahan yang mungkin akan timbul kelak pada masa hadapan.

    Fenomena kegilaan teknologi maklumat telah mempengaruhi kebanyakan

    penyelidik membangunkan IDSS. Penyelidik dalam pelbagai bidang telah mencuba

    beberapa pendekatan bagi membangunkan model yang sesuai bagi menghuraikan

    dan memformalkan masalah membuat keputusan yang kritikal. Mereka juga cuba

    memetakan model berkenaan dalam program komputer dan kurang atau lebih telah

    mengalihkan program mereka kepada keperluan dan kualiti otak manusia.

    Kebanyakan sistem berasaskan komputer dilihat mempunyai peranan secara

    pra-dominan dengan menyediakan keputusan yang dilihat logikal dan bersistem.

    Demikian, ia dioperasikan sedemikian sebagai sama ada untuk mengesahkan

    keputusan yang dikemukakan (bertindak dalam fasa analisis) atau untuk

    menghasilkan maklumat untuk produksi (bertindak dalam fasa yang teratur).

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    24/70

    130

    Pembangunan teknik decision makingberasaskan komputer masih, sehingga

    sekarang, di atas suatu dasar yang sedikit demi sedikit diikuti dengan keperluan

    spesifik kumpulan yang membangunkan. Proses ini, merencanakan penyelesaian

    bagi keperluan yang khusus, harus dikenalpasti sebagai halatuju pembangunan

    semulajadi dalam semua situasi kejuruteraan. Matlamat dalam aktiviti kejuruteraan

    bukanlah sekadar mengikuti secara sistematik melalui proses decision making

    dengan mengubah setiap fasa pada satu-satu masa ke dalam prosedur berasaskan

    komputer. Pembangunan dimulakan dalam daerah yang mempunyai keperluan yang

    tinggi atau yang mempunyai justifikasi yang lebih mudah. Teknik keratan-keratan

    faktor penilaian ke atas keputusan telah dibangunkan, tiada dasar yang umum, tetapi

    semua kewujudannya adalah di bawah satu objektif dan matlamat yang khusus.

    Jika teknik yang sedia ada (atau program sedia ada) dikategorikan di bawah

    satu objektif dan matlamat yang khusus, peranannya di dalam lingkungan proses

    membuat keputusan yang meliputi setiap aspek menjadi jelas. Ia juga membantu

    untuk menjelaskan bidang penilaian di mana telahpun berjaya dikomputerkan dan

    bidang yang berkenaan yang telah diabaikan. Teknik pengumpulan dalam IDSS

    membenarkan pengguna yang berpotensi untuk memilih atau mengumpulkan

    maklumat yang relevan, daripada yang disenaraikan yang mana akan memberi

    kesesuaian kepada keperluannya kelak melalui keputusan yang dihasilkan.

    Kepentingan IDSS kepada dunia pengkomputeran khususnya dalam bidang

    kejuruteraan awam, seni bina dan sebagainya tidak dapat disangkal lagi. IDSS dapat

    meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam setiap keputusan yang dihasilkan.

    Berikut merupakan beberapa kepentingan IDSS yang dirasakan bertepatan dengan

    objektif pembangunannya.

    Memendekkan masa penghasilan sesuatu keputusan Mengurangkan kesalahan membuat keputusan Menjadikan pengurusan terhadap keputusan tenaga kerja lebih efektif Membantu inisiatif R&D yang lebih bermakna disebabkan integrasi dengan

    amalan produksi semasa

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    25/70

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    26/70

    132

    5.6 Analytic H ierarchy Process(AHP)

    AHP merupakan satu rangkakerja logik dan penyelesaian masalah yang

    dicapai melalui persepsi mengorganisasi, perasaan, pengadilan dan memori ke dalam

    suatu daya hierarki yang mempengaruhi hasil keputusan (Saaty, 1994). Ia

    diperkenalkan oleh Saaty dalam tahun 1970an. Melalui teknik ini, penyelesaian

    masalah yang kompleks boleh dihuraikan kepada beberapa sub-bahagian. Dengan

    cara ini, ia menyediakan pendekatan berstruktur bagi memahami masalah serta ia

    juga membantu penyertaan pakar memfokuskan kepada setiap kriteria pada satu-satu

    masa (Saaty, 1980). Sifat tersendiri AHP secara umunya adalah struktur berhierarki

    yang sistematik, perbandingan secara bijak serta penilaian kepada

    ketidakkonsistenan. Perisian terkini bagi AHP, Expert Choice 2000 Professional

    termasuk suatu alternatif mode ideal memsistesis yang mana membenarkan jumlah

    alternatif ditambah lebih daripada satu. Ini membolehkan pengiraan keutamaan

    terhadap alternatif sedia ada apabila memperkenalkan alternatif yang baru. Expert

    Choice (EC) merupakan perisian untuk menstruktur hierarki dan memsintesis

    justifikasi dengan cepat dan mudah serta menyingkirkan pengiraan yang

    merumitkan. Beberapa sifat perisian EC adalah:

    Ia menawarkan paparan mesra pengguna yang membuatkan pembinaanmodel keputusan mudah dan jelas;

    Ia menawarkan suatu pandangan model yang mengandungi sama ada suatupandangan pokok atau pandangan berkelompok terhadap hierarki keputusan;

    Ia tidak memerlukan justifikasi numerikal daripada pembuat keputusan tetapilebih kepada perbandingan kesepadanan yang dilaksanakan secara

    numerikal, lisan atau grafik. Ini adalah kerana EC menukarkan justifikasi

    subjektif kepada skala satu hingga sembilan yang dijelaskan oleh teori AHP,

    dan kemudian kepada vektor keutamaan yang berguna;

    Ia dilakukan dengan peneliatian justifikasi yang dibuat oleh pembuatkeputusan, dan mengukur secara konsisten justifikasi berkenaan; Ia

    membenarkan pemeriksaan semula dan pengulangkajian justifikasi bagi

    setiap peringkat hierarki, dan menunjukkan di mana ketidakkonsistenan

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    27/70

    133

    wujud dan bagaimana untuk mengurangkannya bagi mempertingkatkan

    kualiti keputusan;

    Ia menyediakan aplikasi secara matematik yang komplikated dan prosesdibuktikan bagi pengutamaan dan membuat keputusan. Dengan

    mengurangkan keputusan yang kompleks kepada suatu siri perbandingan

    kesepadanan, kemudian memsintesis keputusan, EC bukan sahaja membantu

    pembuat keputusan mendapatkan keputusan terbaik malah juga menyediakan

    suatu keputusan yang jelas rasional.

    Dalam struktur berhierarki, matlamat utama ditempatkan pada struktur yang

    paling atas hierarki. Faktor penentuan dikategorikan secara sesuai kepada beberapa

    kumpulan dan sub-kumpulan. Setiap kumpulan, sub-kumpulan atau faktor

    penentuan dirujuk sebagai elemen daya di dalam struktur berhierarki. Kumpulan

    atau sub-kumpulan mewakili konsep yang lebih umum akan sentiasa berada di aras

    yang lebih tinggi daripada yang mewakili kurang konsep umum. Elemen yang

    paling spesifik (faktor penentuan) perlu disusun pada aras yang paling rendah (Chua,

    2000).

    Setiap elemen daya akan dibandingkan secara berpasangan dengan elemen

    daya yang lain dalam set yang sama mengikut sumbangan kepada aras yang atas.

    Tidak seperti kaedah tradisional yang diadaptasi oleh kebanyakan penyelidikan yang

    mana memerlukan penyelidik untuk menimbang elemen keseluruhan pada satu-satu

    masa. Melalui teknik AHP, hanya satu pasangan elemen difokuskan pasa satu-satu

    masa, dan bilangan elemen dalam satu set dihadkan kepada beberapa elemen sahaja.

    Dengan cara ini, ketidakkonsistenan dalam pengadilan dikurangkan kepada had yang

    lebih besar. Pengalaman dan kecenderungan merupakan merupakan penyatuan

    terbaik bagi prosedur ini sebagai penilaian intuitif kepada kepentingan seperti yang

    ditentukan (Chua, 2000).

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    28/70

    134

    5.6.1 Prinsip AHP

    Terdapat empat prinsip yang digunakan dalam AHP bagi penyelesaian

    masalah, yang mana termasuklah penghuraian, prosedur pengutamaan, sintesis

    keputusan dan pengukuran ketidakkonsistenan di dalam justifikasi membuat

    keputusan (Abdullah, 2003).

    5.6.1.1 Penghuraian

    Prinsip pertama di dalam AHP ialah menghurai suatu masalah kepada suatu

    hierarki. Suatu hierarki merupakan struktur yang mewakili suatu masalah kompleks

    ke dalam beberapa peringkat (Saaty, 1994). Peringkat pertama merupakan matlamat

    yang perlu dicapai, diikuti dengan kriteria, subkriteria, dan seterusnya sehinggalah

    kepada peringkat terakhir di mana alternatif diletakkan. Peringkat di dalam sebarang

    hierarki bergantung kepada jumlah maklumat yang diperlukan oleh penganalisa

    untuk menilai sistem dan juga kompleksiti satu-satu masalah itu (Abdullah, 2003).

    Rajah 5.3 memberi gambaran kepada hierarki mudah, yang mana mengandungi tiga

    peringkat iaitu matlamat, kriteria dan altenatif-alternatif.

    Rajah 5.3 : Struktur hierarki (Sumber : Abdullah, 2003)

    Matlamat

    KriteriaKriteria KriteriaKriteriaKriteria

    AlternatifAlternatif Alternatif

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    29/70

    135

    5.6.1.2 Prosedur Pengutamaan

    Prinsip kedua di dalam AHP ialah penghasilan keutamaan di antara elemen

    pada setiap peringkat hierarki. Penganalisa keputusan membuat justifikasi di dalam

    persekitaran perbandingan mengikut kecenderungan relatif, kepentingan atau

    kemungkinan setiap set elemen dengan peringkat hierarki yang lebih tinggi

    (Abdullah, 2003).

    Teori thrustworthy decision supportharuslah mempunyai keunikan tersendiri

    di dalam perwakilan sesuatu justifikasi, skala diterbitkan daripada justifikasi ini, dan

    kemudian skala disintesis daripada skala berkenaan (Saaty, 1980). Di dalam

    perbandingan AHP, suatu skala sembilan mata digunakan bagi menilai

    kecenderungan bagi setiap pasangan item. AHP mencadangkan skala sembilan mata

    adalah disebabkan had psikologikal item 72 dalam perbandingan serentak adalah

    berguna di dalam praktis dan mempunyai elemen kepersisan. Justifikasi kualitatif

    juga diwakili oleh lima atribut iaitu equal, weak, strong, very strong dan absolute

    (Abdullah, 2003). Skala yang dicadangkan dan perwakilan numerikalnya

    ditunjukkan di dalam Jadual 5.2.

    Jadual 5.2 : Perbandingan skala kesepadanan AHP (Sumber : Saaty, 1994)

    Intensiti

    KepentinganDefinisi Huraian

    1 Equal importanceDua aktiviti menyumbang

    sama rata kepada objektif

    3 Weak importance of one over another

    Pengalaman dan justifikasi

    dengan kurang jelas

    memihak kepada aktiviti

    satu lagi

    5 Essential or strong importance Pengalaman dan justifikasi

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    30/70

    136

    dengan jelas memihak

    kepada aktiviti satu lagi

    7 Demonstrated importance

    Suatu aktiviti dengan jelas

    berpihak dan dominannya

    dibuktikan dalam praktis

    9 Absolute importance

    Bukti memihak kepada satu

    aktiviti merupakan

    kemungkinan yang paling

    tinggi dalam susunan

    pengesahan

    2,4,6,8

    Nilai antara dua justifikasi

    berdekatan

    Apabila kompromi

    diperlukan

    Timbal balik

    nilai lebih

    daripada sifar

    Sekiranya aktiviti i mempunyai nilai

    lebih daripada sifar ditetapkan ke

    atasnya dan dibandingkan dengan

    aktiviti j, aktiviti j mempunyai nilai

    timbal balik apabila dibandingkan

    dengan i

    Suatu andaian munasabah

    Bagi perbandingan secara kesepadanan, bentuk matriks biasa digunakan.

    Menurut Saaty (1994), bentuk matriks adalah mudah dan menawarkan suatu

    rangkakerja bagi pengujian kekonsistenan, mendapatkan data perbandingan yang

    diperlukan dan menyediakan analisis sensitiviti bagi keseluruhan keutamaan apabila

    justifikasi diubah. Secara umumnya, sekiranya terdapat pelbagai elemen (katakan

    sebagai nelemen) yang perlu dibandingkan bagi matriks yang diberi, suatu jumlah

    n(n-1) . 2justifikasi diperlukan (Abdullah, 2003).

    Menurut Abdullah (2003), sekiranya seseorang perlu membandingkan suatu

    set n objek mengikut pertimbangan relatifnya. Objek berkenaan dipertimbangkan

    olehA1, A2, ..., Anyang mana diwakili oleh bentuk matriks An x nyang mempunyai

    elemen aij. Sekiranya pertimbangan relatif elemen matriksAdiwakili sebagai aij= wi

    . wj, matriks di bawah boleh mewakili perbandingan kesepadanan:

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    31/70

    137

    nAAA ...21

    nnnn

    n

    n

    nnnn

    n

    n

    n wwwwww

    wwwwww

    wwwwww

    aaa

    aaa

    aaa

    A

    A

    A

    A

    /...//

    ......

    ......

    ......

    /...//

    /...//

    ...

    ......

    ......

    ......

    ...

    ...

    .

    .

    .

    21

    22212

    12111

    21

    22221

    11211

    2

    1

    Perbandingan kesepadanan harus dilakukan bagi setiap peringkat di dalam

    hierarki berpandukan peringkat yang lebih tinggi. Prosesnya boleh dilaksanakan

    daripada peringkat atas hierarki ke bawah hierarki yang mana penganalisa perlu

    menilai kepentingan kriteria dan kecenderungannya terhadap alternatif sedia ada..

    Sebaliknya, perbandingan boleh juga dilakukan daripada bawah ke atas hierarki

    dengan menilai kecenderungan alternatif berdasarkan setiap kriterion sebelum

    menilai kepentingan kriteria (Abdullah, 2003).

    5.6.1.3 Sintesis Keputusan

    Sintesis merupakan suatu proses mempertimbang dan menggabungkan

    keutamaan melalui hierarki yang telah dibina yang membawa kepada keputusan

    keseluruhan. Sintesis perlu dilaksanakan bagi semua matriks yang dibangunkan

    dalam peringkat perbandingan kesepadanan untuk memperolehi pertimbangan relatif

    keseluruhan berdasarkan juga kepada elemen-elemen utama. Proses pengiraan

    diringkaskan dengan langkah-langkah berikut (Abdullah, 2003):

    1. Bagi medapatkan matriks yang dinormalkan, nilai bagi setiap lajur perluditambah dan setiap kemasukan bagi setiap lajur perlu dibahagikan dengan

    jumlah lajur berkenaan. Langkah ini akan memberi perbandingan berguna diantara elemen di dalam hierarki.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    32/70

    138

    2. Bagi mendapatkan vektor keutamaan bagi semua elemen matriks yangdidasarkan kepada elemen utama, barisnya perlu dipuratakan, nilai bagi setiap

    baris matriks yang dinormalkan perlu ditambah dan dibahagikan baris dengan

    jumlah kemasukan bagi setiapnya.

    3. Pertimbangan relatif terhadap pelbagai peringkat model perlu disatukan bagimendapatkan suatu vektor pertimbangan komposit yang mana bertindak

    sebagai kadar (rating) keputusan alternatif di dalam mencapai objektif

    masalah yang paling umum. Pengulangan terhadap penyatuan ini

    menghasilkan pertimbangan elemen relatif pada peringkat yang paling rendah

    pada hierarki berdasarkan kepada objektif yang paling umum pada peringkat

    pertama. Menurut Zahedi (1986), pertimbangan relatif komposit vektor

    elemen pada peringkat Ki dengan berdasarkan kepada peringkat pertama

    boleh dikira daripada:

    K

    i

    BiKIC

    2

    ),(

    C(I,K) = vektor pertimbangan komposit elemen pada peringkat Ki berdasaskan

    elemen pada peringkat 1;

    Bi= ni-1berdasarkan matriks nidengan baris mengandungi eigen vektor anggapan;

    ni = bilangan elemen pada peringkat i.

    5.6.1.4 Pengukuran Ketidakkonsistenan dalam Justifikasi Membuat Keputusan

    AHP menyediakan suatu pengukuran bagi menguji darjah ketidakkonsistenan

    yang dikenali sebagai Indeks Kekonsistenan (CI) bagi justifikasi membuat

    keputusan. Ia membantu pembuat keputusan untuk mengenalpasti kesalahan yang

    mungkin dalam menyatakan justifikasi, begitu juga ketidakkonsistenan sebenar di

    dalam proses justifikasi. Menurut Saaty (1983), CIboleh didapati dengan mengirasetiap matriks seperti berikut:

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    33/70

    139

    )1/()( max nnCI

    di mana:

    n = saiz matriksmax= nilai eigen maksimum

    Perbezaan (max n) boleh digunakan bagi mengukur ketidakkonsistenan.

    Kekonsistenan yang sempurna (maxn) merupakan nilai sifar. Tetapi kebiasaannya

    (max n), di mana nmerupakan dimensi matriks perbandingan kesepadanan. Lebih

    hampir nilai CI kepada sifar, lebih baik keseluruhan kekonsistenan matriks terhadap

    justifikasi perbandingan elemen yang terlibat. Bagi mendapatkanmax, pertama perlu

    dikira jumlah matriks dipertimbangkan dengan mendarabkan setiap pertimbangan

    dengan matriks perbandingan kesepadanan dengan setiap vektor keutamaan.

    Kemudianmax, boleh didapati dengan membahagikan semua elemen jumlah matriks

    dipertimbangkan derdasarkan elemen vektor keutamaan, dan kemudian perlu dikira

    purata nilai-nilai berkenaan (Abdullah, 2003).

    Kekonsistenan boleh disahkan dengan menggunakan Nisbah Kekonsistenan

    (CR) atau juga dikenali sebagai Nisbah Ketidakkonsistenan (IR). IR merupakan

    suatu pengukuran ketidakkonsistenan dalam justifikasi, di mana:

    CRatauIRRI

    CI

    Indeks Rawak (RI) merupakan suatu simulasi kepada suatu nombor yang

    besar yang secara rawaknya menghasilkan perbandingan kesepadanan bagi saiz

    matriks yang berbeza yang dilaksanakan oleh Saaty, berdasarkan kepada pengiraan

    purata indeks kekonsistenan (CI). Kepentingan nilai RI ialah nisbah CIbagi suatu

    set justifikasi tertentu kepadaRImempunyai saiz matriks yang sama. Nilai paiwai RI

    diberikan di dalam Jadual 5.3.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    34/70

    140

    Jadual 5.3 : Indeks rawak (Sumber : Saaty, 1994)

    Saiz

    Matriks1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

    Indeks

    Rawak0 0 0.58 0.9 1.12 1.24 1.32 1.41 1.45 1.49 1.51 1.54 1.56 1.57 1.58

    Pembuat keputusan tidak perlu menjangkakan kekonsistenan yang sempurna

    tetapi peratusan ketidakkonsistenan yang dipertimbangkan sebagai boleh diterima

    atau boleh ditoleransi dalam pernyataan kecenderungan peribadi adalah memadai

    (Dyer, 1990). Nisbah Ketidakkonsistenan (IR) antara 0 dan 0.10 atau di dalam

    lingkungan 10% terhadap suatu output daripada justifikasi rawak adalah boleh

    diterima (Saaty, 1994). IR yang lebih tinggi (lebih besar daripada 10%) pada

    sebarang peringkat atau dalam sintesis akhir dipertimbangkan sebagai justifikasi

    adalah tidak konsisten. Walaupun ia tidak menjejaskan keseluruhan model, tetapi

    adalah dicadangkan bahawa pengkajian semula dilakukan dan cuba mencari punca

    yang mungkin terhdap ketidakkonsistenan (Saaty, 1983).

    5.7 Konsep Pangkalan Data

    Konsep pangkalan data mula digunakan dalam pertengahan 1960-an.

    Pangkalan data merupakan himpunan data-data yang berkaitan yang dikongsi

    bersama oleh berbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan

    maklumat sesebuah organisasi.

    Jika dibandingkan dengan sistem pengurusan maklumat secara tradisional,

    penggunaan pangkalan data membawa lebih banyak kebaikan. Penggunaan

    pangkalan data akan membolehkan pengawalan data lebih mudah dilakukan kerana

    disimpan di suatu lokasi yang sama. Maka data akan lebih mudah untuk dikemaskini

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    35/70

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    36/70

    142

    untuk disemak dan dikemaskini. Oleh kerana itulah sistem pengurusan maklumat

    kejuruteraan yang sistematik amat diperlukan dalam menjamin kelancaran sesuatu

    projek pembinaan.

    Sebagai contoh, masalah di dalam praktis konvensional JKR seperti

    pengurusan terhadap dokumen tender banyak melibatkan dokumen-dokumen penting

    yang agak leceh untuk diuruskan terutamanya jika adanya perubahan dalam satu-satu

    dokumen tender seperti yang dikehendaki oleh JKR. Di antara perubahan yang

    selalu terlibat ialah perubahan dari segi lukisan spesifikasi dan senarai kuantiti. Oleh

    itu, penglibatan komunikasi di antara pihak yang terlibat secara langsung perlulah

    dilakukan dengan berkesan agar tidak berlaku masalah kelak. Maka di sinilah dilihat

    kerelevanan sistem informasi pembinaan yang efektif amat penting dalam suatu

    projek pembinaan. Aliran data dan maklumat perlulah licin dan sahih dalam melalui

    setiap fasa pembinaan.

    Sebelum wujudnya konsep pangkalan data, data biasanya disimpan di dalam

    fail-fail yang berbeza yang disimpan di dalam cakera. Di dalam kaedah tradisional,

    masa sebenarnya banyak dihabiskan dengan mencari dokumen dan data yang

    dikehendaki kerana data untuk sesuatu projek itu adalah terlalu banyak. Contoh data

    yang sering diperlukan adalah seperti lukisan, spesifikasi, minit mesyuarat, laporan

    harian, laporan kos, senarai tempahan barang dan sebagainya. Antara masalah di

    dalam pengurusan maklumat secara tradisional ini adalah:

    Pengulangan data mungkin akan berlaku menyebabkan data yang sama akanmuncul di tempat yang berbeza.

    Data sukar untuk dikemaskini kerana untuk mengemaskini sesuatu data itumaka setiap fail yang mengandungi data tersebut perlu dikemaskini.

    Data mungkin tidak konsisten disebabkan oleh kerja kemaskini yang tidaksempurna.

    Agak sukar untuk membuat salinan untuk data-data tersebut kerana terlalubanyak fail yang perlu disimpan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    37/70

    143

    5.8 Pembangunan Sistem

    Pembangunan sistem bagi projek ini melibatkan proses menyediakan

    prototaip bagi idea DSS yang diketengahkan. Secara ringkasnya, fasa pembangunan

    sistem melibatkan beberapa perisian penting bagi membangunkan suatu sistem yang

    berkesan, ideal dan boleh dipercayai . Perisian-perisian utama ynag digunakan

    adalah melibatkan perisian Microsoft Access 2003, Visual basic 6.0 serta juga Expert

    Chioce 2000. Sebelum perlaksanaan sesebuah projek, satu perancangan gerak kerja

    sistem harus dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan

    dengan lancar. Dari itu, sebelum memulakan sesuatu projek, apa yang perlu adalah

    justifikasi tentang kesesuaian metodologi yang dipilih, langkah-langkah yang diambil

    dan perkakasan serta perisian yang terlibat agar ia menyokong pembangunan sistem

    pemilihan kontraktor pembinaan yang memerlukan spesifikasi yang terperinci.

    Rajah 5.4 di sebelah menunjukkan fasa-fasa yang terlibat di dalam pembangunan

    projek.

    Bagi melancarkan pembangunan aplikasi sistem ini, tiga fasa utama telah

    dikenalpasti dalam menjayakan sistem. Rajah 5.4 menunjukkan beberapa langkah

    dalam pembangunan aturcara sistem yang telah diambil. Tiga fasa utama yang

    terlibat dalam pembangunan sistem ini adalah:

    (i) Fasa pertama

    Melibatkan langkah kajian terhadap sistem konvensional penilaiantender yang dipraktiskan di JKR serta penguasa tempatan,

    penyediaan pangkalan data serta memprogram bagi mewujudkan

    hubungan dalam pangkalan data.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    38/70

    144

    Rajah 5.4 : Fasa pembangunan sistem

    (ii) Fasa kedua Melibatkan peringkat pengenalpastian sistem yang bakal

    dibangunkan, penyediaan aturcara dengan menggunakan perisian

    Visual Basic 6.0 serta pembangunan fungsi aturcara yang sesuai.

    (iii) Fasa ketiga

    Melibatkan langkah kajian terhadap sistem konvensional penilaiantender yang dipraktiskan di JKR serta penguasa tempatan dengan

    mendapatkan faktor-faktor yang akan dinilai menggunakan perisian

    Expert Choice melalui pembangunan model membuat keputusan.

    Sistem

    konvensional

    Penyediaan

    pangkalan data

    Penyediaan

    antaramuka

    Kenalpasti sistem

    bakal dibangunkan

    Paparan antaramuka

    Rangkakerja Pemilihan

    Kontraktor Binaan

    FASA 1 FASA 3FASA 2

    Bangunkan fungsi

    aturcara yang

    sesuai (.vbp)

    Memprogram

    bagi pembinaan

    hubungan

    pangkalan data

    (.mdb)

    Sistem

    konvensional

    Penyediaan data

    yang terlibat

    Bangunkan model

    membuat

    keputusan (.ahp)

    Pembinaan hubungan :

    Pangkalan data

    +

    Visual Basic 6.0

    Pembinaan hubungan :

    Visual Basic 6.0

    +

    Expert Choice

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    39/70

    145

    6.8.1 Pembangunan Pangkalan Data

    Fasa pertama merupakan fasa pembangunan yang kritikal kerana ia

    memerlukan pemahaman asas terhadap sistem konvensional di JKR sendiri dan

    digambarkan melalui hubungan dalam pangkalan data yang memerlukan

    pengetahuan mengenai pangkalan data menggunakan perisian seperti Microsoft

    Access. Kajian terhadap praktis konvensional JKR perlu dilakukan dan diilustrasi

    melalui carta alir yang jelas dan mudah difahami dan direalisasi melalui sistem

    melalui gambaran dalam bentuk subjektif di dalam hubungan pangkalan data.

    Dalam fasa ini, langkah pertama yang diambil ialah dengan membuat kajian

    terhadap sistem konvensional yang dipraktiskan di JKR serta penguasa tempatan.

    Hubungan di antara proses yang terlibat seperti proses penilaian tender dibangunkan

    melalui carta alir dalam bentuk grafik. Pemahaman terhadap sistem JKR mahupun

    penguasa tempatan sekarang dikuatkan lagi dengan pembinaan carta alir bagi

    memberi gambaran yang lebih jelas dari segi grafik. Semakan terhadap carta alir

    yang dibangunkan dibuat melalui sesi perjumpaan dengan pegawai yang

    berpengalaman dalam menilai tender dari JKR Johor, MBJB dan MPJBT. Sekiranya

    yang carta alir dihasilkan selari dengan praktis semasa, perancangan pembangunan

    sistem dibangunkan melalui pengubahsuaian sistem sekarang dengan sistem yang

    akan dibangunkan tetapi masih mengekalkan prosedur yang berteraskan peraturan

    yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mana-mana langkah yang akan diambilalih oleh

    sistem akan secara automatik digantikan dengan sistem pengurusan pangkalan data

    yang baru.

    5.8.1.1 Unsur Dalam Pangkalan Data

    Sejak penggunaan komputer mula diperkenalkan, data-data disimpan di

    dalam fail sistem. Di dalam kaedah penstoran data ini, seringkali masalah yangmelibatkan pengulangan data, keselamatan, penyenggaraan dan sebagainya sering

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    40/70

    146

    kedengaran. Masalah-masalah sebeginilah yang mendorong kepada kemunculan

    sebuah teknologi baru di dalam penstoran data iaitu pangkalan data. Pangkalan data

    merupakan himpunan data-data yang berkaitan yang dikongsi bersama oleh berbagai-

    bagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat

    sesebuah organisasi.

    Konsep pangkalan data mula digunakan dalam pertengahan 1960-an. Sejak

    dari itu, pangkalan data telah berevolusi berulang kali bagi memenuhi keperluan

    pengguna. Pangkalan data telah digunakan secara meluas di dalam setiap sudut

    kehidupan manusia pada hari ini secara sedar atau tidak. Ia boleh didapati di

    kebanyakan organisasi sama ada kecil atau besar.

    Pangkalan data yang dibina akan diuruskan oleh Pentadbir Pangkalan Data

    (Database Adminisrator) yang mana kerja merekabentuk, membina dan memenuhi

    kehendak pengguna pangkalan data adalah di bawah tanggungjawabnya. Pangkalan

    data akan dikawal oleh perisian yang dikenali sebagai Database Management System

    (DBMS).

    Penggunaan pangkalan data akan membolehkan pengawalan data lebih

    mudah dilakukan kerana disimpan di suatu lokasi yang sama. Ini akan menjadikan

    data menjadi lebih mudah untuk dikemaskini atau diselaraskan. Perkongsian data di

    antara individu atau organisasi menjadi lebih baik kerana data-data tersebut dipunyai

    oleh organisasi dan bukan individu atau jabatan tertentu. Sistem keselamatan yang

    lebih baik seperti penggunaan kata laluan juga boleh diwujudkan di dalam pangkalan

    data.

    Microsoft Access merupakan satu perisian yang menggunakan fungsi

    RDBMS (Relational Database Management System)yang berasaskan Windows dan

    seperti perisian lain ia juga mengandungi jadual, queries, borang, laporan dan modul

    iaitu kod-kod pengaturcaraan. Pangkalan data dapat dibina dengan membuat

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    41/70

    147

    rangkaian antara jadual-jadual yang dikehendaki terlebih dahulu. Melalui pangkalan

    data yang dibina dalam perisian Microsoft Access ini, data-data dapat disimpan

    dengan lebih tersusun dan sistematik. Data-data juga dapat dikemaskinikan dengan

    mudah seperti memasukkan data baru, memadam data sedia ada serta mengemaskini

    data seperti yang dikehendaki. Dengan menetapkan parameter-parameter tertentu, ia

    akan memaparkan data-data yang dikehendaki sahaja.

    Pembangunan pangkalan data merupakan fasa yang kritikal kerana data yang

    akan disimpan perlu dipastikan berjalan dengan lancar, efektif, lengkap dan

    sempurna. Pangkalan data yang dibangunkan di dalam tesis ini secara umumnya

    menggunakan perisian Microsoft Access dan simpanan data adalah dalam bentuk

    .mdb.

    Perkara penting yang terkandung di dalam antaramuka perisian ini ialah

    objek data dimana terletak segala pilihan aktiviti yang yang hendak dilakukan.

    Aktiviti yang dimaksudkan adalah memasukkan data, mengolah atau menyaring data,

    serta membangunkan pengaturcaraan. Data objek tersebut adalah:

    i. Jadual (tables)ii. Queriesiii. Borang (forms)iv. Laporan (reports)v. Makro (macros)vi. Modul (modules)

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    42/70

    148

    Jadual

    Segala data yang telah dikumpulkan di bahagian ini disimpan dan

    disenaraikan di bawah medan-medan yang diberi nama terlebih dahulu. Data-data

    yang hendak dimasukkan sama ada angka atau teks. Dengan menggunakan

    hubungan antara jadual, ia boleh dihubungkan bergantung kepada keperluan

    pengguna.

    Queries

    Query adalah kemudahan yang disediakan untuk mengendalikan data yang

    disimpan di dalam jadual. Dengan menggunakannya, hanya data-data yang

    dikehendaki sahaja yang dipaparkan. Query juga boleh dianggap sebagai penapis

    yang mana ia berupaya memaparkan data-data mengikut keperluan pengguna.

    Borang

    Dengan menggunakan borang, data-data yang dikehendaki akan dipapar.

    Rekabentuk borang yang menarik dan efektif banyak mempengaruhi penggunaan

    sistem. Selain dapat memaparkan data dari satu jadual sahaja pada setiap borang, ia

    juga dapat memaparkan data-data dari berlainan jadual dalam satu forms dengan

    menggunakan fungsi query.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    43/70

    149

    Laporan

    Jika borang digunakan untuk memaparkan data yang telah ditentukan,

    laporan pula digunakan bagi mencetak maklumat yang diperlukan. Dengan ini,

    segala maklumat yang diperlukan dalam sistem dapat dicetak bagi kemudahan kerja-

    kerja lain.

    Makro

    Segala arahan seperti membuka borang, querydan modul boleh dilaksanakan

    dengan lebih mudah sekiranya menggunakan fungsi makro terutama bagi aktiviti

    yang melibatkan pengulangan.

    Modul

    Modul adalah kemudahan yang disediakan untuk membuat pengaturcaraan

    sekiranya diperlukan. Jika makro mempunyai keupayaan terhad dan modul biasanya

    digunakan untuk keperluan penggunaan yang lebih kompleks yang melibatkan kod-

    kod pengaturcaraan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    44/70

    150

    5.8.1.2 Penstrukturan Pangkalan Data

    Penstrukturan pangkalan data bagi pembangunan sistem ini dibuat

    berdasarkan carta alir yang diperolehi hasil kajian literatur bagi penilaian tender

    konvensional yang dijalankan oleh JKR dan penguasa tempatan. Beberapa langkah

    diambil dalam menstruktur pangkalan data, antaranya:

    i) Menentukan keperluan kepada penggunaan data-data yang terdapatpada carta alir.

    ii) Menentukan bilangan jadual yang perlu dibina berdasarkan bilanganfaktor utama serta sub-faktor pada carta alir.

    iii) Menentukan saiz dan bilangan medan pada setiap jadual yang akandibina berdasarkan sifat setiap jadual yang akan dibangunkan.

    iv) Menentukan kekunci primer pada setiap jadual yang dibina.v) Menentukan hubungan setiap jadual yang dibina.vi) Memasukkan data-data sebenar ke dalam setiap medan di dalam setiap

    jadual yang dibina.

    Secara mudahnya, pada peringkat awal, data perlu dikumpul dan diolah

    kepada beberapa kumpulan yang berbeza. Data dikumpulkan mengikut subjek ke

    dalam beberapa jadual yang berasingan. Setiap maklumat yang berkaitan akan

    disimpan dalam satu jadual sahaja. Contohnya, bagi pembangunan sistem ini, bagi

    menjalankan sistem dengan lebih sistematik dan berkesan, pangkalan data seperti

    maklumat kontraktor, maklumat tender, analisa kecukupan serta kesempurnaan

    dokumen dan sebagainya perlu dibangunkan. Kemudian, data yang berkaitan akan

    dimasukkan ke dalam jadual-jadual yang terlibat. Jadual-jadual yang dibina

    kemudiannya akan dikaitkan antara satu sama lain melalui konsep hubungan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    45/70

    151

    Bagi merekabentuk pangkalan data, suatu medan atau parameter bagi data

    diperlukan. Dalam fasa ini, nama, saiz dan jenis data untuk setiap medan harus

    ditentukan dalam pandangan rekabentuk (design view) untuk rekabentuk jadual dan

    ia perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

    Salah satu prosedur yang penting dalam menentukan medan data adalah

    menentukan kekunci primer (primer key) bagi setiap jadual yang dibina. Ia berfungsi

    sebagai pengesan data dan digunakan apabila perlu menggabungkan maklumat lebih

    dari satu jadual. Nilai kekunci primer adalah unik serta berbeza antara satu sama

    lain.

    5.8.1.3 Rekabentuk Pangkalan Data

    Rekabentuk sistem maklumat biasanya berdasarkan sama ada pendekatan

    pemanduan-data (data-driven) atau pemanduan-berfungsi (function-driven). Dalam

    pendekatan pemanduan-data penekanan ialah untuk mencari apakah data yang perlu

    disimpan dan dimanupulasi ke dalam sistem. Pendekatan pemanduan-berfungsi

    meletakkan penekanan pada aplikasi di mana sistem perlu disokong. Pembangunan

    sistem akan memfokuskan kepada pendekatan pemanduan-data.

    Rekabentuk pangkalan data boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu

    analisis keperluan, rekabentuk berkonsep, rekabentuk logikal dan rekabentuk fizikal.

    Peringkat analisis keperluan akan menghasilkan suatu huraian berdasarkan

    pengoperasian pangkalan data. Peringkat ini dilaksanakan bagi memastikan

    pangkalan data yang dibangunkan mengandungi data yang sesuai dengan fungsi dan

    aplikasi di mana pangkalan data yang akan diguna. Pendekatan perlu direalisasi

    dengan pembangunan lebih banyak teknik permodelan intuitif dan perkakasan yangmenyokong penggunaannya.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    46/70

    152

    Bagi menentukan keperluan pangkalan data dan bagaimana ia akan

    digunakan, perlu mengetahui maklumat apa yang diperlukan daripada pangkalan

    data. Dengan itu, kita akan dapat menentukan subjek bagaimana yang diperlukan

    untuk menyimpan fakta (jadual) dan fakta bagaimana yang perlu untuk disimpan

    mengenai setiap subjek (medan). Untuk itu, pembangun perlu berfikiran seolah-olah

    beliau yang akan menggunakan pangkalan data tersebut.

    Penghasilan gambaran daripada peringkat rekabentuk berkonsep ialah

    pangkalan data yang menggunakan model data berkonsep yang hanya memfokuskan

    kepada hubungan logikal di antara data yang terlibat. Ia berperanan mencari konsep

    asas daripada gambaran pengoperasian yang telah dihasilkan dalam analisis

    keperluan. Di dalam peringkat ini digunakan carta alir sebagai rujukan yang

    bertindak sebagai data model berkonsep yang mempunyai entiti dan hubungan

    (relationships). Ia membenarkan pembangun sistem untuk memahami kandungan

    pangkalan data dengan lebih baik dan juga membantu dalam pencarian perwakilan

    yang sesuai dalam siri fasa rekabentuk.

    Keputusan daripada rekabentuk logikal merupakan suatu huraian

    penstrukturan yang digunakan bagi penyimpanan pangkalan data. Penggunaan

    model data dalam rekabentuk logikal boleh dikatakan berasaskan kepada konsep

    ekstradisi struktur fizikal pangkalan data dengan menggunakan model hubungan di

    mana data disimpan di dalam bentuk jadual. Pencarian jadual yang betul dalam

    penyimpanan data sangat penting memandangkan aplikasi queriesakan diformulasi

    dan dilaksanakan berdasarkan jadual yang dibina. Kita tidak boleh bergantung

    sepenuhnya terhadap trasformasi mekanikal daripada carta alir kerana ia tidak

    semestinya menghasilkan struktur yang optimal. Perekabentuk perlu menentukan

    setiap jenis data, berapa banyak bait penyimpanan diperlukan dan apakah nilai yang

    dibenarkan.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    47/70

    153

    Rekabentuk fizikal akan menghasilkan struktur fail yang diperlukan untuk

    penyimpanan struktur pangkalan data yang diwujudkan semasa peringkat rekabentuk

    logikal. Rekabentuk fizikal yang sesuai memerlukan maklumat bukan sahaja queries

    yang tipikal malahan juga frekuensi perlaksanaan jangkaan. Struktur fail yang baik

    adalah dengan percubaan untuk mengoptimis persembahan secara keseluruhan

    sistem supaya queries perlaksanaan dapat diuruskan dengan pantas. Sebelum data

    bebas disediakan oleh model data yang lebih tinggi, perubahan struktur fail tidak

    seharusnya memberi kesan kepada pembetulan aplikasi program yang dilakukan.

    Bagi memulakan pembinaan pangkalan data, kita perlu terlebih dahulu

    membuka aplikasi perisian Microsoft Access 2003 melalui arahan di dalam

    persekitaran program Windows dengan paparan seperti yang ditunjukkan dalam

    Rajah 5.5 di bawah.

    Rajah 5.5 : Persekitaran Windows Microsoft Access 2003

    Apabila pembangun mengambil keputusan untuk membangunkan pangkalan

    data yang baru, fail pangkalan data perlu terlebih dahulu dinamakan dan disimpan

    walaupun belum memulakan fungsi pangkalan data. Fail yang disimpan adalah

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    48/70

    154

    dalam bentuk .mdb. Kemudian paparan seperti Rajah 5.6 di sebelah akan kelihatan

    yang bermaksud perisian ini sudah boleh mula dibangunkan.

    Rajah 5.6 : Paparan menu utama Microsoft Access

    Di dalam menu utama pembangunan pangkalan data ini, terdapat beberapa

    aplikasi objek pangkalan data yang mempunyai fungsi tersendiri yang berada di

    tetingkap pangkalan data sebelah kiri yang mempunyai objek jadual, queries, borang,

    laporan, halaman, makro atau modul. Tambahan kepada senarai item, tetingkap

    pangkalan data juga mengandungishortcutobjek baru, arahan bagi membina jadual,

    borang, laporan dan sebagainya, seperti arahan membangunkan jadual dalam

    pandangan rekabentuk.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    49/70

    155

    5.8.1.4 Mewujudkan Data Bagi Jadual

    Keberkesanan serta kecekapan suatu pangkalan data bergantung kepada

    pembahagian serta pengagihan data di antara jadual yang membentuk suatu

    pangkalan data. Maklumat di dalam sesuatu jadual perlu dihadkan kepada suatu

    subjek tunggal. Ini membenarlan pengekalan data tentang setiap subjek secara bebas

    kepada yang lainnya. Jadual juga tidak patut menyalin maklumat di antara rekod-

    rekodnya. Berasaskan hanya satu salinan item bagi setiap data, proses

    pengemaskinian hanya dilakukan pada satu tempat sahaja.

    Setiap medan perlu dihubungkan secara langsung kepada subjek dan tidak

    termasuk sebarang maklumat yang boleh diperolehi daripada medan yang lain.

    Maklumat haruslah dipecahkan kepada bahagian yang kecil dan berasaskan logikal.

    Penamaan medan juga perlu dilakukan dengan betul agar memudahkan untuk

    menempatkan rekod yang spesifik dan menyusun dengan nilai medan individu.

    Penggabungan medan boleh dilakukan kemudian bagi tujuan pencarian apa yang

    diperlukan.

    Di dalam pangkalan data yang telah dibangunkan ini, data-data bagi projek

    telah disimpan di dalam jadal-jadual. Bagi merekabentuk jadual-jadual ini, setiap

    sifat bagi sebuah jadual ini perlu diketahui terlebih dahulu. Sifat ini telah pun

    dikenalpasti semasa merekabentuk carta alir dalam bentuk grafikal sebelum ini.

    Salah satu prosedur yang penting semasa rekabentuk jadual adalah untuk

    menentukan kekunci primer (Primary Key) bagi setiap jadual. Kunci primer ini

    berfungsi untuk mengesan data kerana nilai kunci primer adalah unik antara satu

    sama lain.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    50/70

    156

    Pembangunan sistem pemilihan kontraktor binaan ini melibatkan beberapa

    jadual penting bagi melengkapkan suatu sistem penilaian tender bagi kontraktor iaitu

    (i) Maklumat tender(ii) Maklumat kontraktor(iii) Analisa kecukupan dokumen(iv) Analisa kesempurnaan dokumen(v) Pendaftaran PKK / CIDB(vi) Analisa harga tawaran terendah & munasabah(vii) Analisa reputasi kontraktor

    Rajah 5.7 : Senarai jadual yang diwujudkan di dalam sistem

    Kekunci primer bagi setiap jadual ini adalah sama ada gabungan antara

    nombor rujukan tender dan rujukan pentender atau pun salah satu darinya. Setiap

    tender adalah unik di antara satu sama lain berdasarkan nombor rujukan tender yang

    ditetapkan. Demikian juga keadaannya bagi rujukan pentender di mana setiap

    kontraktor mempunyai pengenalan tersendiri yang unik di antara satu sama lain.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    51/70

    157

    5.8.1.5 Membentuk Perhubungan Antara Jadual

    Perhubungan di antara jadual perlu dibentuk bagi memastikan data-data di

    dalam jadual yang telah direkabentuk itu akan berkongsi data yang sama. Ini adalah

    bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti pengulangan data, data tidak

    konsisten dan sebagainya. Perhubungan di antara jadual ini juga penting di dalam

    merekabentuk querykelak.

    Rajah 5.8 menunjukkan hubungan di antara jadual bagi keseluruhan

    pangkalan data yang dibangunkan. Daripada rajah tersebut juga jelas menunjukkan

    jenis hubungan di antara jadual-jadual yang telah direkabentuk. Hubungan yang

    terdapat di dalam pangkalan data ini adalah daripada dua jenis iaitu one to many

    dan many to one.

    Rajah 5.8 : Membina hubungan di antara jadual yang dibangunkan

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    52/70

    158

    Merujuk kepada Rajah 5.8 di atas, kelihatan jadual fungsi yang dinamakan

    Junction. Jadual ini bertujuan bagi menghubungkan secara logik hubungan one-to-

    many serta many-to-one bagi jadual maklumat tender dan maklumat kontraktor.

    Sesuatu tender memungkinkan penyertaan banyak kontraktor yang berlainan.

    Demikian juga sesebuah firma kontraktor mungkin menyertai banyak tender yang

    berbeza.

    5.8.2 Antaramuka sistem

    Di dalam fasa kedua, data terpenting yang diperlukan adalah ekstrak data dari

    carta alir yang dibangunkan hasil kajian literutur dan data yang dibangunkan di

    dalam pangkalan data yang telahpun dihubungkan secara logik di antara jadual-

    jadual serta pemahaman asas tentang bagaimana sistem yang akan dibangunkan akan

    dimanipulasi ke dalam bentuk yang lebih interaktif dan berkesan. Secara amnya, di

    dalam fasa ini apa yang diperlukan ialah perolehan data daripada carta alir,

    perhubungan antaramuka dengan pangkalan data dari Microsoft Access dan huraian

    terhadap maklumat tambahan yang diperlukan di dalam sistem.

    Data faktor-faktor penilaian tender yang diperolehi daripada JKR serta

    penguasa tempatan dihasilkan semula mengikut kesesuaian apa yang dikehendaki

    oleh sistem tetapi tidak lari daripada prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

    Penghasilan antaramuka dimanipulasi ke dalam bentuk sistem maklumat penilaian

    dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0.

    Sehingga kini, terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang telah

    diperkenalkan. Bahasa ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti cara ia

    dilaksanakan, masalah yang diselesaikan dan persekitaran pembangunannya. VisualBasic merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan secara

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    53/70

    159

    meluas. Visual merujuk kepada perwakilan suatu entiti / objek dalam bentuk grafik.

    Perwakilan grafik ini sebenarnya merupakan komponen antaramuka yang telah

    direkabentuk oleh pembangun bahasa visual menggunakan teknik pengaturcaraan

    berorientasikan objek. Dalam bahasa pengaturcaraan visual, pengaturcaraannya

    hanya akan menggunakan entiti-entiti yang telah siap diwakilkan untuk tujuan

    pengaturcaraan (Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim, 2002). Perwakilan grafik menyebabkan

    aturcara lebih mudah untuk dibangunkan. Ia juga menyebabkan aturcara nampak

    lebih menarik pada pandangan pengguna. Dalam pengaturcaraan visual,

    pengaturcara diberikan satu persekitaran khas semasa membangunkan aturcara.

    Persekitaran tersebut mempunyai tempat pengaturcara memilih entiti-entiti grafik

    yang telah disediakan oleh pembangun bahasa.

    VB adalah bahasa yang menggunakan mekanisme penterjemah apabila

    dilarikan. Namun apabila ia perlu dipakejkan sebagai satu sistem, pengkompil akan

    melaksanakan tugasnya terhadap aturcara VB. Aturcara VB ditulis dalam

    persekitaran Windows yang dinamakanIntegrated Development Environment(IDE).

    Persekitaran IDE amat penting bagi pengurusan masa dalam perlaksanaan aplikasi

    yang menggunakan Windows. Kelebihan utama VB adalah pengaturcara boleh

    menyediakan antaramuka grafik (GUI) dan mengawal perlaksanaan aturcara dengan

    mudah menggunakan kemudahan aturcara objek yang telah divisualkan (Ab Aziz,

    Idrus dan Ibrahim, 2002).

    6.8.2.1 Unsur Dalam Pengaturcaraan VB

    Fungsi-fungsi yang dibangunkan bagi pengaturcaraan VB merupakan fungsi

    untuk mengarahkan sesuatu objek untuk melaksanakan tindakan. Ia berasaskan satu

    aturcara atau peristiwa yang berlaku. Perbezaan yang paling ketara dalam

    penggunaan fungsi ini berbanding fungsi pengaturcaraan yang lain adalah ia tidakakan dilaksanakan secara automatik melalui panggilan fungsi. Sebaliknya, ia akan

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    54/70

    160

    dilaksanakan apabila pengguna melakukan acara tersebut (Ab Aziz, Idrus dan

    Ibrahim, 2002). Oleh kerana itu, pengaturcara VB perlu merekabentuk antaramuka

    aplikasi dengan menyertakan fungsi-fungsi berdasarkan kepada acara yang berlaku.

    Dalam VB, objek-objek ini telah disediakan dalam VB sendiri di mana

    pengaturcara hanya perlu memilih dan menggunakan objek-objek tersebut. Objek-

    objek ini diletakkan di atas satu objek yang dinamakan sebarai borang (form). Setiap

    objek di dalam VB dikawal melalui aturcara. Setiap objek mempunyai ciri asas

    seperti nama, saiz, warna dan paparan. Selain daripada itu, satu objek adalah berkait

    rapat dengan tindakan yang boleh diambil oleh pengguna aturcara yang dikenali

    sebagai aturcara. Tugas pengaturcara VB pada peringkat awal adalah

    mengenalpasti acara-acara yang berlaku terhadap objek-objek yang disediakan.

    Dengan memahami acara, pengaturcara boleh menulis kod aturcara mengikut

    kesesuaian masalah.

    Melalui pemahaman menggunakan objek dalam VB, maka sistem

    dibangunkan menggunakan VB adalah terdiri daripada objek-objek yang akan

    melaksanakan tugas tertentu mengikut acara yang sesuai dengan sifat yang ada

    padanya. Kawalan terhadap sifat objek ini merupakan kod aturcara yang ditulis oleh

    pengaturcara. Sebagai contoh, apabila mengelik sekali di atas butang kawalan

    bernama btnKeluar, aturcara ditamatkan (Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim, 2002).

    5.8.2.2 Paradigma Pembangunan Aturcara

    Pembangunan aturcara menggunakan bahasa Visual Basic 6.0 dimulakan

    dengan penyediaan antaramuka. Berdasarkan kepada antaramuka, pengaturcara akan

    mengenalpasti acara-acara yang terlibat terhadap objek-objek yang digunakan di atasantaramuka tersebut. Setelah pengaturcara telah mengenalpasti acara yang perlu

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    55/70

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    56/70

    162

    5.8.2.3 Pembangunan Aturcara

    Suatu aturcara yang ditulis dalam VB dikenali sebagai pemanduan-acara

    (event-driven). Suatu acara merupakan kejadian yang berlaku yang mana komputer

    boleh mengesannya. Acara yang tipikal termasuklah dengan klik pada bebutang

    tetikus, menaip karektor pada papan kekunci serta memadam atau menukar sesuatu

    nilai. Apabila sesuatu acara berlaku, aturcara berkenaan akan melaksanakan

    kenyataan pemprograman yang digabung dengan acara berkenaan yang dikenali

    sebagai prosedur acara. Apabila prosedur acara berkenaan selesai perlaksanaannya,

    kawalan berbalik kepada aplikasi bagi menunggu acara yang berikutnya untuk

    berlaku, melainkan prosedur acara ditamatkan aplikasi. Program pemanduan-acara

    memberi pengguna lebih banyak kawalan terhadap tindakan aplikasi (Ahmad,

    Anang, Omar dan Alel, 2004). Rajah di bawah menunjukkan paparan pertama

    apabila pengaturcara mengklik bagi tujuan membuka perisian Visual Basic 6.0.

    Rajah 5.10 :Paparan pertama setelah membuka perisian Visual Basic 6.0

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    57/70

    163

    Bagi membangunkan aplikasi baru VB6, aplikasi yang biasa digunakan ialah

    Standard EXE. Projek Standard EXE mempunyai komponen asas seperti:

    i. Bar Tajuk (Title Bar)ii. Bar Menu (Menu Bar)iii. Borang (Form)iv. ToolBoxv. ToolBar

    Semua objek dalam ToolBoxdikawal oleh pengaturcara dengan mengklik di

    atasnya. Pengaturcara hanya perlu bawa tetikus ke atas mana-mana objek yang

    dikehendaki, klik dan lepas. Tetikus dibawa ke atas borang tanpa klik dan klik sekali

    lagi di lokasi yang dikehendaki di atas borang. Heret tanpa lepas sehingga

    bersesuaian dengan saiz yang dikehendaki. Objek tersebut akan berada di atas

    borang yang sedang aktif.

    Properties penting dalam pengaturcaraan VB6 iaitu bagi mengenalpasti

    objek-objek di dalam projek serta juga membuat kawalan terhadap objek-objek yang

    digunakan. Sesuatu projek yang dibangunkan dengan VB6 boleh terdiri daripada

    pelbagai borang di dalam satu projek dan dalam satu borang boleh mempunyai

    pelbagai objek. Oleh kerana banyak objek yang boleh digunakan dalam

    pengaturcaraan VB6, maka properties digunakan untuk menganalpasti objek-objek

    tersebut.

  • 8/12/2019 Metodologi Prototype

    58/70

    164

    Rajah 5.11 : Paparan borang kosong Visual Basic 6.0

    Satu keistimewaan pengaturcaraan visual terutamanya VB6 ini adalah

    pembinaan antaramuka yang menarik melalui paparan grafik. Paparan grafik ini

    dapat dibina melalui pemilihan objek-objek yang dipaparkan pada borang. Menurut

    Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim