pengurusan stres

Post on 23-Jun-2015

1.376 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGURUSAN STRES

Cynthia.Ignatia.Laura.Stephanie.Elizabeth

DEFINISI STRES

DEFINISI STRES

• The Oxford Advanced Learner’s Dictionary (International Student’s Edition) mendefinisikan stres seperti yang berikut :

• “A noun that carries the meaning mental pressure, which is pressure or worry caused by the problems in somebody’s life.”

DEFINISI STRES

• Cox T, 1978 pula mendefinisikan stres seperti berikut :

• Satu stimulus, respons atau natijah daripada sesuatu interaksi antara dua individu di mana dalam interaksi itu terdapat ketidakseimbangan antara individu itu dan persekitarannya.

• Perkataan stres sebenarnya berasal daripada perkataan eustres yang membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina.

• Ia juga berasal daripada perkataan distres yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat merosakkan diri.

• Oleh itu, stres adalah situasi yang mengganggu ataupun membina kehidupan seharian.

• Stres pada umumnya dapat ditakrifkan sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan ataupun cabaran mengikut keadaan dan tempat.

• Stres melibatkan perasaan subjektif di mana pada peringkat awal dapat diterima dengan baik dalam diri individu tetapi lama-kelamaan menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit jiwa.

Secara keseluruhannya stres adalah:

• Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran

• Gangguan fungsi kehidupan • Perubahan dinamik yang menyebabkan

individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup

• Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif

• Tekanan yang mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu .

• Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh .

Hakikatnya stres itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan stres sebagai perangsang. Namun apabila stres itu

tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

JENIS –JENIS STRES

EUSTRES

• Eustres adalah tekanan yang baik yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu lebih baik. Tekanan ini diadaptasi dengan baik oleh tubuh sebagai suatu respons yang normal.

Ciri-ciri eustres :• Menghadapi sesuatu dengan penuh harapan

untuk melawan rasa takut dalam diri.• Memiliki jadual yang sangat padat, tetapi

didalam celah-celah jadual yang padat itu ada aktiviti yang sangat diharapkan dan sangat dinikmati.

• Memiliki komitmen yang lebih terhadap apa yang anda sayangi. Misalnya: pernikahan, menjadi seorang ayah/ibu, menjadi pekerja, atau menjadi pegawai negeri.

• Bekerja dengan tujuan tertentu dan anda tahu kecepatan anda saat bergerak akan berkurang saat tujuan itu tercapai atau bahkan saat baru akan tercapai.

• Merasa tabah, bersedia dan bersemangat untuk menerima dan menyelesaikan tugas yang akan anda hadapi.

• Merasakan keadaan badan yang cukup lelah namun akhirnya akan menikmati tidur yang lelap dan nyaman.

DISTRES

• Distres adalah tekanan yang negatif sehingga menyebabkan manusia tidak tenteram dan resah gelisah. Perkara ini berpunca daripada respons yang tidak baik.

Ciri-ciri distres :• Menghadapi segala sesuatu dengan perasaan

takut, resah, gelisah dan khuatir.• Memiliki jadual yang sangat padat, tetapi tidak

ada satu pun yang dapat anda nikmati dan mahu tidak mahu, harus anda penuhi kewajipan itu.

• Merasa bahawa semua yang anda lakukan tidaklah penting, tidak memenuhi seluruh keperluan anda, dan tak sebanding dengan tenaga, fikiran dan waktu yang anda curahkan.

• Merasa tidak tenang dan selalu merasa panik seakan-akan tidak ada jalan keluar untuk menyelesaikan tugas, merasa tidak ada selesainya, dan merasa tidak ada yang membantu menyelesaikannya.

• Merasa lebih baik bekerja daripada berhenti/istirahat sejenak saat jam kerja.

• Memiliki tidur yang tidak lelap dan tidur yang resah.

PUNCA-PUNCA STRES

• Terdapat banyak punca stres yang mungkin berpunca daripada individu itu sendiri ataupun melibatkan kelompok manusia dan alam sekeliling.

• Punca stres berubah-ubah mengikut tahap umur dan kematangan seseorang.

• Stres boleh berpunca daripada faktor bagaimana seseorang itu berfikir, perwatakannya dan bagaimana seseorang itu menyelesaikan masalah silam.

• Stres juga boleh berpunca daripada faktor kekecewaan, konflik, kehilangan, masalah hubungan sesama manusia serta perubahan peranan dan tanggungjawab.

• Penyebab kepada stres berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:

a) Individu – berpunca dari segi kepercayaan, perasan, cara berfikir dan cara kita bertindak

b) Interpersonal – mempunyai hubungkait dengan orang yang kita temui.

c) Organisasi – institusi di mana kita bekerja d) Masyarakat – tempat kita tinggal dan bekerja e) Lain-lain – budaya, negara, antarabangsa, atau

sejagat

PUNCA STRES MENGIKUT KATEGORI

STRES DALAM KALANGAN REMAJA

• Ibu bapa dan keluarga• Kemalangan dan penyakit• Seksualiti, jatuh cinta, putus cinta, mengandung luar nikah• Menyertai kumpulan baru/ jauh dari keluarga• Melanggar undang-undang• Perpindahan/tukar sekolah• Keresahan• Timbulnya jerawat• Berfikir mahu membunuh diri• Pencapaian akademik tidak memberangsangkan• Tambah berat badan

STRES DALAM KALANGAN WANITA BEKERJA

• Terikat dengan pekerjaan tradisi seperti jururawat, setiausaha, keguruan.

• Gaji yang rendah berbanding lelaki yang bekerja di tempat dan jawatan yang sama.

• Bekerja luar dan dalam rumah.• Gangguan seksual.

STRES DALAM KALANGAN KELUARGA

• Kewangan• Suami isteri bekerja• Penjagaan anak• Keputusan kehamilan• Berpisah daripada keluarga ataupun ibu bapa• Pasangan• Penderaan

SIMPTOM DAN PETANDA STRES

TANDA-TANDA FIZIKAL

• Sakit kepala• Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan

banyak berpeluh• Berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas seolah-

olah sakit jantung• Cirit-birit, kerap buang air dan mudah

mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetes

• Penyakit kulit dan kanser.

TANDA-TANDA PSIKOLOGIKAL

• Tertekan, tidak tenang, risau, resah, murung,cepat marah dan cepat bosan.

TANDA-TANDA SOSIAL

• Hubungan antara suami isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas.

• Menyalahgunakan dadah• Menghisap rokok secara berlebihan• Kemalangan• Selalu ponteng kerja• Produktiviti merosot.

PETANDA WUJUDNYA STRES

• Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

• Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

• Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

• Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

KESAN-KESAN STRES

• Sakit jantung dan angin ahmar (stroke).• Insomnia atau susah tidur. • Kencing manis. • Gastrik dan ulser. • Infeksi atau jangkitan kuman. • Asthma.

• Kesan-kesan stres yang lain adalah seperti berikut :

• Terlalu runsing – fikiran terganggu • Tidak boleh santai • Rambut keguguran • Sukar tidur • Enggan kerjasama • Tindakan mengambil dadah • Emosi tidak stabil • Takut menghadapi masalah • Pernafasan kencang

top related